Selepas penduduk kawasan-kawasan tertentu
di Kuala Lumpur dan Selangor menghadapi masalah bekalan air sejak lebih
seminggu lalu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini
turun untuk menyampaikan air minuman percuma kepada penduduk. Rosmah
mengunjungi rumah pangsa kos rendah di Taman Desa Baiduri, Cheras
petang ini untuk menyampaikan botol air minuman kepada penduduk
setempat.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri
di majlis itu, setiap isirumah diberikan dua botol 5.5 liter air minum.
Calon BN untuk pilihan raya kecil Kajang, Naib Presiden MCA, Datin
Paduka Chew Mei Fun optimis tentang peluangnya untuk menang dalam
pilihan raya pada 23 Mac ini.
"Kemungkinan untuk kita menang adalah tak begitu menggalakkan tetapi kita akan bekerja keras.
"Kalau saya kata saya yakin akan menang saya bohong, tapi keadaannya
akan berubah kerana kita ada tempoh sebulan lagi," katanya dalam reaksi
segera selepas diumumkan sebagai calon dan ditemui di perkarangan ibu
pejabat Umno petang tadi.
Ditanya tentang kelebihannya berbanding calon PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang diumumkan Pakatan Rakyat sebagai calon mereka, Chew Mei Fun
menjawab seperti berikut: