Sunday, July 15, 2012

TERKINI!!! Selebriti Yatt Hamzah bersama PAS

Seorang lagi selebriti telah ditemui di Himpunan Hijau Kuala Selangor hari ini. Beliau berada di celahan ribuan manusia yang membanjiri Stadium Kuala Selangor petang tadi.

Beliau ialah Yatt Hamzah yang satu ketika pernah kisahnya disiarkan di blog ini dimana kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat.

Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

Tahniah kepada Yatt Hamzah yang telah berhijrah dan ahlan wa sahlan ke dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia.
Himpunan Hijau Ke Putrajaya - Suasana di Stadium Kuala Selangor sebentar tadi ketika azan Maghrib berkumandang untuk sama-sama menunaikan solat fardhu Maghrib

Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan segala pujian untukNya

Satu lagi sudut di Himpunan Hijau
Berpusu-pusu di dalam stadium
Yatt hamzah di pentas PAS bersama pimpinan Muslimat PAS Selangor

Read more ...

HIMPUNAN HIJAU SELANGOR!!! 3 bekas pegawai kanan kerajaan sertai PAS, lautan manusia penuhi Stadium Kuala Selangor

3 orang bekas Pegawai Kanan Kerajaan menyerahkan borang menyertai PAS pada Himpunan Hijau Ke Putra Jaya malam ini.

Mereka ialah Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang, Abdul Rahman Taib, bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah, bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yusof Hassan.
Ketiga-tiga mereka menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu pada program tersebut. -mutaligat
Lautan manusia penuhi Stadium Kuala Selangor

KUALA SELANGOR: Lautan manusia memenuhi Stadium Kuala Selangor bagi menyertai Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor.

Kalau di perhimpunan hijau di negeri lain hanya pemimpin PAS sahaja yang menyertainya, di Selangor, para pemimpin Pakatan Rakyat turut menyertainya.

Selain Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, turut serta adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Teresa Kok, Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP.

Veteran Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil yang turut menyertai himpunan ini pula berkata, "Saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini" sambil mengibarkan bendera PAS di atas pentas utama.

Selain Mohamad Sabu, pemimpin PAS yang hadir adalah Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Dzulkefly Ahmad anggota Parlimen Kuala Selangor dan Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam.

Wan Azizah ketika berucap terus memberikan semangat reformasi untuk para hadirin yang di majlis yang penuh bersejarah untuk PAS Selangor ini.

Himpunan bermula sejak petang dari apabila lebih 1,000 anak muda berkonvoi dengan menaiki motor dari seluruh Selangor menuju stadium ini.

Mereka kemudiannya solat Asar berjamaah di stadium dan seterusnya solat Maghrib berjamaah di sini.
-HD



Ucaptama YB Iskandar Abd Samad, Timb Pesuruhjaya I PAS Selangor

Bacaan Ikrar

3 Bekas Penjawat Awam yang berjawatan tinggi menyerahkan borang keahlian kepada Yang Berbahagia Tn Hj Mohamad Sabu, Timb Presiden PAS.

Wakil Presiden Mesir dan Ikwanul Muslimin sedang memberikan ucapan.

Diantara ribuan yang hadir

Peserta himpunan dari satu sudut

Dr Wan Azizah berucap sambil mengibarkan bendera PAS

"Saya Bangga Dapat Kibarkan Bendera Yang Mulia Ini" - Dato Seri Kadir Syeikh Fadzir

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok turut mengenakan baju hijau

Barisan Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir

Video conference amanat Tuan Guru Mursyidul Am di Stadium Kuala Selangor

Ucapan penutup Timb Presiden, Tn Hj Mohamad Sabu

Bob Lokman, Haire Othman dan lain-lain turut serta


sumber foto: FB PAS Selangor
 
Kelab Greenboc

Read more ...

PENGERUSI JKKK 'MENGAMUK' !!! Serang ceramah PAS, tapi tidak dilayan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbIsGQym3_uzMHM6QRfc5JRJHNkIH77rPzvc5G8PWk9qhkYS1ltJefL8kkLUQRukg-iAzHzHwavMjAu_MT3pCadP4ou0GTO9GFFPo1kStDReNaAq4IVIOKj1KKT3UMFMhjjeFEstVnabI/s1600/kg+bn.jpgMalam tadi satu lagi kejadian memalukan berlaku di mana Pengerusi JKKK sebuah kampung di Bukit Baru mengamuk ketika ceramah PAS sedang berlangsung. Dengan tidak semena-mena Pengerusi JKKK tersebut  muncul di hadapan 'rostrum' dan memberi amaran kepada penceramah PAS yang sedang berceramah supaya tidak menyebut nama Ketua Cawangan Umno kampung tersebut.

"Jangan sebut nama Ketua Cawangan kampung saya, ini kampung saya jangan buat kacau" herdiknya.


Sedangkan penceramah tersebut langsung tidak menyebut secara spesifik nama ketua cawangan Umno mana-mana kampung.


Menurut saksi penceramah tersebut hanya menyebut bahawa semua Ketua-ketua cawangan Umno di Dun Bukit Baru kaya raya sedangkan mereka itu dahulunya susah dan tidak mewah seperti sekarang.


"Kita kenal mereka itu, dahulunya susah tetapi selepas menjadi Ketua Cawangan Umno dan pimpinan Umno mereka kaya raya, cuba tuan-tuan lihat rumah mereka semuanya besar-besar belaka" ujar penceramah PAS tersebut.


Agaknya ini yang menyebabkan Pengerusi JKKK yang juga merupakan seorang 'Office Boy' sebuah sekolah di Bandaraya Melaka naik angin.


"Engkau jangan kacau majlis kami, ini program kami, kami ada hak untuk bersuara" kata Ustaz Ibrahim Duralim yang memberi amaran kepada Pengerusi JKKK tersebut.Mutaligat

Read more ...

CERITA SEBENAR!!! Rupanya, bekas isteri UMNO minta cerai talak tiga




PASIR MAS: “Dia yang cabar saya suruh saya ceraikan dia dengan talak tiga,”ujar Yahya Ibrahim, 82 (gambar) ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Kubang Badak, dekat sini pagi tadi.



Pada masa yang sama katanya,  bekas isterinya yang juga penyokong tegar Umno, Che Hasnah Che Ahmad, 61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS, sebaliknya menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jelasnya, sepanjang 14 tahun perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya, beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.

Bagaimanapun, penghinaan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping menuduh mengundi PAS berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur lagi, apa lagi bekas isterinya ‘mencabar’ supaya menceraikannya.

Harakahdaily mengambil pendekatan untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung perkara itu dari Yahya, memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar dalam media arus perdana pro Umno termasuk media cetak.

Ianya berikutan kenyataan yang hanya melalui Che Hasnah, semata-mata, tanpa mengetahui kisah sebenar dari bekas suaminya.

Kes perceraian mereka juga turut dibahas hangat dalam laman social facebook dan twitter yang bersandarkan PAS menjadi dalang kepada perceraian itu.

Yahya yang merupakan bapa kepada 8 orang anak (semuanya dari isteri pertama) mengakui isterinya adalah aktivis Umno.

“Malah beliau menjadi guru al-Quran pun dipilih oleh Umno dan dibayar gaji, saya tidak kisah tentang itu walaupun sejak awal lagi kami berlainan politik.

“Tetapi sejak akhir-akhir ini dia begitu mencabar, mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap perjuangan PAS, dia juga sudah tidak hormatkan saya lagi, apa hukumnya keluar rumah atau pergi ke suatu tempat yang suami tidak suka.

“Malah saya bimbang kalau-kalau perkataannya yang begitu keterlaluan itu boleh terkeluar aqidah. Anak-anak dan cucu yang mendengarpun menggeleng kepala kerana tidak sanggup mendengarnya,”ujarnya.

Yahya turut memberitahu, isterinya keluar menyertai program Datuk Dr Hassan Ali, bagaimanapun Che Hasnah merahsiakannya.

“Dia hanya memberitahu pergi program cabutan bertuah, tetapi selepas dua hari baru saya tahu perkara sebenar dan memang saya marah sebab dia tipu saya.

“Saya tak kisah kalau dia pergi belajar tajwid walaupun bergurukan orang Umno, bersesuaian dengan dia sendiri mengajar al-Quran,”ujarnya.

Sambungnya, perceraian itu turut mendapat sokongan saudara mara yang terdekat termasuk abang kepada bekas isterinya itu, Ustaz Che Hussin.

Akibat perselisihan faham semakin tidak dapat dikawal, beliau terpaksa berpuasa dua hari untuk mengurangkan ketegangan yang dicipta isterinya sendiri.

Akhirnya, pada 11 Julai lalu, mereka sah bercerai di Mahkamah Pasir Mas setelah perceraian mereka didaftarkan pada 26 Jun lalu.

Imam Tua Mukim Chetok, Zulkifli Awang (gambar atas kiri), yang juga merupakan saksi nikah mereka sebelum ini memberitahu, sebelum mereka bercerai, beliau sebagai orang tengah turut menasihati Che Hasnah agar kembali pada Yahya.

“Bagaimanapun Che Hasnah enggan dan saya tidak boleh berbuat apa-apa, jadi saya serahkan semula kes itu kepada mereka beruda untuk membuat keputusannya,”ujarnya yang turut hadir pada pertemuan itu.

Read more ...

DAH LA PAKSA GURU!!! UMNO anjur hiburan tanpa permit

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/188108_156603044396080_2534878_n.jpgKOTA BHARU: Belum pun berjaya menawan Kelantan, Umno kini mempamerkan sikap sebenar, menghidupkan kembali program hiburan dengan mengundang artis wanita membuat persembahan di tempat terbuka.

Tanpa mengendahkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Ketua Umno Kota Bharu, Dato’ Mohd Fatmi Che Salleh menjemput artis tersohor, Siti Nurhaliza.

Program yang dikenali sebagai Jamuan Perdana Hari Guru Parlimen Kota Bharu 2012 diadakan di padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab malam kelmarin.

Menurut sumber pada program berkenaan penyanyi terbabit mendendangkan lima lagu di khalayak ramai terutamanya guru-guru yang diarah hadir.

“Ketika anggota penguatkuasa dan pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) datang program terbabit hampir berakhir. Namun program itu dikawal ketat dengan pengawal keselamatan yang diupah.

“Malah ada dalam kalangan mereka dilihat membawa senjata, kemungkinan bagi mengelakkan program berkenaan diserbu kerana tiada permit,” kata satu sumber di sini.

Difahamkan guru-guru yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu diarah hadir dengan memberi nama lebih awal kepada pengetua atau guru besar.

Beberapa guru yang ditemui memberitahu mereka diarah pengetua menulis nama sama ada hendak hadir atau tidak pada program berkenaan.

“Ramai guru menjadi serba salah kerana dipaksa hadir. Ada guru besar sebut kalau tulis tidak mahu hadir mereka dilabel sebagai penyokong PAS,” kata mereka.

Sementara itu jurucakap MPKB BRI memberitahu program berkenaan memang tidak mempunyai permit kerana tidak ada permohonan yang diajukan.

Bagaimanapun kata beliau kalau ada permohonan sekali pun program persembahan artis wanita yang melebihi usia 12 tahun tidak dibenarkan.

“Jelas berlaku perlanggaran Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998,” katanya di sini.

Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Abdullah Abdul Razak berkata, Umno sudah mempamerkan sikap sebenar menghidupkan kembali program hiburan sebelum menang dalam pilihan raya.

Katanya, kalau Umno memerintah Kelantan, hampir pasti program maksiat dan segala bentuk perlanggaran hukum agama yang dimansuhkan kerajaan PAS dihidupkan kembali.

“Umno tidak mampu menafikan lagi perkara itu kerana tindak tanduk mereka sekarang jelas menuju ke arah landasan tersebut,” katanya.

Sumber lain memberitahu Umno Kota Bharu menghabiskan kira-kira RM50,000 bagi membayar artis terbabit datang membuat persembahan.

Kata beliau ada guru besar menyebut Ketua Umno Kota Bharu mahu mendedahkan guru-guru kepada program motivasi bentuk baru.

Read more ...