Tuesday, March 22, 2011

Keputusan Mahkamah Tinggi memang dijangka , tekanan politik terlalu kuat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWhz6WSZoNrU_VuIFRP90eZCCM7kxpH-WhQphubwmM-LtooKYzEgIPZqIcLFknIhcGtd_XbPDt_qwt3H2-hpyBSQMY3pqLyJ2r2lZVX7JjtUkdRkb6xCDTakdOKWDx7k913O1frm1T4fqN/s1600/mahkamah_kl.jpgKUALA LUMPUR 23 MAC : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan terbaru Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menerima pakai tiga barangan sebagai bahan bukti kes Fitnah 2 sebagai tindakan terdesak dan berada di bawah tekanan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anwar berkata demikian mengulas keputusan hakim, Datuk Zabidin Mohd Diah yang mengubah keputusan perbicaraan dalam perbicaran sebelum ini bagi membenarkan tiga bahan tersebut, yang diperoleh secara tipu helah dijadikan bukti di mahkamah.

“Saya juga faham bahawa tekanan dalam kes ini terutama keputusan awal hakim daripada Perdana Menteri dan kabinet itu dibuat secara terbuka.
”Jadi tentunya keputusan hari ini tidak mengejutkan,” ujarnya mengulas keputusan berkenaan.

“Bagi kita, ia tidak selaras dengan hukum dan undang-undang tetapi saya bincang dengan peguam, kita akan hadapi dan kita akan lakukan sebaiknya.

Malah, Anwar turut mempersoalkan tindakan hakim Zabidin menukar keputusan itu dalam masa yang singkat.

“Cara hakim merubah keputusan dalam masa terlalu singkat atas alasan teknikal itu juga belum pernah berlaku tetapi dalam kes Anwar ini banyak yang belum pernah berlaku, berlaku,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengubah keputusan perbicaraan dalam perbicaran sebelum ini untuk membenarkan berus gigi, tuala dan botol air yang diperoleh dari lokap tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan, dikemukakan sebagai bukti.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwa untuk memaksa Anwar menyerahkan sampel DNAnya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

Read more ...

PR dan SNAP sepakat hadapi BN

Anwar : Pakatan-SNAP Gerak Sebagai Satu Pasukan Di Sarawak


KUALA LUMPUR 22 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan Pakatan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak akan bergerak sebagai “satu pasukan” dalam mencabar Barisan Nasional pada pilihanraya negeri itu.

SPR akan bermesyuarat esok untuk menetapkan hari penamaan calon dan tarikh mengundi untuk 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan dipertandingkan.

Anwar menolak dakwaan kononnya Pakatan Rakyat yang merangkum Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS tidak sehaluan dengan SNAP dalam soal pengagihan kerusi.

“Soal rundingan di antara parti sudah pun hampir selesai. Kita sudah bersetuju dalam semua kerusi-kerusi yang akan dipertandingkan di antara tiga-tiga parti dan juga SNAP,” kata Anwar.

“Ada beberapa perkara kecil dan beberapa kerusi lain yang akan diputuskan dalam beberapa hari lagi tetapi dari segi keseluruhannya kita dah bersetuju dengan pengagihan kerusi dan kita akan bekerja sebagai satu pasukan,” tegas beliau.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR turut menggesa SPR memastikan pilihanraya diadakan secara telus dan adil selain membenarkan tempoh berkempen selama tiga minggu, memandangkan kekangan logistik untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Sarawak.

“Kita telah menggesa supaya Sarawak memperkenalkan sistem pilihanraya yang bersih dan adil dengan… ruang media mengelakkan sebarang sekatan dan kertas undi dan undian pos yang telus,” tegas Anwar.

“Kalau tidak, nyata Sarawak (akan jadi ) satu lagi contoh di mana kerakusan kuasa BN Sarawak dan BN Malaysia untuk merebut kemenangan dengan cara tipu helah bertentangan dengan prinsip dan amalan demokrasi,” kata Anwar.

Read more ...

Seperti diramal tarikh pilihanraya Sarawak ikut cita rasa BN

PRN Sarawak : 6 April Penamaan, 16 April Pengundian



KUCHING 23 MAC : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 diadakan pada 16 April, manakala penamaan calon ditetapkan pada 6 April.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, di sini sebentar tadi.

Dengan keputusan itu bermakna, tempoh kempen yang ditetapkan ialah 10 hari.

DUN Sarawak dibubarkan pada Isnin dan mengikut perlembagaan ia perlu diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak yang lama dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.

Pilihan raya sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006.

Read more ...

Video seks DSAI palsu : Cara Umno tarik ahli parlimen PKR lompat parti

PECAH BERITA!! PECAH TEMBELANG!! Kenyataan Akhbar Dato Johari Merungkai Segalanya !!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvQ9URgtbCmI9wxRM-X0uCvNXOKEruWw3EXO9JYCcJ7Fy9NksYhWgjpaMnAtLWe1ycgSED-1OLnwc7Y-uFjbjS_OR4kjnMUErK38qpxQuSXOWmkrFxo4R5M14it12tySdq79Wk5rgmvfA/+2+umno.jpg

Terdahulu edyes tampil dengan sebuah entry yang membongkar siapa Datuk T dan pembabitan Rahim TC dan juga Dato Johari Abdul di sini. Kenyataan akhbar oleh Dato Johari Abdul di bawah pula merungkai segala-galanya !!

KENYATAAN AKHBAR

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato' Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato' Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya ("Johari Abdul") adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato' Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato' Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 3.30 petang 22 Mac 2011.

Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

DATO' JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011


Read more ...

Yusri KRU kata video 20 minit sukar dipalsukan : Sebab tu video seks tu 5 minit untuk 4 bahagian mudah dipalsukan

Yusry KRU gambarkan video seks boleh dipalsukan

Ulasan Yusry KRU di Sinar Harian tentang video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim menjelaskan beberapa fakta penting, iaitu:

Video seks 20 minit, sukar untuk dipalsukan kerana ia terlalu panjang. Namun ia bergantung kepada sudut rakaman itu diambil. Jika sudut rakaman berubah, ia adalah agak mustahil untuk dipalsukan.

Fakta tambahan yang diberikan oleh Yusri KRU adalah, jika video itu pendek, ia lebih mudah untuk dipalsukan [Sinar].

Maka jika ulasan yang diberikan oleh penerbit dan pengarah filem terkenal ini boleh dianggap sebagai fakta, jelas sekali video lelaki mirip Anwar Ibrahim ada kebarangkalian untuk dipalsukan.

Pertama, video sepanjang 21 minit itu tidak pernah berubah kedudukan sudut rakamannya, kerana ia ditayangkan sebagai rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV), Lazimnya semua orang tahu, kamera CCTV terletak pada kedudukan yang tetap, sekaligus tidak berlaku perubahan sudut rakaman. Maka ia tidak mustahil untuk dipalsukan berdasarkan ulasan Yusry.

Kedua, video klip sepanjang 21 minit itu sebenarnya terdapat empat segmen yang berbeza, ini menunjukkan bahawa ia tidak dirakam secara berterusan selama 21 minit, sebaliknya bersambung-sambung sebanyak empat segmen [Msian Insider]. Ini bermaksud, setiap satu segmen hanyalah sepanjang kira-kira 5 minit. Sekali lagi jika ulasan Yusry KRU dijadikan rujukan, maka ia tidak mustahil untuk dipalsukan.


Cara kedua yang boleh dibuat untuk memfitnah, dan cara ini dilihat lebih mudah untuk menjatuhkan Anwar adalah dengan menggunakan orang yang memiliki wajah mirip dengan Anwar Ibrahim.

Tak henti-henti Anwar diserang dengan skandal seks, dengan lelaki, dengan adik angkat, dengan driver, dengan bini orang, dengan pembantu, dengan bapok siam, dan kini dengan pelacur cina pula . Kita nantikan video panas yang bakal disiarkan menjelang PRU 13, "VIDEO SKANDAL SEKS ANWAR IBRAHIM DENGAN BINATANG!"



ReJaM© "Nampaknya orang yang cuba memfitnah Anwar Ibrahim ni dah terlebih fitnah, dah over kill guna racun serangga sampai diri sendiri bakal mampos! "

Anda ingin masuk muka depan akhbar Harian Metro? Ini peluang anda! Maklumat lanjut sila klik sini [Metro]

Read more ...

PR Perak bersedia bila-bila masa

http://2.bp.blogspot.com/_JKMfRHP8nU8/TP4HQu4XOOI/AAAAAAAAAfA/cyi2og_0bCo/s400/perak3.png
IPOH - Pakatan Rakyat (PR) negeri Perak sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri mahupun pilihan raya umum dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, segala perancangan dan strategi diatur bagi menghadapi sebarang kemungkinan dijangka berlaku.

Menurut beliau, tumpuan akan diberikan terhadap penerangan Buku Jingga kepada rakyat supaya mereka faham terhadap PR. “Bagi mereka yang tidak boleh membaca, kami akan pergi buat penerangan daripada rumah ke rumah secara berkelompok khususnya kawasan yang ramai Melayu di kawasan pendalaman.

“Rakyat perlu faham apa sebenarnya hasrat kita di dalam Buku Jingga ini sehingga ia sangat ditakuti oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Buku Jingga Peringkat Negeri Perak di sini, malam semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain; Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham; Timbalan Pengerusi Pimpinan PKR Negeri, Dr Lee Boon Chye; Wakil Pimpinan PR Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad dan beberapa ADUN PR yang lain.

Menurut bekas Menteri Besar itu, selain Buku Jingga PR akan mengeluarkan Manifesto Negeri Perak dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pada 10 April depan Pas, PKR dan DAP akan mengadakan satu persidangan bagi mendapatkan dan mencari isu-isu berkaitan untuk dimasukkan dalam manifesto berkenaan.

Beliau berkata, Buku Jingga itu adalah tawaran PR kepada rakyat dan kita juga ada tawaran 100 hari sekiranya PR kembali memerintah di negeri ini.

“Sekarang ini rakyat akan dapat bezakan tawaran UMNO dalam konteks rasuah yang nak tunggu wakil rakyat mati baru mereka tawar.

“Tetapi kami tidak, kami tawar awal-awal seperti yang tertera dalam Buku Jingga dan rakyat ada pilihan sekarang,” katanya.

Sementara itu, ketika memberikan ucapan kepada hadirin yang datang, beliau berkata, Buku Jingga yang dilancarkan bakal memberikan kegerunan kepada BN.

“UMNO dan BN sekarang cukup takut dan ngeri dengan kewujudan Buku Jingga ini kerana bimbang rakyat akan menyokong PR.

“Sebab itulah di Parlimen wakil-wakil rakyat BN mengeluarkan pelbagai gelaran kepada Buku Jingga ini,” katanya.

Katanya, bukan sahaja Buku Jingga, UMNO dan BN juga sangat takut akan kewujudan sistem dua parti apabila pendaftaran PR diluluskan nanti.

Beliau berkata, sistem dua parti itu nanti akan memudahkan rakyat untuk menilai parti mana yang benar-benar bekerja untuk rakyat.SH

Read more ...

Kedah belum terima peruntukan bina rumah kos rendah dari kerajaan pusat

GLC ambil alih projek

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicNES_khiKHrUD_hcRo411kaEed7_WdgcQ1QqNZcZ8TaCSuMpP9j160I4U3N3XMdWQgqgU4MJlreb4CML90wdGldDQ_bFrSg39unPjwwkmccehUSOI-S0RTbfNqxzI__6opqNfaTYsH5_s/s1600/yb-dato_-ir-phahrolrazi-haji-zawawi2.jpgALOR SETAR - Kerajaan Negeri belum menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membina rumah kos rendah menyebabkan beberapa projek perumahan mampu milik kini dibina atas pembiayaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, GLC kini diberi tanggungjawab untuk membina rumah terbabit dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dilantik sebagai jawatankuasa penyelaras bagi membolehkan setiap rakyat Kedah mampu memiliki rumah sendiri.

“Kita memohon peruntukan lebih RM300 juta untuk membina 7,000 rumah kos rendah di seluruh negeri. Ia masih dalam pertimbangan dan belum diluluskan Kerajaan Pusat,” katanya selepas meninjau kerja baik pulih rumah yang rosak akibat ribut di Taman Wira Blok B, Mergong semalam.

Hadir sama, Exco yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Angkat Bakar Bata, Dr Ismail Salleh.

Phahrolrazi berkata, pemaju swasta juga diminta memainkan peranan dengan menyediakan rumah kos rendah dalam projek perumahan baru berdasarkan status tanahnya.

“Bagi projek perumahan baru, pemaju disyaratkan membina rumah kos rendah dan jumlahnya meliputi 20 peratus daripada keseluruhan unit” katanya.

Menurutnya, antara projek perumahan awam kos rendah yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-7 hingga ke-8 ialah Taman Kota Nelayan di Kuala Kedah, Taman Seri Gemilang (Mergong), Paya Nahu I dan II (Sungai Petani), Charuk Nau (Baling), Taman Dahlia (Langkawi) dan Perumahan Rakyat Mergong.

“Jumlah keseluruhan mencecah 15,323 unit rumah namun masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan,” katanya.

Mengenai status baik pulih rumah di Taman Wira yang rosak dalam kejadian ribut 13 Mac lalu, Phahrolrazi berkata, Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri sudah melantik kontraktor untuk membaiki 36 rumah termasuk sebuah surau.

“Kesemua rumah masih bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri kerana terikat pada perjanjian sewa beli. Rumah itu belum diserahkan sepenuhnya kepada pemilik kerana pembayaran belum selesai,” katanya.

Menurutnya, mengikut perjanjian sewa beli antara penduduk dengan Kerajaan Negeri, tempoh perjanjian adalah selama 25 tahun dan rumah terbabit akan diserahkan selepas bayaran selesai, namun berlaku tunggakan dalam pembayaran menyebabkan ramai belum mendapat hak milik.

“Perjanjian patut dah tamat tetapi ada tunggakan, tak dapatlah proses tukar hak milik. Jika bayar ikut jadual, kita akan proses segera sebaik pembayaran selesai,” katanya.SH

Read more ...

Akad nikah di masjid bukan amalan Kristian - Dr Abdul Aziz Hanafi

http://www.oneahlulbait.com/wp-content/uploads/2011/02/aziz-hanafi1.jpgALOR SETAR - Dakwaan Ahli Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusof menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasullah dan dikatakan meniru penganut Kristian dianggap bersifat pandangan peribadi semata-mata.

Ahli Majlis Fatwa Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi berkata, beliau amat menghormati pandangan itu walaupun tidak melambangkan kenyataan rasmi sebuah jabatan atau kerajaan.

Beliau berkata, sebelum pendapat itu disuarakan secara peribadi terdapat kenyataan dan perkara lain yang perlu diperhalusi terlebih dahulu, terutama merujuk kepada beberapa ayat Al-Quran menjelaskan kesemua masjid adalah untuk Allah.

“Pelaksanaan akad nikah dalam masjid atau sebarang perkara seumpamanya tidak boleh disamakan dengan acara lain yang diadakan di rumah ibadat mereka berdasarkan kepada Al-Qias Ma’alfariq.

“Sewaktu zaman Rasulullah terdapat pelbagai aktiviti kemasyarakatan, perundangan, latihan ketenteraan yang dilaksanakan dalam masjid itu sendiri bagi menggalakkan orang ramai lebih mendekati masjid,” katanya ketika ditemui semalam.

Bagi memperjelaskan isu itu, Dr Abdul Aziz, berkata, perkara berkenaan tidak sepatutnya dipersoalkan kerana dapat menggalakkan pasangan pengantin berusaha menyucikan diri daripada hadas kecil dan besar sebelum melangkah ke masjid.

“Selain itu, selepas upacara wajib dilakukan, pasangan pengantin digalakkan menunaikan solat sunat selepas majlis sebagai tanda kesyukuran dan tetamu yang meraikan pengantin turut berpeluang sembahyang sunat ketika melangkah ke masjid.

“Jika diikutkan pada hari ini, perlaksanaan ijab dan kabul dalam masjid bukan sahaja dilakukan di Malaysia tetapi dilaksanakan di negara yang mempunyai ramai ulama seperti Tunisia, dan Maghribi,” katanya.

Menurutnya, bagi mengukuhkan lagi penjelasan, dalam Al-Quran Allah menjelaskan sekiranya orang Kafir Harbi meminta perlindungan dalam masjid mereka dibenarkan masuk supaya dapat mendengar sendiri bacaan al-Quran dan melihat orang bersolat.

“Jelas kepada kita bahawa usaha untuk memasyarakatkan masjid seharusnya diteruskan kerana ia tidak hanya sekadar tempat menunaikan solat sebaliknya meliputi pelbagai urusan lain.

“Oleh kerana itu, acara akad nikah dilangsungkan dalam masjid termasuk antara urusan yang menjurus ke arah membina sebuah masyarakat Islam bahagia, bermula dari suami isteri melangkah masuk ke masjid selagi mengikut peraturan ditetapkan,” katanya.

Tambahan pula, majlis akad nikah selalunya diadakan bukan dalam waktu solat dan tidak mengganggu urusan lain.SH

Read more ...

BN Sarawak tiada pelapis berwibawa

BN gagal: Hadi

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs108.snc4/35750_1367828686963_1569085876_30945021_359781_n.jpgMARANG – Pas menyifatkan Barisan Nasional (BN) gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak walaupun diberikan peluang selama berpuluh tahun memerintah negeri itu.

Sehubungan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kali ini.

Abdul Hadi berkata, cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri Sarawak untuk berundur daripada jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak.

Menurutnya, selama puluhan tahun memerintah di Sarawak, BN masih gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu untuk melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak, jauh sekali berkhidmat dengan penuh jujur kepada rakyat.

“Kesimpulannya, BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan, ‘deliverable’ terhadap rakyat, menyebabkan rakyat luar bandar dipinggirkan selama puluhan tahun ini.

“Kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik daripada keadaan di bawah BN selama ini,” katanya dalam satu kenyataannya di sini, semalam.

Sementara itu, beliau juga meminta jentera Pilihan Rya Pas Sarawak dan negeri yang akan membantu agar mula turun gelanggang dengan petugas anak tempatan untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak.

“Selain cita-cita untuk menempah kerusi pertama dari bumi Sarawak ini, jadikanlah medan kali ini sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik daripada kepimpinan BN yang ada pada hari ini,” katanya.

Read more ...

Gelombang Merah satu cabaran

Gelombang Merah cabaran buat Pemuda Pas

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9qKLg_lG8LT5jd-TfpOzPCL1qRz2UTxyJ7-rTsrXOlw4Ks0gZt8sooXJbvG0Kk5n9qdlZ6FqRhKiGWymUsySXVkbvy3QwWhpLp3EPpWSpJlc1LnKYV_cvpU3wStgvhl4zfG8hQZuUBYVA/s1600/wanitaumno.jpgKOTA BHARU – Pemuda Pas Kelantan tidak memandang remeh kempen ‘Gelombang Merah’ yang dilancarkan UMNO malah mengambilnya sebagai satu cabaran dan ancaman terhadap sokongan golongan muda kepada parti itu.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, pihaknya mempunyai agenda tersendiri dalam menangkis ancaman itu dan dalam usaha mengekalkan sokongan golongan belia supaya terus memberi sokongan kepada Pas, banyak program sudah diatur.

“Pemuda Pas mempunyai pelbagai program yang dikhususkan untuk golongan muda di negeri ini kerana menyedari golongan itu penyumbang utama undi di negeri ini seperti ‘Pemuda Pas Kelantan Terus Berbakti’ dan ia akan diperhebatkan lagi tahun ini.

“Program anjuran Pas banyak sebenarnya untuk golongan muda termasuk aktiviti sukan, kebajikan, ziarah, gotong royong dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas mengenai kempen Gelombang Merah UMNO yang dikatakan semakin mendapat tempat di hati pengundi muda Kelantan.

Menurutnya, peningkatan kehadiran peserta program dalam kempen Gelombang Merah bukan ukuran sebenar peningkatan sokongan golongan muda terhadap UMNO di negeri ini.

Ini kerana, katanya, setiap kali program itu diadakan arahan akan dikeluarkan oleh UMNO supaya semua guru hadir untuk meramaikan peserta program.

Abdul Latiff berkata, ia adalah salah guna kuasa kerana pihak berkenaan melalui Pejabat Pelajaran Daerah mengarahkan semua guru hadir pada program anjuran mereka.

“Oleh itu kehadiran peserta yang meningkat bukan ukuran sebenar peningkatan sokongan generasi muda dalam program anjuran UMNO,” katanya.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kempen ‘Gelombang Merah’ yang dilancarkan pihaknya bagi mendekati 400,000 pengundi muda negeri itu memberi kesan positif menerusi peningkatan peserta program.

Sejak dilancarkan bulan lalu, secara purata lebih 1,000 belia menyertai setiap program yang diadakan dan beliau anggap program itu memberi impak positif.

Mustapa berkata, respons positif golongan muda itu memberi petanda baik kepada Barisan Nasional menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.SH

Read more ...

Jika tidak dedahkan , Umno memang pembohong

Fauzi cabar dedah ahli PKR lompat

http://files.myopera.com/marhaen/blog/poster_pru_hairan.jpgKUANTAN- Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman mencabar UMNO supaya mendedahkan nama 300 ahli parti itu di cabang Indera Mahkota yang didakwa menyertai parti berkenaan kelmarin.

"Jika mereka tak dedahkan, saya anggap UMNO pembohong," katanya.

Dalam pada itu, kata Fauzi, UMNO juga telah menerima pembohong jika benar ada ahli PKR yang berpaling tadah.

Ditanya sama ada tindakan ahli melompat parti itu ada kaitan dengan desas-desus ahli PKR Indera Mahkota tidak boleh menerima kepimpinannya, beliau bertegas:"Saya tidak gentar!"

Setahun lalu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail bertindak meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang kerana kecewa dengan kepimpinan Fauzi.:

Azan adalah Ketua PKR Cabang Indera Mahkota sebelum dilantik mengetuai PKR Terengganu awal tahun ini.

Berikutan pelantikan itu, jawatan Azan sebagai ketua cabang Indera Mahkota dipangku, Ibrahim Sidek, antara mengisytiharkan keluar parti kelmarin.

Dengan nada sinis, Fauzi berkata, beliau bersimpati terhadap ahli UMNO yang ikhlas berjuang untuk parti itu namun tidak mendapat perhatian sebaliknya yang dihargai adalah ahli parti lawan yang berpaling tadah.

"Kepada orang seperti itu, saya ucap selamat 'berjuang'," katanya.

"Mereka boleh bohong kepada saya, kepada orang ramai tetapi bukan kepada Tuhan," katanya lagi.

Kelmarin, seramai 300 ahli PKR dilaporkan keluar parti dan menyertai UMNO diketua Ibrahim, Turut serta, Naib Ketua Wanita PKR negeri, Izzah Mazlan dan Setiausaha Wanita PKR negeri, Fadilah Abd Wahab.

Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof.SH

Read more ...

Wifi untuk kawasan BN

P. Pinang tidak pinggir kawasan BN: Guan Eng

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHAfUyDZA7pnwac5ZssnUA7ZsYSJHOI8h0OxTZeUzsTqOpnj0mv_K9b6yGXixYlTI5BhDIomtpPvfrTmrBdDd6r2fV41sbpt4K-IgRmncP4R9lYI_2Mrt7RYOqF6ixhHyUm3w1R4RGqsk/s1600/wifi-logo1.gifKUALA LUMPUR - Kerajaan Pulau Pinang menafikan pinggirkan kawasan Parlimen yang diwakili Barisan Nasional (BN) di kawasan Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Nibong Tebal dengan mengecualikan mereka menerima liputan Internet tanpa wayar (wifi) percuma.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pemasangan wifi di 750 kawasan itu dilakukan secara percuma oleh syarikat telekomunikasi dan tidak membabitkan Kerajaan Negeri.

Katanya, syarikat itu memberi keutamaan kepada tempat yang menjadi tumpuan ramai. Syarikat berkenaan mendakwa mendapat keuntungan melalui iklan dan Kerajaan Negeri tidak perlu bayar.

Oleh sebab itu, kata Guan Eng, Kerajaan Negeri tidak ada hak tentukan kawasan mana perlu dipasang.

Kawasan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, yang juga Pengerusi DAP, turut tidak dipasang.

“Kerajaan Negeri juga mengambil langkah menambah kemudahan tersebut di 750 kawasan lain. Ini dilakukan untuk kemudahan rakyat di negeri tersebut dan kami adalah negeri pertama di Malaysia mempunyai kemudahan wifi,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa Kerajaan Negeri pinggirkan tiga kawasan Parlimen BN dalam proses pemasangan wifi.

Read more ...

Konspirasi video seks rapi, mahal, berteknologi tapi kantoi sama sekali

Makin Terbelit : Berapa juta ringgit kos video lucah?

Terdapat seribu satu bukti tidak logik berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana didedahkan individu yang hanya dikenali sebagai ‘Dato T’.

Selepas dikaitkan dengan dakwaan melakukan seks luar tabie, dituduh sebagai agen asing, agen Israel, pro militan Islam dan sebagainya, Anwar sekali lagi berdepan dengan satu lagi fitnah yang cukup mengaibkan beliau dan seisi keluarga.

Ketika rakaman itu didedahkan kepada wartawan dan editor media arus perdana di sebuah hotel mewah, Carcosa Seri Negara semalam, jelas ia menunjukkan rancangan itu telah disusun dengan begitu teliti dan rapi.

Ia bertujuan memberikan kegemparan kepada umum dengan menayangkan kepada pihak media terlebih dahulu, bagi mendapatkan publisiti semaksimum mungkin bagi memalukan Anwar, sebelum kesahihan video itu dapat diperincikan.

Apa yang lebih menghairankan mengapa pengawasan ketat dilakukan kepada wartawan yang dipanggil ke hotel mewah berkenaan?

Kenapa mereka diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik termasuk telefon bimbit, kamera serta pen mereka kepada pihak penganjur.

Malah wartawan yang hadir juga diminta memakai jubah sebelum dibenarkan masuk ke bilik di mana rakaman itu ditayangkan.

Apakah disebabkan pihak penganjur takut sekiranya video itu dirakam semula oleh wartawan terbabit?

Kepada wartawan, Dato T juga memberitahu beliau mendakwa menemui video itu selepas diminta ahli politik berkenaan iaitu ‘Anwar’ sendiri untuk mencari jam tangannya yang tertinggal di dalam bilik hotel mewah itu.

Namun Anwar menyatakan dengan tegas beliau sendiri tidak mengenali lelaki itu.

Apakah Dato T ialah seorang ahli politik? Kenapa muncul secara tiba-tiba dan kemudian menghilangkan diri?

Apa pula motif Dato T mendedahkan rakaman video kepada media tanpa membuat laporan polis terlebih dahulu?

Kenapa Dato T tidak didakwa?

Lebih tidak masuk akal, video seks yang dikata dirakam dari pelbagai sudut itu didakwa merupakan aksi seks Anwar bersama seorang pelacur daripada China
.

Banyak pihak berpendapat, Anwar yang kini menghadapi pertuduhan kes fitnah 2 selepas diperangkap oleh seteru politiknya, tidak mungkin melakukan tindakan sebodoh itu- mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu kota.

Apa yang pasti, rancangan untuk mendedahkan rakaman itu disusun dengan begitu teliti oleh Dato T dan konco-konconya.

Mereka menempah sebuah bilik khas berharga RM1,350 di hotel mewah bagi menayangkan rakaman seks yang tidak diketahui kesahihannya.

Lebih menghairankan, bagaimana rakaman itu dikatakan dilakukan di sebuah bilik hotel mewah, yang sepatutnya memiliki pengawasan dan tahap keselamatan tertinggi?

Kenapa tidak ada siasatan dilakukan pihak berkuasa ke atas pihak pengurusan hotel berkenaan?

Jika dilihat daripada sisi undang-undang, Dato T sepatutnya didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki bahan lucah, tidak kira samada identiti pelakon di dalamnya itu tulen atau tidak.

Namun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien menyatakan tayangan video berkenaan tidak sama sekali bersalahan dari sudut undang-undang.

Hishamuddin semalam juga menafikan pembabitan polis dalam isu, sedangkan tidak ada pihak yang menuduh polis terlibat ketika rakaman itu didedahkan.

Teknologi hasilkan video direka

Bagi mereka yang arif dalam teknologi pembikinan video, teknik memasang wajah pelakon bukan lah satu perkara yang mustahil menerusi penggunaan aplikasi teknologi yang canggih pada hari ini.

Ia berbeza dalam kes liwat 1998, kerana pendakwa tidak mampu menyediakan bukti berupa rakaman video kerana keupayaan teknologi yang masih rendah pada waktu itu.

Jadi, tidak mustahil berjuta ringgit dibelanjakan untuk membuat rakaman video seks berkenaan, dengan niat untuk menggoyah persepsi umum dan memalukan Anwar ketika perbicaraan kes liwat 2 sedang berlangsung.

Konspirasi tertinggi

Ia merupakan satu pembunuhan karetor yang paling melampau dilakukan setakat ini oleh Umno-BN, bagi memusnahkan dan menjatuhkan reputasi Anwar.

Ia diperkuatkan lagi dengan tindakan Dato T memaksa Anwar dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip itu disebar kepada umum. Jelas tindak tanduk itu sebenarnya bermotifkan politik.

‘Pendedahan klip’ itu juga dilakukan pada masa yang tepat- iaitu hari yang sama Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan dan ketika Umno-BN dilihat semakin terumbang ambing untuk mendapat sokongan rakyat.

Anwar dalam reaksi segera ketika mengadakan sidang media semalam dengan pantas menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah lelaki dalam video tersebut.

Anwar juga menyertakan bukti bahawa beliau berada bersama keluarganya pada masa video dirakam, iaitu pada 21 Mac sekitar 10.30 malam.

Beliau juga menegaskan ada berbalas mesej di laman twitter dengan penyokong-penyokongnya pada masa video itu dirakam. Malah Anwar menyatakan perut lelaki yang ditunjukkan dalam video seks berkenaan jauh lebih buncit daripada beliau.

Hari ini, Anwar membuat laporan polis berhubung pendedahan video itu, dan menyatakan dengan tegas pembabitan Perdana Menteri, Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai pihak yang bertanggungjaab mendalangi konspirasi berkenaan.

Read more ...

Jangan harap Peguam Negara nak ambil tindakan

Tindakan Harus Diambil Ke Atas Isteri Khir



SHAH ALAM 22 MAC : Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) menggesa Peguam Negara untuk mengambil tindakan ke atas isteri bekas menteri besar Selangor, Zaharah Kechik.

Menurut Teng Chang Kim, Zaharah tidak menghadiri sidang Selcat apabila beliau dipanggil sebagai saksi.

"Dalam sidang awam pendengaran Selcat yang pertama, di mana ada saksi awam yang telah pun mengingkari perintah Selcat untuk hadir iaitu isteri kepada bekas MB Selangor,"katanya.

Tambah beliau lagi, memandangkan penubuhan jawatankuasa ini telah diperakui oleh mahkamah, maka tindakan terhadap Zaharah perlu diambil demi memastikan
undang-undang terus dipelihara.

"Tetapi hingga hari ini belum ada tindakan pendakwaan yang telah dibuat terhadap beliau. Dengan kedudukan enakmen penghinaan dewan yang telah pun dibenarkan oleh mahkamah saya berharap pihak peguam negara akan ambil tindakan segera untuk menegakkan undang-undang yang telah pun diluluskan oleh dewan dan disahkan mahkamah,"jelasnya.

Zaharah adalah Bekas Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) antara 11 saksi utama yang dipanggil pada sesi Selcat pada Mac 2009.

Turut dipanggil sebagai saksi pada sesi pendengaran awam yang akan berlangsung sehingga 31 Mac itu ialah bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan sehingga mencecah RM1 juta sejak penubuhannya pada 1985.

Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Zaharah, yang juga isteri Mohamad Khir, dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.

Read more ...

Gagal fitnah liwat, kini skandal seks pula


KUALA LUMPUR 22 MAC: "Ini perancangan yang teliti dan dilindungi," itu kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Pembangkang itu yang membidas penglibatan suaminya dalam skandal video seks lucah yang mengemparkan negara semalam.

Malah, beliau tidak menolak cubaan terdesak kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk mensabitkan Anwar dengan konspirasi terbaru selepas mendapati kes pendakwaan fitnah kedua ke atas Anwar tidak lagi relevan di mahkamah.

"Memang ianya konspirasi sebab kes Saiful akan kalah. Jadi buat satu kes yang baru dan ini bermotifkan politik. Buat di Carcosa Seri Negara, satu tempat yang ekslusif yang didalangi dan yang dipanggil editor-editor atasan. Ini perancangan yang teliti dilindungi," ujar Azizah

Beliau hadir mengiringi Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi tadi berhubung cubaan peras ugut bermotifkan politik oleh individu yang hanya dikenali sebagai "Datuk T".

Selain menggunakan khidmat Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan perlindungan, individu itu turut memeras ugut untuk menyebarkan rakaman video itu kepada umum sekiranya Wan Azizah dan Anwar enggan melepaskan jawatan parti politik yang disandang dalam masa seminggu.

Namun setakat ini tiada individu yang tampil membuat pengakuan malah kesahihan individu yang didakwa sebagai ketua pembangkang dalam video terbabit masih meragukan di kalangan pengamal media yang telah menontonnya.

Anwar dalam kenyataannya hari ini mengutuk keras perbuatan itu selain mendakwa ianya didalangi oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk menjejaskan karier politik beliau sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Dalam laporan yang dikemukakan kepada polis sebentar tadi, beliau menuntut agensi kerajaan itu melakukan siasatan secara telus malah tidak tunduk kepada tekanan politik.

Seterusnya Anwar memberitahu media akan menunggu respon daripada Menteri Dalam Negeri berhubung konspirasi terbaru itu.

Read more ...

P'Raya Sarawak : Video lucah untuk alih tumpuan PR

P'raya Sarawak : Jangan Terpesong Dengan Video Seks Fitnah


KUALA LUMPUR 22 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi Sarawak menolak cubaan Putrajaya menggunakan video fitnah seks terhadapnya untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada keperluan menamatkan pemerintahan rasuah Barisan Nasional.

Anwar turut menggesa Suruhanjaya Pilihanraya untuk memastikan pilihanraya yang telus dan adil khususnya undi pos dengan tempoh berkempen sekurang-kurangnya tiga minggu.

SPR akan bermesyuarat eok untuk menetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi untuk 71 kerusi Dewan Undangan Negeri setelah DUN Sarawak dibubarkan semalam.

Anwar berkata parti komponen Pakatan Rakyat dan rakan pembangkang SNAP akan memutuskan pengagihan kerusi dalam beberapa hari untuk memberikan saingan hebat kepada Barisan Nasional pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Read more ...

SPRM dan Umno : 2 x 5 saja

SPRM Jangan Tuduh Sembarangan, Dakwa Di Mahkamah Kalau Ada Bukti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3l1lZ-almaz3HJ9uDlm3rgkj5PFbPmGiX3FGSNYUENqqFBR3y0LuA_uGU-3zNVNm0HPEBV2LBdz79wTE28yuLsmjzlJZ6FPs63EhKU_i2I31esoh1VYVBfoCNfFrqzDGPas22iWF5BY4/s200/sprm_umno.jpgKUALA LUMPUR 22 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dinasihati agar tidak menuduh sembarangan wakil rakyat Parti Tindakan Demokrat (DAP) mendapat wang sogokan sekiranya tiada bukti kukuh mensabitkan kesalahan tersebut.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dalam satu sidang media di parlimen hari ini turut menegaskan Ketua Unit Penyiasat SPRM Selangor, Hairul Ilham Hamzah telah memberikan kenyataan fitnah terhadap DAP dalam kenyataannya kepada Suruhanjaya DiRaja menyiasat kematian Teoh Beng Hock semalam mendakwa DAP menerima sebahagian daripada bayaran untuk projek pembangunan kerajaan Selangor.

Berita mengenainya dilaporkan dalam portal berita The Malaysian Insider semalam.

Kata beliau, kenyataan Hairul bertujuan menipu, tidak berasas serta satu tindakan yang jelas mahu memesongkan tumpuan rakyat dan media jauh dari perjalanan penyiasatan yang sedang dijalankan oleh suruhanjaya diraja tersebut.

"Sekiranya SPRM mempunyai bukti kukuh, mereka patut meneruskan dengan pendakwaan di mahkamah, bukannya mengeluarkan kenyataan bertujuan mengaibkan. Saya gesa SPRM untuk mengambil tindakan disiplin terhadap para pegawainya yang mengeluarkan kenyataan tidak bertanggunngjawab bertujuan mencemarkan nama baik parti," tegas beliau lagi.

Tambah beliau, SPRM juga perlu berhenti mereka penipuan dan menjelaskan bagaimana siasatan yang bermotifkan politik dan pendakwaan terpilih terhadap wakil rakyat Selangor sehingga mengakibatkan kematian seorang individu yang tidak bersalah.

"Sejak berdekad, DAP telah mempertahankan konsep kerajaan yang bersih dan telus serta mengecam korupsi yang semakin menjadi-jadi dan ketiadaan ketelusan dalam pemerintahan BN. Ini membuktikan, pendirian DAP amat jelas bahawa DAP tidak akan bertolak-ansur dengan apa-apa penyelewengan walaupun dari kalangan sendiri," kata beliau lagi.

Read more ...