Thursday, March 1, 2012

PERKASA MEMBISU, UMNO KELU!!! Nafi hudud dalam al-Quran bermakna tolak al-Quran

http://mohdfazli.files.wordpress.com/2008/05/kl20_060408_tun_ucap-a.jpgKUALA LUMPUR, 2 Mac: Menyatakan bahawa hukum hudud tidak terdapat dalam al-Quran dan hanya ciptaan manusia boleh menjejaskan aqidah.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir, kenyataan seperti itu juga bermaksud menolak al-Quran itu sendiri.

"Hukum hudud ini ditentukan oleh Allah, dalam al-Quran disebut secara jelas. Sepakat ulama juga tetap bahawa hukum hudud ada dalam al-Quran seperti hukum potong tangan dan bunuh balas (qisas).

"Sesiapa yang menidakkan hudud dalam al-Quran, maksudnya dia tolak al-Quran," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sedangkan katanya rukun iman yang keempat adalah percaya kepada kitab Allah termasuk al-Quran.

Beliau yang juga bekas Mufti Kerajaan Terengganu berkata demikian ketika diminta memberi pandangan terhadap kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program bersama mahasiswa baru-baru ini bahawa hudud tidak ada dalam al-Quran dan perlaksanaannya tidak adil.

Rakaman video ucapan Mahathir itu juga kini disebar meluas di internet khususnya di Youtube.

Dalam perkembangan lain, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik turut menggesa para alim ulama, mufti hingga ke Majlis Raja-Raja Melayu menegur Mahathir yang juga mantan Presiden Umno itu.

Ini kerana kenyataan Mahathir itu bukan sahaja boleh disifatkan teroesong dari ajaran Islam malah boleh mengelirukan umat Islam seluruhnya.

“Kenyataan Tun Dr Mahathir ini ‘besar’ (salah) apabila menafikan hudud atau mengatakan hudud tidak ada dalam al-Quran. Sedangkan perkataan hudud itu sendiri jelas disebut dalam al-Quran.

“Hukum hudud bermakna hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al-Quran secara nas qat’ie iaitu nas yang putus seperti hukum mencuri, hukum berzina ada dalam al-Quran.

“Begitu juga dengan nas yang berhubung dengan murtad, nas berhubung dengan arak, qazaf dan semuanya ada jelas dalam al-Quran,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat pula akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat mereka minggu depan.

"Insyaallah, minggu depan meeting DPPM, saya akan bincang dgn rakan-rakan bentuk tindakan wajar dan sesuai ke atas Tun Mahathir atas istiqamah kenyataannya yg menolak hukum hudud dan menyebutnya ia tdk terdapat di dalam al quran.

"Mungkin DPPM akan request untuk bertemu Tun Mahathir bagi menyampaikan betul duduk hukum hudud," kata ketuanya Nasruddin Hassan di laman Facebooknya.

Read more ...

PELANCARAN KERABAT !!! 2000 tetap bertahan walau hujan lebat di Parit Buntar


PARIT BUNTAR - Majlis Pelancaran Sekretariat Kebajikan Rangkaian
Bekas-Bekas Angkatan Tentera Malaysia (KERABAT) Peringkat Parlimen
Parit Buntar Perak berlangsung dengan jayanya di Dataran Purnama
Kampung Kedah di sini.

Penyelaras program Hamdan Fadel Ahmad berkata, majlis ini tetap
berjalan lancar walaupun keadaan cuaca pada awal hingga hampir
penghujungnya hujan turun dengan agak lebat.

“ Walaupun cuaca begini, majlis ini mendapat sambutan kehadiran amat
hebat dari penduduk di Parit Buntar dan kawasan berhampiran

“ Pujian wajar diberi kepada lebih 2000 orang yang hadir dan tidak
berganjak dari lokasi walaupun hujan turun dengan agak lebat.

Hamdan berkata, penduduk sanggup berpayung dalam hujan menunggu majlis pelancaran dan menanti dengan setia untuk mendengar ceramah dari penceramah yang dijemput.

“ Penceramah yang menghangatkan kesejukan hujan ini terdiri daripada
Presiden KERABAT Lt. Kol. (B) Mohd Nazari Mokhtar, Laksamana Pertama
(B) Mohamad Imran Abd Hamid, Naib Pengerusi DHPP Perak Richard Wong,Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin dan Ahli Parlimen Parit
Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

“ Naib Presiden PAS Mohamad Sabu telah menyempurnakan majlis
pelancaran KERABAT peringkat parlimen Parit Buntar” katanya

Sementara itu, Presiden KERABAT Lt. Kol. (B) Mohd Nazari Mokhtar dalam ucapannya menyentuh mengenai nasib anggota tentera Malaysia yang jelas tidak terbela di bawah kerajaan UMNO BN sejak sekian lama.

“ Terlalu ramai di kalangan bekas anggota ATM yang hidup di paras
kehidupan kemiskinan dikesan bertaburan di seluruh negara.

“Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBPM) pula dilihat gagal dalam
membela nasib golongan bekas ATM kerana ianya sebuah NGO yang
berkepentingan politik tertentu yang diterajui kepimpinan atasan UMNO
BN saja.

Beliau berkata, ramai yang terpaksa menanggung berbagai hutang
setelah bersara atau menamatkan perkhidmatan.

“Sedangkan di dalam akta Angkatan Tentera Malaysia 1973 ada mengaris dan memperuntukan bahawa setiap anggota ATM yang sedang berkhidmat atau telah bersara layak di anugerahkan beberapa ekar tanah sebagai ganjaran untuk mereka yang berkhidmat dan menyumbang tenaga demi tanah air yang bermula seawal umur 19 tahun menyertai ATM.

“ Namun semua ini hanyalah sekadar impian kosong buat semua anggota tentera dan menjadi mimpi ngeri apabila bertukar kedunia awam yang lebih mencabar untuk meneruskan kehidupan” katanya

Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid pula menyeru semua bekas ATM supaya menolak UMNO BN dalam PRU 13 akan datang,kerana sejak dahulu hingga kini kerajaan UMNO BN gagal sepenuhnya membela nasib bekas ATM.

”Pakatan Rakyat adalah wadah perjuangan yang tepat untuk semua bekas ATM sertai setelah tamat berkhidmat,demi menuntut kebenaran dan pembelaan.

“UMNO BN bukan kata nak bagi tanah, sebuah rumah percuma buat bekas ATM pun tidak dapat diberi hingga sekarang” katanya



Abang Mat dan Dr. Mujahid bergaya dengan beret hijau KERABAT

Laksamana Pertama (B) Tuan Haji Mohamad Imran Abd Hamid.


Sanggup berpayung demi memberi sokongan kepada PR




Kredit gambar _ Orang ni

Read more ...

SAMSENG TAK KIRA TEMPAT!!! Puak UMNO dan PERKASA dengan Papan Iklan pun buat gaduh

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata



Lebih seminggu PKNK mempamerkan wajah sebenar surau baru yang akan dibina di Aman Central. Rakyat yang lalu lalang tengok, hebat dan gagah. Depa kata, kalau mcm ni punya hebat surau baru, ada lagi yg tentang maka bangang betoi puak2 tu.

Rupanya kehadiran iklan gergasi gambaran kehebatan surau baru ini telah menjadikan puak2 pejuang pejabat insuran Salihiah yang terdiri dari Perkasa dan UMNO Alor Setar jadi sasau dan meroyan.

Selama ini depa dok muhong kat rakyat bahawa surau tu akan dibuat ciput dalam bangunan sapa pun tak boleh nampak tapi yg sebenar sebaliknya.


Jadi tindakan segera mereka ialah mengoyak iklan tu supaya rakyat taktau wajah surau baru jd mudah depa hasut rakyat. Ih ih ih awatlah kecut telog sampai tara tu, takdak sifat 'lelaki gentle' langsung.. takut rakyat termakan info dari pihak lain, musnahkan info tu. Ini betoi2 perangai kerajaan komunis dan Sadam Husin masa berkuasa dulu..sekat maklumat semua jangan sampai kepada rakyat.

Nak bagi dekat konco2 Mat Bashah, Cot, Sobri Sudin dunia hari ni maklumat orang tak boleh sekat dah. Hangpa pereban iklan gergasi tu pun, sambar surau tu dah tersebar seantero alam.

MK nak tergelak bila puak2 tu turut pi buat report polis. Depa ingat polis tu barua toknek tiri depa boleh buat report ikut suka hati tanpa ada asas kes apa pun. Mokalu orang kata bingai marah tapi @&$/:;¥£€.. wahhahhah

Read more ...

HANYA BELASAH PAS!!! Ceramah akidah Hasan Ali di Sungai Buluh tiada sambutan

Ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, saya terlihat poster ceramah Hasan Ali berhampiran dengan simpang masuk ke Saujana Utama, Sg Buloh.

Kalau tidak silap, tajuknya berkaitan dengan isu akidah. Agama masih menjadi modal Hasan Ali untuk mempengaruhi orang ke ceramahnya.

Selesai solat Maghrib, saya sekeluarga ke KFC berhampiran dengan tapak ceramah.


Kami bercadang untuk memesan beberapa hidangan termasuk ayam spicy, kegeramaran anak-anak. Pada ketika itu, orang agak banyak, maklumlah awal bulan, rata-rata orang menerima gaji masing-masing semalam.

Barisan orang yang mahu memesan hidangannya juga agak panjang. Semua kaunter dibuka untuk menerima pesanan.

Ketika tiba giliran kami, pekerja kaunter memberitahu ayam spicy sudah habis. Pelanggan yang memesan hidangan itu perlu menunggu 11 minit.

Bayangkan anda beratur hampir 15 minit, ketika memesan hidangan ayam spicy, anda diberitahu ayamnya sudah habis dan anda perlu menunggu dalam tempoh tertentu.

Bayangkanlah pula kalau anda beratur selama sejam, sampai saja di kaunter pekerja dengan selamba memberitahu ayam sudah habis. Tentulah anda akan "mengamuk" kerana pekerja sepatutnya memberitahu anda terlebih awal dan tidak membiarkan anda beratur lama.

Samalah juga dengan keadaan yang kami tempuhi malam tadi. Bukan pertama kali dan sudah pasti bukan yang terakhir. Situasi seumpama ini tidak akan berlaku jika premis makanan segera itu diurus dengan betul.

Sepatutnya, pekerja di premis itu membuat tindakan awal untuk mengelakkan pelanggan merungut dengan perkhidmatan yang diberikan.

Misalnya, jika mereka mendapati ayam spicy sudah hampir habis dan pelanggan pada waktu itu banyak, sepatutnya mereka bertindak menggoreng ayam itu lebih awal, bukannya menunggu ayam itu hampir habis baru mereka bertindak menggoreng ayam yang baru.

Selesai makan hidangan yang lain, ayam yang dipesan masih belum sampai. Rasanya lebih 20 minit, namun ayam yang dikatakan akan siap digoreng selepas 11 minit masih belum sampai. Beberapa minit kemudia, itu pun orang rumah sudah mengadu kepada pekerja, barulah ayam yang dipesan sampai ke meja. Aduhai!!!!

Sebaik saja bergerak meninggalkan KFC, kami menuju ke tapak ceramah. Sampai di sana, hanya beberapa orang yang duduk di kerusi yang disediakan. Saya tiba di situ pukul 9.15 malam.

Ceramah seperti yang dinyatakan pada kain rentang sepatutnya bermula 9 malam. Yang memalukan, walaupun sudah 15 minit berlalu, orang masih belum datang. Pada waktu, video ceramah Hasan Ali ditayangkan kepada pengunjung tapak ceramah.

Tepat jam 9.30, jumlah penonton tidak banyak beza. Rasanya, tidak sampai 15 orang setia menunggu Hasan Ali di tapak ceramah. Tidak jauh dari tapak ceramah yang lengkap dengan khemah dan kerusi, ada kelompok pemerhati, rasanya tujuan mereka ke sana samalah seperti saya, iaitu mahu meninjau sejauh mana sokongan masyarakat setempat kepada Hasan Ali.

Untuk pengetahuan anda, di kawasan Saujana ini, dianggar lebih 20 ribu orang yang majoriti besarnya orang Melayu menetap di sini. Kalau berdasarkan anggaran pemaju, terdapat lebih 30 ribu penduduk di sekitar kawasan perumahan di sini.

Oleh sebab itu, setiap kali ceramah PR, tidak kurang 3-5 ribu penduduk setempat datang memeriahkan suasana sambil mendengar kupasan isu terkini. Saya sempat beberapa kali mengikuti ceramah tokoh-tokoh PR di kawasan itu.

Suasananya memang jauh berbeza daripada ceramah yang dianjurkan oleh UMNO atau Hasan Ali. Selesai sahaja solat Isyak, tapak ceramah sudah dipenuhi kenderaan dan orang ramai yang mahu menyaksikan ceramah. Lalu lintas juga menjadi sesak.

Namun, suasana malam ini, sama sahaja seperti keadaan hari-hari yang lain. Orang ramai berkunjung ke restoran, gerai makan untuk menjamu selera.

Ada yang sibuk membeli belah barangan dapur. Ada yang meluangkan masa berjemaah di masjid dan mendengar tazkirah daripada imam.

Majoriti besarnya seolah-olah tidak menghiraukan ceramah Hasan Ali yang berdasarkan ceramah yang ditayangkan di layar masih cuba mengelirukan orang ramai tentang isu pemecatannya, isu Anwar Ibrahim dan sebagainya.

Tepat jam 9.30, saya beransur pulang. Ceramah masih belum dimulakan. Orang di tapak ceramah pun tidak berubah. Yang menghairankan ialah pihak di belakang penganjuran ceramah Hasan Ali di situ.

Berdasarkan khemah, kerusi, sistem audio, dan perkasas rakaman yang disediakan, rasa-rasanya bukan JATI yang menjadi penganjur ceramah itu. Rasa-rasanya, anda dapat mengagak dalang yang menyokong jerayawara Hasan Ali.

Selepas 30 minit ceramah sepatutnya dimulakan, inilah antara penduduk yang mahu mendengar ceramah Hasan Ali. Tolong kira!:







P/s: Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa Hasan Ali mendakwa PKR dan DAP akan menghapuskan panggilan azan jika memerintah Malaysia. Dakwaan parasit PAS ini jelas berunsur fitnah dan amat malang jika ada Melayu yang mempercayai kata-kata fitnahnya. ~duniacacamerba

Read more ...