
Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan berkata, ini supaya Najib dapat meneruskan dasar transformasi beliau demi kemajuan negara dan kemakmuran hidup rakyat di negara ini.
"Tidak ada sifat pilih kasih yang diamalkan Perdana Menteri menyebabkan rakyat pelbagai kaum di negara ini merasa dihargai dan mendapat bahagian yang sama selaras dengan dasar transformasi yang diamalkan kerajaan," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan pakaian seragam sekolah kepada 50 keluarga tidak berkemampuan di Lunas, di sini petang semalam.