Sunday, November 4, 2012

KAUT UNTUNG PERAH RAKYAT!!! Syarikat anak bekas pemimpin UMNO Johor kendali saman AES

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/261874_426605910737700_309169754_n.jpgKUALA LUMPUR 5 November: KEADILAN membongkar hubungan mencurigakan di antara syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno Johor dan Menteri dari MCA.

Dedah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Chang Lih Kang, pemegang saham terbesar syarikat itu, To’Puan Rozana Redzuan adalah anak kepada bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong, Allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim.

“Ibunya, Puan Sri Datin Atkah Abdullah pula adalah bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.

“Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Teja itu pada sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Lih Kang, pemegang saham kedua terbesar, Andreas Toh pula mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

“Kebetulan, kedua-dua kementerian ini di bawah menteri dari MCA. Adakah ada hubungan rahsia antara Andras Toh dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini,” soal beliau.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.

Turut ditunjukkan dalam sidang media itu, salinan maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Maklumat tersebut menyatakan, Rozana adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta.

Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, maklumat ini sekali lagi menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan.

Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.

“Sampai hari ini, kita tidak mendengar satu sebab pun kenapa sistem ini dikendali pihak swasta. Apa masalahnya dengan polis yang mengendali saman trafik sebelum ini.

“Kami juga sekali lagi meminta kerajaan agar batalkan dan nilai semula sistem pelaksanaan AES ini,” kata Bendahari Agung KEADILAN itu.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38895

Read more ...

PERAH RAKYAT!!! Bukan sahaja kamera AES JPJ, polis pun ada kamera juga untuk saman rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-9A0Ku07O0bA/UBiiwe1RBkI/AAAAAAAADn8/n0eBbDK-hl0/s320/speedtrap.jpg 
Ingatkan bila ada kemera AES, kamera polis mansuh. Jangan berharap la , polis pun nak tolong kutip juga bagi banyak......
 
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan memansuhkan saman postal (Notis Pol 170A) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan.

Timbalan Menteri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, saman postal itu bertujuan memberi kesedaran kepada pemandu jalan raya agar memandu secara berhemah dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Saman postal ialah notis yang dikeluarkan PDRM kpada pemilik kenderaan yang berdaftar.

Bagi pemilik kenderaan yang gagal memberikan maklumat terhadap notis dalam tempoh yang ditetapkan, pemilik dikenakan saman kerana melakukan kesalahan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar pada sesi soal jawab lisan pagi ini.

"Berapa jumlah respon daripada pesalah yang menerima saman postal kemudian menjawab semula notis yang dikeluarkan PDRM.

"Apa jenis kamera yang digunakan PDRM, adakah sama dengan AES dan adakah menteri bercadang memansuhkan sistem ini setelah AES yang lebih kejam dan zalim dilaksanakan?" soal beliau.

Abu Seman dalam jawapannya memberitahu, sebanyak 180,062 saman postal dikeluarkan sepanjang tempoh Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 12 hingga 26 Ogos lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 52,362 saman dapat diselesaikan.

Firdaus dalam soalan asalanya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

Sementara itu, Firdaus ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, rakyat kini terbeban dengan dua saman yang dikeluarkan iaitu daripada PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Dua kementerian menjadikan aktiviti menyaman pengguna kenderaan sebagai agenda bersama. Sepatutnya PDRM kena tumpu kes jenayah.

"Daripada jumlah saman yang dikeluarkan, hampir separuh yang bayar saman ternyata tak faham, tapi terus bayar sahaja sebab takut kena naik turun mahkamah. Kerajaan kena jelaskan bagaiman ia beroperasi, bukan terus saman," katanya.

Read more ...

TERKINI!!! Zaid Ibrahim letak jawatan sebagai Presiden parti KITA

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Datuk Zaid Ibrahim (gambar) telah meletakkan jawatan sebagai Presiden KITA tetapi mendakwa beliau masih mengawal parti itu, lapor The Star Online hari ini.

Setiausaha parti tersebut, Masrum Dayat, yang mengambil alih jawatan presiden itu berkata, Zaid telah menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Sabtu.


“Bagaimanapun, beliau masih seorang ahli jawatankuasa pusat dan ahli biasa KITA,” katanya kepada The Star Online, sambil menambah bahawa Zaid menyatakan masalah kesihatan sebagai punca peletakan jawatannya.


Zaid adalah menteri “De Facto” undang-undang semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi.


Beliau kemudiannya meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno selepas ahli parlimen DAP Teresa Kok ditahan ISA pada tahun 2008.


Beliau kemudiannya menyertai PKR akan tetapi keluar dari parti tersebut pada tahun 2010 kerana hilang keyakinan kepada kepimpinan penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Read more ...

SOI LEK & FATHUL BARI SENADA!!! Tolak Hudud PAS , mana Hudud UMNO wahai Fathul Bari ?



Setelah hina Islam, Presiden MCA hina orang Islam pula

Melalui akhbarnya, Mingguan Malaysia, Umno hari ini (semalam) tampil sebagai pembela Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan liputannya yang bertajuk 'Kami hanya tentang hudud versi PAS'.

Sebelum ini, musuh Islam itu cerca dan hina Islam dengan kenyataan-kenyataannya mengenai hudud.

Kali ini, dia hina umat Islam pula apabila cuba membodoh-bodohkan kita kononnya parti kurang ajarnya hanya menentang hudud versi PAS.

Di bawah berita FMT "MCA hanya tentang hudud PAS, kata Chua", saya tulis:

Kalau tak suka hudud PAS, maknanya boleh terima hudud Umno la? Siapa yg tulis kat Twitter "The Johor Umno Adun must have run out of ideas and out of his mind to propose hudud in Johor for all. MCA will definitely object to it"?



Adakah Adun Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat mencadangkan hudud PAS sehingga Chua menuduhnya hilang akal? (Lihat Malaysiakini 2/7/12 "Cadang hudud: ADUN Umno 'hilang akal', kata MCA")


Syaitan MCA itu menghina kita seolah-olah kita tak tahu baca dan tak ada otak untuk mengingati apa yang dia kata.

Ketika perhimpunan agung MCA baru-baru ini, syaitan itu yang mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat (lihat Malaysiakini 23/10/12 "'Mana maruah Najib bila Soi Lek serang Islam?'") Adakah negara-negara itu melaksanakan hudud PAS? Celaka sungguh syaitan itu!

MCA tolak hudud PAS sahaja?

Bukankah Chua sendiri yang menyatakan MCA sanggup berpisah dengan Umno jika parti itu mahu melaksanakan hudud? Adakah Umno mahu melaksanakan hudud PAS? (Lihat Malaysiakini 23/9/11 "Hudud: MCA, Gerakan sanggup tinggalkan Umno")


Jelaslah dakwaan terbaru si kutuk itu kononnya dia dan MCA yang dikepalainya hanya menentang hudud PAS adalah tindakan menghina umat Islam seolah-olah kita tak tahu baca dan tak ada otak untuk mengingati apa yang dia kata.

Lebih jahat lagi, untuk menipu umat Islam, Umno memanjangkan penghinaan syaitan itu ke atas umat Islam dengan liputan prominent di muka depan Mingguan Malaysia hari ini kononnya musuh Islam itu hanya menentang hudud versi PAS.

Jangan lupa, Hata Wahari pernah menceritakan kepada kita bahawa agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak (lihat Malaysiakini 12/5/11 "Hata: Editor Utusan wajar dikenakan ISA"). -penarikbeca

Hudud PAS: Soi Lek sudah rasa tertekan

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dalam sebuah akhbar mingguan hari ini kerana sudah merasai tertekan dengan kemarahan umat Islam.

Mengambil tempoh waktu tertentu akhirnya Presiden MCA membuat kenyataan baru untuk mengelak daripada dirinya terus dikecam.

“Dia sebenarnya rasa tertekan…tersinggung dengan kritikan umat Islam sendiri sebelum ini berhubung tindakannya mempertikaikan hukum hudud dan sebagainya.

“Dia kata dia tidak hina Islam, tetapi pertikaikan hukum hudud PAS, mana boleh jadi begitu sedangkan hukum hudud itu sendiri adalah Islam,” ujarnya.

Sambungnya, sebagai contoh andainya ada orang menentang hanya satu dari yang terkandung dalam undang-undang Malaysia, ertinya orang terbabit telah menentang negara ini.

Pada masa yang sama Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, Soi Lek seharusnya mempersoalkan ‘mana hukum hudud Umno’ dan bukannya memperosalkan hudud yang diperjuangkan PAS.

Katanya, sekiranya tiada hukuman itu yang dibentangkan oleh Umno, sudah bererti apa yang diusahakan PAS adalah ajaran Islam.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui di pejabatnya tengah hari tadi bagi mengulas kenyataan Soi Lek yang mendakwa beliau tidak menghina Islam, cuma persoal hudud PAS.
-HD


Ulasan GB

Kata-kata Soi Lek bahawa "MCA hanya tentang hudud PAS" membawa pengertian bahawa yang beliau tentang hanyalah hudud versi PAS, jadi beliau terima hudud lain selain hudud PAS tetapi terima hudud Islam?

Hukum kebenaran dan keadilan telah memerangkap beliau melalui perkataannya sendiri!

Sedangkan sebelum ini Chua Soi Lek telah pergi jauh, bukan sahaja mengkrtitik hudud yang diperkenalkan oleh PAS, tetapi telah mengkritik Islam dan negara Islam dengan menyatakan negara Islam yang mengamalkan hudud antara yang paling korup di dunia, sekalipun tiada statistik atau bukti yang diketengahkan bagi menyokong dakwaannya itu.

Berita di bawah ini membuktikannya:


Sejak bila negara-negara Islam yang beliau maksudkan itu mengamalkan hudud PAS?

Dan hakikat yang nyata negara yang mengamalkan hudud adalah yang mempunyai kadar jenayah yang paling rendah terutama kes rogol. Bab ini yang Chua Soi Lek tidak suka agaknya kerana beliau pemimpin BN yang pernah mengakui terlibat di dalam video porno!

Read more ...

NAJIB ADA BERANI!!! Dua peguam Perancis, Joseph Breham dan William Bourdon akan hadir beri taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia


Dua peguam Perancis, Joseph Breham dan William Bourdon akan hadir ke negara ini dalam masa terdekat untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung skandal pembelian kapal selam kelas Scorpene.


Khabar gembira tersebut dimaklumkan peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Fadiah Nadwa Fikri pada Ceramah Perdana Jelajah Le Tour De Scorpene malam tadi.
"Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan urusan visa mereka, setelah itu kami akan umumkan tarikh kehadiran mereka seberapa segera sebelum sidang Parlimen berakhir hujung bulan ini," katanya di hadapan lebih 3,000 hadirin di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.
Fadiah berkata, kehadiran kedua-dua peguam itu penting untuk menjelaskan situasi sebenar berhubung kes rasuah Scorpene dan misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu di mahkamah Perancis.
"Penjelasan harus diberikan ekoran pelbagai spekulasi yang dicipta Barisan Nasional (BN) dan media kawalan mereka berhubung perbicaraan kes ini.
"Kehadiran mereka di Parlimen Malaysia sebagai peguam yang mewakili Suaram amat diperlukan untuk memberi taklimat serta penerangan kepada Ahli Parlimen berhubung isu Scorpene," katanya disambut sorakan gempita.
Fadiah menegaskan, Suaram sama sekali tidak akan berganjak untuk terus menjalankan siasatan walaupun Umno BN sedang berusaha 'mematikan' Suaram.
"Kebelakangan ini pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Suaram, namun ingin saya tegaskan, jika Suaram berjaya diharamkan sekalipun, siasatan akan tetap berjalan," katanya.
Ceramah anjuran bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Suaram itu turut diserikan dengan simbolik kit penyelewengan skandal Scorpene oleh Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard kepada Pengerusi KEADILAN Johor, Chua Jui Meng serta pimpinan Pakatan Rakyat Johor.
Dalam majlis itu juga 250 tandatangan bantahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berjaya dikumpulkan.
Antara tokoh lain yang hadir adalah Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat; Ketua Cabang KEADILAN Johor Jaya, Jimmy Puah; Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel; Penyelaras KEADILAN Muar, Nor Hizwan Ahmad dan beberapa pimpinan lain.

Read more ...

GILA PUNYA KAYA!!! Kekayaan anak-anak pemimpin BN, rakyat mana yang boleh tumpang?


Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.
~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.
- kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.
~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?
~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ...

KEKAYAAN ANAK ABDULLAH AHMAD BADAWI

~ kamaludin diisytiharkan sebagai salah salah seorg 10 tokoh peniagaan Melayu teratas dgn aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi Perdana Menteri. kamaluddin didakwa merupakan org dibelakang syarikat Scomi walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah Scomi yg brjumlah 9 org.
~ pada 2006 akhbar The Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah memberi kontrak sekurang kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI.

KEMEWAHAN ANAK NAZRI AZIZ

~ anak kepada Menteri di jabatan Perdana Menteri nazri abdul aziz, Mohamad Nediam dilaporkan menjadi bintang dikalangan anak2 menteri kerana dibelit kontroversi berkenaan paparan pelbagai fotonya di beberapa blop brsama gadis2 jelita ~Nedim dilaporkan mempunyai sebuah kereta PORSCHE berharga sekitar RM700,000.beliau juga mempunyai pengawal peribadi yang sentiasa mengiringnya menaik kereta mewah.
~ baru2 ini pengawal peribadinya myerang seorg pengawal keselamatan kerana berlaku salah faham mendaftar masuk ke sbuah kondominium mount kiara.
~ Angkatan Muda Keadilan menuntut polis menyiasat Nedim yang pernah dikaitkan dalam 1 kes pembunuhan,Darren Kang di Sri Hartamas pada 2004.satu ironi, seorang anak menteri undang2 tidak faham undang2 dan trlajak ke dalam kes2 jenayah.

KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK
~ anak Dr. Ling leong sik,ling hee leong Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA pada zaman Dr mahathir didakwa telah mengumpul kekayaan sebanyak RM 1.2 BILLION!.
~ hee leong yang baru berumur 27 thn ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak.
~ pemimpin DAP,Lim Kit siang pada 1997 telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah agar kerajaan BN menyiasat skandal pengumpulan harta yng sebegitu besar dikhuatiri mengunakan kedudukan Lim Leong sik sbg menteri pengangkutan.namun sehingga ke hari ini tiada siasatan dijalankan.

KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK

~ ada beberapa org anak najib razak yg menjadi topik perbualan di internet.salah seorg dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib,dan masih menuntut .foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya ashman yg mewah.
~ beliau dikatakan memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorg remaja yang masih blajar.
~anak kdua najib bersama isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku eskandar,mohd nazifudin najib merupakan salah seorg ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.
~ beliau juga Pengerusi Sagajuta (sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1 Borneo mall di Kota Kinabalu.mempunyai kepentingan sebanyak 13.83% selepas dilantik sbg ahli lembaga pengarah (BOD) Syarikat Harvest Court Industries Sdn Bhd.
~ pertunangan anak sulung najib bersama rosmah mansor,Nooryana najwa dengan warga kazakkhtan,Daniar nazarbayev,17 jun 2011.menelan pmbelanjaan RM79,053.
~ bil2 yang dikenal pasti sbg invois perbelanjaan jelas mengesahkan majlis itu ditanggung oleh kerajaan.sedangkan hanya majlis rasmi sahaja yang dibenar dari segi undang undang mengunakan wang negara.

KEKAYAAN ANAK SHAHRIZAT JALIL

~ dua anak shahrizat jalil dalam usia 20-an ,wan shahinur izran dan wan izzana fatimah zabedah memegang saham syarikat NFC.
~ anak2 shahrizat memiliki saham dalam Global Biofuture Pte Ltd,meatwork (singpore) Ptd Ltd.kdua duj syarikat itu didakwa memiliki modal berbayar S$3.65 juta,atau RM8.85 JUTA.

KEKAYAAN ANAK TAIB MAHMUD
~ taib mahmud yang memerintah Sarawak sejak 1980-an dianggap jelmaan Raja brooke ( James Brooke) di Sarawak.adik. Bradik dan anak beranaknya di berikan kekayaan yang melimpah ruah.
~ salah seorg anak taib mahmud,jamilah taib memiliki kekayaan luar biasa.beliau menguruskan kekayaan taib di Kanada melalui Sakto Corporation yg nilainya menjangkau ratusan juta Dollar dibawah nama menantu lelaki beliau,sean murray.
~ jamilah memiliki rumah mewah di malaysia dan luar negara.keluarga taib juga memiliki perniagaan Sakti International yang berpusat di Amerika Syarikat.
~ seorg lagi anak taib,abu bekir taib abdul taib mjadi kontrolversi selepas tuduhan pnceraiannya berjumlah RM500 juta dimahkamah syariah.
~ abu bekir brkahwin kali kdua dengan wanita Russia. isteri pertamanya Shahnaz a.majid,memohon penceraian.dalam permohonan pembahagian harta sepencarian istrinya menuntut :
1) RM100 JUTA tuntutan mutaah
2) RM300 JUTA harta sepencarian
~ slain itu menurut Shahnaz, suaminya,mempunyai perniagaan berbillion ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz, Lamboghini,Murcielago,Ferrari Spider,Bentley New Continental GT,Maserati Quortoporudi dan Alphard

KEKAYAAN ANAK DR MAHATHIR MOHAMAD

~ Mirzan mahathir,menguasai beberapa syarikat peniagaan besar seperti Sunway Building Tecnologies berhad,Capetronic Consumer Electronics Holdings berhad,World wide holdings berhad,Artwright holdings berhad dan lain2 lg.
~ mirzan pada 2011 muncul sbg salah seorg pgarah syarikat San Miguel Corp,syarilat konglomerat makanan terbesar di Filipina yang juga trlibat dgn perniagaan Arak.
~ terbaharu,mirzan dinamakan dalam afidavit di mahkamah India brkaitan siasatan pembangunan pelabuhan kakinada di Andra Pradesh.kerja2 pembinaan itu terlewat beberapa tahun dan perbendaharaan negeri mendakwa kerugian kira2 RM 33 juta antara 1999 dan 2007 disebabkan kelewatan itu.
~ Mokhzani mahathir majalah perniagaan Malaysia Business pernah melaporkan Mokhzani mahathir sbg antara 3 tokoh perniagaan melayu terkaya di Malaysia.beliau memiliki syarikat Kenchana Petroleum dan menduduki tangga ke 19 dalam senarai majalah itu dgn memiliki kekayaan sbyak RM 1.6 BILLION selain itu Mokhzani juga memiliki saham di dalam THB Industries Berhad,Tongkah holdings berhad dan Pantai Holdings berhad.
SEBEGINILAH MANUSIA YG HDUP DIALAS WANG KERTAS DUIT RAKYAT, SEJAHTERA LAH MEREKA HIDUP DIDUNIA, DAN YANG AMAT PERIT SEKALI KETIKA MATI DALAM KEALPAAN, SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KESEDARAN KEPADA MEREKA DAN SEDIA BRTAUBAT MENERIMA HUKUMAN DIDUNIA. MESTI  DI BACA DAN HARUS DI TEKA, --> "HIDUP UMNO!" atau "HIRUP UMNO HIRUP!"...Tepuk dada tanyalah selera.
Siasahkini

Read more ...

PIKUL BIAWAK HIDUP!!! Senarai 'Kejayaan' BN Kedah yang diwariskan kepada Pakatan Rakyat




Senarai projek di mana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ‘pikul biawak hidup’ akibat onar yang dibuat kerajaan BN dahulu


1) Yayasan Islam disaman RM11 juta

Akibat penyelewengan yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan sebelum ini, maka Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed) di bawah kerajaan negeri Kedah kini diperintahkan mahkamah membayar sebanyak RM11 juta kepada Syarikat Senisinga Sdn. Bhd.


YIKed di bawah pemerintahan yang lepas gagal menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama, dalam projek besar yang dimulakan di zaman Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar.


Long Island Development Sdn Bhd (syarikat bersama YIKed + Long Island Properties) bertanggungjawab tebus tanah yang digadai kepada Southern Bank Berhad, tapi gagal tebus lagi 16 keping tanah.


Atas ‘arahan politik’ walaupun tanah tersebut belum dimiliki Pejabat Tanah Galian dah keluar surat hakmilik dan ubah syarat, dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Exco. Jadi, satu tanah ada dua hak milik. Maka Syarikat Senisinga Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang mengambilalih pinjaman tidak berbayar (NPL) Southern Finance Berhad pun menyaman YIKed RM11 juta dan mereka berjaya di mahkamah.


YIKed dilaporkan telah membayar sebanyak RM300 ribu bermula 27 Ogos 2012 lepas dan bakinya akan diselesaikan secara ansuran sehingga 15 Ogos 2013.


 


2) Kehilangan RM6.15 juta projek udang Kerpan


Projek ternakan udang di Kerpan, Ayer Hitam yang melibatkan beratus-ratus ekar tanah petani pada tahun 1993 telah berlaku penyelewengan di mana hasil keuntungan projek tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun.
Satu Perjanjian Pengurusan Projek Ternakan Udang bertarikh 27 Disember 2007 ditandatangani antara Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB), sebuah syarikat yang ditubuhkan secara bersama antara Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dengan pegangan nisbah keuntungan 40:60.


Hasil keuntungan projek tersebut tidak diagihkan seperti yang dipersetujui bersama. KASB tidak dibayar satu sen pun keuntungan. Rupanya duit itu juga tidak dimasukkan ke dalam akaun khas yang diwujudkan. Ke mana duit keuntungan sebanyak RM6.15 juta itu pergi? Inilah baru penyelewengan namanya dan polis mesti siasat ke mana perginya duit itu. Adakah ia masuk ke dalam kantung dana politik UMNO?


Pada 5 Jun 2012 Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan KAIMB membayar KASB sebanyak RM2.16 juta. Nama kerajaan negeri Kedah tercalar dalam laporan Audit 2011, sedangkan ia adalah angkara ‘pencuri’ yang bermaharajalela dalam kerajaan terdahulu.



3) Kerajaan negeri akan disaman RM60 juta


Sebuah syarikat besar dalam proses menyaman kerajaan negeri Kedah sebanyak RM60 juta ekoran kegagalan projek Jerai International Park pada masa Tan Sri Osman Aroff menjadi menteri besar. Syarikat itu dikatakan mendapat pembiayaan dari pihak tertentu di Qatar untuk projek JIP.


Kerajaan pada masa itu melalui Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat untuk melakukan usahasama membangunkan Jerai International Park di atas tanah seluas 1,145 ekar dengan nisbah 40 peratus PKB dan 60 peratus syarikat tersebut. Bagaimanapun apabila projek raksasa itu dibatalkan kerajaan negeri tidak berunding atau membuat penyelesaian dengan pihak berkenaan.

Kerajaan negeri sedang menunggu perbicaraan dan mereka dijangka menuntut gantirugi RM60 juta, dan sebanyak RM22 juta daripadanya adalah melibatkan cadangan tanah untuk projek perumahan.


 


4) Kegagalan Projek 990East Langkawi


Projek 990 East Langkawi bermula sejak 15 Januari 2007 di mana perjanjian usahasama dan perjanjian saham ditandatangani oleh KCB dengan Terra Monda Pte Limited iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di England. Ketua Pegawai Esekutif KCB pada masa itu ialah Datuk Tajul Urus Md Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok. Terma perjanjian berat sebelah, di mana PKB perlu menyediakan tanah seluas 360 ekar di Bukit Malut tetapi hanya mendapat 20 peratus saham, sedangkan Terra Monda yang membiayai projek memegang 80 peratus saham. Mengapa benarkan pihak asing kuasai pemilikan sampai 80 peratus?


Isu besarnya ialah tanah yang dimasukkan dalam perjanjian itu bukan milik KCB. Terpaksa buat pengambilan terhadap tanah pihak lain yang bukan milik kerajaan negeri, termasuk individu. Terpaksa membayar pampasan pertanian, bangunan dan sebagainya yang melibatkan kos yang terlalu besar sedangkan tidak semua kos tersebut dinilai semasa penilaian agihan saham. KCB juga dikatakan akan membina ‘mahligai’ bernilai RM5 juta untuk pihak tertentu (terdapat dalam terma perjanjian). Nilai untuk semua kos, termasuk kos luarjangka yang sangat besar itu, KCB hanya mendapat 20 peratus saham.


Sekarang kerajaan negeri sedang berunding dengan Terra Monda untuk membatalkan perjanjian tersebut. Namun penamatan perjanjian juga mempunyai kos yang besar kerana nilai projek sahaja sudah mencecah RM1.2 billion.


 


5) Tanggung beban hutang Seri Temin RM14 juta sampai gulung tikar


Syarikat Seri Temin Development Corporation (STDC)  di masa BN telah membuat pembayaran di bawah item ‘sumbangan’ sebanyak RM8 juta. Daripada jumlah itu RM7.5 juta tidak mendapat pengecualian cukai kerana sumbangan kebanyakannya dibuat untuk membiayai aktiviti politik UMNO. STDC di bawah PR kena jelaskan cukai RM3.1 juta dan penalty RM1 juta kerana pengurusan lama lambat bayar cukai tanpa rebat pengecualian. Dibebankan pula dengan tuntutan hutang oleh pihak pembekal lebih RM14 juta sehingga memaksa syarikat tersebut gulung tikar.


 


6) Kerajaan negeri tanggung beban hutang, tolak geran bina logi air


Kerajaan negeri di zaman BN menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar  dan Padang Sanai oleh kerajaan Pusat, sebaliknya mahu status pinjaman.


Pembinaan logi pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta. Tetapi harganya RM65 juta. Logi pembersihan air Padang Sanai yang sepatutnya bernilai RM50 juta untuk kapasiti 50 juta liter air tetapi dengan sentuhan tangan BN, harganya melonjak menjadi RM155 juta. Ia mungkin menjawab persoalan mengapa kerajaan lalu beriya-iya menolak geran peruntukan Pusat. Mereka menerima pinjaman yang memberi peluang menentukan siapa kontraktornya serta tidak terikat dengan harga berasaskan spesifikasi dari Kementerian.


 


7) Perjanjian dengan Syarikat Taliworks Langkawi merugikan


Di zaman BN, Taliworks dilantik sebagai operator air Langkawi dengan kontrak sehingga 2020. Terma perjanjian sangat merugikan kerajaan negeri kerana kerajaan melalui Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK, sekarang SADA) mengenakan caj kepada pengguna hanya sebanyak RM0.40 untuk satu meter padu air (sekarang RM0.50) tetapi terpaksa bayar kepada Taliworks RM1.80 untuk satu meter padu air. Kadar bayaran terhadap Taliworks itu semakin meningkat setiap tahun seperti tercatat dalam perjanjian.


 


8) Kemusnahan alam projek kuari Gunung Jerai


Terma perjanjian berat sebelah (menguntungkan pemaju) dibuat antara kerajaan negeri dengan Syarikat Kemelong Sdn Bhd yang mengusahakan kuari di Gunong Jerai. Sewaktu jadi pembangkang PAS bersama dengan NGO yang memperjuangkan alam sekitar membantah projek tersebut kerana di samping merosakkan sistem ekologi, memusnahkan kawasan tadahan air, ia juga membawa bencana dan kemudharatan kepada penduduk tempatan.


Malangnya apabila PAS memegang tampuk kuasa, kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM40 juta jika mahu membatalkan projek. Jumlah tersebut terlalu besar jika ditukarkan dalam bentuk kebajikan untuk rakyat.


9) Skandal pembinaan Kompleks MPSPK


Kerajaan BN pimpinan Mahdzir Khalid telah meluluskan pembinaan Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan harga siling RM40 juta, dinaikkan menjadi RM46 juta oleh Pegawai Kewangan Negeri pada masa itu. Projek belum bermula tapi pendahuluan sebanyak RM10 juta diberi oleh kerajaan pada awal tahun 2007 kepada Permodalan Kedah Berhad (PKB) selaku kontraktor pemaju. Anak syarikat PKB, Pembinaan Sintok subkan kerja kepada syarikat rakan MB, Najwa Bina yang tiada dalam daftar PKK. Duit dikeluarkan sebanyak RM10 juta itu hanya mampu menyiapkan kerja sekitar RM1 juta. Kerja terbengkalai, menyebabkan kontraktor terpaksa ditukar. Kerajaan kini yang menanggung kerugian yang dibuat oleh BN.


10) Projek balak jalan ke Sungai Burung lesap

Dalam projek Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH) dari Durian Burung ke Baling, terdapat beberapa jajaran jalan baru yang menempuh kawasan hutan berbalak. Nilainya berjuta juga. Semua kawasan itu diserahkan oleh MB BN kepada KCB. Datuk Tajul Urus Md Zain dan menantunya yang bertugas di KCB menguruskannya. KCB tidak menerima sebarang hasil dari pada kawasan balak itu. Di hujung cerita (apabila PR mengambilalih Kedah Mac 2008), sebuah site office kontraktor jalan dibakar bersama sebuah kereta dan semua dokumen berkaitan kawasan balak yang sudah menjadi jalan itu. Sehingga ini rekod pembalakan yang dianggarkan lebih RM3 juta itu hilang.Kedah  La

Read more ...

PENIPU NO 1!!! UMNO sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa


Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan Umno BN sebagai penipu nombor satu di dunia berdasarkan tindak-tanduknya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.
Berucap pada pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam, beliau berkata, daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan peningkatan kira-kira 1 juta pengundi dalam masa setahun.

“Rekod ini hanya boleh berlaku ketika Umno BN berkuasa,” katanya di hadapan lebih 25,000 hadirin di Taman Seremban Jaya sambil menunjukkan contoh penipuan Umno melalui skrin layar.

Beliau juga mengingatkan rakyat, saman trafik Automated Enforcement System (AES) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula hanya ditangguh kerana Umno BN takut kalah pada Pilihan Raya Umum  ke-13.

“Kalau ditakdirkan mereka menang, AES dan GST pasti akan dilaksanakan. Anda semua jangan percaya puak ini (Umno BN),” katanya disambut sorakan gamat.

Pada 1 November lalu, Parlimen bersetuju menangguh dan mengkaji semula pelaksanaan AES selepas mendapat bantahan hebat pelbagai pihak khususnya pemimpin Pakatan.

September 2011, Perdana Menteri Najib Altantuya sendiri mengaku ketika berucap di Persidangan Forbes Global CEO bahawa GST mungkin dilaksanakan selepas PRu ke-13.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan pendirian Pakatan untuk mengubah sistem politik berasaskan kaum kepada politik yang membela nasib seluruh rakyat.

“Mereka kata Anwar nak bagi semua pada orang Cina dan India…Bukan semua Cina tauke judi Genting. Apa salahnya kita bagi pada Melayu (bersama-sama) anak Cina dan India yang layak? Tidak usah mainlah politik kaum sebegitu rupa,” katanya yang kesal Umno BN memanipulasi isu perkauman untuk mengaut kekayaan negara.

“(Justeru) Melayu (Khususnya) jangan pertahankan rasuah. Orang Melayu berakhlak (pasti) akan bersama-sama tentang penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa,” tegasnya lagi.

Selain beliau, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang serta pimpinan Pakatan Negeri Sembilan turut memberi ucapan.

Di akhir program, seluruh pimpinan yang hadir naik ke pentas untuk sama-sama melancarkan secara rasmi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diikuti dengan program jelajah seluruh negara sebelum kemuncaknya di Stadium Nasional Bukit Jalil Januari depan.

Read more ...

KES BUNUH ALTANTUYA!!! P Balasubramaniam dedah maklumat kes ada di tangan wartawan asing


Luka lama kini berdarah kembali.


Umpama epik panjang opera klasik Cina, enam tahun lalu kini bakal terbongkar - satu demi satu!


Itulah janji penyiasat persendirian yang diupah rakan baik perdana menteri, Najib Altantuya, Razak Baginda, P Balasubramaniam yang mengancam untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai percubaan untuk merasuahnya berhubung akuan sumpahnya (SD) pada 2008 yang mengaitkan Najib Altantuya dengan kes pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Dalam sepucuk surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, Balasubramaniam yang kini bersembunyi di India berkata maklumat yang beliau miliki sudah berada di tangan wartawan asing dan akan didedahkan jika suruhanjaya itu terus tidak berbuat apa-apa.

Balasubramaniam menulis bahawa peguamnya menyimpan semuanya bagi pihaknya, dan wartawan asing juga sudah memperolehinya.

Menurutnya, mereka hanya menunggu arahannya dan kemudiannya akan melepaskan segala-galanya.

Pada masa itu, tulis Balasubramaniam, semuanya akan menjadi sudah terlambat.

Oleh itu, Balasubramaniam meminta suruhanjaya itu memaklum kepadanya atau peguamnya yang dilantik dalam tempoh tujuh hari, jika tidak, beliau "tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku".

Dalam surat bertarikh 2 November itu, Balasubramaniam menyatakan kekecewaan terhadap sikap membisu SPRM itu.


Altantuya mati dibunuh pada 19 Oktober 2006 di Puncak Alam, Selangor ketika misteri kematiannya dikaitkan dengan Najib Altantuya yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan semasa pembelian kapal selam kelas Scorpene dimulakan pada 2002.JALAN PULANG

Read more ...

TONG UDANG RM 6.15 JUTA!!!! Pemuda PAS Kedah buat laporan kepada SPRM




Berikutan pendedahan ‘projek sakit’ kerajaan kedah semasa pemerintahan UMNO/BN yang didedahkan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Alor Setar, Kedah.

Pendedahan berkenaan telah diadakan pada 23 Oktober 2012, bertempat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar. Oleh itu memandangkan kecuaian yang dibuat oleh pemerintah Kedah terdahulu terhadap amanah kepada rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kepada rakyat untuk memastikan penyelewengan tersebut disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, untuk pertamanya akan memfailkan laporan berkenaan kerugian ternakan udang di Kerpan yang melibatkan kehilangan RM6,156,397.00  juta dan didapati tidak dimasukkan ke dalam akuan syarikat berkaitan.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya, akibat kehilangan sejumlah wang berkenaan, kerajaan negeri terpaksa menanggung RM 2.61 juta saman dari syarikat  KASB ke atas KAIMB.

Projek ternakan udang di Kerpan dimulakan sejak tahun 1990an semasa era pemerintahan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff dan ekoran itu satu perjanjian pengurusan bertarikh 27 Disember 2012 dibuat antara KAIMB dan Kedah Aquaculture Sdn.Bhd (KASB). Pada tahun 2012 KASB telah diambil alih oleh SKS Reality Sdn. Bhd.

Kata beliau lagi, laporan ini adalah permulaan kepada beberapa lagi “ projek sakit“ kerajaan kedah dahulu  dan selepas ini akan menyusul laporan untuk seterusnya.

Hati Waja : kemana hilangnya RM6.15 juta itu? Adakah ianya tenggelam bersama tong-tong udang dan dihayutkan ke laut, adakah ia hilang bersama badai yang meniup sepoi-sepoi bahasa di kolam udang berkenaan, adakah ianya hilang bersama deraian serta linangan air mata penduduk Kerpan setelah tanah mereka diambil oleh kerajaan.

Jawapannya tentu ada..terutamanya di mantan Menteri Besar dahulu, Dato’Mahdzir Khalid. Sekarang kita tunggu siasatan SPRM..tapi apa yang kita harapkan SPRM  buat siasatan secara telus dan bertanggungjawab..kalau tidak SPRM jawab di hadapan Allah kelak..kerana bersubahat melindungi orang yang makan harta rakyat.

JADI...APA LAGI...TAKKAN LEPAS NIE..NAK BAGI BALIK MALAUN-MALAUN TU..PERINTAH KEDAH LAGI...PERANYUT TERUS...SEPERTI MANA DUIT UDANG KERPAN YANG DIPERANYUT DALAM TONG UDANG.... Kedah La

Read more ...