Farahana kena dengar kuliah Ustazah dulu

NOTA EDITOR: Berbeza dengan UMNO yang suka menipu rakyat, kerajaan PR Selangor menganggap penduduk bandar yang berpendapatan RM1500 ke bawah sebagai miskin lantas wajib dibantu. UMNO pula menganggap sesiapa sahaja berpendapatan di atas RM500 sudah dikira tidak miskin. JAdi, BERJUTA rakyat di bandar terutamanya orang Melayu tidak mendapat bantuan kerajaan kerana dianggap mereka ini tidak miskin.
Memang UMNO kerja suka menipu orang Melayu. Inilah padahnya orang Melayu yang suka menyokong UMNO, asyik kena tipu je.
Kerajaan PR Selangor mengambil langkah mengadakan Skim Mikrokredit yang dipanggil sebagai MIMBAR(Skim Mikrokredit Miskin Bandar).
Untung rakyat Selangor yang miskin tak payah pinjam duit dengan Along untuk meniaga pasar malam. Boleh pinjam dengan Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin masalah dan kesusahan rakyat.
Ikutilah testimoni salah seorang peminjam MIMBAR ini yang bernama Sapidah Abdul Ghani:
Manakala bagi Sapidah Abdul Ghani pula, skim mikrokredit ini adalah sebagai alternatif lain kepada masyarakat untuk membuat pinjaman kewangan tanpa faedah selain daripada pinjaman bank dan pinjaman haram (along).
“Saya sokong seratus peratus bila kerajaan negeri beri bantuan begini kerana ia boleh membantu peniaga kecil-kecilan membuat modal pusingan supaya tidak membebankan peniaga. Selain itu, ia mengurangkan bebanan peniaga supaya tidak meminjam kepada along. Ia membantu peniaga bawahan seperti saya yang baru mula berniaga,”katanya lagi.
MiMBAR dapat reaksi positif rakyat
Monday, 07 March 2011 | Ruangan: Berita
YAB. Dato' Menteri Besar Selangor menyampaikan sijil kepada peserta yang diterima menyertai program MiMBAR
SHAH ALAM, 7 Mac – Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) yang memperuntukkan RM20 juta kepada rakyat miskin di bandar Selangor mendapat reaksi positif rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan peniaga kecil-kecilan.
Hassan Muhammad, yang ditemui Selangor Kini berkata, program MiMBAR dilihat memberi kemudahan kepada masyarakat untuk memperolehi pinjaman kewangan tanpa perlu membayar semula dengan kadar faedah yang tinggi.
Beliau yang juga peniaga kecil-kecilan memandang positif bantuan yang disalurkan kerajaan negeri malah berpendapat ia sedikit sebanyak meringankan bebanan kos perniagaan yang terpaksa ditanggung selama ini.
“Pada pendapat saya, skim ini lebih menyenangkan untuk kita kerana rakyat tidak perlu membayar faedah atau bunga yang tinggi seperti pinjaman di bank. Saya
menyokong skim ini tetapi belum bercadang untuk memohon sekarang, mungkin di masa hadapan nanti sebab saya belum ada perniagaan sendiri,”katanya.
Sementara itu, Rosni Abdullah yang juga seorang peniaga gerai turut meluahkan pendapat sama. Beliau yang berniaga lebih sepuluh tahun sentiasa mengharapkan bantuan kewangan untuk mengembangkan perniagaannya.
“Makcik sokong kalau skim ini diberikan kepada orang ramai. Macam peniaga kecil yang tak mampu nak buat pinjaman. Makcik ada juga memohon, tapi belum hantar lagi borang. Kalau dapat pinjaman ni, makcik nak beli perkakas, contohnya peti ais, mesin kisar cili. Itu sahaja, bukan ada tujuan lain. Bantuan begini
sangat bagus kerana berniaga secara kecil-kecilan berapa sangat yang kami dapat,”katanya.
Bagi Amnah Sahabudin pula, skim ini harus diuar-uarkan kepada masyarakat khususnya peniaga kecil kerana golongan seperti ini sentiasa mengharapkan bantuan kewangan daripada kerajaan.
“Kemudahan tersebut mestilah saya sokong. Saya hendak memohon, tetapi perlu tahu bagaimana cara untuk membayar semula pinjaman tersebut sama ada setiap minggu atau setiap bulan,”katanya, yang mengharapkan penjelasan rapi diberikan.
Manakala bagi Sapidah Abdul Ghani pula, skim mikrokredit ini adalah sebagai alternatif lain kepada masyarakat untuk membuat pinjaman kewangan tanpa faedah selain daripada pinjaman bank dan pinjaman haram (along).
“Saya sokong seratus peratus bila kerajaan negeri beri bantuan begini kerana ia boleh membantu peniaga kecil-kecilan membuat modal pusingan supaya tidak
membebankan peniaga. Selain itu, ia mengurangkan bebanan peniaga supaya tidak meminjam kepada along. Ia membantu peniaga bawahan seperti saya yang baru mula berniaga,”katanya lagi.
MiMBAR adalah sebuah program yang bertujuan meningkatkan pendapatan masyarakat miskin bandar negeri Selangor untuk melebihi “Paras Garis Kemiskinan (PGK)”, iaitu melebihi RM1,500 bagi seisi rumah.
Pada peringkat awal, sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan kerajaan negeri bagi memastikan agihan peluang, latihan serta kekayaan negeri dapat dikongsi semua pihak.
Program tersebut dipengerusikan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor, Rodziah Ismail.
Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, Pemuda PAS negeri terus terpanggil bagi mendapatkan penjelasan tersebut setelah Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini mengeluarkan fatwa mengharamkan ajaran Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah Kampung Menderang Sungkai yang mana permohonan pihaknya masih belum terjawab sehingga berbulan-bulan.
“Kami merasa agak kesal kerana permohonan kami telah dipolitikkan dan telah meragukan kerana persoalan yang telah dikemukakan adalah perkara besar yang jauh lebih penting berbanding politik semata-mata.
“Dan ianya membabitkan seorang pemimpin besar dan akidah seorang Muslim ujarnya dalam surat berkenaan,” ujarnya dalam surat berkenaan.
Beliau menambah, pihaknya tidak akan memberikan jaminan bahawa perbuatan yang bertentangan dengan akidah umat Islam akan terus menjadi penyakit yang ‘dibenarkan’ oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.
Ini, ujarnya kerana dengan tanggapan Pemuda PAS negeri bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak sengaja membiarkan perkara itu terus berlaku.
“Akhirnya, sekali lagi kami merayu agar keikhlasan dan kekuatan Y.Bhg. Tan Sri bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di dalam perkara ini,” ujarnya.
Tegasnya, perkara asas bagi seorang muslim yang sejati ialah akidah yang benar dan tidak dipesongkan.
Penantian 20 tahun penduduk Gombak Setia berakhir
Saturday, 19 February 2011 | Ruangan: Berita
GOMBAK, 19 Feb -Penantian hampir 20 tahun penduduk Kampung Gombak Setia akhirnya terlerai apabila 117 daripada mereka hari ini menerima geran hak milik tanah atau notis 5A dari Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada masa sama mereka turut dikhabarkan dengan berita gembira oleh Khalid berhubung pengurangan bayaran premium tanah yang didiami mereka dari RM2.50 kepada RM1.00 sekaki persegi.
“Dengan mengambilkira penempatan ini sentiasa menjadi rizab tanah orang-orang Melayu, saya dan ahli exco kerajaan negeri telah bersetuju untuk menurunkan daripada RM2.50 sekaki kepada RM 1.00 sekaki,” kata Khalid.
Menurut Khalid, tempoh setahun diberikan kepada penduduk supaya memulakan pembayaran premium tanah mereka sekiranya tidak mahu dikenakan sebarang tindakan perundangan.
Sementara itu, Khalid juga turut memaklumkan tempoh tiga bulan diberikan kepada penduduk yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan notis 5A supaya segera berbuat demikian.
Khidmat untuk mengisi borang tersebut juga akan dijalankan dari rumah ke rumah.
Ujarnya, penduduk harus sedar bahawa tanah merupakan hak rakyat dan pemilik perlu mengambil berat serta menjaga hak mereka sebaik mungkin.
Kesedaran seumpama itu penting kata Khalid supaya rakyat tidak terlalu bergantung kepada Pejabat Tanah untuk menguruskan permasalahan tanah mereka.
Dalam pada itu Khalid juga memberitahu, kerajaan negeri kini sedang merangka sistem untuk menyimpan semua data-data dan dokumen berkaitan tanah supaya ia mudah dikendalikan.
“Dalam masa enam bulan lagi, kita akan menyediakan satu sistem yang mana tiada fail yang digunakan dan saya akan kumpulkan semua dan dimasukkkan salinan dalam sistem web yang ianya boleh diakses dengan mudah.
“Tiada lagi masalah kehilangan fail. Kita mahu adakan sistem yang telus untuk masyarakat kerana itu adalah harta utama masyarakat dan jika tidak dijaga dengan baik bererti kita tidak memberikan perkhidmatan dan berkebajikan,” katanya.
Untuk rekod, penduduk Kampung Gombak Setia telah menuntut hak pemilikan tanah sejak tahun 90-an memandangkan majoriti penduduk yang tinggal di kawasan penempatan itu ialah Melayu.
KUALA LUMPUR, 15 Mac: PAS melalui NGO Gerakan Bela Rakyat (Bela) akan mengadakan pertemuan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mendesak satu mekanisma terbaik diusahakan bagi menangani isu caj insurans yang 'tidak masuk akal'. Pengerusi Bela, Salahuddin Ayub berkata, selain Bank Negara, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan. Tindakan itu katanya dibuat ekoran tiada sebarang perkembangan positif dari pihak terbabit walaupun Bela memperjuang isu itu sejak Ogos tahun lalu. "Oleh kerana tiada apa-apa perkembangan positif, Bela akan mengadakan pertemuan dengan pihak Bank Negara dan juga Kementerian Kewangan. "Kita desak agar satu mekanisma penyelesaian disegerakan agar kadar insuran tidak membebankan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian kepada Harakahdaily. Khamis lalu, isu caj insurans melampau dan manipulasi pembelian insurans ini hangat dibincangkan di Dewan Rakyat. Wakil rakyat masing-masing menggesa BNM mencari penyelesaian segera memandangkan ia telah berlarutan sejak dua tahun lepas. Mereka juga mendesak agar tindakan diambil terhadap syarikat-syarikat insurans yang didakwa mengambil kesempatan ke atas rakyat. Selain itu, pengguna kini didakwa terpaksa membayar sehingga RM200 untuk mendapatkan liputan insurans (insurance coverage) untuk kenderaan lama mereka berbanding hanya RM70 hingga RM80 sebelum ini. Syarikat insurans juga turut mewajibkan pemilik kenderaan untuk membeli pelbagai insurans tambahan lain termasuk insurans kemalangan peribadi, insurans bagi penumpang dan caj muatan sebelum boleh membeli perlindungan insurans pihak ketiga bagi kenderaan mereka. |
JEPUN 15 MAC : Paras radioaktif rendah yang terbocor daripada loji tenaga nuklear Fukushima, timur laut Jepun, dijangka boleh capai kawasan Tokyo dalam tempoh 10 jam.
Kedutaan Perancis di Jepun membuat anggaran itu berdasarkan paras tiupan angin semasa di kawasan yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami.
Kenyataan itu yang disiarkan pada laman web bahasa Jepun menggesa kesemua warga Perancis di Tokyo supaya berada dalam bangunan, tutup tingkap dan tidak panik.
Amaran itu dikeluarkan di sebalik maklumat bahawa satu letupan dilaporkan terjadi di reaktor tenaga nuklear ketiga di Fukushima Daiichi awal hari ini - kejadian ketiga dalam tempoh empat hari.
Seorang jurucakap agensi nuklear berkata letupan itu didengar sekitar pukul 6.10 pagi tadi (5.10 pagi waktu Malaysia).
Paras radiasi yang dikeluarkan selepas letupan itu melepasi had yang dibenarkan, lapor agensi berita Kyodo.
Beberapa pekerja di reaktor Unit 2 juga dibawa keluar.
Letupan itu terjadi ketika jurutera-jurutera Jepun cuba memasukan air laut ke dalam Unit 2 loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas paras air pendingin turun, sekali gus mendedahkan rod-rod bahan api uranium.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggerakkan jenteranya di seluruh negara dengan membangkitkan semula isu kontroversi sekitar kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang didakwa sesetengah pihak melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Program itu dirancang sebagai tindak balas kepada demonstrasi bersama - antaranya melibatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) - bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA kepada pihak pendakwaan di mahkamah.
Ia akan digelar DNA sebagai singkatan untuk "Datuk Najib Altantuya", kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution dalam sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di parlimen.
Saifuddin (kiri) yang juga anggota parlimen Machang berkata program itu melibatkan ceramah dan pengedaran risalah.
Ditanya tentang bantahan kumpulan NGO di ibu pejabat PKR semalam, Anwar mengaitkannya dengan usaha Umno untuk menanganinya.
Menurut ketua pembangkang itu, beliau tidak takut menyerahkan sampel DNA, tetapi memandang berat kaedah yang digunakan oleh pendakwaan dan siasatan pihak polis.
Secara sinis, beliau berkata dimaklumkan oleh "Tuan Judi" bahawa sampel itu disimpan dalam kabinet, bukan peti ais.
Justeru, beliau meminta ditunjukkan pakar manakah yang akan menerima keputusan sebegitu.-malaysiakini
PERAK 14 MAC : Sekurang- kurangnya 20 penduduk Gunung Cheroh, Ipoh membuat satu laporan polis kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kepimpinan UMNO Barisan Nasional Perak yang didakwa menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi mereka berhubung isu pemberian hak milik tanah kepada syarikat Fasa Unggul Sdn Bhd baru-baru ini.
Adun Buntong, A Sivasubramaniam berkata, selain membuat laporan kepada SPRM pihaknya turut menggesa kerajaan negeri itu bersikap prihatin terhadap kesusahan dan kebajikan rakyatnya.
”Tujuan kita semua datang ke sini adalah untuk membuat laporan terhadap sprm kerana kita dapati ada unsur-unsur penyalahgunaan kuasa di mana kebanyakan penduduk telah menetap di tempat ini lebih kurang 70 tahu,
"Jadi laporan ini akan dibawa kepada tuan atau puan majisteret di mahkamah terhadap kes yang akan didengar pada 23 Mac ini supaya menangguhkan penguatkuasaan terhadap rumah mereka dan kita juga akan turut menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Perak supaya beliau dapat menolong rakyat miskin ini,” kata Siva
Sebelum ini, satu notis mengosongkan kawasan penempatan itu dikeluarkan berikutan pemberian hak milik tanah penempatan tersebut kepada sebuah syarikat pemaju di negeri itu baru-baru ini.
Menurut Sivasubramaniam, tindakan kerajaan negeri memberikan kelulusan kepada pihak lain dan bukan kepada penduduk kawasan terbabit menimbulkan keraguan pihaknya memandangkan penempatan ini sudah didiami sehingga generasi ketiga.
Subramaniam berkata, permohonan penduduk bagi mendapat milikan penempatan ini juga menemui jalan buntu apabila beberapa rayuan yang dibuat tidak diendahkan kerajaan negeri dan Pejabat Tanah negeri itu.
Jelas Sivasubramaniam, laporan tersebut juga berikutan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan terhadap pihak peguambela dan peguamcara V.Selva & Assoc. dengan mengarahkan penduduk di kawasan terbabit mengosongkan tanah yang mereka duduki sejak 80 tahun yang lalu.
Dalam pada itu, seorang penduduk yang ditemui berkata, beliau turut mendakwa Ketua MIC Perak, Thangeswari meminta bayaran RM 10,000 sebagai yuran bagi memperjuangkan keadilan mereka dalam memiliki penempatan tersebut.
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei di atas kejayaan mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Seluruh England, malam tadi.
"Kekalkan prestasi selaku pemain No 1 dunia!" tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.
Pemain perseorangan nombor satu dunia itu mengambil masa 52 minit untuk membenamkan musuh ketatnya dari China, Lin Dan dengan 21-17, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Birmingham Indoor Arena.
Pada kejohanan edisi ke-100 tahun lepas, beliau berjaya memenanginya selepas menewaskan Kenichi Tago dari Jepun pada perlawanan akhir dengan 21–19, 21–19.
KUALA TERENGGANU – Pimpinan Pakatan Rakyat tidak mahu rakyat negara ini berfikir seperti rakyat di Mesir yang mahu menggulingkan kerajaan memerintah melalui demonstrasi jalanan.
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Azan Ismail berkata, Pakatan Rakyat mengimpikan sebuah kerajaan melalui mandat rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat sedia mengambil alih pentadbiran negara sekiranya kerajaan sedia ada tidak berminat untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
“Kita mahu beritahu pada kawan di Terengganu dan Malaysia bahawa PR tidak mahu jadi seperti di Mesir. Kita tidak mahu rakyat berfikir seperti itu.
“Sekiranya kerajaan yang ada tidak berminat untuk memikirkan kesusahan rakyat, PR sedia tawarkan diri,” katanya ketika menyampaikan ceramah anjuran PKR Kuala Nerus di kampung Duyong, di sini, semalam.
Ceramah tersebut diadakan setelah program asalnya Forum Dailog Rakyat tidak dapat diteruskan kerana wakil-wakil kerajaan yang dijemput tidak muncul.
Mereka yang dijmput adalah Adun Seberang Takir Razif Abdul Rahman dan AP Kuala Nerus Nasir Ibrahim Fikri, yang tidak memaklumkan tentang ketidakhadiran mereka.
Turut hadir timba-lannya, Rafizi Ramli yang juga Pengarah Strategi PKR Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Selangor turut merangkap Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad.
Dalam ceramah itu, Azan juga Ahli Parlimen Indera Mahkota turut melancarkan Buku Jingga peringkat Kuala Nerus.
Azan berkata, perubahan boleh berlaku dengan sokongan rakyat terhadap pakatan pembangkang, selain faktor lain yang berlaku dalam negara.
“Rakyat perlu demokratik dengan membuat perubahan pada pilihan raya umum akan datang dan itu adalah waktu yang sesuai untuk berfikir,” katanya.
Dalam masa sama katanya, isu mengenai pengambilan balik tanah yang turut menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dijangka menarik lebih ramai rakyat untuk menyandar keyakinan kepada pembangkang.