Friday, February 1, 2013

FATHUL BARI TARIK DIRI!!! Walaupun dialog bersama Dr. MAZA dianjur Kelab UMNO

Dialog Dr MAZA dan Fathul Bari 8.45 malam ini  2.2.2013 di PWTC, anjuran Kelab UMNO
mungkin dilangsungkan tanpa kehadiran ostad terkemuka umno bernama ostad Fathul Bari yang dimaklumkan menarik diri di saat-saat akhir.

Dr Asri melaporkan bahawa program tetap akan berlangsung seperti dirancang bersama Dr Juanda sebagai panel.




Bukti keikhlasan seorang pejuang agama.. watcha
Apa dirisau dengan dialog? Ia hanya perbincangan untuk mencari kebenaran dalam agama. 
 

Read more ...

SAMBUT NAJIB!!! 1000 pelajar sekolah menengah diwajibkan hadir


E
sok 3hb Febuari 2013 DS Najib Razak akan melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan dan Sek Men Kebangsaan Taman Dato' Haron Petaling Jaya, Selangor, sempena PROGRAM KESUKARELAWAN-" MY BEAUTIFUL MALAYSIA" yang akan diadakan di padang sekolah berkenaan.

Untuk menanmpakkan agar program ini nampak meriah kerana menyambut najib Razak maka seramai 1,000 murid dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5, dikerah datang secara paksa oleh Pengetua sekolah berkenaan.

Read more ...

LEBIH 50 TAHUN BN BERJANJI!!! Kerajaan PR yang tunaikan impian 112 penduduk terima geran tanah

KLANG, 2 FEB : Menunggu lebih 50 tahun, akhirnya impian Alias Ahmad,65, untuk memiliki geran tanah ditunai Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Beliau antara 112 penduduk Lorong Bunga Raya. Kampung Keretapi yang menerima geran milikan tanah daripada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam satu majlis di sini.

Difahamkan, pemberian geran milikan tanah di kampung tersebut mencatat sejarah apabila ia menjadi kawasan pertama yang menerima pewartaan tanah rizab melayu di Klang sejak tahun 1955.

Alias menambah, penantiannya selama ini berbaloi setelah sekian lama hak milikan tanahnya dinafikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Read more ...

HABIS DEWAN ORANG RAMAI JADI MANGSA!!!!7,531 Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) seluruh negara mula beroperasi


MELAKA -  Sebanyak 7,531 Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) di 222 kawasan parlimen seluruh negara mula beroperasi hari ini bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
  
Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan berkata setiap PDM itu perlu menjalankan tugas dalam mengumpul data dan carta pilihan raya.
  
"Paling penting mereka melakukan semakan terhadap daftar pengundi terkini dan mengenalpasti pengundi berkenaan sama ada putih, kelabu atau hitam atau pengundi luar,"  katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan mesra penerangan ke PDM Kampung Morten, di sini hari ini.
   

Read more ...

BUKAN HANYA DEBAT!!!! Himpun orang muda pun , BN syiok sendiri



Himpunan syok sendiri BN untuk 'menipu diri sendiri'

Oleh: Sudin Ishak

BN menggunakan pertubuhan belia untuk menghimpunkan anak-anak muda di Stadium Suka Menanti bagi menggambarkan sokongan besar untuk seorang Perdana Menteri kononnya. 

Dengan menggunakan bajet kerajaan Pusat para pelajar sekolah dari tingkatan 5 dan 6, serta institusi pengajian yang lain dikerah hadir dengan bas percuma. 

Para Mat Rempit diberi sedikit duit poket untuk mengisi minyak dan rokok, di samping ramai juga yang datang kerana dijanjikan lesen motor terbang secara percuma.
 

Read more ...

DEBAT SYIOK SENDIRI!!! Noh Omar Ov Hasan Ali dikerumuni wanita UMNO



"Debat" JOM TOLAK PAKATAN antara pendebat terhebat, terunggul dan tersohor Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dengan Presiden NGO Islam, Melayu dan Raja, Tiga Jalur, JATI, Hasaan Aqidah Ali di Sijangkang, Kuala Langat Selangor telah berjalan dengan sambutan cukup "hebat".

Read more ...