Sunday, March 21, 2010

Kerjasama dengan Umno laksana pikul biawak hidup














LANGKAP, 21 Mac :
Tuan Guru Haji Hadi menegaskan bahawa PAS tidak akan mengambil kekuatan daripada parti yang berpenyakit ; parti yang sedang melalui kelemahan.

Beliau juga menganggap bekerjasama dengan Umno adalah laksana memikul biawak hidup.

“Pepatah Melayu mengatakan, kalau memikul biawak hidup, menyakitkan kita, kuku dia, dia gigit kita …lebih baik kita bersendirian , kita lapah biawak , ambil kulit dia tu, boleh tak?” Tanyanya dengan disambut sorak ketawa para penyokong di pejabat Dewan Penyokong PAS di sini tengahari tadi.

Demikian riaksi TGHA terhadap seorang wartawan akhbar bahasa Cina yang bertanyakan samada PAS akan bekerjasama dengan Umno.

TGHA ditemani PJ Ust Abu Bakar Hussin dan Timbalannya,
Ust Mustafa Shaari bersama balu dan anak-anak mendiang Siva

TGHA tiba dipekan kecil ini tengahari tadi untuk menyampaikan ucapan takziah dan sedikit sumbangan PAS Pusat kepada keluarga mendiang Siva , Ketua Pemuda Dewan Penyokong PAS Perak yang ditembak mati pada minggu lalu.

Menurut TGHA, PAS sudah berpengalaman bersama dengan Barisan Nasional.Pada tahun 1974-1978, PAS menyertai kerajaan Barisan Nasional dan telah mengalami pengalaman yang banyak dan telah menjadi pelajaran kepada PAS.

Penyokong PAS khusyu' mendengar ucapan Tuan Guru Presiden

Beliau menjelaskan, bahawa selagi Umno tidak boleh membuat perubahan, tidak menerima matlamat untuk mengubah sistem kehakiman, mengubah SPR, mengubah amalan demokrasi yang betul-betul demokratik yang adil; kalau Umno tidak sanggup membuat perubahan ini, tidak ada guna PAS mengadakan kerjasama dengan mereka.

Bergambar kenangan bersama pemimpin kesayangan mereka

“Mereka mesti terbuka untuk mengembalikan Kehakiman,mengembalikan Demokrasi, mengembalikan Kebebasan Media dan mesti dibuktikan dahulu dengan menunjuk sikap yang positif terhadap kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dimana mereka rampas royalti Terengganu, yang menafikan royalti Kelantan, yang menafikan hak PulauPinang, hak Kedah …,” katanya.


Beliau juga berkata, “Kalau Umno nak bekerjasama , media-media mesti diberikan peluang kepada semua hak dan tunjukan dahulu cara-cara yang baik termasuklah Federalisma, yakni konsep mengikut perlembagaan.”


Antara pemimpin PAS yang turut hadir dalam majlis
tersebut bersama anggota Dewan Penyokong PAS Perak

“Tidak ada penunujuk-penunjuk arah yang positif. Bagaimana nak bekerjasama? Apa yang berlaku, makin hari makin merosot,” katanya lagi.

Seorang wartawan akhbar Sin Chew telah memuji kenyataan TGHA tersebut dengan mengatakan bahawa kaum Cina dan India tentu akan bertambah yakin terhadap apa yang dinyatakan itu, Tuan Guru menjawab :

“Ya supaya kaum India dan Cina melihat kerajaan kita di negeri-negeri Pakatan Rakyat apa yang kita buat walaupun kita menghadapi pelbagai kepayahan, kita laksanakan seboleh mungkin yang kita buat.

Bersama Ar-Rawa, JJ dan petugas Unit Amal

Kepada pertanyaan wartawan yang sama , mungkinkah kaum Cina , India dan bukan-Muslim diterima terus menjadi ahli PAS selepas ini? Tuan Guru berkata:

“Ya, kita telah membuat satu anjakan paradigma dengan memasukan peruntukan di dalam perlembagaan PAS, menubuh Dewan Penyokong PAS dan menjadikannya sebagai satu cabang daripada PAS.Alhusseyn

Read more ...

Selangor akan ‘merakyatkan’ khidmat bekalan air







KLANG, 21 Mac: Langkah Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih konsesi air daripada tangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga dialu-alukan oleh rakyat dan sudah tentu akan ‘merakyatkan’ perkhidmatan bekalan air, bukan mementingkan keuntungan sahaja.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago (gambar) menekankan akses kepada air adalah hak assisi manusia dan hak itu tidak boleh dikompromikan.

Beliau turut merakamkan kekesalan terhadap perbalahan pemotongan air di Pangsapuri Armada Putra, Pulau Indah pada malam 19 Mac lalu di mana pihak Syabas bersama polis ingin memotong bekalan air kali ke-11 tetapi dihalang oleh penduduk dan mencetuskan kekecohan.

Beliau berkata, Syabas sepatutnya boleh mengelakkan tindakan keterlampauan itu dengan memberi kelonggoran beberapa minggu bagi Kerajaan Negeri Selangor membuat bayaran dan berunding masalah itu seterusnya.

Sebelum ini, katanya kerajaan negeri telah bersetuju membayar tunggakan air sebanyak RM40,000 sebagai langkah pertama sambil membincang dengan semua pihak berkenaan untuk mencapai penyelesaian keseluruhan.

“Akan tetapi kerajaan negeri tidak dapat membuat bayaran dalam masa satu minggu kerana terikat kepada prosedur kewangan kerajaan negeri,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Nik Nazmi telah meminta agar Syabas memberi kelonggaran tarikh bagi membuat bayaran itu.

Bagaimanapun, tambahnya permintaan itu ditolak oleh Syabas dan telah mengarahkan pemotongan bekalan air serta-merta selepas tarikh tamat iaitu 19 Mac lalu.

“Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa Syabas hanya mementingkan keuntungan dan tidak menguruskan bekalan air dari aspek sosial dan perikemanusiaan. Ini merupakan suatu masalah yang mesti timbul selepas kerajaan menswastakan kemudahan awam seperti bekalan air,” ujarnya lagi.

Di samping itu, katanya pihak Syabas juga perlu memikul sebahagian tanggungjawab mengenai jumlah tunggakan bil air di Armada Putra.

Ini, ujarnya adalah kerana syarikat itu tidak mengesan masalah kebocoran air dan membaiki secepat mungkin.

Menurutnya, kebocoran paip telah menyebabkan tunggakan melambung sehingga RM800,000 yang tidak mampu ditanggung oleh penduduk.hrkh

Read more ...

PAS terus desak 4 MP lompat kosongkan kerusi

KUALA LUMPUR, 21 Mac : PAS terus mendesak agar ahli-ahli Parlimen yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengosongkan kerusi masing-masing jika masih beranggapan parti itu dan Pakatan Rakyat (PR) telah “hilang kepercayaan rakyat” tanpa hanya bertindak sebagai “pelacur politik”.

Malah PAS juga mendakwa tindakan empat bekas wakil rakyat PKR iaitu dari Bayan Baru, Nibong Tebal, Kulim-Bandar Baharu dan Bagan Serai, yang kini bertindak anggota Bebas juga sudah mencabuli amanah rakyat.

Pendirian sedemikian juga dikemukakan oleh seorang lagi rakan anggota PR, DAP baru-baru ini.

Sehubungan itu, Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar menegaskan apabila membicarakan soal adab dan kesopanan “kita tidak boleh hanya melihat tingkah laku ahli Parlimen ketika berbahas sedangkan tindakkan mereka di luar Dewan Rakyat juga merupakan perkara penting untuk dinilai.

“Contohnya soal hubungan dengan rakyat, soal amanah dari mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat termasuk melompat parti, satu perbuatan bukan sekadar tidak sopan tetapi mencabuli amanah rakyat.

“Tindakkan itu juga telah mencemar nama baik Parlimen,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Dengan merujuk kepada titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan sidang Parlimen Isnin lalu, Mahfuz menambah Parlimen tidak boleh mengizinkan ahli-ahli Parlimen yang membohongi dan menggadai amanah rakyat.

“Perbuatan ini sama seperti kesalahan pecah amanah. Orang yang pecah amanah hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong dalam titah perasmian telah mengingatkan ahli-ahli Parlimen supaya menjaga adab dalam perbahasan.

Baginda kecewa sikap sesetengah wakil rakyat yang tidak dapat menjadi contoh yang baik semasa berbahas dalam sidang Parlimen.

“Saya tak pasti apa dan siapa yang dimaksudkan,” kata wakil rakyat Pokok Sena ini.

Bagaimanapun menurut Mahfuz, rakyat memberi kepercayaan kepada mereka atas nama PR, bukannya atas nama diri mereka.

Katanya, mereka boleh untuk tidak bersama PKR dan PR tetapi mereka perlu melepaskan kerusi untuk kembalikan mandat itu kepada rakyat.

“Inilah cara terbaik untuk mereka membuktikan dakwaan mereka PKR dan PR tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.

“Bukannya menjadi pelacur politik yang membawa penyakit yang boleh merosakan masyarakat,” katanya.

The malaysiainsider

Read more ...

Umno BN takut kalah


SHAH ALAM, 18 Mac : Pakatan Rakyat menegaskan pendaftaran pengundi automatik perlu dipraktik segera walaupun tiada jaminan pengundi muda memihak calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

Pada masa ini, lebih 4.38 juta daripada 15.4 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas belum mendaftar dan fakta ini diakui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf.

Sebaliknya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menolak cadangan yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya SPR membuat pendaftaran automatik kepada rakyat berusia 21 tahun.

Mengulas hal itu, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke menyifatkan kenyataan Nazri itu semata-mata berasaskan kebimbangan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap ‘kuasa’ pengundi muda.

“Tetapi nampaknya, ini tidak diingini oleh BN dan kita tahu bahawa mereka bimbang kalau pengundi muda terlalu ramai, maka ini akan menggugat kedudukan politik mereka," katanya.

Beliau menyatakan pengundi muda masa kini memiliki lebih maklumat berbanding pengundi lain berikutan pendedahan mereka lebih luas dan kecenderungan politik mereka sukar dijangka.

“Saya mengambil pendirian, kita jangan terlalu confident (yakin). Yang kita pasti ialah pengundi muda lebih kritikal dan boleh membuat analisis sebab saluran maklumatnya lebih menyeluruh," katanya.TVS

Read more ...

Pendirian Tan Sri Musa Hitam jelas

SHAH ALAM , 21 Mac : Sokongan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam terhadap pembayaran royalti minyak atau wang ihsan kepada negeri melihatkan komitmennya memastikan kemelut isu tersebut ditamat segera.

Naib Presiden PAS, pendirian Musa itu selaras dengan Akta 144, Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri menguruskannya dan bukan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

“Saya bimbang pengurusan wang ihsan yang seharusnya digunakan untuk pembangunan rakyat itu akan terdedah kepada penyelewengan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Musa yang berpendirian pembayaran wang royalti atau ihsan seharusnya diserahkan kepada Kerajaan Ngeri untuk diuruskan sebagaimana diperuntukkan mengikut undang-undang, bukannya dikendalikan oleh kerajaan pusat dengan mewujudkan jawatankuasa khas.

Menurutnya, pendirian Musa berhubung isu itu juga sealiran dengan Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Salahuddin ketika ditanya, sama ada Musa juga akan mengalami nasib yang sama dikritik parti seperti Tengku Razaleigh ekoran kenyataanya itu, beliau tidak menafikannya, namun, yakin Tan Sri berwibawa dan mampu mengatasinya.

“Beliau kini sebagai negarawan negara, tidak lagi melibatkan diri dalam politik. Hal ini tidak akan memberi kesan kepadanya,” katanya.

Kerajaan Kelantan tahun lalu menuntut royalti RM2 bilion hasil operasi cari gali minyak di perairannya daripada Kerajaan Pusat.

Namun, Kerajaan Pusat mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti berkenaan kerana dua telaga minyak berkenaan terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairannya.

Sebaliknya Kerajaan Pusat melalui perbincangan dengan Petronas memutuskan untuk membayar RM20 juta dalam bentuk wang ihsan kepada Kelantan iaitu lima peratus hasil pengeluaran gas di Blok Medan Bumi Selatan yang pembayaran itu akan dibuat sebelum akhir bulan ini.

Untuk tujuan itu Kerajaan Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kelantan.

Mesyuarat pertama jawatankuasa Khamis lalu memutuskan bahawa kumpulan pelajar miskin dan mereka yang ditimpa bencana akan turut dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan daripada dana wang itu.SH

Read more ...

Perdana Menteri jelas tersimpang

Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak menyimpang dari matlamat membantu negeri-negeri miskin di pantai timur melalui hasil khazanah petroleum seperti yang dirancang oleh bapanya Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.

Hakikat ini didedahkan dalam Forum Royalti Minyak Hak Perlembagaan? hari ini oleh Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang membentangkan bagaimana Tun Abdul Razak mahu Petronas dituibuhkan demi membangunkan Pantai Timur.

"Tun Razak berkata, walau apapun, kita perlu wang minyak itu untuk Pantai Timur. Jadi saya pun cuba lakukan apa yang dianggap mustahil dan saya siapkan draf (undang-undang Petronas) dan menhantarnya ke Jabatan Perdana Menteri untuk dinilai," katanya.

Beliau menerangkan konsep asas perjanjian minyak antara Petronas dan kerajaan negeri ialah pemberian royalti 5 % kepada kerajaan negeri kerana menyerahkan hak pengurusan hasil minyak kepada Petronas.

Malah Akta Pembangungan Petroleum 1974 ditulis sebegitu rupa untuk memberikan lebih peluang kepada anak-anak negeri di pantai timur mendapat manfaat hasil bumi negeri mereka.

Tengku Razaleigh berkata, pada semangatnya amalan pengagihan hasil petroleum di Terengganu sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah ketika di bawah pentadbiran Umno-BN.

"Akhirnya semua negeri bersetuju memberi hak petroleum kepada kita tetapi sebagai ganti mereka dapat 5% atas hak untuk petroleum di luar pantai yang mereka beri kepada Petronas . Mudah. Saya tak faham kontroversi ini kerana berdasarkan keadaan ini, Terengganu dibayar berbillion dollar. Tetapi bila tahun 99, PAS menang, bayaran dihentikan. Kerajaan Negeri diberi wang ehsan duit itu disalurkan pada agensi kerajaan. Saya pelik kerana tiada apa dalam peruntukkan undang-undang ini yang megatakan kerajaan Persekutuan boleh campur isu negeri," jelas beliau.

Cubaan Kerajaan Umno BN ini dilihat sebagai tindakan menghalang usaha pembangunan kerajaan Negeri yang tidak ‘sehaluan politik’ dengan mereka.

Tengku Razaleigh juga mempertikaikan mekanisme kewangan yang cuba digunapakai di Kelantan berhubung isu royalti petroleum kerana ketelusan dan keberkesanannya seperti apa yang berlaku dalam amalan ‘wang ehsan’ di Terengganu.

"Tapi kita lihat apa yang berlaku di Terengganu, penyalahgunaan, korupsi, kerana ia tidak bertanggungjawab. Hampir 20 bilion dibelanjakan dalam wang ehsan. Kerajaan Negeri Terengganu walau telah disambung pemberian wang ehsan tidak bersetuju memerima baki royallti kerana tidak mahu bertanggungjawab dengan penyalahgunaan wang ehsan selama 5 tahun ini. Buat stadium, runtuh, bus stop, runtuh, swimming pool, bocor," katanya.

Seorang lagi ahii Panel, Tommy Thomas, yang juga peguam dalam kes royalti minyak Terengganu mendedahkan bahawa perkara ini hanyalah penderaan politik oleh kerajaan Barisan Nasional dengan memberi contoh pengalaman Terengganu.

"Nov 99, selepas pilihanraya umum, PAS telah menang di Terengganu tapi selepas Mac 2000, tiada bayaran royalti diberikan. Kita boleh pergi kepada September 2000. Tiada asas undang-undang untuk hentikan bayaran tetapi ia keputusan politikal yang dibuat oleh Mahathir sebelum itu untuk halang PAS dari dapat bayaran," jelasnya.TVS

Read more ...