Saturday, April 14, 2012

JIKA PR, 100 HARI KELUAR TV TANPA HENTI!!! Pelajar sekolah maut,selepas hadir program BN


Ipoh: Seorang remaja terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Km 242.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar pada Sabtu. Gambar: Sebahagian dari peserta perhimpu8nan BN. Foto: al-husseyn

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Mohamad berkata mangsa, Meor Mahffuz Meor Abdullah, 16, dari Lenggong meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Kejadian berlaku pada pukul 4.45 petang tadi dan mangsa dipercayai menunggang dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya lalu tercampak di atas jalan, katanya ketika dihubungi di sini.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh ke rumahnya di Lenggong selepas menghadiri majlis perhimpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan Orang Muda di kediaman Menteri Besar Perak yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tengah hari Sabtu.



Sementara itu Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Harun berkata seluruh anggota Pemuda BN Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Pemuda Umno Perak juga akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mangsa, katanya ketika dihubungi. -BERNAMA

Read more ...

UMNO PUNYA HAL!!! Orang muda dah meluat, budak sekolah dapat upah jadi pencacai

Selepas saya dedahkan arahan PPD Kinta keatas 58 guru sekolah menengah yang dipaksa datang ke majlis Umno/BN di kediaman Menteri Besor Kunta Kinta tu.Rupa-rupanya terdapat 80 buah bas mengangkut murid-murid sekolah ke majlis yang sama.

Apa kena mengena budak-budak sekolah tu dengan projek orang muda Umno/BN itu? Bila ditanyakan kat budak-budak tu, masing-masing kata dapat RM10/-, kami datanglah!


Ya lah! Akal budak! Deme bukan kisah apa ke bendanya.Dapat RM10/ tu banyak bagi mereka; dah boleh beli sekotak rokok! Dah boleh duduk kat cyber-cafe berjam-jam.




Budak-budak seronok dapat percuma baju ini


Selain baju percuma, mereka dapat RM10/-


Sah! Umno/BN memperalatkan anak-anak sekolah


Makan percuma pun dapat...tak sabo dah budak-budak tu...


Kesihan, mereka makan diatas lantai sahaja


Ada yang terpaksa berjemur kat tempat panas begini


Kenapa tidak disediakan kerusi dan meja utk remaja ini?


Tengoklah, mana dia kempen 'Tak nak rokok' BN ?
Tentu ikut Najib yang pakai rantai tu!


Ini tentu projek Ketua Pemuda Umno Perak,
Khairul Azuan.Umno/BN gunakan
kanak-kanak sekolah!


Puluhan bas sekolah dikerahkan utk
mengangkut budak sekolah


Tak cukup bas sekolah,bas persiaran digunakan


Bas Kilang pun turut digunakan


Terdapat tidak kurang 80 bas kesemuanya

Banyak pakai duit tu...budak-budak yang diangkut dengan 80 bas sahaja sudah 3200 orang.Itu pun kalau ikut muatan biasa - mungkin juga mereka duduk bertiga-tiga dalam bas!

Itu belum lagi dikira yang datang sendiri dengan motor atau kereta.Maklumlah budak bandar. baru bersekolah pun sudah ada yang gi sekolah dengan kereta sendiri.

Jom kita congak-congak setail akauntan kampung - ambil sajalah jumlah kasar 3200 orang budak saja.

Kalau bayar RM10/- sorang dah berapa? Bayar makcik katering untuk makan minum mereka? paling koman Rm15/- satu kepala. Bayar sewa 80 buah bas tu entah berapalah pula.

Jangan lupa kos baju percuma itu .Kurang-kurang RM20/-. Ha! ha! itu semua belum lagi harga yang dimark-up. Biasalah projek Umno/BN - beli laptop harga biasa RM3,845, tapi depa tutoh sampai RM11,845! Semua projek songlap duit rakyat.

Sumber - Al-Husseyn

Read more ...

Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Parit Buntar ke 42

PARIT BUNTAR , 8 April : Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Parit Buntar Kali ke 42 berjalan dengan jayanya.

Majlis Perasmian bermula jam 9.00 malam dihadiri perwakilan dan pemerhati muslimat lebih 200 orang yang memenuhi kerusi Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.

Perasmian mesyuarat agung berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah Pilihanraya Muslimat PAS Perak Amizan Baharuddin

Amizan dalam ucapan perasmiannya menyeru Dewan Muslimat PAS Parit Buntar memantapkan gerak kerja pilihanraya bagi mengekalkan kemenangan PAS di Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong.

" Muslimat PAS perlu melipat gandakan usaha dengan memaksimakan gerak kerja bagi menghadapi PRU13 yang dilihat semakin hampir.

“Jentera pilihanraya muslimat perlu lebih agresif dan tersusun serta bermatlamat agar setiap program yang dijalankan mempunyai kesan dan hasil,” katanya

Beliau juga mengingatkan supaya semua jentera muslimat agar memperkemaskan perancangan, agenda dan organisasi.

“ Saya memuji Muslimat PAS Parit Buntar yang dapat menarik kehadiran perwakilan muslimat Cawangan yang begitu ramai setiap kali mesyuarat agung.

“ Saya berharap perwakilan muslimat cawangan dapat memperkemas dan memantapkan organisasi Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan supaya terus aktif bergerak dalam masyarakat” katanya

Sementara itu,Ketua Muslimat PAS Parit Buntar Rahimah Osman dalam ucapan aluannya merakamkan penghargaan kepada anggota muslimat PAS Parit Buntar yang sentiasa memberi kerjasama aktif kepada Dewan Muslimat PAS Parit Buntar dalam mengerakkan aktiviti.

" Kerjasama dan sokongan dari seluruh muslimat PAS di Parit Buntar banyak membantu kami bergerak aktif dalam melaksanakan pelbagai aktiviti membabitkan masyarakat.

" Marilah kita melaksanakan amanah Allah dengan bergabung tenaga, orang-orang lama yang berpengalaman dan generasi baru yang sedia membantu memberi bimbingan sebagai mata rantai yang terus menerus melaksanakan ‘amal makruf nahi mungkar’ sehingga tertegaknya daulah Islamiyah,” katanya

Turut hadir dan menyampaikan ucapan semasa majlis perasmian mesyuarat agung ini ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar Tuan Haji Harun Hashim.

Pendaftaran perwakilan dan pemerhati Cawangan

Perwakilan muslimat PAS Parit Buntar memenuhi dewan

Lagu rasmi PAS dinyanyikan

Ketua Muslimat PAS Parit Buntar sedang menyampaikan ucapan aluan

YDP PAS Parit Buntar sedang menyampaikan ucapan aluan

Penyampaian anugerah

Puan Rahimah sedang menyampaikan cenderahati kepada perasmi

Read more ...

SUPERJIB !!!! Superhero baru Malaysia gantikan Kluang Man dan Cicak Man




[TMI] KUALA LUMPUR, 13 April — Komik transformasi yang memuji kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mula diedarkan dalam kalangan guru sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dikatakan diagihkan jabatan pendidikan negeri.

Komik berwarna setebal 50 muka surat itu menampilkan karikatur seperti pemimpin politik utama daripada gabungan pemerintah yang digambarkan dari sudut terbaik.

Sebaliknya, pemimpin pembangkang digambarkan bersikap negatif dan jahat, seperti pada muka surat 31, yang menunjukkan seorang lelaki bercermin mata bersama dua lelaki separuh bogel yang dilihat dikaitkan dengan pesaing Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penasihat PPKR itu dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi awal bulan ini setelah mengambil masa hampir tiga tahun untuk perbicaraan.

“Kementerian Pelajaran boleh mengadakan mesyuarat dengan kami bila-bila masa. Kali ini, kami diberi taklimat tentang pencapaian kerajaan sejak beberapa tahun lalu,” kata seorang guru kepada The Malaysian Insider.

Guru itu yang meletakkan syarat agar namanya dirahsiakan berkata telah menghadiri satu taklimat bertajuk “Wacana Transformasi Minda” anjuran jabatan pendidikan negeri yang disertai pengetua sekolah dan guru penolong kanan.

“Kami telah diberitahu bahawa kerajaan merupakan kerajaan yang baik tetapi tiada arahan untuk mengundi sesiapa.

“Tetapi setiap daripada kami mendapat buku, yang menyokong diri sendiri,” tambah guru itu.

Mandat pemerintahan BN akan berakhir suku pertama tahun depan dan spekulasi mengatakan pilihan raya umum akan diadakan awal, mungkin beberapa bulan akan datang.

Guru merupakan populasi terbesar bagi tenaga kerja awam, antara sasaran terpenting untuk menyokong BN.

Bukan semua sekolah menerima komik itu. Beberapa guru yang dihubungi The Malaysian Insider tidak mengetahui perkara itu.

Kementerian Pelajaran masih belum memberikan sebarang respons tentang perkara itu.

Buku komik itu dikatakan diterbitkan Mj Publication Sdn Bhd, yang beralamat di No 12/9, Jalan Jati 2, Persiaran Barat, 68000 Ampang, Selangor.

Bagaimanapun carian dalam direktori perniagaan gagal mencari alamat itu. Pemeriksaan di Google Maps juga menunjukkan alamat itu tidak wujud, sekaligus menimbulkan keraguan penerbit itu.

Komik itu juga tidak memaparkan permit pencetak, yang merupakan satu syarat yang dikehendaki Kementerian Dalam Negeri.

The Malaysian Insider berjaya mendapatkan satu salinan komik itu yang menggambarkan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memegang bendera kebangsaan dn satu kumpulan yang mewakili pelbagai etnik Malaysia dengan perkataan, “Saya tidak akan memecahkan kepercayaan anda” di muka hadapan komik itu.


Pelbagai jenis gambar-gambar yang memuji kepimpinan dan dasar-dasar BN, seperti bagaimana pentadbiran Najib membantu menyediakan insentif-insentif kepada belia di bawah konsep 1Malaysia.

Pada halaman 38 juga menggambarkan Najib digambarkan seperti wira terkemuka dan terbang di atas orang ramai yang memanggilnya “Hi!Superman”.

Read more ...

DEMO ANTI LYNAS!!! Berjalan lancar 'diserikan' oleh telatah hodoh pencacai upahan UMNO

Jumaat 13042012 ni, lokasi solat bertukar, dari tempat biasa ke Masjid Sultan Muzaffar , Masjid utama Banda Sungai Petani ni. Jarak dari rumah kami tak melebihi 2km.

Sekitar 1245 sudah memasuki Masjid, memang syahdu jika dapat berada awal didalam Rumah Allah ini.

Khutbah banyak menyentuh tentang Akidah dan hukum Hudud.

Sekitar pukul 215 petang , kami menapak ke Dataran Jam Besar, Sungai Petani.
Kami dan antara yang medahului perarakan dari Masjid ini.
Sudah menanti rakan rakan Tionhua dan India di Dataran ini

&
SP Plaza

Eh, rakan Tionghua pun berarak sama dari Masjid.

Setiap ketua perwakilan dari PR berucap memberi kata kata protes tentang keburukan Lynas

Dalam seronok duk berceramah ini, gang gagak hitam pun datang.
Mereka ni memang haprak .

Mereka datang dari arah Stesen Keretapi Sungai Petani, tak ramai, adalah dalam 30-40 orang, bebudak sekolah yang diupah membawa sepanduk.

Gang gagak hitam dah datang nak provok

Mereka berada diseberang dataran, paling tepat hadapan KFC
Polis berada disebelah gang Umno, lebih selamat agaknya!?
Telatah ahli umno setengah abad yang mengaibkan. Bila Sorang tunjuk punkoq, yang sorang dok pegang apa ?

Fakta ke Auta? Milik Melayu ? Milik Australia? Milik anak mamak Madey dan Australialah, bodoh!!

PAS tolak Melayu Umno aje.

Dalam kami merakam Perhimpunan Aman Anti Lynas ini, serta aksi aksi 'seksi' gang gagak hitam ini, terdengar laungan perkauman ditujukan kepada Perhimpunan. Antara kata kata Melayu pariah ini ;

" Kami tak kacau PAS, kami nak kacau Cina dan India dalam Keadilan dan DAP saja"

Kata kata kesat memang ditujukan kepada warga Tionghua terutamanya, tanpa mereka sedari ada dua tiga rakan MCA/MIC yang berdiri menyorok dibelakang sepanduk.

Engkau fikir sendirilah MCA/MIC oi!!

Budak Tingkatan 3 Sekolah Sunlay....kau dapat berapa RM?

Pejuang AMM!!

Acara tamat sebaik lagu Negaraku dinyanyikan oleh peserta Perhimpunan, kata kata penutup dan doa.

Satu yang kami belajar, kita tidak perlu melenting dengan provokasi Gagak Hitam ini, cukup dengan mengeluarkan sehelai duit kertas RM1.00 dan kita layangkan dari jauh kepada mereka sebagai tanda mahu membeli mereka : tanda murahnya Gagak Hitam yang boleh dijual beli oleh Rakyat Malaysia!!

Kredit harus diberi kepada Unit Amal PAS yang berjaya mengawal ahli PR dari termakan hasutan gang gagak hitam, tidak kepada Polis Apco!! Polis trafik ok lah, kawal lalu lintas, Polis Apco tu, yang 'batu ronson seperti kisahnya ini.

Menapak ke restoran berhampiran, untuk mananti kehadiran pemandu Van Media kami ni.

Sedang minum, masuk segerombolan SB dari PDRM . Kami agak polis, tapi lagaknya ala ala samseng gitu!!

" Wartawan pun sibuk nak ambik gambar!"

"......diorang dapat tahu pasal lembu ni pun sebab duk dengar ceramah lah ni."

Ini sebahagian kata kata biadap polis kepada kami yang disangka wartawan ini. Kah Kah Kah.

Lagi bisa dan brutal kan kawan kawan angkatan mediamaya Sungai Layar? Spesis porno jugak ni.

Biadab dan tidak menghargai tugas wartawan, nasib baik tiada wartawan bersama kami ketika ini. Ingatlah wahai Polis yang berkata biadab ini, anda sebahagian Polis Apco yang kami doakan kehancuran anda bersama Musa Hassan itu!!

Kami tak nak tunggu lama, bagus pun ada gang PR yang masuk dan duduk bersebelahan dengan meja SB polis haprak ini.

Kami 'belah' bila pemandu kami datang untuk diajak kami pulang makan tengahari dirumah.

Beginilah serba sedikit suasana Anti Lynas di Sungai Petani.

Latihan awal sebelum ke BERSIH 3.0 itu!!!!


Latiff Hariri/Jurukamera MIJ.
2058 13042012
Sungai Petani

Dua blog gang Pakatan Rakyat yang menggunapakai foto dari lensa MediaMaya PR Sungai Layar, setakat 1000 pagi 14042012.

Saya terbuka sebab itu tujuan sebenar MediaMaya PR Sg Layar... tapi jurukamera kecewa sebab tidak diberi kredit sepatutnya, hahaha, kena berfikiran terbuka dalam menyedarkan minda lena GagakHitam, itu yang utamanya.

http://kedahla.blogspot.com/2012/04/geng-perangai-hudoh-perkasam-buat-kacau.html http://www.kedahlanie.info/2012/04/demo-lynas-di-kedah-perangai-huduh.html
nukilan... http://izzuddinjanaton.blogspot.com/2012/04/sungai-petani-say-no-to-lynas.html

Read more ...

TERLALU TERDESAK!!! Guru-guru di Kinta dipaksa hadir Perjumpaan Pemuda BN?


Sebentar lagi, kalau ikut maklumat banner diatas ini, ada perjumpaan Pemuda BN di kediaman Menteri Besar Perak , Sabtu 14 April jam 12.00 tengahari ini nanti.

Tak kisahlah pasal program perjumpaan Pemuda BN tu. Tapi yang amat mengisahkan, ialah cikgu-cikgu telah diarahkan untuk turut hadir dalam program Umno/BN tersebut!

Korang boleh tengok portal PPD tu di sini

PPD telah memberikan alasan kononnya untuk bertemu dengan Menteri Dalam Negeri! Kesian buat susah guru-guru berkenaan.Bukan sikit , seramai 58 guru dipaksa supaya hadhir dalam program pemuda BN itu.

Surat arahan daripada PPD ke beberapa sekolah menengah di sekitar bandar Ipoh yang mengandungi senarai nama guru-guru yang dipaksa hadhir :

Nak lihat sepenuhnya, sila klik di sini

Beginilah tindakan terdesak UMNO/BN.PPD pun mereka nak perlembukan.Aku harap guru-guru yang terlibat janganlah takut dengan arahan seperti ini; dan jangan relakan diri kita diperkotak-katikan oleh mereka yang menyalahi kedudukan merteka untuk terus berkuasa.

Kalau terpaksa pergi, pergilah, tapi bila masa mengundi nanti, cikgu-cikgu yang terasa dianiaya sebegini, sila pangkah Pakatan Rakyat.ALHUSSEYN

Read more ...

TERKINI!!! [gambar] lebih 2000 mahasiswa sertai Demonstrasi Mansuh PTPTN



KUALA LUMPUR: Lebih 2000 hadir dalam Demonstasi Mansuh PTPTN di Ibu Negara hari ini. Ketika ini demonstran sedang menuju ke Dataran Merdeka.

Antara yang turut kelihatan dalam demonstran ini ialah Pengerusi SMM Safwan Anang, Bekas Pengerusi SMM, Ahmad Syukri, Adam Adli dan pimpinan mahasiswa.









Perakitedaily
Share this article :

Read more ...

UMNO!!! United Myanmar Nepal Organisation



Ketika berucap di program minum petang anjuran PAS Tasek Gelugor di Taman Sepadu, Tasek Gelugor semalam, beliau menempelak kepimpinan parti perkauman itu kerana sanggup menjual negara semata-mata untuk mencapai kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.

"Umno dan jadi parti serabut iaitu United Myanmar Nepal Organisation bukan lagi Umno seperti dulu yang bekerja kuat untuk rakyat walaupun ada kalangan mereka mengamalkan dasar penyelewengan, rasuah dan penipu," jelasnya.

Bagi beliau, Umno sudah tersasar jauh daripada landasan mereka untuk memastikan Melayu terpelihara dengan aman, harmoni di tanah air sendiri.

Sekarang ini Umno tidak boleh di terima ramai sebagai sebuah parti yang mahu membantu anak Melayu sebaliknya menjadi sebuah 'parti penekan' untuk anak bangsa maju di bidang tertentu.

Tambahan lagi kepimpinan mereka tiada lagi rasa tanggungjawab membela kalangan Melayu yang ketinggalan, dakwanya.

Bagi mereka jika ada peluang ambil dulu, manakala yang tinggal serpihan barulah diberikan kepada rakyat jelata khususnya orang Melayu.

Sehubungan itu, Umno jelas Haji Mohamad Sabu, tidak releven lagi untuk diperjuangkan oleh orang Melayu khasnya kerana memperalatkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara dan (JPN) dan penglibatan Pegawai Khas Perdana Menteri bagi memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) kekal menguasai negara.

Ujarnya, mereka sanggup jadi pengkhianat untuk terus berkuasa tanpa berfikir tindakan itu mengancam ketenteraman negara serta membolehkan negara tergadai suatu hari kelak.

"Biar Umno, JPN, SPR dan pegawai Khas Perdana Menteri buat perkara yang tidak betul. Kita tetap akan ke perhimpunan duduk bantah Bersih 3.0 di Kuala Lumpur nanti.

"Saya harap semua ahli, penyokong dan orang yang prihatin terhadap penyelewengan SPR gerakan langkah ke perhimpunan tersebut nanti, " ajaknya.

Bagi beliau, 'Task Force' yang ditimbulkan oleh ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar itu bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana perbuatan tersebut mengundang keresahan rakyat.

Bukan itu sahaja, kedatangan warga asing untuk mengundi itu kelak pastinya mengundang kemarahan rakyat tempatan walaupun mereka ada kad pengenalan dan nama sebagai pemilih.

"Saya benar-benar bimbang apabila warga asing datang mengundi nanti. Pasti terdapatnya bantahan penduduk tempatan walaupun mereka mempunyai kad pengenalan sah dan terdapat nama dalam buku pemilih.

"Umno mungkin tidak terkejut kerana merekalah perancang utama fenomena tersebut yang jadi mangsa nanti rakyat yang tidak puas hati, " jelasnya beliau lantang.

Sementara itu dalam ceramahnya sempena Paluan Gendang PRU13 yang diadakan di Padang Awam, Penaga, Kepala Batas, Mohamad berbangga sekarang ini kerana ramai anak muda sertai PAS termasuklah golongan artis.

Golongan artis yang dulunya terdedah dengan gejala yang kurang bermoral kini terpanggil untuk membantu PAS menyuarakan kehendak parti dan Pakatan Rakyat.

"Keadaan ini amat membanggakan saya kerana mereka yang bergelar artis sanggup turun padang atau berada sepentas dengan kepimpinan PAS menyuarakan prinsip PAS kepada masyarakat, " tegas beliau.

Turut berucap pada program Paluan Gendang PRU13 itu ialah Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfudz Mohamed, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husain dan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Ir Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Read more ...