Saturday, March 27, 2010

ADUN BN Perak iktiraf Sivakumar sebagai speaker



IPOH, 28 Mac : YB Dato' Seri Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak mengiktiraf YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah.

Melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapanter sebut telah diterima atau belum.

Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.

Ini juga boleh jadi satu isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar dilihat begitu angkuh dan sombong.

Beliau bukan sahaja angkuh dan sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga bersikap angkuh dan sombong.

Tajol Rosli sebagai orang lama dalam UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO Perak seolah-olah tidak dihargai.

Menurut sumber Zambry hanya mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu mengecilkan hati Tajol Rosli.

Atau Tajol Rosli sememang berpegang kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak.

Sangat jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap. Kes ini pula belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah.

Kalau itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.Misabah

Read more ...

Anwar lancar Segar



TAIPING, 27 Mac : Ketua Umum PKR melancarkan Sukarelawan Gerakan Rakyat Perak atau Segar di Simpang, Taiping petang tadi.

Menurut Penasihat Segar, Azizan Ahmad pertubuhan yang baru diasaskan itu bertujuan memastikan program Gerakan Gelombang Rakyat (Gegar) yang bertemakan Gempita Perak Ke Putrajaya berjalan dengan lancar.

"Sedar bergerak sebagai badan sukarela yang menyediakan tenaga kerja bagi membantu melancarkan semua pogram yang bergerak di bawah Gempita Perak Ke Putrajaya. Anggota Sedar kebanyakannya terdiri daripada anggota Skuad Angkatan Muda KEADILAN dan anak-anak muda lepasan sekolah.

"Mereka akan membantu gerak kerja seperti memasang kain rentang, menampal poster, menyelenggara lalulintas, mengedar risalah dan sebagainya," kata Azizan.

Buat permulaan Segar mempunyai kira-kira 30 sukarelawan yang akan menjelajah ke seluruh negeri Perak pada setiap program Gempita dan jumlah petugas akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Azizan berkata Segar yang diketuai oleh Zafril Eusoff akan berada di bawal kawal selia Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak.RM









Read more ...

Perkasa bakal ganti Umno

KUALA LUMPUR, 27 Mac : Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Menurut Mahathir, prestasi Umno pada pilihan raya tahun 2008 adalah terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.

“Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.

“Masa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi jangan la biadap ,” kata Mahathir.


Beliau berkata tuntutan dan desakan pada zaman itu tidaklah sebiadap seperti hari ini.

“Saya bukan rasis, saya keturunan orang Melayu.nak aman,hidup rukun dan damai.negara dapat dibangunkan. hampir 50 tahun tak ada masalah yang besar dihadapi kecuali tahun 1969 dan 1987. Tak ada tuntutan yang bukan bukan dari mana-mana pihak..

“Zaman Tunku (Abdul Rahman), Tun Razak, (Tun) Hussein dan zaman saya, tak ada tuntutan yang bukan-bukan. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka, negara kita unik, penduduk pelbagai kaum, negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang,orang lain melainkan guna syarat-syarat yang ketat seperti guna bahasa tempatan, budaya tempatan,” kata Mahtahir.

Katanya, orang Melayu amat bermurah hati dan sanggup berkongsi negara ini hampir tanpa sebarang syarat yang ketat.
Umno lemah

Bagaimanpun akibat kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno adalah lemah, maka golongan berkenaan mula berani menuntut perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan ia ditambah burukkan lagi dengan bantuan parti pembangkang yang memuatr-belitkan perkara itu.

“10 peratus anak Melayu yang berada di universiti, anak Melayu yang melanjutkan pengajian ke luar negeri, pun tak ramai. Kita boleh buat banci,,siapa yang lebih ramai?
“Ramai penuntut Melayu dapat biasiswa.kita beri sebab tak ada duit atau duit tak cukup. Yuran setahun RM60 ribu, mana ibu bapa Melayu yang mampu. Zalimkah kita bagi biasiswa untuk tambah Melayu berpelajaran?” soal Mahathir lagi.

Selain itu, menurut Mahathir, bukan Melayu juga tidak seharusnya mempertikaikan kedudukan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan.

“Keris ialah simbol bangsa kita. Kita hargai. nak guna simbol kita pun tak kan nak kena minta maaf? Hanya kerana satu kaum nak hidup bahagia, kaum satu lagi hidup sengsara?” soalnya.

Justeru, kerana keadaan sedemikian orang Melayu, kata Mahathir memerlukan NGO seperti Perkasa bagi memperjuangkan hak mereka.
Rintihan rakyat

Kata beliau lagi, tanpa menamakan pihak yang bertanggungjawab: “Kita taklah tuntut banyak banyak..dia dah pergi, biarlah dia pergi.”

Mahathir bagaimanapun mengingatkan kerajaan supaya perlu mendengar pandangan dan rintihan daripada semua rakyat tanpa mengira kaum. Ini kerana, katanya, sebagai sebuah negara yang demokratik, membentuk sebuah kerajaan bergantung kepada sokongan undi.

“Oleh itu, penting bagi kerajaan dengar rintihan rakyat, di samping cuba mengambil kira pandangan mereka (rakyat). Bukan daripada satu kaum tetapi daripada semua kaum.
“Orang Melayu perlu mengambil kira orang India serta Cina dan di Sabah atau Sarawak,” katanya.

Beliau berkata walaupun jumlah mereka tidak ramai dan tidak dapat menentukan siapa yang akan memerintah, namun orang Melayu perlu beringat bahawa kemenangan bukan bergantung kepada ratusan ribu undi tetapi kelebihan satu undi sahaja,

“Satu undi itulah yang akan menentukan menang atau kalah seseorang atau sesebuah parti.
Hendak menang atau kalah bukan kerana ribuan undi, dua tiga undi pun boleh menentukan menang atau kalah.

"Kalau mereka ada rintihan dan perasaan tidak puas hati, harus dengar. Kalau tutup telinga atau desakan mereka tidak didengar, dalam pilihan raya, akan kalah," katanya.
Media Cina, India diberi amaran

Pada ucapannya itu, Mahathir turut meminta media bahasa Cina dan India supaya melapor dengan benar.

“Tolong buat laporan yang benar. jangan putar belit kenyataan saya. Saya harus prihatin kepada nasib orang Melayu. Saya yakin ahli perkasa bukan berniat tidak adil terhadap bukan Melayu tapi tuntut hak mereka. Tuntut hak adalah tindakan yang adil,” katanya.

Beliau juga mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya jangan melupakan rintihan dan tuntuan orang Melayu.

“Nak negara berada dalam keadaan aman, adil, saksama sesama kaum, nak keadilan dalam pengagihan kekayanaan dalam negara kita. Bukan kita nak rebut tapi jangan ambil yang sedikit yang kita ada untuk diberi kepada mereka yang dah ada,” katanya lagi.


Mahathir mengakhiri ucapannya dengan meminta Perkasa supaya berperanan secara bijak, dan bukan untuk mendabik dada.

Selesai ucapannya, Mahathir dianugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama oleh presiden NGO itu.

Ia diikuti dengan laungan “Hidup Tun” sebanyak tiga kali.RM

Read more ...

Kuala Kubu Baru sesak semalam

KUALA KUBU BARU, 27 Mac : Pakatan Rakyat memulakan kempennya malam tadi untuk mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor dengan perhimpunan kira-kira 5,000 penyokongnya di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Majlis yang dinamakan "kempen selamatkan negara" itu, menyaksikan Kuala Kubu Bharu sesak dengan kenderaan orang ramai yang datang, termasuk dari luar Kuala Kubu Bharu.

Ada yang datang dari Tanjung Malim dan sejauh Sungai Besar, Perak. Mereka termasuk 50 orang yang menyewa bas dari sebuah ested di Tanjung Malim untuk datang menghadiri majlis malam tadi.

Pemimpin utama Pakatan termasuk timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali; naib presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategi PKR, Tian Chua; ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Hatta Ramli dan ADUN DAP bagi Kampung Tunku, Lau Weng San adalah antara mereka yang menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir ialah penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut mungkin dipilih sebagai calon PKR untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Manakala ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tiba sejurus sebelum jam 11 malam.

Para pemimpin Pakatan itu berucap dengan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad - wakil rakyat Hulu Selangor yang meninggal dunia kelmarin kerana barah otak.

Menurut Tian Chua, Zainal Abidin yang pernah menjadi timbalan menteri besar Selangor ketika di bawah pentadbiran BN, telah bekerja keras berkhidmat untuk rakyat sehingga ke akhir hayatnya.

Mereka yang berucap malam tadi kemudiannya beralih kepada nada kempen, dengan masing-masing menyentuh isu-isu panas, antaranya kes kehilangan enjin pesawat pejuang TUDM, kontrak kapal selam Scorpene, rasuah dan lain-lain lagi.

Khalid pula menegaskan bahawa dalam pilihanraya umum lalu, rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk membawa perubahan.

Di Selangor, katanya, Pakatan telah diberi mandat untuk memerintah dan "kami membalasnya dengan memberi perkhidmatan yang terbaik", dengan diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Difahamkan perhimpunan malam tadi dirancang lebih awal sebelum Zainal Abidin meninggal dunia.

Menurut Dr Hatta, Pakatan sedang membuat persiapan untuk mengadakan perhimpunan tersebut apabila Zainal Abidin menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ekoran itu, "kempen selamatkan negara" telah bertukar menjadi kempen untuk pilihan raya kecil.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak pula, dalam ucapannya berkata, PKR mahu meletakkan seorang calon yang boleh menrealisasikan impian Pakatan.

Katanya, kerajaan Selangor di bawah Pakatan telah berjaya membawa masuk pelaburan berjumlah RM7 bilion dalam tempoh dua tahun.

Pada tahun 2009 sahaja, katanya, Selangor telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 20,753 orang.


Menteri besar Selangor, tegasnya, menggunakan harta kerajaan negeri untuk rakyat dan "bukan membina istana bernilai RM24 juta untuk dirinya".

Anwar mula berucap mulai jam 11.45 malam. Mengambil kira jumlah pengundi kaum India yang besar di Hulu Selangor, beliau menegaskan bahawa dua aktivis utama Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kini bersama Pakatan.

“(T) Vasanthakumar, yang menyertai PKR, berada di sini," kata Anwar sambil menambah, V Ganabatirau, yang turut hadir.RM

Read more ...

Lawatan ke Pejabat Agung PAS dapat penjelasan

Image014-7.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR , 27 Mac : Lujnah Pengurusan dan Organisasi PAS Parit Buntar telah mengadakan lawatan ke Pejabat Agung PAS Pusat bagi mendapatkan penjelasan berhubung pengurusan Cawangan dan keahlian.

Pengerusi Lujnah Adnan Abd Rahman berkata lawatan berkenaan telah telah diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa.

“ Kami telah mendapat penjelasan dari Pejabat Agung berkaitan kelewatan kelulusan penaja PAS Cawangan yang mengambil masa lebih setahun untuk diluluskan.

“ Sebenarnya kelewatan ini bukan berpunca dari Pejabat Agung tetapi Pejabat Pendaftar Pertubuhan yang lewat memberi kelulusan” katanya

Adnan berkata, Pejabat Pendaftar Pertubuhan sepatutnya mempercepatkan proses kelulusan penaja PAS Cawangan kerana kelewatan kelulusan akan menimbulkan rasa tidak puas hati ahli-ahli PAS yang menubuhkan Cawangan berkenaan.

“ Kami sering menerima pertanyaan dari ahli PAS yang tidak puas hati, tetapi kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana kelewatan bukan disebabkan oleh Pas Kawasan atau PAS Pusat” katanya

Menurut Adnan, rombongan juga mendapat penjelasan berkaitan proses pendaftaran ahli baru PAS dan maklumat berkaitan sejarah PAS Parit Buntar dari Unit Arkib PAS Pusat.

“ Lawatan ini banyak memberi manfaat kepada anggota rombongan. Kami berpuas hati dengan layanan dan taklimat yang telah diberikan kakitangan di Pejabat Agung” katanya

Tambah Adnan, lawatan juga dibuat ke Pejabat Akhbar Harakah selaku lidah rasmi PAS selain mengikuti persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

Read more ...

Karikatur Guan Eng tindakan pengecut


MELAKA , 27 Mac :
Tindakan individu tidak bertanggungjawab melekat karikatur dan kenyataan menghina Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilihat sebagai usaha melagakan beliau dengan ahli dan pemimpin DAP Melaka.

Dalam kejadian itu, satu salinan karikatur dan satu kenyataan mendakwa Guan Eng mengkhianati penyokong di Melaka diletakkan di tiang lampu di hadapan pejabat DAP negeri di Lo-rong Pandan, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Goh Leong San berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dilihat sebagai cubaan melaga-lagakan DAP Melaka dengan Guan Eng.

Menurutnya, tindakan individu berkenaan berkemungkinan didorong atas kepentingan sendiri.

“Orang berkenaan mungkin merasa kecewa kerana DAP adalah sebuah parti yang tidak mementingkan kepentingan individu berbanding kepentingan ramai. Mungkin sebab itu beliau cuba membuat kacau.

“Mungkin juga individu ini telah digunakan pihak lain untuk menjatuhkan imej DAP di mata orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Dalam karikatur itu, individu berkenaan mendakwa wujud kem tertentu dalam DAP Melaka, di mana satu kem mewakili penyokong Guan Eng dan satu lagi mereka yang tidak sehaluan dengannya.

Kenyataan itu turut mempersoalkan bagaimana Guan Eng hendak menyelesaikan masalah di Pulau Pinang sedangkan masalah kepimpinan di Melaka tidak berjaya diselesaikannya.

Sambil melabelkan individu berkenaan sebagai ‘pengecut’, Leong San berkata, DAP tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap perkara berkenaan malahan akan membiarkannya.

Menurutnya, sekiranya individu berkenaan benar-benar ingin menyelesaikan masalah dihadapinya, beliau sepatutnya datang berjumpa dengan pemimpin DAP dan bukan mengambil tindakan sedemikian.

“Kita tidak akan mem-pedulikan semua ini, malah akan membiarkan sahaja. Sekiranya kita melawan, saya yakin individu ini akan merasa gembira kerana kita memberikan respons,” katanya.SH

Read more ...

Kerajaan PR Selangor bina 400 unit lagi rumah PPRT


PUCHONG , 27 Mac :
Sebanyak 400 lagi unit rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah Projek Kerajaan Prihatin bakal dibina melalui peruntukan RM6 juta oleh Kerajaan Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier A Jayakumar berkata, pihaknya menerima lebih 1,000 permohonan setahun daripada golongan berpendapatan rendah sama ada yang memiliki tanah atau pun sebaliknya.

Bagaimanapun beliau berkata, unit rumah hanya mampu dibina melalui peruntukan yang ada namun menjelaskan pertimbangan pertambahan bajet bagi projek itu akan dilaksanakan pada pertengahan tahun ini selepas melihat kedudukan kewangan negeri.

Kata beliau, bagi pemohon yang memiliki tanah, rumah dilengkapi tiga bilik itu dibina di kawasan tanah kepunyaan masing-masing.

“Manakala bagi yang tidak mempunyai tanah dan tergolong miskin tegar, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebuah kawasan di daerah mereka tinggal untuk pembinaan rumah bernilai RM30,000 itu.

“Selain ia diberikan kepada mereka yang tidak mampu membeli dan memiliki rumah sendiri, pemberian rumah PPRT turut membabitkan masyarakat orang Asli yang kebanyakannya menghuni di Hulu Selangor dan Kuala Langat,”katanya ketika Majlis Penyerahan Kunci kepada 16 penerima kemudahan di bawah Kerajaan Prihatin tersebut, di Kampung Kuala Sungai Baru, petang semalam.

Xavier berkata, kriteria bagi permohonan itu akan dilihat berdasarkan pendapatan isi rumah, jenis pekerjaan dilakukan, keadaan rumah asal dan paling penting mempunyai tanah sendiri.

“Mereka ini akan membuat permohonan melalui Pejabat Tanah masing-masing sebelum ia dilanjutkan kepada agensi berkaitan.

“Sebagai Exco saya lihat ramai yang mendapat bantuan perumahan ini dalam kalangan orang Melayu kerana mereka biasanya mempunyai tanah milik sendiri,”katanya dalam majlis yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim dan Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Norhesni Ismail.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Xavier mencadangkan pihak bank menyediakan skim ansuran perumahan khas kepada golongan miskin yang mendapat unit pangsapuri kos rendah dalam program setinggan sifar kerajaan terdahulu .

Katanya, melalui skim itu, bank boleh mengadakan program pinjaman perumahan dua generasi dengan memanjangkan tempoh pembayaran balik pinjaman dan membolehkan anak kepada pemilik menyambung bayaran ansuran apabila mereka sudah bekerja.

“Meskipun saya difahamkan, kadar faedah dikenakan mungkin tinggi, namun pemilik rumah pangsa itu tidak akan berasa terbeban dengan kadar ansuran yang rendah setiap bulan.

“Ia berikutan saya difahamkan ribuan unit rumah kos rendah kini dilelong apabila pemilik tidak mampu membayar ansuran kepada pihak bank,”katanya.

Xavier berkata, daripada isu itu, akhirnya rumah dilelong dijual kepada mereka yang berpendapatan sederhana,namun gagal menjadi milik mereka yang miskin.

Kata beliau, cadangan itu mungkin mampu menyelesaikan masalah yang timbul membabitkan golongan berpendapatan rendah kerana selain membayar ansuran rumah mereka perlu membuat pembayaran lain juga.

“Apabila sudah menghuni sesebuah rumah, kebanyakan mereka yang berpendapatan bawah RM600 ini perlu membayar bil air, elektrik malah terpaksa membayar bil penyelenggaraan.

“Oleh itu, kadar bayaran ansuran yang rendah mungkin sedikit sebanyak boleh menyelesaikan masalah itu,”katanya.SH

Read more ...

PAS terima 100 ahli baru di Puchong


SHAH ALAM , 27 Mac :
Sebanyak 100 keahlian baru dari kawasan Puchong diterima PAS Kawasan Puchong dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang, baru-baru ini.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, kebanyakan ahli baru itu kebanyakannya terdiri daripada bekas ahli-ahli UMNO sekitar kawasan Puchong.

Menurutnya, PAS Selangor pada 12 Mac lalu, melancarkan program penerangannya untuk menawan semula 12 kerusi DUN yang ditandingi namun tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke12.

“Program besar-besaran sempena ulang tahun kedua pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang dilancarkan di DUN Seri Serdang, Puchong, berjaya menarik perhatian dan minat rakyat.

“Penduduk di DUN berkenaan kini selesa dan serasi dengan kerajaan baru yang turut dianggotai PAS,” katanya.

Tambah beliau, pada PRU yang lalu, calon PAS di DUN Seri Serdang memperoleh 18,887 undi, tewas dengan kelebihan hanya 45 undi pada calon BN dari UMNO.

“Adalah diyakini bahawa hasil program ini dan pelbagai lagi program susulan lain yang dirancang oleh PAS Selangor dan PAS Kawasan Puchong, DUN Seri Serdang akan berjaya ditawan oleh PAS pada PRU ke13 kelak,” katanya.

Sementara itu, menurut Roslan, program penerangan dijangka akan diteruskan ke DUN Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, 2 April ini.

“Calon PAS, Azrul Khakim di DUN Sungai Air Tawar, memperoleh 4,668 undi dalam PRU lalu, tewas pada calon BN (UMNO) yang mempunyai kelebihan 123 undi.

“Antara aktiviti yang diatur ialah majlis jamuan bersama rakyat di Kampung Sekandi, Program Motivasi di Desa Kasih Sekandi dan ceramah perdana di Dewan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB),” katanya.

Difahamkan, pada program ceramah perdana itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dijadual menerima borang keahlian ahli-ahli PAS baru, yang kebanyakannya terdiri dari bekas ahli-ahli UMNO sekitar DUN Sungai Air Tawar.

“Dengan perkembangan semasa yang melibatkan kerajaan PR serta kemajuan Pas di DUN berkenaan, PAS Selangor optimis bahawa DUN Sungai Air Tawar juga akan berjaya ditawan dalam PRU ke13,” katanya.SH

Read more ...

Laporan Utusan palsu


KUANTAN, 27 Mac :
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail semalam membuat laporan polis berikutan satu laporan akhbar tempatan yang mendakwa beliau keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Azan dalam laporannya berkata, akhbar Utusan Malaysia dengan sengaja mencetak tajuk ‘Bahtera siapa semakin bocor?’ dengan tujuan memburukkan namanya dan PKR.

Katanya, akhbar itu sengaja mencetak ruangan ralat dan menyatakan beliau tidak keluar dari PKR tetapi meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri.

“Kedua-dua laporan itu tidak benar dan hanya bertujuan menunjukkan bahawa saya ahli parlimen yang tidak bermoral, tidak berpegang kukuh kepada kepimpinan Ketua PKR dan tidak mempedulikan penduduk Indera Mahkota.

“Tulisan itu memberi implikasi sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan air muka dan maruah saya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai perkara itu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, semalam.

Azan berkata, kesan daripada tulisan itu menyebabkan beliau menerima pelbagai cemuhan selain menimbulkan kurang senang dalam kalangan penduduk tempatan.

Katanya, akibat tulisan itu juga menyebabkan reputasinya sebagai ahli parlimen terjejas dan dipandang rendah masyarakat.

“Akhbar itu dengan sengaja mencetak dengan gambar untuk memfitnah saya dan menjejaskan reputasi sebagai ahli Parlimen Indera Mahkota,” katanya.

Justeru, katanya, satu laporan polis dibuat kerana tidak berpuas hati mengenai laporan palsu yang diterbitkan akhbar berkenaan dan akan mengambil tindakan undang-undang berkaitan perkara itu.SH

Read more ...

Sidang dua hari terlalu singkat


IPOH , 27 Mac :
Semua 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Rakyat (PR) negeri ini akan hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 30 Mac ini.

Bagaimanapun, ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, mereka menyatakan kehadiran itu setelah menerima surat panggilan sidang DUN daripada bekas Speaker DUN, V Sivakumar.

Katanya, mereka juga turut menerima notis sidang DUN daripada Speaker DUN, R Ganesan.

“Kita sudah menyerahkan sebanyak 216 soalan bertulis dan lisan kepada Sivakumar serta bahagian Dewan Negeri untuk disediakan jawapan ketika sidang DUN berlangsung pada 30 Mac ini.

“Di samping itu, kita juga mengambil keputusan menghantar surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ganesan supaya mengadakan mesyuarat khas pada 29 Mac di Dewan Bandaran Ipoh bagi membincangkan perihal perjalanan sidang supaya berlangsung dengan aman, dapat membangkitkan segala masalah rakyat dan memikirkan hala tuju secara bersama demi kemajuan negeri,” katanya kepada pemberita di Pejabat Pas di sini, semalam.

Hadir sama, ADUN Tronoh, Sivakumar; ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham; ADUN Lubok Merbau, Mohd Zainudin Mohd Yusof, ADUN Sungkai, A Sivanesan, ADUN Keranji, Chen Fook Chye, ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah, ADUN Selinsing, Husin Din, ADUN Semanggol Ramli Tusin, ADUN Aulong Yew Tian Hoe, ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

Mohamad Nizar berkata, PR negeri itu sepakat meminta Ganesan dan Dr Zambry melanjutkan sidang DUN sehingga lima hari iaitu 30, 31 Mac, 1, 5 dan 6 April bagi memberi ruang serta peluang kepada semua ADUN membincangkan hal berbangkit khususnya berkaitan rakyat.

Katanya, peruntukan dua hari untuk bersidang adalah tempoh singkat, malah tidak sempat membentang dan membahaskan segala masalah yang dikemukakan untuk kepentingan rakyat serta negeri.

“Kita mahu buktikan yang wakil rakyat PR berkhidmat untuk rakyat, sebab itulah kita meminta supaya sidang DUN dilanjutkan kepada lima hari iaitu tempoh sesuai bagi perjalanan persidangan DUN.

“Kalau sekadar dua hari, kita tidak sempat membincangkan segala masalah yang dibentangkan oleh Ahli Dewan, walhal tujuan bersidang adalah untuk rakyat dan negeri,” katanya.SH

Read more ...