Monday, January 7, 2013

MAKLUMAT BOCOR!!! Isteri tokey balak bakal calon UMNO Dun Changkat Jering

Dari sumber yang digali,dikorek dan ditemui menyenaraikan 2 nama bakal calon UMNO untuk DUN Changkat Jering. 


Mereka ialah Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Gantang,Cik Jamilah Binti Zakaria dan Setiausaha UMNO Bahagian Bukit Gantang, Jama'ei Idris telah disenaraicalon oleh pimpinan UMNO Pusat bagi bakal calon DUN Changkat Jering dalam PRU13 nanti.


Read more ...

KALAU IKUT UMNO!!! Lagu Negeri ada kalimah Allah tidak boleh dinyanyikan orang bukan Islam ?

Mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin melontarkan satu persoalan yang mencuit minda dan mengoncang jiwa untuk dirungkai secara realiti tetapi berhemah dan berilmiah.

Read more ...

KASIHAN FATHUL BARI!!! Letak nama penceramah UMNO orang tak mari, letak nama penceramah bebas pun orang tak mari


Ini bukan kisah dongeng atau direka-reka....Tetapi cerita bergambar sebagai bukti nyata.

"Ulama" Muda UMNO yang paling tersohor seantaro dunia, Ustaz Fathul Bari bin Hj Mat Jahya kini dilihat seolah-olah berasa malu namanya dikaitkan dengan UMNO.

Ini jelas dengan sebidang kain rentang dalam Ceramah ISLAM ISU & CABARAN SEMASA KEMANA SELEPAS PRU 13......Pada 4hb Januari 2013 yang lalu di Perkarangan SK Assam Jawa.... Beliau dihebohkan sebagai penceramah muda "BEBAS" dan bukannya "ULAMA" MUDA UMNO.

Read more ...

MAI TENGOK!!! Pelawak veteran popular era 90an yang bersama Pakatan Rakyat


Artis yang dimaksudkan bersama Pakatan Rakyat ialah Ahmad Busu merupakan seorang pelawak dan pelakon di Malaysia yang cukup popular di era 1990an.

Ahmad Busu atau polular juga dengan watak Mat Deris ini berasal dari  kampung Temelok Trong Perak (Parlimen Bukit Gantang).


Popularitinya memuncak ketika beliau muncul serentak dalam 3 buah sitkom popular iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT), 2+1 dan Camni Camtu.

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! 30 pelajar terima uniform lengkap sekolah

PARIT BUNTAR : Seramai 30 orang anak yatim dan miskin mendapat perhatian Pas Kawasan Parit Buntar untuk membantu mereka menyediakan pakaian serta beg sekolah sempena pembukaan sesi persekolahan tahun 2013. 
 

Penyelaras program, Hamdan Fadel Ahmad berkata, Program ‘Kembali Ke Sekolah’ merupakan program tahunan Pas Kawasan Parit Buntar bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan membuat persediaan untuk kembali ke sekolah.
“ Pas Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama pihak korporat akan membantu pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sessi persekolahan 2013.
“Program ini memfokuskan kepada anak-anak yatim miskin dan anak-anak golongan fakir miskin di Parit Buntar.

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! PAS Parit Buntar sambut baik penganjuran forum perdana ambang tahun baru


PARIT BUNTAR : Pas Kawasan Parit Buntar menyambut baik penganjuran forum perdana ambang tahun baru yang dianjurkan Yayasan PAKSI cawangan Parit Buntar dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Parit Buntar. 
 

Ketua Penerangan Pas Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, umat Islam kini sudah sedar untuk menyambut tahun baru dengan tidak melanggar batas agama. 


“ Pada mulanya, umat Islam khususnya di negara kita menyambutnya dengan mengikut kebiasaan dunia iaitu dengan berkumpul beramai-ramai, menonton konsert nyanyian dan tarian beberapa jam sebelum detik 12 malam 1 Januari.

Read more ...