SHAH ALAM 2 APRIL: Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin
berkata membaca berita negara asing yang menghantar kapal selam untuk
membantu mencari pesawat MH370 terasa alangkah indahnya jika Malaysia
juga mempunyai kapal selam yang boleh berfungsi baik.
Dr Asri berkata, pelbagai isu kapal selam negara sudah lama
kedengaran dengan kos pembelian Kapal Selam Scorpene daripada Peranchis
dianggarkan berjumlah USD580 juta.
“Dalam
keadaan seperti ini alangkah cantiknya jika ia dapat memberi sedikit
sumbangan sepadan dengan harganya yang mahal,” tulis Dr Asri di laman
sosial Facebooknya.
Beliau berkata, walaupun ada yang berkata ia tidak sesuai kerana
tidak seperti yang dimiliki oleh ‘jiran sebelah’, tapi jawapan itu tidak
memberikan kebanggaan pada negara.
Sebelum ini, Kapal selam kelas Trafalgar Britain, HMS Tireless, telah
tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat Malaysia yang
hilang di kawasan itu masuk hari ke-26 hari ini.
Read more ...
Oleh Prof Dr Mohammad Agus Yusoff
Indonesia
mengamalkan sistem proportional representation (perwakilan berimbang).
Calon yang bertanding dicalonkan oleh parti dan tidak ada calon bebas
(calon tidak boleh bertanding sendirian).
Calon yang
bertanding tidak perlu membayar wang deposit. Tempoh kempen adalah
selama sebulan. Seminggu sebelum hari mengundi ialah tempoh bertenang
dan kempen tidak dibenarkan lagi.
Tempoh bagi setiap
penggal pilihan raya ialah lima tahun. Setiap rakyat yang berumur 17
tahun layak mengundi. Tapi bagi sesiapa yang sudah berkahwin, jika pun
belum mencukupi umur 17 tahun layak mengundi. Pendaftaran mengundi
adalah secara automatik.
Read more ...