Seorang peserta Bersih 3.0, Suhaimi
Suratman memberitahu bahawa beliau tidak dibenarkan untuk mendirikan
solat oleh anggota Polis pada hari beliau ditahan semasa Himpunan
tersebut.
Suhaimi
Suratman menyatakan bahawa pihak polis telah menyerang, memaki hamun,
memukul dan menumbuk mukanya sebanyak dua kali ketika ditahan.
Tindakan itu menyebabkan tulang hidungnya patah.
Menurutnya lagi, ketika ditahan,
anggota polis tidak membenarkan peserta yang dikumpulkan dalam kumpulan
kira-kira 30 orang untuk membuat sebarang panggilan telefon, pergi ke
tandas mahupun menunaikan solat.
"Sampai ada peserta yang ingin
buang air kecil tak dibenarkan, kalau nak buang air, buang di sini,
kalau nak berak, berak di sini, kalau kau nak solat, kau pergi masjid
sini bukan tempatnya," katanya.
Beliau
memberitahu demikian pada inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(Suhakam) kesan lebam cap tapak kasut di belakang badannya adalah akibat
dipukul sebanyak dua kali oleh pihak polis di dua tempat berasingan.
Inilah negara Islam Ala Umno ...........solat pun tidak dibenarkan .........Mutaligat
Read more ...