Friday, February 10, 2012

ISLAMNYA UMNO!!! Najib dah, mai tengok pula program Muhyidin di Perak

Kan gua dah cakap kat lu orang..di mana ada Umno disitu ada
Maksiat.siap gelek si Daud berkilau lagi youu...sebab yang gua tahu,
lalaikan Melayu bangang dengan hiburan,pasti boleh menang Barisan!!karat-Ejau


Rosmah dan Najib tetap hebat berjoget...

Kelunakan nyanyi Rosmah tiada tolok bandingnya
Menjadi idola setiap wanita dan puteri UMNO

Read more ...

NAMPAK SANGAT MCA RASIS MACAM UMNO!!! Guan Eng bidas Soi Lek ubah tajuk debat

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2012/02/Lim-Chua-300x202.jpgKUALA LUMPUR, 11 Feb: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang didakwa cuba menukar tajuk asal debat antara mereka yang dijadual berlangsung 18 Februari ini. Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau hanya bersetuju untuk berdebat dengan tajuk asal iaitu "Adakah Sistem Dwiparti Akan Menjadi Sistem Dua Kaum?" seperti yang dikemukakan pihak penganjur. Pihak penganjur iaitu kumpulan pemikir MCA Institute of Strategic Analysis & Policy Research (INSAP) dan Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) kata Guan Eng, telah mengemukakan tajuk itu melalui surat daripada CEO ASLI Datuk Dr Michael Yeoh pada 3 Februari 2012. "Justeru, tindakan Chua untuk menukar topik yang memperihalkan pro dan kontra sistem dwiparti dan juga sama ada ia akan menjadi sistem dua kaum kepada topik yang mempersoalkan masa depan kaum Cina dalam topik "Kaum Cina di Malaysia - Quo Vadis?" adalah salah," katanya. Debat antara mereka dijadual berlangsung di Hotel Berjaya Times Square di Kuala Lumpur pada pukul 5-6 petang 18 Februari 2012 yang akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Astro AEC. Ianya akan diadakan pada satu sesi sempena persidangan bertajuk "Kaum Cina Di Persimpangan" yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut Guan Eng lagi, beliau menerima tajuk asal itu kerana ia selaras dengan komitmen DAP dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memperjuangkan hak semua rakyat Malaysia, sedangkan MCA hanya memperjuangkan satu komuniti. Guan Eng juga menegaskan, beliau sanggup berdebat dalam Bahasa Melayu atau Inggeris dalam pentas yang serupa dengan debat antara beliau dengan Datuk Seri Ong Tee Keat pada tahun 1991 di mana dua sesi telah diadakan, satu dalam Bahasa Mandarin dan satu dalam Bahasa Inggeris. Beliau juga memaklumkan telah Setiausaha Politiknya dan ADUN Komtar YB Ng Wei Aik untuk membuat penyelarasan dengan MCA serta Ketua DAPSY dan Ahli Parlimen Rasah YB Anthony Loke untuk mengendalikan logistik. Sehubungan itu, beliau mahu debat itu berteraskan persaingan antara idea, ideal dan dasar-dasar yang memanfaatkan demokrasi dan semua rakyat Malaysia, dan bukan hanya kaum Cina. "DAP menawarkan idea, ideal dan dasar-dasar yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebagai contoh yang boleh diteladani untuk memupuk rasa kekitaan, kesetiakawanan dan rasa pemilikan di kalangan rakyat Malaysia. "Hanya dengan menghormati hak politik, keadilan sosio-ekonomi dan martabat insan boleh kita benar-benar menjadi rakyat Malaysia yang tulen tanpa mengira latar belakang sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban atau Kadazan," tegasnya.

Read more ...

HASAN ALI GLAMOUR!!! 15o OO hadiri Ceramah Bersatu Selamatkan Akidah Najib di Perak

HASAN ALI TERUS GLAMOUR DENGAN HADIRIN MENCECAH 15o OO ORANG

inilah tajuk di Blog UMNO Sungai Rapat Online yang amat rapat sekali kelentongnya mengenai ceramah Dr Hasan Ali yang berlangsung di Pengkalan Pegoh semalam.

Admin blogger UMNO ini telah upload beberapa gambar sesama ceramah ini berlangsung yang konon-nya ingin memberi gambaran Hasan Ali terus glamour di sanjung oleh penyokong UMNO sekarang ini...

namun gambar-gambar tersebut telah menyerlahkan bertapa rapatnya kelentong blogger UMNO dalam misi mengangkat pejuang idola dan bakal pemimpin tertinggi UMNO Dr Hasan Ali.


Gambar Glamour: Dr Hasan sedang glamour beri ceramah kepada UMNO
Gambar Glamour:15 ribu datang...tapi kerusi ada kosong tu...
Gambar Glamour: 15o OO hadiri turut glamour...
tapi ada beberapa kerusi kosong...

Orang ni- Awal bulan Febuari yang lalu Orang ni ada berpendapat bahawa Dr Hasan Ali sekarang sebagai pejuang harapan bagi orang UMNO [Klik Sini] diseluruh negara dalam mengembalikan sokongan rakyat yang merudum terhadap UMNO.

Maka tidak hairanlah blogger dan facebooker UMNO sanggup mengkelentong sampai rapat dalam memberi maklumat,seperti mana Sungai Rapat Online yang sanggup kehulu-kehilir mengejar roadshow Dr Hasan Ali demi pejuangan glamour berputar belit rapat menipu rakyat.

Orang ni- Cari juga muka YB Hamidah dalam ceramah Dr. Hasan Ali di Pengkalan Pegoh ni tapi tiada....YB Hamidah tidak datang mungkin sebab takut nasibnya seperti YB Rosli Terong yang dikutuk rapat oleh ahli UMNO Terong yang tidak suka ceramah Dr Hasan Ali di Bukit Gantang dianjurkan UMNO Bukit Gantang [klik sini] ....YB Hamidah hantar ahli-ahlinya saja ...hehehe...

Orang ni

Read more ...

NAJIB 'GADAI AKIDAH'!!! Siasat akuan bersumpah Mr. Thagarajoo

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhB4LJY8pr6VcTqj79wF-1X6tPsZ6d59S5mPMBBLFihyqP-p9ifBdIuMF-TzBFTvUARSzVLE6Qh99oQC9Aman8cEEBLk-vIns3LtotdQ_OKh21BNkzWjdWZVHnOMR5XJP_ArM-CcU7IhTc/s1600/najib+batu+caves.jpg
Dakwaan 'gadai akidah' yang di buat oleh Harussani adalah terlalu berat buat Najib. Di mana penasihat agama ketika Najib menghadiri upacara seperti itu? Di mana Jamil Khir? Di mana Mashitah? Kenapa tidak hantar wakil Najib yang beragama Hindu sahaja ke upacara tersebut? Hanya untuk meraih undi Najib sanggup lakukan apa sahaja.

Harus di ingat dakwaan ini datangnya dari Mufti 'Umno' bukannya dari Pakatan Rakyat. Sekiranya dakwaan ini datangnya dari Pakatan Rakyat, pasti akan dipolemik. Berapa banyak media Umno yang keluarkan dakwaan Harussani ini?

Hanya kerana untuk menjaga 'boss' apa pun sanggup disembunyikan. Berapa ramai lagi mufti dan ulama Umno yang tidak berani menegur perbuatan Najib ini.


Dakwaan Harussani yang mengatakan sudah menegur
Najib dan pimpinan Umno tentang perkara ini berulang kali amat-amat menyedihkan.

Memandangkan negara kita yang dimomokkan sebagai negara Islam sedangkan pemimpinnya tidak hiraukan perkara berkaitan akidah. Jauh sekali untuk menegakkan hukum Allah. Jikalau beginilah cara seorang pemimpin, patutkah rakyat perlu patuh kepada pemimpin seperti ini?
addin


Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani


KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.


“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.


“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.


Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.


“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.


“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.


Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.


Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.


“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.


“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.
~tmi


Akuan Bersumpah Mr. Thagarajoo berkerja sebagai pemandu kepada Datuk Kenneth Eswaran iaitu kawan karib Dato' Seri Najib

Ini adalah akuan bersumpah yang tidak disiasat oleh PDRM kerana ianya melibatkan Datuk Seri Najib dan Rosmah Mansor. Mr. Thagarajoo dari Bandar Kinrara Puchong, Selangor yang pernah berkhidmat dengan Datuk KS Nallakaruppan dan kemudiannya berkerja sebagai pemandu kepada Datuk Kenneth Eswaran telah mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor telah menggunakan bomoh Hindu.

Datuk Kenneth Eswaran adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib Razak. Antara apa yang dinyatakan oleh Thagarajoo dalam ‘akuan bersumpah’nya ialah :-

Beliau sendiri (atas arahan Datuk Kenneth) yang membawa bomoh bernama Mr. Ji berbangsa India dan beragama Hindu ke rumah Datuk Seri Najib untuk upacara berbomoh mengikut amalan Hindu. Bomoh tersebut didatangkan khas dari Kerala, India.
Bomoh tersebut bukan sekali ke rumah Najib tetapi banyak kali.
Antara kaedah berbomoh yang dilakukan di dalam rumah Najib termasuklah yang memerlukan Najib dan Rosmah duduk di tengah-tengah sementara Mr. Ji menjalankan upacara menteranya (mungkin dengan berjampi mengelilingi Najib dan Rosmah) yang menggunakan segala peralatan berunsur kepercayaan agama Hindu.
Kemudiannya Najib dan Rosmah akan dimandikan dengan susu lembu oleh bomoh tersebut.
Menurut Thagarajoo, setiap kali amalan Hindu ini dilakukan ke atas Najib dan Rosmah, beliau hadir sama.
Semasa pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Thagarajoo telah memandu Mr. Ji ke Pusat Pembuangan undi untuk menjalankan aktiviti menteranya bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional dari MIC, K. Partiban.
Thagarajoo penuh yakin amalan berbomoh Hindu ini masih diteruskan oleh Najib dan Rosmah. Malahan beliau yakin Mr. Ji turut dibawa ke Permatang Pauh.
Datin Seri Rosmah pernah meluahkan rasa bimbangnya kepada Datuk Kenneth sekiranya Datuk Seri Abdullah Badawi berkahwin dengan Jeanne. Datuk Kenneth kemudiannya memberi jaminan dia akan meminta bantuan bomoh Hindu itu untuk menghalang perkahwinan Abdullah dengan Jeanne.
Di bawah ini disertakan salinan asal akuan bersumpah Mr. Thagarajoo.

Read more ...

BUSUK BRO!!! Formula UMNO sejak dari zaman Mahathir, Pak Lah dan Najib

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/211084_192437844147131_2706301_n.jpg
Dahulu masa zaman Mahathir, orang ramai sakit hati dengan pemikiran moden yang membawa kepada kebencian pada puak agamawan. Masa zaman Mahathir, Kelantan dikatakan mundur. Janggut Nabi S.A.W menjadi bahan ketawa Mahathir. Sekolah Agama Rakyat ditutup.

Bahasa Jawi dihapuskan. Bahasa Inggeris diangkat dalam pembelajaran Matematik dan Sains. Kesimpulannya, zaman Mahathir puak agamawan digambarkan sebagai puak yang mundur dan miskin.


Akibatnya, keruntuhan moral berlaku dengan dahsyat ketika zaman Mahathir. Sungguhpun pembangunan teknologi di Malaysia bertambah pesat, akan tetapi pembangunan rohani terbukti gagal.

Perkataan bohsia dan bohjan lahir pada era pemerintahan Mahathir. Gejala Mat Rempit semakin menjadi-jadi di zaman Mahathir sehingga tertubuhnya geng kongsi gelap lumba motor yang lengkap dengan logo sekali.


Masalah pembuangan bayi berlaku pada zaman Mahathir. Kejadian sumbang mahram atau dalam bahasa Inggeris disebut incest, seperti seorang wanita berzina dengan menantunya atau bapa berzina dengan anak perempuannya juga heboh di zaman Mahathir.

Kes rogol juga berleluasa ketika zaman Mahathir, di mana ada kes datuk rogol cucu, budak sekolah menengah rogol budak sekolah rendah, menteri rogol remaja sekolah, termasuk kes Canny Ong yang diculik, dirogol dan dibakar oleh orang Islam bernama Ahmad Najib.


Ramai orang bukan Islam bertanya pada saya mengapa orang Islam sanggup bersikap seperti binatang begitu? Sedangkan orang Cina di Singapura tak ada pun berbuat begitu.


Jawapannya mudah, ini semua sebab kemiskinan dan pantang larang agama Islam. Orang Melayu tidak mempunyai wang yang cukup untuk melanggan pelacur apatah lagi nak bayar duit hantaran kahwin.

Tambahan lagi mereka malu jika ditangkap oleh pihak berkuasa seperti JAWI di rumah-rumah pelacur. Sebab itu mereka lakukan seks di dalam rumah. Tapi mengapa tak langgan pelacur bawa masuk dalam rumah? Kerana itu pun boleh jadi kes pihak berkuasa JAWI.

Jiran-jiran tentu nampak kelibat wanita seksi masuk dalam rumah dan jiran-jiran tentu mendengar pelacur itu mengerang kesedapan. Sebab itu jadinya kes hubungan seks dengan ahli keluarga sendiri atau disebut sumbang mahram. Modus operandinya agak tersembunyi, kerana tak ada satu pun kelibat pelacur keluar masuk rumah.


Ini berlainan dengan Singapura, mereka ada Geylang. Di sana ada kawasan lampu merah (kawasan pelacuran yang sah). Pelacuran diberikan lesen oleh kerajaan Singapura dan para pelacur semua diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.

Ramai kaki perempuan membanjiri Geylang di waktu malam bagi memenuhi nafsu seks mereka yang sekali gus mengelakkan kes rogol dan sumbang mahram di Singapura.


Jika di Malaysia, kawasan seperti Geylang ini wujud, contohnya Chow Kit, Brickfields, Bukit Bintang dan Pudu. Walaupun banyak, tetapi pelacuran diharamkan di Malaysia. Bagi orang Islam pula, mereka boleh ditangkap oleh pihak berkuasa seperti JAWI dan lain-lain.


Bayangkan kaki perempuan terpaksa menyorok-nyorok melanggan pelacur. Cuba anda bayangkan mereka sentiasa perlu berwaspada dan berada dalam keadaan yang mencemaskan ketika bersetubuh dengan pelacur. Baru nak bersenggama, JAWI datang ketuk pintu. Terus batang zakar terkulai lembik. Hahaha!


Sebelum penjajah Inggeris bertapak di tanah air ini (zaman kesultanan Melayu), pelacuran juga diharamkan. Bukan setakat itu, undang-undang menetapkan orang yang berzina atau merogol ini dikenakan hukuman hudud. Sebab itulah orang dahulu kala kahwin awal.

Mereka ini apabila mencecah umur 12 tahun atau 14 tahun sudah pun berkahwin. Mereka juga boleh kahwin 4 jika berkemampuan.


Apabila sudah berkahwin, sahsiah atau personality mereka terbentuk dengan tanggungjawab yang dipikul untuk mencari nafkah dan melindungi keluarga. Jadi tak timbul gejala sosial seperti yang ada sekarang ini.


Sejak zaman Mahathir juga, kita dengar banyak dasar penswastaan. Syarikat yang dahulunya milik negara. Kini telah dijual atau orang sebut diswastakan dengan alasan mahu memperbaiki mutu perkhidmatan dan merancakkan persaingan.


Dari situ juga wujud kolej dan universiti swasta. Bila ilmu di tangan kolej dan universiti swasta, maka automatik ia akan menjadi mahal. Kerana kualiti ilmu dan prasarana atau kemudahan perlu dibayar dengan wang yang setimpal.

Namun apakah wang yang setimpal itu, setimpal juga buat masa depan anak-anak muda? Ada yang kita dengar mereka menanggung hutang hingga sama dengan nilai sebuah kereta.

Puluhan ribu ringgit berhutang, sudahlah berhutang, ada yang masih menganggur pula dan ramai yang bekerja dengan gaji yang bertaraf pendatang asing dari negara miskin.


Ini amat berbeda sekali pada zaman kesultanan Melayu. Pada waktu itu ilmu diberikan percuma pada rakyat jelata seperti apa yang berlaku di negara Sosialis dan negara Nordik contohnya Argentina, Brunei, Finland, Cuba, Jerman, Norway, Scotland dan banyak lagi.


Kita di Malaysia ini, rata-rata dibelit hutang pendidikan. Pendidikan yang merupakan hak asasi rakyat, kini telah dicabut hak itu dan didagangkan. Maka umat manusia di Malaysia perlu bekerja keras untuk mendapatkan hak mereka kembali, yang suatu ketika dahulu berada dalam genggaman erat mereka.


Inikah gambaran sebuah negara maju? Makin maju, makin ramai rakyat berhutang dan makin mahal harga barang-barang?


Kita pergi pada zaman Pak Lah. Orang ini boleh dilihat sebagai pembela orang Melayu yang terpijak tahi Mahathir, kemudian tergelincir dan tersungkur. Agenda perubahan Pak Lah umpama telur setengah masak. Ada yang menjadi dan ada yang tidak.


Era pemerintahannya terganggu seperti dengan lalat-lalat yang datang menghurungi bau tahi Mahathir. Pak Lah gagal mencuci tahi Mahathir kerana, Mahathir terlupa tutup paip air yang biasakan ditutupkan oleh Anwar Ibrahim.

Pasir-pasir dan debu-debu untuk bertayammum juga telah dijual oleh geng Mahathir. Akhirnya Pak Lah berbau tahi. Ramai orang makin membenci Pak Lah. Akibat tak tahan dengan bau tahi itu. Pak Lah terpaksa tidur bagi melupakan bau yang dahsyat itu untuk beberapa jam.


Ramai pembaca mungkin bertanya, tidakkah Malaysia punya deraian hujan setiap minggu? Ya ada. Akan tetapi sewatu Pak Lah memerintah, Malaysia ibarat dilanda fenomena El Nino.

Hanya titisan air embun di daun-daun pokok sahaja yang ada. Ia hanya cukup-cukup untuk minum agar tidak mati kebuluran.


Pak Lah tidak punyai pilihan yang banyak, sehingga terpaksa meneruskan aktiviti penswastaan dan beberapa tahi Mahathir yang lain. Inilah yang orang ramai masih tak nampak.


Dari segi meraih sokongan, Pak Lah sudah dibenci berikutan kegagalan mengurus ekonomi akibat bau tahi Mahathir yang kuat mengganggu pemikirannya. Sokongan terhadap Pak Lah makin berkurangan.

Pak Lah hanya nampak satu jalan keluar. Iaitulah Islam Hadhari. Namun strategi itu juga gagal akibat bau tahi Mahathir yang masih kuat melekat di badannya akibat tersungkur pada perangkap tahi di hari pertama.


Pak Lah tidak berhenti di situ. Pak Lah mencari Michelle Yeoh si penjual minyak wangi. Hasilnya bau tahi Mahathir menjadi lebih mengelirukan. Sekejap wangi dan sekejap busuk.

Bau wangi telah bercampur dengan bau busuk. Ini lebih memalukan Pak Lah di mata rakyat kerana teknik ini hanya digunakan oleh warga pendatang Tamil di Singapura dan warga pendatang Bangladesh di Malaysia. Mereka busuk tak mandi dan hanya pakai minyak wangi.


Akhirnya Pak Lah mencari seorang orang gaji untuk dikahwini bagi menyelesaikan masalahnya. Hasilnya bau tahi Mahathir itu berjaya dihilangkan separuh. Walaubagaimanapun orang ramai sudah marah. Negara sudah kucar-kacir. Pak Lah pun berundur.


Kemudian naiklah Najib yang pernah menjadi Menteri Pendidikan yang merompak tabung pendidikan anak-anak muda. Najib merupakan orang suruhan Mahathir semasa sesi penswastaan berjalan.


Mahathir yang masih hidup lagi ketika ini telah menyuruh Najib menukar formula bagi menjamin masa depan UMNO. Sekian lama orang ramai marah dengan tindakan Mahathir mempermainkan puak agamawan ini mereka kembali didekati UMNO dengan ulama cari makan.


Ulama ini akan hadir dengan seribu satu alasan, iaitulah alasan mengapa UMNO tidak boleh ditentang atau dihina. Dari isu protes hinggalah ke isu pemakaian baju kuning.

Maka keluarlah seribu satu ayat dan seribu satu hadis merekrut Tuhan demi masa depan orang Islamlah kononnya. Orang ramai kembali percaya dengan UMNO. Kerana UMNO tidak lagi mencaci atau mempermainkan agama Islam seperti zaman pemerintahan Mahathir.


Ulama muda cari makan UMNO ini cuba memperlihatkan mengenai kelebihan bersatu dengan UMNO daripada menentang UMNO. PAS diajak meninggalkan DAP dalam Pakatan Rakyat demi hayat perjuangan umat Islam di Malaysia.


Ulama muda cari makan UMNO ini dikatakan sedang berjuang dari dalam. Ramai yang mempercayai akan perkara ini. Akan tetapi lupakah kita bila mana Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu berjuang dari dalam UMNO? Sehingga menduduki kerusi nombor dua negara? Apa jadi pada beliau hari ini?


Andai kata PAS termakan ajakan UMNO untuk bergabung. Maka jelaslah bahawa formula UMNO di zaman Najib ini seperti berikut:-


UMNO + PAS + MIC + MCA = BN

Rakyat Marhaen

Read more ...

UMNO SAYANG ISRAEL!!! Bekalan minyak sawit tempatan kurang, bekalan untuk Israel lebih dari cukup

“Rakyat sering didera dengan putus bekalan minyak sawit di pasaran tempatan tetapi dalam masa sama negara terus membekalkan minyak sawit lebih dari cukup untuk Israel”.

Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan bahawa salah satu syarikat yang menghantar minyak kelapa sawit ke Israel, ada kaitan dengan Felda.

Semalam, Badrul mengadakan sidang media di Komtar Pulau Pinang, menunjukkan 2 dokumen yang melibatkan 2 syarikat berpengkalan di Johor yang menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas terus ke Ashdod, iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40 kilometer dari Tel Aviv.
Melalui carian di laman rasmi salah satu syarikat tersebut ada kaitan dengan Felda.

Menurut Chegu Bard, hasil dokumen yang berjaya diakses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan minyak sawit yang dibekalkan ke Israel.

Semoga Rakyat Membuka Mata

Ya Allah!!! Sebelum ini gegak gempita UmnoBn memfitnah Anwar yang KONON nya menyokong Israel…. rupa-rupanya Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan telah menjalin hubungan HARAM dengan Israel.

Dan yang paling mengejutkan hasil sawit Peneroka FELDA yang membanting tulang berhempas pulas menyara hidup mengusahakan ladang sawit telah dipergunakan oleh kerajaan UmnoBn demi keperluan Israel ?!!!

Ya Allah… inilah sikap lidah bercabang UmnoBn yang memanupulasi dan Fitnah kenyataan Anwar Ibrahim, tetapi rupa-rupanya dalam masa yang sama UmnoBn BERSEKONGKOL dengan ISRAEL !!!


Malaysia Rakan Dagang Ke-15 Dengan Israel


Surat Kerajaan Israel

Read more ...

BR1M SETIAP TAHUN!!! BN menang jangan harap, PR menang ada harapan


KUALA LUMPUR, 10 Feb: Perdana Menteri disaran supaya memberikan bantuan RM500 kepada keluarga miskin dan RM100 kepada pelajar setiap tahun untuk membuktikan bantuan itu bukan senjata politik.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, bayaran-bayaran sekali sahaja ini akan menelan belanja Kerajaan sebanyak RM1.8 bilion untuk 3.4 juta isi rumah dan RM550 juta untuk 5.5 juta pelajar.


"Ini bukanlah satu jumlah yang terlalu banyak memandangkan negara kita kerugian berbilion ringgit setiap tahun," katanya.



Sebagai contoh, katanya, badan pemerhati kewangan yang berpangkalan di Washington iaitu Global Financial Integrity (GFI) telah melaporkan bahawa negara kita telah kehilangan RM1,077 bilion (termasuk wang rasuah) akibat dialirkan secara haram ke luar negara dari tahun 2000 hingga 2009.


Ini adalah tambahan kepada skandal RM12 bilion dalam kes Port Klang Free Trade Zone, skandal RM52 bilion saham bumi dan yang terbaru RM250 juta dalam skandal “lembu dan kondo” NFC, tambah beliau.


"Daripada membazirkan wang rakyat dengan projek-projek yang melampau ini, kerajaan patut memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukannya dalam keadaan semasa yang dilanda inflasi tinggi dan hutang isi rumah yang melambung," cadang beliau.


Menurut beliau, berjuta-juta rakyat Malaysia menghadapi kesusahan terutama sekali dengan kos barangan harian yang sedang meningkat seperti:

1. Gula: RM1.45/kg (Jan 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) – 58% dalam 18 bulan.


2. Telur: Greg B RM9/30biji (Sep 2010) kepada RM10/30biji (sekarang).


3. Tarif Elektrik: kenaikan purata 7.12% pada bulan Jun 2011.


4. Teh Tarik dan Kopi Susu: Kenaikan RM0.10 hingga RM0.20 (9.1% hingga 18.2%).


5. Roti Gardenia: Kenaikan 5-14% (2011.


6. Cukai Perkhidmatan: Kenaikan 1% (cukai tambahan RM720 juta untuk Kerajaan Persekutuan).


7. Bawang: Kenaikan 17% (Dis 2010).


8. Milo: Kenaikan 5% pada suku pertama 2011, 4% pada setengah tahun kedua 2011.


9. Nescafe: Kenaikan 6% pada setengah tahun kedua 2011, di mana harga sudah >RM20/300gm


10. Semua makanan kegemaran ramai seperti roti canai, char koay teow dan nasi kandar makin kecil bahagiannya walaupun harga tetap sama.


Inflasi yang kian meningkat merupakan masalah serius kerana tahap hutang isi rumah yang tinggi, tambah beliau.


Laporan Tahunan Bank Negara 2010 telah mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion ataupun 76 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lantas “menobatkan” Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas Korea Selatan.


Tambahan pula, katanya, nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010, atau dalam erti kata lain, setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang.


Biasanya, institusi kewangan tidak akan memberi pinjaman jika jumlah bayaran hutang melebihi satu pertiga pendapatan. Dengan kata lain, Malaysia kian menjadi negara penghutang, katanya.


Menurut Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, selain bantuan kewangan kepada rakyat, Kerajaan Persekutuan juga harus melaksanakan gaji minima.


"Pun begitu, gaji minima ini tidak bermakna jika ia tidak dihubungkan secara terus kepada kadar inflasi, seperti yang telah saya cadangkan dalam Persidangan Kebangsaan DAP awal tahun ini.


"Barulah kita boleh memartabatkan rakyat dan meningkatkan kualiti kehidupan," katanya.


Oleh itu, tambah beliau, DAP menyeru agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan keikhlasan dan komitmennya untuk membantu rakyat dengan menjadikan bantuan RM500 dan RM100 sebagai program tahunan, lantas membuktikan bahawa beliau bukan sekadar ingin “membeli” kemenangan dalam pilihan raya.

Read more ...

NAJIB GADAI AQIDAH!!! Hasan Ali tak mahu ka anjur Bicara Permurnian Aqidah Najib


Di-mana Jamil Khir..??
Di-mana 40 Ulamak Muda UMNO..??
Di-mana pertubuhan NGO Himpun Sejuta Umat...??
Di-mana Dato' Dr Hasan Ali yang perjuangkan Akidah...??
Di mana ISMA DAN PERKASA,,,?
Di-mana Media Massa Arus Perdana..????
Kenapa senyap saja..???

Bila Hasan Ali keluar PAS, ahli UMNO sibuk dengan aqidah. Konon PAS tak jaga aqidah. Sekarang orang No.1 UMNO dah gadai aqidah, pi la selamatkan aqidah Najib

Wahai ahli-ahli Umno dengar sini, Mufti Perak Datuk Harussani kata bukan aku kata, Presiden Umno kamu Najib Razak seorang Melayu menggadai aqidah buat perkara syirik di perayaan Thaipusam penganut Hindu!

Wahai ahli-ahli Umno dengar sini, dalam pilihanraya ke 13 nanti engkau orang undi lagi orang yang Datuk Harussani kata menggadai aqidah buat perkara syirik untuk terus memimpin negara dan Umno. Najib seorang Melayu, engkau orang pangkah lagi dia!

Wahai ahli-ahli Umno, kalaulah katakan Najib Razak itu asal-asal hindu tak kisahlah tapi Najib Razak tu Islam, Datuk Harussani kata, bukan aku kata, dia menggadai aqidah dan buat perkara syirik di perayaan Thaipusam penganut Hindu.

Wahai ahli-ahli Umno, engkau faham tak aqidah tu apa kebenda? Najib tuu...Presiden parti engkau orang! Datuk Harussani tegur, bukan orang lain! Alahai susahlah engkau ni, tukarlah Umno tu, macam itu nak jaga Melayu dan Islam?

Mana Hassan Jati? Mana??? Hassan Jati, parasit sudah nampak sekarang, komen sikit!Garamlada

Read more ...

ALIH ISU LEMBU!!! SPRM dah kata bersih, Raja Petra laksana agenda UMNO

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/suhaimi-mahkamah-shah-alam-21-404x270.jpg

Isu pasir: SPRM 'bersihkan' saya kata Shuhaimi
ADUN Seri Muda Shuhami Shafie hari ini mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membersihkannya daripada dakwaan rasuah pada 2010 tetapi tuduhan yang sama diulangi oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin.

NONE"Saya beritahu SPRM segalanya apabila mereka siasat perkara itu pada Julai 2010. Pegawai penyiasat sendiri maklumkan kepada saya bahawa dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan tidak membabitkan salah guna kuasa," katanya pada sidang media hari ini.

Bercakap di ibu pejabat PKR di Tropicana, Selangor, Suhaimi berkata transkrip perbualan telefon yang didakwa antara beliau dan pemilik syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd juga dibentangkan kepadanya semasa siasatan.

"Saya ditunjukkan ini apabila disoal-siasat oleh SPRM. (Saya) tidak nafikan ada berbual di telefon dengan rakan kongsi perniagaan saya, tetapi saya percaya ia (transkrip) dipinda untuk menjadikan plot lebih menarik," katanya.

Dalam transkrip yang disiarkan melalui blog Malaysia Today semalam, Shuhaimi didakwa menuntut RM50,000 daripada pemilik Double Dignity (M) Sdn Bhd kononnya untuk perbelanjaan pilihan raya.

NONERaja Petra mendakwa Shuhaimi menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi keputusan mendapatkan kontrak perlombongan pasir yang cuba dibida oleh Double Dignity. Shuhaimi menduduki lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Kumpulan Semesta Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang mengendalikan semua kontrak perlombongan pasir, semalam mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa Double Dignity tidak pernah memohon untuk mendapatkan kontrak daripada mereka.

Menurut Shuhaimi, SPRM tidak pernah memanggilnya semula selepas Julai 2010 dan bahawa perkara itu telah "diputar-belit" bagi mengelirukan orang ramai.


sumber : Malaysiakini

Read more ...

CAKAP IKUT SEDAP MULUT!!! Kongres Melayu Pulau Pinang kutuk Hasan Ali


Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) hari ini mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan oleh Dato Dr. Hasan Ali yang dibuatnya di Bandar Baru Bangi bahawa terdapat usaha oleh pihak-pihak tertentu terutamanya Pakatan Rakyat yang kononnya berhasrat untuk mewujudkan negara Malaysia sebagai sebuah negara republik serta menggugurkan Perkara 153
Perlembagaan Malaysia.

Lanjutan dari kenyataan beliau yang tidak mengambilkira soal integritikaum telah mendatangkan situasi panik dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk ini.


Apakah kenyataan tersebut dibuat bagi kepentingan politik murahan demi bagi tujuan meneruskan survival politik beliau? Ianya sangat memalukan orang-orang melayu.


KMPP menilai situasi Dato Dr. Hasan Ali sekarang lebih menonjol dan bebas mengeluarkan kenyataan yang melampaui keraguan munasabah kerana terdapat immuniti yang diberikan disamping mendapat liputan daripada pihak media tempatan.


Gara-gara dipecat dari Parti PAS maka kesempatan tersebut digunakan sebaik mungkin menerusi anjakan motivasi untuk mencari publisiti.


Kenapa sewaktu beliau masih bersama PAS dahulu perkataan “PARASIT” tidak digunakannya dan hanya setelah dipecat barulah pemimpin professional Islam ini melabelkan perkataan tersebut secara drastik?


Kenapa perlu tunggu hingga dipecat baru bertindak dan tidakkah situasi tersebut dilihat sebagai membalas dendam? Bekas exco ini sepatutnya melepaskan jawatannya terlebih dahulu dalam Kerajaan Negeri Selangor jika sudah tahu bahawa ada seteru dari Parti PAS yang menghalangnya dari melaksanakan hukum Islam.


Cerminlah diri sendiri sebelum menagih simpati dari rakyat atau alasan dianiayai.


Jika beliau berpendapat dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berasaskan kepada khabar angin dengan hasrat untuk menakutkan rakyat di negara ini maka ini bermakna beliau menggali lubang sendiri.


Jangan menjadikan agenda Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu sebagai perisai bagi tujuan menyatupadukan melayu dinegara ini, tetapi pada masa yang sama meraih sokongan bukan melayu diatas tiket JATI yang kononnya akan menjadi bentang ketiga dalam arena

politik negara.

Situasi sebegini hanya akan ditolak oleh rakyat berfikiran waras.


Walaubagaimanapun pihak KMPP menyanjung tinggi hasrat beliau untuk mewujudkan satu NGO berbilang kaum yang dikenali sebagai JATI.


Namun kepada rakyat Malaysia soal tersebut tidak relevan serta sama sekali tidak penting. Yang lebih penting adalah harus ada sebuah Kerajaan yang dapat memberikan keutamaan kepada soal kebajikan serta ekonomi yang manpan kepada rakyat.


Rakyat lebih bijak menggunakan minda sebagai pengundi demi bagi memastikan hak mereka terpelihara daripada membuang masa mendengar motivasi yang akhirnya mendatangkan defisit kepada mereka.


Oleh yang demikian tanpa prasangka pihak KMPP mencabar Dato Dr. Hasan Ali menunjuk bukti bahawa negara Malaysia akan menjadi sebuah negara Republik dan Perkara 153 dalam Perlembagaan Negara akan digugurkan.


Sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa, kenyataan yang berteraskan khabar angin daripada seorang pemimpin professional seperti beliau adalah tidak boleh diterima sama sekali.


Ianya hanya menyerlahkan sikap serta peribadi beliau yang sebenarnya. Maka rakyat boleh menilai siapakah sebenarnya Dato Dr. Hasan Ali.


Dalam masa yang sama pihak KMPP atas nama rakyat Malaysia turut mendesak agar pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat khususnya Parti DAP dapat memberikan penjelasan serta jawapan yang terang apakah benar seperti mana didakwa oleh Dato Dr. Hasan Ali tersebut?


Apa jua penjelasan nanti akan dianggap sebagai janji oleh pihak Pakatan Rakyat yang bakal disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.


KMPP melihat kenyataan Dato Dr. Hasan Ali tersebut sebagai amat serius dan tidak boleh berkompromi kerana ianya melibatkan kesejahteraan kaum dinegara ini. Sesungguhnya inilah satu kenyataan berbentuk “PARASIT” daripada seorang pemimpin atau wira yang tidak didendang.


Sekian, terima kasih.


KONGRES MELAYU PULAU PINANG


.................

RAHMAD BIN ISAHAK
PRESIDEN (KMPP), (019-472 8509)

Read more ...

TUDUH PAS SESAT ?!!! Dah jika PAS sesat , kenapa tak 'haramkan macam Al-Arqam'?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivwMElELZqwFNy40Lpq7i30uy68xc_6y_BuMNqX103XrCs9wE2VGVR9RExsVkcJUYwMVMdoobeN52rIpBzlGUyaoh-x7RS5hLqElhsWwsNV1qSEfy0XVQLUQIlgki3JmjdC5lYZFlJmAnP/s1600/pemuda+pass.jpgHish hish hish.

Mulut kemain cabul. Baik ko berambos dan jangan jadi MB lagi. Kalau selama neh geng2 umno selalu cakap pas kafir mereka [walhal mana ada] yang neh depa tak sedar diri pula? Hakikatnya pas tak pernah kafirkan umno. Dorang yang makan cili beb. Contoh ;

A tidak bersolat. B pergi dekat c dan berbual2, ko tahu orang yang tak bersolat tue berdosa besar. Beza antara orang islam dengan orang kafir ialah solat lima waktu. Lepas tue A terdengar dan terasa. Dia jadi marah. Fack U punya B. Ada ka dia cakap aku kafir kat C. G matilah B. <-- Nampak?

Ada sapa2 cakap A kafir? Takdak.

Ada sapa2 [pemimpin pas] cakap umno kafir selama neh? Takdak.

Dah tue apasal umno terasa? Why why why? Owhh makan cili. Makan cili pun beb.. salah sendiri. Aku tak pernah soh hangpa makan cili. Apa yang B cakap termaktub dalam hukum islam. Dia menyampaikan apa yang benar. Dia tak boleh sampaikan sesuatu untuk menyenangkan diri ko.

Alquran bukan begitu. Islam bukan begitu. Kita tak boleh mengubah hukum Allah swt ikut suka kita. Tapi kita boleh ubah diri kita agar selaras dengan hukum Allah swt. Tue jek. Kaedah simple macam neh pun tak reti nak faham. Macam mana nak masuk kaedah yang lebih sukar dan islamik lagi?

Peh.

Sesi dakwah nak habis. Mode marah plak neh. Lihat bawah neh ;


Otak senget. Ehh MB isu stadium apa kes? Isu apanama.. yang tabung anak2 terengganu tue apa kes? Isu roboh sekolah islam apa kes? Wehh MB, ko pergi buat kerja ko dengan selesaikan isu2 yang melingkari kehidupan orang2 terengganu. Janganlah sibuk nak sesatkan orang bagai.

Dok pongpang cakap perjuangan pas tersasar walhal dengki sebab pas keterdepan dalam memodeninasikan islam di kaca mata ahli2 akedemik. Ramai orang2 islam profesional dah mula menerima pas. Dulu mereka sangka buruk. Mereka ingat pas neh kolot. Tapi sebenarnya mereka tersilap.

Pas bukan kolot. Mungkin kaedah masa tue tak berapa sesuai. Kini pas gunakan pendekatan yang lebih softifikated. Konsep menerima dan memberi. Ini betul. So MB terengganu dengki. Dia lihat ramai anak2 muda mula sokong pas. Anak2 muda dalam pas ditarbiah. Dia dah marah le tew.

MB, ko kalau nak macam tue pun boleh. Ko masuklah pas. Ko mesti rasa happening. Jangan nak dengki je. Masuk pas. Ko tarikbalik ayat dalam tue. Nanti penyokong pas marah ko jangan melenting pula. Ko sendiri yang cari suwey. Bukan orang lain pun. Bai

Ameno : Suka2 nak sesatkan orang..

Read more ...

CERAMAH HASAN ALI!!! Kalau nak berdakwah biar tanpa bayaran tapi kalau nak hentam PAS, mai baca ni

Hasan Ali disaran berdakwah tanpa bayaran

Dr Maszlee Malik

YB Datuk Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Datuk merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Datuk juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Datuk sekeluarga.

NONESecara ikhlas, saya mula mengkagumi Datuk sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Datuk menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Datuk mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan.

Kesedaran bahawa apa yang telah Datuk lemparkan kepada mantan parti Datuk sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Datuk di media dan juga lewat ceramah-ceramah Datuk yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Datuk untuk menilai beberapa kenyataan Datuk dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya.

Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik.

Islam moderat

Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Datuk. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Datuk mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Datuk.

NONESaya kira Datuk mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring).

Kemenangan semua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka.

egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya.

Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka.

Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator.

Proses kematangan

Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip.

Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut.

pas middle east conflict protest demo 290607 womenWacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu.

Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).

Bapa parasit

Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan.

NONEMenurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Datuk merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Datuk tersilap.

Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Datuk dakwa, tetapi ia merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit.

Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Datuk ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?

Ditakuti Umno

Yakinlah Datuk, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut.

NONEInilah yang ditakuti oleh Umno dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji.

Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang.

Malang sekali apabila Datuk pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Datuk menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak Umno dan BN.

NONESaya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Datuk lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja.

Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka.

Gelombang perubahaan

Seperkara yang perlu Datuk ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah berjaya di negara masing-masing.

NONESaya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS.

Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Datuk, malah dipandang sinis.

Melihat kepada isu hudud yang Datuk anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud.

Memaksakan hudud

Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai.

NONEApa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu.

Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.

Akhirkata, jika Datuk benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Datuk lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Datuk.

Turun padang tanpa bayaran

Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Datuk untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Datuk miliki.

Mungkin juga Datuk boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran.

himpun rally hasan ali speaking 2Jika dulu mungkin Datuk sibuk dengan tugas exco, kini Datuk lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Datuk yang ingin menjaga aqidah itu.

Saya kira Datuk juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Datuk itu.

Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Datuk untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Datuk kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal.

Saya amat meyakini, jika Datuk berdakwah seperti itu, Datuk akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.


Penulis adalah ahli akademik politik warga UIAM.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Read more ...