Ketua Wanita Umno Melaka , Rabiyah Ali yang seolah-olah mengakui
dirinya itu matang berkata, kenyataan Nurul Izzah mengenai ayat 256
al-Baqarah , boleh mengelirukan umat Islam.
Dengan bangganya pula, dia menyatakan : “Perlembagaan Persekutuan
juga telah menetapkan bahawa seorang Melayu merupakan seorang Islam.” di sini
Siapa sebenarnya yang mengelirukan umat Islam dan bangsa lain di Malaysia kalau bukan Umno?
Umno bersungguh-sungguh cuba mengexploitasikan kenyataan Nurul
Izzah itu sambil mendabik dada bahawa hanyalah mereka pencinta dan
penegak agama Islam dan beraqidah betul.
Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu
Yang menjadi penyebab utama kenapa bangsa lain seperti Cina atau
India enggan masuk Islam adalah kerana mereka sayang dan bangga dengan
keturunan bangsa mereka dan tidak mahu jadi ‘Melayu’.
Umno menjadikan masyarakat keliru bila mengatakan bahawa seorang
Melayu merupakan seorang Islam. Kekeliruan yang Umno semaikan selama ini
menjadi lebih haprak lagi bila Umno merasakan bahawa hanya Umno sahaja
yang Melayu.
Apakah seseorang itu terlucut keturunan bangsa Melayunya hanya
kerana dia bukan beragama Islam? Keluar agama Islam dianggap telah
keluar dari bangsa Melayu.Begitulah pentafsiran perundangan dan
perlembagaan negara Malaysia. Mengapa tidak ada hukum Murtad?
‘Melayu Islam, Islam Melayu’ ini juga menyebabkan orang Melayu
merasakan diri mereka lebih ‘superior’ daripada bangsa lain yang baru
memeluk Islam. Orang Melayu menganggap seolah-olah Islam ini adalah hak
exclusive bangsa Melayu sahaja.
Maka sebab itu, tidak hairanlah kenapa bangsa lain yang baru
memeluk Islam akan dicop sebagai ‘Muallaf’ selama hayatnya walaupun
muallaf ini sudah menjadi lebih celik agama daripada Islam baka tadi.
Ada juga yang kononnya untuk lebih menghormati kalangan ‘Muallaf’
ini lalu golongan ini dipanggil sebagai ‘Saudara Baru’. Ini hanya
berlaku di Malaysia.
Pernahkah Rasulullah layan sahabat-sahabat yang
baru masuk Islam macam itu? Tetapi inilah budaya yang Umno serapkan
kepada orang Melayu!
Adakah Melayu dilahirkan semuanya Islam?
Sebagaimana yang kita sedia maklum, pengertian Melayu adalah meluas
kerana ia merupakan penduduk pribumi Nusantara yang meliputi seluruh
kepulauan Melayu – Indonesia , Filipina, Tanah Besar (Thailand, Burma,
Indocina termasuk Kamboja) dan Semenanjung Tanah Melayu.
Apakah semua Melayu ini dilahirkan ke dunia ini beragama Islam?
Bangsa Melayu telah melalui beberapa peringkat perkembangan mengikut
zaman-zaman yang turut mempengaruhi kepercayaan dan budaya mereka.
Pada awal mulanya, mereka dengan amalan animismanya mula di
pengaruh Hindu-Budha dan kemudian diikuti dengan kedatangan Islam dan
seterusnya pengaruh penjajahan Barat yang beragama Nasrani.
Melayu di Bali hingga kini kekal dengan anutan agama Hindu. Ramai
orang Melayu Malaysia yang keliru bila berkunjung ke Indonesia kerana
percaya bahawa ‘Melayu merupakan seorang Islam’.
Saya sendiri pernah mengalaminya bila tersalah masuk ke sebuah
kedai makan.Setelah saya duduk dan meneliti menu untuk buat pesanan,
saya terkedu lalu bertanya : Kenapa ada kodok di sini Pak?
“Itu untuk yang bukan Islam, Pak” jawab tuan kedai itu yang
berkulit matang sawa persis orang Melayu, pakai songkok persis orang
Umno! Ha! ha! ha! aku sudah terkena…bisik saya dalam hati.
Rupa-rupanya saya sudah silap masuk ke kedai makan bukan Islam.
Rasanya ramai orang Melayu Malaysia macam saya yang pernah mengalaminya
kerana percaya Melayu itu Islam, Islam itu Melayu! Bagaimana nanti
dengan khabar mengenai kemasukan Melayu dari sana kemari? Bukan 2 atau 3
orang cuma, tetapi beribu jumlahnya.
Apakah kita mampu membezakan antara orang Madura yang Islam dan
bukan Islam? Antara yang Batak Muslim dan non Muslim? Malah janganlah
lupa bahawa kita juga ada baka yang mengamalkan kepercayaan animisma
iaitu saudara kita,Orang Asal …
Umno bukan parti orang Melayu pun!
Semasa saya menjadi guru sekolah, ramai murid-murid Orang Asal yang menggunakan nama Melayu tetapi bukan Islam.
Tidak dinafikan Umno adalah dalang dalam usaha untuk mengasilimisasikan Orang Asal supara diserap dijadikan Melayu Umno.
Samalah sebagaimana pengasilimisian manusia yang asal berketurunan
Malayalee menjadi Melayu setelah nama asalnya Mahathir s/o Iskandar
Kutty di tukar jadi Mahathir Mohamad. Kalau nama ada s/o mana bisa
diterima untuk jadi ahli Umno kan?
Semasa belajar di university Singapura dulu, Mahathir didaftarkan
sebagai orang India. Bapanya, Iskandar Kutty adalah berasal dari Kerala,
Selatan India. Lihat sumber di sini
Umno tidak perlu bermati-matian mendabik dada bahawa hanyalah
mereka pencinta dan penegak agama Islam.Jangan juga merasakan bahawa
Melayu itu sinonim hanya kepada Umno sahaja.
Umno bukan parti orang Melayu pun! Apakah Melayu Umno tidak sedar
bahawa Perdana Menteri Malaysia yg pertama dulu itu , Tengku Abdul
Rahman adalah keturunan Siam?
Bahawa Perdana Menteri Malaysia ke-4, Mahathir Mohamad pula adalah
keturunan Malayalee. Korang tentu masih ingat lagi Jeane isteri mantan
PM Malaysia, Abdullah tu orang bangsa Serani tetapi boleh diterima
menjadi ahli Umno walaupun bukan keturunan Melayu.
Ramai yang bukan Islam yang menganggotai parti Umno. Sebagai
contohnya, Charern Intachat Ketua Cawangan UMNO Kota Giam Sungai Baru
Bahagian Kubang Pasu, adalah seorang penganut Budha.
Bukan dia sorang…. Charem Intrachat ini adalah Pengerusi Persatuan
Siam Malaysia. Persatuan ini bernaung di bawah UMNO. Cuba bayangkan,
persatuan ini mewakili Masyarakat Siam di Malaysia yang dianggarkan
berjumlah 60,000 dan memberi pengakuan menyokong Umno/BN
Adakah korang ingat hanya Charem Intrachat seorang penganut Budha tu sorang saja yang jadi ahli Umno? Sila baca di sini
Umno pada realitinya bukan sebuah Parti Melayu Dan juga bukan
sebuah Parti Islam. Sepatutnya malu jika mengaku sebagai parti Islam
yang terbesar di dunia.
Tetapi yang paling pelik sekali ialah bila Umno menganggap bahawa
semua Melayu itu adalah Umno? Kalau tidak menganggotai Umno , maka
bukanlah Melayu!
Mereka sanggup menafikan pendokong PAS itu bukan Melayu. Bahawa
orang Kelantan tu bukan Melayu hanya kerana mereka menyokong PAS maka
Umno perlu sisihkan dan tindas mereka? Apakah hanya Umno punya jati diri
Melayu?
Umno beranggapan bahawa orang PAS semuanya adalah kuda tunggangan
orang lain.Malah mereka beranggapan diri mereka lebih mulia dari orang
Arab walaupun tak ngerti baca al-Quran.
P/S: sampai kiamat melayu FELDA dan melayu kampung akan terus tertipu!Al Husseyn