Monday, February 13, 2012

GANGGU CERAMAH ANWAR!!! Tumbuk menumbuk, samseng UMNO kena penumbuk sulong



Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, petang semalam dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan pada kejadian petang semalam itu, kira-kira 50 penyokong BN didakwa sengaja melakukan provokasi kerana membantah kedatangan ketua umum PKR itu.

Mereka mendakwa Anwar cuba menghasut penduduk kampung hingga berlakunya pecah belah di kalangan mereka.

Menurut akhbar itu lagi, akibat tidak puas hati, berlaku pertikaman lidah dan tolak menolak di hadapan balai tempat Anwar berucap. Keadaan dilaporkan menjadi tegang apabila seorang daripada penyokong BN ditumbuk dan berlaku pergelutan.

Seorang penyokong BN yang dikenali sebagai Nizam Baharom dipetikSinar sebagai menyalahkan penyokong PKR yang bertindak agresif dengan menumbuk seorang daripada rakannya.

Kekecohan di Felda Tun Ghaffar di Hutan Pecah, Alor Gajah itu kemudiannya berjaya dileraikan dengan kehadiran pihak polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kekecohan itu akibat rasa tidak puas hati satu pihak berikutan kedatangan Anwar dan bahawa tiada tangkapan dibuat.-sh


MENGIKUT INTIPATI DAN SEMANGAT UNDANG-UNDANG NEGARA YANG DIGUNA PAKAI SEMENJAK MERDEKA SEHINGGA KINI....

SEBARANG KEJADIAN JENAYAH TERMASUK PERGADUHAN JIKA IANNYA BERLAKU DIDEPAN MATA KEPALA ANGGOTA POLIS MAKA WAJIB ANGGOTA BERKENAAN MELAKUKAN TANGKAPAN TANPA WARAN KERANA PELAKU/PESALAH TERSEBUT SUDAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG LAZIM DITANGKAP....

TETAPI MENGAPA PIHAK POLIS TIDAK MELAKUKAN TANGKAPAN DAN PENAHANAN KEATAS PELAKU JENAYAH TERSEBUT SEPERTIMANA YANG DILAPORKAN DIATAS????.....

KALAU DENGAN JUAK-JUAK UMNO BERPANGKAT BALACI DAN PECACAI PUN PIHAK POLIS GENTAR,TAKUT DAN CUAK UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN....

APA JAMINAN JIKA PESALAH ITU SEORANG YANG BERGELAR PEMIMPIN....TAUBAT LAHOM LAGI TAK BERANI NAK SENTUH...

SALAHKAH RAKYAT BILA SATU PERSEPSI TERBINA DALAM MINDA DAN PEMIKIRAN MEREKA YANG PDRM KINI SUDAH SEMACAM MENJADI SALAH SATU KOMPONEN BN?????... SALAHKAH????OMAK KAU

Read more ...

NAJIB PASTI BERPELUH!!! Kisah Altantuya kembali, Azilah dan Sirul Azhar buat rayuan

Kembalinya kisah pembunuhan Altantuya setelah 2 pesalah yang akan jalani hukuman mati buat rayuan

Seorang daripada bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Najib Razak telah lambat mengisi petition rayuan terhadap hukuman matinya yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam di atas pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu.

Menurut peguam kepada ketua inspektor Azilah Hadri, beliau telah menerima hanya 40 buah daripada 57 dokumen mahkamah yang diperlukan untuk petition tersebut.

Ini telah menyebabkan kelambatan pendengaran rayuan, yang akan semestinya mengambil perhatian pihak media dan juga akan memberi publisiti buruk kepada Najib yang didakwa terlibat dalam kes tersebut walaupun telah menyangkalnya.

Pengurusan kes 9 Mac

Pada hari Jumaat, pendaftar Mahkamah Rayuan, Kanageswari Nalliah telah bersetuju untuk menetapkan 9 Mac sebagai tarikh pengurusan kes untuk membenarkan peguan Azilah, J Kuldeep Kumar untuk mendapatkan rekod yang lengkap.

Azilah, 34 dan rakan sekerja beliau, Kopral Sirul Azhar Umar, 39 telah dijatuhkan hukuman mati pada 9 April 2009 setelah hakim menetapkan bahawa mereka bersalah atas pembunuhan Altantuya di sebuah kawasan pembersihan hutan di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober 2006 hingga 9.45 malam hari berikutnya. Perbicaraan mengambil masa 159 hari dan kedua-dua lelaki sedang menunggu hukuman mati.

Walaubagaimanapun, sepanjang perbicaraan yang kontroversi itu, Kedutaan AS mendapati ia tidak dilaksanakan dengan adil menurut pendedahan Wikileaks dan juga terdapat spekulasi bahawa kedua-dua lelaki tersebut hanyalah pembunuh upahan.

Pertamanya, mereka tiada motif tersendiri dan yang kedua, mereka mengaku bahawa mereka telah di minta oleh pembantu Najib, Safri Musa untuk membantu rakan Najib, Razak Baginda keluar daripada masalah yang meruncing.

Dalam kenyataan yang diberi oleh Sirul, ada laporan akhbar yang menyatakan bahawa beliau telah mengaku dibayar RM 100 000 untuk membunuh Altantuya tetapi, hakim telah menolak peguam bela untuk meyelidiki hal ini ataupun mana-mana aspek yang membawa kepada motif pembunuhan.

Pembunuhan berkait dengan pembelian Scorpenes

Kes itu sememangnya telah memberi reputasi buruk kepada sistem kehakiman Malaysia dan juga kepada Najib sendiri. Beliau dikatakan pernah menjadi kekasih Altantuya sebelum memberikan wanita itu kepada Razak Baginda. Ketiga-tiga mereka terlibat dalam perjanjian pembelian 2 kapal selam Scorpenes yang bernilai RM7 billion daripada sebuah syarikat gergasi Perancis, DCN pada 2002.

Najib pada ketika itu adalah Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian manakala Razak Baginda adalah perunding utama beliau manakala Altantuya yang boleh berbahasa Rusia, dikatakan adalah penterjemah. Dalam perjanjian ini, Najib didakwa mendapat RM 570 juta dan Altantuya dikatakan balik ke Malaysia untuk mendapatkan bahagian beliau USD 500 000 sebagai komisyen beliau.

Walaubagaimanapun, menurut surat khabar Perancis La Liberation melaporkan bahawa Rosmah Mansur, isteri Najib enggan membayar satu sen pun kepada Altantuya. Ini telah menyebabkan Altantuya telah terang-terangan menagih Razak Baginda untuk membayarnya di rumah. Razak Baginda pula mengupah seorang penyiasat peribadi, P Balasubramanian untuk membantu beliau menghalang Altantuya sementara beliau menghubungi Azilah untuk meredakan keadaan.

Pada mulanya, Razak Baginda dituduh bersubahat dengan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan tersebut. Kedua-dua polis itu adalah sebahagian daripada skuad elit manakala Razak Baginda adalah bekas pensyarah di Kementerian Pertahanan dan juga penganalisis politik. Razak kemudiannya dibebaskan daripada tuduhan tanpa memanggil pembelaan beliau. Ini juga telah menimbulkan pelbagai kontroversi yang menguatkan persepsi bahawa orang yang berkuasa seperti Najib yang pada masa itu adalah timbalan perdana menteri terlibat dalam konspirasi tersebut.

Melambatkan kes supaya ia tidak menarik perhatian rakyat sebelum PRU 13

Kelambatan untuk memperdengarkan rayuan dilihat sebagai usaha mengelakkan Najib daripada dimalukan sebelum PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Menurut Kuldeep, dokumen mahkamah dihantar kepada beliau mengikut peringkat selaman 6 bulan dan ia menyebabkan kelambatan.

Sementara itu, peguam Sirul, Kitson Foong mengatakan bahawa tarikh kes didengar semula akan ditentukan mahkamah sebaik sahaja semua dokumen sudah lengkap. Kitson juga mengesahkan rayuan untuk Sirul telah difailkan dan beliau memikirkan untuk membuat rayuan untuk banyak sebab.

Dalam menjatuhkan hukuman kepada kedua-dua lelaki terbabit. Hakim Mohd Zaki Md Yasin mendapati pembelaan kedua-dua mereka hanyalah semata ‘menyangkal dan menyalahi antara satu sama lain’.

Malaysia Chronicle

Read more ...

TERDESAK NAK RAMPAS SELANGOR!!! UMNO sanggup lantik orang Cina sebagai MB Selangor ?

Terdapat spekulasi di kedua-dua belah pihak parti politik bahawa Ahli Parlimen Pandan dan bekas presiden MCA Ong Tee Kiat akan menjadi Menteri Besar pertama Selangor yang berbangsa Cina sekiranya pakatan Umno-BN berjaya menawan semula negeri itu pada PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Samada Perdana Menteri Najib Razak serius atau semata mendapatkan respon rakyat masih samar tetapi yang jelas pakatan Umno-BN itu sememangnya terdesak untuk menawan semula Selangor. Negeri itu adalah yang terkaya dan mereka telah kehilangannya kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim pada 2008.

Berita ini sudah tersebar sejak sekian lama tetapi tiada siapa yang begitu mengambil serius kerana terlalu faham pendirian Umno yang meletakkan Melayu dahulu. Tetapi, perlantikan Tee Keat sebagai pengerusi BN di situ yang juga didesak oleh Umno telah mengukuhkan lagi khabar angin tersebut. Sudah tentulah Ketua BN Selangor masih orang Umno tetapi ini adalah berita paling sensasi buat masa sekarang,” beritahu satu sumber politik kepada Malaysia Chronicle.

Cadangan penuh kontroversi

Walaubagaimanapun,

peluang BN menawan semula Selangor sangat tipis. Teapi, berita sebegitu sudah semestinya akan memberi kejutan kepada rakyat Malaysia terutama orang Cina dan Melayu.

Walaupun secara kosmetiknya, kelihatan seperti masyarakat di Malaysia adalah masyarakat harmoni berbilang kaum, hakikatnya mereka masih tidak bersatu walaupun selepas 54 tahun diperintah oleh Umno-BN yang sentiasa menerapkan politik yang berdasarkan persamaan dan dengan terang-terangan bersikap pilih kasih mengikut kaum untuk kekal berkuasa. Masyarakat Melayu membentuk etnik terbesar negara ini iaitu 50% daripada populasi 28 juta. Masyarakat Cina pula pada 28%.

Terdapat pelbagai pro dan kontra untuk cadangan sebegitu sama ada Tee Keat menerimanya atau tidak.

Sekiranya Tee Keat menerima, beliau haruslah melepaskan kerusi parlimen beliau di Pandan yang sangat dikehendaki oleh Umno- beliau harus bertukar kepada kerusi negeri. Oleh itu, bekas presiden MCA itu haruslah menilai dengan baik peluang BN merampas semula Selangor.

Pro dan Kontra untuk Najib

Untuk Umno, kelihatan

seperti pemimpin negeri itu telah bersetuju untuk untuk menjadikan Tee Keat sebagai ketua BN Pandan, suatu reaksi yang dinantikan daripada pihak akar umbi Umno dan sayap kanan konservatifnya.

Mungkin inilah sebabnya mengapa Najib telah memilih untuk menerima idea itu, menguji suasana sebelum membuat sebarang cadangan formal atau memberi komen mengenainya.

Kebaikkannya untuk Najib adalah beliau boleh meletakkan orangnya di Pandan, memberikan masyarakat Cina sesuatu untuk difikirkan sekiranya BN benar-benar mahu berubah ke arah yang lebih baik dan berbaloi di undi pada PRU 13 nanti. Buat masa sekarang, ramai dikalangan orang Cina lebih cenderung kepada Pakatan.

Najib dan konsep 1Malaysia beliau yang nampak gagal akan mendapat nafas baru walaupun sebenarnya, idea itu akan tetap gagal kerana orang Melayu di Selangor tidak akan menerima Menteri Besar berbangsa Cina. Dijangka juga bahawa persatuan ekstrim yang menjaga hak Melayu seperti Perkasa akan memerangi idea Najib itu.

Satu tamparan buat Soi Lek

Bagi MCA pula, mereka

mungkin akan merasa marah dan bukannya bersetuju dengan cadangan tersebut. Ini disebabkan permusuhan politik dan perasaan cemburu. Bukanlah rahsia bahawa presiden MCA sekarang, Chua Soi Lek dan anaknya Tee Yong memang benci pada Tee Keat. Mereka telah memberi tekanan pada beliau dan juga penyokong beliau dalam parti.

“Saya tidak berani membayangkan reaksi Soi Lek terhadap berita tersebut. Ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada beliau sekiranya Umno menyokong Tee Keat sebagai MB pertama di Selangor yang berbangsa Cina,” kata pemerhati politik itu.

“Saya tidak yakin Najib akan dapat meyakinkan yang lain mengenai idea itu. Beliau akan putus asa dan menyangkal semuanya apabila mendapat tekanan daripada ekstrimis Umno. Ia kelihatan seperti satu komplot untuk membuat Tee Keat menyerahkan kerusi Parlimen Pandan beliau dan menerima kerusi negeri.”- Malaysia Chronicle

Read more ...

TU DIA!!! UMNO berbulu tengok hasil balak di Kedah

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri memperoleh kutipan hasil hutan melibatkan kawasan balak iaitu sebanyak RM74 juta pada tahun 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB. Abd Ghani Ahmad berkata, perolehan dari sumber itu secara tidak langsung mampu meningkatkan ekonomi negeri.

“Bijih besi yang terdapat di Daerah Kuala Muda dan Kubang Pasu yang akan dibuat pengeluaran pertama merupakan sumber perolehan negeri yang baru,” ujarnya.

http://www.kuin.edu.my/v3m/images/stories/newcanselori.jpg
Menurutnya, kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil kini giat dibangunkan mengikut jadual dan kini 54 peratus siap.

“Kemasukan pelajar ke kampus tetap berkenaan akan bermula pada awal tahun 2013. Apabila siap kelak, kampus tetap berkenaan mampu menampung seramai 9,000 pelajar dan Dewan Utama yang dibina di kampus itu turut mampu memuatkan seramai 3,000 hingga 4,000 pelajar,” katanya.

YB. Ghani menjelaskan, antara jurusan yang ditawarkan di kampus tetap itu ialah Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab.

“Kampus tetap KUIN di Kuala Ketil itu dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2012 dan mempunyai tasik buatan manusia sepanjang 1.2 kilometer untuk aktiviti sukan dan riadah serta pertandingan sukan air,” jelasnya.

Tambahnya, Taman Insaniah turut dibina oleh Bina Darulaman Berhad (BDB) sebanyak 1,000 unit bagi kemudahan pelajar-pelajar KUIN, pensyarah serta orang ramai.

“Tapak kampus berkenaan berkeluasan 832 ekar dan kawasan kampus yang dibangunkan ialah seluas 360 ekar membabitkan pembinaan bangunan pentadbiran termasuk dewan-dewan kuliah,” ujarnya.

Tambahnya, asrama pula didirikan di zon dua dan tiga dalam fasa pertama yang boleh memuatkan kapasiti penuntut seramai sehingga 7,000 orang kerana penggunaan tanah secara berhemat.
Kedahlanie

Read more ...

PHD SHOPPING!!! Ada sebab Universiti Curtin anugerah pada Ro$mah

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Rosmah Mansor boleh dapat 'Doktor Persuratan' dari sebuah universiti di Australia.

Bagi mereka yang benar-benar tahu perangai Rosmah yang boros ini, tentu payah nak percaya.

Ada yang menyindir, hanya selepas Rosmah shopping sakan kat Australia waktu tergedek- gedek ikut suaminya ke mesyuarat CHOGAM yang baru lalu...dan kemudiannya yang terkini pesta shopping Rosmah kali kedua di sini

Rosmah menafikan segalanya itu dan kata "korang jeles kat aku!" saje nak buat fitnah! Ha! ha! ha!

Aku terbaca kat blog Anilnetto . Skang baru aku mulai faham... Aku dah tolong terjemahkan tulisannya supaya memudahkan kita semua tahu disebalik penganugerahan tersebut.

Rupa-rupanya, agak akulah kalau tak silap, universiti tu cuba mempraktikan nasihat PM Najib seperti apa yang pernah PM Najib beritahu kita semua sebelum ini - Aku tolong Ko, Ko tolong Aku...Aku garu ko, ko garu aku...Penganugerahan tersebut besar kemungkinan adalah untuk membalas budi baik yang telah diterima sebelum ini....Al Husseyn

Pada tahun 2010, Agensi Kelayakan Malaysia memberikan status swaakreditasi berikutan audit institusi yang termasuk lawatan oleh panel MQA juruaudit ke kampus universiti. Kampus telah dibuka di Miri pada tahun 1998.

Curtin Sarawak telah menerima pelbagai sumber pembiayaan di Malaysia:

Pada bulan Ogos 2003, Curtin Sarawak menjadi universiti antarabangsa pertama di Malaysia berhak untuk mengakses geran berprestij IRPA ("Penumpuan Penyelidikan dalam Bidang Keutamaan") Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Pada Disember 2004, penyelidik di Curtin Sarawak telah dianugerahkan geran IRPA pertama mereka.

Sebagai tambahan kepada sumber pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan, Curtin Sarawak telah juga akses kepada dana daripada Kerajaan Negeri Sarawak serta dari pelbagai rakan industri.

J
ika ini adalah benar, kenapa dana awam harus pergi ke universiti asing apabila banyak sekolah di Sarawak tidak mempunyai kemudahan-kemudahan asas? Berapa banyak jumlah dana yang Curtin telah terima ?

Di samping itu, BioValley kerajaan Sarawak Park Projek yang akan dibangunkan di kampus Curtin Sarawak. Projek itu sepatutnya untuk meningkatkan R & D bagi memenuhi keperluan teknologi di negeri ini, terutamanya untuk Koridor Tenaga Diperbaharui (Score) Sarawak.

Curtin Sarawak juga dikaitkan dengan kepimpinan Sarawak.Dari laman web Curtin:

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, yang juga pengerusi Majlis Curtin Sarawak, berkata fasa pertama projek yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian akan dibangunkan di tapak seluas 10 ekar di kampus.
Laman web Perth Kini melaporkan :


Kali TERAKHIR Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Perth, beliau telah berhadapan dengan protes marah semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel.

Hari ini, ia merupakan lawatan yang jauh lebih aman kerana beliau menyelinap masuk ke Curtin University secara rahsia dengan isterinya, yang menerima Ijazah Doktor Kehormat ... Lawatan terakhir Perdana Menteri ke Perth untuk CHOGM pada bulan Oktober telah berdepan dengan protes marah apabila sekumpulan "Bersihkan Malaysia" telah mengadakan perhimpunan di Tempat Forrest , berkempen untuk reformasi pilihan raya di Malaysia.
Apasal kepala laporan tu tulis Malay PM ? ha! ha! ha!

Read more ...

PESURUHJAYA PAS MELAKA SAHKAN!!! Beberapa pegawai kanan kerajaan sertai PAS di Melaka

Beberapa orang bekas pegawai kanan kerajaan akan menyertai PAS secara rasmi pada 18 Februari nanti sempena lawatan Tuan Guru Presiden PAS dan Ketua Penerangan PAS Pusat ke Melaka.

Mereka akan menyerahkan borang menyertai PAS pada sebelah malam iaitu pada majlis ceramah perdana Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Permatang Pasir, Dun Telok Mas.

Setakat ini mereka telah mengesahkan akan menyerahkan sendiri borang tersebut kepada Tuan Guru.

Kemasukan bekas-bekas Pegawai Kanan Kerajaan ini memberikan tamparan hebat kepada BN Melaka yang selama ini mendakwa bahawa pegawai-pegawai kerajaan dan bekas-bekas pegawai kerajaan terus setia bersama mereka.

http://media1.malaysiakini.com/371/ebf02ff789fcfea54d8be3fa9f5a61fb.gifPesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari dalam salah satu posting di Facebook beliau mengesahkan perkara ini.

Kita tunggu 18 Feb nanti siapa agaknya bekas Pegawai Kanan Kerajaan tersebut. .....

Apakah Umno Melaka akan menyerang mereka dengan pelbagai tuduhan..Mutaligat

Read more ...

PANAS!!!! Mat Maslan sudah berani berdebat, tapi dengan tong sampah...


Ahmad Maslan bakul sampahkan Buku Jingga
-Malaysiakini

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya.


Menurutnya, beliau mengambil tindakan itu dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat yang tepat.

Tindakan simbolik itu dibuat di pentas ketika sesi penerangan lebih dua jam kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya berlangsung hari ini.Baca semua di sini.

Mazlan Aliman ajak berdebat penakut. Anwar cabar Najib berdebat, Mat Maslan kata debat budaya barat.

Hari ini rupanya, Mat Maslan buat kejutan dengan menunjukkan cara berdebat paling bodoh. Berdebat dengan tong sampah tepi rostrum...admin

Terbukti Umno kini buruk daripada kepala sampai keekor.Tak hairanlah samseng-samseng Umno bertindak liar dalam majlis ceramah Asalkan Bukan Umno, ceramah kebangkitan mahasiswa di Klang dan Shah Alam.

Kata orang bapa borek anak rintik.Ketam ajar anak berjalan betul.Cikgu kencing berlari anak murid kencing berlari.


Hujah dibalas dengan hujah bukan buat perangai macam budak tak sekolah buang buku jingga dalam tong sampah.Kalau macam ni perangai Timbalan Menteri apa nak kisah perangai budak-budak samseng Umno.


Apakah bala dan petanda bahawa Umno kini memang semakin parah, kering hujah dan amat buruk kelaku.Dulu bekas MB Selangor bagi penyapu kepada pegawai daerah akhirnya rakyat Selangor tumbangkan Umno-BN di Selangor pru 12.

Kini Ahmad Maslan bertaraf timbalan menteri buat perangai bodoh maka akan hancurlah Umno di peringkat persekutuan pru 13 akan datang.MisaiMerah

Read more ...

SENYUM JAMIL KHIR!!!Yayasan Taqwa mohon RM1juta, dapat RM4 juta

NONEMengapa Yayasan Taqwa menerima wang zakat RM4 juta dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tahun lalu sedangkan ia hanya meminta RM1 juta?

Soalan itu dikemukakan hari ini oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan kepada Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata keadaan itu cukup mengelirukan.


“Pada 17 September 2011 Yayasan Taqwa pohon RM1 juta kepada MAIWP tetapi pada 12 November 2011 jawatankuasa Baitulmal MAIWP melulus RM4 juta.


“Jumlah itu bukan sahaja mencurigakan, apatah lagi Pengerusi MAIWP dan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa itu adalah orang yang sama,” kata Nasrudin pada sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.


Katanya, Jamil Khir (
bawah, kanan) bertanggungjawab terhadap kedua-dua badan itu.


“Erti kata lain macam Jamil Khir minta pada Jamil Khir, Jamil Khir lulus pada Jamil Khir,” katanya sambil menambah keadaan itu menimbulkan banyak tanda tanya.


Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad, berkata peranan Yayasan Taqwa pada asasnya yang serupa dengan MAIWP.


NONE
"Tugas Yayasan Taqwa adalah untuk mengagihkan zakat, tetapi MAIWP juga menjalankan tugas itu. Jadi mengapa perlu orang tengah?" soal beliau.

Rabu lalu, Pemuda PAS menuntut supaya satu badan bebas dilantik untuk mengaudit Yayasan Taqwa kerana mendakwa banyak perjalanan badan penyalur bantuan zakat itu yang diragui.

Antaranya, yang didakwa itu ialah perbelanjaan sehingga RM2 juta yang direkodkan yayasan itu, sepertimana dalam laporan tahunan 2010 MAIWP.

Laporan itu pula tidak menunjukkan siapakah penerima wang zakat tersebut tetapi hanya jumlah kutipan dan juga agihan wang zakat.

Read more ...