Thursday, July 21, 2011

Video : Polis suka berbohong, kenderaan polis bukan hanya pajero

Polis bohong, saya dirempuh Proton Waja, bukan Pajero- Mat Sabu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgU-m6tlAz7rtNpCCNDmx1AIIE5t8NM1WFMMKwbh3Bziif2RI4Q0-zp6UHF1HPYK5OEyFW4qVFoZxVBfevNsCJvRPJ-6Xb7dqrk0g69sCb-nCQQqiNJK-5FYs8NJyEKNDQxggaQt0qauH4/s320/matsabu7.jpgTimbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menggesa pihak polis menarik semula kenyataan bahawa beliau membuat tuduhan palsu dilanggar kenderaaan polis pada 9 Julai lalu, atau berdepan tindakan saman.

Ketika dihubungi Keadilandaily, Mohamad berkata beliau dirempuh kereta Proton Waja polis, dan bukan kenderaan Pajero seperti yang didakwa pasukan keselamatan itu.

Katanya, perkara itu turut dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat beliau pada 14 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

“Saya minta tarik balik pembohongan, kalau tidak kita akan saman polis dan Datuk Salleh Mat Rashid (Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman) kerana melakukan fitnah,” katanya kepada Keadilandaily.

Berdasarkan rakaman CCTV yang ditayangkan polis, katanya, rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta Proton Waja mengekori Pajero terbabit ketika sedang mengejar motosikal yang diboncengnya ketika itu.

“Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu,”

“Kereta Waja yang cross itu (yang melanggar),” kata beliau.

Ketika ditanya laporan media 11 Julai lalu yang mengatakan beliau dilanggar Pajero polis, Mat Sabu berkata terdapat berbagai pandangan pada masa itu.

” Tetapi selepas bertanya kepada penunggang saya, kereta Waja itu yang melanggar,” katanya.

Polis semalam dilapor tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mat Sabu kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman,Datuk Salleh Mat Rashid, berkata dakwaan itu tidak mempunyai kebenaran. Malah polis juga tampil dengan rakaman CCTV menunjukkan Mat Sabu terjatuh dari kenderaan selepas terlanggar ‘fender’ Pajero.

Namun, rakaman CCTV itu juga menunjukkan sebuah proton Waja mengekori rapat di belakang Pajero berkenaan, sebelum dikatakan merempuh motosikal dinaiki Mat Sabu.

Pada masa itu motosikal yang diboncengnya, sudah terbabas ke tengah jalan ketika Pajero itu melepasi mereka.

Namun bahagian rakaman di mana Proton Waja itu dikatakan melanggar Mohamad, tidak ditunjukkan oleh pihak polis.

Polis memang suka berbohong - Mat Sabu

SHAH ALAM 21 JULAI : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menolak penafian polis menindas peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 dan menyifatkan rakaman video yang dikemukakan oleh badan itu sebagai cubaan terdesak untuk menutup kezalimannya.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku, sudah tentu polis (akan) menafikan (tindakan) polis. Perkara ini seharusnya dilaksanakan oleh jawatankuasa penyiasat(bebas), kalau tanya Polis memang mereka akan memberi kenyataan macam itu," kata beliau.


Selepas hampir dua minggu, Polis Bukit Aman tampil hari ini untuk menayangkan video yang menurut badan itu menunjukkan polis bertindak mengikut batas undang-undang dalam menyuraikan perhimpunan aman Bersih.

Puluhan ribu orang menyertai perhimpuan itu untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil walaupun terpaksa menongkah arus tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis.

Lebih 1,600 orang ditahan manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadi beliau, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad antara yang cedera.

Seorang meninggal dunia, namun polis hari ini mendakwa kematian Baharuddin Ahmad, 59, adalah akibat sakit jantung dan bukan kerana tindakan polis.

Malah, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menuduh Mohamad Sabu mereka cipta dakwaan bahawa beliau dirempuh oleh sebuah Land Rover yang dipandu anggota polis sebelum dibawa ke hospital.

Salleh sebaliknya mendakwa pemimpin pembangkang itu jatuh daripada motorsikal selepas melanggar penghadang jalan.

Timbalan Presiden PAS itu membidas Salleh dan berkata beliau bersedia membuktikan keterangannya di mahkamah jika perlu.

Beliau berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar pihak berkuasa untuk menutup kesalahannya.

"Saya tak mahu buat apa-apa kenyataan (bersabit insiden itu) melainkan di mahkamah," kata beliau.

Mohamad Sabu berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar kerajaan untuk menutup kesalahan pihak berkuasa.

"Kita ada SUHAKAM(Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia), kalau kenyataan dari SUHAKAM atau mana-mana badan bebas lain, kita terima. Ini gunakan polis. Sudah tentu mereka berkata begitu," kata beliau.

"Bagaimana dengan mereka yang pecah kepala, nasib yang menimpa YB Khalid Samad(Ahli Parlimen Shah Alam) dan sesiapa sahaja yang tercedera? Siapa yang bertanggungjawab?. Oleh kerana itulah kita perlu laporan daripada SUHAKAM ataupun badan bebas dan bukannya polis," tegasnya.

Mohamad Sabu berkata, kelewatan polis sendiri untuk tampil dengan rakaman video menimbulkan pelbagai kecurigaan.

"Dua minggu baru keluar video siapa boleh terima, jadi penafian polis tidak boleh diterima. Kita perlu badan lain, Polis memang suka berbohong."tambahnya.

Read more ...

Peguam Perancis kes Scorpene ditahan di lapangan terbang

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Peguam hak asasi manusia Perancis yang mengendali kes dakwaan rasuah yang melibatkan pembelian kapal selam Scorpene, William Bourdon (gambar) telah ditangkap oleh Imigresen Malaysia.

Beliau ditangkap ketika berada di atas kapal terbang apabila sekumpulan pegawai Imigresen naik ke atas kapal terbang itu.

William Bourdon, dijangka akan menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam tadi di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di malam ini di Dewan Sivik MPPJ.

Peguam S Sivarasa menerima maklumat tangkapan itu melalui telefonnya semasa menyertai program Perception di pejabat Harakahdaily dan bergegas keluar untuk mengendalikan urusan itu.

Menurut aktivis Suaram, Cynthia Gabriel dalam twitternya, beberapa pegawai Imigresen naik ke atas kapal terbang yang beliau dan Bourdon naiki dan menangkapnya sebaik sahaja kapal terbang itu mendarat.

Kedua-dua mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Pulau Pinang.

Mengikut jadualnya, Bourdon memberikan ucapan di majlis pengutipan dana untuk mengendalikan kes siasatan terhadap pembelian Scorpean di mahkamah Perancis malam tadi di Pulau Pinang.

Beliau sepatutnya memberikan ucapan untuk majlis yang sama di Dewan Sivik MPPJ malam ini bersama Mohamad Sabu, Nurul Izzah Anwar dan juga Tony Pua.

Malam esok pula, Bourdon dijangka ke Ipoh untuk menyertai satu forum di sana.

Dalam laporan Harakahdaily sebelum ini, pegawai Suaram berkata, Bourdon telah mendapat visa untuk datang ke Malaysia.

Read more ...

TU... DIA !!! Pegawai Perubatan buat CPR sampai patah tulang rusuk dan patah gigi Allahyarham Baharuddin

Menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, tulang rusuk Allahyarham Baharudin Ahmad patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Menurut beberapa sahabat.. kemungkinan tulang rusuk patah kerana CPR adalah tinggi jika tekanan yang dikenakan keatas dada terlalu kuat dan dilakukan oleh yang kurang arif, tetapi jika ianya dilakukan oleh Pihak Berkuasa atau Pegawai Perubatan yang semestinya berpengalaman melakukannya risiko patahnya tulang rusuk itu adalah kurang..

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” juga kata Datuk Salleh Mat Rasid..

Tak tahulah tiub jenis apa yang digunakan oleh Pegawai Perubatan tu...

Kalau betul kata Datuk Salleh Mat Rasid tu.. sepatutnya Pegawai Perubatan yang membantu itu dipecat kerana cuai.. Buat CPR patah tulang rusuk, masukkan tiub kedalam mulut pula patah gigi.. Ganasnya Pegawai Perubatan tu..


Polis: Tulang rusuk Baharudin patah akibat 'CPR'

Polis menafikan taktik ganas digunakan ke atas mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia pada perhimpunan 9 Julai yang lalu, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.

Sebaliknya menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, dakwaan keluarga Baharudin Ahmad, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Beliau juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.


“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya pada taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman, petang semalam.



Sebelum ini anggota keluarga Baharudin telah mengemukakan memorandum kepada Suhakam dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, mendakwa tulang rusuh dan gigi yang patah itu mungkin berpunca daripada keganasan polis.

Menurut Salleh, rakaman CCTV yang ditayangkan kepada media jelas membuktikan tiada semburan pemedih mata yang mengenai Burhanuddin ketika allahyarham berlari memasuki bangunan berhampiran Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada hari kejadian pada pukul 4.30 petang.

"Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekaligus menepis dakawaan itu. Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan.

"Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Burhanuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulan tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999," katanya.

Salleh berkata rakaman itu menunjukkan sebuah ambulans tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.07 petang untuk membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, selepas menerima panggilan kira-kira 17 minit sebelum itu.

Dakwanya, rakaman dari menara KLCC dan Avenue-K menunjukkan tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia, sebaliknya bantuan awal diberi anggota polis bantuan.

"Hasil bedah siasat menunjukkan allahyarham tidak mengalami sebarang kecederaan di luaran atau dalaman seperti lebam, calar atau luka serta menjelaskan kematiannya mempunyai kaitan dengan serangan jantung.

"Berikutan itu, ia jelas menafikan tohmahan allahyarham meninggal dunia akibat dipukul polis dan terkena gas pemedih mata," katanya lagi.

Sehubungan itu, Salleh menasihati mana-mana pihak agar tidak memuat naik sebarang bahan atau artikel yang tidak menggambarkan situasi atau fakta sebenar perhimpunan berkenaan.

"Pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyiarkan laporan dan dakwaan palsu.

"Jika terdapat rakaman yang menunjukkan pihak polis melakukan tindakan menyalahi SOP, sila tampil membuat laporan polis dan kita akan siasat. Mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar SOP akan dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.

Malaysiakini

Read more ...

Lagi 10 ' layanan baik ' polis yang tak termasuk dalam video cut and paste polis

Selepas 2 minggu Polis akhirnya menyiarkan video cut and paste kononnya polis dah ikut SOP , tidak ganas, beri layanan baik, membantu yang sakit, beri makan , bagi tempat solat dan macam-macam yang baik la sampai tahab Ambiga minum sedikit air pun kira baik la juga polis.

Satu pun tak ditunjukkan keganasan polis terhadap orang awam dan polis hanya mengaku satu sahaja iaitu
meriam air dipancutkan ke kawasan Hospital Tung Shin.

Maksudnya yang dok ada dalam youtube tu semua peserta Bersih berlakun la agaknya, yang patah kaki sebenarnya dah memang patah tak da sapa yang pukul.Yang berjahit kepala , mulut, kepala tu dah memang pecah sebelum mai himpunan Bersih lagi. Yang patah gigi pun dah memang patah sebelum mai himpunan Bersih.

Mat Sabu yang kena masuk skru tu pun bukannya sebab ligamen koyak tapi saja-saja Mat Sabu pi suruh doktor masukkan skru tu.

Utusan Meloya, TV3 suku, Berita Hairan, RTuMno pun apa lagi beraya sakan gunakan video cut and paste polis sebagai hidangan untuk rakyat Malaysia. Bagi puak-puak ni rakyat Malaysia akan percaya kepada penjelasan polis.

Puak-puak ni ingat rakyat Malaysia ni bodoh macam pencacai Umno kot. Bak kata Mat Sabu , siapa nak percaya polis, kalau badan bebas boleh percaya. Sebab apa tak boleh percaya, sebab polis suka berbohong.

Sebab apa polis suka berbohong. Sebab polis Malaysia bukan jaga rakyat tapi jaga UMNO.

Senarai 10 keganasan polis di bawah ni, ditutup oleh pihak polis. Kalau ada pun bukan sebab salah polis. Macam Allahyarham Baharuddin di katakan mati sebab sakit jantung, bukan sebab gas pemedih mata atau dipukul polis.

Kenapa tak beritahu sebab apa Allahyarham dan orang ramai lari masuk, tak cerita apa yang berlaku kepada Allahyarham sebelum lari masuk. Maka , macam kata Mat Sabu polis kena jawab di mahkamah bukan guna video cut and paste
. Admin

Berikut adalah senarai 10 keganasan polis semasa himpunan Bersih 2.0.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHSIGUwxa3EYrlDSDqd9n4m_PifRXO4pkU1XGuLKbmHapdanwu_uckQlVK1ffYhQqmU-uayOSxDJlIpEipGKByQxWOswk1JKzEbbf6lzxXNs1adpHrUdl8UxLYSJpS7EhVC-mC0m__Ap0/s320/bersihmati2.png
1. Allahyarham Baharuddin Ahmad, meninggal dunia

Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak polis ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani postmortem.

“Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah,” kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin.
http://tvsnews.net/v1/images/news_images_upload/allahyarham.jpg
Laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa.Ia menjadi tanda tanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

http://www.fuhsantai.com/wp-content/uploads/2011/07/bodyguard-anwar-2-640x480.png

2. Fayyad Al-Bakri, retak tulang pipi , jalani pembedahan plastik
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata , polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara , namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercaya sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah mata Anwar Ibrahim,peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.(Ada Youtube )
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHJwNCXYs_iS2dQk4L46H7fXNsw3jF_3sUXiV46bDLHUuakLa6ZOvMNA-nBjYjgH5duwVkvBWBFvk0e3Mrof5vQL8uId5eGMQynnW521jLKKqJrrYmdxseQMMfkusBdvBLFmwrJIRJf1s/s400/fayad+al+bakri+2.png
Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya. Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.

http://1.bp.blogspot.com/-I2axRDckLeA/Th9zSCGb6pI/AAAAAAAAAeo/o19uKi285ME/s1600/268058_10150242917063046_215868293045_7054253_6642161_n-775839.jpg
3. Seorang pemuda, patah kaki kanan

Pemuda ini patah kaki kanannya akibat diterajang oleh beberapa anggota Polis/FRU.
http://media1-cdn.malaysiakini.com/382/515a218cedcef5d4c1533928ca7beb99.jpg
Selepas ditahan, diikat tangannya dengan cable tight, pemuda ini kemudiannya ditinggalkan begitu sahaja dibahu jalan oleh anggota polis yang menahannya selepas menyedari kaki pemuda ini patah. Maklumat mengenai pemuda ini masih belum diperolehi lebih lanjut.


4. Roslan Hussain,retak tulang dagu, patah dua batang gigi, terima 20 jahitan

Roslan mengalami keretakan pada tulang dagu, dua batang gigi patah serta terpaksa menerima 20 jahitan di bahagian luar dan dalam mulut akibat terkena kelongsong gas pemedih mata pada himpunan Bersih 2.0.

Doktor terpaksa mengikat giginya buat sementara dengan kos RM480 sebelum pembedahan dengan anggaran RM10,000.

http://broslam.com/khalid_cedera.png
5. Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad , enam jahitan di kepala

Khalid menerima enam jahitan selepas ditembak dengan gas pemedih mata tepat di kepalanya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiXiqR6H-Ln3_GoUHVjD9VdT1VVChWACTjOyHouTlSdQocMJQ7BeKvT_OmItalG7tFdLgUsLWYW579PtT97t-0XwmNFC4eum8ga1NKcRLABRDeXth89XmhFah6_W40CwKjw6GSYMy8t9E/s1600/1.jpg

http://www.tvsnews.net/images/news_images_upload/mat%202.jpg
6. Timbalan Presiden PAS, ligamen koyak , terpaksa dibedah memasukkan besi

Motosikal yang dinaiki Timbalan Presiden PAS ini dirempuh Land Rover polis sehingga menyebabkan beliau tergolek di jalanan.

Beliau yang cedera kemudian dibawa oleh pegawai polis ke Balai Polis Jinjang dan dirujuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLavoBkN398BVKJVdKLY55QvU4f1Zf8En8ZZ3Ln6FNZUT7eOk5HDuk4GkjQ8Gmaavd3ZWe1pcB-D8V3bOFO6GHSnMcvVXIRm-V-j_Sg8iLKu6Tk4L05VOW1YW_F02fL8rgf3_bUCszunVV/s1600/mat+sabu.png
“Saya dibebaskan selepas membuat pemeriksaan di klinik. Tapi disebabkan kaki kanan saya tidak pulih hari ini saya buat pemeriksaan di Selangor Medical Centre. Doktor kata ligamen saya koyak dan pembedahan untuk memasukkan besi" kata Mohamad Sabu

Beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan memasukkan skru di kepala lutut untuk membolehkan beliau berjalan semula.

7. Haji Suhardi Mohd, sesak nafas, pengsan

Haji Suhardi ditahan polis dan diikat dengan tangan ke belakang. Beliau mengalami sesak nafas yang teruk dalam keadaan tangan terikat.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQIWWvS9MNiCZK4_0Uq7aREJ-W2AR424r58-4XFrD9uJnBASlYfsKFlRaNN7_3koPFU9ztbZjsosZSJkzB9odcrWT44ZX2qicXxbcU-YPb905tznmfiSKBetsy7JbUFkat4I6DzvTaYDaZ/s320/Lakonan+1.png
Polis yang mengikat beliau gagal membuka ikatan mungkin kerana tidak membawa 'kunci' , hanya membawa pengikat. Akhirnya, orang awam yang membantu untuk membuka ikatan .

Beliau di bawa ke hospital selepas itu. Ramai yang keliru dan menyangka bahawa Haji Suhardi adalah Allahyarham Baharuddin Ahmad (Ada Youtube )

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvoSlBS7Zjw92gc_gZG1PFjdvnxuSVjfjGnLdYOhHpfm8ilJCDKwX3M6QAd9IBiAfs7Q2RyoSwFv599vSybd9L5H7K6B_3y6OGXYzKXiYQtc9EIbe4069FtyuXljLAAvfN8hyTTE0Je8SL/s400/beza3.jpg
8. Dato' Seri Anwar Ibrahim,cedera di kepala dan lutut

Polis dikatakan menghalakan tepat senapang gas pemedih mata ke arah Anwar dalam jarak dekat.Hanya tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri menyelamatkan pemimpin itu daripada kecederaan lebih teruk. ( Ada Youtube)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVduHYcvuroLH8-qmxQZDu_odH7r5ISvYnwuEhlO8ekiA7SoLfpF9Y-9TktE4QIn5vdnIHrPeIlh50bBoWjPY0upIFJwcG5mTKbH3eOZWQpz1-eyeMCGL-j8hrP2z-Fk6G5dSBJdMk16Ze/s400/Anwar-Filem.jpg
Doktor menasihatkan Anwar memakai pelindung leher kerana khuatir kecederaan itu akan memberi kesan kepada tulang belakang beliau.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9lZGTDxR29xvx8WdK471H3REkDMsC8jQS0rIxzrVBD4ZSPbfPdmS5y36_EBxNuMJNynzPMxSsk53tzgxfWc7I2pXoVmRSIPWV567tUf0vNpr4xb2HyucJgLHOX2oYbCJzUY3WKE8KacUE/s320/280a84e6ad5a1a4dd9304c72cff63c36.jpg
9. Pemuda berdarah di kepala

Pemuda ini dibelasah polis hingga menyebabkan kepalanya berdarah . Beliau ditangkap oleh polis dalam keadaan darah yang meleleh di kepala.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5gztZdPncxRsy3IC1n8d42EkRoMlqq_kzz3T2_vpzhDZ9uNwTuxtmjGCUhWaaeIxookeFUZF1EZ5YgccMF5Po7LZ639iFu0Q_BLr_ctpUwRUbHTaXh79D82g0Z7fcwchiSwhkfJyerZYc/s400/267686_144864375589282_100001971615614_275587_5100173_n.jpg
Bagi menutup keganasan polis , kepalanya telah dipakai dengan topi.( Ada Youtube )

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjerWtwlcF4tLlqqY44SE0VyReG2TU3oYdUT61Wx1IufPbDP-qQw-zzT75bGhMwKsueC0QSv2M4-SUiTUyXVcV00WccF8yMF3UKexxg6EHZY_AZFrC5yE214y2JQh8emB4BpGSKdB6YjT0/s1600/IMG02466-20110709-1546.jpg
10. Pemuda , cedera diterajang

Pemuda ini telah diterajang bertubi-tubi oleh beberapa orang polis semasa ditangkap . Jalur Gemilang yang dipegangnya juga menjadi mangsa sepak terajang polis yang membelasahnya. (ada Youtube )

Inilah sebahagian dari keganasan polis yang berlaku semasa himpunan Bersih 2.0.Tulahan

Read more ...

Gambar peserta Bersih solat dengan tangan diikat polis bukti 'layanan baik' polis Malaysia

Inilah layanan baik polis Malaysia yang tak mampu ditayang dalam video cut and paste polis.

Tidak bolehkah mereka membuka ikatan bagi membolehkan anak muda ini bersolat dengan selesa berhadapan Allah.

Anak muda ini bukan pembunuh, perompak , perogol tapi umat Islam yang taat kepada perintah Allah.

Anak-anak muda ini adalah antara yang ditahan secara zalim semasa Himpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

Mereka bersolat dengan keadaan tangan bergari (terikat). Polis hanya melihat sahaja mereka bersolat, Polis tidak solat bersama.

PAS terbukti berjasa mentarbiyyah ahlinya untuk sentiasa istiqamah mengerjakan solat walaupun dalam keadaan apa sekalipun.

Gambar ini diambil berhampiran Dataran Maybank.

Syabas kepada anak-anak muda ini ............

Read more ...

Terdesak kerana himpunan Patriot kurang peserta, bukan sahaja Mat Bangla tapi pelacung asing pun diberi baju percuma

SEBELUM ini heboh disiarkan di blog-blog dan laman portal berita alternatif menunjukkan gambar warga asing Bangladesh memakai baju Patriot untuk sama-sama berhimpun menentang perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara tempoh hari.


Kali ini, salah seorang pembaca MiLo SuaM mengirimkan beberapa keping gambar yang mendedahkan bahawa perhimpunan Patriot diketuai oleh Ketua Pemuda United Malays No Otak, Khairy Jamaluddin turut menggunakan pelancong asing dari Timur Tengah dan Barat.

Kegagalan Patriot mendapatkan sokongan rakyat bagi menentang perhimpunan aman BERSIH 2.0 telah memaksa mereka menggunakan warga asing, termasuk pelancong asing menyertai perhimpunan mereka. Ini bertujuan untuk menampakkan kononnya ramai rakyat Malaysia yang menyokong Patriot (sebut Pakturot).


Modus operandi mereka dipercayai menggunakan bendera jalur gemilang (bendera Malaysia) untuk memperdayakan warga asing yang langsung tidak faham apakah tujuan perhimpunan itu diadakan. Warga asing yang tertipu akan menyangka perhimpunan itu sebagai perarakan biasa sedangkan ia hanyalah perhimpunan provokasi terhadap BERSIH 2.0.


Apa yang jelas Perhimpunan bodoh Patriot (sebut Pakturot) gagal mendapat sokongan rakyat. Mereka sekadar berjaya membawa pencacai upahan dan warga asing yang tertipu turun berhimpun tak sampai satu jam pun. BERSIH 2.0 langsung tak rasa tergugat, bagaikan harimau digigit anak cicak, calar pun tidak apatah lagi luka berdarah?

PERKASA jangan ditanyalah, bayang pun tak nampak Bapak Katak menyorok bawah tempurung kot...

ReJaM© "Hari ini guna warga asing, lain hari gadai negara pula kepada orang asing..."

Read more ...

Cakap badan bebas boleh diterima tapi cakap polis tak boleh sebab suka bohong


SHAH ALAM 21 JULAI : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menolak penafian polis menindas peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 dan menyifatkan rakaman video yang dikemukakan oleh badan itu sebagai cubaan terdesak untuk menutup kezalimannya.
"Perkara ini tidak seharusnya berlaku, sudah tentu polis (akan) menafikan (tindakan) polis. Perkara ini seharusnya dilaksanakan oleh jawatankuasa penyiasat(bebas), kalau tanya Polis memang mereka akan memberi kenyataan macam itu," kata beliau kepada TvSelangor.
Selepas hampir dua minggu, Polis Bukit Aman tampil hari ini untuk menayangkan video yang menurut badan itu menunjukkan polis bertindak mengikut batas undang-undang dalam menyuraikan perhimpunan aman Bersih.
Puluhan ribu orang menyertai perhimpuan itu untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil walaupun terpaksa menongkah arus tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis.

Lebih 1,600 orang ditahan manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadi beliau, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad antara yang cedera.

Seorang meninggal dunia, namun polis hari ini mendakwa kematian Baharuddin Ahmad, 59, adalah akibat sakit jantung dan bukan kerana tindakan polis.

Malah, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menuduh Mohamad Sabu mereka cipta dakwaan bahawa beliau dirempuh oleh sebuah Land Rover yang dipandu anggota polis sebelum dibawa ke hospital.

Salleh sebaliknya mendakwa pemimpin pembangkang itu jatuh daripada motorsikal selepas melanggar penghadang jalan.

Timbalan Presiden PAS itu membidas Salleh dan berkata beliau bersedia membuktikan keterangannya di mahkamah jika perlu.

Beliau berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar pihak berkuasa untuk menutup kesalahannya.

"Saya tak mahu buat apa-apa kenyataan (bersabit insiden itu) melainkan di mahkamah," kata beliau.
Mohamad Sabu berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar kerajaan untuk menutup kesalahan pihak berkuasa.

"Kita ada SUHAKAM(Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia), kalau kenyataan dari SUHAKAM atau mana-mana badan bebas lain, kita terima. Ini gunakan polis. Sudah tentu mereka berkata begitu," kata beliau.

"Bagaimana dengan mereka yang pecah kepala, nasib yang menimpa YB Khalid Samad(Ahli Parlimen Shah Alam) dan sesiapa sahaja yang tercedera? Siapa yang bertanggungjawab?. Oleh kerana itulah kita perlu laporan daripada SUHAKAM ataupun badan bebas dan bukannya polis," tegasnya.

Mohamad Sabu berkata, kelewatan polis sendiri untuk tampil dengan rakaman video menimbulkan pelbagai kecurigaan.
"Dua minggu baru keluar video siapa boleh terima, jadi penafian polis tidak boleh diterima. Kita perlu badan lain, Polis memang suka berbohong."tambahnya.

Read more ...

Video Cut and Paste Polis tidak menjawab kesakitan rakyat



SHAH ALAM 21 JULAI : Di sebalik pengakuan polis bahawa meriam air dipancutkan ke kawasan Hospital Tung Shin, polis hakikatnya tidak menjawab secara keseluruhan tentang keganasan yang dilakukan terhadap ribuan peserta Himpunan Bersih 9 Julai lalu.

Selain puluhan malah mungkin ratusan video yang didedahkan di internet, malah paling penting ribuan saksi mata yang melihat keganasan polis pada 9 Julai lalu, polis ironinya terus bertindak menafikan dengan menyajikan rakyat rakaman video terpilih, kata peguam hak asasi manusia, N Surendran.

" Apa jawapan polis tentang kecederaan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, ke atas pengawal peribadi Anwar, Yew Boon Lye dan ramai yang berada di dalam terowong termasuk Datuk Seri Anwar. Bukankah mereka cedera? Bukankah kita sudah tunjuk keterangan video dan gambar. Tiada jawapan.

" Penafian polis hari ini mereka menggunakan rakaman yang terpilih. Tidak menunjukkan keseluruhannya sedangkan kita telah menunjukkan banyak video tentang berlaku banyaknya keganasan. Apa jawapan polis tentang tembakan 12 das di terowong KL Sentral?,"katanya kepada Tv Selangor.

Dalam insiden 9 Julai lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia menyertai himpunan aman menuntut pilihan raya yang adil walaupun terpaksa meredah pancutan air kimia dan tembakan gas pemedih mata polis.

Dunia hari itu menyaksikan Malaysia mencatat sejarah apabila menahan lebih 1,600 rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman di ibu negara.

Selain puluhan mengalami kecederaan, seorang meninggal dunia.

" Mereka seolah-olah berpura-pura bahawa tidak ada isu. Walhal sebenarnya banyak keterangan dan isu telah dibawa tetapi tidak dijawab. Bagaimana kes Mohamad Sabu, kes Baharuddin, bagaimana pula orang ramai yang dipukul dan dikasari oleh pihak polis,"soal Surendran.

Malah naib presiden PKR itu turut mempersoalkan bagaimana video-video rakaman media antarabangsa yang memaparkan aksi ganas polis.

" Bagaimana rakaman daripada Al-Jazeera yang menunjukkan pihak polis menyepak mereka yang berhimpun secara aman? Tidak ada jawapan untuk semua ini,'kata Surendran.

Sementara itu, ahli parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi Tv Selangor menyerahkan hal ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk membuat siasatan.

Malah katanya beliau yakin, saksi-saksi keganasan polis pada hari kejadian akan tampil menceritakan hal sebenar sekaligus menafikan kenyataan dan video yang dipaparkan polis hari ini.

" Polis tidak ada kredibiliti. Oleh itu apa jua video yang mereka tunjuk, ia tidak menunjukkan apa yang berlaku. Beribu-ribu orang di sana menjadi saksi dan kita lihat banyak lagi video lain.

" SUHAKAM selepas ini akan membuat inkuiri awam dan kita tunggu lah orang-orang ramai untuk kemukakan bukti. Kita harap polis pun akan kemukakan bukti mereka juga,"katanya.

SUHAKAM sebelum ini memutuskan akan mengadakan inkuiri awam menyiasat dakwaan keganasan polis bulan depan.

Menurut naib pengerusi SUHAKAM, pihaknya yang turut menghantar pasukan pemantaunya ketika perhimpunan Bersih 2.0 juga akan bergantung pada maklumat yang mereka perolehi pada hari terbabit.

Read more ...

Bunuh diri kerana tekanan sama seperti membunuh


KUALA LUMPUR, 21 Julai — Lim Kit Siang mendakwa tindakan membunuh diri Teoh Beng Hock dalam suasana tekanan akibat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersamaan dengan tindakan membunuh dan mahu mereka bertanggungjawab berhadapan dengan “kesan sewajarnya”.

Ahli Parlimen veteran
dari DAP ini berkata, sesiapa sahaja orang biasa akan bersetuju tindakan mengenakan tekanan sehingga menyebabkan membunuh diri di kalangan pegawai SPRM tidak sama dengan perbuatan membunuh diri tetapi “bersamaan dengan tindakan membunuh.”

“Anda tidak boleh ada satu situasi ia bukan (
kes) dibunuh tetapi (sebaliknya) (tekanan) paksaan (ke arah) membunuh diri,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu satu sidang media berkaitan dengan laporan Siasatan DiRaja tentang isu ini akan dibuat pada jam 4:30 petang ini di pejabat Karpal Singh & Co, 67 Jalan Pudu Lama (Tel: 03-20703839).

Read more ...

Mari baca dan nilai sama ada polis pembohong atau putar belit ?

NONEPolis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,” katanya.

Video berkenaan menunjuk sebuah Land Rover mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

"Menurut siasatan kami, Mat Sabu cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Kami tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda. Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya,” katanya.

NONEMat Sabu semalam menafikan beliau berlakon dan berkata skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

[Baca berita penuh]


Baca dan nilai cerita bohong atau putar belit ini pula?

Polis hari ini mengakui kemungkinan meriam air dipancutkan ke lorong-lorong di belakang hospital Tung Shin manakala asap gas pemedih mata yang ditembak meresapi perkarangan hospital itu.

Namun sasaran polis adalah peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dan ia dijalankan mengikut prosedur operasi standard polis,” kata Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.

"Perkara itu masih dalam siasatan. Namun polis tidak menafikan kemungkinan itu (pancutan meriam air dan gas pemedih mata memasiki kawasan hospital),” katanya pada sidang akhbar petang ini.

Dalam mempertahankan tindakan polis, Salleh berulangkali berkata dalam banyak kejadian peserta BERSIH 2.0 yang memprovokasikan anggotanya supaya menangkap mereka.

Sebelum sidang akhbar bermula, tayangan video juga dipertontonkan kepada wartawan bagi membuktikan polis mematuhi peraturan dan “layanan baik” mereka kepada hampir 1,700 orang yang ditangkap pada perhimpunan 9 Julai itu.

NONESemua klip video yang ditayangkan itu menunjukkan tindakan polis ke atas peserta BERSIH 2.0.

Sesi tayangan dan taklimat selama sejam 30 minit itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, bagi menjawab salah laku yang didakwa dilakukan oleh polis.

Bagaimanapun tidak ada klip video mengenai layanan polis terhadap anggota Pemuda Umno yang juga berhimpun bagi menentang BERSIH 2,0 pada hari berkenaan.malaysiakini


Read more ...

Selamat Pulang Najib PM , Selamat Datang William Bourdon Peguam Perancis


"Selamat datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang..."

Itu ayat yang paling tidak digemari bekas Menteri Pertahanan dan kini Perdana Menteri, Najib hari ini...


Bukan dia yang turun kat Pulau Mutiara, tapi sang penegak kebenaran yang sampai dari Charles de Gaulle, Paris!


William Bourdon akan melondehkan seluar Najib TIGA kali kah kah kah...


Nak tau kenapa, lihat artikel di bawah kah kah kah...


Kah kah kah...


JALAN PULANG



Peguam Perancis William Bourdon mendarat di Pulau Pinang hari ini. Beliau dijadual berucap pada majlis makan malam anjuran Suaram malam ini dengan tujuan mengutip derma.


Pesawat yang membawa dari KLIA tiba pada jam 10.25 pagi dan beliau memasuki negeri ini tanpa sebarang halangan.


Pengarah Suaram Cynthia Gabriel, yang mengiringi Bourdon dalam lawatan itu berkata peguam itu juga tidak menghadapi sebarang masalah di Imigresen KLIA apabila mendarat lewat malam semalam.


“Segalanya okay.


Beliau hanya keletihan dan memerlukan sedikit rehat,” katanya kepada Malaysiakini.


William Bourdon dijadual berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam ini.


Penceramah lain termasuk Cynthia, pemimpin vetera DAP Lim Kit Siang, naib presiden PKR Tian Chua dan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu.


Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.


Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.


Syarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.


Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.


Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis makan malam ini dan dua lagi acara yang sama di Ipoh dan Kuala Lumpur, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.


Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.


Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda.


Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.JALAN PULANG

Read more ...

Ini dia SPR....1,800 pemilih ‘hantu’ dilonggok di Bukit Panau

TANAH MERAH, 21 Julai: Ketika dipamerkan senarai Daftar Pemilih Induk (DPI) suku akhir tahun lepas lebih 100 pengundi tidak dikenali dibantah di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Panau.

Namun ketika dipamer senarai pemilih baru suku pertama tahun ini lebih 100 orang yang dibantah itu masih kekal pada Daftar Pemilih Tambahan.

Ketika perbicaraan diadakan di hadapan pengadil dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Mei lalu sekali lagi pemilih berkenaan dibantah.

Senarai pemilih yang dibantah itu belum dapat dipastikan lagi memandangkan senarai daftar baru suku kedua dijangka dipamerkan pada 27 Julai hingga 2 Ogos ini.

Persoalannya siapa yang mengekalkan pemilih terbabit, sedangkan ketika perbicaraan mereka tidak datang.

Difahamkan mengikut prosedurnya pemilih yang dibantah boleh merayu dan sekiranya dipersetujui pengadil senarai namanya dimasukkan kembali.

Adun Bukit Panau, Abdul Fattah Mahmood (gambar) mendedahkan pemilih yang telah lama dibantah dijelma kembali dalam senarai pemilih baru di Bukit Panau.

”Mengapa pemilih yang dibantah disenaraikan kembali. Ini menimbulkan banyak persoalan,” katanya di sini malam tadi.

Beliau ditemui selepas majlis makan malam amal Pemuda PAS Tanah Merah di Dewan Majlis Daerah Tanah Merah. Program itu dihadiri Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Hadir sama Adun Kemahang, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustafa, Ketua Pemuda PAS Tanah Merah, Hisham Fauzi serta wakil kaum India dan Cina.

RM18,000 kos bantahan

Menjelang pilihan raya umum 2004, Dun Bukit Panau dilonggok seramai 1,800 pemilih baru yang tidak dikenali.

Pada proses perbicaraan yang diadakan ramai tidak hadir. PAS terpaksa membelanjakan kira-kira RM18,000 sebagai kos bantahan tersebut.

Setiap seorang yang dibantah perlu dibayar sebanyak RM10 oleh pembantah.

Wang deposit bantahan tersebut tidak dikembalikan biar pun pembantah menang pada perbicaraan dikendalikan di bawah SPR.

Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri juga mengesan lebih 300 orang tidak dikenali pada senarai pemilih baru suku pertama tahun ini di Dun Gual Ipoh.

Dan ketika proses bantahan dikendalikan SPR pada Mei lalu pemilih tak dikenali itu tidak hadir.

”Saya bimbang Dun Bukit Panau dan Gual Ipoh menjadi tempat longgokan pengundi luar bagi membolehkan pihak lawan menang mudah.

”Usaha tersebut dilakukan secara terancang menjelang pilihan raya umum 2004, namun hasil kerja keras jentera pilihan raya PAS menyebabkan pemilih tidak dikenali dikeluarkan,” ujar Abdul Fattah yang juga anggota Exco kerajaan negeri.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff berkata, jentera PAS terpaksa bekerja keras bagi memastikan senarai pemilih tambahan yang dipamer tidak mempunyai pemilih tidak dikenali.

Katanya, apa yang berlaku di Bukit Panau menjelang PRU 2004 mencatat sejarah apabila begitu ramai pemilih tidak dikenali dilonggok di Dun berkenaan.

Nasihat bekas pengarah

Bekas Pengarah SPR Kelantan, Abdul Rahim Salleh mengingatkan jentera pilihan raya PAS memberi tumpuan utama kepada daftar pemilih baru.

”Dan apabila ada pemilih tidak dikenali mereka perlu dibantah segera bagi mengelakkan orang itu mengambil kesempatan mengundi ketika pilihan raya diadakan,” ujarnya.

Bagaimanapun bantahan tersebut dianggap Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai agenda politik parti tertentu.

Dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini beliau dilaporkan berkata, proses bantahan dianggap mempunyai agenda politik menyebabkan 81,000 pemilih tidak dapat disahkan dalam suku pertama tahun ini.

Malah dakwanya ada pihak kurang bertanggungjawab dan mempunyai agenda politik mahu menghalang pendaftaran baru di satu-satu kawasan.

Kenyataan tersebut dibidas pelbagai pihak sehingga ramai mendesak Wan Ahmad meletak jawatan.

Read more ...

Dalam Islam ada tradisi demonstrasi

AMPANG, 21 Julai: Pemimpin Ikhwan Al-Muslimin Kuwait, Dr Tareq Mohammed Al-Suwaidan berkata, Islam sendiri menganjurkan tradisi demonstrasi atau perhimpunan aman, sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ia menyalahi hukum, lapor KeadilanDaily.

“Dalam Islam sendiri ada tradisi demonstrasi. Demonstrasi pertama dalam sejarah Islam ialah pada hari ketiga perisytiharan negara Islam oleh Nabi Muhammad (SAW) ketika berhijrah ke kota Madinah.

“Muaz Ibnu Umair mengumpulkan orang Islam untuk mengalukan ketibaan Muhammad. Mereka bernyanyi dan mengalu-alukan ketibaan baginda. Inilah demonstrasi,” jelas Dr Tareq yang juga jurucakap Ikhwan Al-Muslimin Kuwait.

Beliau yang kini dalam rangka lawatan kerja selama 3 minggu ke Malaysia, berkata demikian ketika ditemui dalam satu program di sebuah hotel di sini, 20 Julai.

Menurut Dr Tareq, beliau berpendapat demonstrasi anjuran Bersih pada 9 Julai lalu, hanya proses biasa yang dilakukan rakyat untuk memastikan sistem pilihan raya di negara ini bebas, adil dan bersih.

“Mereka (rakyat) tidak boleh dirempuh (penguasa).

“Saya ada berjumpa (Datuk Seri) Anwar, dia cedera akibat demonstrasi itu dan pengawal peribadinya luka teruk. Saya ketawa. Inikan Malaysia, sebuah negara maju. Kamu tak boleh mempunyai rakyat yang maju tanpa sistem demokrasi yang bebas dan bersih,” kata Dr Tareq.

Ketika ditanya berhubung hadis dari sahih riwayat Muslim mengenai ketaatan kepada pemimpin, yang seringkali dijadikan modal oleh ‘ulama Umno’, Dr Tareq menjelaskan ia bergantung kepada keadaan.

“Hadis Imam Muslim itu benar. Tetapi banyak hadis dan riwayat dari sahabat yang merakamkan sabda Nabi Muhammad bahawa perkara ini sebenarnya bergantung kepada keadaan.

“Jika kerajaan menjalankan kewajipannya sebagai pemerintah dan menyelesaikan hak rakyat, maka rakyat perlu patuh,” kata Dr Tareq merujuk peristiwa teguran Salman Al Farisi terhadap Saidina Umar.

Ketika ditanya tentang pandangan perbicaraan kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berpendapat kes itu kini menjadi bahan ketawa dunia.

“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad disanjungi di dunia Arab. Namun berhadapan kes fitnah dan perbicaraan terhadap Anwar, ia menjadi tuduhan yang melucukan. Ia menjadi bahan ketawa.

“Dalam sebuah sistem yang korup kita tidak akan mendapat keadilan. Bagaimana keadilan akan muncul jika para hakim berada dalam poket pemerintah?,” kata Dr Tareq.

Read more ...

UMNO dan MCA disebalik isu saman kerajaan Kelantan ?

Judi: Umno biarkan MCA calar imej Islam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbyRu3PoMFQP6oU2CeZlGzBeqZJSzJOdocoAYn-piPkNNIyy6JsmOgl4pKl4kL11BgvsP1cZ8e-T37BVa4Zv51RvpN4rW7_Cb7XC7yJqVwXcJN3gn2k2nfZV8zbwh0RCd_6t6dUL_jK37N/s1600/30878_1294916494057_1264668741_30683031_3878788_n.jpgKOTA BHARU, 21 Julai: Tanpa rasa syak lagi Kelantan kemungkinan besar kembali ke era lama sekiranya Umno diberi mandat semula mentadbir negeri ini.

Premis-premis judi dan loteri seperti wujud sebelum 1990 dijangka muncul semula serupa negeri-negeri lain sekarang.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kemungkinan itu tidak dapat dinafi memandangkan parti kompenan Barisan Nasional (BN), MCA dilihat berada di sebalik tiga individu menyaman kerajaan Kelantan dalam isu pengharaman premis judi.

Katanya, kehadiran anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difail menggambarkan penglibatan parti kompenan BN dalam kes menyaman kerajaan negeri.

“Ini sebagai satu petanda Umno pada hakikatnya hanyalah bermain wayang dan melakukan pembohongan besar apabila menyatakan perjuangan untuk membela agama Islam dan umat Melayu.

“Mengapa dalam isu ini Umno tidak bersuara, bahkan mungkin merestui tindakan yang dilakukan MCA tersebut,” katanya di sini.

Akhbar hari ini melaporkan tiga penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58 dan Gan Han Chuan, 44 mengemukakan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi.

Saman itu difail di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dinamakan sebagai defendan.

Salinan writ saman terbabit diserah seorang pemimpin MCA kepada media semalam.

Malah Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Kelantan kerana melarang premis perjudian.

Fadhli berkata, sekiranya rakyat Kelantan memberi sekali peluang kepada Umno menjadi kerajaan, pastinya kegiatan judi dan maksiat akan subur semula.

Oleh itu beliau berharap umat Islam memberikan sokongan kepada kerajaan negeri menjaga kesucian syariat Islam di bawah dasar Membangun Bersama Islam.

Beliau juga mencabar Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menyatakan sikap ekoran tindakan tiga individu terbabit menyaman kerajaan negeri dalam isu pengharaman judi dan loteri.

“Pemuda PAS mempersoalkan di manakah ketegasan Umno dan juga NGO-NGO mereka yang selama ini nyaring mendakwa mempertahankan kesucian Islam.

“Atau adakah Umno sudah hilang kejantanan sehingga membisu seribu bahasa dengan tindakan MCA yang jelas mencabar kedaulatan Islam,” ujarnya.

Katanya berdasar kepada perkembangan tersebut Umno sudah tidak layak untuk diberikan kepercayaan menjaga kesucian Islam.

Read more ...

Tidak terima notis, macam mana polis mohon waran tangkap



SHAH ALAM 21 JULAI: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa lain tidak pernah menerima sebarang notis daripada pihak polis untuk memberi keterangan bersabit perhimpunan aman Bersih, kata peguam Parti Keadilan Rakyat, N.Surendran.
Beliau yang juga Naib Presiden PKR, menafikan laporan Berita Harian kononnya polis memohon waran tangkap terhadap Anwar, anaknya Nurul Izzah dan 11 individu lain kerana tidak hadir memberi keterangan kepada polis sejak 11 Julai lalu.
Surendran menyifatkan laporan akhbar kawalan Umno itu sebagai berniat mencalar imej Pakatan Rakyat.
"Saya boleh sahkan bahawa tidak ada apa-apa notis di bawah Kanun Acara Jenayah mahupun panggilan telefon yang diterima Datuk Seri Anwar meminta beliau agar hadirkan diri ke balai polis seperti yang dinyatakan dalam laporan Berita Harian," kata beliau.
Sehubungan dengan itu Surendren berkata, akan menulis surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menuntut penjelasan terhadap laporan Berita Harian itu.
"Kita menganggap laporan ini berniat buruk dan sengaja untuk memburukkan pihak pembangkang. Saya percaya daripada senarai 13 orang itu saya boleh pastikan Sivarasa, Datuk Samad Said, Nurul Izzah dan Lathefah Koya tidak menerima notis," tambah beliau.
Antara nama lain yang turut tersenarai termasuk ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, bekas speaker Perak V Sivakumar, ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat dan Haris Ibrahim dan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin.
Antara lain laporan itu menyebut polis Kuala Lumpur telah menghantar laporan ke ibu pejabat polis Bukit Aman menamakan 13 individu yang gagal menghadirkan diri untuk membantu siasatan berkaitan perhimpunan Bersih 2.0.
Malah, polis turut membuat permohonan waran tangkap kepada kesemua individu terbabit.
Perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung di ibu negara 9 Julai lalu menyaksikan hampir 1,700 orang penyokong ditangkap.
Seorang meninggal dunia manakala Anwar, pegawal peribadinya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu adalah antara mereka yang tercedera akibat asakan polis.

Read more ...

Fahaman Komunis : Berhenti percaya Menteri dan Polis


KUALA LUMPUR 21 JULAI: Majlis Peguam menyarankan agar rakyat berhenti daripada mempercayai sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri kabinet dan polis bersabit ideologi komunis yang cuba dibawa oleh enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Justeru, peguam Edmund Bon menyifatkan kesemua individu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) merupakan tahanan politik dan menggesa supaya mereka dibebaskan segera.

Katanya, perkara itu sangat jelas berdasarkan kandungan 37 afidavit yang diserahkan kepada polis kelmarin sebagai respons kepada permohonan habeas corpus, sekali gus menunjukkan polis gagal menyatakan sebarang penglibatan kesemua individu terbabit dengan gerak kerja komunis seperti yang didakwa oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini.

Namun kini alasan penahanan enam anggota PSM itu terpalit kepada perhimpuan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu dituduh sebagai penggerak utama.

Bercakap pada sebuah forum malam tadi, Edmund Bon turut menyenaraikan 10 sebab mengapa enam anggota PSM terbabit harus dibebaskan segara.

"Penahanan ini adalah 'mala fide'. Pertama (seksyen) 112, ada juga tuduhan perhimpunan haram 27 Akta Polis, 511 Kanun Keseksaan perhimpunan haram juga, dan selepas mereka keluar beberapa hari, tuduhan (mereka) penggerak Bersih.

"Saya bacakan ini kepada anda kerana kita perlu berhenti membaca dan percaya penipuan oleh Nazri (Aziz), polis yang cakap pasal sosialism, komunism dan Chin Peng. Tiada satu perkara pun berkaitan itu yang disebut dalam afidavit," kata beliau.

 Enam individu yang ditahan termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr. D Jeyakumar pada mulanya dituduh berniat melancarkan peperangan terhadap Yang Di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan.

Kesemua mereka ditahan di Tol Sungai Dua, Kepada Batas dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 dijadualkan berlangsung di ibu negara.

Antara perkara yang dipersoalkan Edmund termasuk soalan berbentuk politik oleh polis, tiada bukti sahih untuk menuduh individu-individu tersebut melanggar undang-undang selain tindakan polis menghalang akses guaman.

Edmund berkata rakyat kini semakin berani selepas menyaksikan sokongan padu yang ditunjukkan pada perhimpunan Bersih 2.0 lalu.

Sementara itu Setiausaha Agung PSM, S.Arutchelvan yang juga ahli panel forum itu berkata, sebelum ini bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein pernah mengadakan pertemuan dengan Pengasas Komunis, Mao Zedong pada tahun 1974.

Justeru itu, beliau mendakwa pertemuan diplomatik itu bertujuan membangkitkan momentum pilihan raya umum bagi meningkatkan keyakinan masyarakat Cina terhadap kerajaan Umno selepas kejadian Mei 13, 1969.

"Kita ada (gambar) Mahathir dan Fidel Castro, Tun Razak dan Mao Zedong. Ini digunakan ketika mahu menang pilihan raya dan kita juga ada gambar Pemuda Umno tandatangani MOU dan Parti Komunis China (yang direkodkan)," kata beliau.

Arutchelvan sebelum ini menceritakan kronologi kejadian penahanan enam anggota PSM kepada kira-kira 200 yang hadir semalam.

 Malah kata beliau, pada mulanya polis seolah-olah hilang punca untuk mencari kesalahan keenam-enam individu terbabit sehingga menuduh kemeja-T bercetakkan pemimpin komunis Chin Peng sebagai alat untuk menentang Tuanku Mizan.

"Encik Aru, ini semua tidak ada masalah. Ini dia masalahnya (sambil menunjukkan risalah Bersih 2.0). Malah risalah itu bukan berwarna kuning tetapi hanya salinan fotostat," katanya disahut gelak-tawa hadirin.

Antara ahli panel lain yang dijemput pada forum itu adalah Chirstopher Leong dan Syed Ibrahim.

Hadir sama pada forum tersebut semalam ialah wanita kebebasan Bersih 2.0, Anne Ooi yang mendapat publisiti meluas selepas menjadi antara wanita tertua yang menyertai perhimpunan itu dua minggu lalu.

Sebelum itu, Gerakan Mansuh ISA mengadakan perhimpunan vigil lilin di hadapan pejabat Majlis Peguam sebagai solidariti untuk mereka yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO).

Read more ...

Ibu Teoh tidak dapat terima keputusan Suruhanjaya Diraja



ALOR GAJAH 21 JULAI : Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz bahawa Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock mendapati pembantu politik DAP itu ditolak sepenuhnya ibu mendiang, Teng Huw Hoi.

Menurut Teng Huw Hoi, 58, beliau tetap yakin bahawa Beng Hock tidak membunuh diri kerana ia disifatkan sebagai anaknya yang baik.

"Saya seorang ibu, saya tidak boleh terima anak saya mati bunuh diri," katanya kepada Bernama Online.

Malah Teng Huw Hoi berkata, beliau dan keluarga menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada pihak peguam untuk mengeluarkan kenyataan.

Jelas Teng Huw Hoi lagi, beliau dan suaminya Teoh Leong Hwee serta anggota keluarga lain akan ke Kuala Lumpur pada petang ini untuk menemui peguam mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz petang tadi mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati pembantu politik DAP itu membunuh diri.

Katanya, suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan", kata Nazri dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen petang ini.

Bagaimanapun, Nazri menambah, pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh.

Laporan prosiding suruhanjaya diraja setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panelnya yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.

Teoh, 30, pembantu politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Februari dan berakhir pada 10 Mei lalu.

Laporan hasil siasatan suruhanjaya itu telahpun diserah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada bulan lepas.

Read more ...

GANAS !!! Dr Syed Azman ditendang dan dipukul polis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhx4wNbc2AfXJ1c0Cf92h9Jsj2LdDefczBAyut1g7QMzIrxSa7D-eTpg3J-k6yNT4Iz5LpDJUpxYP8iP7hTOqMdQXKTH2z9A8oYVGZl7VvnVbUKf1WPzFg4bkFmezloZnj4Xkz5wwuMd0o/s400/drsazman.pngKUALA LUMPUR: Polis didakwa bertindak ganas ke atas pemimpin dan peserta himpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu termasuk ke atas Timbalan Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Syed Azman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, mendakwa turut dipukul dan ditendang oleh polis ketika cuba mempertahankan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang daripada ditangkap oleh pihak polis.

Wartawan Harakah mengikuti kumpulan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0 termasuk Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi Bersih 2.0, Dato’ Ambiga Sreenivasan; Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Ketika kepimpinan melalui sebuah terowong laluan bas dan pejalan kaki di KL Sentral, tiba-tiba pihak polis mengepung dengan menembak gas pemedih mata di depan kumpulan kepimpinan dan juga di belakang kumpulan.

Tindakan polis itu membuatkan keadaan menjadi kelam kabut apabila masing-masing bertempiaran lari kerana tidak tahan dengan kepedihan gas pemedih mata.

Wartawan Harakah bersama wartawan Suara Keadilan turut terperangkap di dalam terowong dengan gas pemedih mata yang dibedil pihak polis dalam ruang yang sempit.

Kesempatan ini digunakan oleh polis untuk memberkas kepimpinan utama termasuk Ustaz Hadi, Ambiga dan Tian Chua.

Menurut Syed Azman ketika beliau cuba mempertahankan Ustaz Hadi daripada ditangkap itulah beliau dipukul dan terjatuh dan seterusnya tengkuk dan lutut beliau ditendang oleh polis berpakaian preman.

“Pihak polis tiba-tiba melepaskan gas pemedih mata di hadapan kami.Ketika itulah mereka memberkas Abdul Hadi, Ambiga dan Tian Chua. Saya cuba menghalang Abdul Hadi daripada ditangkap tetapi saya juga turut dipukul oleh polis berpakaian preman.

“Selepas itu dalam kekecohan itu saya turut terjatuh dan tengkuk, leher dan kaki saya turut ditendang oleh pihak polis berpakaian preman. Ini tindakan yang amat kejam.

Pada mulanya saya, Kamarudin dan Nurul Izzah juga ditangkap oleh polis berpakaian biasa tetapi oleh kerana polis tidak tahan dengan kepedihan gas pemedih mata di terowong tersebut, maka polis sendiri terpaksa lari meninggalkan kami,” ujar Syed Azman sambil mengesat darah ditengkuk beliau.

Akibatnya Syed Azman cedera di bahagian tengkuk, leher dan lutut mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.Terdapat kesan darah pada baju beliau.Turut tercedera ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang terkena tembakan gas pemedih mata di kepala beliau. Beliau menerima enam jahitan di kepala.

Sementara itu Kamarudin turut mengecam tindakan pihak polis yang melepaskan gas pemedih mata di dalam terowong termasuk di hadapan kepimpinan dan penyokong dan di belakang juga.

“Mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata di belakang kami dahulu dan selepas itu di hadapan.Ini membuatkan ratusan pemimpin dan penyokong termasuk orang awam turut terperangkap di dalam terowong.

“Ini satu tindakan tidak bertanggungjawab daripada pihak polis dan apa tujuan mereka memerangkap kami dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata di depan dan di belakang orang ramai di dalam terowong,” kata Kamarudin sambil membasuh mata dengan air mineral kerana kepedihan mata.

Anwar juga dipapah oleh penyokong beliau akibat kesukaran bernafas gas pemedih mata sementara pengawal peribadi beliau pula cedera di pipi sebelah kiri akibat terkena tembakan peluru

Read more ...