“Kerajaan Persekutuan BN jelas mengamalkan ‘double-standards’ dengan menolak laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dihasilkan oleh Transparency International (TI) sebagai subjektif kerana ia memberi pandangan yang negatif tetapi menerima Indeks Daya Saing Global (GCI) oleh World Economic Forum sebagai objektif kerana gambaran lebih positif yang diberikan,” kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.Beliau merujuk kenyataan menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semalam yang berkata bahawa kedudukan CPI Malaysia yang menurun adalah “subjektif” dan “boleh dipersoal”. Ahmad Husni juga berkata bahawa kaji selidik yang berdasarkan persepsi tidak seharusnya digunakan sebagai kaedah penilaian.
“Kenapa GCI tidak dikatakan sebagai satu kaedah penilaian yang subjektif? Kenapa kaedah penilaiannya tidak dipersoal?
“Adakah begitu kerana laporannya memberi gambaran yang lebih positif?” soal Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.Menurut beliau, sikap tidak sedar diri ini amat jelas apabila “kerajaan BN memuji diri” kerana kedudukan Malaysia telah meningkat lima tangga dari 26 kepada 21 dalam Indeks Daya Saing Global (GCI) World Economic Forum pada tahun ini.
Menurutnya, kerajaan masih cuba menafikan amalan rasuah yang berleluasa di negara ini meskipun menghadapi skandal seperti isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.
“Ini adalah satu contoh penafian oleh kerajaan persekutuan BN yang tidak ingin mengaku bahawa keadaan rasuah semakin teruk walaupun perdana menteri telah menjalankan pelbagai program seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.
“Kerajaan BN tidak seharusnya bersikap seperti burung unta yang membenamkan kepala dalam tanah tetapi mengaku bahawa negara kita sedang mengalami masalah rasuah yang serius,” katanya.
Dalam laporan TI, CPI Malaysia bagi tahun 2011 menurun untuk tahun ketiga berturut-turut kepada 4.3 mata dan kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding dengan tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.
Lebih teruk, laporan yang mengkaji selidik seramai 1,000 responden itu juga mengenal pasti bahawa pihak polis dan parti-parti politik merupakan institusi-institusi yang dilihat sebagai paling korup di negara ini.
“Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali.
Beliau seterusnya membandingkan pentadbiran Pakatan dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana terlebih belanja RM3.7 bilion dan juga mengenai skandal RM250 juta “lembu dan kondo” yang membabitkan keluarga seorang menteri kabinet.
negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negeri.
negeri tunggal dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.







Untuk menyokong dakwaannya, Shaik menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul serta mensasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu.
Langsung pula tidak disebut tentang skandal lembu dan kondo yang membabitkan keluarga seorang Menteri Persekutuan.
Saya menggesa supaya penyokong DAP tidak bertindak keterlaluan dan tidak terganggu oleh provokasi dangkal lagi bebal daripada UMNO. 