Fathul Bari Pengerusi
Sekretariat Ulama' Muda Umno pernah menjadi seorang ahli panel di Majlis Wacana Hudud di Wisma MCA yang turut dihadiri Presiden MCA Chia Soi Lek.Nampaknya Ulama Muda Umno gagal memahamkan Presiden MCA tentang hukum hudud dalam seminar berkenaan.
Presiden MCA itu terus menghina hukum Hudud walaupun telah mendengar penjelasan Ulama Muda Umno. Apa yang Fathul Bari jelaskan tentang hukum Hudud sehingga Presiden MCA itu masih berani mempersenda hukum Hudud.
Ramai yang bertanya di mana Fathul Bari di kala Soi Lek membelasah hukum Hudud. Dulu ulama Muda Umno ini pernah membela Soi Lek apabila Soi Lek dikritik kerana menghina hukum Hudud.
Katanya, Soi Lek perlu diberi kefahaman bukan dihemtam. Bukankah Fathul Bari dah menjelaskan hukum Hudud semasa Wacana Hudud anjuran MCA. Kenapa Soi Lek masih berani menghina hukum Hudud?
Mungkin inilah sebab Fathul Bari tak bersuara apabila Soi Lek lantang memperkecilkan hukum Allah.
Atau mungkin Fathul Bari mencari hujah untuk membela Soi Lek lagi?





Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan keras Setiausaha
Agung Perkasa, Syed Hassan Ali yang membayangkan haram bagi umat Islam
untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbaru Presiden
MCA berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.