Friday, August 12, 2011

Isu Murtad : Antara lakonan UMNO dan komitmen PAS

PAS pilih JAIS atau DAP, jawabnya PAS pilih Islam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSMfEeujqNB6JEX-uzu2ejGAcL1iTbVsqGlTP9OvS3afQCaG41PDJTKrIB_UmHyW_31k2bH20xmmqY8wcvqSIes6FDj9oDKSR3-rEUnGhinR2BsRhdThv4gsLinprCQ4iqzsS2tmjNuyE/s1600/1.jpg
Maka bertarilah kalam Mashitah, Ulama Wanita Umno dalam akhbar Sinar Harian hari ini menghentam PAS kononnya PAS takut kepada DAP sehingga tidak berani menegakkan kebenaran dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap gereja kristian baru-baru ini.

Katanya, PAS sudah tunduk kepada DAP dan tidak lagi berjuang dengan prinsip asalnya iaitu Islam.


Saya hairan sejak bila pula Mashitah simpati dan peka terhadap perjuangan PAS. Apa yang menyebabkan tiba-tiba beliau simpati kepada PAS. Lebih baik dia mereformasikan Umno supaya mengambil Islam sebagai asas perjuangan.


Dengan kuasa yang ada mereka boleh melaksanakan Islam di dalam negara kita ini. Undang-undang murtad yang sepatutnya sudah lama digubal dan digunapakai di Malaysia ini tidak dilaksanakan oleh Umno sebab apa? Mengapa Mashitah tidak bising?


Dalam isu JAIS ini, PAS tidak pernah tunduk kepada sesiapa. PAS tetap dengan prinsipnya iaitu aqidah umat Islam mesti dipertahankan. PAS sudah lama berjuang supaya undang-undang murtad ditegakkan di negara kita......malangnya setiap kali PAS mengusulkannya di Parlimen ianya ditolak mentah-mentah oleh Umno.

Usul mengenai murtad ditolak mentah-mentah termasuk usul yang pernah dibentangkan oleh YB Salahuddin Ayub pada Sidang Parlimen beberapa tahun lalu. Sudah beberapa kali PAS cuba usulkan malangnya ia tetap ditolak mentah-mentah oleh kerajaan pimpinan Umno.


PAS mengambil langkah yang cermat dalam hal ini kerana PAS kenal siapa JAIS dan PAS juga tahu kewujudan gerakan kristianisasi. PAS mengambil langkah mengikut undang-undang murtad ala Umno (sangat minima) yang ada di dalam negara kita.


PAS kenal JAIS, PAS kenal siapa di dalam dan dibelakang JAIS. Semua orang tidak lupa JAIS pernah merobohkan surau, JAIS pernah menghalang Ustaz mengajar di Masjid dan Surau. JAIS pernah menangkap Ustaz ....

Kalau JAIS begitu sombong dan angkuh merobohkan surau atas dasar politik sempit apakah tidak ada kemungkinan JAIS juga melakukan apa sahaja kerjanya untuk kepentingan pihak tertentu.


Dalam masa yang sama PAS tidak akan sekali-kali berkompromi dengan pihak-pihak yang melanggar undang-undang sedia ada. Jika benar ada unsur-unsur penyebaran ajaran kristian kepada umat Islam ianya mesti dihalang dan dibenteras. Sebab itu PAS ingin bertemu dengan gereja dan JAIS untuk mendapatkan maklumat sebenar dan selepas itu mengambil ketetapan yang sahih dan tepat.


PAS sejak dari dahulu konsisten dalam hal menjaga aqidah ....tetapi siapa yang selalu memberikan jawapan bahawa isu murtad ini isu remeh, baru sedikit yang murtad ....siapa yang selalu mempersenda-sendakan isu murtad ...tepuk dada tanya iman.


Semua orang tahu siapa Umno dan apa tindakan Umno dalam isu murtad. Mengapa dalam isu JAIS ini Umno begitu beriya-iya mengambil tahu.

Bagaimana dengan pendedahan Mufti Perak, Tan Sri Harussani bahawa ratusan ribu umat Islam murtad di Malaysia. Apa tindakan Umno? Mana undang-undang murtad yang digubal oleh kerajaan Umno?

Bagaimana dengan kisah murtad Aishah Bokhari, Hartina Kamaruddin dan lain-lain mengapa sehingga hari ini ianya senyap dan sunyi.

Mengapa Umno yang berkuasa tidak mahu menyokong usul PAS yang mahukan undang-undang murtad yang selaras dengan tuntutan Islam di gubal dan diamalkan di negara kita?


Mengapa Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang dipecat? Siapa pula yang menyokong IFC suatu ketikan dahulu. Adakah PAS atau pemimpin PAS yang menyokong IFC? Sedangkan PAS konsisten menentangnya ..


Saya mengharapkan Mashitah tidak payahlah sibuk menempelak dan memperlekehkan PAS. Ada baiknya beliau memperjuangkan perkara-perkara asas Islam dalam Umno yang masih belum diselesaikan.

Alangkah baiknya beliau menasihat dan memastikan isteri Perdana Menteri dan menteri-menteri Islam tutup aurat. Itu belum kita sentuh isu-isu besar seperti hukum Islam, riba, hudud dan sebagainya.

Cukup buat permulaan Mashitah selesaikan isu aurat itu dahulu,,,,,yang mana dalam PAS, kanak-kanak PASTI (Tadika PAS) pun tahu aurat mesti ditutup...

http://mutaligat.blogspot.com

Read more ...

"Jangan buli saya encik Karpal" - Rosmah Mansor

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifh0c8XmjCGQfBMZNqHqFo5JR8rYg4QbmQibctMWwshPAZu9QWRGkXJ8TwWCoeR-6oIbgj3Ub3TY80X4uK8Jil9EVlu7ozwJapsnCZCuu17sCs1SOyNVH3MSnn3uIWduoLwyHIe9uVnlc/s1600/rosmah.jpgKarpal berkata, apabila peguambela tiba di kompleks mahkamah, Najib dan Rosmah sudahpun berada di situ.

"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Karpal.

Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam.

Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.

Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.

Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.

"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.

Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".

Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang yang juga defendan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Ini didedahkan oleh peguam utama Anwar - Karpal Singh - dan juga peguam Sankara Nair.

Karpal dan Sankara, serta peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy dan Ram Karpal, berada di dalam bilik yang sama apabila saksi-saksi dibawa masuk, seorang demi seorang.

Karpal berkata, apabila peguambela tiba di kompleks mahkamah, Najib dan Rosmah sudahpun berada di situ.

"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Karpal.

Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam.

Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.

Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.

Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.

"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.

Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".

Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan. - Malaysiakini

Read more ...

UMNO nak tarik sokongan orang muda edar Helmet 1Malaysia tapi tiada kelulusan Sirim

KUALA TERENGGANU - Siapakah yang akan dipertanggungjawabkan keatas belia yang mengalami kemalangan memakai helmet 1Malaysia? Najib, Ahmad Said, Ahmad Shabery atau Rozi Mamat?

Ia adalah kerana ke empat-empat pemimpin Umno tersebut adalah antara pemimpin Umno yang hadir d atas pentas dan membahagi-bahagikan 'Helmet 1Malaysia' kepada 32,000 belia atau remaja Terengganu dalam Himpunan Remaja Terengganu 2010.


Himpunan yang 'kononnya' didakwa oleh Rozi ketika itu Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri relevan bagi membanteras gejala mat rempit dan samseng jalanan, sebenarnya adalah kempen 1Malaysia Najib Razak di Terengganu


Oleh sebab itu,media Umno telah melancarkan propaganda dengan mengatakan lebih 30,000 remaja dijangka berada di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak pad Sabtu 8 Disember, 2010, dimana Najib melancarkan Kelab Permotoran Remaja Terengganu (KPRT)..


Rozi Mamat telah mendakwa kononnya, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menghantar 1,000 orang untuk menjadi ahli KPRT.


Lalu diagih-agihkan kepada jaket 1Malaysia dan 'Helmet 1Malaysia' kepada para belia dan remaja yang hadir secara 'berbayar' ke program tersebut.


Mereka diberikan wang ‘sogokan’ 1Malaysia kepada para peserta.


Remaja atau belia yang mahu menyertai Himpunan tersebut, mestilah mendaftar di pejabat DUN Umno.


Setelah mendaftar, mereka diberikanl baucer, dan akan mendapat habuan apabila membawa baucer tersebut ke Stadium Tertutup Gong Badak.


Mengulas pemberian Helmet 1Malaysia, sebuah NGO, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) menyeru agar penerimanya berhati-hati.


Menurut MAMPAT, Helmet 1Malaysia yang dihadiahkan itu adalah jenis murahan tidak menepati piawaian keselamatan yang disahkan oleh SIRIM.


"MAMPAT juga mendapat laporan daripada pengguna yang menggunakan helmet tersebut bahawa, telah ada helmet yang "TERBELAH 2" apabila jatuh terembas di adat simen,"menurut kenyataan yang diterbitkan oleh laman rasmi NGO terbabit.


Oleh itu, baru-baru ini beberapa pihak yang prihatin telah meneliti dan membuat perbandingan Helmet 1Malaysia hadiah pemimpin Umno itu dengan topi keledar 'standard'.BO

Read more ...

Datuk Gooi Hoe Hin letak jawatan sebagai CWC Gerakan

NONEAdakah gelora melanda semula dalam parti Gerakan atau mungkinkah kelihatannya seperti itu selepas salah seorang daripada anggota paling kanan dalam kepimpinan pusat memutuskan untuk melepaskan jawatannya?

Sumber parti berkata anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Datuk Gooi Hoe Hin bertindak untuk berundur secara mendadak daripada kepimpinan parti semasa berlangsung mesyuarat CWC yang 'bergelora' selepas beliau mengkritik keras presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Gooi, bekas Setiausaha Politik kepada bekas presiden Gerakan Tun Dr Lim Keng Yaik semasa Dr Lim berkhidmat sebagai Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, dikatakan "berasa sangat kecewa dengan kepimpinan Dr Koh".

Ini terutamanya berkaitan apa yang dianggap sebagai kegagalan Koh untuk menjawab dan mempertahankan parti, dan beliau sendiri, apabila beberapa kritikan dilemparkan terhadap kepimpinan tertinggi parti.

"Sentimen beliau (Gooi) dikongsi dalam kalangan kami semua. Kebanyakan anggota CWC parti yang menghadiri mesyuarat ini bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Gooi. Kami semua terperanjat apabila beliau menepuk meja dan berkata beliau meletak jawatannya dalam CWC sebelum keluar meninggalkan mesyuarat," kata seorang sumber parti yang enggan dikenal pasti.

Susulan kritikan keras dan di luar jangkaan itu, Koh mengadakan sidang akhbar hari ini untuk menangkis semua kritikan yang dilempar terhadapnya, terutamanya dakwaan oleh sesetengah pihak bahawa beliau tidak layak memimpin parti itu di Pulau Pinang.

Koh menjawab kenyataan bekas Naib Presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping, bekas Naib Ketua Pemuda Gerakan Tan Tee Beng dan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, yang meragui keupayaannya untuk memimpin parti.

Zahrain berkata Gerakan harus menukar kepimpinan dan memperkenalkan muka baru sekiranya parti itu serius untuk menawan semula Pulau Pinang daripada pembangkang.

tan tee beng pc 030110 01Tee Beng (kanan) berkata Koh perlu digantikan sekiranya Gerakan serius untuk menawan semula Pulau Pinang manakala Kok Ping pula mendakwa Koh "tidak berbuat apa-apa sejak 18 tahun yang lepas."

Seorang lagi sumber parti berkata pemimpin peringkat akar umbi parti itu berasa kecewa dan marah kerana Koh memilih untuk berdiam diri berhubung kritikan itu.

Bagaimanapun, Gooi ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu, kecuali mengesahkan bahawa beliau telah pun melepaskan jawatannya dalam CWC Gerakan.

Ramai pemimpin lain dalam parti ketika dihubungi turut enggan mengulas manakala ada di antara mereka percaya bahawa peletakan jawatan Gooi berkemungkinan besar tidak akan diterima oleh Presiden parti.

NONE"Kami seringkali berselisih pendapat. Saya yakin kami akan bersatu padu semula. Itu saja yang boleh saya katakan," kata Naib Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong (kiri).

Ketua Pemuda Lim Si Pin berkata semasa mesyuarat CWC itu, ada di antara pemimpin parti yang menyuarakan kebimbangan berhubung kritikan terhadap Koh serta parti, dan menasihati Koh supaya bertindak dengan sewajarnya.

"Beberapa orang di antara kami bimbang tentang kesannya. Ia sudah tentulah akan membawa kesan negatif bukan sahaja kepada beliau tetapi juga kepada parti keseluruhannya.

"Bagaimanapun, saya tidak fikir peletakan jawatan Datuk Gooi adalah rasmi. Presiden masih belum memberi jawapan," katanya.

- Bernama

Read more ...

Larang pembesar suara: Perlis sokong Pulau Pinang

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

“Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” katanya dalam satu pesanan SMS kepada Malaysiakini.


Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.




“Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang.

“Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh.

“Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih,” katanya.

Hormati keputusan

Mengulas perkara yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik Bernama berkata pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang itu.

"Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," katanya selepas menghadiri majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf dan penyampaian bantuan Ramadan di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur malam semalam.

Berita Harian semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan larangan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu kerana amalan berkenaan dikatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Akhbar milik Umno itu juga memetik pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Datuk Abd Shukor Husin, berkata larangan itu ditakuti mendatangkan kesan kepada penyatuan Umat Islam di negara ini

Sebaliknya, kata beliau, larangan itu sebenarnya tidak perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri, sebaliknya ditentukan mengikut budi bicara dan disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat.

"Sepatutnya tak payah keluarkan fatwa dulu, fatwa itu harus berhemah dan berhikmah, kena kaji sama ada tempat itu memerlukan larangan atau tidak, kerana bila sudah difatwakan ia akan menjadi isu yang boleh menjadi punca masyarakat Islam tidak bersatu.

"Contohnya satu kes masjid berdekatan dengan hospital, bila nak masuk waktu solat, imam baca al-Quran sehingga mengganggu pesakit, jadi mereka jumpa dengan mufti dan larangan itu boleh dipertimbangkan mengikut kawasan,” katanya dipetik Berita Harian.

Read more ...

Monopoli kroni UMNO-BN terus bebankan rakyat, NKRA Najib gagal


PETALING JAYA 13 OGOS : Pakatan Rakyat mengutuk monopoli syarikat-syarikat besar Malaysia yang dikuasai kroni Umno-BN kerana langsung tidak membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia.

Jawatankuasa Bajet Alternatif PR berpendapatan, hal ini bertentangan dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

Menurut ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad ini dapat dilihat dengan perkara paling asas iaitu makanan ruji rakyat Malaysia, beras.

"Beras merupakan monopoli paling besar. Satu-satunya pengimport dan pengedar adalah Bernas. Walaupun dalam harga subsidi, jika kita benarkan orang lain import beras, dengan pasaran dan ekonomi, beras boleh dijual dengan harga lebih rendah dari Bernas," terang beliau dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat semalam.

Dengan sinis Dr Dzulkefly berkata, hal ini seharusnya dijawab oleh Najib sendiri yang tidak berpijak pada bumi nyata dengan pengumuman bantuan namun menaikkan kos kehidupan rakyatnya.
"Najib tahu hal ini salah tapi tetap dilakukan. Kenapa beri kepada kroni? Kita taknak buat andaian, mungkin mereka beri bantuan dan sokongan untuk pilihan raya. Biar parti politik buat analisis mengenai perkara ini," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS.

Sementara itu, ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong pula mengulas mengenai pertukaran saham antara Air Asia dan Sistem Penerbangan Malaysia yang dikatakan bakal mewujudkan 'kartel' atau monopoli dalam industri penerbangan negara.

Menurut Chin Tong, ia hanya akan menambah beban rakyat khususnya dari sabah dan Sarawak kerana kemungkinan tambang penerbangan domestik akan meningkat.

Hal ini ada asasnya kerana pengelola lapangan terbang negara ini Malaysian Airport Holdings Berhad dilaporkan mahu menaikkan cukai lapangan terbang dari RM14 ke RM65 bagi penumpang antarabangsa dan RM7 ke RM32 bagi pengguna domestik minggu ini.

"Khazanah pada masa yang sama meningkatkan cukai lapangan terbang menerusi MAHB. Semua ini dikawal oleh Khazanah. Semua ini berlaku pada waktu yang sama. Ini pasti bakal membunuh sektor penerbangan awam di negara ini dan membebankan pengguna iaitu rakyat Malaysia," kata beliau.

Read more ...

SPR lebih berminat pertahan kedudukan pemerintah


KUALA LUMPUR 13 OGOS : Jawatankuasa Pemandu Bersih melahirkan kekecewaannya atas respon balas yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersabit tuntutan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil oleh pertubuhan bukan kerajaan itu.

Dalam satu kenyataan media semalam, Bersih mendakwa SPR dilihat secara terus-menerus memberikan ulasan yang memudaratkan muafakat kerjasama ke arah pilihan raya yang lebih adil sebaliknya lebih "beria-ia mempertahankan parti pemerintah".

Malah menurut kenyataan media itu lagi, jawatankuasa itu sangat kecewa dengan cara Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang didakwanya terus mengambil pendekatan konfrontasi melampau dan tidak produktif.

"Kami telah menyatakan berulangkali bahawa matlamat Bersih 2.0 adalah sistem pilihan raya yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia, bukannya untuk memburukkan mana-mana institusi atau mempromosikan sebarang agenda politik," katanya.
Menurutnya, Bersih 2.0 hanya berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih.

"Sekiranya BN atau mana-mana parti menang melalui pilihan raya yang bersih dan adil, maka matlamat kami telahpun tercapai," tegas kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, Bersih berpendapat SPR dan Wan Ahmad mesti menumpukan perhatian mereka dengan melibatkan diri bersama-sama masyarakat madani bagi memperbaiki institusi awam dan "bukannya terlibat dalam perang mulut dengan parti-parti politik".

"Ulasan terkini yang dibuatnya, mengancam kewibawaan awam berkenaan sifat 'non-partisan' SPR yang diperlukan untuk mengekalkan keyakinan orang ramai.

"Membuat kritikan politik merupakan tugas seorang timbalan pengerusi sebuah parti politik, dan bukannya tugas timbalan pengerusi SPR," tambah kenyataan itu.

Berikutan itu, katanya, Bersih 2.0 berharap SPR menumpukan tenaganya untuk menyelesaikan masalah besar, yang dikesan pada daftar pemilih seperti “skandal Mismah”.

Perkara itu, menurut gabungan NGO itu, mendedahkan perkembangan membimbangkan mengenai pemberian hak mengundi kepada seseorang yang diragukan kewarganegaraannya.

"Masalah daftar pemilih lain termasuk kejadian pengundi bernama 'Kg Baru', penyelewengan yang serius berkenaan pengundi berganda serta alamat penuh sesak dan sebagainya.

"SPR sepatutnya memberi perhatian untuk membetulkan masalah ini dengan segera dan bukannya mempertahankan serta menjadikan perkara ini sebagai isu politik yang menjejaskan kewibawaan semua pihak," tegas kenyataan itu lagi.

Mengenai isu pengesahan biometrik, katanya, Bersih 2.0 memandang serius laporan terbaru bahawa pihak polis sedang menyiasat penyelewengan sistem biometrik yang digunakan untuk mendokumentasi pekerja asing.

"Lebih tepat lagi, ianya merupakan kelemahan yang akan membolehkan penipuan pilihan raya secara besar-besaran sekiraya hanya sistem biometrik sahaja digunakan untuk mencegah pengundi hantu.

"Kami masih belum mendengar hujah-hujah meyakinkan tentang kenapa kaedah dakwat kekal yang lebih murah, mudah dan lebih berkesan tidak patut dipakai," tambahnya

Read more ...

UMNO mempertahankan Islam dengan 'MANGKUK JAMBAN"!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSMfEeujqNB6JEX-uzu2ejGAcL1iTbVsqGlTP9OvS3afQCaG41PDJTKrIB_UmHyW_31k2bH20xmmqY8wcvqSIes6FDj9oDKSR3-rEUnGhinR2BsRhdThv4gsLinprCQ4iqzsS2tmjNuyE/s1600/1.jpgOleh: ZULKIFLI YAHAYA
(Kolumnis Nota Utara, Harakah)

Di bulan Ramadhan yang mulia, di waktu seluruh Iblis dan syaitan dirantai, umat Islam sepatutnya menjadi lebih baik dan berhikmah dalam sebarang tindakan berbanding di luar lingkungan Ramadhan.

Saya tertanya apa rasionalnya, Pemuafakatan Warisan Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak) menghantar mangkuk tandas, berus jamban dan penyapu ke pejabat Meneri Besar Selangor, kononnya sebagai membantah tindakan Abdul Khalid memohon maaf kepada pihak Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya sebelum ini.


Negara pernah digemparkan dengan tindakan pihak tertentu menghantar kepala lembu ke pejabat SUK Selangor. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pernah dikirimkan dengan kek hitam, jambangan bunga hitam, coli dan seluar dalam wanita.


Semua tindakan tidak berapa siuman itu dilakukan oleh NGO yang berwalak (tunduk dan patuh) kepada arahan UMNO. Semua tahu mereka adalah rangkaian UMNO, melakukan tindakan provokasi untuk kepentingan UMNO dan bertujuan memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat.


Persoalan besarnya ialah dalam semua isu berbangkit itu nama ‘Islam’ dilibatkan; kononnya kerana kuil lebih diutamakan dari masjid, kononnya umat Islam ditindas di Pulau Pinang dan kononnya kristianisasi tidak disekat.

‘Islam’ dijadikan alat meyalakan sentimen dan membakar semangat orang Melayu/Islam di negara ini tetapi melalui tingkah laku yang langsung tidak menampakkan akhlak Islam.


Kristianisasi adalah isu yang melibatkan aqidah dan maruah Islam. Maruah Islam musnah jika orang Islam sewenang-wenangnya keluar agama.

Tapi apakah kerana kononnya mahu mempertahankan maruah Islam kita melakukan penghinaan melampau terhadap saudara seagama dan memburukkan imej Islam melalui tindakan macam orang terencat akal. Siapa yang paling gembira kalau bukan musuh Islam?


Apabila JAIS dan Dato’ Dr. Hassan Ali menyerbu gereja DUMC kerana penganjuran majlis yang melibatkan penyertaan 12 orang Islam ia adalah tindakan wajar.

Ia adalah langkah penguatkuasaan berdasarkan enakmen yang ada untuk memelihara maruah umat Islam. Mana boleh orang Islam ‘berbuka puasa’ di gereja? Buruk benar, bunyinya.

Terlintas barang sepicing dalam hati untuk mengakui kebesaran Kristian apabila berada dalam gereja, maka hancur leburlah iman. Bukan sahaja pesan-memesan dan dakwah, penguatkuasaan juga perlu dalam Islam.


Tindakan Hassan Ali boleh mengingatkan umat Islam jangan secara mudah jatuh hati dengan gereja dan pihak penganjur supaya jangan dengan mudah juga menganjurkan acara untuk umat Islam di gereja.

Langkah itu tidaklah menyelesaikan masalah aqidah umat Islam yang sentiasa terancam. Kumpulan orang Islam itu sendiri yang terhegeh-hegeh masuk ke gereja, bukan dipaksa dengan muncung pistol oleh pihak penganjur.

Sepatutnya ada umat Islam yang bertanggungjawab untuk menginsafkan kumpulan longgar iman itu supaya jangan menjual Islam dengan sekampit beras, macam orang Melayu menjual undi kepada BN dengan sekilo gula.

Masalahnya pihak yang diharapkan melakukan kerja dakwah itu terlalu sibuk dengan kerja bukan dakwah.


Tapi sekurang-kurangnya tindakan Dato’ Hassan Ali dan JAIS dapat mengurangkan bencana murtad. Mereka mesti disokong dalam menunaikan tanggungjawab tersebut.

Masalahnya dalam negara yang bernama 1Malaysia ini, isu agama tidak boleh ditangani dengan agresif macam polis menanganai himpunan Bersih.

Setakat apa yang dibuat oleh JAIS itu sudah memadai, selanjutnya adalah tanggungjawab pemimpin kerajaan, pemimpin politik serta semua pihak yang terbabit duduk semeja mencari penyelesaian. Itu kaedah manusia bertamadun.


Masalah yang timbul ialah pihak UMNO yang semakin kemaruk sokongan rakyat nampak ada peluang untuk dipolitikkan. Lalu bermulalah operasi mengasah batu api.

UMNO melontarkan serangan fitnah terhadap PAS tidak semena-mena. PAS tidak pernah mengeluarkan barang sepatah perkataan menyalahkan tindakan Hassan Ali tapi PAS dituduh tunduk kepada DAP.

PAS dimarahi kerana tidak bangkit secara besar-besaran menghentam pihak gereja. PAS dipersalahkan kerana mahu mendapatkan penjelasan dari JAIS dan pihak gereja. Bagi UMNO, PAS tidak harus berdailog dengan pihak gereja.

Apakah bagi mereka cara mengatasi masalah murtad ialah dengan PAS mengasah pedang melancarkan perang jihad terhadap pihak kristian?


Persoalan besarnya, ikhlas sangatkah UMNO memperjuangkan isu murtad? Berkali-kali PAS membangkitkan isu murtad di Parlimen, UMNO buat tak peduli.

Apabila Dr. Puad Zarkhasi mencadangkan keperluan wujudnya undang-undang murtad, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob memulangkan paku buah keras. “Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan undang-undang murtad. Rang Undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh Ahli Parlimen UMNO tapi ditolak mentah-mentah,” ujar Salahuddin.


Sekarang adalah musim di mana UMNO akan bercakap apa sahaja bagi menampakkan merekalah pejuang Islam dan Melayu. Merekalah golongan anti murtad, anti pluralisme, anti hiburan, anti arak dan judi, anti maksiat dan menjadi pembela Islam yang sejati.

Semua itu langkah terdesak setelah mereka berputus harapan dengan undi bukan Melayu dalam pilihanraya.


Bagi UMNO pilihanraya ke 13 adalah segala-galanya. Alang-alang sudah ditolak bukan Melayu, maka biarlah usaha meraih undi Melayu dibuat ke tahap maksima. UMNO mengira bahawa undi Melayu masih boleh dibeli dan dimanipulasi.

Betul atau tidak tindakan ‘melakukan apa saja’ untuk meraih undi Melayu itu hanya dapat dilihat selepas PRU ke 13 nanti, sama ada mereka kekal berkuasa atau UMNO terus pupus dari muka bumi Malaysia. Dalam sejarah politik tanahair, inilah kali pertama BN cuba untuk memenangi pilihanraya tanpa undi Cina.


Alhamdulillah dalam apa jua isu mutakhir ini, PAS tampak rasional dan bijak dalam merungkaikan isu. Sebaliknya UMNO yang nampak gelojoh dan biol.

Tugas PAS sangat besar kini untuk menggantikan UMNO. Di samping tugas berat PAS membersihkan imej Islam yang dirosakkan oleh mangkuk jamban UMNO.

Read more ...

Utusan Meloya kata Najib ditemubual, tapi temubual untuk bagi tahu tak berani jadi saksi



Saya petik sedikit kenyataan putar belit Najib:
  • Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri hadir di Kompleks Mahkamah, semalam untuk ditemu bual pasukan peguam bela Anwar Ibrahim.
  • Beliau berbuat demikian kerana menghormati keputusan hakim.
  • Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, penglibatan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kes liwat dianggap sebagai campur tangan DAP.

[UM] KUALA LUMPUR 12 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau hadir di mahkamah hari ini kerana menghormati keputusan hakim walaupun pelbagai pihak menganggap ia taktik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melengahkan perbicaraan kes liwat itu.

Perdana Menteri berkata, walaupun bergelar pemimpin nombor satu negara, tetapi sebagai rakyat Malaysia, beliau wajib menghormati keputusan hakim kerana yakin mampu membantu mahkamah merungkai siapa sebenarnya yang berada di pihak benar.


“Saya menghormati keputusan hakim. Sebagai rakyat Malaysia, saya hormat, tidak kira apa juga jawatan saya. Sebab itu saya hadir ke majlis itu dan telah menyatakan pendirian saya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.


Ditanya apa antara perkara yang beliau maklumkan, Najib berkata, ia tidak perlu didedahkan kepada umum kerana beliau telah menyampaikan apa yang patut disampaikannya kepada barisan peguam bela Anwar, selain tertakluk kepada haknya sebagai saksi.


“Itu tak payahlah. Saya telah sampaikan mengikut hak dan saya tahu apa hak saya. Saya telah sampaikan kepada barisan pihak peguam bela Anwar. Anwar pun ada di sana sekali dan saya dapat peluang berjumpa dengannya,” katanya.

REALITINYA, K-E-C-U-T:
Najib, Rosmah Tolak Ditemu Bual Jadi Saksi Kes Liwat Anwar
[Mstar] KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memaklumkan kepada pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Imrahim bahawa mereka menolak untuk ditemu bual atau saksi dalam kes liwat, menurut ketua pasukan peguam Karpal Singh pada Jumaat.

Najib dan Rosmah tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada pukul 2.55 petang untuk bertemu pasukan pembelaan berkenaan iaitu Karpal, S.N. Nair dan Datuk Param Cumaraswamy sebelum meninggalkan kompleks terbabit setengah jam kemudian.


Saksi-saki lain yangmuncul ialah bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan pelilik kondominium Hasanuddin Abd Hamid dan isteri, Noor Sham Abdul Hamid.
Karpal bercakap kepada pemberita pada pukul 5.40 petang selepas menemu bual mereka...


P/s: Berani kerana benar, kecut kerana...!!!DCM

Read more ...

Beza rusuhan di Britain dan himpunan aman BERSIH 2.0



Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak dapat membezakan di antara perhimpunan aman Bersih 2.0 yang bermatlamat murni berbanding rusuhan membakar dan menyamun yang berlaku di United Kingdom (UK).

Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri itu bahawa rakyat Malaysia harus bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu tidak menjurus ke situasi rusuhan di UK adalah tidak munasabah.


(Sumber: Hisham: Be thankful Bersih not like London riots
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/hisham-be-thankful-bersih-not-like-london-riots/)

Katanya, perhimpunan Bersih 2.0 yang berlaku di Kuala Lumpur (KL) langsung tidak boleh disamakan dengan rusuhan di UK.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh membuat perbandingan antara rusuhan di UK dan himpunan aman Bersih 2.0 di KL.


Di UK, rusuhan telah berlaku secara rambang tanpa sebarang agenda yang jelas atau spesifik melainkan menghasilkan suatu keadaan yang kacau-bilau.


Di KL, perhimpunan Bersih 2.0 mempunyai matlamat yang jelas dan telah dianjurkan secara terancang.


Agenda, tarikh dan waktu bersurai telah dinyatakan secara terus-terang buat pengetahuan pihak kerajaan, PDRM, media dan orang awam dari awal-awal lagi.


Penganjur Bersih 2.0 telah menegaskan bahawa perhimpunan mereka adalah perhimpunan yang aman dari awal-awal lagi.


Di UK, beratus-ratusan perniagaan dan orang awam telah disamun oleh perusuh.


Kehilangan harta benda dianggarkan bernilai berjuta-juta Sterling Pound.


Di KL, tidak ada satu pun laporan kedai disamun oleh penyokong Bersih 2.0.


Sebaliknya, kedai yang buka pada hari itu seperti kedai makan minum mencapai perniagaan yang menguntungkan kerana kehadiran beribuan penyokong Bersih 2.0 di KL.


Di UK, berpuluh-puluh kereta dan bangunan telah dibakar dan dirosakkan oleh perusuh menyebabkan keadaan berasap dan membahayakan keselamatan.


Di KL, asap yang wujud berpunca daripada tembakan gas pemedih api oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Unit atau FRU) ke atas penyokong BERSIH 2.0 yang berhimpun secara aman.

Gas pemedih mata dan meriam air juga ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin di mana penyokong Bersih 2.0 cuba berlindung.

Di UK, perusuh memegang senjata seperti pisau, batu dan “molotov cocktail”.


Di KL, penyokong Bersih 2.0 tidak bersenjata tetapi sekadar memakai t-shirt kuning yang diharamkan oleh Hishammuddin sendiri.


Sejak bila t-shirt atau pun warna kuning dapat menggugat keselamatan dalam negeri?


Di UK, perusuh secara aktifnya cuba menyerang dan mencederakan polis.


Di KL, penyokong Bersih 2.0 mengelakkan pertembungan dengan PDRM dan FRU. Tindak balas para peserta Bersih 2.0 bersifat pasif dan tidak agresif.


“Saya ingin menggesa Hishammuddin supaya membuka hati beliau dan mengambil iktibar daripada bagaimana kerajaan dan pasukan polis United Kingdom mengawal keadaaan rusuhan yang sebenar,” kata Teresa dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.


Di UK, pihak polis hanya menahan 1,000 orang walaupun rusuhan telah berlanjutan selama lima hari.


Di KL, pihak polis telah menahan lebih daripada 1,600 orang dalam tempoh satu hari sahaja hanya kerana mereka cuba berhimpun di pusat bandar secara aman.


Beliau juga merasa kesal kerana Hishammuddin masih buta hati dan tidak insaf walaupun beratus-ratusan rakaman video membuktikan PDRM dan FRU telah menggunakan kekerasan yang keterlaluan telah dimuat naik ke atas Internet untuk tontonan orang ramai.


“Beliau masih memekakkan telinganya terhadap kutukan keras oleh warga Malaysia dan komuniti antarabangsa dan masih menyokong tindakan PDRM dan FRU,” katanya.


Sehingga hari ini, ujarnya sebulan telahpun berlalu sejak perhimpunan Bersih 2.0 diadakan, Hishammuddin dan PDRM masih gagal membentangkan laporan keganasan PDRM dan FRU kepada orang ramai.


“Apakah ini menunjukkan ketidakcekapan dan kelalaian Kementerian Dalam Negeri dan PDRM dari segi siasatan terhadap anggotan PDRM sendiri?” soalnya.JP

Read more ...

"Pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus memangkah kertas undi tidak bertuan''- Bekas Komando

BUTTERWORTH, 12 Ogos: "Saya berani tanggung risiko kerana menegakkan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi," ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar (gambar) yang berpangkalan di Butterworth.

Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.


Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.


Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.


"Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara," tambahnya.


Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.


Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth.

Read more ...

Blogger UMNO lebih tahu agama dari Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang

PAGI tadi MiLo SuaM ada menyiarkan satu laporan akhbar yang dipetik dari portal rasmi Berita Harian Online, berhubung isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh melalui satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. JHEAIPP rujuk sini [JHEAIPP].

Awal-awal lagi ReJaM© sudah menjangkakan bahawa isu ini akan dipolitikkan oleh blogger United Malays No Otak, Umno demi meraih sokongan Melayu No Otak menjelang Pilihanraya Umum tidak lama lagi.

Ternyata jangkaan ReJaM© tepat, salah seorang blogger terkenal gerombolan songkok tinggi (United Malays No Otak) memutar belitkan isu ini dengan mendakwa DAP berjaya menghapuskan azan dan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang.


Gambar dan sumber berita yang dipetik dari Berita Harian, diputar belitkan untuk memperbodohkan orang ramai. Ini bukan tahap putar belit lagi ni, ini sudah sampai tahap fitnah! Tahniah, kerana membuat fitnah di siang hari dalam bulan Ramadhan.

ReJaM© "Tanya kambeng, kambeng pun tahu ini fitnah..."

Kenyataan Media Exco Hal Ehwal Agama Islam P.Pinang isu pembesar suara sebelum Subuh..

Kenyataan Media

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pulau Pinang

YB Abdul Malik Kassim, 12 Ogos 2011

PIMPINAN KERAJAAN NEGERI TIDAK CAMPUR TANGAN KEPUTUSAN MAJLIS FATWA NEGERI BERHUBUNG ISU LARANGAN PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA SEBELUM SUBUH

Pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh Mufti Negeri Sahibul Samahah Datuk Seri Haji Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulamak, professional agama, serta wakil daripada istana.

Saya hanya mengetahui keputusan Majlis Fatwa berhubung larangan menggunakan pembesar suara sebelum subuh, berdasarkan laporan akhbar yang disiarkan pada hari ini.
Justeru, saya menolak dengan sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut.

Namun begitu, kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara.

Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang dipengerusikan Mufti Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid
sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara'.

Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh
mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa.

Sungguhpun begitu, sebagai pentadbir institusi agama, mereka sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah. Ini berdasarkan hadis dan dalil yang berkaitan, bermaksud…

"Daripada Abi Sa'id al-Khudri berkata ia : ketika Nabi s.a.w beriktikaf ( beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda : Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat." ( sunan Abi Daud, hadis ke 1332, juzuk 2, cet. Dar al Hadis)
Keputusan tersebut kemudiannya telah dimaklumkan kepada JHEAIPP pada 12 Julai 2011 untuk tindakan selanjutnya.

Saya yakin, demi kepentingan politik sempit pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang mengekploitasi keputusan majlis fatwa tersebut. Pihak berkenaan pastinya akan menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam.

Dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini, demi kepentingan umat Islam, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan dan mengalu-alukan muzakarah dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memartabatkan Islam di negeri bertuah ini.

Malah, saya mengalu-alukan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa bermuzakarah dengan pihak terbabit dalam semangat saudara seagama.

Read more ...

Ini dia "BARUA BESAR UMNO" dalam SPR


BERSIH 2.0 amat dukacita melihat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus membuat ulasan yang memudarkan semangat muafakat bekerjasama ke arah pilihan raya yang lebih bersih, tetapi sebaliknya mendakwa suruhanjaya itu lebih "beria-ia mempertahankan parti pemerintah".

Jawatankuasa pemandu BERSIH juga sangat kecewa dengan cara Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang didakwanya terus mengambil pendekatan konfrontasi melampau dan tidak produktif.


"Kami telah menyatakan berulangkali bahawa matlamat BERSIH 2.0 adalah sistem pilihan raya yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia, bukannya untuk memburukkan mana-mana institusi atau mempromosikan sebarang agenda politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, BERSIH 2.0 hanya berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih.


"Sekiranya BN atau mana-mana parti menang melalui pilihan raya yang bersih dan adil, maka matlamat kami telahpun tercapai," tegas kenyataan itu lagi.


Sehubungan itu, BERSIH berpendapat SPR dan Wan Ahmad mesti menumpukan perhatian mereka dengan melibatkan diri bersama-sama masyarakat madani bagi memperbaiki institusi awam dan "bukannya terlibat dalam perang mulut dengan parti-parti politik".


"Ulasan terkini yang dibuatnya, mengancam kewibawaan awam berkenaan sifat 'non-partisan' SPR yang diperlukan untuk mengekalkan keyakinan orang ramai.


Masalah daftar pemilih


"Membuat kritikan politik merupakan tugas seorang timbalan pengerusi sebuah parti politik, dan bukannya tugas timbalan pengerusi SPR," tambah kenyataan itu.


Berikutan itu, katanya, BERSIH 2.0 berharap SPR menumpukan tenaganya untuk menyelesaikan masalah besar, yang dikesan daftar pada pemilih seperti “skandal Mismah”.


Perkara itu, menurut gabungan NGO itu, mendedahkan perkembangan membimbangkan mengenai pemberian hak mengundi kepada seseorang yang diragukan kewarganegaraannya.


"Masalah daftar pemilih lain termasuk kejadian pengundi bernama 'Kg Baru', penyelewengan yang serius berkenaan pengundi berganda serta alamat penuh sesak dan sebagainya.


"SPR sepatutnya memberi perhatian untuk membetulkan masalah ini dengan segera dan bukannya mempertahankan serta menjadikan perkara ini sebagai isu politik yang menjejaskan kewibawaan semua pihak," tegas kenyataan itu lagi.


Mengenai isu pengesahan biometrik, katanya, BERSIH 2.0 memandang serius laporan terbaru bahawa pihak polis sedang menyiasat penyelewengan sistem biometrik yang digunakan untuk mendokumentasi pekerja asing.


"Lebih tepat lagi, ianya merupakan kelemahan yang akan membolehkan penipuan pilihan raya secara besar-besaran sekiraya hanya sistem biometrik sahaja digunakan untuk mencegah pengundi hantu.


"Kami masih belum mendengar hujah-hujah meyakinkan tentang kenapa kaedah dakwat kekal yang lebih murah, mudah dan lebih berkesan tidak patut dipakai," tambahnya.


'Malaysia yang kami hasratkan'


Menurutnya, kenyataan Wan Ahmad bahawa semua parti politik mempunyai akses yang sama rata kepada media, dibuat tanpa sebarang penelitian rapi.


"Membandingkan penerbitan parti yang sangat terhad edarannya dengan akhbar-akhbar nasional dan khidmat penyiaran kebangsaan yang dikawal parti pemerintah adalah amat mengelirukan.


"Kenyataan bahawa parti pembangkang 'memiliki media baru' juga tersasar daripada pokok permasalahannya.


"Malaysia yang kami hasratkan adalah di mana kesemua parti politik daripada kedua-dua belah pihak memiliki hak yang sama terhadap kesemua jenis media, tanpa ada pengecualian," kata kenyataan itu.


Oleh itu, katanya, BERSIH 2.0 menolak sepenuhnya apa sahaja perbandingan antra perhimpunan aman 9 Julai di Kuala Lumpur dengan rusuhan di United Kingdom.


"Meskipun berdepan dengan tindakan keras pihak polis, berbagai rakaman video dan pengakuan saksi yang tidak terkira ramainya telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa rakyat Malaysia benar-benar mampu untuk berhimpun secara aman selari dengan hak-hak perlembagaan kita untuk sama-sama menuntut sebuah negara yang lebih demokratik dan sihat.


"BERSIH 2.0 sentiasa bercita-cita agar dapat bekerjasama dengan semua institusi kerajaan dan pemimpin politik tanpa mengira wadah mereka untuk bersama-sama mewujudkan Malaysia yang lebih baik.


"Kami berharap pertengkaran kecil dan kedangkalan alasan sekarang ini dapat digantikan dengan sikap yang ikhlas, berfikiran terbuka dan bekerjasama dalam semangat cintakan tanahair," katanya.JP

Read more ...

TERKINI!!! Najib , Rosmah muncul di mahkamah tapi untuk bagi tahu tak mahu ditemubual dan jadi saksi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWSK4DGRbLXdZCa6d0a4umQN9O1aPP8B-nujXV9lJy03JqQJ0YjcaJWyTMMJYN_2V8A26RpL9RnH9zK6iL6Jhi9AyPdNmmujK2WamtMBVVQKCcCN64eij-VBylo89z9tM9eXy4oIf9stMH/s400/NajibRosmah.jpgPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya hadir ke mahkamah tetapi enggan memberikan kerjasama untuk ditemubual peguam Anwar.

Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam bela utama Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kedua-duanya yang ditemui secara berasingan menyatakan mereka tidak mahu ditemuramah mahu pun menjadi saksi perbicaraan kes Fitnah II.

“Kedua-duanya memberitahu mereka tidak mahu ditemubual dan juga tidak mahu menjadi saksi.

“Saya tidak tahu kenapa mereka begitu takut untuk hadir ke mahkamah (dan menjadi saksi),” kata Karpal.

Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah secara senyap-senyap dan bersembunyi kerana nama mereka tiada dalam senarai saksi yang akan ditemubual hari ini.

Malah, peguam Anwar juga sedikit terkejut apabila mengetahui mereka hadir ke mahkamah hari ini.

“Kami tak diberikan notis (lebih awal) tentang kehadiran beliau dan isteri.

“Lebih kurang lagi lima minit ke pukul tiga petang saya diberitahu polis yang PM dan isterinya sudah menunggu di bilik sebelah untuk ditemubual,” kata Sankara Nair.

Selain Rosmah, peguam bela Anwar menemubual bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof petang tadi, kata Karpal.

Mereka kini masih mempunyai baki enam orang saksi untuk ditemubual, kata Karpal.

Mereka termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pemilik kondominium, Haji Hasanuddin Hamid dan isterinya, serta kakak ipar beliau, dan dua orang bekas pembantu rumahnya yang kini berada di Indonesia.

Sewaktu ditanya langkah seterusnya yang akan diambil peguam bela memandangkan Najib dan Rosmah enggan ditemubual, Karpal memberitahu perkara itu hanya akan diputuskan selepas semua saksi selesai ditemubual.

Namun, perbicaraan tidak dapat diteruskan Isnin ini kerana baki enam saksi itu.

“Kita akan minta hakim tangguh kes ke beberapa hari kemudian,” kata Karpal.

Read more ...