Friday, March 11, 2011

Bapa tuntut Hamdi Abu Bakar , Hamidah Osman dan GMP tunai janji

Bapa mangsa tuntut keadilan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZG2V9bcsnJqA2SKWsGyDMUEmgWpTAORpuXe_OA404Aes6cM-_0ENsbNy52g5FRmaGfFLkuIM7rnQRTVs9IGEu1q0kJOiWbXzPW7utE6CB3Per0_H8qUQ7xuVHYjtyr7sRydsN13cv5yIy/s400/Jan+28+09+-+Hamdi+-+NST.jpgIPOH, 11 Mac : Bapa seorang pemuda yang terkorban dalam kejadian runtuhan bangunan lama di Fair Park pada 2 Oktober tahun lalu mendesak tiga pihak tampil mengemukakan bukti dia menolak tawaran bantuan sebagaimana didakwa.

Mohd Norzila Abd Rahman, 47, berkata, setelah dua tahun kejadian itu berlaku sehingga kini dia belum menerima apa-apa bantuan sebagaimana dijanjikan tiga pihak iaitu Penasihat Penerangan Kerajaan Negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman dan Gagasan Melayu Perak (GMP).

Menurutnya, apa yang diperkatakan oleh Hamdi itu, kononnya sudah memberi bantuan kepada wakil keluarga dia adalah tidak betul kerana sehingga kini mereka tidak menerima apa-apa bentuk bantuan daripada pihak berkenaan.

“Kalau benar mereka (tiga pihak) sudah menghulurkan bantuan sebagaimana dijanjikan, kepada siapa mereka sampaikan bantuan itu, siapa yang wakilkan pihak mereka jika mereka tidak sampaikan sendiri.

“Saya kesal dengan sikap dan perilaku mereka ini yang seolah-olah ingin menyalahkan kami, sedangkan kami menuntut janji sahaja bukan mahu lebih-lebih,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Kata Mohd Norzila, pada Julai 2010 dia telah menghantar surat melalui E-maklum balas kepada Perdana Menteri mengenai kejadian yang menimpa serta mengharapkan perhatian daripada Kerajaan Persekutuan mahupun negeri dengan salinan kepada mereka bertiga.

“Seminggu kemudian, Datuk Hamdi menghubungi saya dengan menyatakan bantuan telah dihulurkan melalui abang saya, tetapi sebaliknya saya menegaskan dalam keluarga hanya saya seorang saja lelaki, tidak ada abang mahupun adik.

“Dalam masa sama, beliau (Hamdi) menyatakan hanya wakil dihantar untuk memberikan bantuan berkenaan. Dari sini jelas menunjukkan ada percanggahan dan kekeliruan yang cuba disembunyikan oleh pihak berkenaan,” katanya.SH

Read more ...

Tsunami Jepun : Lebih 1,000 dikhuatiri terbunuh





JEPUN 12 MAC : Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.

Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.

Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat.

Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter.

Agensi berita Kyodo melaporkan, gegaran kuat itu menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

"Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri," lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

NONEKyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

"Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu," kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.

Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.


"Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja," katanya.

Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.

Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada.

- Reuters

Read more ...

Batalkan projek 'rare earth' di Gebeng, Kuantan

NGO Bimbang Pusat Pemprosesan 'Tanah Jarang' Ancam Penduduk




KUALA LUMPUR 12 MAC : Dua pertubuhan bukan kerajaan secara terbuka meluahkan bantahan mereka berhubung tindakan kerajaan meluluskan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, di Gebeng, Kuantan.

Sehubungan itu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak kerajaan supaya segera membatalkan projek berkenaan lapor Malaysiakini.

"... amat khuatir dengan keputusan kerajaan negeri Pahang untuk meneruskan dengan cadangan kilang nadir bumi di Gebeng di sebalik hakikat bahawa kilang ini hanya menanti bencana untuk berlaku.

"Berdasarkan kepada semua risiko ini, adakah kerajaan bersedia untuk mengorbankan nyawa demi untuk mendapatkan keuntungan?" soal presiden dua pertubuhan itu, SM Mohamed Idris.

Menurutnya, SAM pada 2007 telah dijemput oleh kerajaan Terengganu untuk memberikan taklimat mengenai bahaya nadir bumi berdasarkan pengalamannya menangani pendedahan sisa radioaktif di Bukit Merah, Perak.

"Berikutan itu, projek berkenaan telah ditolak oleh kerajaan Terengganu.

"Dalam tempoh tiga tahun lalu, CAP dan SAM membantah dengan bersungguh-sunguh cadangan kilang nadir bumi memandangkan potensinya kepada kesan alam sekitar dan kesihatan awam daripada radioaktif dan sisa berbahaya yang dihasilkan olehnya," katanya.

Mohamed Idris juga mempertikaikan tindakan kerajaan BN yang membisu berhubung projek bernilai RM700 juta itu. Katanya, lebih membimbangkan projek pemprosesan tanah jarang itu tidak memerlukan penilaian kesan alam sekitar lengkap.

"Penilaian kesan alam sekitar lengkap tidak diperlukan memandangkan terdapat kelemahan dalam undang-undang kita. Oleh itu tidak terdapat sebarang ruang bagi orang ramai untuk meneliti cadangan langkah pencegahan dan potensi risiko dan mengemukakan bantahan mereka.

"Syarikat itu menyatakan terdapat pendedahan paras rendah kepada radiasi. Keadaan ini amat membimbangkan memandangkan tidak terdapat paras selamat atau nilai ambang pendedahan radiasi pengionan.

"Jangka panjang, pendedahan paras rendah (kronik) kepada radiasi amat berbahaya kerana tisu hidup dalam tubuh boleh mengalami kerosakan oleh radiasi pengionan," katanya.

Menurut Mohamed Idris, pendedahan kepada sisa radioaktif boleh menyumbang kepada peningkatan insiden leukaemia awal kanak-kanak, kanser, keguguran, mencacatkan system imun dengan bilangan sel darah putih rendah yang luar biasa, paras plumbum yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang boleh membawa kepada keracunan plumbum.

"Kanak-kanak lebih mudah terjejas kepada kesan bahaya bencana radiasi berbanding penduduk umum kerana tubuh mereka menyerap dan memetabolismekan bahan secara berbeza, dan kerana mereka lebih cenderung mendapat kanser tertentu daripada pendedahan itu.

"Terdapat juga kemungkinan yang tinggi bahawa kanak-kanak yang lahir daripada ibu bapa yang terdedah kepada radiasi boleh terjejas oleh pendedahan itu juga," katanya.

Menurutnya, isu lain yang dikhuatirkan ialah tidak terdapat cara yang selamat untuk melupuskan sisa yang dijana daripada loji penapisan itu.

Justeru, kerajaan kata Mohamed Idris perlu menjawab sama ada mereka bersedia mengorbankan nyawa rakyat demi mendapatkan keuntungan.

Read more ...

Mahathir 'menipu secara politik' - Ku Li

Ku Li Tolak Memoir Tun Mahathir Sebagai Tidak Jujur



IPOH 12 MAC : Tengku Razaleigh Hamzah menggunakan peluang pada pelancaran sebuah buku di Ipoh, Perak, malam semalam bagi membuat kecaman ke atas buku memoir Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya sebagai "menipu secara politik".

Dalam memuji "kejujuran intelektual" Professor Wang Gangwu yang dilahirkan di Surabaya tetapi dibesarkan di Ipoh semasa pelancaran buku bahasa Mandarinnya berjudul 'Junzi', Tengku Razaleigh berkata negara kini kekurangan kualiti dalam persekitaran politik lapor Malaysiakini.

"Ini adalah komoditi yang sukar diperolehi hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia hari ini di mana menipu secara politik kian menular," katanya.

Kecaman Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang semakin pedas apabila beliau menyentuh buku memoir Mahathir 'A Doctor in the House', yang dilancarkan di Kuala Lumpur awal minggu ini.

"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'.

"Saya gunakan 'pseudo' kerana ia adalah tiruan tajuk daripada sebuah filem komedi British yang terkenal pada 1950an berdasarkan novel Richard Gordon. Mungkin ia disengajakan bagi mencerminkan lawak, selain menipu secara politik, kata Tengku Razaleigh secara sinis.

Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku tersebut ke atas dirinya bukan sesuatu perkara baru.

"Sekali lagi, saya dituduh mengheret parti (Umno) ke mahkamah. Saya juga didakwa terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987," kata Tengku Razaleigh.

Read more ...

Pastikan menang semua kerusi parlimen negeri PR

Anwar ulangi agenda menawan Putrajaya

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim mengulangi hasrat untuk menawan Putrajaya dan menyeru kerajaan agar menjalankan pilihan raya yang adil dan bebas. "Kita mesti menang semua kerusi. Parlimen di Selangor mesti kita tawan semua untuk kita pergi ke Putrajaya".

Selain itu, Anwar (gambar kanan) meletakkan harapan yang sama kepada kerusi parlimen di Pulau Pinang. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan yang ada sekarang ini tidak boleh zalim kepada rakyat dan menuntut agar rakyat membuat perubahan.

Pakatan Rakyat dilihat komited dengan cita-cita "merampas Putrajaya" dari BN. Demikian inti utama yang terkandung dalam ucapan hampir 60 minit Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tersebut.

Anwar berucap di hadapan kira-kira lebih 2,000 orang audien yang hadir ke Majlis Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor yang bertempat di Dewan Sukan MPK Sri Andalas Klang. Majlis yang dianjurkan oleh PKR Kota Raja itu juga dihadiri oleh wakil-wakil dari PAS dan DAP.

Antara mereka yang hadir adalah Timbalan Presiden PKR merangkap ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, ahli parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, EXCO Selangor Ronnie Liew dan ramai lagi. Turut memberi ucapan adalah ADUN Sri Muda Suhaimi Shafie.

Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh jentera Jakatan Rakyat agar memperkukuh kerjasama (work together) antara satu dengan yang lain dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dalam ucapannya Anwar menyatakan perkara perlu diutamakan adalah memberi kefahaman dan informasi sebenar kepada rakyat Malaysia mengenai dasar-dasar Pakatan Rakyat dan perkara yang akan dilaksanakan sepertimana terkandung dalam Buku Jingga.

"Kita perlu baca dan faham Buku Jingga - Kuatkan Pakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP," katanya.

Pada kali ini secara jelas beliau mengulangi hasrat Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak, mengurangi tarif elektrik dan pada masa yang sama berusaha meningkatkan pendapatan rakyat. Jentera Pakatan Rakyat juga diingatkan agar bekerja keras (work hard) dalam meraih sokongan rakyat.

Dalam ucapannya, Anwar menaruh harapan yang tinggi kepada anak-anak muda untuk melakukan perubahan politik di Malaysia sambil menggungkapkan beberapa potong ayat al- Quran dari surah Al-Kahfi yang antara lain menyingkap mengenai golongan

"pemuda yang beriman dan kental semangat". Tidak ketinggalan juga, beliau sempat menyorot kembali bagaimana bermulanya Revolusi di Tunisia dan kebangkitan golongan anak-anak muda di Mesir melawan pemerintah yang zalim, "Kita akan lawan agar rakyat menang..."

Berucap sebelum itu, Anwar juga sempat mengulas mengenai tuduhan rasuah dan cercaan peribadi oleh UMNO kepada Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, beliau menempelak mereka dengan isu skandal berbilion-bilion ringgit duit negara yang didiamkan.

Pada masa yang sama menekankan bahawa rakyat perlu tahu mengenai isu penyelewengan yang berlaku.

Menyifatkan golongan itu (UMNO) sebagai golongan kaya - golongan atasan selamat dan seolah-olah boleh buat apa sahaja termasuk bunuh dan rogol tetapi apabila ada rakyat bersalah "curi ayam" pun dikenakan tindakan.

Ujarnya lagi "sebab itu, rakyat kena tahu. Dalam Negara merdeka, bebas dan berdaulat. Rakyat yakan menentukan. Sebab itu saya katakan, suara rakyat suara keramat...," disambut dengan tepukan dan sorakan audien.

Pada masa yang sama, Anwar tidak mahu ketinggalan menyentuh isu salah urus pemberian kontrak Petronas sebanyak RM 23 billion kepada tiga syarikat yang berkait rapat dengan keluarga mantan PM Mahathir dan Abdullah juga sebuah syarikat yang berkait rapat dengan Najib-Rosmah.

Mengakhiri ucapan beliau, Anwar menyeru seluruh pejuang Pakatan Rakyat dan golongan agar mempunyai kekuatan moral dan percaya serta yakin dalam membawa misi perubahan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
*Hafiz Zainuddin

Read more ...

Sah PM bubar parlimen Mei, PRU Julai

http://www.topnews.in/files/Abhisit-Vejjajiva22.jpg

Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva berkata Parlimen negara itu akan dibubarkan minggu pertama Mei ini, membuka laluan kepada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum awal Julai.

Abhisit mengumumkan perkara ini selepas mengadakan pertemuan dengan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya bagi membincangkan peraturan pilihan raya.

Sebelum ini beliau bercadang untuk membubarkan Parlimen pertengahan tahun ini. — Reuters

Read more ...

Umno tak habis-habis bertokak

Umno Sg Petani: Selesai krisis atau saya keluar parti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLRlp2p2HZ1kdZQv2Y2EII4Cz3WTblTdQV6ykFoaE5bZp5arcZE1bI3EnN7wgvBSARDQMkXuwtb-4-bjRi5i35jJrCGBSMAbe0Gol_b08AX7RmEebySeIubfXOebX1lZcBBGtbUh3vdTQ/s400/Kekocohan+UMNO+Sungai+Petani+1.JPGKetua Umno cawangan Industri dalam bahagian Sungai Petani, Khairul Anuar Zainol akan keluar parti sekiranya krisis kepimpinan yang membabitkan ketua bahagian tersebut, Ali Yahya, masih gagal diselesaikan oleh Umno negeri dan pusat.

Dalam mesyuarat perwakilan bahagian itu Julai lalu, berlaku kekecohan apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ali berucap di majlis perasmiannya, serta mendesak beliau berundur.

Selepas kejadian tersebut, mereka yang tidak sehaluan dengan Ali telah menubuhkan Gerakan Anti-Ali (GAA) untuk mendesak beliau meletak jawatan.

Isu tersebut kemudiannya dirujuk kepada Majlis Tertinggi (MT) yang kemudian menyerahkannya kepada badan perhubungan Umno Kedah mencari jalan penyelesaian. Timbalan pengerusi Umno Kedah ketika itu, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik memangku jawatan ketua bahagian Sungai Petani.

Khairul yang juga setiausaha GAA berkata beliau akan menjadi ketua cawangan pertama yang akan bertindak keluar daripada Umno sekiranya isu tersebut gagal diselesaikan dengan segera.

Beliau bagaimanapun tidak mahu menyatakan bila akan berbuat demikian tetapi berkata: "Saya ada tempoh berbuat demikian."

'Dapat sokongan'

Khairul juga mendakwa ada ketua cawangan yang menghubunginya menyatakan sokongan tetapi beliau enggan menyatakan identiti mereka.

"Saya tak mahu ajak (keluar parti dan) saya tak larang, (malah) saya sendiri akan buat dahulu (keluar parti) jika perkara ini tidak diselesaikan dengan segera.

"Saya memang akan mengambil tindakan itu, sekiranya tidak diselesaikan, tidak mustahil ia akan berlaku," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Khairul Anuar juga tidak menafikan mengenai SMS yang disebarkan mengenai hasratnya untuk keluar parti jika isu kepimpinan bahagian itu tidak diselesaikan segera.

Bahagian tersebut mempunyai 130 cawangan dan Khairul mendakwa 81 daripadanya menolak kepimpinan Ali.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden Umno turut meminta bahagian Sungai Petani menyelesaikan masalah dalaman mereka itu.

SMS tersebar

Mengulas lanjut, Khairul Anwar berkata sejak SMS itu beredar, beberapa "tokoh tertentu" menghubungi dan menasihatinya supaya memberi masa kepada perdana menteri dan kepimpinan Umno Kedah untuk menyelesaikan masalah dalaman itu.

Katanya, isu terdapat dapat diselesaikan sekiranya dengan jawatan-jawatan kanan di peringkat bahagian seperti setiausaha, ketua penerangan dan bendahari disandang oleh pemimpin GAA.

Bahkan, katanya, jawatan setiausaha juga perlu disandang oleh individu yang boleh diterima kedua-dua kumpulan dan perkara itu telahpun dimaklumkan kepada Ahmad Bashah dan setiausaha Umno negeri, Datuk Othman Abdul Aziz.

Dengan nada kecewa, Khairul memberitahu bahawa jawatan tersebut sekarang ini disandang oleh pemimpin Umno dari kumpulan Ali.

Khairul berkata, beliau tidak berniat untuk "menggertak" semua pihak susulan tersebarnya SMS tersebut, tetapi beliau "tidak ada pilihan" kerana mendakwa ramai akar umbi Umno merungut dan bertanyakan hasil perbincangan itu.

"Saya masih berharap masalah (bahagian) ini dapat diselesaikan dengan segera untuk memberi tumpuan kepada pilihan raya umum yang akan datang.

"Bahagian ini masih di awang-awangan, nampak sahaja kulit di luar cantik, tetapi di dalam bergolak. Semua pihak termasuk Umno pusat, negeri dan Ali sendiri perlu menyatukan semula ahli," katanya.

Read more ...

Kewangan, Pelaburan, Kebajikan : 3 tahun PR perintah dah atasi 50 tahun BN perintah

3 Tahun Tadbir Selangor, PR Kalahkan BN



Pentadbiran 3 tahun Pakatan Rakyat mengalahkan pemerintahan lebih 50 tahun UMNO Barisan Nasional dari segenap aspek tidak kira pengurusan kewangan, pelaburan mahupun kebajikan kepada rakyat.

Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim berkata kejayaan Pakatan Rakyat untuk tahun ke 3 mentadbir, membuktikan rakyat semakin yakin dan percaya kepada dasar- dasar yang dipertaruhkan kerajaan negeri.

"Dan apabila saya ditanya bagaimanakah Yang Berhormat menyifatkan persembahan Pakatan rakyat tiga tahun memerintah Selangor, saya katakan kalau perlukan satu perkataan, saya katakan ia 'Cemerlang'," kata Teng.

Kerajaan negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bukan sahaja mampu menguruskan kewangan dengan efisyen bahkan komited dalam mengagihkan segala hasil mahsul bumi Selangor kepada rakyat jelata.

Terbaru kerajaan negeri memutuskan untuk memberi perlindungan takaful kepada semua ketua kampung dinegeri ini dengan setiap satu skim itu berjumlah RM30'000.

Kerajaan negeri juga membuktikan keprihatinan mereka dengan menghantar pulang kesemua pelajar ke Mesir untuk kembali meneruskan pengajian mereka yang tergendala sejak pergolakan politik Mesir baru- baru ini.

Teng berkata, penerimaan baik rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat adalah disebabkan dasar kerajaan negeri yang jelas mendahulukan rakyat dalam segenap aspek.

"Tiga tahun kita mengalahkan 50 Tahun itu perbezaan kita, zaman pemerintahan BN tidak pernah memikirkan kebajikan rakyat, bila rakyat tanya hal kebajikan , mereka suruh pergi tanya di Jabatan Kebajikan, itu yang UMNO, MCA dan MIC tahu, tetyapi bila kami (PR) ambil alih, dasar pertama dan utama yang dibawa ialah Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya.

Agenda MES adalah untuk mengagihkan harta kekayaan negeri kepada rakyat negeri Selangor, melalui pelbagai platform antaranya kemudahan infrastruktur, bantuan kehidupan, peluang perniagaan dan banyak lagi.

Antara program yang berjaya dilaksanakan menerusi dasar MES ini ialah Tabung Warisan Anak Selangor, Bekalan Air Percuma bagi 20m3, Hadiah Anak masuk Universiti, Mesra Usia Emas dan Pusat Khidmat Krisis Sehenti(OSCC).

"Ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan di 13 negeri di Malaysia ini, mahupun dibawah pemerintahan BN 50 tauhn tetapi kita lakukan pada tahun pertama memerintah," tambahnya lagi.

Baru- baru ini, kerajaan negeri meluluskan skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) untuk membantu meringankan beban golongan miskin bandar.

MiMBAR dipengerusikan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.

Skim ini membolehkan golongan ini membuat pinjaman dari RM1000 hingga RM5 ribu bagi menjana ekonomi mereka.

Read more ...

Orang Asli tak layak, Mamak layak

Pernah Bina Kerajaan, Penjajah Punya Hak Terhadap Malaysia ?



Ahli politik Pakatan Rakyat membidas kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang seolah- olah menafikan hak Orang Asli terhadap negara ini.

Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye berkata Mahathir menggunakan unjuran yang salah apabila mendakwa Orang Asli tidak layak berikutan kaum pribumi itu tidak pernah menubuhkan kerajaan dinegara ini.

Lee menegaskan jika itu yang dipertaruhkan Mahathir, maka bangsa penjajah seperti Portugal, Belanda dan British juga mempunyai hak keatas Malaysia.

Beliau juga mempertikaikan hujah Mahathir bahawa kaum Melayu lebih berhak mendakwa Malaysia adalah negara mereka berikutan mengikut sudut sosiologi, sesebuah kerajaan dinegara ini terdiri daripada pelbagai campuran bangsa.

"Kita tidak boleh mendakwa penubuhan kerajaan sebagai bukti sesuatu kaum berhak keatas negara ini, kalau mahu guna hujah macam ini bagaimana pula dengan hak Portugal, Belanda dan British yang pernah bina kerajaan dinegara ini ?"

Lee berkata jika Mahathir berkeras mahu mempertahankan pandangannya itu, bagaimanapula dengan hak kaum pribumi lain di Sabah dan Sarawak ?

"Jika hak kaum Orang Asli ini dinafikan, bagamana pula dengan hak kaum pribumi lain seperti di sabah dan sarawak ? Iban, Kadazan, Murut, Dayak dan sebagainya ?"

Lee menambah, kaum pribumi ini mempunyai budaya, komuniti dan tradisi yang tersendiri. Kaum ini juga mencerminkan identiti Malaysia dimata dunia.

Beliau juga menegaskan, kaum ini tidak harus disisihkan dalam menikmati hak dan kesaksamaan yang diterima lain- lain kaum dinegera ini, umpamanya kaum Melayu, Cina dan India.

Mahathir menerusi laman blognya berkata Orang Asli tidak ada lebih hak berbanding kaum Melayu untuk mendakwa Malaysia negara mereka kerana kaum pribumi itu tidak pernah mendirikan kerajaan dan negeri sendiri.

Beliau juga dipetik berkata, tindakan memberi lebih hak kepada Orang Asli untuk mendakwa Malaysia adalah milik mereka sendiri mirip menyerahkan Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand kepada Red Indian, Maori dan masyarakat asal negara masing- masing.

Read more ...

Nak menangkan BN la, apa lagi tujuannya

PAS dakwa polis, tentera diberi MyKad semasa PRK

http://dakjaat.com/wp-content/uploads/2010/05/29997_1296737984881_1423310310_30671456_5206677_n.jpgKUALA LUMPUR, 11 Mac: PAS mempersoalkan tindakan kerajaan BN yang memberikan MyKad kepada polis dan tentera semasa PRK Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, memandangkan mereka sudah mempunyai kad polis dan tentera masing-masing.

Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak, memandangkan setiap anggota tentera terutamanya tidak dibenarkan memegang MyKad masing-masing sepanjang mereka masih berada dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mempersoalkan perkara itu menegaskan, walaupun MyKad-MyKad itu sememangnya kepunyaan anggota polis dan tentera itu sendiri, tetapi tindakan tersebut jelas di luar kebiasaan dan menyalahi undang-undang.

Menurut beliau, setiap anggota polis dan tentera sepatutnya tidak lagi dibenarkan menyimpan MyKad masing-masing, sebaliknya dipegang oleh unit tertentu sepanjang mereka berada dalam perkhidmatan, disebabkan mereka telah mempunyai kad polis dan tentera yang lengkap dengan nombor masing-masing.

"Tetapi semasa pilihanraya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, polis dan tentera turut diberikan MyKad masing-masing. Ini menjadikan mereka mempunyai dua kad pengenalan diri dalam suatu masa.

"Kenapa Kerajaan BN bertindak begitu? Apakah tujuannya? Inilah yang menjadi tanda tanya kepada kita dan perlu dijelaskan oleh Kerajaan BN," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam.

Setiap anggota tentera terutamanya, menurut beliau, lazimnya mengundi secara pos, tetapi dengan memberikan MyKad kepada mereka yang terbabit, mereka juga boleh mengundi seperti orang awam.

Jadi dengan tindakan itu, anggota polis dan tentera terbabit sememangnya berpeluang mengundi dua kali. Satunya dengan mengundi secara pos (undi pos) dengan menggunakan kad polis dan tentera masing-masing dan satu lagi mengundi seperti orang ramai dengan menggunakan MyKad masing-masing.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan BN menjelaskan matlamat sebenar penyerahan MyKad-Mykad tersebut kepada anggota polis dan tentera terbabit kerana ia amat menghairankan pelbagai pihak.

Beliau juga mendesak SPR memberikan jawapan yang benar sama ada pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis dan tentera terbabit sememangnya mengundi dua kali pada PRK Dun Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu.

Terdahulu dari itu, beliau menyuarakan rasa kesalnya dengan tindakan pihak polis dan SPR yang membenarkan ceramah dari pihak Umno BN dan PAS diadakan di tempat berhampiran, semasa kempen kedua-dua PRK itu.

"Semua itu jelas mengganggu program Pakatan Rakyat dan ia tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Read more ...

Buku Mahathir bukan fakta tapi cerita propaganda

'Doktor Dalam Rumah': Memoir Propaganda, Tidak Layak Dirujuk



Memoir 'Doktor Dalam Rumah' nukilan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dipenuhi dengan fakta- fakta yang tidak betul dan dihasilkan hanya untuk memulihkan kreadibilitinya yang terhakis teruk semasa pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye berkata Dr Mahathir menulis apa yang mahu ditulis sahaja dan tidak menulis apa yang sepatutnya ditulis.

"Memoir Mahathir ini bukan sekadar memoir, ia adalah agenda politik untuk memulihkan integriti beliau yang telah hancur dalam gerakan reformasi tahun 1998," ujar Boon Chye.

"Ini bukan memoir yang kredibiliti, sebab ada fakta- fakta yang tidak betul. Ada perkara yang beliau sebut bukan fakta tetapi perkara yang disebut untuk kepentingan politik," katanya.

Beliau berkata, jika dilihat amalam tokoh politik di luar negara, mereka akan menubuhkan satu pasukan bagi menyelidik dan mengesahkan kesahihan dan kebenaran setiap apa yang ditulis.

Ia bagi memastikan hasil naskah memoir itu berkreadibiliti dan berintegriti.

"Kalau kita lihat memo yang ditulis oleh ahli politik diluar negara, bukan setakat seseorang itu menulis apa yang patut ditulis, tetapi ada satu pasukan yang ditubuhkan bagi menyelidik dan mengesahkan apa yang dicakap itu betul," katanya lagi.

Sebaik sahaja naskah memoir Doktor Dalam Rumah dilancarkan, pelbagai kritikan dibuat terhadap kesahihan setiap fakta yang diutarakan Mahathir.

Malangnya banyak yang ditulis adalah tidak betul faktanya. contohnya kes dsai dan hubungannya dengan bekas Perdana Menteri singgapura, Lee Kwan Yuew. Begitu juga dengan akta ISA.

Terdahulu, dakwaan Mahathir berhubung Anwar pernah dibekalkan dengan dengan 4 wanita untuk hubungan seks, dibidas pelbagai pihak.

"Dua daripada mereka enggan mengadakan hubungan seks, tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan," dakwa Mahathir.

Mahathir berkata bahawa 2 wanita itu menolak untuk mengadakan hubungan seks, manakala 2 lagi bersetuju. Namun mahathir berkata, beliau berkeras enggan ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Dakwaan liar itu disusuli dengan penafian Anwar yang menyifatkan tuduhan Mahathir itu dibuat semata- mata mahu menutup penyelewengan yang dilakukannya semasa memegang tampuk pemerintahannya.

Pandangan Anwar turut disokong Lee, yang menyifatkan memoir Mahathir ini tidak lebih dari sekadar propaganda semata- mata.

"Ini bukan satu bahan yang boleh dirujuk sebagai bahan sejarah tetapi sekadar propaganda mahathir," tambahnya lagi.

Read more ...

Indahnya hidup menyokong Umno : Dah la kereta buruk, saman ekor kena bayar, insuran tinggi

Insuran kenderaan TINGGI, Sokong lagi Umno

Oleh: amkns

"Dahlah isu saman ekor tak selesai-selesai. Harga minyak manjang naik je. Nak ambil lesen memandu kereta atau motosikal susah, mahal pula tu.

Sekarang ni insuran kenderaan pula semakin tinggi dan tinggi dan tinggi. Tak payah pakai insuran/takaful dan cukai jalanlah nampaknya.

Lepas ni banyaklah TIP untuk elak saman ekor, guna nombor plet kenderaan lain, rosakkan nombor plet dsbnya. SOKONG LAGI UMNO! Rakyat Didahulukan !

PREMIUM TAMBAHAN SEHINGGA 150 PERATUS 'SAKITKAN' PENGGUNA

KL 11 Mac : Selain kadar premium insurans pihak ketiga yang perlu dibayar, pemilik kenderaan kini terpaksa menanggung beban berikutan kadar premium tambahan (loading) 'menyakitkan' yang dikenakan oleh syarikat penyedia insurans.

Manakan tidak, kadar premium tambahan itu boleh mencecah sehingga 150 peratus daripada caruman premium biasa pengguna dan lebih tidak adil, ia dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Sumber Utusan Malaysia memberitahu, akibat 'kebenaran' bank induk itu, syarikat insurans bebas meletakkan kadar premium yang berbeza tetapi dihadkan sehingga 150 peratus.

Sebagai contoh katanya, seorang pengguna yang membayar premium insurans pihak ketiga pada kadar RM72 setahun sebenarnya perlu membayar sehingga RM180 setahun akibat beban tambahan tersebut.

"Itu bagi kereta lama berusia 15 tahun yang berkapasiti rendah seperti di bawah 1,000 cc. Bagi 1,500 cc ke atas pula ia mencecah sehingga RM337.50 setahun," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Sumber itu menambah, pemilik kenderaan berusia 15 tahun ke atas pula berhadapan masalah lain apabila syarikat insurans tidak membenarkan mereka mengambil premium insurans pihak ketiga.

Katanya, pemilik berkenaan perlu merujuk kepada 'Malaysian Motor Insurance Pool' (MMIP) bagi mendapatkan perlindungan insurans. "Selain kadar berbeza yang ditetapkan MMIP, kenderaan yang berusia lebih 15 tahun itu juga perlu diperiksa oleh Puspakom Sdn. Bhd. dan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM60, jadi semuanya duit," jelasnya.

"

Read more ...