Monday, July 16, 2012

UMNO TERSANDAR!!! 262 pemuda UMNO sertai PAS

BACHOK: Tindakan nekad pemuda Umno menyertai PAS secara beramai-ramai telah memberi kekuatan baru kepada kebangkitan PAS di Bachok.

Majlis ceramah di Kampung Cherang, Kuchelong malam tadi yang dihadiri Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudi menerima borang keahlian daripada seramai 262 orang yang terdiri daripada pemuda-pemuda Umno yang diketuai Che Azmi Che Ibrahim.

Che Azmi dalam ucapannya menyatakan bahawa sebab mereka bertindak meninggalkan Umno yang telah berpuluh tahun sebagai ahli telah melihat kepincangan dan penyelewengan pemimpin Umno dan BN yang mementingkan peribadi masing-masing bukan untuk membela kebajikan rakyat.

Majlis ceramah juga diserikan dengan kehadiran Ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Sheikh Ismail yang membuat beberapa pendedahan terbaru yang hangat diperkatakan termasuk kes Scorpene.

Beliau turut mengulangi desakan supaya Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin disiasat secara telus dan adil terhadap beberapa penyelewengan yang didedahkan sebelum ini.

Turut hadir ialah kepimpinan PAS kawasan iaitu Yang Dipertua, Datuk Omar Mohamed, Ustaz Hassan Mahmud (timbalan) dan Abdul Aziz Kadir (naib).

Ketua Pemuda PAS Bachok, Ahmad Marzuk Shaary ketika dihubungi mengulas perkara itu melahirkan kesyukuran.

“Saya mengucapkan syukur Alhamdulillah dengan kejayaan program ceramah pemuda Umno masuk PAS ini dan selepas ini kita akan adakan lagi program penyerahan borang seperti ini dari masa ke semasa, kerana ramai lagi yang jumpa dengan saya kalangan pemuda Umno yang menyatakan hasrat menyertai PAS,” katanya

Apabila ditanya apa reaksi pemuda PAS terhadap gelombang kesedaran dalam kalangan pemuda, beliau berkata pihaknya memandang positif.

“Kita memandang positif tentang perkara ini dan menyeru kepada semua para pemuda khususnya, untuk bersama-sama dengan PAS dan PR bagi melangkah bersama membentuk sebuah kerajaan baru di Putrajaya.

“Ini juga petanda yang kita insya Allah boleh kekalkan kemenangan di ketiga-tiga Dun dan juga boleh pertahankan kemenangan PAS di Parlimen Bachok,” tegasnya.

Read more ...

KUBU UMNO TEMBUS!!! PAS makin mara, Ali Rustam makin panas


Dalam masa tidak sampai sebulan 2 kubu kuat Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam di Dun Bukit Baru roboh.  2 minggu lepas PAS berjaya mengadakan ceramah di Peti Undi Padang Jambu manakala Sabtu lalu Peti Undi Kg Ku Sayang pula berjaya ditembusi.

Kedua-dua peti undi itu sebelum sukar ditembusi kerana tiada penduduk setempat yang berani membenarkan rumah mereka dijadikan tempat ceramah.


Kejayaan PAS menembusi kubu kuat Umno tersebut membuktikan bahawa rakyat Melaka semakin berani untuk membuat perubahan. Kalau sebelum ini mereka melalukan protes secara senyap kita mereka sudah berani melakukannya secara terbuka.


Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab berkata kejayaan menembusi kubu kuat Umno memberikan tamparan hebat kepada Umno/BN di Dun Bukit Baru.


"Kejayaan ini benar-benar memberikan suntikan kepada jentera PAS untuk meneruskan kemaraan di Dun Bukit Baru. BN menghadapi tamparan hebat sehingga mereka cuba ganggu ceramah kita pada malam itu".


:"Bila mereka tak dapat lawan hujah kita mereka lawan secara kekerasan dan tidak professional" ujar Yusof.


Yusof berkata kedua-dua peti undi itu sebenarnya bukanlah kubu BN di mana kekuatan Umno hanyalah di Kampung tradisi Melayu seperti Kg Ku Sayang dan Kg Padang Jambu.


"BN hanya menang dengan majoriti kira-kira 100 undi sahaja di Peti Undi Kg Ku Sayang, mereka semakin terdesak sekarang".


"Insya Allah kita akan menang di Dun Bukit Baru, sebab itu mereka tunjuk samseng suruh kita turun bendera di Pejabat PAS UPU Kg Ku Sayang dan cuba ganggu ceramah kita" tambah Yusof.


Gambar di atas menunjukkan bendera PAS yang dipasang di Pejabat PAS UPU Kg Ku Sayang yang diarahkan supaya diturunkan.Mutaligat

Read more ...

BUKAN JAMAAH CELARU& KELIRU!!!!Kalau saya rakyat Malaysia nescaya saya juga ahli PAS - Wakil Ikhwanul-Muslimin


Kalau saya rakyat Malaysia nescaya saya menjadi salah seorang ahli Parti PAS,” demikian kata Masu’l Tarbiah Bahagian Hubungan Luar Parti Ikhwan Muslimin dari negara Mesir.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Perhimpunan Hijau menuju ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Kuala Selangor malam tadi.

Semangat kira-kira lebih 6,000 audien di stadium itu turut dibakar lagi dengan kata-kata semangat tokoh yang mula bangkit menentang pentadbiran kuku besi Hosni Mubarak sejak peringkat awal di Dataran Tahrir lagi.

“Tiada seorang pun dari kami dapat menyangka bahawa kami dapat keluar dari kezaliman ini dan tiada siapa yang menyangka kami mampu untuk bangkit menghadapinya.

“Kami telah bangkit dengan revolusi dan Allah telah membantu kami mencapai kejayaan.

“Jalan menuju perubahan terlalu hampir kepada kita dan kini telah pun sampai ke Timur Tengah dan ia akan sampai ke negara kamu, Insyaallah,” ujarnya lagi.

Selain itu beliau turut memberitahu, sama seperti di negara ini, meskipun beberapa pemimpin Ikhwan Muslim pernah dipenjara ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk menumbangkan rejim Hosni Mubarak.

Sebelum itu, dalam perhimpunan sama, Ahli Jawatankuasa Lajnah Pertanian PAS, Mohamad Maksom Ramli menyerahkan deklarasi pesawah kepada Timbalan Yang Dipertua II PAS Selangor, Iskandar Samad.

Deklarasi tersebut mengandungi janji Pakatan Rakyat yang akan menjaga kebajikan pesawah sekiranya berjaya menawan Putrajaya dan menubuhkan Kerajaan Pusat yang baru.

Dalam perhimpunan itu menyaksikan tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan turut menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAS.

Mereka adalah bekas Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) selama 33 tahun yang juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah dan bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang, Abd Rahman Taib. -selangorku

Read more ...

PENDEDAHAN BEKAS C/T UMNO!!! Kaitkan semua yang buruk dengan PAS dan PR - Pesanan di Seminar C/T UMNO di Janda Baik


Oleh: Bekas CT UMNO

'Kaitkan semua yang buruk dengan Pakatan Rakyat atau PAS.' Itu pesanan seorang pakar strategi yang didatangkan khas dari APCO (sebuah badan perunding imej milik Yahudi) sewaktu saya menghadiri Seminar Intensif cyber trooper UMNO di Janda Baik selama tiga hari tiga malam.

Pesanan itu lebih mendalam diingatan saya setiap kali terbaca cerita-cerita sensasi dari blog UMNO, yang semuanya dikaitkan untuk memburukkan PAS atau PR.


Laporan di atas adalah contoh bagaimana kisah sedih anak yatim dimanipulate untuk mengaitkan dengan PAS. Kononnya pusat anak yatim itu milik PAS atau orang PAS, walhal setelah saya melakukan siasatan di Kuala Nerang tidak ada asrama anak yatim yang dikendalikan oleh PAS atau individu PAS. Ternyata ia sengaja diada-adakan untuk memburukkan PAS.

Jika anda rajin meneliti blog-blog UMNO, strategi ini digunakan di hampir kesemua blog mereka saban hari walau pun kadang-kadang bahan atau program yang hendak dikaitkan dengan PAS itu ternyata dianjurkan oleh pihak kerajaan UMNO sendiri.

InsyaAllah, saya akan terus membongkar strategi yang digunakan oleh CT UMNO, lebih-lebih lagi yang diajar oleh Dr. Norvandri.Kedah La

Read more ...

BERLAGAK SOMBONG!!! Kisah OCPD yang tiada urat SENYUM....

DS Nizar selesai Himpunan Bantah ISA terus bertemu anggota polis untuk mengucapkan terima kasih dan selamat berpuasa.

Anggota polis lain-lain pangkat ,tersenyum apabila menerima salam dan ucap selamat berpuasa dari DS Nizar
Tunggu untuk menyambut salam DS Nizar
Syabas Tuan,senyum suka dengan DS Nizar ,tak macam OCPD tak mahu senyum.
Inilah OCPD Taiping ,tak senyum -senyum dengan DS Nizar,tangan sebelah seluk kocek.Nizar minta OCPD senyum sampai sudah tak senyum-senyum.Kalau senyum pun SENYUM PAKSA.   



 
Kamunting,15 Julai- Seusai Himpunan Bantah ISA ,DS Nizar terus berjumpa anggota polis yang bertugas.Kebanyakan baik menyambut salam DS Nizar. OCPD Taiping ,endah tak endah layan DS Nizar.
 
Seorang teman wartawan yang mengenali penulis , bercakap pelan”OCPD ini tak taukah UMNO mahu kalah”. “Kalau UMNO kalah,OCPD,ini mahu letak muka kat mana ya?” kata teman wartawan lagi.Sisibukit

Read more ...

KONSPIRASI LIWAT 3!!! Pembohongan Papa Gomo dan taktik UMNO

KONSPIRASI LIWAT 3 ?


Adakah DSAI akan sekali lagi turun-naik mahkamah selama beberapa tahun ?


Blog papagomo melaporkan seorang mahasiswa telah membuat laporan polis kononnya diliwat oleh DSAI baru-baru ini. Apakah ini taktik terbaru Umno untuk menghadapi PRU-13 dengan mengalih tumpuan terhadap susuk yang pernah DUA kali didapati tidak bersalah dalam konspirasi Liwat 1 dan 2.

Perencanaan telah disusun dengan baik demi detik terpenting menghadapi pilihanraya hidup mati Umno Bn. Lebih dilihat Bn akan terlingkup maka sesuatu perlu dirangka sebelum terlambat, menjadikan PRU-13 yang dicanang sejak pertengahan tahun lepas dianjak-anjak beberapa kali.


Anwar Ibrahim tidak boleh dibiarkan bergerak bebas, mahkamah adalah tempat yang boleh meminimakan pergerakan Anwar Ibrahim. Program Jelajah Merdeka Rakyat yang menyelusur ke seluruh negara mendapat sambutan yang sangat luar biasa biarpun ia berlangsung di Sembrong, tetap dihadiri hampir sepuluh ribu rakyat - ini cukup menggusarkan Umno Bn. Ia suatu perkembangan yang sangat menekan.


Maka apakah dengan kegusaran melampau ini, hadirlah slot terbaru konspirasi Liwat 3?


Rakyat sememangnya sudah muak dengan hidangan berita-berita yang berunsur kelucahan melampau akan sekali lagi berdepan detik mual sekiranya satu lagi konspirasi tercipta. Akhbar utusan akan sekali lagi menyaingi majalah Playboy. Pasti puluhan juta wang rakyat telah digunakan demi menggarap konspirasi 'state-of-the-art', setelah konspirasi Liwat 2 gagal menyumbat Anwar Ibrahim ke jerijil besi.


Segala 'kesilapan teknikal' yang melibatkan ekzos Saiful contohnya '2 hari simpan bukti dalam dubur' akan diimprovisi dengan lebih terperinci mengurangkan kadar cacat-cela yang bakal menyebabkan mahkamah sekali lagi menyebelahi Anwar Ibrahim.


Peguam yang sebelum ini menjadi ketua pendakwaan kes Liwat 2 pasti kali ini menjadi individu penting untuk berada dalam kem pasukan guaman Anwar Ibrahim. Semua selok-belok penipuan berada di tangan Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin.


Mungkinkah seorang lagi mahasiswa yang hampir gagal dalam pelajarannya datang menuntut biasiswa dari Perdana Menteri sendiri? Atau mengadu pada Rosmah Mansur bahawa dirinya bakal diliwat dua hari akan datang?


Sama-sama kita nantikan apakah lawak pecah panggung yang bakal disajikan kepada rakyat Malaysia semua, atau kali ini 'mereka' datang bersama 'blue-print' yang mantap sempurna tanpa kesilapan seperti dua konspirasi terawal?


Sesungguhnya, 'mereka' merancang, Allah juga punya perancangan... nescaya perancangan Allah adalah sebaik perancangan!


Edy Noor Reduan (EDYES)

Aktivis Blogger

Solidariti Anak Muda Malaysia - FB

Read more ...

KERAH & PERAH!!! Kerah belia bagi macam-macam melalui perah duit rakyat


Kita semua sedia maklum bahawa kerahan tenaga adalah satu perkara yang diamalkan dan diwajibkan ke atas semua kaum lelaki yang merupakan warganegara Singapura.

Di negara tersebut setiap lelaki warganegara mereka yang mencecah usia 18 tahun akan dikerah menjalani khidmat sepenuh masa dalam Perkhidmatan Negara (National Service) selama dua tahun.

Ianya penting untuk keselamatan negara mereka disebabkan faktor jumlah penduduk yang kecil jika dibandingkan dengan negara-negara jiran mereka.


Tahukah anda bahawa ‘Kerahan Tenaga’ ini juga terpaksa diwujudkan di Malaysia di bawah pentadbiran Najib?


Menariknya di negara kita ini bukan belia yang berusia 18 tahun ke atas yang dikerah tetapi Kakitangan Kerajaan, Pelajar-pelajar dan juga sesiapa sahaja yang perlu akan dikerah.


Malangnya ianya tidak langsung membawa sebarang faedah kepada negara, faedahnya hanya untuk pemimpin-pemimpin terbabit sahaja.


Selain Najib yang sering menggunakan kaedah ini untuk menampakkan kepada umum bahawa majlis yang dihadirinya mendapat sambutan meriah, Mukhriz dan Muhyiddin juga mempraktikkan kaedah yang sama.


Dimana Muhyiddin suatu masa dulu telah mengerahkan setiap Syarikat menghantar sekurang-kurangnya 200 orang kemajlisnya – sila baca di (
SINI )

Manakala Mukhriz pula yang dikatakan terdesak untuk menjadi MB Kedah telah mengerahkan seluruh pelajar UiTM Pulau Pinang yang dilahirkan di Kedah untuk hadir ke majlisnya – sila lihat di (
SINI )

Meskipun kerahan tenaga yang dilakukan oleh Najib pada perasmian Hari Kooperasi Negara di Bukit Jalil telah memalukannya dimana para pelajar yang dikerah telah membuat bising ketika beliau berucap dan orang ramai yang dikerah hadir keluar ketika Najib berucap – sila lihat video di ( SINI )

Najib tidak berputus asa.. lagi satu kerahan tenaga dilakukan olehnya..


Media-media yang dikuasai Kerajaan UMNO/BN melaporkan..

Program 1Malaysia 4Youth telah berjaya dilangsungkan semalam dengan kehadiran lebih kurang 30,000 belia yang hadirnya daripada pelbagai sektor seperti RELA, JPAM, sekolah-sekolah, persatuan belia, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain malah ada juga yang hadir secara individu.

Sesuai dengan gelaran ‘Bapa Pengumuman Negara’ yang diberikan kepadanya, Najib telah mengumumkan sebanyak RM100 Juta akan disalurkan dalam bentuk geran kepada pertubuhan-pertubuhan belia..

Yang pasti.. Kroni akan gembira.. belia tetap ternganga..


Untuk mendapatkan jumlah kehadiran seramai 30,000 orang seperti yang dilaporkan oleh media dikawal Kerajaan UMNO/BN itu, Najib terpaksa menjalankan kerahan tenaga sekali lagi.


Najib terpaksa menyediakan ‘T’ Shirt, makan minum dan pengangkutan secara percuma (ditanggung oleh rakyat jelata) untuk merialisasikannya.


Dokumen yang didedahkan menunjukkan Kolej Komuniti sahaja telah dipaksa mengerahkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar untuk menyertai program Najib 1M4U itu.


Itu kerahan untuk Kolej Komuniti.. sudah tentu kerahan tenaga ini juga telah dipraktikkan terhadap sektor RELA, JPAM, sekolah-sekolah, persatuan belia, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.


Dokumen yang telah didedahkan itu sila lihat di sini (
MiLo SuaM )

Kalau nak tengok seorang anggota Polis menari sampai lupa diri di 1M4U itu sila lihat di (
SINI )ASD

Read more ...

MARI TENGOK!!! Video paling menarik pada minggu ini..1Malaysia beb...

Read more ...

HANYA RM 50!!!Upah Samseng UMNO yang membuat kacau ceramah PR

KUALA LUMPUR 16 Julai: Seorang samseng upahan Umno yang ditangkap ketika mengganggu ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pekan Kuah Langkawi mengaku kumpulannya diberi upah RM50 seorang hanya untuk membuat kacau, kata saksi, Angah Habib.
Samseng Umno yang ditangkap oleh Angah
“Mereka sebenarnya adalah kumpulan mat rempit, yang membuat provokasi sejak ketibaan Anwar di Lapangan Terbang Langkawi dan ikut sampai Masjid Pekan Kuah,” kata Angah yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah.
Beliau yang bertugas semasa tangkapan pada Ceramah Merdeka Rakyat di situ Rabu lalu berkata, hampir 30 buah kereta dicalarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dalam insiden berkenaan.
“Mereka ganggu pula ceramah di sebelah malam, calar kereta sambil buat bising terutama ketika Anwar sedang berucap,” jelasnya.
Menurut Angah, selain SAMM, turut serta dalam operasi itu adalah KEADILAN Kedah dan Unit Amal.
Pemuda berusia awal 20 an itu berjaya dicekup sebelum dibawa ke Balai Polis Kuah.
Dianggarkan, lebih kurang 5,000 penyokong hadir dalam ceramah tersebut yang turut mengecam tindakan provokasi samseng upahan itu.

Read more ...

UMNO GERUN!!!Fenomena pegawai kerajaan dan artis sertai PAS


SHAH ALAM, 16 JULAI: Fenomena kemasukkan ramai bekas pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS pada masa kini menggerunkan Umno-BN.
 
Tindakan tersebut juga membuktikan PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk menakluki Putrajaya.
 
Demikian menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramahnya dalam Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya peringkat Negeri Selangor, di Stadium Kuala Selangor malam tadi.
 
“Bekas orang nombor tiga dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari sudah pun menyertai PAS, jadi ahli seumur hidup dan saya juga nampak bekas Ketua Polis, Tan Sri Musa Hassan sedang mengintai-intai untuk bersama kita.

“Hari ini Tan Sri Musa dah kata perangkaan jenayah yang dikeluarkan oleh PDRM tak boleh dipercayai sebenarnya jenayah meningkat dengan dahsyat,” katanya yang popular dengan panggilan Mat Sabu.
 
Dalam perhimpunan ini, tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan turut menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAS.
 
Mereka adalah bekas Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) selama 33 tahun yang juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah dan bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang, Abd Rahman Taib.
 
Manakala seorang lagi adalah bekas Pengarah Sumber Manusia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang juga pernah menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, Yusuf Hassan.
 
Menurut Yusuf, kemasukan golongan pesara kerajaan dalam PAS akan dapat membantu parti itu mengurus tadbir kerajaan apabila PR memenangi pilihan raya kelak.
 
“Saudara semua jangan takut kerana kita menyediakan pakar-pakar dari dalam kerajaan dari pelbagai bidang untuk membantu saudara-saudari semua mengurus tadbir negara ini dengan baik.
 
“Pengalaman yang kami ada, akan kami curahkan untuk membantu rakyat dan menjadi negara yang paling baik,” ujar beliau.

Read more ...