Wednesday, June 29, 2011

Penyokong pakai baju KUNING tapi pemain Malaysia terpaksa pakai baju biru

DEY MACHA!!! BETOI KA KAT MALAYSIA LA NI DAH TAKLEH PAKAI BAJU KUNING? TAKKAN BOLA PUN DEPA NAK POLITIKKAN JUGA? KAH! KAH! KAH! INI JERSI UNTUK PERMAINAN DI TEMPAT SENDIRI (HOME)
INI PULAK JERSI UNTUK PERMAINAN DI TEMPAT LAWAN (AWAY)
TIBA-TIBA SEMALAM MALAYSIA LAWAN TAIWAN KAT BUKIT JALIL BUKAN KAT TAIWAN DEPA TAK PAKAI JERSI KUNING (HOME) PADAHAL MAJORITI PENONTON SEMUANYA PAKAI JERSI KUNING, NASIB BAIK PENONTON SOKONG JUGAK SAMPAI MENANG KAH! KAH! KAH! APA-APA HAL PUN GUA UCAP TAHNIAH KEPADA PASUKAN MALAYSIA YANG KIAN MANTAP TERUSKAN MOMENTUM KEMENANGAN TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! MALAYSIA 2 - 1 TAIWAN... Pemain Malaysia meraikan jaringan gol pertama pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 malam Rabu. Gol itu dijaringkan oleh Kapten Pasukan Malaysia, Safiq Rahim (minit ke-28) pada perlawanan menentang pasukan Taiwan. - Foto THE STAR Oleh GLENN GUAN NAK TENGOK JERSI MALAYSIA HOME ATAU AWAY SILA KLIK DI SINI

Read more ...

Wardina beri tempoh 14 hari kepada blogger pencacai UMNO ?


WARDINA (kanan) menafikan dakwaan bahawa dia telah menyertai PKR sambil diperhatikan Muhammad Hanif pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.

Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

"Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.

"Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung)," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam. JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my

Read more ...

Inilah 50 Dalil UMNO , PERKASA dengan bantuan POLIS sokong KOTOR tolak BERSIH

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWJR2qQJf_DN5t5NejvzQevOIOWRjxv7MEXUnhXFC7jDsCldtS6o7o6KhNivkGRzVI3AqKMcyXCElK_EbYV2h0XEa0jWmDgWPudcjymaVgBibYJZBz8yePtqe0Hm9oex-jvwPVmFpZys4/s1600/KOTOR.jpgIni senarai 50 dalil kenapa rakyat perlu kena sokong KOTOR dan jangan sokong BERSIH . Polis pun bersekongkol dengan benda KOTOR ini, Pemuda UMPORNO apatah lagi, PERKASAM lagi kuat, MUFTI MELAYU HARUSSANI takut keluar fatwa benda KOTOR ni, MAHAGURU pun ada saham juga untuk persilatan KOTOR ini.

50 Dalils (reasons) why we MUST vote for BN KOTOR :

1. PKFZ (Port Klang Free Zone) Scandal - more than RM12.5 billion incurred and counting
2. Useless & problematic Scorpene submarines - costing approximately RM7.6 billion
3. Commission for the undiveable Scorpene submarine - RM500 million halal comission, read MEGA CORRUPTION
4. Loss of Bumiputera equity - RM52 billion
5. Limbang offshore blocks L and M given to Brunei - worth RM320 billion
6. Bank Negara Forex loss - RM6 billion
7. Perwaja Steel Scandal - RM15 billion
8. 60,000 Approved Permits given to UMNO-linked cronies - worth RM2.4 billion every year
9. BMF Scandal (Carrian group) - RM4 billion..BMF manager was murdered
10. Double-tracking railway project from Ipoh to southern Thailand - RM12.5billion
11. Purchase of 6 EMU locomotives - irregularity at a cost of RM500 million
12. Maminco affair....cornering tin market/speculation cost us RM 2.5 Billions
13. Maltrade II land grab by Naza, costing taxpayers some RM 2.2 Billion
14. RM 6.75 billion to PSC Bhd for locally made naval vessels which were never delivered .
15. MAS shares - Tajuddin Affairs: Govt bought at $8 ringgit when market price was $3.5 ringgit. RM8 Billions taxpayers money lost
16. Halal Hub - RM 2 billion spent, nothing done, only RM 200 million left.
17. Armoured carriers -RM 8 billion .By industry standards, a good armoured car will only cost half a million. Mindef will spend RM 30 million each
18. RM 810 Million palace balloning to some RM 1.2 Billion, Selangor Hospital overrun by RM 100's of millions
19. School classrooms and computer labs - RM10 billion, direct nego. How much did the Government actually get?
21. Khir Toyo's Balinese palace - RM24 million
22. Menara Warisan or mega-tower - RM5 billion
23. Bail-out of GLCs and BN's crony-corporations - too massive and too many
24. Anwar's black-eye incident (beaten up by police while in prison)
25. Churning out acronyms, i.e. 1Malaysia,NEM, GTP, ETP, EPP, NKRA, NKEA, and TEM (Terrible Economic Management)
26. Prime Minister Najib Razak's aide Nasir Safar's statement: "Chinese came here to sell their bodies and Indians came to beg"
27. BiroTata Negara deputy director Hamim Husin's statement: Chinese are "si mata sepet" and Indians "si botol"
28. Missing jet engines.What a joke, Ain't you ashamed to be a Malaysian? .
29. Perak illegal and undemocratic power-grab in February 2009: Remember Perak, remember the Injustice!
30. Lingam-gate Scandal: Correct, correct, correct or Korek, korek, korek
31. Sodomy I and Sodomy II trials , Datuk T trio and the sex video
32. Stamping of Bibles: ' Bible smelly' said Hishammuddin and 'Christian-state' false news from Utusan and Umno bloggers
33. Perkasa, Pembela: Increasingly anarchist stance due to the lack of punishment by the authorities
34. Cow-head protests, vandalism at churches and mosques
35. 1 Malaysia email granted to 'broke' firm Tricubes Bhd (GN3 company).
36. Brand new Stadium roof collapse in Terengganu
37. Flip-flop of key education policy in the teaching of Maths and Science in English
38. Ibrahim Ali is Adolf Hitler alter-ego & mouthpiece of BN 1Malaysia
39. Water Rally (to demand that the government returns water rights to the rakyat)
40. Eye-on-Malaysia Ferris Wheel (white elephant in Melaka)
41. Bukit Merah-Papan rare earth tragedy in Perak (MItsubishi) and now Gebeng in Pahang (Lynas) & WTF 2 Nuclear plants !!!
42. Bakun Dam (destruction of environment, displaced peoples)
43. Female nude-squats - November 2005 and June 2011
44. Abuse of the New Economic Policy/Dasar Ekonomi Baru
45. Buying of votes in 10th Sarawak State Elections in April 2011. I help you, you help me ?
46. Wasted money spent on 1Million Youths Gathering - more than RM25 million - May 2011
47. Hike in Electricity Tariffs on June 1, 2011 and more upcoming hikes in sugar, diesel and petrol
48. Asian Petroleum Hub in Johor - RM1.4billion, now in receivership
49. Various Malaysian corridors started by Tun Abdullah Ahmad Badawi now empty, unutilised and vacant
50. Altantuya,while walking in KL picked up a stone which turned out to be C4 Xploding herself! ; Teoh Beng Hock, room too hot, opened window and accidentally fell out!; Kugan Ananthan (only 22, but the cops beat him until his kidneys failed), Aminul Rasyid (15-years old, but shot multiple times by cops), Ahmad Sarjani ( MACC victim) .

Read more ...

54 tahun UMNO/ BN perintah tapi penakut

PETALING JAYA, 29 Jun: Sungguh mengaibkan Umno BN yang telah mengurus negara hampir selama 54 tahun, masih menggunakan pendekatan ugutan dan menakut-nakutkan rakyat bagi menghalang perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) berkata, segala ancaman dan tekanan pemerintah BN terhadap aktivis perhimpunan itu adalah manifestasi dari ketakutan dan kecemasan melulu mereka kepada keberanian rakyat dalam menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pilihan raya negara ini.

Lojiknya, kata beliau selepas sekian lama mentadbir negara dan sistem pilihan raya pula memang dijalankan secara telus dan adil, BN dan Umno seharusnya menerima pandangan dan suara rakyat ini secara jantan dan berjiwa besar.

Katanya, kritikan rakyat terhadap kaedah pilihan raya diurus di negara ini terlalu banyak rasionalnya.

Menurutnya, SPR sendiri berulang kali menyatakan bahawa sistem yang ada memang banyak kelemahannya.

Malah, kata beliau mengakui tidak berupaya memperbaikinya berasaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Lebih jauh, tambahnya persepsi rakyat kini, SPR bukan sahaja banyak kelemahan, malah amat ketara menunjukkan sikap memihak dan gagal mengurus undi rakyat secara telus, adil dan meyakinkan.

Justeru, pihaknya kesal terhadap tindakan menyekat dan menangkap para aktivis Perhimpunan Bersih yang sedang dilakukan sekarang.

Beliau juga kecewa dengan kaedah pihak berkuasa dan instrumen pemerintah yang menggunakan pendekatan melabel kelompok rakyat yang menyokong perhimpunan secara aman.

Lebih buruk, katanya ada pula media pendokong Umno yang menggunakan pendekatan ekstremis agama dan rasis dalam usaha mereka menyekat suara rakyat ini.

“Dalam hal ini tindakan pemerintah menahan 30 aktivis PSM serta menuduh mereka cuba menghidupkan semula ideologi komunis adalah tindakan terburu-buru dan cemas yang melulu,” katanya.

Tambahnya, PKR menyokong tuntutan Perhimpunan Bersih yang dirancang teliti supaya berlangsung secara aman pada 9 Julai ini.

Beliau berkata, adalah menjadi hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan hasrat mereka sesuai dengan apa yang ada di dalam perlembagaan.

Katanya, kenyataan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam yang telah menyeru pihak berkuasa membenarkan Perhimpunan Bersih ini seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan adalah amat dipersetujui dan disokong.

“Lapan tuntutan Perhimpunan Bersih itu adalah suara hati nurani rakyat yang sudah sekian lama disuarakan melalui pelbagai saluran.

“Sekiranya ia dilaksanakan sepenuhnya, sudah pasti negara dapat mewujudkan sistem pemilihan kepimpinan negara yang lebih utuh, dipandang tinggi oleh rakyat dan dihormati masyarakat antarabangsa,” ujarnya.

Ini, ujarnya akan mewujudkan budaya masyarakat madani (civilized society) ke arah negara yang lebih maju, adil dan makmur.

“Anehnya, jika pilihanraya yang bersih akan menguntungkan kesemua pihak –pemerintah dan yang diperintah, mengapa pula Umno terlalu takut dengan pilihan raya yang bersih,” katanya.

Read more ...

PELIK : Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal edar risalah palsu BERSIH polis tak tangkap pun

Risalah berwarna kuning dilekatkan pada belasan kereta di Seksyen 2 Wangsa Maju, menyeru "tumbangkan kerajaan sekarang" atas nama "BERSIH 2.0", pagi ini.

Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat menafikan bahawa risalah ini diedarkan oleh pihak BERSIH 2.0, dan mengecam sekeras-keras tindakan pemalsuan ini.

Wartawan MerdekaReview diberitahu bahawa risalah kuning dilekatkan pada kenderaan di tempat letak kereta Seksyen 2 Wangsa Maju, pagi ini.

Antara mesej yang tertera pada risalah tersebut termasuklah "PERHIMPUNAN Bersih2.0", "BERSAMA KITA TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG!!!", dan "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!"

Banyak lagi risalah sedemikian yang bertaburan di situ, tanpa mengetahui siapakah pengedarnya.

Setelah meneliti gambar yang ditunjukkan MerdekaReview, Wong Chin Huat menekankan bahawa BERSIH tidak menyeru untuk menggulingkan kerajaan, dan tidak menyamakan gerakan ini dengan gerakan pembangkang di dunia Timur Tengah, maka risalah tersebut bukan diedarkan BERSIH. Justeru itu, adalah tidak masuk akal seandainya BERSIH menyeru "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!", katanya.

"BERSIH bukan untuk menggulingkan kerajaan, tetapi menyeru untuk mereformasikan sistem pilihan raya, meningkatkan keabsahan kerajaan yang dipilih rakyat," tegasnya.

Wong Chin Huat mengecam tindakan menyamar dan memalsukan mesej asal BERSIH, dan juga meminta agar orang awam berwaspada terhadap taktik sedemikian.

Beliau menjangka saluran penyebaran mesej BERSIH 2.0 akan disempitkan, berikutan tindakan polis menyerbu dan menggeledah pejabat BERSIH 2.0, tengah hari tadi.

Beliau berkata, BERSIH 2.0 hanya menyeru agar rakyat turun untuk berhimpun pada 9 Julai, sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan BERSIH 2.0.

Wong meminta agar rakyat memakai baju kuning, membawa bendera dan kamera, "Seandainya dihalang dan gagal menyertai himpunan BERSIH, ambillah gambar di tempat tersebut sebagai kenangan. Jangan memberi laluan kepada halangan yang berniat jahat," katanya.

Read more ...

Jangan bermegah-megah dengan ilmu silat - Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia

PULAU BESAR: Pengamal silat yang sebenar tidak akan bermegah-megah dengan ilmunya dan mengancam keselamatan orang lain, sebaliknya hanya mempergunakan ilmu yang dipelajari untuk manfaat agama, bangsa dan negara.

Malah, mana-mana pengamal silat yang dengan sengaja menakut-nakutkan orang lain untuk menunjukkan kekuatan, pasti akan menerima balasan daripada Allah.

“Orang yang hendak buat kacau kita tidak galakkan. Kalau mereka hendak tunjuk megah, Allah Taala akan bagi balasannya,” demikian dinyatakan Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan Omardin Mauju, Guru Utama Silat Lincah Malaysia yang mengancam supaya perhimpunan Bersih 9 Julai ini dibatalkan, jika tidak mahu ‘berperang’ dengan pengamal seni silat di negara ini.

Omardin, mengeluarkan ugutan kepada Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan supaya menghentikan hasrat itu kerana khuatir tidak dapat mengawal ‘emosi’ anak-anak didiknya jika mereka ‘bertembung’ pada perhimpunan itu nanti.

Kenyataan Omardin itu disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Bercakap lebih lanjut, Cikgu Majid berpendapat tujuan Bersih adalah berhimpun secara aman untuk menuntut keadilan, justeru tidak ada sebab mana-mana pertubuhan silat memusuhi peserta himpunan itu.

“Kita tak berfikir yang mereka (Bersih) akan menimbulkan masalah. Kita tak anggap begitu. “Apa-apa tindakan yang kita mahu ambil hendaklah berpaksikan keadilan yang sebenarnya,” kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid juga memberi jaminan bahawa penuntut Silat Gayung Pusaka sendiri tidak akan mengancam dan menakut-nakutkan orang lain daripada menyertai mahupun menghindari perhimpunan tersebut.
“Saya pun tak akan izinkan anak-anak Gayung buat kacau pada perhimpunan begini,” kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid atau nama penuhnya Abdul Majid Mat Isa adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia dan masih mengekalkan gelaran ‘Cikgu” walaupun beliau sendiri sebenarnya bertaraf seorang mahaguru dalam dunia persilatan.

Cikgu Majid adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman dan menuntut seni silat Melayu itu di Woodlands, Singapura.

Read more ...

Timbalan KPN jahil undang-undang , salah guna kuasa tak layak jadi Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Walaupun ditekan dengan pelbagai asakan, PAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada polis dan media BN kerana membuat promosi percuma untuk perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

"Apa pun kami berterima kasih kepada polis, pak menteri dalam negeri, Perkasa, pemuda Umno, Utusan Malaysia, RTM dan TV3 kerana tolong mempromosi secara percuma perhimpunan bersih pada 9 julai ini.

"Segala 'jasa baik' kamu tersebut kami serahkan pembalasannya pada Allah," kata peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), AJK PAS Pusat.

Namun begitu, kredibiliti timbalan ketua polis negara dipertikaikan beliau dan disifatkan sebagai bukan sahaja jahil undang-undang bahkan beliau telah menyalahguna kuasa.

Hanipa mempertikaikan "Adakah orang sebegini yang akan menjadi Ketua Polis Negara kelak?"

Hanipa membuat kenyataan itu ketika mengulas kenyataan Datuk Sri Khalid Abu Bakar yang berkata, sebarang permohonan permit tidak akan dilayan untuk mengadakan perhimpunan Bersih.

Bagi beliau, kerajaan BN merestu tindakan polis yang menyalah gunakan kuasa itu.

Bagi Hanipa yang menang dengan undi yang besar dalam pemilihan pimpinan PAS Pusat baru-baru ini, hasrat menganjurkan perhimpunan bersih secara aman pada 9 julai ini yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menerima reaksi 'gila' dari Kerajaan zalim BN yang menggunakan instrumen Polis untuk mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat.

Katanya, pelbagai tuduhan tidak masuk akal digunakan oleh polis untuk mengganggu program bersih .

Tuduhan paling 'common' adalah perhimpunan bersih adalah perhimpunan haram kerana tiada permohonan permit dikemukakan, katanya.

"Hakikatnya polis yang suka perhimpunan haram diadakan kerana Timbalan Ketua Polis Negara sendiri dilaporkan berkata sebarang permohonan permit tidak akan dilayan.

"Apa gunanya permohonan permit dipohon jika Timbalan KPN sendiri menyatakan permohonan tersebut tidak akan dilayan," kata Hanipa.

Sebenarnya, kata Hanipa, kenyataan Timbalan KPN tersebut adalah bercanggah dengan sekyen 27 Akta Polis 1967 kerana tugas meluluskan permit adalah di tangan Ketua Polis Daerah (KPD) .

"Jika Timbalan KPN sudah mendahului KPD apakah jaminan KPD akan berani mengatasi keputusan Timbalan KPN? Adalah jelas Timbalan KPN bukan sahaja jahil undang-undang bahkan beliau telah menyalahguna kuasa beliau . Adakah orang sebegini yang akan menjadi Ketua Polis Negara kelak ?" soal beliau.

Tuduhan lain terhadap bersih adalah perhimpunan bersih akan menjejaskan keselamatan negara dan mengganggu keamanan.

"Bagaimanakah suatu perhimpunan yang belum diadakan sudah diketahui akan menjejaskan keselamatan dan mengganggu keamanan? Adakah polis bertindak sebagai pak nujum di sini?" katanya.

Penganjur Bersih, jelas beliau, telah berulang kali menyatakan perhimpunan yang ingin diadakan adalah perhimpunan aman bagi menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini.

Jika benar ia mengganggu keamanan maka sudah tentu ia bukan datangnya dari bersih sebaliknya boleh dihujahkan datang dari mereka yang ada ajenda buruk ingin mengganggu perhimpunan aman bersih, tegasnya.

Selanjutnya adalah menjadi tugas polis menjaga keamanan dan polis sepatutnya menolong bersih dari gangguan anasir -anasir yang ingin mengganggu keamanan perhimpunan bersih.

Hanipa yang menang beberapa kes saman terhadap polis berkata, polis mesti jujur dan profesional.

"Adakah perhimpunan bersih yang ingin diadakan secara aman akan menjejaskan keselamatan negara atau ianya menjejaskan keselamatan Umno dan BN? Sejarah membuktikan polis di negara ini gagal membezakan antara keselamatan negara dan keselamatan Umno ?" tambah Hanipa.

Katanya, Bersih mempunyai rekod yang bersih menganjurkan perhimpunan ratusan manusia di Kuala Lumpur secara aman dan polis pula mempunyai rekod yang kotor mengganggu perhimpunan aman bersih.

Mahkamah sendiri telah menyatakan di dalam kes perhimpunan bersih yang pertama dahulu bahawa perhimpunan bersih adalah aman dan tidak menjejaskan keamanan sebaliknya polis yang menganggu perhmpunan aman tersebut.

Saksi-saksi polis yang memberi keterangan di dalam kes bersih sendiri mengakui semasa di soal balas oleh peguambela bahawa perhimpunan bersih yang pertama adalah aman dan tidak menjejaskan negara.

"Untuk rakyat yang cintakan demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih marilah sama sama kita beramai ramai menyertai perhimpunan aman bersih pada 9 hb Julai 2011 ini. Buktikan pada semua bahawa kita adalah rakyat yang cintakan keamanan dan demokrasi yang tulin," katanya.

Read more ...

PM, TPM hidup mewah sementara rakyat hidup terbeban


SHAH ALAM 29 JUN : Pemuda Pas Wilayah kesal atas tindakan kerajaan membelanjakan hampir RM10 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Wilayah, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mempersoalkan tindakan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit setahun semata-mata untuk kos kediaman pemimpin negara, dalam keadaan beban sara hidup yang ditanggung rakyat.

“Dalam keadaan bebanan kos sara yang hidup yang meningkat, dengan kenaikan harga minyak petrol, kenaikan kadar tarif eletrik, kenaikan harga barang-barang keperluan, Perdana Menteri dan Timbalannya pula sanggup hidup bermewahan dengan duit rakyat,”.

“Dalam keadaan demikian, patutkah kerajaan menarik balik subsidi yang sepatutnya dimiliki rakyat sedangkan kehidupan pemimpin negara dalam keadaan serba selesa,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Suhaimi mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS bahawa pihaknya ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM49 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.
Jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

Menurut Suhaimi, jumlah RM 49 juta jika diagihkan untuk pendidikan rakyat, mampu memberi biasiswa percuma kepada ribuan mahasiswa setiap tahun.

“Bagaimanakah negara dapat melahirkan rakyat yang bertaqwa, berdisiplin, berhemah, berjimat dan mengutamakan kepentingan negara melebihi diri mereka sendiri jika pemimpin negara sendiri hidup dengan mementingkan kepentingan diri mereka sendiri berbanding kepentingan rakyat,” tegasnya.

Justeru beliau meminta kerajaan mengkaji semula kos perbelanjaan kediaman Perdana Menteri dan Timbalannya.

“Tidak semestinya kena banyak belanja jika inginkan keselesaan buat pemimpin negara. Banyak lagi keperluan mendesak untuk negara diperlukan dengan nilai sebanyak itu,” jelas beliau.

Read more ...

Azli Musa cabar Harussani

http://pru12.pas.org.my/profil_calon/sederhana/perak/n15.jpgUst. Nor Azli Musa mencabar Mufti Perak menyemak Perlembagaan Negara sebelum mengeluarkan kenyataan yang dangkal serta mengklasifikasikan Himpunan Bersih itu haram.

"Himpunan Bersih itu bukan haram.. kerana tujuannya adalah jelas untuk menuntut keadilan, tetapi media dan kerajaan yang mengklasifikasi sebaliknya, dan ia sama sekali tidak menyanggahi Perlembagaan Negara," kata Alfadhil Ustaz Norazli Musa

Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak berkata Tan Sri Harussani Zakaria sepatutnya bukan sekadar mendengar pandangan dan khabaran dari media sebelum menjatuhkan hukum halal haram.


"Seseorang itu mesti berada di lokasi bekenaan, melihat dan mendengar apa yang diperjuangkan dan barulah boleh mengeluarkan dalil mengenai hukum halal atau haram terutama dalam Himpunan Bersih itu," tegas Norazli kepada Penangdaily.com.


Harussani menyifatkan Himpunan berkenaan (yang belum diadakan) sebagai haram dan usaha menjatuhkan imej negara pada mata dunia. Beliau juga berkata himpunan itu tidak mendatangkan faedah.


Norazli berkata yang peliknya, Harussani tidak sedikitpun memberi ulasan daripada sudut agama bersesuaian dengan kedudukannya tetapi lebih berminat mengulas daripada sudut pengaruh politik.


Oleh itu seeloknya, kata beliau, sudah sampai waktunya Umno memberi peluang kepada Harussani yang berminat berpolitik untuk bertanding pada pilihan raya Umum nanti untuk melihat kemampuan dan keadilan yang boleh dilaksanakannya dalam UMNO.


Umno juga wajar melantik Harussani sebagai ketua Majlis Ulama Umno agar dapat memberi nasihat dan fatwa langsung kepada Umno yang sehingga ini belum berbuat demikian, tegas beliau.


Harussani dilihat tidak konsisten dan tetap dalam memberi pandangan kerana sebelum ini dalam isu perarakan kepala Lembu di Shah Alam dan rampasan kuasa di Perak, beliau sekadar mendiamkan diri.



Ustaz Norazli berkata, benarlah Ulama akhir zaman ini terbahagi kepada dua golongan iaitu yang bersuara atau bercakap berasaskan agama, manakala sebahagian lagi bercakap untuk kepentingan dirinya.


"Ada Ulama yang memperjuangkan kebenaran ilmunya, manakala sebahagian lagi ulama menjual ilmunya," kata Norazli.

(Hajee)

Read more ...

PAS Parit Buntar anjur Kembara Bertemu Ulama'

PARIT BUNTAR, 29 Jun : Lujnah Penerangan PAS Parit Buntar telah mengadakan program Kembara Bertemu Ulama’ di Kelantan . Ulama’ yang dimaksudkan ialah Mantan Exco Agama Kerajaan Negeri Kelantan dan Bekas Setiausaha Majlis Syura Pas Pusat Al Fadhil Ustaz Datuk Yahya Othman.

Timbalan Pengerusi Lujnah Penerangan PAS Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad berkata, Ustaz Yahya Othman adalah seorang tokoh yang banyak jasa dan pengorbanan mengabadikan hidupnya untuk melahirkan kader PAS semenjak tahun 70an lagi termasuk di Parit Buntar.

“ Sebelum ini, kami telah banyak kali mengadakan lawatan bertemu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi .

“ Lawatan kali ini kami atur khas untuk bertemu tokoh murabbi PAS yang menjadi tiang seri tarbiah malah sangat tidak asing dengan program pembinaan kader PAS, iaitu Ustaz Yahya Othman.”katanya yang juga ketua rombongan

Beliau berkata, peserta kembara seramai 46 orang ini telah menziarahi Ustaz Yahya Othman di rumah beliau dan Maahad Darul Quran di Kampung Labok Machang Kelantan.

“ Walaupun dalam keadaan uzur, Ustaz Datuk Yahya Othman melayan peserta kembara dengan begitu mesra sekali disamping menyampaikan pesanan dan tazkirah.

“ Kami mendapat sedikit motivasi daripada seorang tokoh ulamak dan politik bagi memantapkan jati diri menghadapi Pilihanraya Umum ke- 13.”katanya

Peserta rombongan yang pernah mendapat tarbiyah dari Ustaz Yahya Othman , Haji Tyndareus Awang berkata , semasa tahun-tahun 70an dan 80an yang subur dengan usrah, tamrin, daurah , jaulah dan sebagainya, semua program ini begitu sinonim dengan Ustaz Yahya Othman.

“Ustaz yahya Othman bergerak ke seluruh negara untuk membudayakan tarbiah kepada pemuda dan belia Islam.

“ Malah , PAS berjaya melakukan transformasi kepimpinan pada tahun 1982 adalah kerana suburnya gerakan tarbiah dan perkaderan” katanya yang juga Bendahari PAS Parit Buntar

Beliau yang juga seorang pengusaha Katering telah menaja sebahagian kos program kembara ini gembira kerana dapat bertemu kembali dengan seorang pimpinan tarbiyah PAS yang ulung.

Sementara itu, peserta kembara turut melawat tempat-tempat bersejarah dan melihat sendiri keadaan pembangunan yang begitu pesat di Kelantan yang diterajui oleh seorang ulama’ iaitu Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Selain itu peserta juga berpeluang untuk membelah belah di pasar-pasar popular di Kelantan secara tak langsung memberi peningkatan kepada ekonomi negeri ini.


Peserta sempat mendengar pesanan dan tazkirah daripada Ustaz Datuk Yahya Othman di kediaman beliau.

Muslimat ketika bergambar bersama Ustaz Datuk Yahya Othman dan isterinya

Ketua rombongan Hamdan Fadel ketika menyerahkan cenderahati kepada Datuk Yahya Osman dihadapan kediaman beliau di sini semalam

Para Peserta bersama Mantan Exco Agama Kerajaan Negeri Kelantan dan Bekas Setiausaha Majlis Syura Pas Pusat Al Fadhil Ustaz Datuk Yahya Othman di hadapan Maahad Darul Quran di Kampung Labok Machang Kelantan

Muslimat bergambar dihadapan Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang dijadikan pusat pertemuan dan rakyat dan pemimpin Negeri Kelantan

Muslimin bergambar dihadapan Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang dijadikan pusat pertemuan dan rakyat dan pemimpin Negeri Kelantan

Sebahagian muslimin mengambil peluang bergambar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh Wan Yusof Mustapa di bilik mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan

Peserta kembara sedang menikmati jamuan tengahari yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai meraikan peserta rombongan

Read more ...

Michelle Yeoh diusir kerana disyaki sokong demokrasi adil dan bersih


YANGON 28 JUN : Bintang Hollywood dari Malaysia, Datuk Michelle Yeoh diusir oleh junta tentera Myanmar dan disenaraihitamkan daripada memasuki negara itu.

Tiada alasan diberikan mengapa aktres popular itu dikenakan sekatan untuk memasuki Myanmar.

Namun tindakan itu dipercayai berhubung kait dengan tindakan Michelle memainkan watak pejuang prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dalam filem yang bakal diterbitkan lewat tahun ini.

“Dia tidak berpeluang untuk masuk ke Myanmar lagi dan diusir serta-merta dengan menaiki penerbangan pertama selepas dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada 22 Jun lalu,” kata seorang pegawai Myanmar hari ini.

Seorang lagi pegawai mengesahkan Michelle disenaraihitamkan tetapi tidak menyebut alasan di sebalik tindakan itu.

Bekas gadis Bond itu menemui Suu Kyi di kediamannya pada Disember lalu selepas selesai membuat penggambaran bersama-sama pengarah dari Perancis, Luc Besson di Thailand untuk filem The Lady yang butir-butirnya masih dirahsiakan itu.

 Suu Kyi, 66, dibebaskan pada November lalu setelah ditahan di rumah selama tujuh tahun berturut-turut, kurang seminggu selepas pilihan raya umum yang dilabel oleh pengkritik sebagai sandiwara bagi mengekalkan pemerintahan tentera di sebalik kerajaan awam di Myanmar.

Pada pilihan raya 1990, beliau mengetuai partinya, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) untuk mencapai kemenangan besar yang tidak diiktiraf oleh junta tentera.

Suu Kyi memulaukan pilihan raya tahun lepas dengan alasan peraturannya tidak adil.

Michelle, 48, bekas ratu cantik Malaysia, mencipta nama di pesada antarabangsa apabila beliau membintangi filem James Bond, Tomorrow Never Dies pada 1997 sebagai seorang pengintip China yang lasak tetapi cantik, di sisi Pierce Brosnan.

Beliau kemudian membintangi filem arahan Ang Lee, Crouching Tiger, Hidden Dragon yang mendapat sambutan hangat di peringkat antarabangsa, dan filem yang berasaskan novel terkenal Arthur Golden, Memoirs of a Geisha.

Read more ...

Sampai sekarang PAPA GOMO Si Tukang Fitnah kesayangan UMNO masih gagal siar keseluruhan klip video


http://1.bp.blogspot.com/_JKMfRHP8nU8/TSL0sBRAWTI/AAAAAAAAAjs/JTrux3EKk5E/s200/s5ab2.png
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mencabar 'blogger' Papa Gomo supaya mendedahkan keseluruhan klip yang disiarkan dalam laman web www.papagomo.com petang semalam.

Cabaran ini dibuat beliau berikutan klip yang disiarkan terlalu pendek sedangkan beliau bersama trio 'Datuk T' adalah lebih daripada setengah jam.

"Saya mencabar Papa Gomo, kalau ada rakaman penuh tunjuk semua jangan setakat dua minit. Saya rasa lebih daripada setengah jam."

"Saya juga mahu cabar Papa Gomo untuk siarkan di mana Tan Sri Rahim tawarkan saya duit, Rahim tawarkan keselamatan dan wang kepada saya dan Rahim juga tawarkan untuk bawa saya berjumpa dengan PM. Tunjukkan, dia (Rahim) sebut dengan jelas."

Klip video berdurasi dua minit tersebut memaparkan trio 'Datuk T' bersama Datuk Johari Abdul menonton video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Johari juga menafikan bahawa beliau mengakui kepada trio 'Datuk T' bahawa pelaku dalam video klip terbabit adalah Anwar, meskipun beberapa kali didesak oleh Tan Sri Rahim Thambi Chik dengan bertanyakan beberapa soalan yang cuba memerangkap beliau.

Beliau juga menjelaskan ayat yang diulang beberapa kali dalam klip terbabit yang cuba menuduh beliau mempercayai bahawa pelaku terbabit adalah Anwar sedangkan apa yang dimaksudkan bukan seperti yang didakwa blogger Papa Gomo.

"Setengah jam saya jumpa mereka, hanya satu ayat saja yang mereka keluarkan, saya kata "its not about Anwar, its about scene" bukan Sin (dosa) tapi Scene. Terdapat dua perbezaan perkataan tersebut, sin membawa maksud dosa, scene tempat kejadian."

Johari mendesak blogger tersebut berlaku secara adil kepada wartawan dan rakyat dengan menyiarkan keseluruhan klip terbabit seperti mana klip video fitnah hitam putih yang disiarkan oleh www.papagomo.com beberapa bulan lalu.

Dalam sidang media yang sama, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis supaya menangkap blogger tersebut kerana dilihat bersengkongkol bersama trio 'Datuk T'.

"Kami tahu siapa itu papa gomo dan kita agak terkilan dan kita akan beritahu pihak berkuasa hari ini kalau dalam masa terdekat ini Papa Gomo masih tidak ditangkap saya anggap ini adalah konspirasi kerana saya dapat maklumat siapa papa gomo itu daripada orang UMNO."

Beliau juga melihat bahawa blogger Papa Gomo ini boleh didakwa di mahkamah atas tuduhan sama yang telah dijatuhkan terhadap trio 'Datuk T'

"Hari saya tengok papa gomo dan lebih, kalau Rahim Thambi Chik boleh didakwa atas tuduhan membantu, papa gomo juga boleh dikenakan tindakan yang sama kerana saya telah melihat Akta Suruhanjaya Komunikasi dalam menerbitkan dia juga termasuk dalam penerbitan semula yang melibatkan jenayah."

"Hari ni jika kita lihat dalam laman web tersebut, bukan hanya video mengenai Datuk Johari itu diletakkan, malah gambar lucah juga terdapat dalam laman itu."

Yusmadi juga sanggup memberikan kerjasama kepada SKMM dan pihak polis untuk memberitahu siapa orang UMNO yang telah memberikan maklumat mengenai Papa Gomo bagi membolehkan beliau ditaangkap dan disiasat pihak berkuasa.

Read more ...