Utusan Malaysia hari ini memohon maaf
kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana
menyiarkan artikel bertajuk “Khalid dimaki ahli PKR” pada 17 Mei lalu.
Dalam ruang kecil halaman kelapan akhbar itu, pihak penerbitan Utusan
memaklumkan mereka kesal kerana menerbitkan laporan yang menimbulkan
reaksi kurang senang dan mengaibkan Khalid itu.