Sunday, August 26, 2012

TERKINI PANAS!!! Akhbar di Singapura minta Najib bubar segera parlimen ?


Setelah 'panas telinga' dengan desakan demi desakan dari pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk bekas perdana menteri Mahathir Mohamad, perdana menteri Najib kini tertekan dengan satu lagi khabar cemas dari seberang tambak!

Akhbar perniagaan
The Business Times Singapura hari ini yang ditulis oleh S Jayasankaran dalam laporannya meminta supaya pentadbiran Najib supaya memanggil segera pilihanraya umum ke 13 kerana petunjuk prestasi ekonomi Malaysia semakin menampakkan ketidak tentutan sekiranya ia tidak diadakan dengan kadar segera.

Memetik laporan berkenaan bertajuk
PM Najib should not delay holding general election yang disiarkan hari ini dalam kolum Insight Malaysia, akhbar itu menambah bahawa Malaysia sebagai kuasa ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara selepas republik itu dan Indonesia, tidak akan mampu bertahan lama dalam petunjuk ekonomi suku kedua dan ketiga kerana negara jiran tersebut akan terus jauh mendahului Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang.

Walaupun Malaysia mendahului dua negara tersebut tetapi pertumbuhan sebenar kedua-dua suku itu adalah disebabkan oleh permintaan domestik, yang meningkat oleh satu penyusutan 13,8 peratus berbanding 9.7 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini.


Ia menyatakan bahawa sementara perbelanjaan pelaburan melonjak kepada 26.1 peratus daripada 16.1 peratus pada suku pertama dan bahawa perbelanjaan kerajaan adalah 9.4 peratus berbanding 7.3 peratus sebelumnya, pertumbuhan eksport diunjur sangat perlahan, daripada 3 peratus pada suku sebelumnya, ia kini merekodkan hanya 2.1 peratus.


"Usaha pemberian bantuan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan perbelanjaan pelaburan yang lebih kukuh di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah jelas membantu untuk merangsangkan pertumbuhan," akhbar itu menyatakannya dalam kolum Insight Malaysia yang, merujuk kepada pemberian tunai pelbagai Perdana Menteri Najib itu dan pembaharuan polisi di bawah program tersebut.


Semua sektor telah mendapat manfaat daripada program pemberian "one-off" Najib Altantuya, kata akhbar itu, selain rakyat yang menikmatinya pada awal tahun ini telah pun menghabiskannya.


Tetapi akhbar itu turut memberi amaran bahawa Najib telah mengambil "perjudian berisiko besar kata agensi penarafan, merujuk kepada ia telah sampai bernafas ke lehernya".


Ia berkata bahawa Bank Negara yang diterajui Zeti Akhtar Aziz terus mengharapkan permintaan domestik yang kukuh untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara walaupun ia berkata "risiko yang berpunca daripada perkembangan luaran kekal".


Akhbar perniagaan berpengaruh di Singapura itu juga berkata bahawa keadaan akan menjadi lebih baik bagi Najib untuk memanggil pilihanraya terlebih dahulu dan bukannya menunggu mandat kerajaan BN tamat yang berakhir April tahun depan.


"Tetapi kebanyakan rakyat ssmakin bosan dengan karenah politiking yang berterusan.


"Mungkin Perdana Menteri tidak perlu menunggu lebih lama dan memanggil pilihan raya umum terlebih dahulu dan bukannya selepas itu," katanya, menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia tidak akan boleh bertahan sehingga tahun depan.


Ihsan The Business Times Singapore

Read more ...

APA CITE YB LENGGONG!!! "Ibarat Belanda Mintak Tanah",cara pemimpin UMNO menipu orang Melayu ?


(Tapak rumah ini diroboh kali pertama pada, 13 Ogos 2012.)

KG. LUAT - "Ibarat Belanda Mintak Tanah." Begitulah pepatah melayu yang layak diberikan kepada YB Lenggong.

Kata pemilik tanah, apabila tapak rumah yang dibina telah dirobohkan oleh pihak penguatkuasa pejabat tanah dan daerah Lenggong, pada 16 ogos lalu. Lihat Video Disini

(Tapak rumah musnah diroboh kali kedua pada 16 Ogos 2012)
Rentetan disebalik kejadian meroboh tapak rumah yang sedang dalam pembinaan itu, ianya menimbulkan banyak kontroversi diantara pemilik tanah dan pihak berkuasa. 
 
Berikutan status tanah pemilik asal (milik kekal) telah ditukarkan kepada tanah rizab kerajaan dalam jumlah yang luas dengan cara yang mengelirukan tuan tanah oleh campurtangan pihak ketiga.

Menurut tuan tanah, kontroversi ini bermula apabila arwah bapanya selaku pemilik tanah, menandatangani surat kebenaran bagi membolehkan kerajaan membina jambatan melintasi sungai Perak dan jalanraya menghubungkan kota Tampan, kg.Luat, kg.Beng dan kg.Chepor.
Menurut tuan tanah, perjanjian asal arwah bapanya sebelum menandatangani surat kebenaran untuk pembinaan jalanraya itu, hanyalah melibatkan sebahagian kecil jalan yang hendak dibina sahaja dan bukan sebahagian besar tanah milik beliau diambil menjadi tanah rizab kerajaan atau rizab jalan.

Tetapi apa yang berlaku selepas itu, 'khadam' atau penghantar surat pejabat tanah dan daerah disini, memanggil arwah bapanya kepejabat untuk menandatangani satu surat dihadapan pegawai daerah yang mengelirukan tuan tanah berkaitan kebenaran mengambil tanah untuk tujuan pembinaan jalanraya itu.
Menurutnya lagi, arwah bapanya yang sudah uzur pada ketika itu, tidak membaca isi kandungan surat perjanjian itu kerana, mengikut perjanjian bersama ketika majlis perundingan dengan jabatan-jabatan yang terlibat dengan pembinaan jalanraya itu, tuan tanah dengan jelas telah menyatakan bahawa hanya sebahagian kecil tanahnya (mengikut luas jalan sahaja) dibenarkan diambil pihak bertanggungjawab. Perkara ini telah disahkan oleh bapanya ketika bapanya masih hidup, semua surat serta gambar majlis perundingan dengan jabatan terbabit bersama tuan tanah pada masa itu masih ada dalam simpanan keluarganya.

Rentetan daripada peristiwa itu, campurtangan ahli politik. Wakil rakyat ahli Parlimen

Lenggong, bermula dengan tiket pembangunan diatas tanah yang menjadi kontroversi ini.

Selepas tamat pembinaan jalan dan jambatan sungai Perak, dua buah bangunan dewan dan sebuah padang futsal telah dibina diatas tanah yang tidak dibenarkan oleh tuan tanah. Sebelum pembinaan itu dimulakan, wakil rakyat berasal dari kg.Luat yang juga merupakan saudara-mara kepada waris pemilik tanah yang diambil itu, telah berjanji tidak akan mengambil atau membina apa-apa lagi diatas tanah itu dalam satu pertemuan pembinaan dua buah bangunan dewan dan sebuah padang futsal pada ketika itu.


Perundingan itu dibuat oleh ahli Parlimen dengan tuan tanah berikutan, status tanah berkenaan masih menjadi milik waris yang sah dan tuan tanah masih lagi membayar cukai hasil tanah berdasarkan perjanjian asal iaitu, tanah yang diserahkan kepada pihak kerajaan hanyalah sebahagian kecil untuk pembinaan jalanraya sahaja. Dan tidak melibatkan tanah yang hendak diambil oleh wakil rakyat untuk sebarang tujuan pembangunan.
 
Dan pada hari ini, wakil rakyat ini semakin ghairah untuk merampas kesemua tanah disepanjang jalanraya ini daripada tangan waris-waris yang berhak.

Buat kali keduanya, pihak pejabat tanah dan daerah kecil Lenggong meruntuh dan merampas sturuktur tiang tapak rumah pewaris tanah yang sedang dalam pembinaan setelah pihak berkenaan merobohkannya kali pertama pada 13 Ogos lalu.

Inilah usaha terakhir beliau sebagai ahli Parlimen sebelum BN tumpas dan rebah tersungkur disini.


Setelah tanah-tanah disini di gazetkan sebagai tapak warisan dunia, ada pihak yang sedang mengambil peluang dan mengidamkan prospek keuntungan melalui pembangunan bernilai berjuta-juta ringgit dengan mengenepikan perjanjian asal diatas tanah ini.

Pada hari ini juga rakyat disini dapat menyaksikan kerakusan sebuah kerajaan diwakili seorang wakil rakyat BN yang mendakwa rakyat didahulukan, juara rakyat, sebenarnya ialah pengkhianat rakyat, tidak menepati janji dan tidak dapat membela nasib bangsa dan saudara-maranya sendiri. 
 
Nantikan pendedahan seterusnya bersama bukti-bukti perjanjian diantara kedua-belah pihak mengenai pengambilan tanah yang menjadi kontroversi ini.

Mengapa dibangga tanah ini tapak warisan dunia sedang anak bangsa ditipu, ditindas dan dirampas hak mereka.

Ingatlah tapak warisan Akhirat, yang mana dari tanah kita dijadikan. Kedalam tanah juga kita akan dimasukkan.

Perjanjian ini telah tertulis oleh Malaikat yang sentiasa mencatitkan apa yang telah kita lafaz dan yang telah kita lakukan.

Kata mereka, UMNO/BN pejuang dan pembela melayu. Tapi, sebenarnya UMNO/BN ni sebuah parti penipu orang-orang melayu.
  Lenggongkite

Read more ...

MENANG PRU 13!!! Anwar Ibrahim tidak akan tinggal di Seri Perdana?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menjadi Kerajaan Persekutuan, dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau tidak akan tinggal di kediaman rasmi di Seri Perdana, Putrajaya.

Berucap di hadapan lebih 12,000 pengunjung rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Bukit Gantang, Taiping, Perak, beliau menegaskan perkara itu bukanlah keutamaan baginya walaupun kediaman rasmi tersebut sudah mula diduduki sejak perdana menteri keempat, Mahathir Mohamad pada 1999.


Bagaimanapun, Anwar tidak menyatakan di manakah beliau dan ahli keluarganya akan menginap selepas mengumumkan perkara tersebut yang mendapat tepukan gemuruh hadirin yang gembira dengan keputusannya.


Kompleks Seri Perdana yang yang terletak di Presint 10 pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu menelan kos RM24.17 juta untuk dibina berasaskan ciri-ciri Islamik dan Timur Tengah mula didiami Mahathir dan keluarganya sehingga perdana menteri Najib Altantuya mula memasukinya pada awal April 2009.


Kini ia disewa dan diselenggarakan oleh Perbadanan Putrajaya, sebuah anak syarikat milik syarikat konglomerat kerajaan, Petroliam Nasional Berhad (Petronas).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang mendedahkan kos sebenar pembinaan tersebut dalam sidang Parlimen pada 21 November 2005 menjelaskan bahawa ia bukanlah sesuatu yang membazir kerana kediaman rasmi untuk perdana menteri di Jalan Damansara yang dikosongkan sudah usang dan memerlukan pembaikan yang menelan kos lebih besar.


Keutamaan buat Anwar dan pasukannya yang akan mengemudi Putrajaya adalah meringankan beban rakyat di samping memajukan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat rasuah dan pembaziran yang dilakukan semasa Barisan Nasional (BN) memerintah sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957.


Dasar-dasar Pakatan Rakyat seperti yang dipersetujui dalam Buku Jingga yang menggariskan isu kemiskinan dan mendepani cabaran masa depan selain memastikan tahap daya saing rakyat dan negara adalah antara penekanan khusus yang akan dilakukan Anwar dan barisan kabinetnya yang akan dilantik sebaik mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong kelak.


Perkara pertama adalah menurunkan harga minyak sebanyak RM0.50 sen daripada harga semasa iaitu RM1.90 bagi petrol RON95 buat permulaan dan akan diselaraskan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kedudukan ekonomi semasa kerajaan.


Anwar turut menempelak bekas perdana menteri Mahathir yang meminta supaya rakyat menyokong BN walaupun ia adalah syaitan yang nyata, sedangkan dalam agama Islam kata Anwar, ajaran agama menyatakan supaya hanya menyembah Tuhan dan tidak membenarkan penganutnya supaya menyembah syaitan.


Turut hadir dalam majlis tersebut, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Dr Muhamad Nur Manuty, ahli majlis MPN Mustaffa Kamil Ayyub dan pimpinan Pakatan Rakyat dari seluruh Perak.


JALAN PULANG

Read more ...

KANTOI!!! The Guardian pecat Kolumnis Pro-Israel yang diupah Najib ?


Akhbar terkemuka British The Guardian telah menamatkan perkhidmatan kolumnis konservatif Amerika, Joshua Trevino sebagai koresponden Amerika Syarikat mereka kerana didakwa mempunyai hubungan dengan sebuah syarikat yang terbabit dalam kempen penetapan berita dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk menjalankan sebuah laman web yang menyerang Anwar Ibrahim dan kepentingan pembangkang lain di sini.

Dalam kenyataan pendek hujung minggu lalu, akhbar tersebut mengatakan bahawa baru-baru ini mereka mengetahui bahawa Trevino “adalah perunding bagi agensi yang mempunyai kepentingan perniagaan Malaysia dan bahawa dia menguruskan sebuah laman web yang dipanggil Malaysia Matters (Perihal Malaysia). Selaras dengan kod editorial Guardian, ini sepatutnya telah didedahkan.”


Trevino baru-baru ini telah diupah oleh The Guardian untuk menjadi kolumnis konservatif di Amerika Syarikat.


Pelantikannya menyebabkan bantahan daripada aktivis liberal selepas beliau menggesa Israel untuk menembak konvoi kemanusiaan pada tahun 2011 yang mahu memecahkan sekatan tentera laut Gaza.


Apabila bot yang membawa aktivis awam tidak bersenjata cuba pada bulan Jun 2011 untuk memecahkan sekatan Gaza, Trevino menulis di laman Twitter kepada tentera Israel: “Kepada IDF: Jika anda akhirnya menembak mana-mana rakyat Amerika yang berada dalam flotila Gaza baru — baik, kebanyakan rakyat Amerika tidak bermasalah dengan itu. Termasuk saya.”


Trevino juga dilaporkan menggelar flotilla tersebut sebagai “konvoi Nazi”.


The Guardian tidak menyebut apa-apa kritikan, sebaliknya menegaskan tentang hubungan Trevino dengan “agensi” yang tidak dinamakan tetapi dikatakan FBC Media, syarikat yang kini tidak lagi berfungsi di tengah-tengah skandal penetapan berita Malaysia melibatkan BBC dan CNBC tahun lalu.


“Di bawah garis panduan kami, hubungan antara Joshua dan agensi sepatutnya telah diberitahu sebelum tulisan diterbitkan dalam usaha untuk memberikan penjelasan penuh kepada pembaca kami,” kata Janine Gibson, ketua editor bagi The Guardian bagi rantau Amerika.


Sebagai tindak balas Trevino berkata: “Saya bersungguh-sungguh menegaskan bahawa tidak ada apa-apa yang tidak beretika dilakukan dan saya bersikap terbuka dengan Guardian dalam perkara ini. Walau bagaimanapun, garis panduan Guardian semestinya bersifat luas, dan saya bersetuju bahawa mereka mesti dihormati seperti itu.”


Trevino adalah pengulas konservatif terkenal dan bekas penulis ucapan semasa pentadbiran Presiden George W Bush.


Beliau telah melaporkan secara meluas beberapa tahun kebelakangan ini tentang perbicaraan Liwat II Anwar di laman web Malaysia Matters yang kini tidak berfungsi lagi.


Trevino juga kerap mengkritik Anwar di kolumnya dalam penerbitan lain seperti Huffington Post.


FBC Media, syarikat yang dikatakan dirujuk oleh The Guardian, telah membuat lapan program untuk BBC mengenai Malaysia gagal untuk mengisytiharkan ia telah dibayar £17 juta (RM82.6 juta) oleh kerajaan Malaysia bagi “komunikasi strategik antarabangsa” termasuk liputan positif tentang kontroversi industri minyak sawit Malaysia.


BBC juga menggunakan FBC untuk membuat dokumentari tentang kebangkitan “musim bunga” di Mesir tanpa mengetahui firma itu telah dibayar untuk melakukan kerja perhubungan awam untuk bekas rejim diktator Hosni Mubarak.


BBC telah dipaksa untuk membuat permohonan maaf mengenai perkara tersebut.


FBC juga telah didedahkan membesar sehingga dua kali ganda sebagai firma publisiti untuk kerajaan Najib Altantuya dan telah dibayar berjuta-juta pound untuk menjalankan “Kempen Komunikasi Strategik Antarabangsa”.


Tetapi kontrak RM94 juta di antara Putrajaya dengan FBC telah ditamatkan tahun lepas, yang bermula pada tahun 2007, selepas didedahkan pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia kerap muncul dalam program TV kerana membayar.


The Malaysian Insider telah melaporkan sebelum ini bahawa Perdana Menteri Najib Altantuya telah memberikan kontrak untuk strategi perhubungan awam, termasuk kepada APCO Worldwide, untuk menggilap imej peribadi beliau dan kerajaan di dalam negara dan seluruh dunia.


Akhir tahun lalu kerajaan berkata syarikat perunding imej FBC Media membantu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan semasa perjanjian RM94 juta untuk tiga tahun yang bermula pada 2007.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz memberitahu Parlimen bahawa syarikat media berpengkalan di London, yang sedang menghadapi kebankrapan, “menyokong usaha pemimpin kerajaan dan menteri-menteri” untuk menaikkan imej negara di luar negara.


JALAN PULANG 

Read more ...

TU DIA!!! Seorang Prof dari UiTM di'belasah lumat' kerana kenyataan banggang

Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari, kata seorang ahli akademik.


Prof Dr Suhaimi Abdul Talib berkata dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.


"Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini.


Dr Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM), memberi amaran," Kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga. Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak."


Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru akan perlu datang bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri dengan cara yang terbaik.


Dr Suhaimi berkata beliau menentang dasar air percuma kerana persoalan berhubung kemampuan bukan satu isu di Kuala Lumpurr.


"Jika kita perlu membayar bil air kita sebanyak RM40 sebulan, apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bimbit) prabayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bagi bil air kita." .... seterusnya baca lebih 250 komen 'membelasah lumat' terhadap kenyataan Prof tersebut disini

Read more ...

RUMAH TERBUKA MB KEDAH!!! Tiada sambutan menurut blogger UMNO ?





Oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

(Wartakedah.net)

ALOR SETAR – Kemeriahan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar pada tahun ini amat terasa apabila menerima kunjungan orang ramai di luar jangkaan, dianggarkan lebih 40 ribu menghadirinya.


Jika sehari sebelum (Jumaat) sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar hujan di bumi Kedah begitu lebat dan berterusan selama sehari. Namun, dengan izin dan kurniaan Allah, pada hari Sabtu, cuaca amat baik tidak mengahalang rakyat Jelapang Padi menziarahi kediaman rasmi Menteri Besar ini.


Malah, kesesakan lalulintas juga tidak menghalang mereka untuk berkunjung ke rumah terbuka ini. Ada di kalangan mereka yang sanggup berjalan sejauh lima kilometer untuk ke Seri Mentaloon.



Orang ramai dari pelbagai kaum mula membanjiri Seri Mentaloon seawal jam 9 pagi walaupun masa yang dijadualkan bermulanya majlis sekitar 11 pagi bagi membuktikan kesejahteraan di kalangan rakyat Kedah. Walaupun terpaksa berasak-asak mereka tetap gembira dan berpuas hati kerana dapat berkunjung ke kediaman pemimpin yang dekat di hati rakyat. Hidangan yang disajikan juga disediakan seawal pagi untuk tidak membuatkan orang ramai menunggunya dengan lebih lama.

Majlis yang berlanjutan sehingga 5 petang menyediakan pelbagai menu makanan seperti nasi dagang, sate, murtabak, laksa, soto, lontong, bihun sup, mee goreng mamak, tapai, koey teow kerang, keropok lekor, kuih raya, buah-buahan, ketupat dan rendang dan lain-lain.


Seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak penganjur memastikan makanan yang disediakan mencukupi dengan kehadiran orang ramai yang di luar jangkaan.


Kemeriahan majlis turut diserikan dengan keberangkatan Tunku Bendahara Kedah (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah), Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Bendahara Kedah serta Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.


Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri turut hadir bagi memeriahkan majlis ini sekaligus rakyat Kedah dapat melihat dengan lebih dekat pemimpin-pemimpin mereka.


Rata-rata pengunjung yang setiap tahun datang majlis ini merasakan tahun ini adalah yang lebih meriah dan mereka berpuas hati dengan layanan serta keadaan suasana yang terkawal sepanjang berlangsungnya majlis ini.


Para petugas juga tidak kenal erti penat lelah untuk melayan serta menyambut tetamu yang tidak henti-henti mengunjungi rumah terbuka ini.

Rumah terbuka tidak meriah jika tidak diserikan dengan kegembiraan dan keriuhan kanak-kanak untuk mendapat duit raya. Maka, pihak penganjur menyediakan puluhan ribu ringgit untuk diberikan kepada kanak-kanak.

Read more ...