Monday, August 22, 2011

Liwat Fasa 2: Masuk plastik jolok sendiri!!


http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/02/Kes-sodomi-II-01-423x270.jpgSaksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.


Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.


Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.


Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.


Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.


"Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya.


Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.


Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?


Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.


Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.


Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.


Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya.


Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

Read more ...

TU DIA !!! Ramainya sampai 10 000 pemilik kebun moktan buat demo selar Kerajaan Kedah

Oleh: SAIBURI SUDIN

Semua media pecacai BN melaporkan 10,000 pemilik dusun rambutan di Padang Terap menyelar kerajaan negeri dalam satu demonstrasi haram yang diadakan di Naka. Tujuannya untuk menyelar Menteri Besar kerana janji nak beli buah rambutan dari mereka tapi tak tunaikan janji sehingga buah habis jahanam.

Berdasarkan gambar tu maka memang sahihlah kehadirannya adalah sekitar 10,000. Kalau kurang pun dari angka tu mungkin setakat 2,3 orang saja. Laporan media BN mengenai isu ‘jumlah’ ni SS tak mau pertikai sebab jenis depa ni muhong teradap sejak azali lagi.

Yang SS nak ulas ialah 10,000 atau 10 ribu pemilik dusun, itu yang timbul kemusykilan besar. Bila sebut dusun tentu seantero dunia faham ia adalah satu kawasan tanah yang di atasnya terletak pokok buah-buahan yang banyak. Kalau pokok getah atau bendang orang tak panggil dusun. Paling kurang tanah dusun mesti serelong ke atas. Kalau kurang pada setengah relong, jangan isytihar itu dusun..kesian kat orang nak kena gelak, letih depa posa.


Bayangkan tengok paling kurang terdapat 10,000 relong dusun buah kat Padang Terap!!! Itu andaian untuk 10,000 pemilik yang kecam MB.. tentulah mereka adalah penyokong UMNO tegar. Penyokong tegar PAS, apa jadi pun depa tak akan kutuk MB maka tentulah depa tak termasuk dalam kumpulan 10,000 tu.. tapi ingat depa pun ada dusun jugak.

Katakanlah kumpulan yang bersetuju dengan kerajaan negeri termasuk yang tak ambik kisah isu tu adalah kira-kira 10,000 pemilik dusun jugak..nah, tambah lagi jadi 20,000 pemilik dusun ada kat Padang Terap. Keluasan dusun mereka semua paling kurang pun 20,000 relong!!!


Macam nilah.. berdasarkan laporan media pecacai UMNO Be End itu maka kat Padang Terap terdapat dusun buah-buahan bertingkat-tingkat... Tuu pun ada orang nak percaya lagi Utusan Meloya, TV3suku dan RTM... lantak pii lah kat puak2 bengong dok pecaya media UMCO.
Kedah La

Ni dia penjelasan Kedah Agro isu buah moktan


10,000 pemilik dusun buah rambutan di Padang Terap buat demonstrasi haram (gambar atas, kira betul2 memang ada 10,000 seperti dilaporkan Bernama. Jumlah tu lebih sikit dari himpunan Bersih 2.0 yang dilaporkan 6,000 kehadiran) kerana kununnya kerajaan negeri tak tunai janji nak ambil rambutan mereka yang berlambak tak terjual.

Berikut adalah penjelasan yang tersiar dalam akhbar Warta Darul Aman edisi internet (Wartakedah.net) berhubung isu tersebut. Kedah La siar berita tu siap dengan tajuk macam nak kata dekat puak2 demo haram tu.. awat hangpa ngok sangat!!!.. Sila baca:


Pemilik rambutan kena hubungi Kedah Agro, bukan tunggu kerajaan datang kait buah!!!

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM



ALOR SETAR – Dakwaan kepada kerajaan negeri tidak menunaikan janji dengan tidak memungut buah rambutan penduduk adalah tidak benar.

Ini kerana Pusat Pengetinan Buah di Sungai Petani memerlukan 600 kilogram hingga satu tan buah rambutan untuk ditinkan dan seterusnya dipasarkan.

Pengarah Urusan Pusat Pengetinan Buah, Ir. Zamri Yusof berkata, sejak kilang itu mula beroperasi pada 17 Julai 2011, masalah yang mereka alami adalah kekurangan buah untuk ditinkan.

“Kita ambil buah hari-hari, satu hari boleh proses 600 kilogram buah rambutan untuk ditinkan.

“Sejak mula operasi, jadi masalahnya buah tak cukup, masalah paling besar bagi orang kampung tak ada orang nak kait buah tersebut,” jelas beliau ketika dihubungi bagi mengulas keluhan pemilik dusun daerah Padang Terap yang rugi dengan lambakan rambutan akibat daripada kerajaan negeri tidak memungut buah tersebut.

Tambah beliau, pihak kilang telah membuat tawaran kepada penduduk kampung bagi membeli buah rambutan jenis deli, anak sekolah ataupun gading dengan harga RM0.70 sekilogram.


Seperti yang telah dinyatakan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, penduduk tidak perlu menunggu kerajaan negeri untuk membeli buah mereka, jika ada peraih yang menawarkannya dengan harga yang lebih tinggi, mereka boleh jual.

Kerajaan negeri hanya membeli lebihan buah yang gagal dijual bagi mengatasi masalah lambakan yang dialami oleh penduduk.

“Penduduk di daerah Padang Terap juga kita telah beri tawaran untuk mereka jual buah rambutan kepada kita.

“Kita juga menawarkan buah rambutan jenis lain dengan harga RM0.50 sekilogram harga di ladang.

“Jika penduduk setuju, mereka boleh berurusan dengan pihak kilang, begitu juga dengan Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lembah Jerai, kita akan pergi kutip buah yang telah dikait.

“Maka, di sini tidak timbul kerajaan negeri tidak memungut buah penduduk, kita boleh kutip di detiap kampung bagi memenuhi keperluan pemprosesan,” jelas beliau.

Kepada pemilik dusun yang ingin bekerjasama dengan kerajaan negeri, mereka boleh menghubungi Pengurus Pemasaran Kedah Agro Holdings Berhad, Tarmizi di talian 012-5990486 ataupun hantar pesanan ringkas di hotline Kedah Agro, 013-4945000.

Read more ...

BUKTI!! UMNO 'angkat Melayu' dalam Petronas


DAPAT keluhan dari Kakitangan Petronas yang berbunyi:

Kami kecewa dengan UMNO yang menyerahkan Petronas kepada Shamsur Azahar yang melaksanakan dasar 1Malaysia dengan melantik orang Cina secara besar-besaran seperti berikut:

1. Dato' Wee YH (Executive Vise President)
2. Chai Kok Kit (Operation Advisor) - Retired Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) Staff (Did'nt make much impact in Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) even when he was there)
3. Dato' Yeow Kian Chia (Seen as a failed Project Director for Turkmenistan, now made as New Technology Advisor)
4. Dato' George Ling (Drilling Advisor). Ex-Shell. Last job Managing Director of Shell China.
5. Afendy Cheng has been the Senior General Manager of Exploration, now Vise 6. President for International Exploration.
7. Chen Ka Seong (Petroleum Engineer Manager)
All these new appointment within last 6-8 months.

Market Talk.
Dr Ong See Hong has been Approached.
Dr Lim Min Teong has been approached.
Chen is being groomed to be next Managing Director.

Harap dapat sampai kekecewaan ini sebelum nasi jadi bubur.

TPU: Bila dapat maklumat dekat atas ni, gua terfikir... Adakah selepas ini, Petronas akan mengalami nasib yang sama sepertimana MAS.

Adakah lantikan-lantikan tersebut dibuat mengikut "Merit", kenapa "Board" mengenepikan ramai "orang-orang kanan"yang lebih berkelayakan..?

PM Najib perlu beri penjelasan. Jangan sampai Kakitangan Petronas "Menzahirkan" kekecewaan mereka dalam bentuk "Nyata".

Sumber: [Perisik Rakyat]

Read more ...

Segalanya tak kena bagi UMNO, semakin hilang punca


UMNO kini terumbang-ambing untuk mencari isu baru yang boleh digunakan bagi memburukkan imej PR. Setakat ini kesemua isu yang dibawa oleh Umno gagal samasekali dan kebanyakannya memakan diri sendiri.

PRU ke 13 nanti, satu-satunya PRU yang paling selesa untuk PR menguburkan Umno/Bn dan kita hanya perlu bekerja lebih kuat lagi agar segala maklumat dan tipu daya mereka disampaikan kepada seluruh rakyat.

Umno cuba bermain dengan isu JAIS memasuki gereja kononnya untuk menggambarkan Kerajaan PR Selangor di bawah PKR gagal tangani isu murtad.

Apabila Kerajaan Negeri Selangor bertindak pantas dengan menyerahkan siasatan kes ini kepada JAIS dan tidak melatah dengan mainan politik Umno, maka gagal lagi helah parti sekular ini.

Kerajaan Negeri Selangor merujuk isu ini kepada Sultan Selangor selaku Ketua Agama, dan dibentuk pula Majlis Syura yang melibatkan Mufti Selangor, maka bertambah kecewa Umno untuk terus bermain dengan isu yang dianggap kontroversi ini.


Tindakan bijak PAS yang tidak terperangkap dengan helah Umno untuk memecahbelahkan hubungan di antara Exco Agama Dr Hassan Ali dengan pimpinan PAS serta Kerajaan Negeri Selangor tentunya mengecewakan Umno.

Akhirnya isu ini menjadi basi dan tidak lagi sehangat awalnya. Apa yang timbul, Umno dipersalahkan kerana lebih 50 tahun mereka memerintah negara ini namun parti ini tidak pernah serius dengan gejala murtad.

Tidak kurang dari dua atau tiga kali PAS pernah usulkan di Parlimen agar Undang-Undang Murtad ini dipinda, namun Umno tidak pernah peka dan sensitif. Sekarang, Umno cuba untuk menjadi hero membela Islam kononnya.


Timbul pula isu melarang penggunaan pembesar suara sewaktu membaca Al-Quran diwaktu Subuh di P.Pinang. Umno terus menonjolkan diri untuk menjadi juara membela Islam di P.Pinang pula.

Zahid Hamidi secara tiba-tiba bersuara di dalam hal ini dengan menggunakan akalnya yang cetek di dalam membicarakan soal hukum agama. Beliau mahu menunjukkan kehebatannya dalam aspek hukum mengatasi Majlis Fatwa P.Pinang.

Perangkap tidak menjadi, rupa-rupanya larangan tersebut telah lama dikuatkuasakan di Perlis sebuah negeri di bawah Umno. Gagal lagi Umno di dalam isu ini.


Jelas, Umno semakin terdesak tambahan pula apa yang mereka cuba rahsiakan selama ini terbongkar. Skandal SPR dan JPN ternyata meresahkan Umno kerana kesemua bukti yang didedahkan oleh PR tentang salah laku dan ketidak kecekapan badan ini amat sukar ditangkis lagi.

Najib akhirnya terpaksa akut untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas di Parlimen untuk menangani isu yang sudah terbongkar ini. Namun, putar belit Najib terserlah apabila menyebut PRU akan diadakan tanpa mengira apa jua yang dilakukan oleh Jawatankuasa Khas ini nanti.

Ertinya, Jawatankuasa Khas yang ingin ditubuhkan tersebut hanya topeng semata-mata untuk meredakan tekanan yang dihadapi oleh SPR dan JPN.


Harus kita ingat, tiada apa lagi yang boleh kita percaya dari mulut Najib. Kita harus fokus untuk terus bekerja kuat meyakini rakyat bahawa negara ini lebih selamat jika Umno/Bn dapat disingkirkan dari Putrajaya.

Inilah saat paling baik buat PR, dan jangan lepaskan peluang ini. Jangan benarkan Umno bernafas walaupun sesaat./
wfauzdin.blogspot.com

Read more ...

KRITIKAL!!! Pentadbiran Najib 'di hujung mata pisau'

http://storm62.files.wordpress.com/2010/07/najib-pening1.jpg?w=200&h=242PULAU PINANG - lebih sebulan selepas satu perhimpunan besar di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil pemerintah Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa satu jawatankuasa parlimen yang dipilihmewakili kedua-dua parti akan ditubuhkan untuk mengkaji semula sistem pilihan raya.

Langkah itu datang kerana kerajaan Najib menghadapi peningkatan tekanan dalam pelbagai bidang politik, termasuk cabaran spekulasi kepada kepimpinan beliau dari dalam parti sendiri.

Pengumuman Najib telah ditafsirkan sebagai satu usaha untuk menenangkan keadaan tidak tenang tentang integriti proses pilihan raya sebelum pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan sebelum pertengahan tahun 2013, dan untuk mencegah apa-apa perhimpunan dari berlaku lagi,beliau telah bersdia dengan strategi baru .

Parti politik pembangkang telah mendakwa pilihan raya adalah struktur yang ditubuhkan untuk memihak kepada Pertubuhan Melayu Bersatu Kebangsaan (UMNO) dan gabungan parti yang membentuk kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada 9 Julai lalu , pihak berkuasa polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air pada penunjuk perasaan dan menahan lebih 1,600 orang, termasuk ahli-ahli politik pembangkang.

Perhimpunan tersebut, yang telah dianjurkan oleh Gabungan yang diterajui oleh masyarakat sivil bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil, atau Bersih telah hadir dan menyatakan bantahan di jalanraya .

Kumpulan itu telah mendesak agar pihak kerajaan untuk membersihkan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berulang dan tempoh kempen yang lebih panjang.

Satu lagi permintaan utama ilah agar merombak sistem pengundian pos untuk memastikan rakyat Malaysia di luar negara dan di luar kawasan pilihan raya mereka , agar mereka dapat mengundi tanpa wakil yang boleh mengundi untuk mereka .

Bersih menegaskan bahawa anggota polis dan tentera, yang kini dianggap antara yang paling kontroversi iaitu mengundi dengan "undi pos" khas di luar pandangan umum, mesti mengundi biasanya seperti pengundi lain jika mereka tidak bertugas pada hari pilihan raya.

Sejak tindakan keras 9 Julai, Suruhanjaya Pilihan Raya telah mempertahankan tindakannya dengan menyatakan bahawa semua senarai yang di sediakan adalah betul dan tepat walau beberapa contoh dan bukti yang telah di ragui oleg pihak pembangkang yang mengeluarkan dan mngesan bahawa terdapat pengundi bukan warganegara di daftarkan sebagai pengundi.

Walau punmendapat tekanan dari masyarakat dan rayat jelata , pentadbiran najib masih lagi berdalih dan berjanji aan mereformasikan daftar pilihanraya , namun belumpasti sama ada pihak pemerintah dan pembangkang dapat menerima apa yang dilakukan kerajaan di bawah pemerintahan Najib.


Pihak pembangkan dan rakyat sebaliknya mahukan kerajaan memperkenalkan dakwat kekal seperti yang dituntut oleh Bersih,namun kerajaan kerajaan Najib akan menyediakan peruntukan yang besar untuk membiayai rancangan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memperkenalkan sistem biometrik bagi pengesahan pengundi.

Cadangan yang telah bertemu dengan keraguan yang meluas sama ada satu sistem yang rumit boleh siap menjelang pilihan raya akan datang dan jika ia benar-benar dapat mencegah manipulasi dan mengulangi mengundi.

Tanpa jaminan reformasi yang telus bermakna pilihan raya dalam masa diadakan raya umum, cadangan jawatankuasa parlimen yang dipilih pilih "tidak berguna dan tidak boleh diterima," kata ahli politik veteran pembangkang Lim Kit Siang. Beliau menegaskan bahawa Najib perlu "memberi jaminan mutlak bahawa tidak akan bermakna reformasi pilihan raya ketika pilihan raya umum yang akan datang diadakan jika semuanya masih tidak jelas dengan pembahruan dalam senarai pemilih yang berdftar didibersihkan".

Puluhan ribu yang hadir di perhimpunan Bersih bulan lalu - walaupun telah dihalang dengan berbagai cara - telah meletakkan pentadbiran Najib mengenai pertahanan dan kekuatan politik pada masa yang sama memberi momentum baru kepada Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat) pakatan pembangkang mengenai sokongan terhadap apa yang telah mereka tntut dalam BERSIH .

Dalam masa yang sama ianya dikatakan meningkatkan spekulasi mengenai sama ada Najib dapat menghadapi cabaran dalaman oleh puak-puak yang bercita-cita tinggi dalam UMNO sendiri untuk menjathkan beliau.

Analisis telah tertumpu kepada cita-cita timbalannya, Muhyiddin Yassin, yang juga berfungsi sebagai menteri pendidikan. Muhyiddin telah dilihat sebagai insan yang sama-sama naik dengan Najib dan yang mendahului Najib, Abdullah Badawi, melalui komen yang bertentangan mengenai isu-isu utama dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Pada bulan Mac, sebagai contoh, Muhyiddin memberikan jawapan yang kontroversi apabila beliau mendakwa beliau adalah "Melayu pertama" dan barulah "Malaysia", suatu kontradiksi yang seolah-olah dasar Najib "1Malaysia" yang bertujuan untuk merapatkan berbagai etnik dan menggalakkan identiti Malaysia.


Muhyiddin, yang mula-mula dibawa masuk ke dalam Kabinet pada awal tahun 1980-an di anggap sebagai orang kuat bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohammad, dilihat bersama dalam beberapa kumpulan yang akan bersekutu dengan bekas bosnya dan anak lelaki ketiga , Mukhriz Mahathir, yang kini berkhidmat sebagai timbalan menteri dan dipercayai
mempunyai cita-cita politik yang lebih tinggi.

Dinamik huru-hara

Mereka yang berada di dalam UMNO dan percaya adanya kekecohan dalaman yang sedang bergelora itu juga berkemungkinan didorong oleh penyiasatan di Perancis di atas penjualan kapal selam Scorpene Malaysia di bawah perjanjian yang dibuat dalam tahun 2002, ketika Mahathir masih lagi Perdana Menteri .

Suaram kumpulan hak asasi manusia Malaysia yang bertindak bagi pihak, peguam Perancis membuat aduan kepada penyiasat Paris yang menyelesaikan sesuatu tawaran yang sama di Perancis untuk menubuhkan sama ada sogokan telah dibayar ke atas pegawai-pegawai Perancis dan luar negara berkaitan dengan kapal laut yang dijual oleh DCNS,salah sebuahnya
syarikat pertahanan tentera laut.

Perhatian yang tertumpu di Malaysia ialah mengenai bayaran yang didakwa berjumlah 114 juta euro (US $ 167,8 juta) kepada Perimekar Sdn Bhd berkaitan dengan pembelian kapal selam.

Firma itu adalah anak syarikat KS Ombak Laut Sdn Bhd, di mana isteri bekas pembantu Najib Abdul Razak Baginda dilaporkan pemegang saham utama . Najib adalah Menteri Pertahanan pada masa itu.

Walaupun kes di Perancis adalah terhad kepada siasatan rasuah, ramai di sini percaya ia akan berkait rapat dengan pembunuhan dan pengeboman di Malaysia ke atas seorang wanita Mongolia, yang dikatakan menjadi penterjemah ketika berurusan dengan pembelian kapal selam berkenaan .

Menekankan sensitiviti kes itu, peguam Perancis, William Bourdon yang ditahan di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur bulan lepas semasa dalam perjalanan untuk menghadiri majlis yang di anjurkan oleh Suaram dan menerangkan mengenai perkembangan penyiasatan dan untuk mengumpul dana untuk kos undang-undang.

Beliau segera dihantar pulang, beliau berazam untuk menyisat dan mendedahkan kebenaran berkaitan dengan apa yang telah berlaku dalam kes pembunuhan tersebut yang berkait rapat dengan pembelian kapal selam diPerancis itu.

Sejak beberapa bulan lepas, kontroversi tercetus apabila ia telah mendedahkan bahawa kerajaan persekutuan telah mengeluarkan panggilan kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk menarik balik semua saman sivil terhadap Tajudin Ramli, salah seorang tokoh korporat yang mempunyai hubungan semasa era Mahathir.

Kerajaan telah dilaporkan membuat keputusan untuk menyelesaikan di luar mahkamah semua saman terhadap bekas Pengerusi Malaysia Airlines System Bhd.
Syarikat penerbangan itu telah membuat aduan terhadap Tajudin berhubung dengan kerugian besar yang ditanggung apabila beliau menerajui pada tahun 1990-an.


"Satu penyelesaian [di luar mahkamah akan di kesan ...siapa menghalang kebenaran yang sebenarnya bertanggungjawab bagi kerugian yang ditanggung," kata mingguan perniagaan The Edge.

Pemulihan Tajudin boleh dilihat sebagai usaha untuk menutup kes yang amat memalukan di bawah pentadbiran Mahathir. Pada masa yang sama, kekurangan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menyelesaikan pertikaian di luar mahkamah tidak akan memberikan petanda yang baik bagi Najib yang cuba melancarkan kempen untuk melancarkan pelan transformasi ekonomi.

Ekonomi merudum dan berat terhadap UMNO dan populariti BN. Pertumbuhan ekonomi jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua tahun pada suku pertama, menurun kepada 3.6% daripada 4.6% pada tahun lepas.

Penurunan yang boleh melambatkan apa yang ramai penganalisis percaya kenaikan yang amat diperlukan dalam kadar faedah kepada inflasi yang sejuk, yang telah meningkat secara mendadak dalam tempoh dua tahun yang lalu.

Diambil bersama-sama dengan rancangan kerajaan untuk menghapuskan beberapa subsidi harga, peningkatan tentang kos hidup yang lebih tinggi akan menjadi isu utama pada pemilihan akan datang.

Pada masa yang sama, kejatuhan harga minyak sawit mentah global (MSM) boleh melemahkan sokongan kepada BN di ladang-ladang yang datang di bawah skim kerajaan diuruskan melalui pembangunan tanah, yang secara tradisinya dilihat sebagai kubu kuat UMNO.

Harga penanda aras MSM untuk Oktober di Bursa Malaysia Derivatives Exchange 3028 ringgit (US $ 1,014) bagi setiap tan pada pagi Khamis, turun hampir 25% dari yang tertinggi pad Februari iaitu hampir 4,000 ringgit.

Dengan peningkatan tekanan masyarakat sivil bagi pembaharuan, soalan baru tentang integriti ke atas pemimpin-pemimpin UMNO dan ekonomi yang kian menjunam , pemerintahan dua tahun Najib kini dikatakan menghadapi ujian terbesar.

Haba kepada Najib dari dalam UMNO sendiri yang sedang meluap untuk menekan beliau dan pembangkang dan kesannya ialah kebangkitan yang mungkin akan mempercepatkan dan merumitkan lagi rancangan kerajaan untuk mengadakan pilihan raya umum awal tahun depan.

Ini semuanya dilihat sebagai cubaan najib untuk tidak melakukannya atau melakukannya secepat mungkin.Semuanya masih menjadi tanda tanya..

Oleh Anil Netto

Terjemahan Oleh Amiruddin Ahmad

Read more ...

Kenaikan harga barang, BN gagal urus ekonomi



KUALA LUMPUR 22 OGOS : Faktor kenaikan harga barang kawalan sejak muktahir ini didakwa berpunca dari kegagalan pengurusan ekonomi dan kewangan negara oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi Kelab Protes Harga Barang Naik (Protes BN) Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz berkata demikina bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yaacob semalam bahawa Kerajaan tidak berkuasa dalam menentukan harga barang.

"Kita melihat bahawa kalaupun ada barangan tertentu harga naik di pasaraan dunia, kalau Kerajaan bijak dalam pengurusan ekonomi dan kewangan, boleh beri pengapungan subsidi.

"Tapi kerajaan selalu beri alasan, contohnya harga minyak (petrol). Bila harga pasaran dunia naik, Kerajaan kata terpaksa naikkan sebab tak mampu tampung subsidi berlebihan, bila harga turun, kerajaan berhujah kita harus stabilkan harga," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Nor Mohamed dalam laporan portal 'The Malaysian Insider' semalam, berkata kerajaan sentiasa berusaha mengawal kenaikan harga dengan pelbagai formula dan strategi dalam usaha memastikan keharmonian hidup rakyat serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun Mahfuz menganggap formula dan strategi kerajaan itu dilihat seolah terus menekan rakyat biasa dan menguntungkan orang tertentu.

Beliau mengulas mengenai pembentangan Makmal Rasionalisasi Subsidi tahun lalu yang menyatakan Kerajaan memperuntukkan RM74 bilion sebagai subsidi setahun merangkumi bahagian sosial (RM42.4 bilion), bahan api dan tenaga (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion).

"Bagi saya RM 42 Billion untuk sosial seperti pendidikan dan kesihaatan itu adalah tanggungjawab, begitu juga untuk infrastruktur.

"Sekarang Kerajaan gabungkan tanggungjawab itu sebagai subsidi. Saya rasa pelik. Sedangkan untuk bahan api dan tenaga syarikat IPP dapat untung. Rakyat kena tanggung kenaikan tarif. Dan inilah penyebab kos hidup meningkat," tegas beliau.

Tambah Mahfuz, jika ditolak bahagian sosial dan infrastruktur tersebut, Kerajaan hanya menanggung kira-kira RM 26 Billion dalam menanggung subsidi rakyat, lebih rendah dari laporan bahawa ketirisan dan pembaziran negara sebanyak RM 28 Billion setahun.

Read more ...

PAS Parit Buntar tidak lupa pesakit di hospital

PARIT BUNTAR, 21 Ogos : Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Syawal, seharusnya golongan yang kurang bernasib baik tidak dipinggirkan.

Sehubungan itu, PAS Parit Buntar tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan pesakit yang menerima rawatan di Hospital Parit Buntar.

Menurut Setiausaha Jawatankusa Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak, sumbangan itu diagihkan kepada pesakit sempena Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi.

"Program sumbangan ini diadakan setiap kali bulan Ramadhan. Sumbangan diagih-agihkan kepada 40 pesakit wad dewasa dan kanak-kanak ” Katanya

Rombongan PAS Kawasan bersama Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa bersama isteri , Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin dan ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari telah disambut meriah oleh kakitangan hospital yang sudah sedia menunggu.

Kerjasama yang baik telah ditunjukkan oleh kakitangan hospital semasa membawa ahli rombongan melawat pesakit.

Turut hadir pada majlis sumbangan ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Harun Hashim bersama rombongan AJK PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar.

Hairul Nizam mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan hospital yang memberi layanan dan kerjasama yang baik kepada rombangan PAS Kawasan Parit Buntar.

" 60 orang kakitangan hospital yang bertugas juga diberikan hamper sebagai tanda terima kasih kami kepada mereka" katanya

Sementara itu, Dr Mujahid dalam temubual bersama wartawan berkata program ini merupakan acara tahunan sempena menyambut Aidilfitri.

“ Saya harap lawatan ini akan mengukuhkan lagi hubungan pemimpin bersama masyarakat khususnya pesakit-pesakit hospital yang amat memerlukan perhatian” katanya



Dr. Mujahid bersama isteri memberi sumbangan kepada seorang pesakit kanak-kanak


Dr. Mujahid bersama Pesurujaya melawat seorang pesakit


Dr. Mujahid bersama Abdul Yunus bertanya sesuatu kepada seorang pesakit

Read more ...

TV3 Suku kelapaq belit isu, kuda pun kudalah janji putar belit

Oleh: TopengMerah

"TV3 menerusi Buletin Utama semalam menyiarkan rasa tidakpuas hati para pengusaha kuda tunggangan riadah di pantai Batu Feringgi, Penang.

Menurut laporan mereka beberapa pengusaha servis itu mengeluh kerana perkhidmatan kuda tunggangan mereka telah pun di hentikan oleh Kerajan Negeri Pulau Pinang sejak berlakunya kemalangan yang melibatkan seekor kuda yang ditunggang pelancong melanggar seorang kanak-kanak yang sedang bermain di pantai itu.

Para pengusaha tersebut mengeluh kononnya dengan larangan kerajaan negeri PP itu, sumber rezeki mereka telah tersekat seolah-olah periuk nasi mereka telah di masukkan pasir. Sekali lagi TV3 telah mempolitikkan isu.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah, larangan kerajaan PP itu bersifat sementara. Sukacita diingatkan, yang keputusan itu diambil oleh kerajaan negeri adalah bagi mengutamakan keselamatan rakyatnya sehingga jalan penyelesaian dijumpai untuk menyelesaikan isu ini. Mereka juga sedang menimbang untuk mencadangkan lokasi alternatif yang lebih sesuai untuk riadah ini.

Kerajaan negeri bukanlah zalim. Dengan PRU 13 yang bakal mengetuk pintu, kerajaan PP bukanlah bodoh untuk membuat suatu keputusan yang tidak popular yang dapat menghilangkan undi rakyat. Kerajaan PP sebenarnya perihatin dgn mewartakan larangan itu apabila mengambil kira kesengsaraan kanak-kanak malang itu dan juga sensitiviti kedua2 ibu bapa dan keluarga kanak-kanak itu.

Adalah menjadi satu perkara biasa apabila larangan yang bersifat sementara atau pun penggantungan sesuatu aktiviti itu terpaksa dibuat sementara siasatan di jalankan. Seperti yang dikatakan tadi, kerajaan PP tidak lah zalim. Zalim membawa erti membuat sesuatu itu tidak kena pada tempatnya. Jika zalim, mereka telah pun mengharamkan aktiviti ini sedari dulu lagi tanpa sebab.

Ini tidak, penggantungan itu dibuat sebagai respon mereka terhadap kemalangan yang menimpa anak kecil itu. Ini jelas menunjukkan yang mereka telah pun melakukan satu tindakan yang tepat yang mengutamakan keselamatan rakyat.

TV3 sebenarnya telah kehabisan modal untuk menyerang kerajaan PP sehinggakan isu ini pun dipolitikkan untuk menghentam lawan. Biarlah kerajaan negeri mentadbir negeri mereka, jangan lah isu yang isolated seperti ini pun hendak dipolitikkan.

Mungkin kuda itu tidak merempuh anak cucu orang BN atau kaum kerabat orang TV3, oleh sebab itu lah mereka tidak sensitif. Bayangkan jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kekal hasil dari pelanggaran itu, bagaimanakah rasa kedua ibu bapanya? Pasti kecewa bercampur marah. Tambahan pula BN yang menyalak sebagai kerajaan perihatin tidak langsung melahirkan rasa simpati terhadap mereka tetapi dilihat lebih mempertahankan pengusaha kuda.

Lidah TV3 sememangnya bercabang. Inilah sifat mereka akhir-akhir ini. Percayalah, jika kerajaan PP masih membenarkan aktiviti menunggang kuda ini diteruskan, nescaya TV3 akan menyerang mereka dari arah bertentangan dengan menghantar pencacai mereka ke rumah kanak-kanak itu dan membuat liputan dengan penuh kepura-puraan kononnya mereka mengambil berat tentang kanak-kanak malang itu.

Mereka akan menyerang kerajaan PP dengan mengatakan yang Kerajaan PP tidak perihatin terhadap rakyat nya yang ditimpa musibah tetapi lebih mengutamakan keuntungan komersial dengan tidak mengenakan larangan aktiviti kuda pantai itu. Inilah sifat jijik kewartawanan TV3. Entah lepasan universiti "cikai" mana wartawan mereka sekarang ini. Sesungguhnya editor mereka juga bersifat bebal.

TV3 sepatutnya lebih fokuskan kepada isu yang lebih makro untuk diketengahkan. Hentikanlah sikap yang menjengkelkan ini. (IH)

Read more ...

Isu Gereja, Sultan Cadang Majlis Syura


KL, 22 Ogos 11: Susulan kontroversi tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini, kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan segala pertikaian.

Jawatankuasa khas itu atau dikenali sebagai Majlis Syura — dianggotai Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar), Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar.

“Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu,” kata Khalid dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Saya menghargai nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.”

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Tindakan Jais itu mendapat bantahan banyak pihak, namun dipertahankan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menegaskan terdapat usaha untuk memurtadkan umat Islam pada program itu. (IH)

Read more ...

SU Agung PAS: Saya tidak akan minta maaf, jumpa di mahkamah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVJQ1mkww6IxbTIPvGrDP1jBW6rg_U-cMpBJMsSdZ_b8Wb50kPp2LeSkdqu31vKGpOusbyjPhh2HjpkZtUGle9INfCpFTU8YghJXb3Svsh5EYWC3HLiJMF170qEh9zILInyScf9aO3DiVR/s1600/mustapa+ali.jpgKUALA LUMPUR, 22 Ogos — Kekal dengan pendirian mempunyai bukti mengaitkan Umno dalam pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, beliau bersedia untuk bertemu parti Melayu terbesar itu di mahkamah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mustafa yang kini berada di luar negara berkata, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik dakwaan dilemparkan terhadap Umno sebelum ini.


Sebaliknya beliau dengan tegas mempertahankan dakwaannya itu.


“Kita jumpa di mahkamah, kalau nak saman itu hak dia (Umno Selangor), saya tidak akan minta maaf dan saya kekal dengan pendirian saya sebelum ini, kita jumpa di mahkamah,” jawabnya.



Mustafa (gambar) juga secara tegas berkata akan mengemukakan bukti itu ke mahkamah.

“Saya akan kemukakan bukti ke mahkamah jika dibawa ke mahkamah,” katanya ringkas.

Hari ini, Umno Selangor berkata pihaknya akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung dakwaan kononnya parti itu memainkan peranan dalam tindakan Jais ke atas pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Menurut Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri.

Awal minggu lalu, Mustafa dalam satu sidang media di Kuala Terengganu mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau juga mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin pada satu pertemuan yang dijadual untuk diadakan minggu lalu.

Tetapi ia ditangguhkan buat sementara waktu sehingga siasatan Jais selesai.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Read more ...