Friday, September 21, 2012

KRITIKAL!!! Pergolakan UMNO Perlis semakin parah




Perlis bakal terlepas ke tangan pembangkang jika kemelut dalaman kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohd Isa Sabu gagal diselesaikan menjelang pilihan raya umum ke 13.Umno negeri hampir berpecah dua antara kumpulan Mohd Isa dan Shahidan selepas pilihan raya umum 2008. Sebahagian besar calon pilihan Shahidan digugurkan dan ramai muka baru diketengahkan. Shahidan yang menjadi Menteri Besar sejak tahun 1990 digantikan dengan Mohd Isa.
Beberapa pemimpin Umno negeri terutama dari kumpulan Shahidan telah berulang kali menyatakan kebimbangan ini.
Kini kedua-dua kumpulan sedang merebut `ehsan’ dari Datuk Seri Najib Tun Razak supaya orang mereka dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum ke 13.
Mohd Isa disokong dua orang bekas menteri iaitu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Azmi Khalid, manakala Shahidan disokong oleh Ketua Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin dan bekas Ketua Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh.
“Kumpulan Shahidan menemui Najib di Putrajaya dua minggu selepas hari raya, manakala kumpulan Mohd Isa beberapa hari kemudian. “Masing-masing mengatakan mereka yang terbaik. Terpulang kepada Najib untuk memilih mana yang terbaik,” kata seorang pemimpin Umno negeri.
Manakala PAS negeri telah menyelesaikan pemilihan calonnya manakala pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat juga telah selesai. Parti itu mendakwa perpecahan Umno disedari bukan sahaja Najib tetapi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terpaksa datang beberapa kali ke Perlis.
PAS kini menguasai dua kerui negeri iaitu Simpang Empat dan Sanglang tetapi BN menang 13 kerusi.

Kedahkini

7 comments:

Anonymous said...

Dlm usaha umporno nk lagakan PAS dgn DAP dlm isu2 agama, akhirnya puak2 umporno yg brgaduh sesama sendiri,,,, lama lagilah PRU13 hingga penghujung mandatlah....

suahati said...

kalau tengok dr kumpulan penyokong kedua2 kumpulan itu nampaknya kedua2 orang yg menyokong shahidan tuuu muka lama jaaaa dan yang dah nak semakin kurang pengaruhnya........

bolehkah muka lama tuuu menandingi muka2 baru yg ramai dibelakang kumpulan mdisa tuuuu

rakab said...

Kalau nak tumbang tahun 2008 lagi dah tumbang ! Keadaan sekarang jauh lebih baik bagi Umno...
Pas belum mampu nak tawan Perlis sebab perjuangan Pas sendiri pun sekarang ni huru-hara !

Anonymous said...

Kalau pas nak menang di perlis, pemimpinnya ramai lagi yg mesti merapu menerima wahyu drpd Allah untuk berbohong kpd rakyat perlis. Selepas nik abduh mendakwa menerima wahyu Allah menyuruh pas merampas putrajaya, kadir pulak setelah bergelumang dgn pas mendakwa mendengar suara org yg sudah mati dan suara Allah supaya dia join blk politik bersama pakatan.

Bila pulak tok guru nak terima wahyu ni?

Anonymous said...

orang perlis ialah orang yang hidupnyer sederhana dan kuat agama. so, aku cadangkan pas mempergunakan agama pada tahap maksimum untuk memperdayakan diaorang.

Anonymous said...

Perjuangan pas memang huru hara. Org sibuk buat bantahan filem yg menghina nabi, ada pulak puak pas bwk poster mengagungkan syiah dkt perhimpunan tu. Pas tak tau ke syiah kafirkan sahabat nabi

Anonymous said...

amno = munafik