Thursday, January 27, 2011

Dua menteri Umno dangkal ilmu

Faekah: Muhyiddin, Noh Dangkal Ilmu


SHAH ALAM 27 Jan.: Dua orang Menteri Kabinet, Datuk Seri Najib Razak dilabel sebagai dangkal ilmu apabila meminta Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan menteri besar hanya kerana usaha meminda perlembagaan negeri gagal memperoleh undi dua pertiga Isnin lalu.

Kenyataan yang dilakukan tanpa berpandukan kepada fakta dan undang-undang menampakkan kedangkalan ilmu seseorang.

“Malang sekali ia dikeluarkan oleh seorang yang masing-masing bergelar timbalan perdana menteri(Tan Sri Muhyiddin Yasin) dan menteri kanan persekutuan(Datuk Noh Omar),” kata Setiausaha Politik kepada Khalid Faekah Husin dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid semalam menolak keras gesaan Muhyiddin agar beliau meletakkan jawatan Menteri Besar Selangor ekoran kegagalan kerajaan negeri meminda perlembagaan negeri.

Noh juga melahirkan pendirian yang sama sebelum ini.

“Beliau (Muhyiddin) tidak baca undang-undang Parlimen,” kata Khalid.

Mengulas lanjut kenyataan Muhyiddin dan Noh, Faekah menyindir, pelajar undang-undang pun maklum bahawa mengikut perlembagaan hanya satu sebab yang memberi alasan untuk memaksa seorang ketua kerajaan meletakkan jawatan.

Noh juga merupakan timbalan pengerusi Umno Selangor.

“Ini disebut dalam Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan yang mana apabila ketua kerajaan berkenaanhilang sokongan majoriti dalam Dewan. Peruntukan yang sama diulang oleh semua undang-undang tubuh negeri di Malaysia,” katanya.

Oleh itu kata Faekah, adalah jelas di Dewan Negeri Selangor pada 24 Januari lalu, Khalid masih mempunyai sokongan majoriti Adun.

Katanya, ia bukan sekadar majoriti mudah atau majoriti biasa walaupun ia bukan majoriti dua pertiga.

“Sokongan yang miliki Tan Sri Khalid Ibrahim ialah 34 daripada 55 ahli Dewan.

“Kita tidak hairan apabila kedua-dua menteri tersebut sanggup merendahkan tahap pengetahuan kerana Umno mahu lari dari isu pokok yang sepatutnya menjadi asas perbincangan,” katanya.

Faekah menambah, rakyat jelas melihat bagaimana Umno sanggup lari daripada tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negeri dan Raja-raja Melayu.

“Malu dengan tindakan biadab mereka tersebut lantas cuba memesongkan dan mengalihkan isu sebenar dengan meminta sesuatu yang sememangnya mereka tidak mempunyai hak.

“Pada mereka semuanya adalah politik kampungan sedang kita begitu serius dalam agenda mempertahankan maruah negeri yang mendapat dokongan rakyat,” katanya.

Faekah juga berkata kerajaan negeri bersedia menyelesaikan kerenah persekutuan sejak 1993 yang gagal dikesan oleh Umno Selangor sejak sekian lama.

Jelasnya, pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh kerajaan negeri gagal kerana Umno-BN enggan menyokong. Kami bersangka baik yang mereka komited dengan cita-cita mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-raja.

“Rupa-rupanya Umno-BN hanya menanam tebu di bibir.

“Mereka hipokrit; bertopengkan (slogan) rakyat didahulukan dan ‘Daulat Tuanku’, namun membenarkan kedaulatan negeri dirobek persekutuan,” katanya.

Bagaimanapun ujar Faekah, meskipun kerajaan negeri gagal meminda perlembagaan, namun masih melihatnya sebagai satu hikmah.

“Rakyat dapat melihat dengan jelas kepura-puraan Umno selama ini.

“Apatah lagi perilaku Ketua Pembangkang Umno pada hari tersebut tidak ubah seperti badut sarkas yang membuat lawak di sepanjang sidang Dewan. Bukan sahaja amat memalukan dengan kehadiran tetamu luar termasuk daripihak istana, lebih menjolok mata lagi ia telah merendahkan martabat institusi Dewan, institusi tertinggi negeri Selangor. Umno akan selamanya terhalang dari segi moral untuk memperkatakan soal mempertahan maruah negeri dan rakyat Selangor apatah lagi kedaulatan Raja-raja Melayu,” katanya.

Beliau juga berkata, hakikatnya meskipun Pakatan Rakyat sedih kerana gagal mengembalikan hak negeri dan Sultan, namun Umno jauh “lebih mengecewakan” apabila wakil-wakil rakyat mereka telah menunjukkan mutu pemikiran dan hujahyang sangat rendah.

“Apatah lagi bukan sahaja rakyat Selangor yang melihatnya tetapi seluruh dunia kerana sidang mesyuarat tersebut disiar secara langsung ke seluruh dunia,” katanya.

Selangor yang mengadakan sidang khas Isnin lalu gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959.

Usul pindaan rang undang-undang, yang dibentangkan oleh Khalid, bertujuan mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor iaitu Setiausaha Kerajaan Selangor, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

Read more ...

Wednesday, January 26, 2011

Inilah nasib nelayan di negeri Umno

Jeti Pengkalan Nelayan runtuh

REMBAU, 27 Jan. : Sebahagian jeti pangkalan nelayan di sini, yang dibina dua tahun lalu, runtuh selepas beberapa bulan jeti itu ditutup untuk keselamatan nelayan dan orang ramai.

Peniaga kedai makan, Nor Alina Arif,34, berkata, ketika kejadian dia sibuk memasak menyiapkan pesanan pelanggan, namun dikejutkan dengan keriuhan orang ramai mengatakan jeti runtuh.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 malam, semalam dan ketika itu ada seorang pemancing berada di kawasan jeti berkenaan.

“Namun, pemancing terbabit sempat melarikan diri apabila terdengar bunyi kuat dan menyaksikan kejadian itu. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

************
NELAYAN KECEWA KERJA NAIK TARAF
Sinar Harian 30 Julai 2010

SUNGAI TIMUN, Rembau - Ahli Persatuan Nelayan Sungai Timun melahirkan rasa tidak puas hati berkenaan projek menaik taraf kawasan teduhan kedua berikutan timbul beberapa masalah sehingga mengganggu aktiviti harian nelayan.

Pemangku Sementara Persatuan Nelayan Sungai Timun, Yahaya Othman berkata, teduhan kedua dibina disebabkan jumlah bot nelayan semakin bertambah. Teduhan berbumbung itu berfungsi sebagai tempat meletak bot nelayan dan mengelakkan bot
ditenggelami air terutama ketika hujan lebat.

************
MENARA CONDONG
Berita Harian 28 Mei 2010

Dataran Kejat Pangkalan Sungai Timun baru siap 3 tahun retak

LUBOK CHINA: Pembinaan menara pandang di Dataran Kejat Pangkalan Sungai Timun, di sini, sangat menarik dan menjadi landskap tarikan pelancong, namun malangnya kemudahan yang baru berusia tiga tahun itu kini retak dan condong sekali gus membahayakan keselamatan orang ramai.

Tinjauan Berita Harian ke dataran yang dibina di atas sungai dengan disokong banyak tiang (seperti pelantar yang lebar) itu, mendapati kebanyakan tiang terbabit sudah condong, manakala dua laluan keluar masuk yang mencantumkannya dengan daratan pula mengalami keretakan lebih 10 sentimeter.

************
SUMBER DITARAH, NELAYAN TERJEJAS
Sinar Harian 1 Feb 2010

LUBOK CHINA - Kewujudan sempadan Sungai Linggi dan Timun sempadan Melaka-Negeri Sembilan membantu kira-kira 300 nelayan meneruskan pencarian sumber rezeki setiap hari.

Walaupun pembangunan baru bakal diwujudkan di sungai tersebut, namun nelayan bimbang ia akan menjejaskan ekosistem sumber rezeki berteraskan udang galah, udang kertas dan pelbagai spesies ikan di situ.

Tinjauan Sinar Harian kedua sungai tersebut mendapati, rata-rata nelayan, terutama di Kampung Paya Lebar, Ramuan China Besar dan Rembau, Negeri Sembilan kecewa dengan penebangan hutan bakau di sekitar Sungai Linggi - Sungai Timun.

Mereka mendakwa, hutan bakau mula diterokai sebuah syarikat swasta dilantik Kerajaan Negeri Sembilan bagi memajukan kawasan tersebut sebagai pembangunan pelancongan baru.

Read more ...

Calon BN terbukti bersalah di mahkamah, Umno tak boleh nafi

Bukan PAS, tapi mahkamah sahkan calon BN salah

LABIS, 27 Jan: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim hakikatnya telah disahkan bersalah oleh mahkamah kerana melelong tanah secara tidak sah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Melelong tanah secara tidak sah bukan sahaja tidak mengikut prosedur malah adalah satu kesalahan dan oleh sebab itulah Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.

"Jika tindakan melelong itu sah, mengikut prosedur dan bukan satu kesalahan, mahkamah tidak akan memerintahkan tanah itu dikembalikan," katanya.

Mahfuz menyeru rakyat Tenang menolak Mohd Azahar yang telah disahkan melakukan kesalahan oleh mahkamah dan memilih calon PAS, Normala Sudirman.

"Normala bukan sahaja bersih dari tuduhan penyalahgunaan kuasa seperti yang sedang dihadapi oleh Mohd Azahar malah calon PAS di Tenang itu pernah diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran," katanya.

Mohd Azahar kini adalah defendan pertama dalam tuntutan saman Norhana Mohd Ali yang telah terpedaya membeli tanah Mansor yang dilelong secara tidak sah itu.

"Akibat penglibatan Mohd Azahar melelong tanah dengan cara yang didapati salah oleh mahkamah itu, kerajaan dan rakyat kini menghadapi risiko menanggung kerugian kira-kira RM1.5 juta," kata Mahfuz.

Norhana menuntut gantirugi berjumlah kira-kira 1.5 juta dan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana ke atas calon BN di Tenang itu dan tiga yang lain pada 7 Februari 2011 ini.

"Dari segi integriti, Mohd Azahar hakikatnya tidak ada integriti kerana beliau sebelum ini mendakwa apa yang dilakukannya mengikut adalah prosedur dan kes lelongan tanah itu telah selesai.

"Kalau mengikut prosedur, mengapa mahkamah mengesahkan kesalahan beliau terlibat dalam lelongan tanah secata tidak sah dan jika selesai, mengapa pula ada tuntutan berkaitan tanah itu yang akan didengari mahkamah pada 7 Februari ini?" Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan.

Kalau sebagai pentadbir tanah pun beliau telah menghadapi tuduhan menyalahgunakan kuasa dan disahkan pula oleh mahkamah melakukan kesalahan, Mahfuz mengingatkan para pengundi di Tenang tentang kemungkinan bahaya lebih buruk yang akan dihadapi oleh rakyat dan kerajaan jika Mohd Azahar mendapat kuasa lebih besar hasil kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Dengan kuasa hanya sebagai pentadbir tanah sahaja Mohd Azahar bukan sahaja telah memburukkan imej kerajaan malah mengakibatkan rakyat dan kerajaan menanggung risiko kerugian kira-kira RM1.5 juta, bayangkan kalau beliau mendapat kuasa lebih besar jika beliau menang pilihan raya kecil Tenang," beliau mengingatkan.

Read more ...

Melayu tolak Islam lebih teruk dari Kuan Yew


KOTA BHARU 27 Jan. : Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan orang Melayu yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk berbanding bekas menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Menurut Nik Aziz, ini kerana Lee hanya meminta umat Islam di republik berkenaan tidak terlalu berpegang kepada ajaran Islam berbanding dengan segelintir Melayu yang beragama Islam di negara tetapi mengambil pendekatan nasionalisme.

“Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

“Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew,” katanya semalam.

Utusan Malaysia pada halaman enam akhbar itu hari ini memuatkan ulasan Nik Aziz berhubung tulisan Lee dalam bukunya yang berjudul “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going”.

Buku tulisan Lee itu mendapat liputan meluas dan ada yang berpandangan ia menghina Islam.

Tidak kurang juga yang menyifatkan Lee sebagai bersifat Islamofobia.

Read more ...

Umno semakin terdesak guna samseng taik minyak dari luar Tenang

Provokasi kerana takut hilang undi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhD0r7h7c5AxKZwtBFim34QQ74orYDTKJICa94-vJO2K-cf-rnCfXnPhM-xfY_Ls7jVCJu9sRRwF-WZzhykM8aHfa17QiP_8dFLw5ylwY_jIk3DQxlmFlMnFZhQTad2XLdHucuebne6T9A/s1600/SUARA+DARI+BUMI+1.JPGLABIS, 27 Jan. : Tindakan kumpulan berbaju T biru melakukan provokasi dengan menghalang ceramah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng disifatkan sebagai reaksi ketakutan Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan 5,000 undi majoriti.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, BN bimbang sekiranya calon Pas, Normala Sudirman mendapat sokongan daripada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang Ahad ini.

“Pakatan Rakyat tidak pernah menyekat pemimpin BN daripada menyebarkan maklumat dan ceramah kepada sesiapa pun, malah penyokong PR tidak pernah berbuat demikian.

“Tindakan itu memperlihatkan BN merupakan ancaman terbesar demokrasi,” katanya pada sidang media di Markas Pas, di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mahu BN menghentikan sikap yang tidak demokratik itu.

“PR boleh menerima rakyat menolak calon Pas, tetapi tidak boleh terima ketakutan yang cuba dicetuskan oleh BN,” katanya.

Kempen pada hari keempat, malam kelmarin dicemari dengan kejadian provokasi di Felda Chempelak Barat apabila ceramah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diganggu oleh sekumpulan yang memakai baju-T biru.

Kumpulan kira-kira 30 orang itu berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah bagi membantah kehadiran Guan Eng.

Mereka yang memakai baju BN kelihatan berada di situ sejak jam 9 malam, iaitu lebih satu jam sebelum Guan Eng tiba.

Dalam hujan renyai-renyai, kumpulan tersebut melaungkan antaranya “Jangan kacau Chemplak, balik!” dan “Hidup BN, Hancur Pas”.

Mereka juga membuat rantai tangan bersama-sama menyanyikan lagu “Inilah barisan kita”.

Kira-kira 15 anggota polis, mengepung kumpulan berkenaan menasihati mereka supaya tidak mengganggu ceramah.

Sebaliknya mereka berjanji akan beredar daripada kawasan berkenaan sebaik sahaja Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan selesai menyampaikan ucapannya.

Sewaktu Guan Eng menyampaikan ceramah yang berkisar mengenai pentadbiran beliau yang mengembalikan peruntukan sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kumpulan tersebut berselawat, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir beberapa kali.

Read more ...

Soi Lek sentuh sensitiviti umat Islam

Pemimpin MCA kena hormati Islam - Nik Aziz

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYYvhyphenhyphenrGoRfOeuDq-lC_63trDs58yp_x7_7lNnZFx088vT_euEeGcZ4UO7VvM68-TkU2HlWlKMZUlD2sqbQ1W3Vm2icratksLn5CEERUDDa4xig-ehenYa0MTISAP_y5o3HuI4HgbnNhM/s400/TokGuruNikAziz03.jpgKOTA BHARU, 27 Jan. : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menyentuh sensitiviti umat Islam berkaitan tindakan calon wanita Pas, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan orang ramai.

Nik Aziz berkata, pemimpin MCA itu sepatutnya menghormati Islam yang sememangnya melarang bukan muhrim bersentuhan.

“Saya nak tanya dia (Soi Lek) kenapa tidak mempersoalkan serban kaum Sikh? Kalau tak berani, baik tak payah cakap benda ni.

“Islam memang begitu. Main bola sepak pun kena ikut peraturan, inikan pula soal agama daripada Allah yang mencipta alam semesta,” katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Isu itu timbul apabila Soi Lek mempersoalkan tindakan calon Pas yang tidak bersalaman dengan lelaki.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam memberikan penekanan kepada keturunan supaya tidak berlaku zina dan bersentuhan lelaki dan perempuan yang menjadi titik mula kepada perbuatan itu.

“Bersentuhan lelaki dan perempuan bukan muhrim bererti wuduk terbatal, malaikat mula jauh. Pada masa itu syaitan mula mendekati maka boleh berlaku zina,” katanya.

Nik Aziz mendakwa, senario kini jelas menunjukkan pemimpin DAP lebih memahami Islam disebabkan parti itu mengadakan kerjasama dengan Pas.

“Ceramah politik Pas sama dengan ceramah atau khutbah di masjid. Jadi dia (DAP) faham dan inilah kelebihan gerakan Islam,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang menggesa masyarakat Islam di negara itu supaya kurang tegas dalam hal pematuhan ajaran agama demi meningkatkan integrasi dan proses pembangunan negara, Nik Aziz dalam nada sinis berkata: "Orang kita yang tolak Islam, ambil kebangsaan lebih teruk lagi berbanding dia (Kuan Yew),” katanya.SH

Read more ...

Umno pakar berbohong, MCA ikut sama bohong

Alah bohong, bohonglah lagi

http://marhaen.info/images/no2bn/bohong_250.jpgArtikel : BOHONG sememangnya perangai keji. Ia dilarang agama. Mereka yang berbohong juga memiliki salah satu daripada sifat munafik. Tapi nampaknya berbohong kini sudah menjadi resam orang politik. Tak kiralah mereka yang sudah lama berpolitik, baru menceburi alam politik ataupun sedang cuba-cuba menjadi orang politik.

Dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang yang sedang berjalan kini, pembohongan juga sudah menjadi 'komoditi politik' paling laku di pasaran. Pihak yang pandai berbohong pula mempunyai kemahiran menuduh lawannya yang bercakap benar sebagai berbohong.

Salah satu contoh pembohongan dilakukan anak Presiden MCA sendiri yang kini mewarisi kerusi Parlimen bapanya, Dr Chua Soi Lek yang anti-Islam dan mempunyai masalah moral. Ahli Parlimen Labis itu, Chua Tee Yong @ Chua Jr menuduh calon PAS, Normala Sudirman mempersoalkan tindakan seorang pemilik kedai kopi berbangsa Cina kerana menjual arak. Tuduhan Chua Jr itu dilaporkan akhbar China Press.

Yakin bahawa Normala tidak mengungkapkan kata-kata itu kepada mana-mana peniaga Cina ketika berkempen, PAS mencabar Chua Jr supaya membuktikan tuduhannya bagi mengelakkan tindakan mahkamah. Chua Jr ketika bercakap kepada sebuah portal berita tetap bertegas dengan kenyataannya itu tetapi enggan menamakan pemilik kedai berkenaan.

Bagaimanapun pada petang hari yang sama, beliau dilaporkan The Malaysian Insider sebagai berkata,” Sudah tentu, saya tidak boleh menamakan kedai itu, pemiliknya tidak mahu dikenali”.

Namun apabila diasak wartawan Malaysiakini di sebuah majlis ketika kempen pilihan raya kecil Tenang di Labis, Chua Jr menukar pendirian hampir 180 darjah dengan berkata: "Semasa berkempen, ada pengundi tanya sama ada penjualan arak akan terjejas jika calon PAS dipilih, saya jawab mungkin.”

Begitulah mudahnya Chua Jr memutarbelitkan kenyataan. Dalam usaha menutup pembohongannya, beliau sanggup lagi berbohong dengan mendakwa kononnya 'mungkin' penjualan arak akan terjejas di Tenang jika calon PAS terpilih sebagai Adun!

Mungkin hanya mereka yang benar-benar jahil saja yang terpengaruh dengan dakwaan itu kerana di Kelantan dan Kedah, negeri yang diperintah PAS, kaum Cina bebas menjual dan meminum arak di tempat-tempat yang dilesenkan sebagaimana negeri-negeri lain yang diperintah BN.

Bagaimanapun Chua Jr pasti menerima padah. PAS Johor akan memberikan beliau notis saman fitnah jika masih gagal memberikan bukti bagi menyokong tuduhannya itu.

Itu cerita ahli politik yang baru berkecimpung dalam arena politik atas bantuan bapanya, Dr Chua Soi Lek. Ada satu lagi insiden pembohongan dalam PRK Tenang. Ia membabitkan orang yang baru hendak berpolitik iaitu calon BN , Mohd Azahar Ibrahim.

Ketika berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat, Azhar atau lebih mesra dipanggil 'Tok Ai' didakwa telah secara cuai melelong tanah seorang penduduk tanpa pengetahuan beliau. Tindakannya itu telah menganiayai pemilik tanah tersebut dan menjejaskan individu yang menang dalam lelongan tanah itu. Tok Ai tanpa berfikir panjang telah menafikan maklumat yang diterima PAS dan mendakwa bahawa kes tanah itu 'sudah selesai'.

Bagaimanapun PAS melalui Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menyifatkan Tok Ai telah berbohong kerana kes berkenaan hanya akan disebut di Mahkamah Tinggi Muar pada 7 Februari 2011. Pihak yang disenaraikan sebagai defendan ialah Tok Ai sendiri, Pentadbir Tanah Daerah Segamat, Pejabat Tanah Daerah Segamat dan Kerajaan Johor. Nilai tuntutan gantirugi adalah RM1.5 juta sedangkan tanah seluas lapan ekar itu dilelong Tok Ai dengan harga RM70,000.

"Kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar (berbohong) kepada para pengundi dan partinya sendiri,” ujar Salahuddin.

Menurut Salahuddin, kes ini bukanlah satu serangan peribadi tetapi membabitkan soal reputasi dan intergriti calon. Bagaimana mungkin seorang calon yang senang dan mudah bercakap bohong mampu menjadi wakil rakyat yang baik? Atau adakah mungkin berbohong kini diiktiraf sebagai satu skill atau kemahiran yang perlu ada pada seorang politikus atau ahli politik.

Itu jika ahli politik berbohong. Bagaimana pula jika pegawai kerajaan pun berbohong? Tunggu kemunculan siri akan datang...

Read more ...

Cikgu Mala bersih, Azahar ada kes

Azahar ada kes mahkamah, Cikgu Mala cemerlang

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs733.ash1/162711_143824909009692_136360586422791_245098_2083057_n.jpgLABIS, 27 Jan: Para pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang perlu membuat pilihan bijak untuk memilih wakil mereka yang cemerlang dan berintegriti ke Dun Johor pada 30 Januari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini kerana calon BN, Mohd Azahar Ibrahim mempunyai kes di mahkamah akibat kecuaiannya melelong tanah seorang lelaki semasa menjawat Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

Ini, katanya berbeza dengan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Cikgu Mala yang diiktiraf guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Cikgu Mala pernah menerima Anugerah Guru Aktif sempena Sambutan Hari Guru Daerah Segamat.

Cikgu Mala turut menerima Anugerah Khas sempena Perbahasan Ala Parlimen pada Perayaan Hari Guru.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berhubung kenyataan Azahar bahawa kes melelong tanah berkenaan telah selesai.

Pada siang media semalam, Salahuddin mempersoalkan bagaimanakah calon Umno itu dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasanya mengendalikan isu pelelongan hartanah Mansor Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno (Azahar), (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang RM1.5 juta.

Soalnya lagi, bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana Mohd Ali ke atas keempat-empat defendan tersebut, Azahar telah dijadikan sebagai defendan pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.

Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan tiga yang lain pada 7 Februari nanti.

Hakikatnya, kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno BN sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa itu masih berterusan di mahkamah.

Bagi Mahfuz, saman itu membuktikan bahawa mahkamah sebelum ini memutuskan perbuatan Azahar bersalah melelong tanah berkenaan dan tindakannya itu adalah tidak sah.

Sehubungan itu, beliau menyeru para pengundi supaya mencontohi apa yang dilakukan oleh para pengundi pada PRK Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009 lalu yang menolak calon BN kerana terlibat dengan pecah amanah dan menyokong calon PAS, Ustaz Saleh Man.

Mengulas kenyataan Azahar yang disifatkan sebagai suatu pembohongan kerana menyatakan kes melelong tanah telah selesai, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berbohong atau tidak, rakyat dan pengundi akan menentukan sendiri oleh keputusan mahkamah itu.

Katanya, tanah itu telah dikembalikan kepada Mansor dan sememangnya dia berhutang dengan bank kerana jika tidak berbuat demikian, tiada isu atas gadaian.

“Persoalannya ialah Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat ini telah menganiaya beliau dengan kerja yang cuai dan tidak kompeten,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Beliau menambah, kini bagi menyelamatkan diri, Azhar terpaksa menipu sehingga memburukkan reputasi rakyat yang tenang, Mansor dan PAS.

Baginya, tidak pelik sekiranya calon BN itu akan terus berbohong berhubung isu melelong tanah berkenaan.

Justeru, katanya bagaimana calon BN itu yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhtiddin Yassin untuk menyelesaikan masalah tanah rakyat di Dun Tenang jika dipilih sebagai wakil rakyat sedangkan Azahar pernah bertindak cuai dalam kes tanah semasa menjadi Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga dibawa ke mahkamah.

Read more ...

Angkara siapa, Kerajaan Johor disaman RM 1.5 Juta


Sebelum ini MiLo SuaM telah mendedahkan bagaimana calon BN yang pernah menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah daerah Segamat, akibat kecuaiannya telah menyebabkan sebidang tanah milik penduduk dilelong kepada pihak ketiga secara tidak sah. [Calon BN DUN Tenang].

Pemilik tanah yang tidak berpuas hati telah membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi Muar untuk menuntut keadilan, hasilnya Calon BN Datuk Ai telah kalah di dalam perbicaraan dan tanah tersebut berjaya dikembalikankepada tuan punya yang asal pada tahun 2008 bersama kos kerugiannya. [Dokumen mahkamah]

Namun begitu pembeli (pihak ketiga) yang telah membeli tanah tersebut dengan harga RM 70, 000 telah mengalami kerugian yang besar akibat kes ini, lantas melantik peguam untuk mengeluarkan saman sivil dengan menamakan Datuk Ai sebagai defenden pertama diikuti oleh Pegawai dan Pejabat Tanah Segamat, serta Kerajaan Negeri Johor.

Hari ini, di dalam sidang media yang dilaporkan oleh Malaysiakini, Pengarah Pilihanraya PAS, Salahuddin telah mendedahkan bahawa Calon BN Mohd Azahar Ibrahim telah disaman bersama-sama dengan Pegawai dan Pejabat Tanah Daerah Segamat, serta Kerajaan Johor sebanyak RM 1.5 Juta sebagai ganti rugi akibat kerugian yang dialami oleh pembeli. [Malaysiakini]


Kes saman Rm 1.5 Juta ini difailkan pada tahun 2009 dan akan didengar di mahkamah pada 7 Febuari 2011 ini. Namun begitu Calon BN ini dilihatberbohong apabila mengatakan bahawa kes tanah tersebut sudah selesai. [Utusan]

Nampaknya wang RM 1.5 Juta milik kerajaan Negeri Johor bakal digunakan untuk membayar tuntutan saman ini sekiranya kes ini kalah. Belum apa-apa dah menyusahkan Negeri Johor!


ReJaM© "Baru bertanding nak jadi ADUN dah mula nak menipu nampaknya!"

Read more ...

Pertambahan undi orang India kepada PAS akan berlaku


"Kebanyakan masyarakat mengadu, apa yang dijanji oleh kerajaan Barisan nasional hanyalah janji-janji manis dan tidak ditunaikan. Lebih kesal adalah ahli majlis yang dilantik langsung tidak pernah turun melawat kawasan".

Menurut Naib Ketua DHPP, S.Surianarayanan aduan itu diperolehi pihaknya selepas meninjau kawasan-kawasan yang didiami masyarakat India di sini.

Selain itu, permasalahan besar yang hadapi pengundi di sini ialah memiliki kad pengenalan diri sebagai rakyat Malaysia.

"Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah birokrasi dan juga dikehendaki menyediakan pelbagai dokumen yang merumitkan," jelasnya.

Walaupun ini punca masalah ini adalah kesilapan mereka sendiri masa lepas tidak mendaftar semasa kelahiran anak.

"Tetapi, apa yang diwar-warkan di media arus perdana tentang kemudahan mendapatkan kad pengenalan hanyalah retorik semata," selarnya.

Masyarakat India yang dilawati itu berharap suara mereka dapat didengari sekiranya Pakatan Rakyat memerintah nanti.

Tambah Surianarayanan, DHPP juga menjangkakan pertambahan undi dari masyarakat Dun Tenang dalam PRK ini.

DHPP yang turun memberi sokongan kepada calon PAS, Cikgu Mala itu mula berkempen sejak hari pencalonan l.

Read more ...

BN menang , harga minyak lebih cepat naik


Artikel : Dua hari sebelum hari pengundian PRK Galas dan Batu Sapi, iaitu pada 2 November 2010, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen perliter, kepada RM2.15. Menaikkan harga barang menjadi sesuatu yang pantang sebelum pilihan raya.

Ironinya, keputusan pilihan raya memperlihatkan bahawa bukan sahaja pengundi tidak rasa tersinggung, malah BN memperolehi undi majoriti yang lebih banyak di kedua-dua kawasan, sebahagian besarnya mungkin disebabkan faktor tempatan. Ia memberi lampu hijau kepada kerajaan BN untuk mendakwa bahawa rakyat merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Selepas satu bulan, kerajaan BN yang mendapat galakan daripada rakyat menaikkan harga RON97 sebanyak 15 sen lagi, kemudian melanjutkan kenaikan harga kepada RON95, diesel, gas dan gula. Pada 5 Januari 2011, harga minyak RON97 dinaikkan kepada RM2.40, bersamaan kenaikan 30 sen perliter dalam tempoh dua bulan, atau kadar kenaikan 14%.

Maka, PRK Tenang bakal membawa dua kesan utama. Pertama, tarikh pilihan raya umum. Kedua, perubahan harga barang. Struktur pengundi Tenang mengikut kaum adalah Melayu (sedikit lebih kurang daripada 50%), Cina (38%), India dan lain-lain (12%), tidak jauh daripada nisbah populasi pengundi peringkat negara.

Jadi, meskipun Johor merupakan kubu BN, dan secara umumnya menganggap UMNO bakal menang dalam PRK Tenang, tetapi kedua-dua BN dan PRK masih berhempas pulas - kerana melihat ia sebagai pertarungan awal sebelum PRU ke-13. Seandainya BN menang, maka ia akan terus mendesak selangkah ke depan. Sebaliknya, jikalau BN menang tipis, maka PR akan mendakwa sentimen tsunami politik 8 Mac 2008 belum menyurut.

Kemenangan besar BN akan mengundang kenaikan harga

Sudah tentunya tarikh PRU bakal memberi kesan kepada perubahan harga barang. Jikalau langkah PRU semakin hampir, maka harga barang akan melonjak hanya selepas pilihan raya. Sebaliknya, jikalau PRU tidak diadakan segera, maka harga barang mungkin dinaikkan dahulu supaya perbelanjaan kerajaan dijimatkan, sementara rakyat menyesuaikan diri dengan kadar kenaikan tersebut.

Untuk menyimpulkan kesannya terhadap tarikh PRU dan harga barang, PRK Tenang mungkin mempunyai tiga kesudahan.

Pertama, BN menang besar, malah melebihi sokongan pada tahun 2004. Ia mungkin memberangsangkan BN untuk mengadakan PRU sebelum Jun tahun ini (mungkin serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak). Jadi, kenaikan harga lantaran pengurangan subsidi mungkin berlaku selepas pertengahan tahun ini.

Kedua, BN memperolehi keputusan yang lebih baik daripada 8 Mac 2008, namun gagal mengembalikan sokongan yang diperolehi pada PRU tahun 2004. Jadi, BN tidak berani untuk mengadakan PRU dengan segera. Dalam keadaan ini, kenaikan harga barang mungkin berlaku secara berperingkat. Kerajaan mengurangkan defisit, sementara rakyat menyesuaikan diri dengan keadaan - untuk mengurangkan impak inflasi terhadap BN dalam pilihan raya.

Ketiga, BN menang tipis atau kecundang. Bukan sahaja PRU terpaksa ditunda untuk menunggu keadaan ekonomi pulih, malah "subsidy rationalization" akan diperlahankan langkahnya.

Selepas krisis Greek, adalah menjadi sesuatu yang "wajib" untuk kerajaan mengurangkan subsidi di negara merata dunia. Bezanya, pendekatan dan pakej pengurangan subsidi. Langkah pertama kerajaan Ireland, Britain dan Sepanyol mengurangkan subsidi adalah pengurangkan gaji menteri kabinet dan pegawai kanan, untuk menunjukkan "berat sama dipikul". Lebih penting, jikalau langkah pengurangan subsidi atau perbelanjaan kebajikan itu membebankan golongan bawah, maka kerajaan harus mengemukakan pakej untuk meringankannya.

Jikalau BN tewas atau terkejut dengan keputusan PRK Tenang, maka agak mustahil untuk harga minyak RON 97 dinaikkan dalam tempoh enam ini, malah subsidi kepada barangan kawalan yang lain juga tidak akan dikurangkan segera. Sekurang-kurangnya kerajaan akan merasai bahang tekanan, dan perlu menawarkan sesuatu sebaliknya, misalnya penurunan harga pengangkutan awam sebagai pampasan kepada rakyat. Malah, pengurangan gaji menteri, pegawai kanan kerajaan, elaun pelancongan dan sebagainya, mungkin perlu dimasukkan sebagai agenda.

Jadi, mampukah 14,592 orang pengundi di kawasan Tenang membantu rakyat di seluruh negara untuk menghalang kenaikan harga barang?


*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview.

Read more ...

Ayo...yo..., MIC sudah tipu ka ?

Orang ramai salah anggap
http://www.mic.org.my/women/big%20mic.pngIPOH, 26 Jan. : Orang ramai telah tersalah tafsir dengan kenyataan daripada pihak MIC Perak berkaitan pengumuman wang insurans yang dikatakan sebagai wang bonus untuk golongan warga emas berketurunan India.

Ketua Penerangan Pemuda MIC Negeri, Edward Richard berkata, ramai yang tersalah anggap apa yang diumumkan.

“Bagaimanapun, dengan kehadiran mereka yang agak ramai pada hari ini (semalam), kami akan cuba sedaya upaya bagi membantu mereka untuk mendaftar,” katanya.

Beliau mengulas rasa tidak puas hati masyarakat India di sini, terhadap pihak MIC Perak yang didakwa tidak menepati janji apabila mengumumkan pemberian wang ‘bonus’ berjumlah RM2,000 setiap seorang kepada warga emas berketurunan India yang berusia 67 hingga 75 tahun.

Pesara, A Muniandy 69 berkata, perkara berkenaan telah diumumkan oleh seorang jurucakap bagi pihak MIC negeri ketika majlis sambutan Thaipusam di sebuah kuil Hindu baru-baru ini.

Menurutnya, pihak berkenaan juga menyarankan agar perkara berkenaan dihebahkan kepada orang ramai bagi memastikan wang berkenaan dapat diagih-agihkan secara adil.

“Ketika sambutan Thaipusam baru-baru ini, kami diberitahu bahawa pihak MIC akan mengagihkan pemberian tersebut dan kami diminta untuk datang ke pejabatnya di sini pada hari ini bagi mendapatkan cek sebagaimana yang dijanjikan.

“Tetapi, apabila sampai ke sini, kami dapati tiada sebarang pemberian seperti yang dijanjikan dan kami dikehendaki bagi mengisi borang pula,” katanya kepada Sinar Harian.

Muniandy berkata demikian ketika ditemui bersama tidak kurang 30 golongan warga emas yang hadir di sebuah pejabat di Jalan Kuala Kangsar, bagi mendapatkan pemberian yang dikatakan oleh pihak MIC itu.SH

Read more ...

MCA lah parti yang begitu anti Islam, Umno juga bersubahat

Soi Lek Buta Tamadun, MCA Anti Islam


SHAH ALAM 26 Jan.: MCA merupakan anti Islam yang sebenar dan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilihat sebagai tidak mempunyai pemahaman agama dan memahami agama-agama lain di negara terutamanya Islam yang merupakan agama rasmi.

Naib Presiden PAS, Salehhuddin Ayub berkata demikian ekoran dakwaan Soi Lek dalam satu ceramah di Tenang yang dilapor Harakahdaily semalam bahawa beliau tetap dengan pendiriannya bahawa penggunaan sarung tangan oleh calon PAS Pilihanraya Kecil N05 Dewan Undangan Negeri Tenang, Normala

Sudirman sebagai tidak ikhlas dan penuh kepura-puraan.

Soi Lek juga dilaporkan mempersoalkan apa yang begitu hebat hingga perlu mempelajari nilai-nilai dalam Islam dan mengatakan beliau tidak tahu mengenai nilai-nilai Islam kerana beliau bukan Islam.

Salehuddin berkata, tindakan Soi Lek hanya memperkukuhkan kenyataan bahawa MCA sebenarnya parti yang anti Islam.

"Dulu dia menuduh bahawa DAP yang anti-Islam tetapi hari ini siapa yang sebenarnya lebih anti-Islam? MCA lah yang telah jadi parti yang begitu anti Islam," tegas beliau ketika dihubungi Tv Selangor.

Katanya lagi, Soi Lek perlu belajar sejarah tamadun dunia kerana amalan penggunaan sarung tangan adalah sesuatu yang telahpun menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat dunia.

"Pemimpin wanita yang menggunakan sarung tangan adalah satu perkara yang biasa, yang telah berjalan berkurun-kurun lalu, berabad-abad lalu. Sekarang kita lihat, Datuk Seri Wan Azizah, kemana-mana kekal dengan imejnya yang memakai sarung tangan, jadi itu budaya yang telah menjadi budaya dalam masyarakat Malaysia, budaya antarabangsa yang Soi Lek sengaja menunjukkan sikap permusuhannya terhadap orang-orang Islam," kata beliau.

Katanya lagi, amalan mengunakan sarung tangan juga diikuti oleh pemimpin wanita dunia seperti Ratu England, Elizabeth dan bekas Perdana Menteri England, Margaret Thatcher semasa beliau masih memgang jawatan tesebut.

"Dia buta agama, dan dia buta budaya dunia. Dia buta agama dan dia buta tamadun manusia, dan dia perlu meihat budaya memakai sarung tangan itu satu perlindungan untuk melindungndirinya. ia satu budaya yang bukan sahaja diamalkan oleh Islam tapi juga orang-orang yang bukan islam sendiri," kata beliau lagi.

Read more ...

Umno bantah mustahil SPR tak bantah

Kerusi Pelabuhan Kelang, SPR Dwi Standard - Nik Nazmi


SHAH ALAM 26 Jan.: Nik Nazmi Nik Ahmad membidas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana bersikap 'double standard' apabila tidak melaksanakan tanggungjawab untuk mengadakan pilihanraya kecil bagi Dewan Undangan Negeri(DUN) Pelabuhan Klang.

Pengarah Komunikasi PKR itu berkata, SPR tidak menghormati keputusan Speaker Datuk Teng Chang Khim yang melaksanakan tanggungjawab mengikut perlembangaan serta undang-undang tubuh negeri Selangor, malah dilihat berat sebelah apabila mengumumkan akan mengadakan mesyuarat khas pada

Jumaat ini untuk membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka.

"Kita minta SPR jujur dalam hal ini sebab perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Selangor jelas. Speaker ada kuasa, kerusi ini kosong apabila ADUN itu tidak hadir selama 6 bulan. Kalau SPR pertikai itu tak timbul. Undang-undang kita jelas. Kita hairan kenapa SPR bersikap 'double standard dalam soal

"Apabila Speaker isytihar kerusi itu kosong, kerana tidak hadir itu jelas termaktub dalam undang-undang negeri Selangor yang patut jadi bahan rujukan. Jadi SPR perlu rujuk perkara itu dan mereka kena jalankan pilihanraya, tapi mereka pula yang nak ambil alih tugas Speaker," kata ADUN Seri Setia itu.

Dalam pada itu, Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh turut menyatakan pendapat mengenai tindakan SPR yang dilihat tidak menghormati proses demokrasi pilihanraya di negara ini.

Beliau menegaskan, pilihanraya kecil bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang perlu diadakan bagi memenuhi kekosongan tersebut serta wakil baru di kawasan itu.

"Mengikut undang-undang, makluman kekosongan kerusi ini terletak dibawah kuasa Speaker, jadi Speaker memang ada kuasa mengumumkan kekosongan kerusi dan dengan itu bermakna perlunya diadakan satu pilihanraya untuk memlilih wakil baru," katanya.

Badrul Hisham Abdullah sebelum ini gagal menghadiri sidang DUN sejak 15 Julai 2010. Kerusinya kosong berkuat kuasa 16 Januari lalu

Read more ...

Mukhriz perlu siasat bukan nafi

Siasat Laporan GFI, Bukan Penafian Aneh-Badrul Hisham


SHAH ALAM 26 Jan. : Datuk Mukhriz Mahathir diseru agar mengesa kerajaan menyiasat laporan Global Financial Intergrity(GFI) dan bukan membuat penafian aneh dengan mempertikai laporan berkenaan, ujar Badrul Hisham Shaharin.

Dalam maksud lain, telahannya bahawa laporan pemerhati kewangan GFI sebagai pelik, bukanlah jawapan yang dinanti-nantikan oleh semua pihak.

Ketua Cabang PKR Rembau itu ketika dihubungi Tv Selangor berkata, sebagai generasi muda yang punya kedudukan dalam pentadbiran negara, menjadi tanggungjawab Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu untuk merungkai dakwaan GFI.

"Kenapa kita desak? Sebab kita tidak mahu imej negara terus tercalar dan rosak. Bila jenayah seperti ini berlaku, ia sudah pasti menjarakkan pelabur-pelabur masuk ke dalam negara sebab antara penilaian yang dilakukan oleh pelabur sebelum masuk ke mana-mana negara ialah ketelusan dalam negara tersebut," kata Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendesak kerajaan untuk menyiasat isu aliran keluar dana haram yang melonjak tiga kali ganda pada 2008. Malah isu ini berkali-kali dibangkitkan di Parlimen Malaysia.

Jumlah aliran yang dilaporkan mencecah RM888 juta.

Justeru ujar Chegubard, dakwaan Mukhriz bahawa siasatan tidak perlu dilakukan ke atas laporan GFI kerana perangkaannya yang menunjukkan data aneh, tidak akan membersihkan imej negara di mata dunia.

Katanya lagi, dengan hanya membuat penafian, pelabur besar dunia yang sudah hilang keyakinan terhadap Malaysia seperti apa yang dilaporkan Bank Amerika, Merrill Lynch, tidak akan berubah.

"Bila dunia letak kedudukan negara, selaku menteri yang terbabit dengan perkara ini, Mukhriz tidak boleh menafikan begitu sahaja. Kita duduk dalam dunia global yang saling memerlukan dan saling menilai di dalam dunia ini.

"Penafian tidak boleh menyelesaikan perkara. Mukhriz mungkin boleh yakinkan ketua cawangan Umno perkara ini tidak berlaku, tetapi persoalannya pelabur besar dunia akan menghukum kelalaian kita dalam traksaksi wang haram ini dengan menjauhi negara," tambah Chegubard lagi.

Bank dunia itu dalam notanya menyebut, Malaysia kekal bukan pilihan yang baik kepada para pelabur di mana kedudukan penarafan menokok daripada 46 peratus pada Disember kepada 55 peratus pada awal tahun ini.

“Underweight call” adalah rekomendasi yang diberikan kepada pelabur supaya para pelabur mengurangkan pelaburan terutamanya dalam keselamatan, aset, atau dalam kes ini adalah negara.

Malaysia jatuh dari tangga ke-14 pada Disember ke tangga terakhir bulan ini, antara 15 negara yang dikaji oleh bank pelaburan, di sebalik pengumuman projek-projek besar Program Transformasi Ekonomi oleh perdana menteri.

Read more ...