Sunday, February 27, 2011

Utusan nak bohong pun biar nampak logik sikit , rakyat bukan bodoh sampai tahap tu

Prk Me Merlimau: Utusan Meloya kantoi lagi....ha..ha..ha..!!!

Utusan Malaysia, satu cakerawala tau akhbar yang kuat putar alam. Selalu putar belit cerita, dan selalu juga terbongkar, malah kalau setakat nak bongkar penipuan Utusan Malaysia ni, dalam masa 2 3 minit dah boleh dapat jawapan sebenar. Makhluk asing pun kena kelentong dengan Utusan Malaysia. Memang layak kita gelar ini akhbar sebagai Utusan Merapu.

Semasa penamaan calon di DUN Merlimau, Utusan Malaysia melaporkan bahawa 7000 penyokong Bn hadir berbanding 5000 penyokong PAS [Utusan].



Cakap banyak pun tak guna tembak tak kena, korang tengok sendirilah gambar-gambar kat bawah ni. Siapa yang tipu? Utusan tipu atau Ketua Polis Melaka yang tipu? Atau dua-dua penipu? Kah kah kah...









Berapa banyak penyokong PAS, berapa banyak penyokong BN lantaklah tak ada siapa nak ambil kisah. Tapi bila akhbar buat cerita bohong, tu yang orang semua naik darah.


ReJaM© "Cerita bohong dan Utusan, bagaikan aur dengan tebing"

Read more ...

RM 500 jika undi BN

Prk Kerdau : Pengundi Di Felcra Rumpun Makmur Mengaku Mereka Di Janjikan Habuan RM500 Jika Mengundi BN Pada Pilihanraya Kecil DUN Kerdau

Nampaknya, tidak cukup dengan janji-janji projek pembangunan datang mencurah-curah ke kawasan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau sekarang ini. Terbaru, terdapat maklumat yang diterima daripada seorang pengundi di Felcra Rumpun Makmur di KerdauRM500 untuk setiap undi yang diberikan kepada BN pada hari pengundian pilihan raya tersebut 6 Mac ini.
mengatakan mereka telah ditawarkan


"Saya didatangi oleh beberapa orang pemimpin UMNO setempat yang menawarkan bayaran RM500 jika mengundi BN. Dalam rumah saya ada empat orang yang boleh mengundi termasuk ibu bapa saya. Maknayanya kami berpeluang mendapat RM2,000 jika mengundi Barisan Nasional", kata seorang penduduk yang ditemui. Pendedahan ini sesuatu yang tidak mengejutkan sebenarnya.

Malah, ia adalah senario yang biasa berlaku tatkala menjelangnya sesuatu pilihanraya. BN hanya boleh menang dengan taktik
"rasuah pilihanraya", jika tidak nama parti itu tidak termasuk dalam fikiran para pengundi sebenarnya. Tambahan pula mereka yang sudah sekian lama terbeban dengan isu kenaikan harga minyak dan barangan di pasaran sekarang ini.

Maka itulah, jalan terbaik ialah menawarkan ganjaran berbentuk
wang ringgit agar pengundi tetap memberi undi kepada BN tanpa terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang. Inilah yang dimahukan oleh mereka sebenarnya.


Inilah dia pintu gerbang jalan masuk ke Felcra Rumpun Makmur itu


[Kisah ini mungkin akan dianggap sebagai satu rekaan semata-mata. Namun untuk mendapat buktinya silalah buat lawatan ke sana sekarang. Sudah pasti maklumat yang sungguh mengejutkan seperti ini akan di perolehi. Antara percaya atau tidak, itulah hakikatnya. BN terpaksa menggunakan wang untuk membeli undi rakyat kerana mereka tidak yakin dengan segala limpahan projek pembangunan yang dijanjikan akan dibawa ke situ dalam masa terdekat ini. Mereka tahu, rakyat sekarang sudah bijak untuk menilai.

Makanya, langkah terbaik ialah menjanjikan wang di saat-saat akhir hari pengundian. Itulah yang akan memikat semua orang untuk tersu terpengaruh dan mengundi BN pada pilihanraya kecil ini. Apapun, rakyat diseru bijak untuk membuat pilihan dan jangan gadaikan maruah hanya kerana wang ringgit. Lebih elok mereka memohon tanah, rumah atau sebagainya bagi balasan mengundi BN. Jika tidak, segala yang dijanji hanya akan tinggal janji bila BN kalah di situ nanti. Alangkan ketika BN menang pun, projek rumah rakyat di Kg.Paya Taram dalam DUN Kerdau itu boleh terbengkalai selama lebih 15 tahun. Maka apatah lagi jika kalah]. -PDO.

Read more ...

Najib nak berdalih pula

Najib nak lepas tengkuk, kata dunia yang anggap Ikhwanul Muslimin pengganas..!!!

http://zainulfaqar.files.wordpress.com/2010/02/najib-razak.jpgSebelum ini laporan National Review tentang ucapan Najib benar-benar mengejutkan kita apabila Najib secara terang-terangan mengelarkan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas, dan Yusuf Qaradhawi sebagai membawa kesesatan [National review].

Namun begitu hari ini apabila ditanya oleh pemberita, Najib menafikan dakwaan bahawa beliau mendakwa Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas. Sebaliknya Najib berkata, dunia yang memandang Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas [M'sia Insider].


Kata Najib,

“Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya,”
Kalau Najib tiada rasa curiga kepada Ikhwanul Muslimin, untuk apa menasihati mereka agar jangan menerima keganasan dan fahaman ekstrimis? Wajarkah seorang ayah tiba-tiba menasihatkan cikgu Matematik agar jangan merogol murid-muridnya?

Read more ...

Penduduk dapat hak milik tanah, Jangan harap la kalau Selangor di bawah BN

164 Penduduk Kampung Melayu Sri Kundang,Gombak Dapat Hak Milik Tanah



GOMBAK 27 FEB : Seramai 164 penduduk Kampung Melayu Sri Kundang, Gombak hari ini menerima Notis 5A atau surat kelulusan pemberi milikan tanah dengan kadar premium RM2 sekaki persegi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata permohonan pemilikan tanah untuk pembinaan kediaman di kampung itu dibuat sejak 1999 dengan lebih 700 pemohon.

"Daripada jumlah itu, 571 orang telah menerima hak milik ini dan bakinya tertangguh disebabkan beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan, " katanya.

Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan permohonan ditolak atau belum diluluskan ialah kerana tapak yang diberi dibiarkan kosong serta tidak diusahakan, permohonan bertindih dan dua tapak yang dipohon dikenal pasti telah mempunyai pemilik.

Ada juga yang tidak menerima Notis 5A yang dipohon mereka kerana kerja-kerja mengukur tanah yang masih tidak diselesaikan lagi.

"Kadar premium yang telah dipersetujui oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk para penerima Notis 5A pada hari ini ialah sebanyak RM2," katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri menyasarkan untuk menyelesaikan sehingga 100,000 permohonan berkaitan tanah dalam tempoh terdekat.

Read more ...

Peruntukkan RM 1.4 billion, habis ke mana ?

Ada Pekan Dua Tahun Tiada Air, Apa Jadi Dengan Peruntukkan RM1.4 Billion?


SHAH ALAM 27 FEB: Ahli Parlimen Indera Makhota, Azan Ismail membidas kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakop bahawa kerajaan Umno-BN Pahang tidak membazirkan peruntukkan RM1.4 Billion yang diberi oleh kerajaan pusat.

Bercakap kepada TVSelangor, beliau mempersoalkan sekiranya benar peruntukkan tersebut digunakan untuk membaik pulih dan menaik taraf paip-paip air serta 52 loji rawatan air di seluruh negeri Pahang, bagaimana pula masih terdapat pekan-pekan besar dan kawasan bandar masih menghadapi masalah bekalan yang cukup remeh.

"Pinjaman yang diterima untuk beberapa jangkamasa itu bertujuan untuk pembaikan, tapi buat masa ini kita tengok 'on the ground', kemudahan bekalan air di Pahang memang teruk.

Di sebelah Temerloh, dua tahun bekalan air terputus tidak dibaiki. Di sebelah Kuantan, di Bandar Kuantan, paip air dalam sehari sekurang-kurangnya lima tempat pecah, setiap tempat mesti ada. Apa masalahnya selepas menerima RM1.4 Billion peruntukan pinjaman, sampai sekarang kemudahan itu tak siap," jelas beliau.

Kata beliau, permasalahan bekalan air mula timbul di negeri berkenaan hanya setelah kerajaan negeri mengumumkan untuk menswastakan prasarana air di negeri tersebut.

Katanya lagi, ini menimbulkan syak sekiranya ia merupakan sesuatu yang dirancang agar alasan tersebut dapat digunakan untuk melaksanakan penswastaan sektor bekalan air serta pada masa yang sama mempergunakan isu ini untuk tujuan politik.

"Sekarang ini di negeri Pahang, dia (MB) kata dalam proses untuk menswastakan bekalan air, nak buat macam negeri-negeri lain.

Bermulalah banyak masalah terutama apabila kita tengok adanya dalam bil-bil bekalan air, subsidi kerajaan 50 peratus, benda-benda macam ini yang menjadi bahan ketawa rakyat negeri Pahang sebab rakyat tahu, perkara ini perkara yang tidak masuk akal, tidak munasabah dan untuk tujuan politik semata-mata," tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau menambah, kerajaan negeri memperuntukkan RM360 juta pinjaman jangka pendek kepada syarikat berkait kerajaan negeri, Pasdec Holdings Bhd dalam belanjawan negeri Pahang bagi tahun 2011 tetapi apa yang aneh ialah tiada anak syarikat kerajaan negeri di negeri-negeri lain pernah mendapat pinjaman sebegitu.

"Maka kita kena tanya Menteri Besar Pahang, pinjaman ini untuk tujuan apa? Kalau dah wang RM1.4 Bilion untuk tujuan naik taraf paip-paip air dan loji rawatan, tambahan RM360 juta ini untuk apa? Jadi saya minta MB Pahang, selidik, teliti peruntukkan kerana saya takut dia tak meneliti," tegas beliau lagi.

Read more ...

Kenapa JAIP tak kunci ja masjid tu ?

PRK Kerdau : Tindakan JAIP Didakwa Manipulasi Umno-BN


KERDAU 27 FEB : Tindakan Jabatan Agama Islam Pahang 'mengambil alih secara sementara' kesemua 22 masjid di DUN Kerdau sebaik sahaja proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil itu disifatkan sebagai penyalahgunaan jentera kerajaan yang serius.

Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keghairahan Umno- Barisan Nasional memanipulasikan kuasa ditangan mereka memperlihatkan tindakan terdesak meneruskan kelangsungan politik mereka.

Malah apa yang lebih penting, tindakan Jabatan Agama Islam Pahang seolah- olah menunjukkan badan itu hilang keyakinan kepada Jawatankuasa Tadbir Masjid Daerah Kerdau.

"Jadi ini adalah penyalahgunaan jentera kerajaan yang melampau berlaku di DUN Kerdau,Jabatan agama juga hilang keyakinan terhadap kemampuan jawatakuasa tadbir masjid DUN Kerdau," katanya.

Tambahnya lagi, tindakan jabatan agama itu juga telah mengheret pegawai-pegawai agama daerah untuk turut sama menjaga masjid di daerah Kerdau sepanjang kempen pilihanraya sekaligus meninggalkan amanah sedia ada yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

"Implikasi ini juga mengambarkan bahawa pegawai-pegawai agama daerah yang terpaksa meninggalkan tugas di daerah masing-masing untuk menjaga masjid, kita boleh bayangkan bagaimana pegawai agama daerah terpaksa meninggalkan tugas asasi untuk datang ke Kerdau untuk jaga satu masjid, perkara ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Menjawap persoalan yang sering dimainkan media arus perdana, parti politik menggunakan masjid sebagai medan berkempen, Tuan Ibrahim menjelaskan ianya tidak berlaku di dalam kawasan Kerdau dan berharap jabatan agama memberi kepercayaan penuh kepada Jawatankuasa Takbir Masjid yang dilantik ahli qariah.

"Dari maklumat yang kami terima, seorang pengurus terpaksa menjaga satu blok di kawasan felda, satu blok satu pengurus, ini bermaksa seorang pengurus yang sepatutnya menjaga satu felda, datang ke Kerdau dengan meninggalkan tugas asasi semata-mata untuk menjaga satu blok yang ada 20 buah rumah pengundi," katanya.

Read more ...

Najib cakap 'tak serupa bikin' tangani perhimpunan aman


SHAH ALAM 27 FEB : Cakap tak serupa bikin, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak menghormati hak rakyat bersuara walaupun sering memberi nasihat sebegitu kepada pemimpin luar negara.

Itu rumusan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang kesal dengan tindakan polis sekali lagi menggunakan kekerasan untuk menyuraikan tunjuk perasaan aman anjuran Parti Hak Asasi dan Hindraf di Kuala Lumpur hari ini.

Antara yang lantang mengecam tindakan provokasi polis itu adalah Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua PeneranganPAS Idris Ahmad.

Idris berkata walaupun memberi pelbagai janji untuk menghormati prinsip asas demokrasi, Umno dan pihak polis sekali lagi menunjukkan keazaman untuk menafikan hak rakyat bersuara secara aman. "Mereka ini (Najib) nampak kuman seberang laut, gajah depan mata tak nampak, itu yang berlaku. Sedangkan di Malaysia berlaku pencabulan hak demokrasi dan hak kebebasan rakyat berhimpun mengikut undang-undang," katanya.

Idris menasihatkan Polis supaya bersikap profesional dan berubah seiring dengan tuntutan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

"Sepatutnya pihak polis kena hormati hak kebebasan untuk berhimpun dan dengarlah apa yang mereka mahu. Kalau perhimpunan itu tanpa ada gangguan daripada pihak polis maka ia akan berakhir dengan keamanan, tak ada apa tetapi apabila provokasi polis berlaku keadaan tidak baik.

Di Malaysia, polis di Malaysia dibawah kepimpinan Najib, mengambil tindakan keras sama sepertimana tindakan kerajaan Libya terhadap mereka yang berdemonstrasi," katanya lagi.

"Ini jelas menunjukkan bahawa berlakunya hipokrasi politik. Di mata dunia mereka berkata seolah-olah mereka mengamalkan demokrasi. Tetapi di dalam negara, Datuk Seri Najib memberi tekanan yang luar biasa tidak munasabah yang bercanggah dengan prinsip undang-undang dan juga Perlembagaan Persekutuan terhadap mereka yang mengamalkan hak kebebasan bersuara mereka," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula menggesa Najib supaya menghormati hak rakyat untuk menyatakan perasaan mereka secara aman, walaupun ia bercanggah dengan pendirian kerajaan.

"Pihak kerajaan seharusnya mengkaji semula segala dasar dan tindakan yang zalim dan tidak demokratik supaya tidakan rakyat berkumpul secara aman lebih dihormati ," katanya.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata sekali lagi polis menjatuhkan imej malaysia di persada antarabangsa dengan tindakan keterlaluan terhadap penunjuk perasaan.

"Saya kesal dengan tindakan PDRM yang menjejaskan imej negara kita di pentas antarabangsa," katanya.

Read more ...

Kerajaan Kedah tanggung hantar balik pelajar ke Mesir

ALOR SETAR 27 FEB : Kerajaan Kedah akan menanggung perbelanjaan menghantar pulang pelajarnya ke Mesir di samping membekalkan wang saku RM500 seorang kepada mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan berita itu kepada lebih 800 pelajar Kedah yang belajar di Mesir pada satu majlis perjumpaan di sini hari ini.

Beliau berkata RM2.5 juta diperuntukkan untuk menghantar pelajar pulang yang dibiayai bersama anak-anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah seperti Syarikat Air Darul Aman, Bina Darulaman Berhad dan Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd.

"Bagaimanapun pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

"Tapi kita akan pertimbangkan untuk pelajar bukan tajaan Mara tapi dapat pinjaman Mara. Kalau Mara tak tawarkan tempat untuk mereka, kita mungkin akan hantar mereka balik sekali," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menyewa khas tiga pesawat Egypt Air untuk tujuan penghantaran pulang pelajar ke Mesir bermula 5 hingga 10 Mac ini.

Azizan berkata sebanyak empat penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kaherah dijadual dilakukan dengan membawa lebih 200 pelajar bagi setiap penerbangan.

Katanya enam buah bas disediakan untuk membawa pelajar dari Wisma Darul Aman di sini ke KLIA. Pelajar diminta mendaftar diri mulai hari ini dengan mengemukan pasport masing-masing untuk diuruskan oleh Yayasan Islam Kedah.

Beliau juga berkata kerajaan Mesir juga telah menawarkan sebidang tanah secara percuma kepada kerajaan negeri untuk pembinaan bangunan asrama pelajar Kedah di sana.

Kerajaan Negeri hanya perlu menanggung kos pembinaan bangunan asrama berkenaan, manakala kos penyelenggaraan serta makan dan minum pelajar akan ditanggung oleh pihak Universiti Al-Azhar sepanjang tempoh pengajian pelajar,katanya.

Read more ...

Jika demokrasi ditekan , rakyat akan bangkit

Tidak Mustahil Asia Ikut Jejak Mesir Jika Demokrasi Ditekan - Anwar


Kebanyakan negara Asia akan berdepan dengan kebangkitan rakyat ala Mesir jika mereka terus mengekang institusi- institusi seperti badan kehakiman dan media-massa yang menjadi penanda aras demokrasi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu menegaskan pemerintah autokratik di rantau ini tidak lagi boleh menghalalkan kekangan sebegitu sebagai pra-syarat mengejar kemajuan kerana lambat laun rakyat akan bangkit menolak penindasan sebegitu.

“Anggapan bahawa sesebuah kerajaan harus memusatkan segala kuasa pada dirinya, memerintah secara autokratik demi mencapai pemodenan dan membasmi kemiskinan, tanpa diselia oleh institusi-institusi berwibawa...amat bertentangan dengan konsep demokrasi dan kebebasan,’ tegas Anwar.

Anwar menyifatkan Jepun, India dan kini Indonesia sebagai pengamal sistem demokrasi yang agak rancak, manakala kebanyakan negara Asia yang lain dibelit dengan pemerintahan kuku besi.

“Pemimpin di rantau ini harus diingatkan untuk melaksanakan pembaharuan sosio ekonomi dan memperkasakan institusi-institusi demokrasi dan hak kebebasan rakyat,” kata Anwar dalam ucaptamanya mengenai forum kebangkitan Asia yang berlansung di Phonm Penh Kemboja.

Anwar berkata gerakan demokrasi di Mesir, Libya, Tunisia dan dunia Islam lain mempunyai impak yang besar ke atas negara-negara Asia.

Seperti di Timur Tengah, ramai pemerintah di Asia secara sistematik bertindak menghakis, malah memansuhkan institusi yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan keseimbangan kuasa.

“Sebagai pengganti, mereka memperkenalkan undang-undang zalim yang mencabul kebebasan asas rakyat dan konsep pengasingan kuasa yang menjadi prinsip asas sistem demokrasi,” tegas Anwar.

Akibatnya, kata Anwar, hak dan kebebasan rakyat di negara-negara Asia berkenaan semakin terhakis, tidak kira samada mereka dari golongan miskin, suku kaum minoriti atau kelas pertengahan.

“Di tengah-tengah penindasan ini, kita melihat pemimpin kerajaan begitu ghairah mencari sokongan walaupun dengan cara meniupkan api perkauman yang menggugat kestabilan negara,” tambah Anwar.

Lebih menjengkelkan apabila pemimpin negara penduduk majmuk mengawal penuh institusi-institusi negara temasuk media massa hanya untuk mencetuskan ketegangan kaum demi kelangsungan politik diri.

Dalam ucapannya itu, Anwar menegaskan selain pilihanraya yang bebas dan adil, institusi kehakiman adalah tunjang utma untuk mempertahankan kewibawaan sesebuah negara.

“Sesebuah badan kehakiman yang tercemar boleh dan akan membawa negara ke ambang kehancuran. Ia akan membawa kepada kegagalan secara terancang proses keadilan di negara itu,” kata Anwar.

Anwar melahirkan rasa kesal dengan sesetengah pemimpin Asia yang terus engkar menghayati mesej yang dibawa menerusi kebangkitan rakyat di Timur Tengah.

“Kita harus ingatkan pemimpin autokrat yang angkuh ini bahawa lambat laun mereka akan membayar harga yang tinggi kerana menolak suara rakyat menuntut kebebasan dan demokrasi,” tegas Anwar.

“Apa yang rakyat mahukan ialah keadilan sosial, kebertanggungjawaban untuk membanteras rasuah, urus tadbir telus dan pemberdayaan politik,” tambah Anwar.

Read more ...

HOT: Bik Mama berpeluh di Kerdau


Apa lagi Luncai bersedia untuk sedut , Bik Mama dah sedia tu

Bik Mama buat lawak lagi di PRk Kerdau..ha ha ha

kata Bik Mama..’tengok muka saya,macam muka penipu ke?..ha ha ha

itulah ayat untuk cover line..ha ha ha..ha ha

aik pulun cover line sampai berpeluh..ha ha ha..ada orang percaya ka?..ha ha ha

jaga jaga dengan peluh Bik Mama tu ..ha ha ha bukan sebarang peluh tu..ha ha ha

Rosmah tak mahu lawan

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang jarang kelihatan pada kempen pilihan raya kecil, hari ini turun padang di DUN Kerdau.

Sambil merayu penduduk setempat memberikan undi pada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, Rosmah mengingatkan pengundi supaya menolak “dakyah” dan “fitnah” Pakatan Rakyat.

“Jangan dengar dakyah pembangkang. Pembangkang ini cuma sedap mengata saja. Alhamdulillah.

“Saya tak mahu lawan. Saya serah pada Allah sahaja,” katanya dalam majlis ramah mesra di Felda Jengka 25 – antara kubu kuat BN di Kerdau.

Beliau bagaimanapun meminta orang ramai menilai sendiri dirinya dan bukan mendengar semata-mata daripada kumpulan tersebut.

“Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?” soalnya.

Bukan seronok-seronok

Berucap kepada kira-kira 200 penduduk setempat, Rosmah yang sering menghadapi pelbagai sindiran pembangkang tampil secara terbuka menjawab dakwaan-dakwaan terhadapnya.

Beliau antaranya menafikan mengawal suaminya Datuk Seri Najib Razak dan melakukan pemborosan dalam rawatanya bagi menyampaikan ucap utama dalam persidangan mengenai pendidikan di Arab Saudi baru-baru ini.

najib and rosmah 250608 01“Bila masa saya cakap (pada Najib) buat macam itu, buat macam ini. Mahu Datuk Najib nak ikut cakap saya. Saya ini, (contohnya) kalau dia kata duduk, saya duduklah,” katanya yang kerap berseloroh dalam ucapannya.

Berhubung lawatannya ke Riyadh, Rosmah menjelaskan beliau hadir ke sana kerana diberikan peluang dan pengiktirafan oleh negara luar yang diakwanya jarang diperoleh oleh rakyat Malaysia, apatah lagi seorang wanita.

Menurutnya, pemergiannya atas undangan kerajaan Arab Saudi itu mendapat sambutan menggalakkan, antaranya daripada anakanda raja dan permaisuri kerajaan itu sendiri yang mengucapkan terima kasih melalui panggilan telefon dan menjemputnya makan malam bersama.

“Saya bukan hendak membesarkan diri, tetapi saya hendak tunjukkan, saya pergi saya bukan untuk seronok-senorok, bukan hendak ‘happy happy‘ (bergembira),” katanya lagi.

‘Dia tak kerja, beritahu saya’

Justeru, beliau yang mengaku berpeluh-peluh berkempen datang ke kawasan Felda itu bagi membantu kempen Najib merayu penduduk Kerdau terus memberikan undi kepada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad.

“Saya minta 30 minit saja (mengundi Syed Ibrahim). Esok kalau dia menang, ada masalah apa pergilah ketuk pintu rumah dia.

“Kalau dia tidak buat apa beritahu saya,” katanya berseloroh.

Rosmah sebelum itu mengunjungi beberapa rumah di Felda tersebut bagi beramah-mesra dan bertanyakan masalah penduduk setempat.

Felda Jengka 25 merupakan antara tiga kawasan Felda di kawasan itu yang dianggap sebagai kubu kuat BN dan menjadi faktor yang menjamin kemenangan mereka selama ini.

Dalam pilihan raya kecil DUN itu pada 6 Mac ini, calon BN atau lebih dikenali sebagai Syed Ibra akan ditandingi calon PAS Hassanuddin Salim – seorang bekas kontraktor untuk projek berskala besar.

mKini

dinjawa.lawak politik

Read more ...

Ulama Umno tak bersuara pun, takut kepada Big Mama

Hina Al-Qardhawi, Ikhwan Muslimin: Pakatan berang

pas muktamar 070609 nasharudin mat isa 03Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

Timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata kenyataan Najib iu dilihat tidak cerdik serta memperlihatkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat.

“Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera.

“Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran,” kata Nasharudin.

Beliau yang juga ahli parlime Bachok itu mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online yang memetik ucapan oleh Najib di Istanbul baru-baru ini yang mendakwa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Menurut Nasharudin, - Dr Yusuf yang juga pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia adalah seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia.

“Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Syeikh Dr Yusuf Al-QardhawiMalah, sempena Ma'al Hijrah, dua tahun lalu, beliau berkata Malaysia telah menyampaikan Tokoh Ma'al Hijrah kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam.

Menurutnya lagi Dr Yusuf juga selalu berkunjung ke Negara ini untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu.

“Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Jelasnya, Ikhwan Muslimin pula merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir malah mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihan raya di negeri itu.

ikhwan musliminMenyentuh kebangkitan rakyat di Mesir, Nasharudin berkata Ikhwan Muslimin berpendapat segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Malah, katanya Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

“Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir,” ujarnya.

selangor pkr briefing azmin aliSementara itu, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dalam satu kenyataan media hari ini, juga berkata Najib perlu memohon maaf daripada Dr Yusuf.

Katanya, kenyataan sembrono perdana menteri ke atas Dr Yusuf dan Ikhwanul Muslimin tsebenarnya tidaklah memeranjatkan kerana presiden Umno itu sememangnya teah perkakas kepada propaganda Israel yang mendapat dukungan daripada golongan ekstrim dalam dasar luar Amerika Syarikat.

“Kenyataan menolak penyertaan Ikhwanul Muslimin dalam menentukan haluan politik Mesir dan Timur Tengah hanyalah semata-mata bertaklid dengan pendirian Amerika Syarikat.

“Sebagai pemimpin negara yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Najib telah menyinggung ulama tersohor dunia Islam dan seluruh warga Muslim di atas kenyataan tidak bertanggung jawab beliau di Istanbul, Turki yang dipetik oleh National Review Online pada 23 Februari 2011 bertajuk Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out,” katanya.

Syeikh Dr Yusuf Al-QardhawiMenurut Azmin, demokrasi adalah proses politik yang bersifat inklusif dan proses politik yang menolak penyertaan sebahagian dari anggota masyarakat adalah bertentangan dengan semangat dan amalan demokrasi.

“Mereka yang berpandangan Ikhwan Muslim perlu dikeluarkan dari proses politik Mesir pasca Mubarak dan pasca rejim tentera adalah jahil terhadap sejarah politik Mesir dan aspirasi rakyat negara tersebut.

egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1“Ikhwan adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan merupakan kumpulan yang paling sedar terhadap kezaliman rejim Mubarak dan keperluan demokrasi di Mesir,” katanya.

Menurut Azmin, kenyataan Najib yang mengaitkan Dr Yusuf dengan keganasan dan terorisma menunjukan perdana menteri telah dijadikan perkakas kepada propaganda Israel .

“Sheikh Yusuf adalah ulama yang paling tegas memperjuangan hak rakyat Palestin. Oleh itu, propaganda Israel dan penyokong-penyokongnya di Amerika cuba menggambarkan Sheikh Yusuf sebagai penyokong keganasan.

NONE“Perdana Menteri harus sedar bahawa Sheikh Yusuf adalah ulama dunia Islam yang paling berpengaruh dewasa ini. Selama berdekad-dekad Sheikh Yusuf telah berjuang melalui tulisan dakwah beliau untuk melawan golongan ekstrimis dalam Islam dengan mengemukakan falsafah kesederhanaan (al-Wasatiah) dalam Islam.

“Maka mengaitkan Sheikh Yusuf, yang juga Tokoh Maal Hijrah tahun 2009, merupakan satu kejahilan yang tidak boleh dimaafkan. Kerana keceluparan tersebut saya menuntut Perdana Menteri memohon maaf kepada Sheikh Yusuf Qaradhawi,” akhir azmin dalam kenyataannya itu.

Read more ...

PRK Kerdau : Bagi biasiswa macam bagi ang pau

Penduduk tegur MB agih biasiswa macam angpau


TEMERLOH, 27 Feb: Seorang penduduk kampung melahirkan rasa hairan bagaimana wang biasiswa yang sepatutnya dipohon mengikut prosedur tertentu, boleh diagihkan seperti angpau oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakub kepada penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau.

Abdul Aziz Ismail, 55, dari Desa Baru Purun dekat sini berkata, majlis penyampaian berkenaan diadakan di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang kelmarin melibatkan pelajar-pelajar dalam daripada Dun berkenaan.

Tambahnya, wang bernilai RM250 yang dikatakan biasiswa Yayasan Pahang itu diberi dalam sampul surat bersama borang dan baki RM250 lagi akan dibayar beberapa bulan lagi.

“Orang kampung jadi pelik bila MB agih duit biasiswa macam bagi ang pau sebab selama ini penduduk nak minta bantuan tersebut bukan main ketat lagi prosedurnya.

“Tapi kelmarin saya percaya seluruh pelajar dalam Dun Kerdau semuanya dapat duit biasiswa tanpa perlu mengisi borang dan tanda tangan wakil rakyat seperti selalunya.

“Walaupun wang itu memang hak rakyat yang layak menerimanya, tetapi saya percaya akan menyebabkan penduduk yang bukan dalam Dun Kerdau tidak puas hati sebab anak mereka juga layak dapat biasiswa,” jelasnya.

Kelmarin Adnan mengagihkan wang Yayasan Pahang di Sekolah Kebangsaan Telok Sentang kepada pelajar-pelajar anak penduduk kampung tradisional dan penempatan Orang Asli dalam Dun Kerdau.

Selain Teluk Sentang, pelajar-pelajar daripada pusat mengundi Kerai dan Batu Sawar turut dipunggah ke situ. Selain daripada itu, penduduk di tiga kawasan Felda iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 juga turut menerima biasiswa daripada Adnan.

Abdul Aziz berkata, selain Adnan beberapa menteri lain juga turut melawat kawasan termasuk Datuk Seri Shapie Apdal yang menyerahkan kunci perumahan Risda, sedangkan rumah tersebut sudah lama diduduki.

“Saya diberitahu Najib dan Muhyiddin juga sudah diatur programnya bagi menemui penduduk di kawasan kami dan saya yakin mereka juga akan mengagihkan wang kepada orang tua, orang kurang upaya (OKU) dan orang miskin.

“Mungkin turun sekali seumur hidup itu baik bagi penduduk untuk bertemu dan menadapat wang daripada pemimpin, tapi apa yang saya bimbang ialah pada masa depan jika rakyat berada dalam kesusahan atau ada masalah, mereka akan mengharapkan wakil rakyat mereka mati.

“Sebab apabila berlaku PRK, segala yang diminta biasanya akan segera makbul,” ujarnya.

Read more ...

Ceramah Bob Lokman di Merlimau

Bob Lokman berkempen untuk Pas di Merlimau

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhyGViFdveboVhcHse7lZ1p52pMTMU5bHwGP9MjC71soz0EFSoeqtBr2vkea6mcb71-epOIAtjeun4vkSfYTZzR-XtUP-iXS7t4dJgbUQQN53ef62seuQyoPBMd9h5lbNXtnV_3iBsD7TcG/s1600/DSC_2963.JPGJASIN — Pas tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dengan menggunakan pengaruh pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman, yang menyertai parti Islam itu awal minggu lalu, dalam kempen kerusi Merlimau.

Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman telah menyertai Pas pada 19 Februari lalu.

Dalam ceramah pertamanya di Merlimau Pasir di sini malam tadi, ketibaan Bob Lokman disambut meriah kira-kira 500 orang.

“Hari ini menjadi sejarah apabila saya menyertai Pas selepas pada 2004 dan 2008 merupakan satu usaha yang sia-sia saya membantu Barisan Nasional (BN).

“Sebagai orang yang bertanggungjawab kepada negara saya berada di landasan benar bersama Pas,” kata Bob Lokman.

Penulis lirik “Isabella” itu berkata pengundi-pengundi di Merlimau harus menolak kerajaan BN yang tidak “mengiktiraf” Islam dalam pentadbiran negara.

Beliau juga yakin Pas boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 6 Mac ini.

“Kita perlu undurkan kerajaan yang sudah lama bertapak, kerajaan yang tidak iktiraf Malaysia sebagai negara Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pas Idris Ahmad berkata, jika Bob Lokman boleh melakukan perubahan dengan memilih Pas mengapa tidak pengundi di Merlimau.

“Dulu beliau (Bob Lokman) sokong Umno-BN tapi sekarang boleh sokong Pas pula.

“Nanti bila tiba hari pengundian kalau nak pangkah Umno, ingatlah Bob Lokman dan pangkah Pas,” katanya.

Pas meletakkan Timbalan Ketua Pemuda Pas Melaka Yuhaizat Abdullah sebagai calon manakala BN mempertaruhkan ahli jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau.

Pakatan Rakyat dilihat berhadapan dengan situasi kemerosotan undi orang Melayu sejak Julai 2009 di mana pada pilihan raya kecil DUN Manek urai di Kelantan, yang pengundinya 99 peratus orang Melayu, PAS hanya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 65 undi berbanding 1,352 pada Mac 2008.

Sementara itu, calon Pas Yuhaizat Abdullah berkata pengundi di DUN Merlimau perlu membuat keputusan bijak dengan memilih seorang wakil rakyat yang boleh memperjuangkan nasib rakyat.

“Pilihan raya bukan masa untuk buat jalan raya, pilihan raya bukan masa untuk betulkan atap rumah, pilihan raya bukan masa untuk perbaiki longkang, pilihan raya juga bukan masa untuk menabur janji kosong.

“Tapi sistem untuk pilih wakil rakyat yang memahami kehendak rakyat, BN sedar betapa besar kuasa rakyat sebab itu pelbagai projek dibawa ke Merlimau,” katanya.

Yuhaizat, Timbalan Ketua Pemuda Pas Melaka dan Timbalan Yang Dipertua Pas Jasin berkata beliau sentiasa bersiap sedia untuk memberikan khidmat terbaik kepada penduduk Merlimau.

“Saya merayu untuk berikan undi dan kepercayaan kepada saya di Merlimau, saya janji dan akan sentiasa bersiap sedia untuk memberikan khidmat serta memahami masalah rakyat,” katanya.

Yuhaizat akan berdepan calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin.


Dipetik daripada blog Tintahijau

Read more ...

Saturday, February 26, 2011

MT Umno tentukan harga petrol atau Ro$mah yang tentukan ?

MT Umno tentukan harga petrol?

Kalau mengikut cakap 'yang selalu tak serupa bikin' Menteri Perdagangan Dalam Negeri, harga bahan petroleum tidak akan dinaikkan.

Tahun 2010 dulu pun pernah maklum harga petrol RON95 tidak akan dinaikkan sehingga penghujung 2010 tetapi dinaikkan walaupun tahun 2010 masih berbaki beberapa bulan.

Menjelang PRK DUN Kerdau dan Merlimau, Ismail Sabri menabur janji sekali lagi bahawa harga petrol tidak akan dinaikkan tetapi kemungkinan

besar akan dinaikkan sebaik-baik keputusan kedua-dua PRK memberi kemenangan kepada umno/BN seperti yang terjadi di Tenang.

Dua puluh empat jam setelah diumumkan kemenangan, kerajaan (Majlis Tertinggi Umno) mengumumkan kenaikan harga RON97. Majlis Tertinggi Umno?

Kenyataanya, begitulah. Semua keputusan menaikkan harga atau mengikut bahasa umno - penyelarasan harga - dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno rupa-rupanya....

Dan jangan kita hairan jika 'keputusan Majlis Tertinggi Umno' itu sebenarnya adalah keputusan yang dibuat oleh DS

Flom di dalam kamar tidur yang kemudiannya dibawa oleh Najib ke dalam Majlis Tertinggi Umno.

Sejak era najib, macam-macam perkara yang tidak pernah dijangka berlaku, telah, sedang dan akan terus berlaku.

- m@rhaen

Read more ...

PRK Merlimau : Wakil rakyat Umno bawa suara kroni, pilih la selain Umno BN

Prk Merlimau : Yuhaizad bawa suara rakyat untuk dibela

JASIN, 26 Feb: Jika diberikan undi kepada calon PAS, Yuhaizad Abdullah, beliau sekurang-kurangnya boleh membawa suara rakyat ke persidangan Dun Melaka untuk dibela, setelah mereka ditipu sekian lama oleh para pemimpin Umno.

"Jadi kepada para pengundi di Dun Merlimau yang akan mengundi 6 Mac ini, saya harap berfikirlah lebih jauh mengenai perkara itu.

"Segalanya untuk kepentingan para pengundi itu sendiri. Jika betul orang yang dipilih, baiklah yang diperolehi. Jika silap memilih pula, padahlah pula jadinya," ujar Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam didakwa telah dikesan menjual tanah rakyat di negeri Melaka untuk kepentingan dirinya sendiri.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan ke atas tanah yang terletak di kawasan Pekan Melaka beberapa tahun lalu, sehingga menyebabkan mereka yang berharap untuk mendapat tanah menjadi kempunan kerana semakin ketiadaan tanah untuk dimiliki.

Abdul Ghani berkata, tindakan Mohd Ali Rustam itu merupakan antara penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh para pemimpin Umno kepada rakyat, setelah mereka diberikan mandat untuk memerintah.

Menurut beliau, tindakan tersebut belum lagi dimasuk kira perbuatan-perbuatan lain yang dilakukan oleh Mohd Ali yang cukup sinonim dengan rasuah yang cukup menjijikkan.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab Mohd Ali itu sudah diketahui umum oleh rakyat Melaka termasuk para pengundi di kawasan Dun Merlimau yang akan membuang undi 6 Mac ini.

"Jadi pemimpin macam itukah yang hendak terus dipilih oleh orang ramai? Tapi itulah Ali Rustam dan itulah pemimpin Umno," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap agar seluruh penduduk Melaka terutama yang tinggal di kawasan Dun Merlimau berfikir lebih jauh tentang untung nasib mereka jika terus memberikan sokongan kepada Umno atau BN dalam sebarang pilihan raya.

Renungan tersebut terutamanya perlu difokuskan terhadap sikap para pemimpin Umno atau BN di negeri itu sendiri yang bukannya berjuang untuk membantu orang ramai, tetapi untuk kepentingan mereka sendiri.

"Setelah diberikan mandat atau kepercayaan untuk memerintah, mereka bukannya melaksanakan tanggungjawab dengan baik, tetapi sanggup melakukan pelbagai penyelewengan, rasuah dan menipu rakyat untuk kepentingan mereka sendiri. Amat sedih jika kita fikirkan dengan apa yang mereka lakukan selama ini," katanya.

Kejadian seperti itu, katanya, bagaimanapun tidak akan berlaku jika orang ramai memilih PAS atau Pakatan Rakyat untuk memerintah Melaka khasnya dan negara ini amnya.

Read more ...