Saturday, September 17, 2011
UMNO KHIANAT!! 24 Jam selepas pendedahan, pengakuan PM Bangladesh dipadam
ISA dimansuh, GST bakal dilaksana selepas PRU 13
KUALA LUMPUR, 18 Sept: Pemaksaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya boleh dielakkan dengan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) telah memberi isyarat yang jelas bahawa GST akan dipaksakan ke atas rakyat selepas pilihan raya akan datang, maksudnya selepas BN menang dalam pilihan raya akan datang.
"Dengan sendirinya ia memberi mesej yang jelas kepada rakyat supaya menolak BN habis-habisan dalam pilihan raya akan datang jika mereka tidak mahu GST dipaksakan ke atas mereka," katanya.
Baru-baru ini, Perdana Menteri berkata: "Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST".
Mahfuz menyifatkan tindakan memaksakan GST ke atas rakyat itu sebagai gambaran jelas sikap tidak bertanggungjawab kerajaan BN.
"Dari dulu lagi, asal menghadapi masalah, simpanan rakyat seperti di dalam KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dikerjakan oleh kerajaan BN.
"Sekarang, zaman pemerintahan Najib, lebih teruk lagi. Asal menghadapi masalah kewangan, rakyat hendak disiksa.
"Hendak rentap subsidi dari rakyat dengan alasan subsidi adalah candu kepada rakyat, hendak paksakan GST dan pelbagai tindakan lain menyiksa rakyat dengan memaksa mereka menanggung beban ketidakmampuan kerajaan BN yang sudah kehilangan akal untuk meningkatkan pendapatan negara," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Menurut Mahfuz, sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya seperti kerajaan BN yang jelas begitu ketagih untuk menyiksa dan membebankan rakyat.
"Bila menghadapi masalah kewangan, langsung tidak terfikir untuk menghentikan sikap boros, menghentikan projek yang bukan-bukan seperti hendak membina bangunan 100 tingkat dengan membelasah hasil simpanan rakyat, menghentikan rasuah, melaksanakan tender terbuka dan pelbagai amalan yang boleh menjimat dan meningkatkan pendapatan negara.
"Yang kerajaan BN tahu hanyalah hendak menyiksa rakyat dengan memaksa rakyat mengeluarkan lebih banyak lagi wang dari poket mereka, tidak kiralah dengan merentap subsidi, memaksakan cukai seperti GST, menguatkuasakan pelbagai saman dan lain-lain tindakan yang tujuannya hanya satu, iaitu memeras wang rakyat dan meragut wang dari poket rakyat," katanya.
Menurut Mahfuz, tidak ada gunanya menggula-gulakan rakyat kononnya dengan mengajak mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi pada masa yang sama memaksa mereka mengucapkan selamat datang kepada GST.
ISLAM ala UMNO!!! Halang Hudud yang PAS mahu laksana di Kelantan
KOTA BHARU – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.Menteri Besar itu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan sebelum ini mendapat tentangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengugut bertindak jika Pas Kelantan melaksanakannya.
“Kerajaan Negeri setiap masa hendak kepada hudud, apabila tiada hudud inilah jadinya,rasuah, zina, pecah rumah dan sebagainya. Hudud ini perlu disegerakan, Pas Kelantan sudah lulus, semua Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak kira, Pas atau Umno sokong 100 peratus.
“Selepas hudud diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun), Perdana Menteri datang Kelantan dan cakap kalau Kelantan laksana hudud kami akan bertindak.
Jadi Pas Kelantan hentikan hudud walaupun semua dah siap. Akhirat kelak kalau ALLAH tanya kenapa tidak laksana hudud saya kata tanya Tun Dr Mahathir. Insya-Allah harap terbuka pintu hati Najib untuk laksanakan hudud,” katanya.
Kenyataan Nik Aziz itu sebagai mengulas laporan Yayasan Aids Malaysia yang merumuskan Kelantan mencatatkan angka tertinggi penghidap HIV, tahun lalu, selepas Pahang, Wilayah Persekutuan dan Johor.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) diluluskan Dun Kelantan pada 1993, berikutan janji Pas dalam manifestonya akan melaksanakan hukum hudud pada Pilihan Raya Umum 1990.
Sementara itu, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Kelantan masih belum mampu melaksanakan hukum hudud kerana pelbagai cabaran harus ditempuhi, termasuk kekangan Kerajaan Pusat,
Menurutnya, dalam usaha melaksanakannya, Kerajaan Kelantan perlu menyediakan suasana kondusif supaya hukum hudud dilaksanakan, ia dapat memberi keadilan untuk semua.
“Kelantan perlu menyelesaikan kekangan Kerajaan Pusat dan sebagainya terlebih dahulu kerana saya bimbang jika negeri ini laksana hudud ia akan memberikan kesan negatif kepada Kerajaan Kelantan itu sendiri.
“Ini kerana, Kelantan akan hadapi ancaman musuh di peringkat antarabangsa dan pusat. Pelbagai gambaran negatif akan ditimbulkan. Kelantan belum mampu buat hudud kerana cabaran kuat akan memberi kesan kepada kerajaan keseluruhan,” katanya selepas seminar Pelaksanaan Siasah Syariah Dalam Konteks Semasa Peringkat Kebangsaan, semalam.
Beliau berkata demikian, ketika mengulas keperluan pelaksanaan hukum hudud oleh Kerajaan Negeri selepas 21 tahun memerintah Kelantan kerana undang-undang itu ditentang ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Sehubungan itu, Asri mengingatkan Pas Kelantan supaya membuat penelitian mendalam berhubung isu itu kerana musuh peringkat nasional dan antarabangsa sentiasa menunggu peluang untuk mengenakan kepimpinan Mursyidul Am Pas itu.
Hasan Ali tak masuk UMNO
Hasan Ali nafi spekulasi masuk Umno
Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan dakwaan dalam blog bahawa beliau akan keluar PAS dan menyertai Umno.
Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, menyifatkan dakwaan tersebut, bersifat "spekulasi".
"Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS.
"Kedua, bukan sahaja kerana kepimpinan Ulama, (tapi PAS) nak menegakkan negara Islam yang berpaksikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas, menafikan akan menyertai Umno.
Katanya lagi, sehingga semalam beliau mendapat tidak kurang 15 panggilkan telefon dan 25 SMS bertanyakan berhubung perkara tersebut.
Hasan turut menafikan dakwaan bahawa berjumpa dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbuat demikian.
"Tidak ada perjumpaan. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa.
"Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan lain, Hassan putu mayung ka...(Tapi) bukan Hasan Ali," katanya berseloroh.
Hasan yang juga ADUN Gombak Setia menolak dakwaan dalam media dan blog bahawa sebelum ini pernah menganggotai atau berkecimpung dengan Umno.
"Saya tidak pernah sebarang masa, sebarang ketika berkecimpung dalam Umno dan tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno.
"Semoga penjelasan ini, dapat diberitahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya, saya rasa dapat meredakan spekulasi-spekulasi yang sedemikian.
"Saya tidak berkata spekulasi ini berniat jahat, saya tidak kata spekulasi ini mahu menimbulkan ketegangan mana-mana pihak, tetapi saya rasa, redakanlah.
"Kalau kamu tidak dapat daripada 'horse mouth' (dari mulut saya tentang perkara itu), janganlah mereka mewakili kuda-kuda itu untuk bercakap," katanya.
Ditanya mengapa desas-desus untuk menyertai Umno selalu dikaitkan dengannya, Hasan berkata macam-macam orang boleh mendakwa sedemikian terhadapnya.
"Saya public figure, macam-macam orang dakwa...Ia kena keluar dari mulut saya. Selagi tidak keluar dari mulut saya, kenapa perlu diwakil-wakilkan," katanya.
Klip seks Anwar terbaru : UMNO dah terbelit dengan fitnah ciptaan sendiri
KUALA LUMPUR, 18 Sept — Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tindakan menyiarkan satu lagi sedutan klip, menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan lif apartmen lokasi didakwa melanggani pelacur asing, sebagai perbuatan terdesak Umno-BN berterusan dan terancang dengan bantuan pihak berkuasa.Naib Presiden PKR N Surendran berkata, pihaknya yakin tindakan sedemikian akan dipertingkatkan ketika pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Sambil menegaskan orang ramai sudah bosan dengan perbuatan sedemikian, peguam ini menambah, beliau yakin Umno-BN akan meneruskan serangan sedemikian selepas ini.
“Saya hendak sebutkan dengan ringkas ... ini kerja terdesak musuh politik Datuk Seri Anwar, mereka merancang dan adakan klip-klip rekaan, dan saya yakin setiap bulan akan ada terbitan macam ini ... ini dilakukan oleh Umno-BN, dengan kerjasama pihak berkuasa, saya berani untuk mengatakan yang ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.
“Sebagaimana kami katakan sejak timbulnya klip rakaman sebelum ini, dalam dunia teknologi yang canggih pada masa sekarang, bukan sukar untuk mengadakan bahan-bahan macam ... saya yakin mereka akan terus dengan perbuatan mereka sehingga pilihan raya,” kata beliau yang turut mengakui bahawa warna pakaian dikenakan oleh ahli perniagaan Datuk Shahzryl Eskay Abdullah dalam video yang dipertontonkan pada Mac lalu dan disebarkan menerusi Internet kemudian berbeza dengan dalam sedutan klip terbaru dilihat semalam.
“Ya, kedua-duanya jauh berbeza ... ini sudah cukup untuk mengatakan bahawa ada unsur rekaan dan manipulasi, yang penting untuk dikatakan di sini ialah pihak terbabit mereka cipta bahan macam ini,” katanya lagi sambil menambah, biar rakyat menilai perbuatan mereka.
Kata beliau, musuh politik seharusnya berani untuk berhadapan isu-isu dasar daripada menggunakan taktik dan serangan macam ini.
Selepas mendedahkan klip rakaman video seks, didakwa pelakunya Anwar awal tahun ini, semalam blog pro-Umno menyiarkan sedutan klip menunjukkan Ketua Pembangkang itu memasuki lif premis lokasi kejadian.
Sedutan yang dibawa blog papagomo menunjukkan Anwar memasuki lif sebuah apartmen dengan diiringi Shahzryl Eskay, dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Ia menunjukkan Anwar memakai baju ungu dan berselipar manakala Shahzryl Eskay sut berwarna hitam.
Dua sedutan klip dimuatkan iaitu masing-masing satu ketika masuk ke dalam lif dengan Anwar di depan dan satu lagi ketika keluar dari lif. Ketika keluar lif, Shahzryl Eskay berada di depan.
Butiran pada sedutan itu menunjukkan mereka masuk ke dalam lif pada pukul 10.09 malam dan keluar pada pukul 10.52 malam, 21 Februari lalu.
Tarikh itu sama dengan tarikh kejadian hubungan seks dengan pelacur dari China didakwa diadakan, yang didedahkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu.
Sedutan ini berwarna manakala klip rakaman yang didedahkan pada 21 Mac lalu pula berwarna hitam. Sedutan klip rakaman hitam putih telah pun didedahkan kepada umum melalui blog-blog Umno sebelum ini.
Kata blog papagomo, “rakaman yang mana dirakam oleh CCTV dengan warna jelas dan muka Anwar juga jelas kelihatan. Waktu rakaman juga selari dengan apa yang dilakukan oleh Dato Seri Anwar bersama pelacur China tersebut.”
Blog itu juga mendakwa waktu yang dicatatkan pada video seks tersebut seiring
dengan rakaman CCTV yang menunjukkan Anwar masuk ke dalam lif dan kemudian keluar.
“Malah sebelum ini juga kita semua telah didedahkan dengan kehilangan Datu Seri Anwar Ibrahim dalam Twitter dan Facebook waktu hubungan seks tersebut berjalan,” kata blog tersebut.
Anwar sebelum ini telah menafikan ‘kehilangan’ yang dimaksudkan dan beliau juga bukan lelaki yang didakwa dalam video itu.
Beliau membuat laporan polis pada 22 Mac lalu iaitu sehari selepas Shahzryl Eskay mendedahkan klip rakaman itu.
Shahzryl dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim - mengelar diri mereka “Datuk T’mengaku bertanggungjawab atas tindakan mendedahkan klip itu kepada wakil media terpilih pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara.
Pada 24 Jun, trio “Datuk T” itu mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks Mac lalu dan dikenakan denda total RM5,500.
MARI BACA!!! Video terbaru Anwar ciptaan Blogger UMNO KANTOI LAGI
Dalam video yang disebarkan papa gomo dia hentikan video sampai dsai pakai baju lengan pendek tshirt je. Aku sebenarnya tak tengok rakaman neh lebih dari sekali.
So aku takley memorize apa2 sangat dalam neh. Yang aku ingat masa aku tengok cctv naik lif yang disebarkan oleh papa gomo tue ialah dsai pakai kemeja kosong ketika dalam bilik .
Apatah lagi jadi singkat selepas panjang. Takan dsai nak auter baju lengan panjang dia jadi pendek plak masa turun? Ataupun auter baju lengan pendek jadi panjang selepas naik? Lalu aku buat sedikit analisis.
Bagi aku selagi aku tak yakin dsai difitnah selagi itu aku tidak akan berhujah dalam isu neh. Aku sendiri kena yakin dan percaya dulu bahawa dsai tidak bersalah baru aku boleh yakinkan orang lain. Simple.
Selalu aku tengok orang lelaki ketika nak bersolat dorang akan tanggal jam dan masukkan ia ke dalam kocek. Sebab nak berwudhu.
Aku tak pakai jam tangan tapi boleh jadi ketika itu dsai ada sebab untuk buka jam tersebut. Itupun andai benar dsai orang yang berada dalam cctv terbabit. Tapi pelaku seks dalam video terbabit memang bukan dsai.
Tetapi kenapa dedahkan rakaman neh sekarang? Melainkan rakaman neh baru dibuat ataupun baru diperolehi daripada beberapa destinasi yang pernah dikunjungi bersama..? Nampak tak keraguan disini?
Kalau dia ada info sepatutnya dah lama polis berjaya dedahkan wanita dalam video seks terbabit. Hairan gak aku.. dengan pelbagai teknologi dan kuasa yang ada amat mustahil sukar mencari seorang wanita? Melainkan.. memang taknak cari ataupun tak boleh cari.
So ada ataupun tiada, jawapan dia tak pernah penting pun pada aku dan korang seme. Heh.
Ameno : rosak larh lue orang dipornokan umno.. adakah khir toyo membayar papa gomo untuk menjatuhkan dsai in order untuk membolehkan khir toyo bebas dari tuduhan mahkamah? <-- tanya.. ye tanya.. ada informer tapi tiada bukti.. so aku tanya je.. jangan cakap aku tuduh or fitnah pula yer.. heh. Ameno World
Friday, September 16, 2011
BENGANG!!! Najib marah kena temberang dek Satim Diman dan Noh Omar !
Najib tempelak Satim Diman dengan Noh Omar
300 orang datang, tapi semuanya nak makan free
300 orang tengok tapi semua tengok dari jauh
Kalau Selangor kekal dengan Pakatan Rakyat makin teruk la Najib nak duduk kat Putrajaya
Ada maklumat cakap Muhyiddin Yassin nak pastikan Barisan kalah kat Selangor sebab senang nak buang Najibselain kes kat Paris nun
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menempelak pemimpin tertentu dalam parti itu yang masih menjalankan program "syok sendiri" dan memberi laporan tidak tepat berhubung sokongan masyarakat akar umbi.
Katanya, anggota parti itu sepatutnya sedar bahawa tindakan seperti itulah yang menyebabkan BN kehilangan Selangor dalam pilihan raya 2008.
Tambahnya, pemimpin berkenaan hanya "menipu diri sendiri" sekiranya melaporkan bahawa program yang diadakan itu merupakan satu kejayaan.
Walhal ia hanya dihadiri oleh 300 orang di kalangan mereka sendiri, katanya ketika bercakap kepada kira-kira 3,000 orang yang hadir dalam konvensyen BN Selangor di Shah Alam hari ini.
"Jangan hantar laporan, 300 orang berhimpun, berjaya. Siapa 300 orang itu?
"Kalau 300 orang itu orang yang menentang kita, barulah berbaloi buat perhimpunan," katanya lagi dalam perhimpunan yang diadakan di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah.
Beliau turut menyebut mengenai satu program "Sirih Pulang Ke Gagang" yang akan dihadirinya selepas itu di kampus Universiti Teknologi Mara.
"Saya dengar banyak ribu nak masuk balik. Kalau betul, we are on the upward swing," katanya lagi.
Tambahnya, pemimpin akar umbi perlu memberi bacaan politik yang tepat ke atas kawasan masing-masing.
"Jangan tipu pemimpin di atas. Kalau (kawasan) hitam, jangan kata putih. Mesti beritahu betul-betul.
"Laporan macam dulu tak boleh pakai lagi. Mesti dengan tindakan dan penilaian tepat dan jujur.
"Bukan nak sedapkan kita saja. Kita rasa kita cukup kuat. Tapi kalau laporan kita betul, kita tak akan kalah di Selangor, kita boleh buat tindakan pemulihan," katanya lagi.
Beliau dalam pada itu turut menyeru kepada jentera parti itu supaya menjalankan kerja berterusan.
"Jangan harap pada kerajaan, pada (Jabatan) Penerangan, pada JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas), pada KEMAS sahaja," katanya.JALAN PULANG
Di bawah ini bukan program Najib tapi program Ust. Azhar Idrus.

di sebuah Masjid di Selangor..suasana inilah yang menjadikan
pimpinan sekular Umno Haprah ketakutan dan gentar jiwa
mereka,apabila rakyat kembali kepada islam.
Dengan itu maka berkatalah Noh Omar yang bercita-cita Mat Jenin
nak jadi MB selangor selepas PRU akan datang bahawa tindakan Jais
yang menjadi talibarut Umno tidak mengeluarkan tauliah dan tidak
memperbaharui tauliah yang sudah tamat (klik) adalah menggambarkan
kegerunan dan ketakutan mereka terhadap kebangkitan islam
yang di pelopori oleh Parti Islam (PAS) di negara ini.
muslimen united
LA RUMAH KOSONG KA!!! Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal serang rumah Mata Sabu yang tiada penghuni
Tak dapat tanduk telinga dipulas, itu adalah ungkapan atau pepatah yang sesuai untuk menggambarkan tindakan sekumpulan pencacai UMNO yang menyerbu rumah Mat Sabu di Guar Petai sekitar jam 8.00 malam semalam.Kononnya tujuan serbuan mereka itu adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Mat Sabu berkenaan isu Mat Indera, turut dibawa bersama mereka ialah sekumpulan wartawan bagi membuat liputan akan penyerahan memorandum oleh mereka itu.
Mungkin mereka menyerbu kerana mereka tahu bahawa Mat Sabu tiada dirumah yang tinggal hanyalah isterinya Normah.
Jadi peluang ini digunakan mereka untuk menunjukkan kejantanan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan isteri Mat Sabu.
Yalah.. nak takutkan Mat Sabu.. mereka sendiri, takut jadi mereka takutkanlah isterinya, tak dapat tanduk.. telingapun jadilah..
Samada ianya adalah malang atau sememangnya mereka menyedari bahawa rumah itu tiada berpenghuni langsung tetapi hanya kerana untuk membuktikan kepada wartawan merekalah penyokong Pejuang Bangsa mereka menyerbu juga rumah yang kosong itu.
Mungkin juga mereka menyerbu rumah yang kosong itu kerana mereka juga takut akan isteri Mat Sabu.. entahlah.. tapi mungkin juga..
Ketika kejadian tiada penghuni di rumah Mat Sabu itu kerana Isterinya Normah berada di Hospital Alor Setar kerana menjaga ayahnya yang sakit..
Kesian kat wartawan yang ikut depa tu… kena tipu dengan pencacai UMNO..
*Terima kasih Pak Bakar kerana SMS pada pukul 8:12 malam semalam.. dan terima kasih juga buat sahabat (SINI) dan juga (SINI)yang mula menyiarkan berita kerana aku berada di luar kawasan…Anak Sungai Derhaka
SUDAH TUKAR KA!!!Seorang kangkong UMNO sudah lain suara , tunggu dua kangkong lagi bersuara
Dulu kata negara tidak pernah dijajah, sekarang sudah tukar, kangkong ini mengaku bahawa dia melihat kuasa Eropah sebagai satu'penjajahan'. SUDAH TUKAR KA
Bila buat kenyataan dulu tak fikir dah, punya la nak membantu UMNO menghentam Mat Sabu bagi mengesahkan mata-mata Rumah Pasong Bukit Kepong bukan polis penjajah. PUNYA LA BODEK
Jika tak buat kenyataan ini, pastinya UMNO tak panggung kepala kerana tak boleh nak jawab bahana dari kangkong sendiri. NAK SAMBUT MERDEKA MACAM MANA
Ada dua lagi kangkong UMNO yang sama buat kenyataan negara tak pernah dijajah belum tarik balik kenyataan. Selagi dua kangkong UMNO ini masih tak tarik kenyataan negara tidak dijajah, maka UMNO masih belum selesa untuk mendongak kepala. TAK ADA JAWAPAN
Apa kenyataan Ramlah Adam dan Khoo Kay Kim selepas ini? TUNGGU LA
(PASPB)
Prof Zainal: Saya juga lihat kehadiran British sebagai penjajahan
KUALA LUMPUR, 16 Sept — Prof Dr Zainal Kling dari Majlis Profesor Negara, yang sejak minggu lalu berhadapan dengan kritikan ekoran pendiriannya bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British, hari ini menjelaskan pendiriannya — beliau juga melihat kemunculan kuasa Eropah itu sebagai satu “penjajahan.”“. . . ingin saya tegaskan bahawa saya melihat kehadiran British itu sebagai penjajahan juga dan telah membawa kesan dan natijah yang amat buruk terhadap bangsa Melayu dan golongan-golongan lain,” kata beliau dalam e-mel penjelasan kepada Harakahdaily hari ini.
Namun, kata beliau, terdapat sedikit perbezaan antara penjajahan berbentuk koloni seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang serta di Kanada, Australia ataupun malahan India, dengan penjajahan berbentuk “protectorate” dalam Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu.
Katanya, Singapura mempunyai Sultan Husin Syah tetapi kerana pulau itu sebuah koloni, maka institusi raja tersebut terhapus begitu sahaja.
“Sebaliknya, Kelantan adalah sebuah ‘protectorate’ maka institusi raja, keistimewaan Melayu serta pelbagai peruntukan perundangan Perlembagaan Persekutuan dan negeri-negeri itu dapat kekal hingga menjadi bentuk kerajaan pada masa ini.
“Perbezaan ‘tipis’ (seperti kata Pakar Perlembagaan Profesor Aziz Bari) ini harus menjadi pemahaman oleh semua, bukan hanya oleh pakar yang bijaksana kerana ia mempunyai makna dan implikasi yang amat asasi serta bernatijah dalam kewujudan warganegara, negara dan negeri masa kini dan akan datang,” kata Zainal lagi.
Selain Zainal, pendirian yang seiring juga dilontarkan oleh Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Kenyataan mereka mengundang kontroversi baru ketika polemik mengenai kenyataan berkaitan tragedi Bukit Kepong pula belum reda.
Malah awal minggu ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.
Perdana Menteri keempat itu berkata, British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”
“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini.
“Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata beliau.
Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
Bagaimanapun Aziz dan Pengerusi Yayasan 1 Malaysia Dr Chandra Muzaffar tidak bersetuju dengan pendirian mereka sambil menegaskan negara ini pada hakikatnya telah dijajah oleh kuasa asing termasuk British.
Dalam penjelasannya, Zainal juga berkata, Negeri-negeri Bersekutu atau Negeri-negeri Tidak Bersekutu tidak pernah menjadi koloni atau tanah jajahan British.
“Tanah Melayu tidak pernah terjajah kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Singapura walaupun kesan pentadbiran itu merupakan satu bentuk ‘penjajahan’.
“Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku ‘penjajahan’ British itu disifatkan sebagai ‘breach of trust’ dan ‘indirect rule’. . . mereka melakukan penjajahan walaupun tidak sahih,” katanya.
Kata beliau, pada realitinya ketika zaman British ada beza antara pentadbiran Singapura dengan Kelantan atau Terengganu.
“Bezanya cukup banyak dan jelas dari segi kuasa, pentadbiran dan hubungan luar. Kedua, walaupun antara koloni dan ‘protectorate’ berbeza tetapi kesan dari pentadbiran ‘protectorate’ adalah juga penjajahan.
“Oleh kerana itu, para ahli undang-undang seperti Roland Braddell melihatnya sebagai pecah amanah. Para ahli sejarah seperti R. Emerson, melihatnya sebagai pemerintahan tak langsung. Kedua-duanya penilaian itu adalah melihat kesan pentadbiran British sebagai ‘penjajahan’ juga,” tambah beliau.
BIADAP!!! Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal serang rumah orang tua Mat Sabu
SEJAK Mat Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia, PAS, beliau diserang bertubi-tubi siang dan malam oleh pihak lawan. ReJaM© "Gerombolan bangang menyusahkan orang..."
milosuam
PENGKHIANATAN UMNO!!! PM Bangladesh gesa Mat Bangla ambil peluang jadi warganegara Malaysia yang mudah
Sebuah laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri, Bangladesh mengesahkan bahawa ada rakyatnya yang telah diberi taraf warganegara oleh kerajaan Malaysia.
Laman sesawang itu yang menggunakan domain ngoab.gov.bd, dipercayai sebuah laman sesawang rasmi Kerajaan Bangladesh.
Laman itu antara lain menyatakan bahawa sumber yang diperolehi dari Jabatan Perdana Menteri Bangladesh mengesahkan bahawa, sebilangan Pekerja Bangladesh yang terlibat dengan bidang pekerjaan di beberapa sektor di Malaysia telah diberi taraf kewarganegaraan.
Malah mereka juga diberikan hak untuk mengundi pada pilihanraya umum Malaysia yang akan datang.
Laman itu juga mendakwa pekerja Bangladesh di Malaysia kemungkinan diberikan kewarganegaraan dengan mudah, dengan syarat akan mengundi parti yang mewakili kerajaan yang memerintah
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, juga dilaporkan oleh laman sesawang itu, menyeru rakyatnya agar mengambil kesempatan di atas peluang ini bagi mengurangkan kadar kemiskinan negara.ASD
Tak nampak apa yang tertulis dalam Print Screen itu? sila baca di bawah..

BANGLADESHI Prime Minister Sheikh Hasina told that she has been in Malaysia during her 6-day visit to South Korea and Malaysia last year.
At the last leg of her six-day tour, Hasina arrived in Malaysia on May 18 to attend the 66th World Islamic Economic Forum [WIFE] in Kuala Lumpur, the next day where she delivered a special speech.
During her stay in Kuala Lumpur, she held bilateral talks with her Malaysian counterpart Mohammed Najib bin Tun Abdul Razak when some long standing issues, including legalizing Bangladeshi workers in Malaysia, were prominently discussed.
Highly placed sources claimed that during the meeting, the Malaysian prime minister assured Hasina of considering the issue of legalizing Bangladeshi workers to his country with utmost sincerity.
Today, Prime Minister’s office has allegedly received a confirmation from some of our citizens those working in several sectors in Malaysia since last year that they were given more than citizenships from Malaysian Government. In fact they now have been given a right to be a voter in upcoming Malaysian’s general election.
Another highly placed source from prime minister’s office has confirmed that Bangladeshi workers may easily conferred Malaysian citizenship with the condition to vote for party that represents the government in power.
Honorable Prime Minister, Sheikh Hasina urges people to take this opportunity in order to lower the national poverty in line with government’s initiative and numerous measures to solve all major problems, including power and gas crises.
Prime Minister Sheikh Hasina also urged Malaysian entrepreneurs to invest more in Bangladesh, particularly in labor-intensive industries including readymade garment, textile, light engineering, electronics, agro-based products, ICT, power and infrastructure.
ngoab.gov.bd
JAUHNYA BEZA !!! Polis Penjajah dengan Polis lepas merdeka
Oleh: MZMari mengenali siapa British dan hubungkait dengan talibarut British.
Mengenai dengan polis/askar sebelum merdeka dan selepas merdeka,terdapat perbezaan yg amat jauh sekali dengan tugasan dan tangungjawab mereka.
SEBELUM MERDEKA.
1.) Negara kita masa itu sedang dijajah oleh British. Fakta British adalah penjajah tanah melayu, membolot semua hasil bumi tanah melayu untuk kepentingan penjajah kafir barat-British.
2.) British dengan bijaksananya merekrut org2 melayu (sebahagian yang tak ada kerja), untuk menjadi mata2 (polis bawahan) British di Tanah melayu.
3.) Tugas mata2 British ini adalah untuk menjaga kepentingan British dan TAAT Setia mereka adalah kepada Queen Elizabeth (Raja British).
4.) Terdapat ramai dikalangan anak tempatan (samada melayu atau bukan melayu) di masa ini yang mempunyai semnagat untuk menuntut kemerdekaan bagi negara sanggup menggadai harta dan nyawa demi membebaskan negara pada masa itu.
5.) Ini boleh dibuktikan dengan perjuangan awal orang-orang melayu seperti Tok Janggut, Mat Kilau dan sebagainya. Dalam perjuangan mereka, mereka juga terpaksa bertempur dengan orang-orang melayu yg menjadi talibarut-talibarut penjajah yang tugasnya menjaga kepentingan penjajah.
6.) Satu fakta penting lagi, kafir penjajah British adalah musuh utama kepada Khilafah Islam Utmaniah. Mereka telah membolot hasil bumi dan kekayaan melayu untuk melawan Khalifah Islam Uthmaniah. (Shaykh-al-Islam, Khayri Effendi telah mengeluarkan fatwa Jihad-I Ekbar Fardi Ayn terhadap Britain dan sekutu-kutunya pada 14 November 1914
.
Sebagai reaksinya, British telah mengeluarkan enakmen MELARANG akhbar-akhbar tempatan dari menyiarkan berita mengenai peperangan antara British dengan Turki Utmaniyyah pada 21 November 1914)
7.) Satu lagi fakta penting pasal Penjajah British pada masa berkenaan — Henry Gurney dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai Setiausaha Kerajaan British sejak tahun 1946.
Henry Gurney adalah individu yang bertanggungjawab di atas pembentukan negara haram Israel pada 1948. Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera British.
Antara anggota tentera British yang bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey. Siapakah Raymond Dancey?.
Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.
8.) Jadi penentangan orang-orang melayu islam terhadap kafir British bukan sahaja menentang penjajah tanah air tetapi juga adalah jihad terhadap musuh islam (Khilafah Utmaniah) pada masa tersebut.
Orang yangg bersubahat untuk menjaga kepentingan British pada masa berkenaan untuk melawan jihad terhadap British pada masa berkenaan sebenranya bukanlah pejuang agama dan negara yg sebenar.
Ini adalah fakta. Malah orang-orang yang berjuang menentang British pada masa berkenaan adalah hero@pejuang sebenar negara. Mengenai kerjasama antara orang Islam dengan bukan Islam (tempatan) menentang British itu adalah perkara diharuskan.
Dan perlu diingat tindakan2 PKM sebelum merdeka dan selepas merdeka adalah sangat berbeza sama sekali.
Sebelum merdeka, tumpuan mereka hanya memperjungkan kemerdekaan dan tidak membunuh mana-mana orang awam kecuali talibarut penjajah sahaja (kena baca fakta2 sejarah dr pelbagai pihak). Walau bagaimanapun tidak dinafikan terdapat tindakan melampau PKM pada masa tersebut dan ini juga perlu dikutuk.
9.) Berdasarkan hujah bahawa British adalah penjajah Tanah Melayu dan musuh utama khilafah Islam Uthmaniah, pihak-pihak yang bersekongkol dan berjuang mempertahankan British pada masa berkenaan bukanlah pejuang Agama dan Negara.
10.) Untuk persoalan macam mana British boleh senang-senang bagi kemerdekaan Tanah Melayu melalui rundingan , sila renungi fakta penting berikut —-; Perancang penjajahan Britain di Mesir, Lord Cromer pernah menyatakan di dalam bukunya ‘Modern Egypt’:"
Inggeris bersedia untuk memberi kebebasan berpolitik untuk semua tanah jajahannya sebaik sahaja generasi yang dididik dengan budaya British sudah bersedia untuk memerintah, tetapi British sama sekali tidak akan membenarkan tertegaknya sebuah negara Islam yang tidak bergantung kepada sesiapa pun"
SELEPAS MERDEKA.
1.) Negara kita sudah merdeka dan mempunya raja sendiri.
2.) Polis dan Askar pada masa ini berkhidmat untuk menjaga keamanan negara dan taat setia kepada Agung/ Raja Melayu. (terdapat perbezaan yang amat ketara disini berbanding sebelum merdeka).
3.) Tindakan Polis dan Askar memerangi komunis adalah tindakan demi menjaga kepentingan Negara adalah pejuang Negara.
4.) Ini langsung tidak dipertikaikan asalkan tindakan tersebut benar-benar demi untuk agama, bangsa dan negara bukan untuk kepentingan pihak tertentu.
5.) Jadi Ayah/Atuk (anda) serta ahli keluraga aku yg berkhidmat melawan komunis selepas merdeka adalah jelas pejuang agama dan bangsa.
6.) Walaupun begitu jikalau British membenarkan pendamaian (seperti dalam rundingan Baling), semua yang berlaku ini mungkin dapat dihindarkan. Tetapi British bijak dalam melaksanakan teknik pecah dan perintah demi untuk kepentingan penjajah British pada masa berkenaan.
Akhir kata, selamat maaf hari raya. Dan mohon maaf kalau terkasar bahasa. Dan dalam hal ini aku hanya berhujjah berdasarkan fakta sejarah. Tindakan-tindakan PKM selepas merdeka tidak sepatutnya digabungkan dengan tindakan sebelum merdeka.
Terdapat perbezaan pendekatan yang amat banyak sekali . Dan tindakan orang Melayu angkat senjata sebelum merdeka (walaupun berkerjasama dengan PKM) harusluh dilihat dalam konteks perjuangan untuk menuntut kermerdekaan dan melawan musuh khilafah islam uthmaniah.
Terdapat perbezaan pendekatan yang amat banyak sekali. Dan aku juga mempunyai ahli keluarga yg menjadi mangsa Komunis, tetapi bila berhujjah aku kena mengenepikan sentiment emosi dan harus jujur kemukakan berasaskan fakta yang sebenar. Itulah yg dituntut oleh Islam.
http://www.malaysiatimes.my/2011/09/15/fakta-sejarah-polis-sebelum-dan-selepas-merdeka/
JANGAN GEMBIRA LAGI!!! Mansuh satu ISA, ganti 2 ISA ?
PETALING JAYA 16 SEPT : Bekas Tahanan ISA yang dianggap subversif oleh Kerajaan Pusat menyambut baik pengumuman memansuhkan akta 'kejam' itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.
Bagaimanapun mereka memberi amaran agar berwaspada dan berhati- hati terutamanya dengan pengumuman dua lagi akta yang bakal digubal yang bakal menjadi 'alternatif' kepada ISA - Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang digunakan saban tahun untuk menahan tanpa bicara sesiapa sahaja mengikut perkenan Menteri Dalam Negeri.
ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim menyatakan kemungkinan Najib melakukan hal ini sekarang setelah 3 tahun mengambil alih jawatan Perdana Menteri adalah untuk memancing sokongan rakyat bagi Pilihan Raya Umum ke 13, yang boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang.
"ISA telah digunakan berpuluh tahun untuk menunduk dan menganiaya mangsa. (Persoalannya) mengapa sekarang? Ini mungkin berkaitan Pilihan raya dan (Sokongan) Mungkin lemah. Beliau (Najib) nak dapat sokongan rakyat, kena buat sesuatu," kata beliau ketika ditemui TV Selangor semalam.
Pengumuman Najib memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 mengejutkan khayalak rakyat namun boleh dijangka lantaran khabar angin bertiup kencang sebelum ini menyatakan Najib bakal menarik kembali akta ini bagi meningkatkan populariti dan sokongan terhadap pentadbirannya.
Najib turut menyatakan kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
Dr Nasir yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia ditahan selama 15 Bulan dibawah akta yang disifatkan beliau sebagai 'zalim' itu semala Operasi Lalang pada tahun 1987.
Dalam Operasi Lalang yang berlaku pada 27 Oktober 1987 itu, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan menyaksikan pembatalan dua akhabar harian dan dua akhbar mingguan.
Selain Dr Nasir, turut ditahan ialah Lim Kit Siang, Karpal Singh, Suhaimi Said, Kua Kia Soong, Chandra Muzaffar, Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.
Menurut beliau walaupun dimansuhkan, jentera yang digunakan untuk ISA masih boleh digunakan sebagai tujuan lain seperti penggunaan Ordinan Darurat terhadap 6 ahli PSM beberapa bulan lalu yang dianggap Dr Nasir sebagai tindakan ISA yang dinamakan di bawah undang-undang berlainan.
Justeru, beliau melahirkan kerisauan mengenai undang-undang baru yang dikatakan bakal menggantikan ISA serta meminta orang ramai mengkajinya terlebih dahulu.
"Apa yang kita risau ialah kerana mereka guna ISA dengan sempurna untuk memusnahkan musuh mereka, mereka akan ada alternatif..ini kontradiksi. Bermakna ia (hanya) wayang. Tidak ikhlas.
"Hanya kita berharap rakyat tak dipengaruhi gula-gula seperti ini. ISA, kena kaji adakah masih dijaga 'jentera-jentera' yang digunakan. Apa jenis (undang-undang) alternatif mereka ada. Adakah alternatif itu akan turut menganiaya rakyat?" kata beliau.
Seorang lagi bekas Tahanan ISA Hishammudin Rais mengambil sikap tunggu dan lihat mengenai 'alternatif' kepada ISA yang bakal digubal kelak.
"Adakah ISA ini telah dimansuh keseluruhannya. Jika dimansuhkan keseluruhannya, ia keputusan baik, tanda proses pendemokrasian telah berlaku di Malaysia. Dan apakah satu lagi perundangan akan dibuat, kita akan bincangkan kemudian," kata beliau.
Hishammudin ditahan ISA dua kali, pertama pada 1994 dan kedua pada April 2001 atas tuduhan merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan.
Beliau mengajak rakyat melihat betapa suara mereka mampu didengari jika mereka bersatu menentang kezaliman.
"Kita juga harus memahami latar belakang yang melahirkan suasana ini, latar belakang ini ialah kerana ketika ini pimpinan UMNO lemah. Kerana kelemahan ini mereka perlukan sokongan. Ini tunjukkan rakyat kuat. Tuntutan mansuhkan ISA berjaya, tuntutan PPPA semua beraya. Ini tunjukkan rakyat kuat bila kerajaan lemah.
Sementara itu Presiden Parti Rakyat Malaysia, Dr Rohana Ariffin pula menyatakan betapa hal ini merupakan pencapaian positif yang patut dibanggakan golongan pembangkang dan progresif yang telah sedaya upaya menentang akta ini.
"Pemansuhan ISA satu tindakan positif dan ini bermakna tiap-tiap orang itu akan dapat pembelaan jika dituduh subversif. Tapi di sini, ada pula undang-undang baru seperti di England dan seterusnya seperti Anti Terrorist Act. Ini juga akan beri kuasa kepada Kerajaan. Pemansuhan ISA telah lama diperjuang golongan Pembangkang dan Progresif di Malaysia. Dan ini merupakan satu pencapaian positif kepada rakyat Malaysia," kata beliau.
“setelah beribu orang menjadi mangsa kezaliman akta tersebut, menjelang pilihan raya barulah ia dihapuskan ”- Presiden PAS
![]() |
Putrajaya membuat pengumuman penting itu ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat.
Sehubungan itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat terlebih dahulu berkaitan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa undang-undang lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Ini kerana kita hendak melihat dahulu perundangan alternatif yang disebut oleh kerajaan, hendak dibuat menggantikan ISA. Terlalu awal untuk kita memberi respons terhadap pembatalan tersebut.
“Tambahan pula ia dibuat menjelang pilihan raya yang kita lihat sebagai tujuan politik dan tawaran pilihan raya Barisan Nasional,” kata Ahli Parlimen Marang ini sambil menambah, “setelah beribu orang menjadi mangsa kezaliman akta tersebut, menjelang pilihan raya barulah ia dihapuskan.”
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada semua pejuang kebebasan dan hak asasi manusia kerana kerajaan Umno-BN akhirnya terpaksa akur dengan kebenaran dan keadilan yang mereka perjuangkan selama berdekad-dekad.
“Ribuan pejuang ini dipenjara, difitnah dan menderita pelbagai kezaliman demi untuk hak dan kebebasan rakyat yang dinodai oleh Umno-BN sejak merdeka lagi,” kata wakil rakyat ini dalam satu kenyataan pagi ini.
Ahli Parlimen Gombak ini menambah, tanpa kegigihan perjuangan mereka yang sentiasa memberikan tekanan ke atas Najib, pastinya beliau tidak akan membuat kenyataan semalam untuk menamatkan darurat dan menyarankan untuk memansuhkan ISA.
Katanya, semangat perjuangan rakyat telah menjadi sebahagian daripada darah daging perjuangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
“Pakatan Rakyat meneruskan perjuangan ini dengan memasukkannya ke dalam Buku Jingga,” katan beliau lagi.
Justeru katanya, apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri bukan satu kurnia kepada rakyat sempena Hari Malaysia, sebaliknya ia adalah hasil perjuangan getir.
“Maka tahniah yang sebenar adalah untuk para pejuang kebebasan dan hak asasi baik dari parti-parti politik mahupun dari NGO.
“Sebagaimana kita tidak memberikan tahniah kepada British kerana memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 tetapi tarikh tersebut kita rayakan sebagai kemuncak kejayaan perjuagan menentang penjajahan,” kata Azmin lagi.
Pun begitu jelas Azmin, “kita mengalu-alukan langkah yang diambil Perdana Menteri yang tentunya membuka lembaran baru kepada persekitaran politik Malaysia sekiranya apa yang diumumkan dikotakan dan tidak sebagai satu retorika serta sekadar bersifat kosmetik demi memulihkan imej politik.”
Sejajar dengan pengumuman Najib semalam, tegas Azmin, kerajaan seharusnya membebaskan semua tahanan yang ditahan tanpa bicara atau hadapkan mereka ke mahkamah untuk diadili.
“Menutup pusat tahanan yang menempatkan tahanan yang ditahan tanpa bicara seumpama Pusat Tahanan Kamunting dan Simpang Renggam. Segera melaksanakan proses siasatan terhadap segala aduan seksaan terhadap para tahanan,” kata beliau.
Malah beliau juga menyarankan agar diwujudkan segera Majlis Perundingan Kebangsaan bagi menggubal dua rang undang-undang mencegah keganasan dan aktiviti subversif yang bakal dibentangkan di Parlimen.
Tegas beliau, Pakatan Rakyat tidak mahu undang-undang yang bakal digubal ini masih menerapkan unsur perundangan antaranya yang mirip dengan peruntukan Seksyen 73(1) dan Seksyen 8 ISA.
“Kedua-dua peruntukan tersebut memberi kuasa kepada menteri untuk menahan sesiapa sahaja dan membolehkan menteri itu menyalah guna kuasa demi kepentingannya semata-mata.
“Pastinya pengumuman pemansuhan ISA tidak membawa sebarang erti sekiranya kedua-dua akta yang bakal digubal itu itu masih membolehkan Tahanan Tanpa Bicara,” kata beliau.
Sementara itu Pengerusi Perpaduan Nasional PAS Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat menerima pengumuman Najib tentang pemansuhan ISA dan beberapa akta yang lain sebagai langkah awal terhadap kesedaran kebebasan bertanggungjawab di negara ini.
Begitu juga mengembalikan semangat sebenar Artikel 10 tentang kebebasan berhimpun dan melonggarkan rejim lesen media adalah dilihat langkah yang baik, kata beliau.
“Sehubungan itu, kita merasakan penghargaan sebenarnya seharusnya diberi kepada mereka yang telah membuat tuntutan-tuntutan tersebut dengan lebih awal antaranya ialah perhimpunan Gerakan Mansuh ISA, Bersih dan pejuang kebebasan media yang lain.
“Ini tidak termasuk ahli-ahli politik khususnya pembangkang yang tanpa penat lelah mendesak pemerintah menghapuskan sekatan-sekatan ini dan mengambil risiko yang tinggi,” katanya lagi.
Ahli Parlimen Parit Buntar ini menambah, “paling utama ialah sokongan rakyat kepada usaha-usaha ini sehingga kerajaan terpaksa akur dengan desakan mulia ini.”
“Saya mengharapkan supaya kerajaan hari ini melalui Perdana Menteri tidak isytiharkan ini untuk meraih sokongan politik semata-mata tetapi berbuat demikian dengan penuh kesedaran terhadap pertanggungjawaban membina masa depan anak bangsa dengan nilai-nilai ketamadunan yang tinggi dan mulia.
“Alangkah baiknya bagi rakyat negara ini membuat pilihan dalam pilihan raya umum akan datang kepada parti yang tak perlu didesak untuk melakukan reformasi dan islah besar negara tetapi menjadikan reformasi dan islah sebagai intipati perjuangan mereka,” katanya.












