Tuesday, October 11, 2011

UNIVERSITI AUW 10 ZAMALAH!!! Ro$mah jadi Penaungnya

Sebelum ini Rosmah Mansor adalah Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), namun dia minta tidak dilantik semula kerana dia tahu Kerajaan Selangor tidak akan melantik beliau.

Hari ini dia menerima perlantikan sebagai Penaung Asian
University of Women (AUW) di Chittagong, Bangladesh. Dah tak menjadi Canselor Unisel Rosmah menerima Penaung AUW. Kalau tak terima nanti tak ada nama Rosmah di mana-mana Universiti pula.

Satu lagi berita Rosmah sebagai penaung tak ada dalam Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo dan Sinar Harian. Keratan di atas hanya dari mStar Online. Tak laku ek!!!ekele

Read more ...

MEMO!!! Bantahan kepada Mat Bashah ‘Menghantar Pulang Tokong Sayur’

images/stories/copy of sayuq.jpgALOR SETAR – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAINK) supaya mengambil tindakan terhadap seorang ADUN yang melakukan perbuatan yang dianggap boleh mencemar kesucian aqidah serta menjatuhkan maruah umat Islam.
Perkara tersebut terkandung dalam memorandum yang ditujukan kepada Pengarah JHEAINK yang dihantar oleh rombongan NGO tersebut di Bangunan Wan Mat Saman pagi ini.

Mengikut catatan memorandum tersebut, pada 5 Oktober 2011, kira-kira jam 8.00 malam, ADUN Bakar Bata iaitu Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah telah menyertai perarakan ‘Menghantar Pulang Tokong Sayur’ yang diadakan di Jalan Gangsa dan Jalan Putra, bersama-sama penganut agama Buddha.

“Memandangkan perayaan tersebut merupakan upacara keagamaan bukan Islam maka tindakan ADUN Bakar Bata itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang menitikberatkan kemurnian aqidah di samping tindakan beliau telah menjatuhkan maruah umat Islam.

“Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Sheikh Baderuddin Ahmad turut menegaskan bahawa umat Islam dilarang menyertai upacara keagamaan bukan Islam berdasarkan kaedah “Redho akan kekufuran boleh membawa kufur”.

images/stories/copy of tokong.jpg“Memandangkan Dato’ Ahmad Bashah adalah seorang wakil rakyat dan pemimpin yang mempunyai pengaruh, kami bimbang apa yang dilakukan oleh beliau akan dituruti oleh umat Islam lain yang tidak memahami Islam dengan baik,” ujar Encik Mohd Azam Awang selaku ketua kepada pihak yang menyerahkan memorandum tersebut.

Sehubungan itu, katanya, mereka mendesak pihak JHEAINK yang mentadbir hal ehwal Islam supaya mengambil sesuatu tindakan terhadap ADUN Bakar Bata tersebut berdasarkan peruntukan yang ada.

Kumpulan tersebut juga turut menyerahkan satu salinan video sebagai bahan bukti.

Read more ...

HIMPUNAN 100K!!! PAS Ganti Umno di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU - Penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (PGU100K) di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu Kuala Terengganu pada 14 dan 15 Oktober ini, akan melengkapkan pusingan program mega berprestij itu di seluruh negeri Terengganu.

Ketika mengumumkan siri program Himpunan massa tersebut pada 24 Disember tahun lalu, Setiausaha Perhubungan Haji Yahaya Ali berkata, ia adalah dalam rangka PAS memberikan penerangan dan malumat kepada sluruh rakyat Terengganu, mengapa Umno dan Barisan Nasional perlu diganti dalam pilihanraya umum akan datang.


Antara sebab terbaru, mengapa PAS perlu ganti Umno dan Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional (BN) adalah pembentangan bajet 2012 Jumaat lalu.


Ekoran pembentangan bajet itu, media Umno dan BN 'berhempas pulas' memutarkan segala macam propaganda bagi memberi justifikasi dan cuba memaparkan imej baik kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.


Di sebalik kempen media kerajaan itu, menurut Penolong Setiausah PAS Terengganu, 'bajet Najib' telah ditolak, bukan sahaja oleh rakyat, bahkan oleh kakitangan kerajaan sendiri.


Beliau mendakwa, ramai di kalangan pegawai kerajaan dan swasta yang beliau temui meluahkan rasa marah kerana mereka seolah-olah 'ditipu' oleh bajet 2012.


"ramai pegawai kerajaan yang ditemui, semua marah belaka kepada (terhadap) bajet (pada kali) ini, 'bajet tipu' dia kata,"ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.


Beliau berkata, menurut kakitangan kerajaan yang ditemui, mereka mengharapkan kerajaan mmberikan bonus sebanyak dua bulan gaji, tetapi sebaliknya, Najib hanya mengumumkan sebulan gaji sahaja.


Selain itu, kata Haji Hanafiah, para pegawai kerajaan juga mengharapkan penyelarasan gaji diumumkan oleh kerajaan.


"dia (pegawai kerajaan) kata, satunya (yang pertama) dia mengharapkan bonus dua bulan, lepas (pengumuman bajet) itu (mereka) tak boleh dua bulan,


"(yang kedua) dia mengharapkan berlaku penyelarasan gaji, pun tidak boleh,"jelasnya.


Sedangkan menurut mereka, kata Haji Hanafiah, mereka adalah pembayar cukai 'tegar' kepada kerajaan, terutamanya cukai pendapatan tahunan.


Walaupun mereka pembayar cukai terutamanya, cukai pendapatan tahunan secara tetap melalui potongan gaji, sebaliknya mereka tidak mendapat keistimewaan dari pembentangan bajet 2012.


"Yang mengadu (tidak puas hati) bukan 'orang kecik-kecik', dia kata, hampir RM1000 sebulan kena potong 'income tax', apa yang dia dapat, dia kata,"ujarnya.


Selain itu, katanya, dikalangan pekerja swasta yang ditemuinya turut menyatakan tidak puas hati kerana golongan tersebut tidak mendapat apa-apa peruntukan dari bahagian bajet.
(http://www.buletinonline.net/images/stories/banner/ListenLiveICON.pngDengar; Buletinonline Radio)

Justeru, memandangkan Himpunan Kebangkitan Rakyat, PAS Ganti Umno (PGU 100K) pada kali ini diadakan di pusat pentadbiran negeri Terengganu, beliau menjemput semua kakitangan kerajaan, agensi dan pekerja swasta hadir.

Katanya, disamping memeriahkan Himpunan tersebut dan menunjukkan bantahan, mereka boleh mengambil peluang bertemu dengan para pemimpin Pakatan Rakyat.BO

Read more ...

BELASAH DUIT RAKYAT!!! Tax 6% Unifi dan Streamyx Kerajaan lancar Januari 2012



Dengarkan pengesahan dari Operator TM net sendiri….



Pada 8 September 2011 yang lalu Malaysiakini telah menyiarkan satu laporan yang mengatakan ‘Berkuatkuasa 15 Sept, pembelian prepaid, top ups, prepaid starter/SIM packs untuk semua pembekal system telekomunisasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% oleh Kerajaan.’

Dan berita tersebut telah membangkitkan kemarahan banyak pihak antaranya ialah Ketua Pemuda UMNO sendiri iaitu Menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin.

Selang sehari kemudian bagi menunjukkan keprihatinannya kepada rakyat dengan selamba Najib telah berbohong dengan mengatakan keputusan itu diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi bukan dengan kelulusan kerajaan.

Berikutan itu Najib telah meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Bagi menjayakan sandiwara Najib tersebut syarikat-syarikat telekomunikasi telah menangguhkan hasrat tersebut.

Najib dikatakan berbohong kononnya tidak tahu menahu akan kenaikkan itu kerana Kerajaan UMNO/BN telah menetapkan cukai tersebut di dalam Budget yang dibentangkannya sendiri pada 15 Oktober 2010.. sila lihat budget tersebut di (SINI)

Nampaknya pentadbiran Najib masih tidak berputus asa untuk mengenakan cukai 6% tersebut keatas rakyat Malaysia (Ahli UMNO dikecualikan kot?)

Setelah gagal untuk menyusahkan rakyat yang menggunakan perkhidmatan Digi, Celcom, Maxis, dan Umobile dengan tax atau cukai perkhidmatan sebanyak 6%, Najib telah mengubah sasarannya.

Mulai 1 Januari 2012 cukai tersebut akan dikenakan terhadap semua pengguna perkhidmatan TM, Unifi, dan Streamyx.. err.. Ahli UMNO dikecualikan.

Terima kasih buat Tigaline atas info, lagi info sila lihat di (SINI)

ASD

Read more ...

BICARA SPR!!! PAS Kota Raja menang, 248 nama dikeluarkan

Hari ini selesai lah Perbicaraan Awan SPR untuk 260 bantahan yang dibuat oleh Kota Raja. Kita menang 248 dan hanya kalah 4 bantahan sementara 8 bantahan masih dalam siasatan.

Hari ini YB Dr Siti Mariah membuat 10 bantahan jam 12.30 tengahari, manakala YB Shuhaimi hadir kira-kira jam 11.00 pagi untuk membuat 10 bantahan.

Semua petugas PAS Kota Raja amat berbangga dengan pimpinan tertinggi PAS Kota Raja serta PKR Kota Raja yang hadir dikedua-dua hari semasa perbicaraan ini dijalankan. Semalam pun YB Dr Xavier turut hadir memberi sokongan kepada pembantah.

Diakhir perbicaraan Pengarah SPR Selangor Tn Hj Zulkifli sempat bergambar dengan Pengarah JPrN Selangor merangkap YDP PAS Kota Raja serta pembantah dari Kota Raja.

MESRA : Pengarah SPR Selangor bergambar bersama Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Selangor JPrN, En Jaafar Samsudin bersama sebahagian pembantah dari Kota Raja
Serious : YB Shuhaimi mendengar taklimat bantahan yang disampaikan oleh Pengrah JPrD Sri Muda Tn Hj Hakim Kari sambil dioerhatikan oleh Sdr Azmi jusoh dan Tn Hj Bahaudin Alias (MBA)

Isyarat bagus : YB Shuhaimi menang dalam perbicaraan siasatan awam SPR hari ini.

Parlimen Kota Raja

Read more ...

PENANGAN UST. AZHAR IDRUS!!! Manusia ini pasti bengkek


MUKA BLOGGER TAIPING MALI - MANJUNG MARI

Portal Inimajalah.com.my melaporkan:
Buku Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab adalah buku yang paling laris dalam pasaran saat ini.

Menurut Tn. Imran Azmi, Pengurus PTS Islamika, dalam tempoh 5 minggu buku itu terbit, hampir 30,000 naskhah sudah terjual.

Jabatan jualan PTS tidak dapat memenuhi permintaan semua kedai disebabkan banyak penjual buku bergerak yang datang membeli secara pukal dan tunai. Para penjual buku bergerak itu menjual buku ini kepada orang ramai yang datang mendengar beliau memberi kuliah.


Faktor utama yang menyebabkan buku itu amat laku adalah populariti Ustaz Azhar Idrus sendiri. Pada masa ini beliau adalah penceramah agama yang paling diminati ramai.


Buku beliau yang kedua dengan PTS sedang dalam proses editing dan dijangka akan dapat diterbitkan sebelum hujung tahun ini. -
Inimajalah.com.my
Tentu punya blogger Taiping Mali yang yang kata Ustaz Azhar Idrus bodoh bengkek bila baca berita ni. Nak buat macamana, walaupun dia yang rasa Ust Azhar Idrus ni bodoh tapi lagi ramai yang rasa ilmu Ust ni bermanfaat.

Baru 5 minggu dah terjual hampir 30,000 naskhah. Aku rasa lepas berita ni keluar lagi banyak la yang terjual. Mungkin boleh cecah 100,000 naskhah.

Kalau
bengkek sangat, aku nak cadangkan kat TaipingMali supaya cari kabel kat JAIS. Mana tau kut ada harapan Ust Azhar ni kena tahan dengan JAIS macam Bob Lokman yang kena tahan semalam.

Tapinya, kalau Ust Azhar Idrus kena tahan, lagi laris la buku dia ni. Dari 30ribu silap-silap boleh berganda jadi 300ribu, lagi la
bengkek TaipingMali.

Kalau ada yang nak dapatkan buku ni, boleh cari kat Surau atau Masjid masa Ust Azhar ni bagi kuliah kat situ, tentu ada yang jual punya. Tak pun boleh beli online kat
bookcafe.com.my.

Apa pun, aku harap sangat Ust Azhar terus jadi pendakwah bebas, maksud aku, tak payah la jadi ahli politik. Pasainya aku rasa Ustaz Azhar ni lebih berkesan dalam perjuangan menegaakkan Fasal 5 dengan cara sekarang berbanding kalau dia jadi ahli politik. kecuali la kalau dia boleh jadi sehebat TG Nik Aziz.
Cenangau

Read more ...

MAT BASHAH MELEPAS!!! Mukhriz bakal MB Kedah

Oleh SAFAR JUMAAT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiq1Ao-ZkWyr8SUUIFcGgfMhnL_EcQyNU4FKa3TZw244Fg7LovJEUoqvAQlFe9ntDRN32M8aS1_g5Nj7Jhdi7k7drfR32A554GaIksS70Zg3yGE3cSMMfeTujGum-n1oNrF68YtGxChLA/s400/Mukriz+%26+Tun+005.jpgKETIKA Umno Kedah kononnya sudah bersedia berubah, kerana bimbang akan rebah buat kali kedua, ratarata mereka tidak nampak siapakah yang bakal diketengahkan untuk menjadi calon Menteri Besar (MB) jika BN Kedah kembali berkuasa.

Beberapa pihak mentertawakan cakap-cakap bahawa Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak seperti sudah bersetuju jika Ahli Parlimen Jerlun, Dato’ Mukhriz Tun Dr Mahathir dinamakan sebagai bakal MB, selepas PRU13 kerana imej yang dibawa kononnya diterima di kalangan rakyat Kedah.

Kata mereka, Najib seperti tidak belajar dari pengalaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri (PM) yang pernah menamakan Tan Sri Sanusi Junid sebagai MB Kedah, menggantikan Tan Sri Osman Arof, hingga membawa bencana besar kepada Umno di Kedah.

Sanusi ketika dilantik menjadi MB Kedah, bukan seorang ketua Umno bahagian. Dia dikalahkan Dato’ Abu Bakar Taib sebagai Ketua Umno Bahagian Langkawi tetapi Dr Mahathir membuktikan beliau seorang yang mempunyai sifat kuku besi ketika mentadbir, tetap menamakan Sanusi sebagai MB Kedah.

Akhirnya, Sanusi yang turut dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah terpaksa meletakkan jawatan sebagai MB apabila keputusan pilihan raya umum ketika itu tidak menunjukkan Kedah adalah negeri yang diwakili Perdana Menteri dan menyebabkan Sanusi meletakan jawatannya sebagai MB. Dari 15 kerusi Parlimen di Kedah, BN hanya menang tujuh manakala PAS menang lapan.

Dr Mahathir amat marah dengan keputusan itu dan menerima perletakan jawatan Sanusi sebagai MB dan tempat Sanusi digantikan Dato’ Seri Syed Razak Syed Zin.

Syed Razak tidak dapat bertahan lama kerana masalah kesihatan dan tempatnya digantikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid. Sekali lagi, perlantikan Mahdzir dibuat oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) tanpa mengambil kira kedudukan Mahdzir yang bukan ketua bahagian.

Mahdzir yang kemudiannya dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah akhirnya membawa bersama-sama tumbang BN di Kedah dalam PRU12 yang lalu. Mahdzir kini adalah Ketua Umno Bahagian Padang Terap, jawatan yang dimenanginya selepas beliau menjadi MB.

Dari pengalaman buruk Dr Mahathir dan Abdullah ini, apakah Najib masih tidak mahu belajar supaya tidak melantik seseorang yang bukan penyandang jawatan ketua bahagian sebagai MB?

Jika Najib masih berkeras mahu melantik Mukhriz, beliau sebenarnya bukan berhasrat menyelamatkan Umno di Kedah tetapi kerana takutkan Dr. Mahathir yang mungkin menyerangnya hingga tumbang sebagaimana yang berlaku terhadap Abdullah dahulu.

Dalam hal ini, suka atau tidak, Najib mestilah mempunyai calon MB Kedah dari kalangan ketua bahagian yang boeh menang. Walaupun setakat ini, bayangan yang dilihat, Najib mahukan Dato’ Ahmad Basha Md Hanifah yang merupakan Ketua Umno Bahagian Alor Setar sebagai bakal MB Kedah selain Mukhriz tetapi ramai yang percaya, Najib akan menamakan seseorang yang berpendidikan tinggi untuk menjadi MB selepas PRU13 akan datang.

Umno Kedah sebenarnya ketandusan pemimpin. Dr. Mahathir ketika menjadi PM tidak mempedulikan Umno Kedah dan kesibukannya di Kuala Lumpur dan peringkat antarabangsa menyebabkan Kedah kini seperti sebuah gurun yang tidak ditumbuhi pokok.

Jika suatu masa dahulu Umno Kedah berbangga dengan beberapa nama seperti Allahyarham Dato’ Raja Ariffin Raja Sulaiman, Dato’ Dr Afiffuddin Omar, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Sanusi Junid dan Dato’ Mahadzir Mohd Khir, tetapi kini Umno Kedah hanya melahirkan Dato’ Mohd Johari Baharom dan Ahmad Basha yang tidak mampu dibawa ke tengah.

Ada juga yang berpandangan, kononnya Dr Mahathir memang tidak memberi pilihan kepada pucuk pimpinan, agak nama anaknya, Mukhriz dipilih menjadi MB Kedah jika BN menang dalam PRU 13 akan datang.

Mukhriz yang merupakan ahli biasa Umno di bahagian Kubang Pasu bertanding di Parlimen Jerlun dan kemungkinan kali ini, dia akan diletakkan bertanding di peringkat Dun dalam Parlimen Kubang Pasu untuk melayakkannya dilantik menjadi MB Kedah jika BN menang semula. Namun, ia bukanlah mudah kerana ada 15 ketua bahagian di Kedah yang juga kepingin untuk menjadi MB jika BN menang semula.

Cuma, kelebihan yang ada pada Muhkriz ialah “peranan Dr Mahathir” akan menjadikan dia mempunyai kelebihan dari caloncalon lain yang tentunya tidak mempunyai seorang bapa yang pernah menjadi PM.

Cuma, sebagai seorang ahli biasa, apakah selepas ini politik Umno Kedah akan kembali bergolak seperti zaman Sanusi dan Mahdzir? Ketika era Sanusi, riaknya tidak begitu ketara tetapi pengundi hampir-hampir menjatuhkan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum.

Di zaman Mahdzir, serangan bertubi-tubi Dr Mahathir ke atas kepimpinan Abdullah menyebabkan Kedah tumbang dan Mukhriz bertindak menulis surat meminta Abdullah meletakkan jawatan sebagai PM sebaik sahaja dia menang kerusi Parlimen Jerlun.

Dari apa yang Najib berikan kepada Mukhriz menunjukkan Najib cukup “menjaga hati Dr Mahathir”. Mukhriz tewas jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, tetapi kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kemudian, dalam rombakan Badan Perhubungan Umno Kedah, Mukhriz dinamakan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru menggantikan Ahmad Basha yang dilantik menjadi pengerusi.

Khabarnya, nama Mukhriz sudah diangkat sebagai Pengerusi Badan Perhubungan tetapi ada dakwaan mengatakan terdapat seorang Adun Umno di Kedah mahu meletakan jawatan jika Najib menamakan Muhkriz sebagai pengerusi menyebabkan Mukhriz hanya dilantik menjadi timbalan.

Sejauh mana kebenaran cerita ini, tiada siapa yang dapat mengesahkan tetapi beberapa pihak mendakwa, mereka lebih bersedia menerima Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah daripada Ahmad Basha, tetapi Najib tidak berani melantik Mahdzir kerana Dr Mahathir dikatakan kurang senang dengan bekas MB Kedah ini.

Mahdzir didakwa memainkan peranan hingga Dr Mahathir tewas dalam usahanya merebut salah satu kerusi perwakilan Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno beberapa tahun lalu.

http://warta-utara.blogspot.com/

Read more ...

BELASAH DUIT RAKYAT!!! Kos Najib & Ro$mah ke Kazakhstan RM 1 Juta untuk 2 hari

Lawatan PM ke Kazakhstan bernilai lebih RM1 juta

Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta.

Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.

NONELawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya.

Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan bertulis anggota parlimen Batu Tian Chua.

Chua mahu tahu jumlah kos, matlamat dan hasil rombongan perdana menteri ke Kazakhtan pada Jun dan Perth ketika hari merdeka lalu.

Dalam jawapannya, Anifah turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula bagi memenuhi undangan presiden negara itu.

Ia, tambahnya, turut menyaksikan lima dokumen ditandatangani dan perbelanjannya pula berjumlah RM323,268.19.

Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos ingga 3 September lalu pula merupakan lawatan peribadi.

Bagaimanapun, tambahnya, YAB perdana menteri mengambil peluang bertemu pelajar Malaysia dan mengadakan perbincangan dengan wakil kumpulan Muslim di sana.

Read more ...

KANTOI!!! Mat Rempit Upahan RM 10 kacau ceramah Mat Sabu ditahan, tapi polis arah lepaskan

Dengan upah RM10, dan tangki minyak motorsikal yang penuh. Sekali lagi mat rempit-mat rempit upahan regim Umno ini mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat di Kg Tahang Rimau, Segamat. Bagaimanapun kali ini untuk mereka mengulangi sekali lagi kebiadaban seperti di Labis sehingga seorang anggota Unit Amal mendapat 7 jahitan kerana dibaling objek dipercayai besi tidak kesampaian.

Dengan kekuatan Unit Amal dan komrad anak muda SAMM dari seluruh Johor. Kali ini kita lebih bersedia. Seperti yang dijangka, ketika che'guBard menyampaikan ceramah, provokasi daripada mat rempit-mat rempit upahan Umno ini bermula.


Mereka dipercayai berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama membuat bising dan kecoh di laluan utama dan kumpulan kedua membaling mercun di laluan belakang tapak ceramah. Bagaimanapun kawalan di belakang tempat ceramah agak kurang kerana ramai anak-anak muda SAMM dan Unit Amal yang berkawal di laluan utama. Baru sahaja dianggarkan 7-8 buah motorsikal melalui laluan jalan utama sambil membuat bising mereka sudah dikepung oleh orang ramai dan komrad SAMM. Ketika semakin orang ramai membantu menahan mat rampit-mat rempit inilah dipercayai kumpulan mat rempit kedua melalui laluan belakang pentas ceramah dan membaling mercun bola.



Provokasi dimulakan ketika che'guBard sedang berceramah.


Kerana persediaan dan kawalan yang lebih rapi, maka kali ini tidak ada seorang pun mat rempit daripada kumpulan pertama ini terlepas. Dengan keadaan mabuk dan mulut berbau arak akhirnya mereka mengaku mereka menerima upah dan arahan daripada Ayub (dipercayai ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat) sebanyak RM10 dan minyak motor yang diisi penuh. Menurut anggota Unit Amal yang bertugas di Labis tempoh hari, mereka mengecam kumpulan mat rempit ini adalah kumpulan yang sama bertanggungjawab membaling objek ke muka seorang anggota Unit Amal ketika program ceramah Sdr Tn Hj Md Sabu.


Bagaimanapun apa yang mengecewakan, polis meleraikan kepungan dan memberikan arahan untuk melepaskan kumpulan mat rempit ini sebaik saja nama
'Ayub' disebut. Atas dasar menghormati arahan daripada pihak berkuasa, kumpulan mat rempit ini akhirnya dilepaskan dengan selamat tanpa cedera walau sedikit pun!.

Antara kumpulan penyokong, Unit Amal dan SAMM yang mengepung kumpulan mat rempit ini.

Anggota polis mengawal keadaan selepas insiden pengepungan kumpulan mat rempit oleh orang ramai.

Jika benar bahawa kumpulan-kumpulan mat rempit ini diupah oleh Datuk Ayub maka terbuktilah bahawa mereka adalah terdiri daripada pemuda Umno di kawasan Parlimen Sekijang. Lebih memalukan mereka sekadar menggunakan sekumpulan mat rempit untuk mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat yang sudah mendapat permit daripada pihak berkuasa. Jika benar mereka tidak puas hati dengan kehadiran Tn Hj Md Sabu, silakan hantar ketua atau wakil Umno untuk bertemu. Bukan menabur wang RM10, minuman keras dan tangki minyak motorsikal diisi penuh sebagai upah membuat provokasi. Lebih bacul lagi, jika kejadian seperti di Labis berulang sehingga seorang anggota Unit Amal yang tidak berdosa menerima tujuh jahitan.

Rakyat sudah muak dengan regim, mereka dahagakan maklumat. Kehadiran warga Segamat pada malam itu cukup menakutkan mereka. Cara terbaik untuk menakutkan rakyat, provokasi!.


Apapun tahniah kepada anak-anak muda SAMM yang sanggup datang jauh antaranya daripada Seremban, Gelang Patah demi untuk menghambat anjing-anjing provokasi ini, sehingga kumpulan mat rempit pulang menikus tidak berbunyi.



Tim. Presiden Pas, Tn Hj Md Sabu menyampaikan ceramah tanpa sebarang gangguan.


Che'guBard turun bertemu anak-anak muda SAMM selepas berceramah untuk mendapatkan maklumat berkaitan insiden kumpulan mat rempit yang ditahan Unit Amal dan SAMM.



Anak-anak muda SAMM meraikan kejayaan menghalang provokasi kumpulan mat rempit selepas program ceramah di sebuah restoran di bandar Segamat.PULAK DAH

Read more ...

Monday, October 10, 2011

LAYAK KAH!!! Brahim Ali yang TIDUR dan Ro$mah yang tiada kena mengena sokong kenaikan elaun Ahli Parlimen

http://www.bloggerrakyat.com/wp-content/uploads/2011/10/Ibrahim-Ali-Tidur.jpgOleh Ismail Dahlan
“Bangun, angkat tangan bagi sesiapa yang berfikir Ahli Parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali dan Perdana Menteri Najib Razak berhak mendapat peningkatan gaji. Tidak, tidak, bukan awak Ibrahim, awak tak boleh mengundi untuk diri sendiri! Dan kamu Rosmah, kamu mana boleh mengundi untuk Najib!”

Salah satu perkara yang memeningkan kepala takala Perdana Menteri mengumumkan Belanjawan 2012 tempoh hari ialah Ibrahim Ali akan menerima elaun tambahan mulai tahun hadapan. Ini berlaku selepas beliau dirakamkan tertidur sewaktu sidang Parlimen.

Apa pesanan sebenar yang dihantar Najib? Adakah malas dan ketiduran sewaktu bekerja akan diberikan ganjaran? Melainkan Najib mahu menganugerahkan beliau atas khidmat beliau menjadi ketua ‘gedebe’ kaum Melayu rasis bak ‘samseng Kampung Dusun’.

Sudah tentu, semua Ahli Parlimen BN termasuk Najib sendiri akan menerima lebih dari itu. Dan kita perlu bertanyakan soalan ini sekarang, untuk apa peningkatan gaji ini sebenarnya? Untuk memudaratkan ekonomi? Untuk menghuru-harakan hubungan antara kaum? Untuk kenaikkan harga barang? Kerana itu jugalah sebabnya kenapa Ahli Parlimen BN sibuk ‘bekerja’ selama ini.

Harga naik takala ekonomi mula merudum?

Ahli Parlimen BN tidak berhak mendapatkan tarif pendapatan baru bilamana purata rakyat harus mengikat perut menyara hidup angkara kegagalan dan kelemahan BN. Selain sebuah 'terima kasih' yang tidak ternilai kerana telah menjarah dan mengodam hasil bumi negara sehingga tiada yang tersisa.

Kerana kemarahan inilah Najib cuba mengenengahkan pendekatan ini diwaktu keadaan ekonomi yang tidak baik.

Sekiranya mereka mahu memberikan lebih wang rakyat kepada orang seperti Ibrahim Ali, perlu ada satu referendum disetiap kerusi bahagian untuk menentukannya. Biar pengundi setempat di setiap bahagian menentukan apakah Ibrahim Ali berhak mendapatkan tarif pendapatan baru itu. Dan kepada orang seperti Zahrain, Tan tee Beng, Hee Yit Foong, Wee Choo Keong dan Gobalakrishan ‘Si Mulut Besar’. Semua pembelot ini telah menipu pengundi untuk kepentingan peribadi dan mereka ini harusnya tidak dihargai langsung.

Dibayar harga rendah - bukankah kita semua?

Menyedari kemarahan rakyat tentang pemberian gaji tambahan untuk Ahli Parlimen, Timbalan Speaker Dewan Parlimen Wan Junaidi berkata Parlimen Malaysia sedia ada membayar gaji rendah.

“Kamu tahu yang kita antara negara yang membayar gaji terendah didunia. Kita empat kali lebih rendah dari Indonesia dan Thailand…dan tak perlulah kita membandingkan dengan Singapura,” ujar Junaidi kepada Malaysian Insider.

Tapi adakah Ahli Parlimen di Singapura berbelanja dengan kereta mewah impot, terlibat dalam konsesi kayu balak, perdagangan hartanah, perniagaan pembinaan, projek-projek pembinaan hospital, sekolah,buku dan juga kantin sekolah. Dan jangan lupa pembelian kapal selam!

Tuntas rasuah dahulu!

Melainkan ada tindakan lanjut untuk mengurangkan penyelewengan di semua tingkat Eksekutif, bermula dengan Najib sendiri, kenapa perlu rakyat yang membayar cukai terus hidup sengsara?

Apapun keputusan itu nanti, tarif pendapatan baru Ahli Parlimen sudah dikedepankan. Cadangan menggandakan jumlah gaji dua kali ganda turut diberitakan.

Menurut Junaidi, 9 Ahli Parlimen yang menyertai Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang ditubuhkan tahun lalu dan tiga rang undang-undang iaitu PSA Bill, House or Parliament (Privileges and Powers) Amendment Bill dan Members of Parliament (Renumeration) Amendment Bill – telahpun dihantarkan kepada Speaker Dewan Parlimen Pandikar Amin, Presiden Dewan Senat Abu Zahar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz.

Gaji Ahli Parlimen telah digubal sebanyak lima kali pada tahun 1992,1997, 2001, 2002 and 2005 semenjak Members of Parliament (Renumeration) Bill diperkenankan pada 1980. Dalam pindaan 2005, gaji asas mereka dinaikkan dari RM5,916.90 tahun 2002 kepada RM6,508.59, tidak termasuk faedah lain seperti elaun pemandu peribadi iaitu RM1,200.

“Kita akur gaji Ahli Parlimen rendah dan perlu ada peningkatan, tetapi gaji semua orang juga rendah. Kenapa perlu mereka dahulu? Sepatutnya merekalah yang perlu dapat terakhir,” ujar Eddie Wong, ahli PKR veteran kepada Malaysia Chronicle.

“Dan untuk Ahli Parlimen BN, mereka perlu disiasat sekiranya ada sebarang perniagaan tidak langsung diatas nama mereka, faedah dan keuntungan yang diterima kerana menjadi orang kerajaan. Ambil contoh Najib dan Rosmah sekeluarga bercuti di Perth menggunakan pesawat kerajaan. Beliau tetap mahukan peningkatan gajinya? Adakah beliau berhak?”

- Malaysia Chronicle

Read more ...

TU DIA!!! Malaysia upah RM 57.68 juta Perunding Asing penyokong Israel yang terlibat hina Nabi Muhammad

Kerajaan Malaysia mengupah perunding asing, FBC media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara Mei lalu, kata Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.

Menurut Saifuddin, FBC yang menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia sebanyak 19.6 juta Euro, memuji tindakan Israel menghentikan misi bantuan kemanusian kapal Mavi Marmara ke Gaza, yang menyaksikan beberapa orang terkorban.

“Peranan FBC Media untuk mengukuhkan imej Malaysia sebagai negara Islam yang berjaya, terang-terang bercanggah. Dia dapat duit kita, dia puji Israel. Kalau baca kempen online mereka, Nabi Muhammad diserang dengan begitu hina dan jijik sekali,”

“Kerajaan mesti menjelaskan kedudukan perkara ini,” kata Saifuddin Nasution dalam perbahasannya di Dewan Rakyat semalam.

Pada 31 Mei lalu, komando Israel menyerang kapal bantuan Mavi Marmara menyaksikan lebih 10 aktivis terbunuh, manakala 12 sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal itu ditahan.

Menurut Saifuddin, tindakan itu disokong FBC Media, sebuah firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain yang dilantik kerajaan Malaysia dan kerajaan Sarawak.

FBC Media menerbitkan program TV berkaitan Malaysia yang kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu.

Saifuddin menambah, kontrak FBC media yang bermula pada 2007 dan berakhir pada 2010 itu berperanan menasihat, mengurus kempen komunikasi kerajaan, meningkatkan profil kerajaan dan Perdana Menteri serta menangani persepsi negatif negara di peringkat antarabangsa.

Tindakan FBC mendapatkan bayaran dari kerajaan Malaysia bagi menghasilkan program TV berkenaan, bercanggah dengan etika kewartawanan.

“Selepas siasatan badan regulasi media di Britain iaitu Ofcom, semua program FBC Media digantung,”

“Begitu juga di CNN dan CNBC yang menghasilkan program-program mengenai Malaysia,” kata Saifuddin.

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Read more ...

KHAIRI MERABAN!!! Padan la Najib tak lantik Ko jadi Menteri


http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2010/09/khairy_jamaludin_menangis.jpgAhli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin, dibidas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, apabila menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'berbohong' dengan ucapannya disebabkan tidak selari dengan salah satu data kewangan yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan pada 4 Oktober lalu.

Tuduhan tersebut dibuat oleh Khairy dengan mengatakan dalam ucapannya Anwar menegaskan kerajaan akan dapat menjimatkan RM5 bilion wang rakyat jika melakukan dasar penjimatan melibatkan beberapa projek termasuk bekalan komputer di sekolah-sekolah, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan 2012 dinyatakan sekitar RM17 bilion.


"Ini merupakan satu pembohongan bagi mengelirukan orang ramai. Dalam ucapannya, lain, dengan angka yang hanya RM5 bilion, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat dinyatakan begitu besar sehingga berbelas bilion," kata Khairy.


Ketika bangun menjawab tuduhan itu bagi sesi perbahasan Bajet 2012 Kerajaan BN pada persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini, Anwar berkata, tuduhan tersebut ternyata tidak berasas kerana ucapan beliau itu dibuat ketika Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 belum dibentangkan oleh beliau.


Oleh itu, ucapan beliau mengenai perkara itu hanyalah pada anggaran kasar, tetapi angka yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 itu adalah jumlah yang lebih terperinci yang sepatutnya dijadikan rujukan dan diterima.


Menurut beliau, Khairy ternyata keliru dengan perkara itu dan beliau tidak sepatutnya membuat tuduhan tersebut kerana jelas berpunca dari kekurangan penelitiannya sendiri mengenainya.


Walaupun Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh meminta Khairy melakukan penelitian lebih mendalam berhubung perkara itu, Khairy tetap menuduh Anwar "berbohong" dan menyifatkan belanjawan Pakatan Rakyat itu hanyalah angka untuk mengelirukan rakyat.


Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail yang bangun mencelah turut meminta Khairy lebih cermat dengan ucapannya kerana angka RM5 bilion yang diucapkan oleh Anwar itu hanyalah anggaran kasar, manakala angka sebenar yang dibuat dengan lebih terperinci sememangnya seperti yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.


Namun Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia tetap mempertahankan tuduhan beliau, malah melebarkan pula hujahnya dengan bukti tidak tepat yang turut dibabitkan perbezaan harga komputer masa lalu dan terkini.


Tindakan Khairy memaksa Anwar yang juga Ketua Umum PKR bangun kembali selepas itu dan berkata, Khairy ternyata keliru dan tidak teliti dalam membaca ucapan beliau dan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 itu.


"Sikap seperti ini tidak sepatutnya dimiliki. Tetapi sekarang fahamlah saya kenapa Ahli Parlimen Rembau tidak dilantik dalam Kabinet," katanya.


Manakala Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail pula ketika bangun berucap mengingatkan Khairy dan para pemimpin Kerajaan BN agar lebih bertanggungjawab terhadap wang negara dalam melaksanakan sesuatu projek.


Katanya, belanjawan alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu adalah untuk menyelamatkan wang negara dan bagi kepentingan rakyat yang sepatutnya diteliti dengan mendalam sebagai rujukan.


"Tetapi tentang projek komputer ini, di Terengganu sekarang pun (yang diperintah oleh BN) masih juga belum selesai-selesai," katanya.

Read more ...

MAK Oii!!! 400 ribu menganggur, Najib kata ekonomi meningkat



Menjawab soalan Dr Tan Seng Giew (DAP-Kepong) di Parlimen, Perdana Menteri Malaysia yang disayangi pencacai UMNO, Najib Tun Razak berkata ekonomi negara pada tempoh separuh pertama 2011 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus dan momentum lebih baik dijangkakan dalam separuh kedua tahun ini.

“Perbelanjaan penggunaan dijangka mencatat pertumbuhan kukuh berikutan peningkatan pendapatan hasil daripada harga komoditi yang kekal tinggi dan prospek pekerjaan yang stabil,” katanya.

Najib juga berkata pelaburan langsung asing negara telah meningkat kepada RM21.2 bilion pada tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2010 dan RM3.5 bilion pada Jan-Jun 2009.

Kemusykilan aku di sini ialah bagaimana Najib boleh berkata Negara mempunyai prospek pekerjaan yang stabil sedangkan laporan dari Perangkaan utama Tenaga Buruh yang dikeluarkan pada June 2011 menunjukkan kadar penganguran Negara telah meningkat semula dari 2.9% Feb 2011 kepada 3.2% pada June 2011.



Laporan tersebut menyatakan nyatakan pada Mei 2011 jumlah rakyat Malaysia yang menganggur ialah 380,300 orang dan ianya telah meningkat menjadi 400,100 orang pada bulan June 2011.

Apakah benar dakwaan Najib tentang jumlah pelaburan asing yang dikatakan meningkat itu sedangkan dalam masa yang sama kadar pengangguran Negara juga meningkat?

Takkan semua pelabur asing tu melabur dalam Magnum dan 4D kottt….ASD

Read more ...

MARI BACA!!! Bob Lokman taji Pegawai JAIS-"Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer..."

Bob Lokman

Selesai solat Isyak aku diajak oleh Ustaz Akmal ke satu program seorang sahabat kami di Taiping, disitu pelbagai perkara dibincangkan oleh kami sambil jari jemari serta anak mata begitu asyik melayari FB.

Tiba2 Ustaz Akmal mendapt satu berita dr FB yang menyatakan bahawa Bob Lokman telah ditangkap oleh JAIS disebuah surau di Hulu Langat dan beliau diseret ke Balai Polis, sebaik mendengar berita tersebut aku terus menghantar message ke pada Bob Lokman samada betul atau tidak berita tersebut.

Selang 5 minit Bob menelefon aku. "Cepatnyerr sampai berita nie...". perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau. "Biasalaa bang....zaman sekarang kan zaman teknologi." balas aku. "Betul kerr citer nie bang....cer citer cer citer...". gurau aku.

Bob pun memulakan ceritanya, menurut beliau apabila selesai sahaja menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah katanya).

seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya bob.

"Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan". ujar Pegawai tersebut.

Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..." bob bagitaw aku.....hi3

"Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.

ada sorang pakcik tue cakap "Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang" ujar bob kepada aku.

Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung "Tazkirahnya" sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya.

"Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan aku". ujar bob di akhir perbualan.

Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini....Takbir!!!!Teratakkampungku

Read more ...

TUTUP BOBROK !!! Kenapa Laporan Audit tak dibentang?



Kali pertama dalam sejarah laporan audit Ketua Audit Negara tak dibentang sebelum Bajet diumumkan


Apa maknanya ini?


Ini maknanya Najib menipu data-data bajet yang dibentangnya, sebab apa-apa cadangan dalam bajet mesti dirujuk bersama dengan audit yang dikeluarkan


Sama la macam naik motor tak pakai topi keledar


Kalau mampus tengah jalan memang mati katak laa


Nak sokong Najib yang rompak Perak pakai duit judi Vinsetan?


Jawab laa masing-masing kat "sana"



JALAN PULANG



Belanjawan 2012 yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 7 Oktober lalu dibentang tanpa meneliti laporan Ketua Audit Negara. sepertimana kebiasaan.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan tersebut juga dibentang tanpa meneliti laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara.


“Belum pernah berlaku laporan Ketua Audit Negara belum dibentangkan sebelum belanjawan dibentangkan.


“Adakah ini untuk mengelakkan Yang Berhormat (Ahli-ahli Parlimen) membahaskan laporan Ketua Audit Negara itu?” soal Anwar ketika membahaskan belanjawan 2012 di parlimen hari ini.


Menurut Anwar, peruntukan sebanyak RM232.8 bilion juga terlalu membazir ketika negara kini mengalami defisit perbelanjaan untuk 14 tahun berturut-turut.


Justeru itu, beliau mencabar Belanjawan 2012 diunjur semula kepada RM220 bilion sahaja seperti Belanjawan Kesejahteraan untuk Semua yang dibentang PakatanRakyat 4 Oktober lalu.


Potongan dan kajian semula itu juga perlu dilakukan kerana belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri dibuat berdasarkan unjuran defisit dan pertumbuhan yang tidak tepat.


“Perbelanjaan RM232.8 bilion yang diumumkan (Najib) adalah berasaskan angka-angka unjuran yang tidak tepat dengan penambahan beban hutang rakyat dan negara.


“Unjuran defisit pada angka 4.7% ini adalah tidak tepat dan tanpa wibawa kerana ia bergantung kepada pertumbuhan ekonomi tahun 2011 dan unjuran 2012, serta unjuran jumlah pendapatan negara dalam tahun 2012,” kata Anwar.


Pendapatan negara yang akan tumbuh pada kadar lima hingga enam peratus yang diumumkan Najib juga, kata Anwar, jauh tersasar daripada jangkaan penganalisa ekonomi tempatan dan dunia.


Beliau mengambil contoh RHB Bank dan Malaysian Institute of Economic Research yang menjangkakan ekonomi Malaysia akan tumbuh pada kadar antara 4.8 ke 5.7 peratus sahaja berdasarkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.


Anwar dalam perbahasan tersebut juga percaya, Najib sengaja mengelirukan rakyat dengan unjuran pertumbuhan ekonomi tinggi agar Kerajaan Persekutuan boleh menuntut dividen lebih tinggi daripada Petronas.


“Begitu juga dengan unjuran pendapatan sebanyak RM186.9 bilion. Berdasarkan unjuran pertumbuhan yang lebih perlahan, unjuran pendapatan mendedahkan niat tersirat Barisan Nasional untuk menuntut dividen yang tinggi daripada Petronas,” kata Anwar.

Read more ...