Sunday, May 20, 2012

TINGGALKAN UMNO!!! Orang Melayu lebih terjamin di bawah Pakatan di Pulau Pinang

Polemik terbesar di Pulau Pinang pastinya persoalan kuasa politik dan ekonomi orang Melayu di negeri ini. Sering kali kita mendengar atau membaca tajuk – tajuk berita seperti ”Melayu Pulau Pinang Terpinggir”, ”Melayu Tiada Suara Di Pulau Pinang” dan banyak lagi ungkapan – ungkapan yang cuba mengambarkan bahawa kewujudan orang Melayu di Pulau Pinang benar – benar terancam. 
 
Amat malang sekali, mutakhir ini, (sejak Mac 2008) keadaan Melayu di negeri ini digambarkan seolah – olah lebih parah terutamanya oleh media kawalan pembangkang di negeri ini iaitu, Umno dan Barisan Nasional.
Mengikut statistik Jabatan Perangakaan Malaysia, untuk tahun 2010, jumlah penduduk Pulau Pinang adalah 1, 609, 000 orang dan mengikut pecahan etnik, orang Melayu sudah mengatasi jumlah orang Cina di negeri ini; 676, 900 (42.06%) orang Melayu dan 658, 700 (40.93%) orang Cina dan selebihnya 155, 600 orang India dan 118, 700 etnik lain – lain. 
 
Maka, label bahawa Pulau Pinang adalah negeri majoriti Cina tidak lagi sesuai untuk digunapakai. Hakikatnya jumlah orang Melayu dan Cina hampir seimbang tetapi secara geografinya terpisah di pulau dan tanah besar, Seberang Perai.
Mac 2008 menyaksikan antara tsunami politik terbesar berlaku di Pulau Pinang. Jika pada Pilihan Raya Umum 2004, Barisan Nasional dengan selesa memenangi 38 kerusi DUN, tsunami politik 2008 menyaksikan Pakatan Rakyat, terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) memenangi 19 kerusi,  
 
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sembilan kerusi dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) satu kerusi manakala Barisan Nasional melalui UMNO sekadar memenangi 11 kerusi.

Keputusan ini bukanlah kali pertama rakyat Pulau Pinang memilih untuk menukar kerajaan kerana sejarah menunjukkan rakyat negeri ini pernah menolak Perikatan pad Pilihan Raya Umum 1969 dengan memilih Parti Gerakan.
Saat Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang, serangan retorik terkikisnya kuasa politik Melayu di negeri ini bermula. Stigma bahawa DAP sebuah parti cauvinis Cina diapi – apikan di kalangan orang Melayu. 
 
Secara tiba – tiba rakyat disajikan dengan berbagai laporan kemiskinan orang Melayu, isu pemilikan tanah oleh orang Melayu yang kurang di Pulau Pinang dan pelbagai lagi bentuk serangan yang berasaskan politik perkauman sempit.
Walhal, kita semua sedia maklum, UMNO pernah menerajui kerajaan negeri bukan hanya selepas merdeka bahkan selepas 1969 pun, UMNO berada di tampuk kuasa. 
 
Maka dimanakah perwira dan pejuang bangsa Melayu yang merupakan pimpinan UMNO ini berada ketika orang Melayu Pulau Pinang memerlukan pembelaan dan idea – idea baru dalam memajukan orang Melayu baik dari segi politik mahupun sosioekonomi? 
 
Mengapa pengkhianatan yang dibalas atas kepercayaan setiap rakyat kepada mereka dahulu?
Amat malang apabila masalah ekonomi dan kuasa pemilikan hartanah orang Melayu di negeri ini dipolitikkan seolah - olah ianya bermula hanya selepas Pakatan Rakyat memerintah. Sedangkan masalah ini diwarisi daripada kerajaan negeri di bawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional. 
 
Hakikatnya kerakusan Umno selama lebih 40 tahun memerintah Pulau Pinang menyebabkan banyak tanah milik orang Melayu (terutamanya di Tanjung) tergadai lantas kuasa ekonomi orang Melayu menguncup. 
 
Umno bukan saja gagal meningkatkan penguasaan ekonomi orang Melayu, tetapi telah memilih untuk membenarkan mereka yang korup kekal berkuasa kononnya di atas agenda ketuanan Melayu.
Namun, sejak 2008, Pakatan Rakyat pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, telah melakukan beberapa reformasi penting di negeri ini. Antaranya menghapuskan kemiskinan tegar, meningkatkan perbelanjaan hal ehwal agama Islam, memberi bantuan lebih banyak kepada rumah ibadat, khairiat kematian yang lebih tinggi, hadiah untuk anak yang baru lahir, bantuan RM100 untuk warga emas dan lebih 70 peratus kontraktor Melayu memenangi projek kerajaan negeri hasil sistem tender terbuka.
Hakikat yang tidak dapat kita lari, nasib orang Melayu dan rakyat seluruhnya lebih terjamin semenjak Pakatan Rakyat memerintah. Program - program ekonomi yang disusun, kecekapan dan ketelusan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini bukan lagi rahsia atau retorik kosong semata - mata. 
 
Laporan Audit Negara dan laporan pelabur asing menunjukkan negeri ini bebas dari amalan korup dan salahguna kuasa sejak Pakatan Rakyat memerintah.
Menjelang Pilihan Raya Umum 13 yang semakin hampir, parti komponen Barisan Nasional, MCA dan Gerakan, masih lagi gagal untuk mengembalikan sokongan bukan Melayu di negeri ini. 
 
Krisis kepimpinan yang dihadapi komponen Barisan Nasional nyata bakal merencatkan lagi usaha mereka untuk menawan kembali negeri ini. Usaha transformasi Datuk Seri Najib Razak yang indah khabar dari rupa juga disambut dingin oleh majoriti rakyat negeri ini.

Umno tidak mampu untuk membentuk kerajaan tanpa kemenangan parti komponen, MCA dan Gerakan, tanpa sokongan dari etnik lain selain Melayu di negeri ini. 
 
Kenyataan Dato' Zainal Abidin (pengerusi perhubungan Umno negeri) bahawa mereka bersedia menjadi pembangkang untuk satu lagi penggal membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bakal mengekalkan kuasa pada pilihan raya depan.
Maka, realiti politik orang Melayu Pulau Pinang pada pilihan raya umum depan adalah untuk tidak lagi duduk sebagai majoriti pembangkang, tetapi menambah wakil rakyat Melayu dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri.  
 
Sudah tiba masanya sokongan orang Melayu dialihkan kepada Keadilan dan PAS. Orang Melayu harus berani keluar dari dogma bahawa Umno saja mewakili orang Melayu.
Orang Melayu harus sedar bahawa parti politik untuk masa depan adalah parti politik yang mampu mendapat sokongan semua rakyat Malaysia tanpa kira ras dan agama. Tiada guna lagi mengangkat pemimpin Melayu yang hebat melaungkan ketuanan tetapi sebenarnya korup dan pura - pura. 
 
Pemimpin Melayu yang progresif,, berjiwa rakyat dan adil kepada semua adalah sosok pemimpin yang kita perlukan di saat ini. Moga sosok pemimpin ini mampu membawa pencerahan kepada segenap bangsa di negeri ini untuk kita bina Pulau Pinang yang lebih gemilang untuk diwariskan pada anak - anak negeri ini.

oleh Dr Afif Bahrdin 
 
 
 
 
 
 
 
 
sharpshooter

Read more ...

MUSNAHKAN PAS!!! Cadangan tak cerdik dari Zainudin Maidin

KUALA LUMPUR: Pakar media Umno, Datuk Zainudin Maidin atau Zam menentang keras cadangan muzakarah Umno dengan PAS sebaliknya mencadangkan PAS dilumpuh dan dimusnahkan. (Tulisan Zam dalam Utusan hari ini)

"PAS tidaklah seharusnya menjadi pilihan Umno untuk perpaduan Melayu tetapi sebaliknya perpaduan Melayu hanya akan wujud dengan melumpuhkan PAS," tulis Zam dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini.


Bekas Menteri Penerangan dan Ketua Pengarang Utusan itu berkata, "kesempatan haruslah diambil daripada keruntuhan moral dan kekalutan politik PAS sekarang untuk memusnahkan sama sekali PAS."


Pendirian Zam ini dipercayai pendirian kebanyakan pemimpin Umno dalam menghadapi PAS.

Mereka bukannya mahu bermuzakarah dengan PAS tetapi mahu menghancurkan PAS sama sekali dengan menimbulkan keraguan di kalangan ahli PAS kepada pemimpinnya.


Mereka juga bertujuan untuk melahirkan keraguan rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat terhadap hala tuju perjuangan PAS di negara ini.


Sejak kebelakangan ini, media Umno itu galak benar menyiarkan berita berkaitan dengan cadangan muzakarah yang disebut oleh pimpinan PAS.


Cadangan muzakarah dengan semua NGO dan parti politik untuk menerangkan dasar PAS dijadikan cadangan PAS untuk bermuzakarah dengan Umno dan menghasilkan anggapan PAS mahu bergabung dengan Umno.


Tun Dr Mahathir pula hari ini mendakwa PAS tidak ikhlas mahu bermuzakarah dengan Umno.


Sebab itulah, katanya, pelbagai alsan dicari PAS untuk menggagalkan usaha itu.


Padahal, PAS menawarkan muzakarah kepada semua NGO dan parti politik
untuk menerangkan Islam yang dibawanya tetapi Umno merosakkannya dengan berkata PAS mahu bermuzakarah dengan Umno.

Harakah Daily
menerangkan Islam yang dibawanya tetapi Umno merosakkannya dengan berkata PAS mahu bermuzakarah dengan Umno.

Harakah Daily

Read more ...

SAH!!! Datuk Fauzi Shaari kini bersama PAS


Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam ini dengan rasminya menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS).

Borang keahlian diserahkan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai PAS di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang di sini.


Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.


Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).


Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.


Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.


Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.


Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu PR khususnya PAS melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan.


"Bukanlah bila saya masuk PAS bukan semuanya tak betul. Mana yang boleh tegur, kena tegurlah," katanya.


Pada majlis itu juga, Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Perak yang menjadi pengerusi majlis, Akmal Kamaluddin secara berseloroh mahu Fauzi mengetuai Bersih 4.0 dan kemudiannnya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Read more ...

SPR PENING!!! Timun, Kangkung, Harimau , Kuda semua ada nama dalam daftar pemilih


[mStar] PORT DICKSON: Mereka yang memiliki nama-nama 'unik' membuatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pening kepala dengan para pengkritik yang mempertikaikan kewujudan golongan tersebut.


Namun, SPR berkata, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuktikan bahawa mereka adalah pengundi yang sah.


Para pengkritik suruhanjaya itu membuat jenaka terhadap nama-nama haiwan, sayur-sayuran dan individu terkemuka yang masih hidup atau meninggal dunia dalam kalangan daftar pemilih seramai 12.8 juta pengundi.


Mereka turut bertanya mengapa wujud pengundi dengan nama seperti Timun, Kangkung, Harimau dan Kuda dalam daftar pemilih.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mereka yang memiliki nama unik yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak adalah pengundi sah.


Katanya, adalah tidak adil bagi SPR dituduh sengaja mereka nama-nama tersebut dan mendaftarkan pengundi-pengundi yang tidak wujud.


"Agak hairan bahawa pengkritik masih tidak memahami perkara ini yang berada diluar kawalan kami.


"Kami mempunyai pengundi yang memiliki nama seperti Elvis Presley, Reagan dan A.Ramlie bin Jefridin dalam daftar pemilih. Namun, kesemuanya wujud dan merupakan rakyat Malaysia," katanya. (A.Ramli dan Jefri Din merupakan penyanyi terkemuka negara pada 1960)


Abdul Aziz berkata, terdapat pengundi dengan nama seperti Atas Jalan, Tepi Jalan, Machine Gun dan Boeing.


"Selagi butiran tarikh lahir mereka sama dengan rekod JPN, kami tidak boleh mempertikaikan status mereka dan mesti mendaftarkan mereka sebagai pengundi," katanya.


Beliau berkata, SPR terus menerima kritikan berhubung perkara yang diluar kawalan mereka walaupun pelbagai usaha dilakukan pegawai-pegawai untuk memastikan daftar pemilih bersih dan dikemas kini.


Katanya, daftar pemilih mempunyai kira-kira 15,000 pengundi yang nombor kad pengenalan mereka tidak selari dengan jantina seperti ditetapkan JPN.


Bagi jantina lelaki, nombor terakhir dalam 12 digit kad pengenalan merupakan nombor ganjil manakala perempuan pula adalah nombor genap.


"Jika berlaku campur aduk, kami tidak boleh katakan bahawa mereka tidak boleh didaftarkan sebagai pengundi kerana JPN mempunyai rekod mengenai kewujudan mereka.


"Mungkin berlaku kesilapan apabila MyKad diserahkan kepada mereka," katanya.


Abdul Aziz berkata, mereka juga sering dilontarkan dengan pertanyaan mengenai kewujudan pengundi yang memiliki nama serupa dan lahir pada tarikh dan negeri yang sama.


"Perbezaan hanya empat digit terakhir dalam nombor kad pengenalan mereka. Apabila kami mengenal pasti kes ini dengan JPN, kami mendapati mereka didaftarkan pada sejak lahir dan masih hidup," katanya.


Menurut beliau, terdapat beberapa soalan dibangkitkan mengenai kewujudan pengundi yang berusia lebih 100 tahun dalam daftar pemilih walaupun rekod SPR menunjukkan kira-kira 1,000 pengundi bagi golongan tersebut.


"Kami terus mengesahkan maklumat-maklumat tersebut dengan agensi berkaitan. Kami tidak boleh memadam nama-nama pengundi walaupun mereka sudah mencecah usia 100 tahun.


Abdul Aziz berkata, kira-kira 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih walaupun pelbagai kempen dilakukan untuk menggalakkan mereka berbuat demikian.

Read more ...

MANA UMNO, PERKASA & ISMA?!!! Kenapa tak buat demo bantah kerajaan benarkan Irshad Manji tokoh LGBT

PAS kesal kerajaan gagal halang Irshad Manji
KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kekesalan terhadap kerajaan atas kegagalan menghalang Irshad Manji memasuki negara ini, biarpun menerima bantahan awal daripada PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan kerajaan sewajarnya menghalang kemasukan Irshad dengan kuasa yang ada, lebih-lebih lagi arif mengenai pegangan Irshad.


Tegas beliau, kerajaan bukan tidak tahu mengenai Irshad, sedangkan warga Kanada itu pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini dengan bukunya-
The Trouble With Islam Today.

"Kerajaan sepatutnya menghalang lebih awal, sebelum kemasukan beliau.  Macam sekarang, ia sudah terlewat apabila buku terbarunya-
Islam, Liberty and Love dilancarkan di negara ini, pagi tadi.
"Sedangkan PAS, melalui Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum ini, ada menyerahkan nota bantahan meminta kerajaan menghalang kemasukannya," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi, kerajaan juga tidak bersikap konsisten berhubung isu LGBT ini, memandangkan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga terus dikecam kerana dikatakan penyokong LGBT.


Sebaliknya, tambah Tuan Ibrahim, kerajaan tidak bertindak tegas terhadap Irshad yang juga dikatakan pro-LGBT.


Begitu juga, katanya dengan pihak-pihak tertentu yang kononnya menentang dan mengecam Ambiga sebelum ini, apabila kemudiannya hanya berdiam diri berhubung isu Irshad.


"Bagi saya, ia hanya tindakan sandiwara politik yang dimainkan kerajaan berhubung LGBT.  Sedangkan kerajaan tidak konsisten, malah tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang program beliau," kata Tuan Ibrahim lagi.


Memandangkan buku terbaru Irshad telah dilancarkan, maka Tuan Ibrahim menggesa kerajaan agar meneliti semula dan bertindak segera terhadap penjualan buku tersebut.


Katanya, jika sebelum ini kerajaan bertindak mengharamkan buku pertamanya, hanya selepas lapan bulan dilancarkan, PAS menggesa kerajaan segera bertindak untuk buku terbaru Irshad ini.


Irshad, pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk 'The Trouble With Islam Today' yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel 'The Satanic Verses', Salman Rushdie.


Manakala, buku terbaru yang dilancarkan hari ini, bertajuk 'Islam, Liberty and Love' yang dikatakan dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.

Read more ...

KERJA BANGANG!!! Mai tengok UMNO anjur 'Bersih 4.0' dengan semangat berkobar-kobar




Dikhabarkan BERSIH 4.0 anjuran Umno sedang berlangsung di KL skrg, bertemakan "Mencucikan Bersih 1 , 2 dan 3" .

Wakakakkkkk....Ini bukan BERSIH (Gabungan pilihanraya bersih dan adil) tetapi ini adalah Pemuda UMNO Selangor bersama-sama berganding bahu dengan PERKASA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyamar sebagai peniaga-peniaga kecil buat lagi satu NGO dinamakan BERSIH 4 yang dilancarkan di Dataran Madras depan Semua House, KL sebentar tadi


......aktiviti penipu dan bodoh pertama mereka ialah akan memohon 60 permit peniaga bagi membuka gerai di depan rumah Datuk Ambiga pada 24-25/5/2012....Wahahahhahahahahahahhhhhaaaaaa.....bodus.... — dengan Arman Arshad.

:
Pejuang keadilan

Read more ...

PARTI KOMUNIS LAWAT FELDA!!! Kenapa UMNO dan Perkasa tak buat demo halang?


KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS mengesyaki ada agenda tersembunyi di sebalik tindakan kerajaan membenarkan ­kunjungan delegasi Parti Komunis China (PKC) ke Felda Lurah Bilut, Pahang, 12 Mei lalu.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, sedangkan sebelum ini isu komunis sangat sensitif di kalangan masyarakat.

Malah, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikecam hebat kerana dikatakan membela komunis.

"Difahamkan PKC membuat lawatan sambil belajar dan berminat dengan pelaburan Felda Global Ventures. Kita tak kisah yang itu, tapi perkara pokoknya kenapa lawatan dibuat atas nama parti? Adakah kerajaan mengiktiraf PKC?" katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Mazlan juga berkata, kerajaan  bersikap 'double standard' apabila menyambut kedatangan PKC sebaliknya menyekat Anak dan pemimpin Pakatan Rakyat bertemu masyarakat Felda.

"Pakatan Rakyat sering dihalang daripada masuk ke Felda, program disekat, tapi PKC senang-senang sahaja boleh masuk, menerima layanan baik daripada pihak pengurusan Felda," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Parlimen Bentong membuat laporan polis berhubung perkara ini semalam.

Mereka bimbang wujud elemen negatif memandangkan di Felda Lurah Bilut terdapat peneroka kaum Cina.

Read more ...

Saturday, May 19, 2012

AZAN DI PADANG KOTA!!! Berkumandang di zaman DAP perintah, tidak pernah wujud semasa BN/ UMNO perintah




(Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud)

GEORGETOWN: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012.


Ia diikutiwacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman.

Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan.

Namun, situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang.

(Ribuan manusia tekun mendengar tazkirah dari Ustaz Azhar Idrus)

Mereka mendengar persembahan bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon, Imam Muda, Asraf yang menyampaikan kuliah magrib serta Ustaz Youtube, Ustaz Azhar Idrus.


Kesemuanya gembira setelah melihat lautan manusia datang membanjiri padang yang pernah menjadi lokasi mereka membuat persembahan hiburan sebelum ini.

Hanya Ustaz Azhar Idrus yang hanya melintasi kawasan ini ketika di jemput mengadakan kuliah bulanan di Pulau Pinang atau keluar bersama rakan merakam gambar terindah sekitar Georgetown.

Sepanjang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) program seumpama ini tidak pernah diadakan dan yang mereka tahu hanyalah hiburan kononya untuk mendekati anak muda.

Lebih memalukan kepada pihak yang selalu membuat kacau terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta taburan fitnah yang berterusan mengatakan pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng anti Islam akhirnya suara azam boleh berkumandang di Padang Kota iaitu luar kawasan masjid.

Jiwa anak muda kini walaupun mereka 'rock' tetapi dalam hati mereka terbuka luas untuk Islam dan mahukan perubahan politik yang telah lama membelenggu kehidupan rakyat dengan kenaikan harga barangan, petrolium, kemudahan asas dan seumpamanya.

Bob Lokman dalam ucapan permulaan majlis berkata, berbelas kali beliau memijak kaki di Padang Kota tetapi malam ini satu kelainan yang tidak pernah terbayang dipemikirannya.

Tapak untuk muda muda bersuka ria malam itu penuh dengan insan yang mahukan pembersihan jiwa.

"Dulu kami sebagai penghibur gembira bila ramai yang datang memberikan sokongan dengan jiwa yang kosong.

Malam ini lebih gembira sebab ramai yang datang dengan jiwa yang tenang untuk mengisi soal keagamaan, " jelasnya.

Begitu juga Sham Kamekaze, Ali XPDC dan Jon dari Spring walaupun mereka bukan penceramah atau ustaz tetapi alunan bunyi gitar dan kemerduan suara sudah cukup menyentuh perasaan bahawa kemunculan mereka di pentas sedemikian ada kelainan berbanding dulu.

Suara lunak Ali yang pernah menjadi vokalis Terarossa di era rock 1990 an tiada bezanya apabila menyampaikan lagu-lagu berirama ketuhanan hasil ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri.

Para hadirin yang datang bukan hanya untuk mendengar jawapan dari berbagai persoalan yang ditanyakan oleh para pengunjung malahan dapat membeli barangan yang dijual peniaga.

Program berbentuk santai itu, membolehkan keluarga duduk makan minum di atas padang bahkan terdapat pengunjung bukan Islam datang untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan.

Walaupun antara mereka tidak memahaminya namun mereka percaya golongan yang hadir pada program tersebut merupakan golongan yang baik jauh dari sikap ganas sepertimana yang digambarkan.Kedah La

Read more ...

ANGKARA SAMSENG TAIK MINYAK!!! Kereta 2 Adun PR kena belasah



Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga dihadiri sekumpulan pemarah yang tidak berpuas hati.

ADUN Ayer Keroh Khoo Poay Tiong berkata kumpulan pengacau itu menyerangnya dan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew apabila mereka meninggalkan tempat acara itu.

"Batu dan telur mengenai kereta kami. Cermin depan anggota kami turut pecah," katanya.

Salah satu daripada tayar kenderaan Tey juga dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu.

Beliau membuat laporan polis di balai polis Merlimau.

Read more ...

DI PAHANG SAHAJA!!! 60 pegawai dan anggota Polis terlibat dengan kes dadah dari 2010 hingga April 2012

KUANTAN - Seramai 62 pegawai dan anggota polis dari Kontinjen Pahang ditangkap kerana terlibat dalam pengedaran dan penyalahgunaan dadah sepanjang tempoh kajian dua tahun empat bulan bermula 2010 hingga April 2012.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, perbuatan segelintir pegawai dan anggota polis dari kontinjen Pahang itu mencalarkan usaha pucuk pimpinan dalam memperjuangkan maruah pasukan.


Menurutnya, masih ada pegawai dan anggota menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi walaupun tahu bahawa perbuatan itu menyalahi undang-undang.

“Ada juga dalam kalangan warga kontinjen Pahang terlibat dalam kesalahan jenayah sedangkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.,” katanya melalui teks ucapan yang dibacakan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff sempena perhimpunan bulanan IPD itu di sini, kelmarin.


Sharifuddin berkata, sikap segelintir mereka yang menyalahgunakan kuasa ini menyebabkan pasukan dipandang sinis oleh sesetengah pihak sekali gus memberikan gambaran serong bahawa polis Pahang memiliki integriti yang rendah.


“Penekanan kepada penyeliaan hendaklah sentiasa berterusan dan sentiasa diadakan bagi mengawal gejala ini daripada berleluasa,” katanya.Kedahkini

Read more ...

SEDIA JADI CALON!!! Mahukah Najib nak terima Fathul Bari jadi calon ? untuk diperkuda bolehlah..

Ulama Muda Umno tidak menolak untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya sekiranya mendapat lampu hijau dari kepimpinan pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya bersedia menghulurkan bantuan jika parti memerlukan mereka, bagaimanapun menegaskan, pihaknya bukan jenis yang meminta-meminta, tetapi sedia membantu jika diperlukan bagi memperjuangkan prinsip Islam.


"Kami tidak akan menolak. Kami bukanlah jenis yang meminta-minta, jika parti perlukan kami, kami sedia berkhidmat untuk memperjuangkan prinsip Islam," jelasnya.



Kewujudan cabang ulama muda di dalam Umno dilihat masih baru berbanding PAS yang mempunyai Dewan Ulama sendiri, khusus untuk pemantapan ahli PAS dan penyertaan politik yang aktif.

Bagaimanapun, ulama muda Umno ini menjelaskan, kewujudan mereka tidak seharusnya dilihat sebagai satu entiti semata-mata, sebaliknya perlu dilihat dari konteks yang lebih luas.

"Kami bukan berjuang atas dasar peribadi, politik. Tetapi kami berjuang demi agama," tegas Fathul Bari.

Menurut bekas Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN) ini lagi, pihaknya tidak berat sebelah dalam mengeluarkan kenyataan, sama ada melibatkan pembangkang mahupun kerajaan pimpinan Umno-BN, parti yang dianggotai mereka.

"Suara kami tidak pernah disekat. Umno tidak pernah menghalang kami, bahkan, kami turut mengeluarkan kenyataan yang tidak memihak kepada parti, tapi kami tidak pernah disekat," katanya lagi membandingkan kebebasan bersuara di dalam PAS.

"Bukan seperti PAS. Ramai ulama PAS yang dihalang daripada mengemukakan kenyataan yang bercanggah dengan pemimpin mereka. Kita lihat mereka bercakaran dalam Pakatan Rakyat (PR), tapi mana suara ulama, pemimpin PAS?", soal beliau lagi.

Fathul Bari turut menegaskan, segala kenyataan yang diutarakan ulama muda tersebut juga bukanlah atas telunjuk Umno, sebaliknya atas inisiatif mereka sendiri selaku umat Islam.

"Adakah kami keluarkan kenyataan mengikut kepentingan Umno?" Tidak," tegasnya, dan menambah, perjuangan kumpulan ulama muda tersebut adalah semata-mata kerana Islam dan masyarakat Melayu di negara ini.


# memang la suara tak disekat sebab tak sentuh Najib dan Rosmah, tak kacau dasar UMNO. Cuba bersuara tentang dasar sekular UMNO. Tak lama la ko kena.... 

Read more ...

SOKONG GEGAR!!! Anuar Musa dipecat dari UMNO ?



Ahh !! kasar bunyi tajuk ini...

Tetapi ia ada  berkemungkinan beliau di pecat atau menghadapi jawatan kuasa disiplin Umno ..kerana sekeping gambar ini  memperlihatkan Tan Sri Anuar telah menyertai  satu kumpulan NGO (Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan ) semalam dalam usaha menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti dari Petronas.
Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu dari Anwar musa sendiri ( gambar atas) .

Dengan menandatangani sokongan ini seolah olah Anuar Musa menyokong usaha kerajaan negeri yang di terajui oleh Parti Pas, sudah tentu akan menimbulkan kemarahan dari puak puak Umno ( kita tunggu dan lihat ) .
Umum mengetahui dalang di sebalik kemelut duit royalti  minyak ini datangnya dari Umno Parti yang di sertai oleh Anuar Musa bukannya dari Petronas.
Sebagai  yang terjadi dan apa yang pernah berlaku diTerenganu  bila mana perjanjian di cabuli oleh Kerajaan Pusat (UMNO) apabila mereka tewas pada Pru ke 10 pada tahun 1999 dengan merampas hak kerajaan baru Trangganu di bawah Pas pada masa itu.

Menjadi tanda tanya adakah Anuar Musa menongkah arus didalam polemik isu Royalti diantara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan ? 
 sedangkan kita mengetauhui bahawa Anuar Musa adalah diantara orang kuat Umno Kelantan dan pernah menjadi Adun Merlor serta pernah memegang jawatan Menteri Belia  dan Sukan serta pernah menjawat jawatan ahli majlis tertinggi Umno.

Adakah  tindakan Anuar Musa benar benar ikhlas atau hanya sekadar  dia menagih sokongan dari peminatnya di Bukit Jalil ,kerana  kerana kita tahu pada  5 april 2012 beliau telah di gantung oleh FAM selama 30 bulan dari bergiat dalam bola sepak negara. Ianya menjadi satu tanda tanya buat diri saya . 
Jika Anuar Musa benar benar ikhlas menanda tangani saya ucapkan syabas kepada beliau.

Sebaiknya Tan Sri Anuar Musa sebagai anak jati negeri Kelantan sepatutnya mengenepikan sentimen parti dalam isu tuntutan ini, Umno atau Pas  yang  memerentah yang penting kembalikan wang kepada yang hak . 
Jangan kamu  (Umno Pusat ) mencabuli perjanjian yang di menterai demi dendam kesumat serta berpolitik sempit.Kerana esok apa yang di lakukan akan di persolakan oleh Allah di Akhirat kelak. 
Di akhir kata apa yang berlaku du bukit jalil semalam  akan membuka lembaran baru di dalam kemelut ini tuntutan royalti antara negeri dan pusat.

** Taniah Kelantan  kerana menjadi juara piala FA semalam.

wallahualam..Batu vs Kayu

Read more ...