Monday, May 28, 2012

GAMBAR DUA REMAJA YANG PARAH!!! Penganjur Himpunan Jutaan Belia kena ambil tanggungjawab





Naib presiden PKR N Surendran berkata penganjur kepada acara perlumbaan yang berakhir dengan tragedi ketika Himpunan Jutaan Belia pada Sabtu lalu perlu disiasat atas kemalangan yang berlaku.

Katanya, insiden yang menyebabkan 17 orang cedera, dua daripada parah dan menerima rawatan rapi, perlu disiasat lanjut kerana mungkin melibatkan unsur kecuaian jenayah.

Katanya penganjur berkenaan, MUSC Motorsport, dalam kejadian itu hanya meletakkan pasu bunga untuk memisahkan penonton dan jalan raya yang menjadi litar perlumbaan.

Perkara itu jelas merupakan satu kesalahan dan penganjur tidak sepatutnya memulakan perlumbaan dengan langkah keselamatan seperti itu, katanya.

"Saya terkejut melihat pesakit yang mengalami kecederaan di bahagian usus dan bahagian dalaman yang teruk.

"Kita perlu mengambil tindakan serius... Mangsa perlu menerima keadilan terhadap kes ini kerana secara terang, hanya pasu bunga menjadi penghadang antara penonton dan litar.

"Ini memang salah...PKR bersedia untuk memberi bantuan guaman kepada sesiapa yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas melawat individu berkenaan di Hospital Putrajaya hari ini.

Seorang lagi naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar berkata MUSC Motorsport perlu bertanggungjawab kerana insiden tersebut melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam yang hadir untuk menonton perlumbaan jalan raya itu

"Kejadian ini amat serius kerana ramai orang yang cedera sehingga ada yang dimasukkan ke dalam ICU. Perkara ini menjadi pengajaran buat kita, dalam apa-apa acara yang dilakukan keselamatan orang awam perlu diutamakan.

Bercakap ketika ditemui selepas melawat dua mangsa berkenaan, Nurul Izzah berkata insiden tersebut merupakan satu peringatan yang baik kepada kerajaan untuk lebih menitikberatkan keselamatan orang ramai.

"Isu keselamatan kita tak boleh kompromi. Dan saya hadir hari ini untuk nyatakan sokongan dan sebagai penegasan terhadap insiden ini," katanya.

Read more ...

BERI DUIT LAGI!!! Rakyat dah lupa BR1M, Najib nak bagi BR1M kali kedua untuk beli undi ?


Kegagalan transformasi Najib dalam pentadbiran kini nampak tidak berkesan langsung, tiada petunjuk ekonomi berkembang. Kos hidup terus meningkat dan tiada peningkatan dari segi gaji lebih dari 15 tahun kebelakang ini. 


Ini punca utama rakyat kini hilang keyakinan kepada BN untuk terus pemerintahan yang mana pemimpin masih mengamalkan korupsi terang-terang tanpa mengindahkan rakyat kebanyakan yang mereka masih berkhayal rakyat boleh dibohongi dengan mudah.

Kebanyakan rakyat generasi x tidak lagi buta maklumat, malahan mereka sekarang sedang ketagihan media baru terutama facebook. Mungkin usaha terakhir mereka akan memberikan BR1M kedua untuk membeli undi dalam keadaan masa yang terhad untuk memulihkan sokongan rakyat kepada BN.


Kita lihat kenyataan Sdr. Rafizi tentang BR1M ke-2 makna BN gagal kawal kos hidup


PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa syor agar kerajaan menyediakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua menandakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah gagal dalam mengawal kos sara hidup rakyat.


"Jika kali kedua BR1M ini diberikan, ia membayangkan kegagalan Perdana Menteri mengawal sara

hidup rakyat. "Pemberian BR1M kali pertama nyata tidak membantu kurangkan beban sara hidup rakyat seperti mana Najib uar-uarkan untuk meringankan beban sara hidup rakyat," kata beliau pada sidang media hari ini.

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan pandangan agar BR1M diberi untuk kali kedua.Malah BR1M, yang diperkenalkan menerusi Bajet 2012, perlu dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa, kata beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain.


Rafizi juga mendakwa BR1M yang diberikan oleh kerajaan pada awal tahun ini adalah satu proses untuk meraih undi daripada rakyat. "Pemberian BR1M kali kedua berlaku kerana jangkaan tarikh pilihan raya pada awal tahun ini meleset dan ini adalah strategi Umno-BN untuk pancing undi.


"Saya juga tak fikir BR1M kali kedua ini mudah dilaksanakan kerana mereka telah berhutang dan perlu pergi ke Parlimen untuk peroleh bajet untuk tujuan tersebut," tambah Rafizi.

Read more ...

MEMALUKAN!!! Samseng Taik Minyak UMNO menganas lagi di Pulau Pinang


Satu kekacauan tercetus ketika sambutan memperingati BERSIH 3.0 di Pulau Pinang hari ini apabila sekumpulan lelaki mula berteriak ke arah seorang ADUN.

Sekumpulan lelaki itu yang menggangu perhimpunan di Esplanade itu turut mencabar ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tzin untuk berdebat.


Namun, tiada sesiapa mengendahkan provokasi itu, dan peserta perhimpunan yang sedang bersurai itu juga cuba menjauhkan diri mereka daripada lokasi tersebut di dataran tersebut.

Kumpulan lelaki berkenaan bagaimanapun terus membuat bising dan berteriak ke arah seorang peserta perhimpunan, Dalbinder Singh, yang sedang berucap di satu sudut.


Kumpulan lelaki tersebut mencabar Dalbinder untuk berdebat dengan mereka.


Dalam kejadian pada jam 7.30 petang itu, kumpulan lelaki berkenaan mendekati Dalbinder dan satu pergaduhan kemudiannya berlaku.


Beberapa orang polis berpakaian preman kemudiannya masuk campur dan memisahkan kumpulan tersebut daripada peserta perhimpunan.


Beberapa orang bagaimanapun terus mengejar Dalbinder ke sekelililing padang tersebut walau beberapa orang cuba mempertahankan Dalbinder.


Ketua polis daerah Georgetown Gan Kon Meng mengesahkan bahawa dua lelaki ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan dan disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.



http://www.malaysiakini.com/news/199202

Read more ...

SUMBER DALAMAN UMNO!!! Selangor, Perak, NS, Kedah, Kelantan , Terengganu, WP akan dikuasai PR

Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti.

Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).


Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Klik
di sini.

Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia?

Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei?
Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.

Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara.

Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube. Kemudian, kembangkan melalui tindakan.

Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa.

Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik.

Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya.

Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal. Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa.

http://www.aminiskandar.net/2012/05/mt-umno-terima-laporan-bn-tumbang-pru.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

Read more ...

PROGRAM AGAMA UMNO!!! Isinya bangsa , hadiahnya baju perkauman?


Konon-nya majlis ini dinamakan Forum Wacana Ilmu yang tajuknya pun nampak hebat  “Kuat Dek Maufakat,Berkat Dunia Akhirat”.  Inilah salah satu cara UMNO BN khususnya di Perak cuba menarik orang melayu  untuk kembali bersama mereka. Segala program di letak tajuk-tajuk yang tidak ubah hanya indah khabar dari rupa saja.

Kelihatan lokasi  program UMNO sunyi kerana tetamu belum sampai dengan bas yang diupah untuk angkut tetamu yang juga perlu di upah…haha..

Pada 25 hingga 25 Mei 2012 yang lalu bertempat di Arena Square berlangsung  program  Forum Wacana Ilmu di majlis Karnival Beruas Bersama RTM Perak ,ini salah satu strategik UMNO BN mengkelentong rakyat terutama orang Melayu… yang muda di lambak-kan hiburan dari artis  dan bagi golongan berumur di beri rancangan ilmu keagamaan konon-nya.

Aku kesian segelintir orang melayu yang masih sokong UMNO…terutama di luar bandar,mereka selalu dengan terang dan jelas dikelentong UMNO yang konon-nya bela melayu…hahaha… udah la dikelentong UMNO dalam isu melayu..dalam aspek ilmu keagamaan (Akidah Islam) pun UMNO sanggup kelentong melayu…

Aku tak pernah tengok lagi baju yang dicetak ayat berunsur perkauman atau semangat bangsa…kau orang pernah  tengok ke baju ditulis Hidup Arab,Hidup Jepun,Hidup Jawa,Hidup Iban,Hidup Cina,Hidup India atau apa saja bangsa di cop pada baju..???  Hahaha…inilah UMNO…yang konon-nya bela melayu…dalam program bertajuk “Kuat Dek Maufakat,Berkat Dunia Akhirat”  yang di hoskan oleh ustaz UMNO dan panelnya pun Ustaz UMNO dan sebagai cara kempen UMNO yang  tidak tentu hala….maka  para hadirin yang datang menonton diberi hamper berupa sehelai baju yang tertera “HIDUP MELAYU”. 

 Baju Hidup Melayu hadiah perkauman dari UMNO Perak

Inilah politik UMNO Perak yang diketuai mahkluk bernama Zambry Kadir yang berkuasa dari hasil rampasan kuasa secara haram….Zambry sanggup memperdagangkan kesucian Islam dengan menaikan semangat Hidup Melayu yang terang-terang bertentangan dengan ajaran Islam yang mana Rasullulah tidak mengaku dikalangan umatnya jika berjuang diatas dasar Asobbiyah ( Bangsa).Orang ni

Read more ...

MAI TENGOK!!! Siapa kata orang India dah kembali sokong BN?


Kuala Lumpur, 27 Mei — Kumpulan Indian Rights Action Force (Indraf 2.0) hari ini berhimpun bagi menyuarakan sokongan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
Himpunan tersebut yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PR seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu juga memperlihatkan kepimpinan PR cuba untuk meraih sokongan pengundi India ekoran penganalisis dan pemerhati politik sebelum ini menyatakan sokongan komuniti tersebut telah kembali kepada Barisan Nasional (BN) ekoran transformasi yang dilaksanakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Himpunan di Girl Guides Hall yang bermula jam 3 petang di Brickfields di sini dan dijangka berakhir jam 8 malam ini turut melihatkan kehadiran Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, serta kepimpinan tertinggi PR yang lain.

Menurut penganalisis politik tanah air, polisi-polisi Najib yang dilihat lebih baik berbanding polisi yang diamalkan perdana menteri sebelum ini telah berjaya meraih kembali sokongan pengundi India selepas sokongan mereka berpindah kepada pembangkang pada 2008.

Mengulas berkenaan perhimpunan tersebut, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, “PR akan merombak semula polisi ekonomi dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat India di negara ini.”

Jelas Izzah lagi, Indraf turut menyerahkan memorandum sokongan terhadap PR, yang mana bertujuan untuk mengubah pentadbiran negara ini dan membebaskan pentadbiran daripada belenggu politik perkauman.

“Indraf menyerahkan memorandum kepada kami dengan harapan kepimpinan negara perlu diubah bagi mengelakkan politik perkauman,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang Dr P. Ramasamy yang hadir dalam perhimpunan tersebut melihat sokongan rakyat India kepada PR semakin kukuh dan turut menepis dakwaan media BN yang menyatakan masyarakat India sudah kembali menyokong mereka.

“Itu mainan media BN. Saya yakin masyarakat India menyokong penuh kepimpinan PR.

“55 tahun memerintah BN tak mampu menyelesaikan masalah masyarakat India seperti — masalah berkaitan kad kelahiran, kad pengenalan, masalah mendapatkan biasiswa dalam pendidikan, dan masalah dalam meningkatkan ekonomi masyarakat India.”
tambahnya kepada The Malaysian Insider.

Beliau yakin segala masalah komuniti India di negara ini akan beroleh penyelasaian melalui kepimpinan PR dan masyarakat India menolak untuk menyokong MIC atau mana-mana parti yang mewakili masyarakat India selain PR.

“Kami sudah tidak percayakan mana-mana parti India lagi temasuk MIC. Kami letakkan kepercayaan penuh kepada Pakatan untuk membantu masyarakat India,” katanya dan menambah “Indraf akan bergabung dengan Pakatan dalam pilihan raya akan datang.”

Perhimpunan Indraf 2.0 hari ini menyaksikan kehadiran hampir 2,000 peserta daripada seluruh negara adalah projek NGO Suara Masyarakat India Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang Dr P. Ramasamy, Presiden National Interlok Action Team, Datuk Thasleem Ibrahim dan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) V. Ganabatiraodan R. Kengadharan.

Sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung, turut kelihatan anggota polis di sekitar kawasan Brickfield bagi mengawal keadaan lalulintas. -TMI

MIV ikrar sokongan pada Pakatan Rakyat

Pengerusi Malaysian Indian Voice (MIV) V Raidu hari ini menyatakan ikrar bahawa NGO itu akan bekerja keras membantu Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 agar gabungan parti itu dapat membela nasib kaum India.

Beliau turut memuji pentadbiran kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dalam menyelesaikan masalah melibatkan orang Indian seperti isu kuil dan tanah perkuburan.

Bercakap dalam program perhimpunan Indraf 1.0 di Brickfields, pemimpin kumpulan serpihan Hindraf itu berkata beliau gembira dengan tindakan kerajaan Pakatan dalam membantu golongan tersebut seperti kelulusan untuk 120 tapak kuil di Selangor.

"Ini yang kita nanti-nantikan, bukan hamper yang luput tarikhnya.... Berubahlah. Kita mesti mengubah BN. Kita mesti teguh, kalau bercerai kita roboh," katanya sambil diiringi tepukan gemuruh daripada 1,000 orang hadirin.

Beliau juga meminta Pakatan Rakyat memenuhi sepuluh tuntutan mereka sekiranya gabungan parti itu berjaya menguasai Putrajaya.

Antara lain, tuntutan itu menggariskan supaya Pakatan mempertahan dan melindungi hak masyarakat India termasuk pendidikan dan memberi peluang pekerjaan yang saksama kepada mereka.

"Suara masyarakat masyarakat India sejak perhimpunan Hindraf, jauh daripada tahap yang memuaskan.

"Malangnya kita memerintah negeri dan bukan Putrajaya," katanya yang menyeru masyarakat India supaya memberi masa kepada Pakatan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Turut berucap dalam program itu ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang berkata mendakwa kerajaan yang ditaja Umno kini memainkan isu perkauman ekoran pilihan raya sudah hampir.

Katanya, Pakatan "tidak berganjak untuk merubah politik negara" walaupun pelbagai tohmahan dan serangan dalam ceramah yang dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat, tetapi mereka

"Kita bersatu bukan untuk bergaduh, tetapi kita mahu semua hak rakyat Malaysia dikembalikan.

"Jangan curi wang rakyat," katanya sambil mendesak kerajaan mengembalikan wang NFC kepada rakyat.

Turut berucap di perhimpunan itu ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata semua kaum "harus dihormati dan dimuliakan" sebagai warganegara.

"Sebab apa kita marah-marah hari ini... Sebab (berlaku) ketidakadilan, sebab hina orang, sebab warna kulit.

"Ini negara kita, apa sebab mahu hina orang. Cukup, (hari ini) kita beri mesej yang kuat (kepada BN)," katanya sambil diiringi tepukan gemuruh hadirin.

Beliau juga menempelak pihak yang melakukan kekecohan dan serangan terhadap pemimpin Pakatan dan juga ke atas Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga, dalam beberapa insiden sebelum ini.

"Apa salah Ambiga... Sebab dia lawan dalam BERSIH kerana pilihan raya tidak adil.

"Ambil orang, tunjuk punggung... Ini kerja jahil," katanya lagi yang merujuk kepada demonstrasi oleh satu kumpulan anti-BERSIH di hadapan kediaman Ambiga pada 15 Mei lalu.

Turur hadir dalam perhimpunan itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalannya Prof P Ramasamy, Exco Kerjaan Selangor Ronnie Liu, dan bekas speaker DUN Perak V Sivakumar.
-mk







Kelab Greenboc

Read more ...

TERKINI!!! Najib, Muhyiddin, Tengku Adnan berkampung pilih calon, bolehkah PRU 13 diadakan September ini?




Ramalan demi ramalan, namun mash belum jadi kenyataan,, laporan terkini yang aku terima Najib, Muhyiddin dan Tengku Adnan mai berkampong kat Pangkor Laut sejak hari Jumaat lalu sehingga hari, kononnya untuk membuat pilihan terakhir siapa calon-calon BN yang bakal dikemukan kepada rakyat.. 


Apakah dengan perkembangan cerita diatas PRU13 dikatakan bakal diadakan pada September ini..klik  
bn-jangkakan-pru-september-ini-mula-menggerakkan-jentera-pilihan-raya/

Aku tak tau nak kata, bila Najib nak bubar Parlimen jika PRU13 akan diadakan pada September ini, beerti pertengahan bulan Julai, sedangkan 21 Julai umat Islam dah mula berpuasa, sanggupkah UMNO nak berkempen dengan maki hamun dalam bulan puasa... 


Kemudian dalam bulan September juga peperiksaan disekolah-sekolah dah bermula, 11-13 September UPSR, tak sampai sebulan selepas tu PMR pulak, sebabnya dalam 4 buah negeri yang PR perintah, dimana UMNO nak cari tempat untuk buat pertemuan dengan rakyat,,, mereka hanya ada bangunan sekolah sahaja... nak guna dewan orang ramai... sorry la... Masjid... nak kena perambat.... nak buat kat hotel-hotel mungkin boleh lah.... 


Kita kena kena ingat,, UMNO di 4 buah negeri Pakatan akan menempuhi seperti mana PAS sudah alami sejak lebih 50 tahun dahulu... 


Kalau PRK pun UMNO dah kelam kabut jika berlaku di negeri-negeri  PR inikan pula, PRU yang dijangkakan sengit dalm sejarah.... Dan jangan terkejut, kalau sebelum ini hanya polis yang dikerah mengawal keselamatan ketika PRU, namun kali ini mungkin askar-askar dari Tentera Darat pun dikerah sekali... dan secara tak langsung timbul ketakutan kepada rakyat untuk mengundi...


Kenapa Najib menangguh untuk membubarkan parlimen yang sebelum ini hangat diperkatan selepas perhimpinan UMNO ke 66 yang lepas.. ada yang kata sebab BERSIH 3.0,, betui ka... atau pun .....? 


Najib hanya boleh bubar jika dapat perkenan Yang diPertuan Agung..Apakah ke bawah duli sedia memperkenankan pembubaran perlimen itu?...

Atau pun lagi satu persepsi,, Najib dah dapat tahu, BN akan kalah,, dari pada awal-awal hilang kuasa, lebih baik tunggu hingga ke akhir bulan March 2013,,, nasib baik mana tahu ada peluang boleh menang, sambil tu dapat megaut segala hasil mahsul negara ke kocek sendiri... . MANJUNGMARI

Read more ...

PROJEK 12 BILLION!!! Jika rampas Selangor kroni UMNO kenyang , rakyat tanggung kos air

Air S’gor buat kroni Umno kenyang -Rakyat akan tahu bahawa projek ini sebenarnya untuk kepentingan kroni dan Umno malah Noh sendiri, bukannya untuk kesenangan rakyat, kata Faekah Husin.

Kenyataan seorang pemimpin Umno Selangor bahawa jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri itu maka masalah air akan diselesaikan adalah muslihatnya untuk memberi ’makan’ kepada kroni dan dirinya sendiri. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin berkata, kenyataan ini merupakan amaran awal BN akan meneruskan projek pembinaan loji Langat 2.

 
Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung masalah bekalan air yang bakal dihadapi negeri itu menjelang tahun 2014.

“Rakyat akan tahu bahawa projek ini sebenarnya untuk kepentingan kroni dan Umno malah Noh


sendiri, bukannya untuk kesenangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.Beliau menegaskan, “jika Noh gagal memahami isu ini, kita tidak hairan bagaimana kementerian beliau gagal menangani isu penyelewengan dana NFC (National Feedlot Corporation) yang memalukan seluruh menteri kabinet.

“Kita telah tegaskan masalah air di Selangor berpunca dari pengurusan yang lemah dan pengetahuan yang cetek. Disebabkan kelemahan-kelemahan ini, rakyat terpaksa menanggung kos pembinaan Langat 2 yang sangat mahal. ‘Sedia payung sebelum hujan’ Jika ini berlaku katanya, tiada guna rakyat menyesal kerana nasi sudah menjadi bubur. Adalah lebih baik rakyat ‘menyediakan payung sebelum hujan’ dengan menolak Umno-BN yang jelas hanya berjuang untuk menambah kekayaan keluarga dan kroni.


“Kos RM12 bilion untuk membina Langat 2 mungkin ditanggung rakyat Selangor hingga ke cucu cicit

dengan kenaikan tarif air yang melampau dan membebankan,” tegas beliau. Faekah menempelak cabaran Noh menyarankan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya minum air empangan sebagai benar-benar kurang bijak yang hanya menggambarkan betapa ceteknya akal beliau.
“Air empangan hanya selamat diminum selepas dirawat di loji pembersihan. Di negara-negara maju, air paip selamat diminum terus dari paip tetapi di Selangor sebaliknya berlaku.

“Pengguna terpaksa mengeluarkan lagi perbelanjaan untuk membeli penapis air kerana air berkeladak dan berbau klorin.Ujar beliau, “inilah hasilnya apabila pengurusan air diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mengutamakan kualiti tetapi mengejar keuntungan semata-mata untuk menambah kekayaan kroni dan keluarga.“Oleh sebab itu, kerajaan negeri akan membina loji pembersihan sendiri tanpa perlu menebuk Banjaran Tiiwangsa yang kosnya dianggarkan RM12 billion.


CADANGAN KERAJAAN SELANGOR LEBIH JIMAT DAN BERDAYA SAING :


SHAH ALAM 27 MEI :
Cadangan Kerajaan Selangor untuk mengambil bekalan air dari empangan di Terengganu hanya akan menelan belanja RM 700 juta, berbeza dengan pelan Kerajaan Pusat untuk mengambil air dari Pahang yang akan memakan belanja RM 8 billion.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengambilan air dari empangan Terengganu akan menggunakan paip bawah tanah yang sedia.

Manakala cadangan kerajaan pusat akan menelan belanja yang besar kerana terpaksa membina rangkaian paip baru dan merentasi kawasan gunung bagi menyalurkan air dari Pahang.

“Kita tidak perlu susah-susah untuk korek gunung ganang untuk ambil air dari Pahang itu untuk disalurkan ke loji air Langat Dua.


“Kerajaan negeri sudah mempunyai rancangan sendiri, kita sudah mengenal pasti tempat yang sesuai dan kita juga mempunyai paip, rizab paip itu adalah sangat panjang dan mampu untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.


Katanya lagi, cadangan itu sudah dikemukan sebanyak lima kali ke Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Sri Peter Chin Fah Kui. Sehingga kini, Peter didakwa tidak memberi sebarang maklum balas terhadap lima permohonan Abdul Khalid untuk membincangkan racangan tersebut.


Abdul Khalid berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Lanjutan

Tempoh Pajakan Tanah ke 99 tahun dan Penyampaian surat hak milik kepada peneroka Bukit Cherakah, di Dewan MBSA, Seksyen 13, di sini.

Sebelum ini, kerajaan pusat telah mencadangkan pelan untuk menyalurkan air mentah dari Sungai Pahang ke Selangor bagi dirawat di loji Langat 2. Akan tetapi rancangan itu dibantah Kerajaan Selangor atas sebab kos yang tinggi.


“Keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat itu tidak memikirkan rakyat, rakyat akan menjadi mangsa dengan kos projek yang mahal itu,” kata Khalid.“Jika projek itu dilaksanakan harga air akan naik tetapi dibawah kerajaan negeri sekarang kita boleh bagi air percuma selama 15 tahun.

“Tidak perlu membayar kenaikan harga air lebih dari 15 peratus berbanding kerajaan pusat yang meminta kenaikan harga air sebanyak 35 peratus,
katanya.

Read more ...

Sunday, May 27, 2012

SKANDAL SCORPENE!!! 7 fakta mengapa Najib tidak akan terlepas


Sebelum kita pergi kepada bagaimana Najib dikatakan mempunyai kekebalan diplomatik (diplomatic immunity) sebagai seorang ketua kerajaan, adalah lebih baik jika kita melihat beberapa fakta-fakta berikut:

Fakta pertama:


Menteri Pertahanan ketika proses pembelian kapal selam Scorpene pada 5 Jun 2002 adalah Perdana Menteri ketika ini, Najib , sementara Perdana Menteri ketika itu adalah Mahathir Mohamad dan timbalannya, Abdullah Badawi. Adalah mustahil kedua-dua mereka ini tidak mengetahui langsung proses pembelian kapal selam ini kerana ia melibatkan antara sebuah kerajaan dengan kerajaan lain.


Fakta kedua:


Perjanjian yang ditandatangani antara Menteri Pertahanan yang mewakili Kerajaan Malaysia dengan DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol melibatkan nilai keseluruhan EUR2.1 bilion (RM7.3 bilion) wang pembayar cukai adalah termasuk dengan komisen pembelian kapal selam bernilai EUR114 juta (RM540 jut) yang dianggap rasuah oleh Kesatuan Eropah (EU) kepada Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki oleh Razak Baginda, strategis Najib. -RASUAH!


Fakta ketiga:


Perolehan kapal selam yang diminta Najib daripada DCNS adalah EUR1 bilion (RM3 bilion) yang dipohon dalam kadar segera bagi tujuan yang masih tidak diketahui. - RASUAH!


Fakta keempat:


Sebahagian daripada nilai keseluruhan EUR2.1 bilion (RM7.3 bilion) itu pula dipindahkan pula kepada sebuah syarikat milik Razak Baginda yang berada di Hong Kong, Terasasi Sdn Bhd bernilai EUR36 juta (RM114 juta). - RASUAH!


Fakta kelima:


Pada 3 Mei 2012, SUARAM mendedahkan bahawa ia telah mendapat akses penuh kepada kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. Ini adalah satu langkah ke hadapan yang sangat besar, kerana banyak maklumat yang sealam ini dirahsiakan kini boleh diakses SUARAM sebagai Plaintif dalam kes sivil terhadap DCNS. - KEJAYAAN BESAR!


Fakta keenam:


Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis dari pejabat Di Henri GIDE (Thales) pada 28 Mei 2010 yang termasuk faks yang ditulis tangan dalam Bahasa Inggeris dan dihantar oleh F. DuPont bertarikh 1 Jun 2001, dialamatkan kepada Arnaud Dubus, dan salinannya dihantar kepada Baiocco dan SAUVAGEOT "PROJEK MALAYSIA / DASAR LAUT" sebagai subjek.


Fakta ketujuh:


Antara dokumen-dokumen penting yang ditemui adalah kewujudan invois yang difakskan oleh Terasasi Sdn Bhd (No. syarikat 524814-P) pada 19 September 2004 untuk Bernard Baiocco ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif Thales International Asia. Invois yang dinyatakan jumlah sebanyak EUR359,450 (RM1.2 juta) untuk tujuan 'yuran kejayaan' yang akan dibayar melalui akaun Alliance Bank Malaysia Berhad, Cawangan CP Tower, Seksyen 16, Petaling Jaya, Akaun No :12109-0-01-3.000.450-8 dan mengandungi nota ditulis dalam bahasa Perancis adalah berikut:


"Razak (Najib Altantuya) demande si ce SF peut etre pris en Compte assez vite. Le Support Fee suit avec un rapport”.


Terjemahan: Permintaan Razak (Najib Altantuya) jika yang SF boleh diambil kira agak segera. Yuran sokongan berikut dengan laporan.


Apakah dengan ketujuh-tujuh fakta di atas maka Najib layak memperolehi imuniti sedangkan peringkat pendakwaan kini sudah berada di tahap akhir??


Sebenarnya, memiliki imuniti sebagai Perdana Menteri tidak dapat menghalang Najib daripada dibicarakan di Perancis atas penglibatannya dalam skandal rasuah Scorpene.


Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, Najib merupakan saksi penting kerana terlibat dalam pembelian kapal selam itu ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.


"Imuniti bukan sesuatu yang mutlak. Ia bergantung kepada asas jenayah yang dilakukan. Ia perkara yang sangat subjektif," katanya pada taklimat kes berkenaan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya semalam.


Beliau mengulas soal imuniti Perdana Menteri dan hubungan kedaulatan antara kedua negara yang dikatakan bakal menghalang Najib sebagai saksi di Tribunal Paris Grande de Instance.


Mengulas bidang kuasa Mahkamah Perancis, Cynthia berkata, mahkamah negara itu akan mengeluarkan sapina kepada saksi sebelum mengeluarkan waran tangkap di Kesatuan Eropah.


Beliau berkata, pihaknya percaya Abdul Razak Baginda - kenalan rapat Najib Altantuya dan pemilik Perimekar Sdn Bhd akan dipanggil sebagai saksi pertama selewat-lewatnya Jun atau Julai ini.


"Berdasarkan siasatan, Abdul Razak akan menjadi saksi utama. Perbicaraan terhadap saksi akan dilakukan secara perbicaraan terbuka," katanya.


Beliau turut menambah, selain komisyen kepada Perimekar sebanyak Euro 114 juta (RM540 juta), Mahkamah Perancis juga mendapati dua penemuan baru.


Ia direkodkan sebagai Doc 87 iaitu tuntutan bayaran yang dibuat Najib Altantuya bernilai RM3 bilion daripada DCNS- syarikat pembuat kapal selam berkenaan.


Manakala dokumen kedua direkodkan sebagai Doc 97, yang disalurkan kepada Terasasi Sdn Bhd, milik Abdul Razak, di Hong Kong bernilai Euro36 juta (RM114 juta).


JALAN PULANG 

Read more ...

TERKINI!! Majlis Pecah Tanah Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai hari ini


Kerajaan Kelantan hari ini mencatat sejarah sebagai negeri pertama yang akan membina lebuhrayanya sendiri hasil inisiatif kerajaan negeri tanpa perlu bergantung kepada Kerajaan Persekutan yang menganak tirikan cadangannya sejak PAS memerintah negeri ini pada 1990.

Upacara pecah tanah fasa pertama pembinaan lebuhraya baru ini sepanjang 43 kilometer akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di Machang.


Fasa pertama pembinaan ini dari keseluruhan 73 kilometer dengan empat lorong dua hala bakal memberi impak besar menggerakkan ekonomi negeri ke kawasan Kelantan Tengah dan Kelantan Selatan sebanyak RM4 bilion setahun.


Projek yang menelan belanja RM1.7 bilion itu akan dilengkapi dengan dua hentian rehat dan rawat (R n R), tujuh persimpangan bertingkat, laluan untuk binatang liar serta tidak ada sebarang pondok tol dibina kerana ia lebuhraya tanpa tol pertama dibina di negara ini.


Walaupun bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi pernah mengusulkan penbinaan lebuhraya ini semasa pilihanraya umum ke 12 namun ia tidak terlaksana kerana Kelantan kekal di tangan PAS selain ia hanya janji politik semata-mata bagi memancing undi.


Pakej pertama Kuala Krai-Machang akan bermula dari bandar Machang sebagai titik tengah kepada keseluruhan pembinaan menganjur ke selatan di Kuala Krai dan ke utara hingga ke Kota Bharu akan dilaksanakan oleh Menta Construction Sdn Bhd yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.


Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dalam kata-kata aluannya berkata, impian rakyat Kelantan untuk melihat sendiri kerajaan negeri membina lebuhraya untuk rakyat dan laluan khas untuk binatang memperlihatkan betapa Islam sangat adil kepada semua termasuk makhluk Allah yang hidup di muka bumi ini.


Tambahnya lagi, ia sekaligus dapat merancakkan sektor pelancongan dan perindustrian negeri kerana saban minggu jalan raya di Kelantan menghala ke ibu negeri penuh sesak dengan kenderaan pelancong sejauh Singapura semata-mata mahu melihat keindahan dan keunikan negeri Serambi Makkah ini.


Justeru adalah wajar bagi rakyat supaya menyokong usaha pembinaan lebuhraya baru ini dengan menderma sedikit daripada gaji kita untuk merealisasikannya.


Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd melalui akaun Bank Islam bernombor 3036 01 000 3031.


Sementara itu, Kerajaan Kelantan meminta pihak luar memberi peluang kepada kerajaan negeri membina ‘lebuh raya rakyat’ tanpa mengeluarkan persoalan negatif apa lagi berbaur tidak sihat.

 
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Husam Musa, berkata sebaiknya berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan negatif berhubung perkara itu.
 
Beliau berkata demikian kepada media semalam ketika mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Fatmi Che Salleh, yang mendakwa pembinaan lebuhraya oleh kerajaan negeri tidak akan berjaya.
 
Pada sidang medianya itu Husam seterusnya berkata, kerajaan negeri telah memilih lima daripada sembilan syarikat yang berhasrat untuk membina lebuhraya ini.
 
“Kita buat saringan akhirnya daripada lima syarikat dan hasil daripada pemerhatian itu, kita telah memilih dua daripada sembilan syarikat yang memohon.
 
“Syarikat ini kebetulan pula syarikat yang terkenal dan mana-mana pihak  yang meraguinya boleh menyemak track recordnya sebelum ini,” ujar Husam lagi.
 
Beliau turut mempersoalkan kenyataan negatif pihak berkenaan, adakah munasabah sebuah syarikat besar tiba-tiba ingin menyerah diri untuk melaksanakan projek yang tidak ada jaminan pembayaran.
 
“Kalau saya adalah pemilik syarikat itu, saya tidak akan menerima projek besar ini yang langsung tidak dijamin pembayarannya.
 
“Kerana dia yakin kerajaan negeri akan membayar berdasarkan strategi yang kita aturkan dengan syarikat berkenaan,” ujarnya.
 
Atas keyakinan itu katanya, syarikat berkenaan menawarkan diri, ia bukan syarikat tepi jalan yang tidak ada pengalaman iaitu Menta Contraction untuk fasa pertama.
 
Jadi katanya, Fatmi boleh menyemak latarbelakang kemampuan syarikat itu sebelum ini.
 
“Pilihanraya dijangka tidak akan diadakan pada tempoh yang terdekat ini, jadi kita ada peluang untuk melihat lebuhraya ini ada progress ataupun tidak,” ujarnya.
 
Beliau turut mengambil contoh Jambatan Sultan Yahya Petra yang pernah disindir akan pembinaannya oleh pihak Umno dan akhirnya dengan sokongan rakyat, ianya berjaya dibina.
 
“Andainya Jambatan Sultan Yahya dianggap satu perkara mustahil, lebihraya ini juga bukan suatu yang mustahil. Sebagai sebuah kerajaan negeri, kita mempunyai cara, kemudahan, untuk melaksanakan projek sperti itu.
 
“Ia akan menjadi tunggak kepada kejayaan pembinaan pembangunan yang lain pada masa akan datang termasuk pendaratan gas dan minyak,” katanya.
 
Menyentuh ada pihak yang membandingkan pelabuhan darat di Kuala Krai dan jambatan di Palekbang, Tumpat yang tidak berjaya dilaksanakan, Husam mendakwa ianya bukan projek kerajaan negeri.
 
Katanya, Jambatan Palekbang dicadangkan oleh sebuah syarikat swasta yang juga bakal memajukan Hotel River View yang ada sekarang.
 
Menurut Husam lagi, Hotel River View telah beroperasi kecuali jambatan kerana telah berlaku kegawatan ekonomi pada tahun 1997, di mana syarikat Ardona dari Pulau Pinang itu telah membatalkan projek berkenaan.
 
“Perkara ini dipersetujui bersama dengan Kerajaan Persekutuan dan ini bukan projek kerajaan negeri, sebaliknya projek swasta,” ujarnya.
 
Sambungnya, berlainan pula dengan projek pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai yang diusahakan oleh kerajaan negeri, begitu juga pelabuhan darat.
 
Katanya, pelabuhan darat dicadangkan oleh pihak swasta di atas tanah mereka sendiri dan bukannya dari kerajaan negeri.
 
Menurutnya, kegagalan itu kerana masalah kegawatan ekonomi menyebabkan tanah syarikat tesebut terpaksa dilelong.
 
“Kerajaan negeri hanya bekerjasama dalam beberapa perkara khususnya berhubung kelulusan bagi membolehkan pelabuhan darat itu diadakan sebahagiannya pula dari kementerian di peringkat Pusat,” ujarnya lagi.
 
Sambungnya, antara kerajaan dan syarikat suatu yang berbeza.
 
Katanya, pembinaan lebuhraya ini 100 peratus diusahakan dan milik kerajaan negeri.
 
“Tetapi saya tidak mahu berkata apa-apa sekarang, fokus kita insyaallah kita akan buat apa yang dapat dilakukan oleh kerajaan negeri,” katanya.
 
Husam seterusnya menambah, pihak di luar sana diharap memberi peluang pada kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat rakyat tanpa sebarang kenyataan negatif.
 
Apa yang penting sekarang ini, jelas Husam peluang amat wajar diberikan pada kerajaan negeri untuk meneruskannya dan bukannya membuat sebarang spekulasi.

Read more ...

PENDEDAHAN TERKINI!!! Skandal Scorpene: Lampiran tertulis 'C4' dalam sampul surat dibongkar



Nota: Hasil sidang media SUARAM jam 1 tengah hari tadi di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Jalan Maharajalela, di ibu negara.

(Gambar: Pengerusi SUARAM, Dr Kua Kia Soong, Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel dan peguam Perancis yang dilantik, Joseph Brehem).


Awal minggu ini, sebuah akhbar di Hong Kong telah mendedahkan 'skandal kapal selam Scorpene yang mengaitkan Perdana Menteri Najib , kawan karib Baginda Razak sehingga penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh dengan kejam pada 2006.


Dalam laporan berita, yang telah dipetik oleh beberapa blog di Malaysia, Najib telah digambarkan sebagai pelaku utama di sebalik konspirasi untuk menyendoki komisen yang besar daripada pembelian 2 kapal selam dari DCNS Perancis, pembuat senjata untuk kerajaan Malaysia.


Beliau juga dikaitkan dalam pembunuhan Altantuya, di mana dua bekas pengawal peribadi beliau telah dihukum gantung manakala Razak Baginda kontroversi dibebaskan.


Akhbar Hong Kong juga melaporkan bahawa mahkamah Perancis telah memanggil Najib untuk memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan kes rasuah yang difailkan oleh SUARAM Malaysia terhadap DCNS.


Altantuya berusia 28 tahun, dipercayai telah bercinta dengan kedua-dua Najib dan Razak Baginda, adalah penterjemah yang telah dibunuh kerana peranannya sebagai orang tengah dalam kes itu, di mana Najib  dan Razak Baginda telah dituduh mengumpul sogokan haram bernilai lebih daripada RM500 juta.


Dia ditembak di kepala dalam hutan yang dibersihkan di Malaysia pada tahun 2006 dan mayatnya dibom dengan bahan letupan C4 gred tentera untuk mencegah dari dikenalpasti.


Lebih banyak dana diperlukan untuk kuku pesalah-pesalah


Sementara itu, SUARAM telah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan Ops Scorpene 2.0 untuk mengumpul dana untuk melawan DCNS di mahkamah Perancis. Ia telah mengeluarkan kenyataan di bawah.


"SUARAM berharap bahawa dengan bermulanya kes Kapal Selam di Perancis, kita boleh menghantar satu mesej yang jelas bahawa rakyat Malaysia tidak akan duduk dan menerima ahli-ahli politik korup dan aktiviti rasuah yang berleluasa di Malaysia.


Skandal komisen kapal selam, salah satu rompakan terbesar Malaysia dalam zaman moden, bukan satu satu isu tetapi mencerminkan penyalahgunaan meluas pentadbiran Barisan Nasional (BN) dengan lingkaran kesan domino, bagaimana cukai pembayar wang yang telah digunakan dan disalahgunakan.


SUARAM adalah sebuah pertubuhan hak asasi manusia, yang dikenali untuk bersuara tanpa takut dalam mempertahankan hak asasi manusia, tadbir urus yang baik dan sebuah masyarakat yang terbuka dan bertanggungjawab.


Kami meneruskan kes mahkamah untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan untuk rakyat Malaysia yang wang yang telah disalahgunakan.


Selama lebih 20 tahun SUARAM telah bekerja untuk mendedahkan amalan rasuah, tadbir urus yang lemah dan memperjuangkan hak-hak manusia sebelum keuntungan.


Jadi untuk meneruskan perjuangan untuk membongkar skandal di sebalik pembelian kapal selam, dan menurut kes yang sedang berlaku di Perancis, SUARAM perlu banyak bantuan dan derma daripada rakyat Malaysia.


Kempen ini perlu diteruskan tanpa sebarang gangguan dan dengan sokongan penuh rakyat Malaysia.


Kos adalah sangat tinggi dan akan kekal sedemikian rupa untuk beberapa tahun akan datang sehingga kes itu dilupuskan dan kebenaran menguraikan, sekali dan untuk semua. "


Mengumpul dana kempen Kedua


Ops Scorpene 2.0 adalah kempen kutipan derma dan kesedaran kedua (yang pertama adalah pada bulan Julai 2011) untuk terus mengejar dan menanggung perbelanjaan kes itu di mahkamah Perancis, yang telah meningkat kepada menjadi satu isu besar yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.


Ia bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat Malaysia untuk mempersoalkan perbelanjaan persenjataan dan ketelusan dalam perolehan senjata negara.


Majlis makan malam tersebut akan diadakan pada 15 Jun 2012, 7.30 petang di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor.


Ops Scorpene bertujuan untuk mengumpul RM300 ribu dari makan malam kutipan dana ini dan akan digunakan untuk menanggung yuran guaman peguam yang bekerja untuk memastikan kejayaan kes itu.


Cynthia Gabriel dari SUARAM, Joseph Breham, salah seorang daripada 2 peguam Perancis, dan pemimpin-pemimpin politik seperti Saudara Mat Sabu, Ahli Parlimen Tian Chua dan Tony Pua akan menangani perkembangan terkini di sekitar kes itu.


Terdapat juga beberapa persembahan dan gerai untuk NGO untuk mendapatkan mesej dan kempen mereka ke hadapan (tatal ke bawah untuk butir-butir event).


Bagaimana ia bermula


Pada 5hb Jun 2002, Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol untuk perolehan dua kapal selam kelas Scorpene .


Kontrak perolehan secara rundingan terus dengan syarikat-syarikat pembuatan, dengan perkhidmatan Perimekar Sdn Bhd. Razak Baginda adalah pemilik syarikat Perimekar.



Menurut kepada penjelasan Kerajaan, kontrak itu dibahagikan kepada dua bahagian:

Kos dua kapal selam Scorpene bersama-sama dengan pakej yang meliputi Sokongan Logistik Bersepadu dan latihan yang berjumlah Euro 969.15 juta (Walau bagaimanapun pada 14 Mei 2008, Najib Altantuya memberitahu Parlimen bahawa ini sebahagian kos Euro 999.15 juta)


Pembayaran kepada Perimekar Sdn Bhd di atas nama "perkhidmatan koordinasi" untuk tempoh enam tahun, jumlah wang itu ialah Euro 114.96 juta.


Dengan kadar pertukaran pada masa itu, kos adalah bersamaan dengan:


Pembayaran bagi kos kapal selam antara: RM 2.14b (Euro = RM3.2 pada tahun 2002) - RM 5.43b (Euro = RM5.6 pada tahun 2008) (kini Euro = RM4.7)


Suruhanjaya: mungkin kira-kira RM540 juta (kadar pertukaran pada masa pembayaran dilakukan)


Aduan yang difailkan dalam harapan memulakan siasatan


Pada 23 Disember 2009, SUARAM melalui rangkaian di Perancis menghubungkannya dengan hak asasi manusia peguam terkemuka di Perancis, memfailkan aduan dengan sistem kehakiman Perancis, dengan harapan bahawa suatu penyiasatan awal akan dimulakan.


Ini dilakukan untuk membolehkan akses kepada maklumat, kepada kontrak kerajaan yang ditandatangani dengan Perimekar dan maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia kerajaan di Malaysia.


Pada April 2010, peguam yang mewakili SUARAM dimaklumkan bahawa mahkamah telah menerima permintaan untuk menyiasat dakwaan rasuah bagi pembayaran berjumlah 114 juta Euro yang dibuat sebagai komisen dari DCNS kepada Perimekar.


Perancis, mengamalkan sistem Undang-undang Sivil di mana seorang hakim memikul peranan pengadil melit dan penyiasatan, sehingga jauh disimpan penemuan siasatan sulit.


Walau bagaimanapun, peguam SUARAM telah dimaklumkan bahawa penyiasatan akan datang berakhir, dan perlu berpindah ke perbicaraan penuh selepas ia memutuskan sama ada atau tidak terdapat keterangan yang mencukupi untuk meneruskan perkara itu di mahkamah terbuka.



Pada 16 Mac 2012, mahkamah Perancis telah membuka siasatan ke atas tuduhan rasuah, penyalahgunaan dan penyalahgunaan wang pembayar cukai, yang dikaitkan dengan pembelian 2 kapal selam kelas Scorpene, kembali pada tahun 2002.

Mahkamah kelas pertama: Saksi-saksi termasuk Najib dicadangkan


Suatu siasatan ke atas tuduhan rasuah, penyalahgunaan dan penyalahgunaan wang pembayar cukai, yang dikaitkan dengan pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, kembali pada tahun 2002, bermula pada 19 April 2012 (Khamis) di Paris Tribunal de Grande instance (TGI), yang dikenali sebagai ijazah mahkamah pertama yang berkaitan dengan perkara-perkara litigasi sivil.


Penyiasatan ini akan dijalankan di hadapan dua hakim, Hakim Roger Le Loire dan Hakim Serge Tournaire.


Pada 20 April SUARAM telah diwakili oleh Dr Kua Kia Soong (Pengarah dan salah satu pengasas SUARAM), diikuti oleh Cynthia Gabriel (Ahli Sekretariat) dan peguam Fadiah Nadwa dari Lawyers For Liberty (LFL).


Mereka muncul di hadapan Hakim Roger Le Loire dengan peguam Joseph Breham.


Dr Kua membentangkan kes bagi SUARAM, menyematkan harapan pada pendengaran kehakiman di Perancis selepas percubaan mengecewakan lebih pembunuhan Altantuya, siasatan SPRM tidak berkesan, penindasan maklumat di Malaysia dan kekurangan ketelusan dalam soalan-soalan parlimen ke atas komisen Scorpene.


SUARAM sewajarnya dicadangkan maka Menteri Pertahanan dan semasa Perdana Menteri Najib Altantuya, Abdul Razak Baginda, Menteri Pertahanan Zahid Hamidi , PI Balasubramaniam, bapa Altantuya, Setev Shariibuu; Jasbir Singh Chahl, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan sebagai saksi yang berpotensi sebagai saksi utama.


Pada 3 Mei 2012, SUARAM mendedahkan bahawa ia telah mendapat akses penuh kepada kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. Ini adalah satu langkah ke hadapan yang sangat besar, kerana banyak maklumat dirahsiakan kini dicapai untuk SUARAM sebagai Plaintif dalam kes sivil terhadap DCNS.


Undang-undang Perancis menyediakan kekangan beberapa kawasan akses.


Manakala SUARAM tidak mampu untuk mendapatkan satu salinan keras dan mengedarkan salinan sekitar, Walau bagaimanapun berhak kepada pandangan yang penuh dengan dokumen dan dapat memetik daripada mereka kepada media dan orang ramai.


Penemuan baru


Pada PC SUARAM mendedahkan baru mendedahkan dan penemuan dalam:


a. Dokumen 87


b. Dokumen 144


Dokumen 87


Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis dari pejabat En. Di Henri GIDE (Thales) pada 28 Mei 2010 yang termasuk faks yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan dihantar oleh F. DuPont bertarikh 1 Jun 2001 dialamatkan kepada Arnaud Dubus, Sk kepada BAIOCCO dan SAUVAGEOT "PROJEK MALAYSIA / DASAR LAUT" sebagai subjek.


Encik DuPont terperinci kronologi lawatan dan tindakan masa depan semasa dalam perjalanan di Malaysia di mana terdapat pelbagai akujanji dirancang dalam mesyuarat rundingan tertentu dengan Kementerian Pertahanan dan ahli-ahli pengurusan daripada Perimekar semasa yang dua kontrak cadangan (2) akan disebut (dari DCNI kepada Perimekar serta antara Perimekar dan Kerajaan Malaysia).


Beliau akhirnya menunjukkan mesyuarat dengan DATO 'SRI NAJIB di Perancis pada 14 Julai 2001 dengan syarat bahawa DCNI menawarkan jumlah maksimum sebanyak USD1 bilion untuk penginapan (di Perancis) Perimekar.


Sampul surat dengan sub folder bertajuk 'C4'


Pejabat pendakwa atas arahan telah diterima daripada Thales International Asia, sampul surat pada 22 Ogos 2011.


Sampul surat yang terkandung mengandungi:


- Satu folder sub bertajuk "C4"


- Satu folder sub bertajuk "invois"


- Fail dalam format PDF


- Sebuah pemacu mudah alih USB


Antara dokumen-dokumen penting adalah kewujudan invois difakskan oleh TERASASI Sdn Bhd (Syarikat No.524814-P) pada 19 September 2004 untuk Bernard BAIOCCO ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif Thales International Asia. Invois yang dinyatakan jumlah sebanyak Euro359,450,00 untuk tujuan yuran kejayaan yang akan dibayar kepada Alliance Bank Malaysia Berhad, Cawangan CP Tower, Seksyen 16, Petaling Jaya, Akaun No :12109-0-01-3.000.450-8 dan mengandungi nota ditulis dalam bahasa Perancis adalah berikut:


"Razak demande si ce SF peut etre pris en Compte assez vite. Le Support Fee suit avec un rapport”.


Terjemahan:
Permintaan Razak jika yang SF boleh diambil kira agak segera. Yuran sokongan berikut dengan laporan.

Waris-Najib dan Baginda?


Oleh itu ternyata bahawa Thales International Asia tidak boleh mengabaikan bahawa jumlah yang dibayar kepada TERASASI Sdn Bhd akhirnya mendapat manfaat Najib Razak Menteri Pertahanan dan / atau perunding beliau, Abdul Razak Baginda.


Ia telah menjadi jelas bahawa ini menjadi salah satu rompakan kerajaan Malaysia ke atas rakyat!


Ia tidak lagi hanya Euro 114.9 juta komisyen kepada Perimekar yang membentuk asas aduan kepada Mahkamah Perancis yang berada dalam soalan.


Ia telah diperbesarkan ke dalam syarikat pelancongan yang melibatkan membunuh syarikat yang ditubuhkan untuk merumitkan penyembunyian rompakan terang-terangan wang pembayar cukai Malaysia dan Perancis '.


Lebih banyak-komisen retro telah muncul membenarkan penyalahgunaan badan-badan seperti dana haji (Lembaga Tabung Haji) dan dana pencen tentera (Lembaga Tabung Angkatan Tentera).


JALAN PULANG

Read more ...