P
Balasubramanian (PI Bala) tiba di KLIA malam tadi dari luar negara dan
bersumpah bahawa Akuan Bersumpah Pertama (SD1) beliau yang pertama
adalah benar.
Sambil
memegang kitab suci agama Hindu, Bhagawad Gita, PI Bala bersumpah,
Akuan Bersumpah Kedua (SD2) yang beliau buat untuk memansuhkan SD1
adalah palsu.

SHAH ALAM:
Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan beberapa tawaran membantu ekonomi
rakyat dalam manifesto mereka berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan
datang.
Manifesto
ini dibacakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sempena Konvensyen
Pakatan Rakyat kali ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pagi ni.
Isnin lalu, saya sempat berkunjung ke rumah Dr Haron Din, di Bandar
Baru Bangi. Saya tidaklah berhasrat menimbulkan khabar angin yang
tersebar luas dalam internet mendakwa beliau keluar PAS, banyak lagi
perkara lain yang lebih urgent.








