KUALA LUMPUR: Akhirnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat juga dua-pertiga majoriti tapi bukan di Dewan Rakyat.Di sebalik populariti Najib yang diwar-warkan di alam maya, satu majalah Australia hari ini membuat dakwaan bahawa 70 peratus, melebihi dua pertiga followers (pengikut) Najib di Twitter adalah akaun palsu.
Mengikut laporan Meld Magazine yang berpusat di Melbourne, satu laman berita bebas, Najib menguasai carta peratusan pengikut palsu teramai di Twitter di antara lapan tokoh politik antarabangsa yang termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama perdana menteri yang lain daripada Australia, India, Thailand, Jepun, Singapura dan Vietnam.

















