Tengku Razaleigh: Telah mengatur mesyuarat di rumahnya, petik sumber. – Gambar failKUALA
LUMPUR, 13 Jun – Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih
ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini
dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen
bermula pada 24 Jun, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.
Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.
“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.
“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.









Pemilik
akaun FB, Cucu Nabi berjaya ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama polis kerana menghina Sultan
Terengganu, Sultan Mizan. 



