Friday, June 14, 2013

UMNO TAK TAHU MALU!!! Bangunan nama UMNO tapi bukan UMNO yang punya. rakyat yang punya

Antena runtuh: Kerja turunkan antena dilaksanakan Gambar menunjukkan bahagian atas Menara Umno selepas antena komunikasi terjatuh akibat ribut.

GEORGETOWN - Pemilik bangunan Menara Umno Pulau Pinang, JKP Sdn Bhd akan menjalankan kerja-kerja menurunkan rasuk yang tergantung selepas rod penebat kilat di atas menara berkenaan tercabut dan jatuh dalam kejadian ribut petang semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adzmi Ariffin berkata, pihaknya kini sedang menunggu ketibaan sebuah kren bagi melakukan kerja-kerja penurunan rasuk itu.


"Kren itu dijangka tiba dalam masa sejam dan selepas itu kerja-kerja pembersihan akan dijalankan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.


Adzmi berkata, pihaknya juga menjangkakan bangunan berkenaan akan dibuka semula selewat-lewatnya Isnin ini dan kesemua penyewa di bangunan berkenaan dilindungi insurans.


Katanya, pihak JKP juga akan mempertimbangkan bantuan untuk mangsa yang terlibat dalam kejadian petang semalam.


Bangunan 21 tingkat yang tingginya 93.6 meter turut menempatkan Pejabat Perhubungan Umno Negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.


Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.45 petang semalam, seorang maut manakal lapan cedera selepas rod penebat kilat yang ditempatkan di menara itu tercabut dan terjatuh.


Rod penebat yang jatuh itu, turut manyebabkan tujuh kenderaan termasuk sebuah lori yang sarat muatan tong gas rosak.


Difahamkan, mangsa yang maut, Jahir Hussain Sulaiman, 40 pemandu lori berkenaan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Jalan Perak selepas solat Jumaat nanti.SH


Rupa-rupanya menara UMNO Pulau Pinang yang antena runtuh semalam mengakibat seorang terkorban dan beberap lain cedera parah dan berpuluh kenderaan rosak bukannya milik UMNO tetapi JKP Sdn Bhd yang di pengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Dato' Zainal Abidin Osman.

Rakyat punya wang tetapi UMNO Pulau Pinang ambil nama!!!!

Read more ...

Thursday, June 13, 2013

SOKONGAN KEPADA KU LI !!! Bukan sahaja sebagai PM tapi dah dapat sokongan bertanding Presiden UMNO





Datuk_Rizalman_AbdullahPETALING JAYA: Bekas Ketua Umno Tenom, Datuk Rizalman Abdullah barangkali pemimpin Umno yang pertama menyokong Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Presiden Umno dalam pemilihan hujung tahun ini.

Beberapa Umno telah mencadangkan supaya Najib tidak dicabar, begitu juga dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden Umno.

“Saya setuju jika Ku Li bertanding jawatan Presiden Umno…kerana beliau tokoh paling layak, yang ada rekod.

“Pernah jadi Naib Presiden Umno, jadi menteri dan berpengalaman,” katanya.

Read more ...

BERITA INI MEMANG PANAS!!! 222 Ahli Parlimen bakal memilih antara Tengku Razaleigh Hamzah atau Najib Razak sebagai PM

Tengku Razaleigh: Telah mengatur mesyuarat di rumahnya, petik sumber. – Gambar failKUALA LUMPUR, 13 Jun – Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber. 

The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.

“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.

“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.

Read more ...

Wednesday, June 12, 2013

23 000 PEKERJA PARTI!!! Bolehkah Zahid Hamidi temberang hakim macam temberang ahli UMNO ?


[MI]- PKR berusaha untuk membatalkan kemenangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datoh pada dengan pendedahan bukti video pemberian rasuah untuk mengundi oleh menteri tersebut, kata pemimpin parti hari ini.

Ketiga-tiga video tersebut yang boleh didapati di internet, kononnya menunjukkan Menteri Dalam Negeri tersebut mengakui memberi RM100 kepada 23,000 orang  dan 5kg beras dengan “pelekat” untuk diberikan kepada pekerja kempen parti pemerintah Barisan Nasional (BN).

Klip tersebut merupakan bukti utama ke atas kedua-dua petisyen pilihan raya yang difailkan untuk mencabar keputusan pilihan raya di Bagan Datoh yang menyaksikan Zahid menewaskan calon PKR Madhi Hassan dengan majoriti tipis 2,108 undi.

“Zahid fikir dia pintar. Dia mendakwa dia memberi rasuah kepada pekerja-pekerja parti.

Read more ...

KASIHAN AHLI UMNO!!! Ditipu secara pukal oleh UMNO melalui Utusan



Lagi Utusan kena kantoi terbarai terburai kerana menipu rakyat pasal harga kereta turun selepas PRU 13 kerana memenuhi tuntutan AKU JANJI BN.

Kali ini terlondeh sarung pelikat Utusan apabila pihak Honda Malaysia telah mendedahkan betapa harga kereta Honda Jazz Hibrid kononnya sejak Januari 2013 dijual pada harga RM92,187.00 tetapi telah dikurangkan selepas PRU 13 sebanyak 2.5% ke RM89,000 pengurangan sebanyak lebih kurang RM2,287 sedangkan hakikat sebenarnya harga kereta model tersebut sudah pun dijula pada harga RM89,000.00 sejak 23hb November 2012 lagi.

Read more ...

Tuesday, June 11, 2013

DEPAN & BELAKANG HOTEL!!! Jumpa Ku Li, Najib resah...Jumpa kertas undi , Wan Ahmad gelabah

[TMI] KUALA LUMPUR, 11 Jun — Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013.

The Malaysian Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang.

“Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu.

Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.

Read more ...

Monday, June 10, 2013

BEREBUT KERUSI SPEAKER!!! UMNO dan MIC cakar mencakar?

Cerita Zambry:
IPOH - Menteri Besar Perak  Zambry Abdul Kadir hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun).    


Presiden MIC G.Palanivel baru-baru ini dilapor mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri termasuk pegawai khas dan anggota-anggota majlis kerajaan tempatan sekiranya parti itu tidak diberikan jawatan Speaker Dun.   

Read more ...

PETISYEN TERKINI!!! PKR 19, PAS 4, DAP 2

Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan 25 petisyen membabitkan 25 kerusi Parlimen Pilihan Raya 2013 di seluruh negara minggu ini. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata PR juga akan turut memfailkan 10 lagi petisyen pilihan raya membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada keseluruhan jumlah petisyen kerusi Parlimen itu, 19 daripadanya adalah daripada PKR, dan baki masing-masing empat bagi PAS dan dua bagi DAP.

“Satu petisyen membabitkan jumlah RM10,000 untuk petisyen dan RM5,000 bagi urusan pemfailan kes, justeru kami memerlukan sekitar RM1.5 juta bagi kesemua petisyen,” kata Rafizi kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini.

Read more ...

Sunday, June 9, 2013

HIDUP MELAYU DI NEGERI UMNO!!! Tanah orang Melayu tergadai kepada 130,000 rakyat asing


Malaysia adalah antara segelintir negara di Asia Tenggara yang benarkan warga asing membeli hartanah ‘FreeHold’.

Jual boleh tetapi mengapa biarkan warga asing memiliki harga kenapa senario seperti ini terus berlaku?

Cara Indonesia mengawal pemilikan hartanah kepada warga asing yang mana hanya dibenarkan tempoh pemilikan pajakan maksima selama 30 tahun sahaja lebih dihormati.. tetapi cara Malaysia?

Kerajaan Johor Kenakan Kadar Cukai Hartanah Baharu?

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan mengenakan kadar cukai baharu yang lebih tinggi kepada kira-kira 130,000 pegangan asing yang memiliki hartanah di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata kadar cukai baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat itu berbeza dengan kadar yang dikenakan kepada penduduk tempatan. 
Sebentar? Sekadar mahu menaikkan cukai pintu? Terus-terang kami katakan selamba sahaja orang Singapura membayarnya. Adakah cadangan seperti ini yang mampu dikeutarakan setakat ini? Tiada lagikah cadangan yang lebih agresif daripada ini?

Tidak mustahil, tidak lama sahaja lagi Johor bakal menjadi tempat tinggal dan kediaman untuk rakyat Singapura. Trend sekarang, orang Singapura tinggal di Johor Bahru, rumah mereka di Singapura disewakan kepada expartariat.

Akhirnya, apa yang berlaku sekarang harga rumah di Johor Bahru melambung-lambung tinggi disebabkan permintaan daripada kelompok mereka ini. Natijahnya, warga Malaysia terutamanya orang Melayu Johor tidak mampu beli hartanah di sana sebaliknya sedikit demi sedikit JB bakal jadi tempat tinggal warga Singapura.

Read more ...

Saturday, June 8, 2013

MIC MENGAMUK!!! Kerajaan 44% BN Perak goyang lagi


Apabila pembangkang PR mentadbir kerajaan negeri Perak ia memberi jawatan Speaker India - Suatu perhormatan buat kaum India.

Apabila BN mengambil alih kerajaan negeri, MIC telah diberikan jawatan Speaker, - "Sekarang kita telah dilucutkan jawatan itu," - Palanivel
MIC mengancam memboikot kerajaan Perak atas kerusi Speaker

MIC hari ini mengancam untuk menolak semua jawatan kerajaan di Perak jika kerajaan negeri di bawah Umno, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir enggan menganugerahkan jawatan Speaker kepada salah satu daripada pemimpin-pemimpin parti itu.

Read more ...

'APA LAGI CINA MAHU'!!! Ini jawapannya wahai UMNO , siapa yang RASIS?


  1. Kronologi perkauman UMNO selepas kehilangan banyak kerusi MCA, Gerakan.
·         Muka depan Utusan Malaysia 7 Mei 2013 , 'Apa lagi Cina mahu' menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia[1].


·         12 Mei 2013- Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina kaum lain menyeru golongan Melayu agar bertindak lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka dan menuduh orang Cina mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu itu melalui usaha untuk merampas kuasa politik[2].

Read more ...

Saturday, June 1, 2013

BRAHIM ALI MENYEPI!!! Zul Nordin jadi mangsa belasahan sorang sikit


NONEPencalonan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin bertanding di Parlimen Shah Alam Shah dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu adalah satu strategi yang lemah, kata seorang ahli panel BN dalam satu forum malam tadi.

"Saya rasa jika Zulkifli tidak dicalonkan, BN akan dengan mudah memenangi 20 lagi kerusi Parlimen.

Read more ...

Monday, May 27, 2013

BERTAUBAT KONON!!! Dah kata dah, Mamat Perkasa ini tak kan berhenti buat perangai Samdol.....


Konon nak buat kerja kebaikan, piirrahhhh.......

Tak habih-habih dengan perangai Samdol!!!

Dapat info bergambar dimana Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin cuba nak halang DSAI dari menyampaikan tazkirah di sebuah masjid di Pulau Pinang sebentar tadi atas alasan tidak mau masjid di jadikan tempat berpolitik.

Read more ...

RAFIZI DEDAH BUKTI LAGI!!! Rakyat akan ke Balai Polis di seluruh negara, SPR mau tipu lagi...



 
Rafizi Ramli
PETALING JAYA - PKR hari ini mendedahkan satu laporan polis telah dibuat 9 Mei lalu membabitkan isu "blackout" di kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata dengan pendedahan laporan polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil langkah untuk menyiasat perkara tersebut.


Menurutnya, aduan mengenai isu "blackout" turut diterima daripada rakyat yang dihantar melalui emel dan disertakan gambar kepadanya.


Beliau berkata, SPR tidak boleh memandang rendah terhadap laporan polis yang dibuat oleh rakyat kerana perkara itu adalah benar.


"Saya tak rasa rakyat berani nak buat laporan polis kerana ia adalah salah kalau tak benar.


"Hari ini saya dedahkan laporan polis seperti yang dicabar SPR.


"Jadi SPR perlu siasat mengenai laporan polis yang dibuat, walaupun satu tapi ini cukup membuktikannya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.


Read more ...

Sunday, May 26, 2013

INI BUKTINYA!!! Lelaki yang hina Sultan Terenggganu rupanya seorang Macai Ameno



"Pemilik akaun FB, Cucu Nabi berjaya ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama polis kerana menghina Sultan Terengganu, Sultan Mizan.

Jika didapati bersalah dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
HinaSultan1
Membaca apa yang ditulis oleh Cucu Nabi dari Kemaman Terengganu ini rupa-rupanya peminat Umno. Dia begitu marah sehingga menghina Sultan Mizan seperti di atas kerana tidak bersuara tentang perhimpunan Blackout 505 di Terengganu sebelum ini.
HinaSultan2Ini juga bukti dia peminat tegar Umno… - Lagi.MY


Read more ...