
Thursday, May 22, 2014
'DITANGKAP'!!! Siapa bekas Ahli Parlimen Melaka buat hubungan sulit dengan isteri orang

ANTARA isi kandungan SMS Datuk kepada isteri pengadu.
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berasa sangat terhina apabila mendakwa dirinya dianiaya isteri yang belum pun setahun dikahwininya selepas wanita itu 'ditangkap' menjalin hubungan sulit dengan seorang bekas ahli politik.
Lebih menyakitkan hati, dakwa pengadu yang berusia 46 tahun dan merupakan seorang anggota polis itu, dia telah diusir oleh isterinya yang merupakan seorang ahli perniagaan sebaik perkara itu terbongkar pada 27 Januari lalu. Demikian Lapor Kosmo!
Sementara itu, menurut Sinar Harian individu bekas ahli politik itu adalah bekas Ahli Parlimen dari Melaka bergelar Datuk didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri seorang pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa di negara ini.
Difahamkan hubungan terlarang itu bermula sejak lebih setahun lalu dan berterusan sehingga wanita berkenaan mendirikan rumah tangga dengan pegawai kanan terbabit pada November 2013. Wanita berusia 44 tahun itu yang turut terlibat dalam politik, dikatakan 'diikat' Datuk berkenaan dengan pelbagai kemewahan seperti duit mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan, selain turut dihadiahkan sebuah kereta mewah jenis Mercedez Benz.
Wednesday, May 21, 2014
GAMBAR HARI INI!!! Samseng Taik Kucing di Teluk Intan dan Pulau Pinang

SAMSENG DI TELUK INTAN HALAU CALON MELAYU
SAMSENG DI PULAU PINANG LAUNG 'HIDUP MELAYU'
DUA-DUA MAI DARI JERUMUN UMNO
PERANG BESAR BN!!! Bukan di Teluk Intan tapi di Sarawak, tak boleh selesai macam kes Terengganu
Presiden sementara Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri
Tiong King Sing mengisytiharkan, akan berlaku “perang terbuka” jika
Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) diterima ke dalam BN negeri.
“Akan terdapat perang terbuka jika TERAS bertanding mana-mana kerusi yang diperuntukkan kepada parti komponen dalam pilihan raya negeri akan datang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Anggota Parlimen Bintulu itu menambah:
“Bagaimana akan ada perpaduan jika tiga komponen parti akan hilang peruntukkan kerusi tradisional BN kepada TERAS jika ia diterima ke dalam gabungan?
“Musuh sedang menunggu untuk meraikan apabila kamu bertengkar dan berbalah.”
“Akan terdapat perang terbuka jika TERAS bertanding mana-mana kerusi yang diperuntukkan kepada parti komponen dalam pilihan raya negeri akan datang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Anggota Parlimen Bintulu itu menambah:
“Bagaimana akan ada perpaduan jika tiga komponen parti akan hilang peruntukkan kerusi tradisional BN kepada TERAS jika ia diterima ke dalam gabungan?
“Musuh sedang menunggu untuk meraikan apabila kamu bertengkar dan berbalah.”
Tuesday, May 20, 2014
Monday, May 19, 2014
BERITA TV3 SUKU!!!Semalam Azimi Roslan ahli PAS Gerik, hari ahli ini PAS Parit Buntar, esok......

Setelah merujuk nama Azimi Roslan dalam data keahlian PAS Kawasan Parit Buntar . PAS Kawasan Parit Buntar menafikan bahawa Azimi Roslan adalah ahli PAS Parit Buntar seperti yang dipaparkan dalam berita TV3.
Pas Parit Buntar
Sunday, May 18, 2014
GEBANG WANITA UMNO!!! 'Shahrizat perlu belajar dari ibu saya'
Calon DAP untuk pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya
Mohd Daud menggesa ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
belajar daripada ibunya, Yammy Samat yang memberi sokongan kepadanya
walau berbeza parti.
"Saya minta beliau belajar daripada ibu saya yang juga seorang anggota Umno tetapi menyedari bahawa pencalonan saya oleh DAP memberi peluang kepada wanita muda dalam politik, terutama wanita Melayu muda, yang sering terhalang dengan struktur kebapaan dalam Umno.
"Apa yang saya capai sekarang disebabkan oleh keluarga, ibu saya, dan kerja keras... dan keputusan peribadi yang saya buat sepanjang hidup saya," kata Dyana dalam satu kenyataan hari ini.
Thursday, May 15, 2014
PENING LA NAJIB!!! Selesai masalah Mat Said, timbul masalah baru
KUALA LUMPUR 15 MEI: Krisis peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said
sebagai Menteri Besar Terengganu belum berakhir, sebaliknya babak kedua
baharu sahaja bermula dan mungkin menjadi lebih buruk, kata Pengerusi
KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.Katanya, terdapat desas desus tiga Adun yang mengikuti Ahmad Said dan keluar daripada Umno dijanjikan jawatan sebagai Exco sekiranya kembali semula ke pangkuan parti itu.
“Ini menimbulkan rasa sangat tidak berpuas hati di kalangan Adun yang tidak dilantik sebagai exco dan menyebabkan muncul beberapa kumpulan kecil (di kalangan Adun).
“Jadi masalah ini tak akan selesai, malah akan memburukkan suasana. Babak kedua adalah apabila pelantikan exco baru menggantikan exco yang lama.
“Episod ketegangan dan pergaduhan mungkin lebih berpanjangan. Babak kedua ini akan diikuti babak ketiga di dalam DUN apabila menteri besar yang baru akan diuji dengan undi tak percaya,” ujar Azan.
Katanya, sama ada undi tidak percaya itu diusulkan Pakatan atau BN sendiri, beliau yakin kalangan ADUN yang tidak terpilih sebagai exco akan memberontak.
PRK TELUK INTAN!!! Berjasa nak bertanding, adakah calon ISMA Melayu berwibawa jadi calonnya ?
IPOH:
Barisan Jamaah Islamiyah SeMalaysia (Berjasa) mengumumkan akan
bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei
ini.Presidennya Mohd Yusuf Harun berkata parti itu akan bermesyuarat di Kuala Lumpur esok bagi menentukan calon yang akan bertanding pada PRK.
"Kita akan umum dan perkenalkan calon pada Majlis Pengenalan Calon Parti Berjasa bagi PRK Teluk Intan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata parti itu yang selama ini menjadi pemerhati pasif kepada senario politik semasa, mengambil keputusan untuk menyertai gelanggang politik secara aktif, proaktif dan inovatif.
Wednesday, May 14, 2014
BETUL ATAU AUTA MAT SAID?!!! Najib terpaksa minta maaf , Mat Said masuk UMNO semula
Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik
balik surat keluar Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak memohon maaf kepadanya.Malah Ahmad yang juga ADUN Kijal turut sama berbuat demikian kepada Najib.
Secara khususnya, Ahmad berkata bahawa beliau memaafkan Najib ekoran salah faham berkaitan dengan majlis perkahwinan anak perempuannya itu.
Tuesday, May 13, 2014
PEMBUBARAN DUN TERENGGANU?!!! Semua media 'berkampung' di luar Istana Nur Nadhirah tunggu MB mengadap Sultan
KUALA TERENGGANU - Media mula berkumpul di hadapan Istana Nur Nadhirah
di sini menantikan kemungkinan Menteri Besar Terengganu yang baharu
Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan
Zainal Abidin.
Wakil media berkumpul sejak 11 pagi menunggu ketibaan menteri besar yang dijangka mengadap Sultan Mizan dipercayai bagi mendapat perkenan baginda untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.
Ahmad Razif dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan, semalam.
Wakil media berkumpul sejak 11 pagi menunggu ketibaan menteri besar yang dijangka mengadap Sultan Mizan dipercayai bagi mendapat perkenan baginda untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.
Ahmad Razif dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan, semalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)

