SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM telah menghantar beberapa keping gambar menunjukkan taktik kotor yang digunakan untuk menghalang ceramah Pakatan Rakyat di Johor.
Menurut pengirim, gambar diambil di daerah Kulaijaya, Johor di tempat membasuh tangan (singki) salah sebuah kedai makan di daerah itu.
Difahamkan, notis pemberitahuan seperti ini ditampal di banyak lokasi tumpuan orang ramai di sekitar Kulaijaya berhubung ceramah Pakatan Rakyat yang bakal diadakan di daerah itu.
Notis berkenaan dipercayai dikeluarkan oleh pihak Polis.
Tujuannya pula dikatakan untuk menyuruh para penduduk setempat agar membuat bantahan terhadap ceramah yang bakal diadakan sekaligus memberi alasan untuk Polis menghalang ceramah tersebut.
Persoalannya, mengapa jika program ceramah anjuran United Malays National Organization, Umno tiada pula notis begini ditampal?
Tindakan ini dilihat membuka ruang kepada gerombolan songkok tinggi membuat bantahan beramai-ramai kononnya sebagai mewakili penduduk setempat bagi membolehkan polis menghalang ceramah dengan alasan ada bantahan.
Wahai polis, rakyat Johor bukan bodoh, mereka nak datang ceramah
biarlah mereka pergi, mereka ada otak, ada akal fikiran, kalau ceramah
Pakatan Rakyat penuh penipuan dan fitnah mereka juga tak bodoh untuk
terus percaya.
Kenapa sibuk sangat nak halang ceramah? Pergi tangkap perompak, pencuri, perogol.
Perdebatan mengenai masa depan demokrasi di Malaysia menjadi ‘panas’
apabila isu negara Islam dibahaskan oleh Naib Presiden MCA, Gan Ping
Sieu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mujahid Yusuf Rawa.
Ketika
pusingan kedua pada sesi menjawab soalan Debatkini, Gan (kanan) dilihat
mengutarakan isu adakah PAS akan menukarkan perkara asas di dalam
negara sekiranya menjadikan negara ini, negara Islam dan melaksanakan
hudud.
Sehubungan itu, Mujahid yang juga merupakan ahli Parlimen
Parit Buntar dengan lantang membidas kenyataan Gan dengan mengatakan
bahawa, walaupun PAS menjadikan agama Islam sebagai asas, tetapi parti
itu sentiasa membuka ruang untuk demokrasi.
Beliau juga percaya, agama Islam merupakan sebuah agama yang menghormati pilihan.
“Kita
komited dengan proses demokrasi. Walaupun dasar PAS ialah Islam tetapi
kami percaya, Islam itu sebagai panduan. Sebab itu kita boleh komited
dengan situasi yang pelbagai kaum.
“Saya juga percaya, kita
perlu membincangkan (isu murtad) dengan lebih intelektual. Ia adalah
intipati dalam ajaran Islam. Ttapi ia juga adalah interpretasi.
“Berdasarkan
pengetahuan saya, mereka yang meninggalkan agama ini tidak meninggalkan
iman dan dalam konteks sejarah, mereka yang murtad, adalah kerana
menentang sistem atau boleh dikatakan sebagai pengkhianat,” katanya
menjadikan murtad sebagai contoh dalam Debatkini anjuran Malaysiakini di ibu negara malam tadi.
Menjelaskan
kenyataanya itu lagi, Mujahid berkata, seseorang yang murtad itu perlu
memilih diantara iman dan hati naluri sendiri dan jika melakukannya
kerana menghormati undang-undang, maka tiada isu mengenai murtad.
“Isunya
ialah, orang yang murtad dijadikan alat politik bagi mereka yang
berfikiran sempit antara dua-dua belah pihak,” katanya di hadapan
kira-kira 300 hadirin.
Sementara itu,sebagai membidas kenyataan
Mujahid (kiri), Gan berkata, walaupun enakmen hudud tidak dilaksanakan,
tetapi beliau mendakwa, PAS cuba menerapkan elemen tersebut di Kedah
apabila penggubalan undang-undang bagi menghalang fatwa dicabar di
mahkamah diluluskan.
“PAS kata undang-undang hudud tak boleh
dilaksanakan kerana Umno takut dengan MCA. Saya amat mengambil berat
tentang perkara ini. Bayangkan tekanana ke atas perdana menteri dan
rakan-rakan dalam BN apabila mereka kata Umno tidak boleh laksanakan
hudud.
“Saya percaya Islam itu ialah bersederhana dan tiada
paksaan. Tetapi jika kami mahu ingin melaksanakan (hudud) sebagai cara
hidup, maka, jauhkanlah,” kata Gan.
Selain itu, Gan yang juga
merupakan seorang peguam menambah, beliau turut menganggap sistem
perundangan Islam atau hudud akan menjadi ‘mimpi ngeri’ kerana. katanya,
setiap hukuman yang dikenakan bergantung sama ada banduan tersebut
beragama Islam atau tidak.
Justeru, membidas kenyataan Gan, Mujahid dengan tegas berkata, tiada istilah ‘Hudud PAS’.
Mujahid menjelaskan, PAS mempunyai aspirasi dengan melakukan sesuatu secara demokratik.
“Di
Kelantan dan Terengganu, enakmen hudud dikenalkan secara demokratik dan
kamu mungkin tidak suka tetapi dalam demokrasi, anda tidak mungkin akan
membenci semuanya.
“Kita telah sampai ke peringkat di mana,
kita melihat hubungan antara Islam dan negeri ini tidak secara formatif
tetapi dengan cara substantif bagi menyuntik Islam kepada negara.
“
Ini merupakan lonjakan terbesar PAS. Sama ada MCA atau Umno tidak suka,
itu adalah masalah mereka. Kita progresif. Islam ialah meletakkan diri
dalam demokrasi. Kita percaya tidak ada pemisah antara Islam dan
demokrasi,” kata Mujahid lagi.
IPOH
19 Jun - Memalukan! Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup
bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah pembinaan
Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Pegoh Aman di atas tapak sebuah padang
awam di sini.
Alasan mereka adalah mahu mempertahankan padang itu untuk kegunaan penduduk.
Namun
yang menghairankan, sebahagian besar penduduk taman tersebut tidak pula
membantah projek berkenaan kecuali sebilangan kecil penduduk bukan
Islam yang tinggal di hadapan padang berkenaan yang dipercayai telah
dihasut oleh pihak tertentu.
Pas dan PKR bukan sahaja
membuat demonstrasi mendesak bangunan yang dalam pembinaan itu
dirobohkan pada 29 Mei lalu, malah turut mengganggu majlis dialog yang
diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk
Hamidah Osman (gambar tengah ) bagi memberikan penjelasan kepada penduduk Sabtu lalu.
Ini cerita sebenar....
Sebenarnya isu tersebut dibangkitkan kerana UMNO ingin menakluki
Dewan Orang Ramai Kg Pengkalan Pegoh (selama ini merupakan tapak
Sekolah Agama Rakyat Pengkalan Pegoh) untuk dijadikan sebagai bilik
gerakan UMNO BN menjelang musim pilihanraya.
UMNO telah
mengarahkan SAR tersebut supaya mengosongkan Dewan Orang Ramai untuk
kegunaan piliharaya. Dalam masa yang singkat, SAR terpaksa menumpang di
Surau Taman Desa Aman. Pelajar-pelajar terpaksa belajar di bawah
khemah selama dua minggu.
Hakikatnya,
UMNO sanggup menghalaukan pelajar SAR keluar dan tidak membekalkan
tempat alternatif kepada pelajar. Pelajar-pelajar terpaksa dihalaukan
ke sini sana, tetapi hanya untuk memberikan ruang awam tersebut kepada
kegunaan UMNO BN. Siapa yang menzalimi rakyat?
Kini, Dato Hamidah
pula mengarahkan pembinaan SAR baru di Tapak Padang Taman Pegoh Aman
tanpa mendapatkan kelulusan pejabat tanah / DBI dan tidak mendapatkan
persetujuan daripada penduduk tempatan. Tanah tersebut masih tidak
digazetkan sebagai kegunaan tapak sekolah.
Akibatnya, pembinaan
tersebut dibantahkan oleh penduduk tempatan dan ini mencerminkan UMNO
memang JUARA dalam isu merampas hak rakyat. Bantahan rakyat:
UMNO sanggup merampaskan harta rakyat termasuk Dewan Orang Ramai
untuk kegunaan sendiri, dan merampaskan tapak padang demi mengautkan
publisiti murahan.
Bangunan didirikan tanpa kelulusan dan tidak mendapat persetujuan /
persefahaman daripada penduduk tempatan, serta ia telahpun dilaksanakan
kira-kira 30% kerja dan peruntukan kerajaan RM100,000.00 diberikan
walaupun tiada kelulusan tanah.
YB Dato Hamidah Osman sebagai exco kanan telah melanggar
undang-undang dan beliau bersikap angkuh kerana tidak mempedulikan suara
rakyat untuk berdialog.
Kerajaan negeri seharusnya memberikan tanah alternatif kepada SAR
tersebut supaya tapak pembinaan SARyang baru adalah lebih sesuai dan
strategik.
Sebenarnya, bantahan penduduk Taman Pegoh Aman adalah membantah pembinaan bangunan yang tiada kelulusan.
Akhbar
dalam talian DAP, Roketkini telah menemu bual dengan Naib Presiden PAS
Salahuddin Ayub yang kini memimpin jentera pilihan raya PAS Johor
bersama dengan Pakatan Rakyat negeri dalam usaha mendapatkan mandat
rakyat bagi membawa perubahan di negeri yang dikatakan kubu kuat
UMNO-Barisan Nasional itu.
Ikuti wawancara Hafiz Zainuddin bersama dengan Salahuddin anak watan
Johor yang kini menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian di Kelantan.
Gambar-gambar oleh Wira Andika. Apa isu utama masyarakat Melayu di Johor? Perkara
yang menyentuh isu Melayu di Johor ialah orang telah bercakap tentang
integriti yang melibatkan urus tadbir. Sebab itu bagi saya, perkara
paling penting sekarang ini adalah, rakyat perlu diberitahu tentang apa
yang dikatakan sebagai hala tuju urustadbir kerajaan negeri.
Isu
kronisme dan nepotisme juga semakin jadi bualan rakyat peringkat
bawahan. Sebab itu Pakatan Rakyat telah bersepakat dan bersetuju bahawa
perkara pertama yang harus diberi keutamaan sekiranya kita diberi
mandat untuk mengambil alih Nusajaya, kita perlukan kepada management
audit. Management audit ini penting bagi saya untuk kita melihat
prestasi kerajaan negeri, semua GLC di bawahnya, dan juga tentang
integriti pihak kerajaan sendiri.
Financial audit tu nombor dua,
management audit tu yang pertama. Yang ini saya rasa satu isu yang harus
kita berikan perhatian. Yang kedua isu tanah, isu yang cukup dirasa
oleh rakyat hari ini isu pengambilan tanah, pembayaran pampasan tanah
yang tidak adil, dan sudah tentu orang-orang melayu ingin tahu kemanakah
perginya tanah rizab melayu yang tergadai di sepanjang pemerintahan BN
di Johor ini. Contohnya bagaimana?
Isu
tanah ini seperti pengambilan tanah untuk projek-projek kerajaan yang
melibatkan seperti projek RAPID Petronas, tanah yang berstatus pertanian
rakyat itu, adakah ia dibayar dengan adil? Begitu juga dengan isu
pengambilan tanah di Tanjung Pelepas, walau pun kita bangga kita punyai
pelabuhan, RAPID Petronas atau pun projek pembangunan infrastruktur yang
penting itu kita tidak pertikaikan tetapi pendekatan kerajaan dan cara
kerajaan mengambil tanah itu yang menjadi satu pertikaian yang sampai ke
hari ini saya melihat ia telah menjadi suatu isu, iaitu dalam himpunan
tanah baru-baru ini di Angsana seminggu selepas BERSIH hari Sabtu
pertama. Lebih kurang 5,000 orang hadir yang mewakili pelbagai segmen
masyarakat. Saya rasa ini isu yang seharusnya highlight kan khususnya
kalau bercakap tentang pengundi Melayu.
Apa sebenarnya isu yang dimainkan dan apa kesannya kepada PAS sendiri dalam memenangi hati pengundi terutamanya pengundi Melayu.
Sudah
barang pasti isu ini melibatkan sebahagian besar majoriti orang Melayu.
Isunya adalah isu keadilan, kita boleh bayangkan satu tanah pertanian,
tanah yang orang kampung duduk, mencari rezeki, bergantung kehidupan
mereka dengan tanah itu atas nama pembangunan, (kerajaan) mereka ambil
tanah itu.
Sebab itu kita masih lihat saki baki orang Melayu yang
terpaksa menerima kesan langsung. Jadi mereka kehilangan tanah buat
selama-lanya dan adakah bayaran itu mencukupi. Saya rasa ini isu yang
kalau kita bercakap mengenai orang Melayu, mereka mengharapkan PAS
mengambil isu ini. Sebab itu bila PAS mengatakan kita akan gantikan
UMNO, sudah barang pasti PAS mesti menunjukkan komitmen yang tinggi.
Rakyat ingin melihat betapa seriusnya kita memperjuangkan isu ini. Persediaan pilihan raya di Johor bagaimana?
SALAHUDDIN:
Ya seperti saya sebut tadi kita nak buat roadshow, kita nak buat
himpunan. Respon sangat baik dan ini saya rasa kita tidak boleh
memandang remeh isu ini yang kita rasa kita boleh untuk kita memberikan
keyakinan kepada orang Melayu bahawa PAS sudah bergerak dan dilihat
boleh ganti UMNO dan kita mampu untuk memperjuangkan nasib mereka.
PAS
lebih rela berkawan dan berkongsi kuasa berbanding dengan UMNO. Isu itu
cukup menghantui UMNO. Isu yang UMNO gunakan DAP yang merampas hak,
melunturkan maruah serta martabat orang Melayu. PAS mengaku perjuangan
orang Islam tidak rela bersatu (perpaduan) dengan UMNO adalah cubaan
menjauhkan pengundi Melayu dengan PAS
Persepsi orang
Melayu jika DAP menang, masyarakat Cina lebih ke hadapan dalam menyokong
Pakatan tapi Melayu masih was-was, adakah perasaan takut hilang kuasa
terlalu menebal pada Melayu?
A: Hilang kuasa, hilang
tanah, itulah cara propaganda UMNO. Kerana itu masih ada orang Melayu
yang tak puas hati dengan UMNO tapi tak bersedia bagi undi kepada PAS
kerana takut ‘hilang kuasa’ orang Melayu. Memang sikap ini masih
menebal. Bukan sekadar Melayu Johor tapi kelompok Melayu tegar penyokong
UMNO dan khususnya mereka yang tidak ada akses dengan media baru dan
hanya bergantung pada media arus perdana kawalan kerajaan BN.
Namun
kita sudah berjaya menembusi banyak kawasan Melayu. Contohnya kawasan
pendalaman Paya Mengkuang, Ulu Kulai, Gelang Patah, penempatan
perkampungan Melayu tradisi, yang tanah diambil oleh projek yang kini
sudah ada kawasan baru. Dulu tidak boleh masuk walau pun kita PAS. Ada
juga gangguan polis cuba kacau kononnya tidak ada permit dan sebagainya
tetapi kehadiran 200 hingga 300 orang yang sebelum ini tidak akan ada
orang kampung keluar. UMNO buat laporan polis cuba ugut tuan rumah tapi
kami masih teruskan ceramah sehingga jam 12 malam.
Kita akan
memberikan fokus yang lebih terutamanya di kampung tradisi di Johor, dan
sambutannya juga amat bagus. Kita bawa bersama risalah dan media baru
ini secara berterusan. Ada yang hantar sms kepada semua setiap kali ada
program dan ini amat berkesan. kami ada sistem khusus Sis-Pro yang
dibayar oleh PAS dan penerima boleh mencecah 2,000 peneriman maklumat
yang dihantar Apakah sambutan ini boleh diterjemah kepada undi?
Itu
persoaln yang lain tapi PAS yakin kerana walau pun bergerak perlahan
dalam undi Melayu tapi amat drastik pada undi Cina, kita sentiasa
meningkat. Sebab itu saya tidak bimbang undi Melayu hilang tapi ia akan
menambah sedikit biar pun lambat. Kita ada sokongan kuat.
Media
baru yang ada kumpulannya sendiri boleh sampai kepada orang muda, kelas
pertengahan dan kelas pekerja yang menjadi sasaran. Ceramah kelompok
menjadi tradisi yang serentak ceramah umum tapi lebih tumpu kepada
kawasan yang sukar ditembusi dengan ceramah umum menggunakan Sis-Pro
dengan ceramah kelompok. Bagaimana tentang NFC skandal lembu kondo?
Dalam
ceramah atau pun isu penerangan kepada masyarakat, mereka faham isu ini
tidak sepatutnya jadi pada UMNO. Mereka kecewa, sebenarnya isu ini
mudah untuk kita jawab, adakah walau pun dari segi perundangannya
mungkin Dato Sharizat Jalil terlepas kerana isu ini terkena pada
keluarga dia, suami, anak-anak dia dan syarikat suami dia. Ini yang kita
katakan “you maybe legally right but morally wrong”. Jadi dia tetap
bersalah. Adakah suami dia boleh dapat projek itu kalau isteri dia
orang kampung biasa, kalau isteri penjaja gerai biasa? Kalau ikut
kenyataannya ‘tidak salah’ tapi kes suami terbukti dan kes berada dalam
mahkamah, isu ini lebih menarik. Bagaimana dengan dakwaan penipuan undi yang dilakukan oleh BN?
Pengalaman
di Terengganu dalam pilihan raya umum 2004 terasa akan wujud pekara itu
seperti di Selangor di mana 486,000 pengundi baru termasuk undi pindah
masuk. Memang mereka sengaja buat untuk itu. PAS, DAP dan PKR menyokong
BERSIH kerana kita mahukan pilihan raya yang adil dan bersih kerana kita
ke arah itu. Jadi dalam isu memenangi isu pengundi hantu ini kita perlu
konsisten.
Mereka tak pedulikan Pakatan di Johor kerana mereka
rasa ini kubu kuat mereka. Ada orang kata jangan terkejut mereka akan
lebih fokus pada Selangor dan akan terlepas Johor. Saya lebih realistik.
Saya yakin kalau pun kita tak tumbangkan atau ‘take over government
pun, tapi kalau dah patahkan sedikit kuasa mereka pun dah cukup bagus
untuk Pakatan di Johor. Bagi saya Johor mesti menyumbangkan
sekurang-kurangnya 10 – 15 kerusi untuk ke Putrajaya
Secara realistik, PAS boleh menang berapa kerusi di Johor?
Saya
rasa 17 kerusi Dewan Undangan Negeri. Ini berdasarkan kekuatan jentera
pilihan raya kita. sokongan orang Melayu dan peratusan undi Cina yang
sudah menolak BN. Memang pengundi Cina akan lebih memilih PAS sekarang
tetapi kita tidak pernah lupakan pengundi Melayu. Kalau dilihat menang
Maharani dan Sungai Abong, orang Cina beri hampir 60 peratus undi tapi
juga betambahnya undi Melayu amat penting di dua tempat ini. Faktor itu
penting, Melayu juga harus menyumbang manakala Cina pula sudah bersedia
untuk berubah.
Suhu politik Johor?
Saya
rasa ada perubahan sedang berlaku di Johor. Corak politik Johor juga
sama dengan Selangor dari segi politik, geografi, komposisi kaum.
Contohnya Shah Alam, Kelana Jaya, Ulu Langat (Parlimen) di mana kita
hilang berbelas-belas ribu undi pada tahun 2004 tetapi pada 2008 apabila
tsunami politik datang, semua jatuh kepada kita. Komposisi kaum Cina
35-40%, India 10 % menyumbang kepada kemenangan.
Johor bakal
menjadi ransangan kerana semua orang di Johor sedang menunggu untuk
membuat perubahan terutamanya di kalangan kaum Cina. Kajian daripada
Havard, Oxford dan beberapa pihak lagi meramalkan undian Cina akan
betukar sehingga 80%, terpulang sama ada anda percaya atau tidak. Inilah
kajiannya
Benarkah saudara kembali ke Johor untuk bersedia menjadi Menteri Besar jika Pakatan menang?
Saya
balik ke Johor kerana saya telah bersetuju untuk bersama berjuang
kerana sejarah politik saya bermula di sini. Saya mahu menjadi
sebahagian daripada sejarah itu. Saya tidak berada di Kubang Kerian
bukan bermakna Kubang Kerian tak mahukan saya, tapi parti dah buat
keputusan pada Disember tahun 2011, masa itu dah ada ura-ura ada pilihan
raya umum.
Saya rasa tepat pada masanya. Sebagai Naib Presiden
yang agak lama dalam parti, sepatutnya apabila rakyat perlukan anda,
kenapa anda tidak balik ke tempat asal dan saya terima itu sebagai
cabaran. Saya juga kaji tentang Johor sebelum saya balik. Ahli-ahli DAP
juga dan mengalu-alukan kehadiran saya disini. Datuk Seri Anwar Ibrahim
pun rasa ini adalah terbaik untuk kita dan PAS minta saya balik. Dan
masa ni saya ini cuma sumbangan kecil saya, tunjukkan sedikit keberanian
dan panduan berada di gelanggang UMNO. Lupakan isu siapa menteri besar,
menang dulu.
Bukankah sukar untuk Pakatan menang di Johor buat masa ini?
Sama
ada di segi politik ia adalah “bunuh diri” atau pun “terbunuh”, ini
adat dalam politik. Saya dah bagi tahu orang Johor hidup mati saya di
Johor. Kalau “terbunuh” pun sebagai seorang wira, saya bukan orang
pengecut. Dalam era politik baru, masih ada anggapan umum
bahawa PAS adalah parti konservatif. Adakah pemikiran politik
konservatif masih boleh betahan?
Saya tidak rasa PAS
mengamalkan konservatif kerana saya sudah berada di dalam PAS selama 30
tahun dengan dasar parti kita amat jelas, kita ikut ajaran Islam. Islam
ke arah kebaikan mengajar pemimpin kita agar lebih menjadi produktif,
proaktif dan progresif dan ini cita-cita kita. Mungkin dulu ada sedikit
stigma dalam dalam masyarakat PAS terlalu ekstrem, ada unsur-unsur
fanatik dan seumpamanya. Tapi bila kita telah sampai ke tahap yang ada
sekarang, ada juga orang yang datang untuk mengenali dan mendekati kita,
kita ada banyak sesi dialog kita dah mula ada satu pakatan yang kuat.
Sekarang
kita ada Pakatan Rakyat. Jadi sekarang orang ramai boleh melihat
bagaimana keterbukaan PAS dalam menyesuaikan diri dalam arus perdana
politik. Jadi saya rasa yang penting hari ini berilah kami peluang untuk
kita buktikan kepimpinan dalam PAS. Jadi saya rasa yang ada dalam
pemimpin tertinggi PAS semuanya tidak akan ada lagi masalah kerana
rakyat boleh menilai mereka dalam sebagai pemimpin sama ada di Parlimen
mahu pun di luar. Dalam diskusi kita di mana-mana forum dan seminar. Dan
PAS tidak lagi asing dan apa yang disebut tadi luntur daripada
pandangan. Semakin ramai orang sertai PAS sekarang, bagaimana pula pandangan saudara tentang orang Melayu yang masuk DAP?
Ini
juga perkembangan yang menarik yang juga, DAP berusaha kuat untuk
memecahkan tembok mereka dengan masyarakat dan mungkin dengan beberapa
peristiwa yang belaku kebelakangan ini yang berlaku seperti integriti
kerajaan Pulau Pinang dan juga keyakinan mereka terhadap orang-orang
muda dalam DAP macam Anthony Loke, Tony Pua, Liew Chin Tong, mereka
semua banyak bercakap isu nasional, bukan lagi isu kecinaan. Ini yang
mendorong orang-orang profesional Melayu ingin mencuba berpolitik dengan
DAP. Ini bagus ia menyuburkan lagi pentas demokrasi dalam dunia kita.
Tentang masa depan PAS?
Ini
masanya kita tunjukkan usaha membuang pemikiran yang menghantui PAS
agar menjadikan PAS lebih moderat, lebih faham tentang landskap politik
negara dan meletakkan yang penting memastikan kedudukan dalam arena
politik negara. Kita lebih berperanan, lebih amanah, dan lebih
bertanggungjawab menjadi contoh yang baik dari segi kepimpinan dan dua
kerajaan negeri yang boleh kita jadikan bukti, Tuan Guru Nik Aziz Nik
Mat di Kelantan dan Dato Azizan Razak di Kedah. Kita cukup jelas dengan
gelombang yang kita bawa, kita juga sanggup bekerjasama dengan DAP dan
PKR sekiranya kita diberi peluang di Putrajaya.
Sebagai mengakhiri wawancara, boleh ceritakan sedikit latar belakang politik saudara?
Saya
dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Johor sepanjang tahun 1989 hingga 1999
kemudian sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia mulai 2003 hingga 2009.
Selepas itu saya dipilih sebagai Naib Presiden PAS sejak 2009 hingga
sekarang.
Saya berkelulusan sarjana muda Human Development daripada Universiti Putra Malaysia.
Dalam
perjuangan politik, saya hanya mahukan keadilan untuk semua, jadi kita
perlu membela rakyat, membela kaum masyarakat. Sebab itu dalam Islam
kita tidak boleh berjuang mengikut perkauman. PAS cukup relevan dan saya
sesuaikan dengan idealisme saya sekarang. Idealisme pejuangan itu
dimiliki oleh PAS.
Paling menarik sekarang ini saya buat
keputusan untuk balik ke Johor. Itu yang buat saya rasa bahagia dan
bangga sebagai Naib Presiden. Yang paling tidak lupa ialah sewaktu
menjadi Ketua Pemuda PAS Johor pada tahun 1989 di mana ketika itu saya
tidak punya kerja tetapi kawan-kawan yang banyak membantu. Saya percaya
wang bukan segala-galanya tapi terus kuat berjuang sehingga saya diberi
peluang bertanding di Kelantan pada 2004. Dari tahun 1989 saya mula
serius dalam jawatan yang besar sehingga 2004 saya tidak ada punca
pendapatan yang tetap. Terima kasih pada tahun 1989 saya dapat RM300
sebulan dari PAS.
Saya sangat berterima kasih pada kawan-kawan
yang banyak membantu. Tidak ada duit bukan alasan untuk tidak berjuang.
Peringkat awal dikutuk oleh keluarga untuk berjuang untuk Islam
sedangkan saya tak punya kerja tapi mahu perjuangkan Islam. Sekarang
mereka faham. Isteri saya amat banyak membantu dan menjadi tulang
belakang perjuangan saya. Saya juga bersyukur dengan enam anak yang mana
lima sudah lepasan universiti. – Roketkini.com
Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang
itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai
berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.
Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.
Pada 26 Mac lalu, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta
terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India
Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya.
Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh
ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.
Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany.
Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga
menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua
Pengarang Kumpulan Utusan Meloya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan
ketiga.
Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah
seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas
dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan
reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli
politik.
Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk,
ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh
mahkamah.
Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen
mereka daripada terus menyatakan atau menerbitkan perkataan-perkataan
berunsurkan fitnah.
Selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk menari balik artikel yang
diterbitkan oleh akhbar itu pada 20 Mac tamat, Anwar mengarahkan para
peguamnya supaya meneruskan saman terhadap kedua-dua defendan.
Nallakaruppan dalam kenyataannya mencabar Anwar supaya mengheretnya ke
mahkamah kununnya untuk membuktikan bahawa Anwar seorang pengamal
biseksual (dua jenis) dan disiarkan di Utusan pada keesokannya.
Utusan pula yang berdepan dengan pelbagai tuntutan saman tidak dapat memberikan ulasan setelah dimaklumkan sebentar tadi.
Nallakaruppan mendakwa pernah melihat Anwar mengadakan hubungan seks
dengan pelacur tetapi tidak dapat memberikan bukti kukuh serta hanya
berdasarkan keterangan mulut dan percakapan yang dibuat oleh seorang
lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda.
Ini sekaligus mematikan fitnah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed
Hashim yang menuduh Anwar tidak akan berani menyaman Nalla kerana takut
rahsia terbongkar.
Aku dapat info via email. Aku akan share
kan kandungan email tue kat sini. Aku dah check blogger yang
dimaksudkan. Aku tengok blog dia telah diletakkan tanda peringatan iaitu
UNDER PROTEST. Which mean dia tengah protest.
Actually, semalam memang aku nampak pg
ada update twitter bagitau perselisihan antara blogger umno dah selesai.
Yang mana tak puas ahti tue simpan untuk selepas PRU-13. Kalau nak
ungkit ke apa tunggu PRU-13 settle dulu kot. Lebih kurang gitulah maksud
dia.
So kalau aku linked kan citer yang aku
dapat via email dengan update dari pg, memang sah lah bahawa mereka
adakan perjumpaan baru2 neh. Kalau
ikut analisis aku, RASAnya benda neh ada 2 KESIMPULAN tersembunyi.
Tapi
aku diam2kan dulu. Aku cuma akan bagi hint diperguna or memperguna.
Aku
kan kawan baik si conan.
Kah kah kah
Lihat kandungan email kat bawah neh oke ;
Ada sedikit maklumat mengenai pepecahan blogger Umno dan perangai kurang ajar Papagomo!!
Semalam 18hb Jun 2012 kira2jam
2ptg satu perjumpaan bloggers dgn Dato Menteri KBS Shabery Cheek di
Bukit Kiara telah diadakan.Tujuan perjumpaan ini adalah sesi round up
hari belia yang lepas dan sesi ambik upah. Dikatakan blogger pro BN
"PAPAGOMO" telah bertengkar dan menumbuk seorang blogger UMB "APA a.k.a
Aku Peduli Apa (http://aku-tak-peduli.blogspot.com/)"
Isu nya adalah dendam lama
Papagomo terhadap Blogger APA. Papagomo (Nama sebenar Wan Azri, sila
rujuk gambar Papagomo) seorang blogger yang bongkak dan angkuh ini, pada
kejadian itu dikatakan berada diluar dewan lalu menumbuk blogger APA.
Blogger APA naungan UMB yang
diterajui Tun Faisal (Exco Pemuda Umno Msia) ini dikatakan telah
mengeluarkan gambar rumah, kereta dan beberapa gambar peribadi Papagomo
didalam blognya. Oleh itu ianya mengundang kemarahan Papagomo dan terus
berdendam dengan blogger APA.
Tun Faisal selaku ketua UMB ini
juga adalah seorang pegawai khas kpd DS Hishamuddin dan Papagomo pula
adalah blogger naungan DS Shabery Cheek. Pepecahan kumpulan blogger UMB,
DS Hishamuddin dan kumpulan blogger DS Shabery Cheek (Papagomo) semakin
kritikal.
Persoalannya disini adakah
kumpulan blogger UMB kendalian Tun Faisal yang ber boss kan DS
Hishamuddin ini memang mengatur strategi untuk menghentam DS Shabery
Cheek, Papagomo and then geng? Adakah ini strategi DS Hishamuddin untuk
menghancurkan semua "Rival" nya didalam Umno ataupun ini memang perangai
kurang ajar Papagomo yang semakin berlagak, sombong, angkuh dan
"demanding" ini?
Adajuga
sumber mengatakan DS Hishamuddin juga ada membuat "engagement" dgn
Papagomo secara sulit dan memberikan duit komitmen bernilai ribuan
ringgit dengan kadar bulanan. Klau ini benar berlaku sememangnya DS
Hishamuddin mementingkan diri sendiri demi survival politik sempitnya
dan si bahlol Papagomo ni memang tiada maruah diri dan tiada integriti.
Kita harus BOIKOT blogspot PAPAGOMO dan juga BOIKOT menteri yang membela sampah2 masyarakat ini.
Aku takmo campur dalam bab peribadi
dorang. Dalam bab harta peribadi pun aku takmo campur. Itu urusan dorang
dan takde kena mengena dengan aku satusen pun. Cuma aku nak tekankan
satu perkara disini yang ramai orang seringkali sangsi dan
mempersoalkan.
Mereka kata blogger umno berjuang tanpa
upah. Aku nak bagitau perkara tersebut adalah KARUT semata2. Aku tak
kata pun amek upah itu satu kesalahan oke. Aku rasa takde hal lah
blogger amek upah untuk menulis kerana blogging juga merupakan satu
kerjaya.
Yang aku persoalkan ialah kalau dah amek
upah tue mengaku je lah. Toksah takut dengan persepsi masyarakat kalau
kita yakin apa yang kita buat neh benar dan betul kan.Yang sorok2 taknak
mengaku tue sebab nak memperlihatkan sangat yang kekonon korang tue
sama macam blogger2 pr yang bergerak cari dana sendiri tanpa disponsor
bagai.
Alamak aii.. aku sendiri pun kena sponsor. Tak percaya ko tanya pembaca2 aku. Siap tulis terang2 lagi siapa yang taja aku.
kah kah kah
Yang sorok2 neh sebenarnya satu jek
sebab nya. Sebab menulis bukan dari ahti dan fakta tapi ikhlas membodek
dan menipu. Betul tak? Mengaku je larh weh.. money can buy you.. errk
jap silap.. money already bought you..
Mahathir mungkin satu-satunya pesara jawatan tertinggi di Malaysia dan
dunia, yang tetap memenuhkan setiap hari yang dilaluinya dengan
kesibukan mengkritik dan memikirkan tentang politik.
Jika pesara lain yang pernah menjadi Perdana Menteri atau Presiden
mana-mana negara, mereka hanya lebih banyak menjalani kehidupan santai
bersama keluarga dan anak cucu serta sesekali menghadiri jamuan selepas
meletakkan jawatan, ini tidak berlaku kepada Mahathir.
Sejak melepaskan jawatan pada 2003 dan kemudian berlaku episod Anwar
dibebaskan dari penjara, perselisihannya dengan pengganti yang
dipilihnya sendiri iaitu Pak Lah dan keputusan buruk pilihanraya 2008,
Mahathir menjadi seorang pesara yang tidak pernah duduk diam.
Menjelang pilihanraya akan datang ini di mana musuh utamanya, Anwar
sedang mengintai untuk menuju ke Putrajaya dan dalam masa yang sama UMNO
semakin ditolak rakyat, Mahathir kelihatan semakin sibuk dan menjadi
tidak tenang jiwanya. Pelbagai pandangan, tulisan, kritikan dan ucapan
mengenai politik, masa depan negara, UMNO, Anwar dan sebagainya sudah
diluahkannya. Matlamatnya tidak lain, mengelak impian Anwar menjadi
Perdana Menteri menjadi kenyataan.
Baru-baru ini beliau bercakap tentang demokrasi, pembaharuan dalam
pentadbiran Najib yang disifatkannya menggalakkan ekstremisme dan
kebimbangannya jika Anwar menyalahgunakan kuasa setelah berjaya menjadi
Perdana Menteri dan seterusnya memungkinkannya di bawa ke muka
pengadilan dan dipenjarakan.
Jelas bahawa Mahathir mulai bimbang dengan kebangkitan rakyat yang
mahukan pembaharuan sebagaimana yang telah berlaku di beberapa negara
sebelum ini.Namun dengan membuat andaian bahawa kemungkinan beliau akan
menjadi mangsa balas dendam Anwar, beliau mengharapkan rakyat menolak
perubahan dan lebih melihat kesan buruknya berbanding kebaikannya.
Mahathir akan terus mengkritik Anwar dan pembangkang sehingga tarikh
pilihanraya diumumkan dan ketika tempoh kempen, keaktifannya mungkin
berganda lagi. Jiwa pencennya tidak akan tenang selagi Anwar masih
bernafsu untuk merebut kuasa. Beliau ghairah mempertahankan UMNO bukan
sangat kerana sayangkan Najib tetapi semata-mata mahu mengelak rakyat
memilih Anwar sebagai Perdana Menteri.
Jika diimbas pencapaian dan kejayaan Mahathir menundukkan musuh-musuh
politiknya, beliau sepatutnya sudah boleh menggunakan tempoh persaraan
ini dengan jiwa lebih tenang. Semua musuh politiknya berjaya ditunduk
dan dijinakkan. Beliau memang boleh berbangga dengan pencapaian itu.
Tetapi putaran kehidupan menjadikan beliau lebih serabut dan kalut berbanding bekas musuh-musuh yang pernah dikalahkannya itu.
Musa Hitam, musuh politiknya yang pertama, kelihatan lebih enjoy dan
tenang di usia persaraan ini dengan menceburi dunia korporat dan banyak
menghabiskan masa di luar negara. Tengku Razaleigh yang ditewaskannya
pada 1987, walaupun masih aktif dan bernyawa dalam politik tetapi
jiwanya kini juga pasti lebih tenang dan santai berbanding Mahathir.
Begitu juga dengan Pak Lah, sejak bersara pada 2009, beliau mengambil
keputusan bersara sepenuhnya dan tidak pernah menyusahkan penggantinya
iaitu Najib. Masanya banyak dipenuhkan bersama keluarga dan hanya
sesekali muncul di khalayak ramai.
Hanya Anwar, musuhnya yang turut tidak tenang tetapi Anwar belum bersara
dan sedang gigih mendaki tangga untuk menawan Putrajaya.
Kenapakah Mahathir tidak setenang Musa Hitam, Ku Li dan Pak Lah?
Mahathir menjadi sedemikian rupa tentunya ada kaitan dengan
langkah-langkah politik yang dilakukannya sepanjang 22 tahun berkuasa
yang kadang-kadang dilihat zalim dan keterlaluan. Beliau tidak pernah
ada perikemanusiaan terhadap penentang yang mahu menggugat kuasa yang
sedang disandangnya.
Apabila melantik Pak Lah sebagai penggantinya, beliau antara lainnya
tentulah mengharapkan dapat bersara dengan aman dan tenang. Tetapi
bermula dengan pembebasan Anwar dari penjara dan kemunculan pengaruh KJ
menyebabkan Mahathir kembali menyingsing lengannya. Dan sejak itu,
sekitar tahun 2004 sehinggalah sekarang, Mahathir menjadi seorang pesara
yang tidak tenang jiwanya.
Mahathir kini bagai diburu oleh dosa-dosa silamnya. Kerakusan untuk
mempertahankan kuasanya suatu ketika dahulu sehingga tiada perasaan
belas terhadap orang lain menyebabkan beliau kini sentiasa dibayangi
ketakutan dan kebimbangan.
Walaupun mengakui tidak bimbang jika nasibnya menjadi seperti Hosni
Mubarak atau Muammar Gaddafi tetapi keaktifannya bersuara akhir-akhir
dan mahu rakyat mengelak perubahan berlaku dalam politik negara seperti
di beberapa negara Arab, jelas bahawa Mahathir mempunyai kebimbangan
itu.
Jika UMNO dan BN tumbang, bukan sahaja legasinya akan musnah malahan
kedudukan dirinya sendiri juga menjadi tidak menentu. Masa depan
anak-anaknya dalam politik dan perniagaan juga menjadi buntu. Bolehkah
kita membayangkan bagaimana kehidupan Mahathir jika Anwar menjadi
Perdana Menteri?
Dengan kita pun tidak mampu membayangkannya, maka tentulah Mahathir
sendiri tidak mahu membayangkan nasib dirinya ketika itu nanti.
Kiranya apa yang sedang dilaluinya kini dinamakan pembalasan, Mahathir
tentunya sedang meniti detik-detik sengsara akibat dosa-dosa silamnya.
Sementara menjalani kehidupan hari tua tidak sebagaimana bekas Perdana
Menteri lainnya di mana-mana di dunia ini, dan jika sesekali terbayang
di kepalanya kemungkinan UMNO kehilangan kuasa dan Anwar pula menduduki
kerusi Perdana Menteri yang pernah didudukinyan selepas pilihanraya akan
datang ini, derita jiwanya pasti lebih parah lagi.
Mahathir kini sedang bertarung mengelakkan semua itu. (SH 19/06/2012)
Ketika Majlis Bekas Wakil Rakyat BN atau Mubarak menyatakan hasrat
kepada Najib beberapa bulan lalu agar bekas-bekas wakil rakyat turut
dipertimbangkan sebagai calon pilihanraya akan datang ini, ramai yang
menyangka ianya sekadar gurauan atau cakap-cakap main-main sahaja.
Tidak ramai yang menyangka ia perkara serius kerana Mubarak ini
dianggotai oleh mereka yang sudah pernah merasai nikmat menjadi wakil
rakyat. Takkan mahu menjadi wakil rakyat lagi.
Tetapi apabila Presiden Mubarak, Aziz Abdul Rahman baru-baru ini
menyatakan bahawa mereka sudah menghantar 21 nama kepada Najib untuk
dipertimbangkan sebagai calon BN, ternyata mereka ini benar-benar serius
ingin bergelar YB semula.
Walaupun semua orang mengakui, termasuk Najib sendiri bahawa pilihanraya
akan datang ini adalah medan orang muda kerana selera orang muda yang
merupakan majoriti pengundi dijangka menjadi penentu siapa menang dan
siapa kalah, Mubarak nampaknya tetap merasakan orang tua harus diberikan
tempat.
Pemikiran dan keghairahan Mubarak untuk turut sama dipilih sebagai calon
pilihanraya sebenarnya tidak lebih menggambarkan mereka ini masih lagi
golongan yang tak sedar diri, tak berubah dan kadang-kadang juga syok
sendiri.
Tidakkah mereka sedar walaupun tafsiran "winnable" itu cukup terbuka
sifatnya dan tiada penentuan had umur, tetapi dengan Mubarak sendiri
menawarkan diri sebagai calon, dengan jumlah 21 orang pula, benar-benar
suatu perbuatan yang memalukan.
Ini kerana ahli-ahli Mubarak relatifnya adalah orang-orang tua dan
pernah pula menjadi wakil rakyat, EXCO Kerajaan Negeri, timbalan
menteri, menteri dan sebagainya.
Trend pemimpin pilihan rakyat sekarang ialah orang muda, berpelajaran,
bijaksana dan berani dalam memperjuangkan rakyat. Dengan sebahagian
besar wakil rakyat BN sedia ada pun sepatutnya sudah ditukar dengan
golongan muda, sebenarnya amatlah tidak logik untuk menempatkan semula
bekas-bekas wakil ini untuk bertanding semula. Apatah lagi untuk
meminta-minta.
Jika mereka dicalonkan semula, ia memberi gambaran bahawa UMNO dan BN
bukan saja ketandusan calon tetapi juga tidak menghargai golongan muda
yang menjadi penentu pilihanraya.
Sepatutnya dalam soal pilihanraya ini, Mubarak lebih sedar diri siapa
diri mereka. Mereka adalah golongan yang sudah merasai nikmat menjadi
wakil rakyat. Kalau pun ada di kalagan ahli Mubarak yang dirasakan
sesuai, biarlah ia dipilih oleh pucuk pimpinan sendiri dan bukannya
mereka yang meminta-minta.
Tugas yang sepatutnya dilakukan oleh Mubarak ialah membantu parti, bukannya turut sama sibuk melobi jadi calon.
Dengan keghairahan Mubarak sehingga mahu meminta 21 ahlinya sebagai
calon pilihanraya juga menunjukkan Mubarak sebenarnya tidak pernah
berubah meskipun sudah pernah digugurkan sebagai calon pilihanraya
sebelum ini. Jika dipilih lagi, tiada jaminan mereka ini mampu memberi
khidmat yang baik dan cemerlang kepada rakyat. Mungkin hanya menambahkan
kekayaan sendiri sahaja.
Sudahlah Najib dan UMNO sebelum ini dikata tidak pernah mahu berubah
walaupun hari-hari melaungkan ingin berubah, sikap yang ditunjukkan oleh
Mubarak ini menyerlahkan lagi hakikat bahawa UMNO secara keseluruhannya
memang tidak pernah mahu berubah.
Pemimpin tidak berubah. Ahli UMNO tidak berubah. Bekas wakil rakyat UMNO pun tidak berubah juga rupanya.
Sepatutnya bekas-bekas wakil rakyat ini lebih menumpukan kepada hal-hal
lain saja setelah tidak lagi menjadi wakil rakyat. Jika tiada apa yang
nak dibuat, melayan anak cucu dan menjadikan kekerapan ke surau serta
mendalami ilmu agama jauh lebih baik daripada secara terbuka menyatakan
keinginan untuk dipilih semula sebagai calon pilihanraya.
Berhentilah berimaginasi untuk kembali muda dan kerap-keraplah memandang cermin. (SH 16/06/2012)
KUALA LUMPUR, 19 JUN: DAP mempersoalkan tindakan kerajaan Barisan
Nasional membelanjakan hampir RM26.1 juta bermula April 2009 hingga Mei
2012 yang melibatkan Perdana Menteri dan pegawai-pegawainya untuk
lawatan ke luar negara.
Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP Liew Chin Tong berkata,
perbelanjaan itu amat besar bagi negara Malaysia yang mana rakyat masih
memerlukan pembelaan dan bukannya membelanjakan wang rakyat untuk
pemimpin negara membuat lawatan ke negara-negara asing.
Beliau juga kesal kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Nazri Aziz tidak menjawab soalannya di Parlimen secara terperinci. Liew
yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera telah meminta kerajaan menjelaskan
kepada rakyat apakah manfaat dari lawatan-lawatan tersebut kepada
Malaysia dan rakyat Malaysia.
Dalam jawapan bertulis kepadanya, Nazri hanya menjawab bahawa sebanyak 74 lawatan yang telah diadakan dari 2009 hingga 2012.
“Hampir RM26.1 juta telah dibelanjakan dan seramai 1108 bilangan pegawai turut terlibat dalam lawatan tersebut.”
Pada 14 Jun lalu, Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok telah
mengemukakan soalan bertulis kepada Kementerian Kewangan mengenai
lawatan kerja Perdana Menteri Amerika dan Eropah.
Nazri yang turut memberi jawapan bertulis menjelaskan bahawa lawatan
Najib itu selama 11 hari pada bulan Mei lalu memakan belanja RM3 juta. – Roketkini.com
18 June 2012 – Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak telah
didatangi beberapa anggota polis di negeri Johor yang diketuai Insp
Aridhasan a/l Menandi. Pasukan polis ini datang bersama Warrant yang
dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bharu.
Dipercayai berkaitan
dengan isu twitter Dato Seri Nizar mengenai plat WWW1 yang menjadi
konterversi baru-baru ini.Soalsiasat serta mengambil bahan gambar
sumber berlansung dengan harmoni berikutan kerjasama yang diberikan
pihak staf pusat khidmat ini dengan pihak polis yang mengambil masa
hanya sekitar 45minit.
Menurut sumber disini menyatakan tiada sebarang
bahan bukit dirampas atau dibawa keluar dari pejabat pusat khidmat
kepunyaan PAS Bukit Gantang disini tadi.
IPD Johor Baharu bersama dengan Inspektor Fazurah dari bahagian Forensik
Komputer. kesemua komputer di perjabat tersebut diambil untuk siasatan
kes .Menurut sumber laporan , serbuan ini adalah disebab satu laporan
yang dibuat oleh UMNO Bahagian Pulai mengenai isu nombor plate kereta
WWW 1..
Satu persoalan yang bermain difikiran penulis kalau benar dengan alasan
aduan dari pihak Umno membawa kepada waran ini amatlah malangnya senario
politik Malaysia sekarang ini. Kenapa bergitu banyak laporan dari
Pemuda Pas mengenai kebiadapan akhbar kosmo yang mempersenda harga
nombor WWW1 tetapi hingga kini tiada susulan dari pihak berwajib keatas
report ini.
Kalau bergini senarionya hanya dengan kertas undi yang akan memberi
ruang keadilan kepada semua ,ayuh semua dengan keazaman kita tumbangkan
Umno /Bn pada Pru 13 nanti
Nota editor: Diharap Pakatan Rakyat tidak mengkudakan PDRM sebegini rupa
jika berjaya menguasai negara. Polis pun nak tunggu UMNO kalah. Penat
wo! ke hulu ke hilir buat kerja bodo!
Isu Forum Air Selangor : Umno-BN Yang Tak Sedar Diri
“Ada dua bentuk kehakiman di negara ini, satu kehakiman rakyat dan satu
lagi adalah mahkamah. Kita boleh gunakan kedua-duanya sekali
KUALA SELANGOR, 17 JUN : Forum air Selangor yang berlangsung pada 12 Jun
lalu berjaya mencari sistem yang terbaik bagi mengurus industri air
negeri berbanding dengan cara Umno-BN.
Pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada forum tersebut berkata
penstrukturan melalui model holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan
Pakatan Rakyat Selangor akan memastikan aset air negeri di urus dengan
lebih cekap. Model holistik juga akan memastikan harga air tidak naik
lebih dari 12 peratus manakala cara pengurusan Umno-BN akan menyaksikan
harga air naik sampai 62 peratus.
Fakta-fakta ini menyangkal dakwaan beberapa pemimpin Umno-BN Selangor
baru-baru ini bahawa forum tersebut “syok sendiri” dan tidak mencari
jalan penyelesaian. MP Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata, forum
itu menyangkal dakwaan Umno-BN yang Selangor tak cukup air di samping
menunjukkan usaha penstrukturan semula bukanlah idea baru.
“Selangor mempunyai simpanan air mentah yang mencukupi, manakala kadar
rizab air terawat adalah 20 peratus,” beliau berkata apabila ditemui di
sini semalam. Justeru, beliau meminta Kerajaan Pusat melaksanakan
penstrukturan semula air seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta
Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).
“Kita telah buktikan bahawa forum air itu dibarisi oleh pakar atau yang berpendidikan tinggi terutama dalam pengurusan air.
“Mungkin Kerajaan Pusat tidak faham apa yang cuba kita sampaikan,” katanya.
Sebelum ini Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk
Seri Noh Omar mengatakan forum air itu tidak menyelesaikan masalah rizab
air terawat yang beliau dakwa semakin berkurangan di Selangor. Media
pro-Umno-BN turut melaporkan kenyataan Koordinator Barisan Nasional (BN)
Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang mendakwa forum air Selangor
hanyalah ‘forum syok sendiri’.
Tambah Dr Dzulkefly, Kerajaan Selangor mampus mengurus air dengan lebih
baik seperti negeri lain yang sudah menstrukturkan industri mereka di
bawah seperti Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Manakala
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr.
Xavier Jayakumar berkata Model Holistik akan memastikan tarif air tidak
akan melebihi 12 peratus setiap tiga tahun.
Ini jauh lebih baik berbanding kenaikan 62 peratus jika penstrukturan
tidak dilakukan. ”Kerajaan Negeri menitikberatkan faktor kepentingan
pengguna supaya tidak terbeban dengan kenaikan tarif air yang melampau,”
kata Xavier yang juga Adun Sri Andalas.
Tambahnya, walaupun permintaan terhadap air di Selangor adalah tinggi,
projek gergasi pemindahan air mentah dari Pahang (Langat 2) tidak
diperlukan kerana hanya menguntungkan kontraktor.
Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa terdapat sumber-sumber alternatif
seperti air bawah tanah. Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor akan meneruskan usaha untuk
menyusun semula industri air seperti yang terkandung dalam WSIA.
“Sekiranya Kerajaan Pusat ingin melaksanakannya atas dasar politik, jadi kita tunggu semasa Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
“Ada dua bentuk kehakiman di negara ini, satu kehakiman rakyat dan satu
lagi adalah mahkamah. Kta boleh gunakan kedua-duanya sekali,” tegasnya.
Program Ramah Mesra dan Dialog YB Datuk Hamidah ADUN Sungai Rapat bersama penduduk Taman Pegoh Aman cukup mengecewakan dan memalukan UMNO selaku parti yang memainkan peranan besar dalam isu Sekolah Agama Rakyat Taman Pegoh Aman. Peristiwa Datuk Hamidah menghalau Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat) dari majlis Ramah Mesra berkenaan menampilkan jelas sikap angkuh dan sombong beliau terhadap rakyat, lawan dan kawan.
Datuk Hamidah yang sepatutnya hadir pada pukul 3 petang hanya muncul pada pukul 4.10 petang selepas terkedu dengan kehadiran Radzi Zainon pencabar rapatnya serta YB Dr Lee selaku Ahli Parlimen Gopeng yang hadir untuk berdialog dan memberi pandangan secara muhibbah.
“Dia halau Ahli parlimen yang kami pilih, ini bermakna dia (Datuk Hamidah) juga menghalau kami penduduk taman Pegoh Aman yang berbangsa Cina dan India kerana kami yang pilih Dr. Lee”, demikian luahan beberapa wanita berbangsa Cina yang turut hadir.
Menurut saudara Anuar Ibrahim Ketua cawangan PAS Pengkalan Pegoh, majlis itu bukan majlis penyokong UMNO tetapi majlis ADUN bersama rakyat menjelaskan isu bangunan misteri yang dikatakan untuk Sekolah Agama Rakyat yang dipertikaikan kerana menggunakan tanah padang rakyat tanpa sebarang perundingan. Malah menurut Anuar, program itu dihebahkan melalui masjid-masjid ternyata ia majlis umum dan layak dihadiri oleh Radzi mahupun YB Dr Lee sendiri.
“ Saya tidak faham mengapa beliau mengahalau kami sedangkan kehadiran kami bersama penduduk berbangsa Cina dan India serta penyokong pakatan rakyat adalah untuk berdialog. Kenapa beliau katakan ini bukan majlis dialog dan tertutup untuk penyokong beliau sahaja. Mengapa saya katakan begini, kerana wanita yang hadir dalam khemah majoritinya bukan penduduk Taman Pegoh Aman yang bermasalah dengan bangunan misteri itu, sebaliknya mereka diangkut dari taman Desa Aman, Taman Pengkalan Pegoh dan Lahat Baru. Ini jelas menampilna beliau hanya ingin bercakap dengan penyokong UMNO tetapi diletakkan nama ramah mesra bersama rakyat”, jelas Radzi Zainon panjang lebar kepada Media Sungai Rapat.
Rata-rata pengundi Taman Pegoh Aman tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Hamidah membina bangunan di padang yang digazetkan untuk kegunaan penduduk taman itu malah mereka membayarnya sebanyak RM 1000 seorang semasa membeli rumah di taman berkenaan.
Selepas sahaja penyokong Pakatan Rakyat dan penbduduk berbangsa Cina dan India beredar dari khemah majlis yang diadakan di bangunan dewan Orang Ramai Pegoh Aman, Datuk Hamidah mula berceramah menghentam rakyat berbangsa Cina yang dikatakan cuba menentang hasrat umat Islam membina sekolah agama.
Isu sekolah agama tersebut boleh dilayari [DISINI]
Lebih memalukan, Haji Nawawi Ketua Cawangan UMNO Desa Aman telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang belia Cina dengan ungkapan ‘lancau lu punya padang’. Adakah ini sikap sebenar seorang pemimpin melayu Islam?
Terdahulu Pakatan rakyat Gopeng telah membuat sidang media pada 6 Jun 2012 berhubung sikap Datuk Hamidah yang menyelar rakyat Pegoh Aman yang dikatakan cuba menentang sekolah agama rakyat. Walaupun penduduk telah memberi memorandum pada 4 Mei yang lalu untuk berdialog secara muhibbah dengan ADUN berkenaan, beliau bukan sahaja tidak melayani permintaan itu malah menyelar serta menemplak rakyat dalam 2 kenyataan Sinar Harian pada 31 Mei dan 2 Jun 2012.
Kini beliau hadir atas nama dialog bersama penduduk tetapi menghalau penduduk taman yang sebenarnya, dan hanya berucap di hadapan penyokong UMNO sahaja.
Rakyat Taman Pegoh Aman berkata mereka akan menggandakan booklet khas yang disediakan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Gopeng untuk menangkis isu fitnah terhadap penduduk Cina Taman Pegoh Aman dan akan memastikan rakyat sekitar taman berkenaan menolak calon UMNO di DUN Sungai Rapat.
Najib Razak dalam keadaan tidak menentu dan masih tidak dapat menetapkan
tarikh pilihanraya. Beliau masih berusaha untuk mendapatkan sokongan
rakyat yang sudah semakin ketandusan untuk parti yang dipimpinnya dan
setiap hari dengarnya beliau sentiasa berada dikaca TV untuk berkempen
menjelang tibanya pilihanraya ini. Pengumuman demi pengumuman dibuat
melalui “acronym” yang besar-besar tetapi tidak juga nampak hasilnya.
Tetapi yang lebih jelas Najib sudah begitu “paranoid” terhadap Anwar
Ibrahim seolah-olah Anwar akan menyiat-menyiat kulit dari dagingnya
(Najib). Begitu ramai yang menjadi paranoid dengan Anwar dan Najib
bersama Dr Mahathir Mohamad lah yang menghadapinya yang paling jelas.
Ini bukan isu Anwar. Sebenarnya ini adalah isu rakyat an BN yang sudah
hilang keyakinan mereka (rakyat).
Semalam Najib mengkritik Anwar kerana beliau (Anwar) telah mencadangkan supaya negara memohon bantuan IMF semasa beliau menjadi Menteri Kewangan sebagai cara
penyelesaian terhadap krisis ekonomi yang kita hadapi pada tahun 1997
dahulu.
Najib telah menuduh Anwar telah cuba untuk menggadaikan
kedaulatan negara kepada IMF tetapi Mahathir telah membantahnya dan
bertindak dengan tidak meminjam dari perbadanan kewangan antarabangsa
itu.
Ini dijadikan sebagai isu politik oleh Najib kerana BN sudah tidak lagi
tinggal banyak modal kempen untuk menghadapi pilihanraya yang tidak lama
lagi akan tiba. Dalam kita menghadapi kemerosotan ekonomi mana-mana
negara semasa itu, pemimpin-pemimpin negara telah mencari jalan
penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi negara.
Jika Anwar mencadangkan untuk mendapatkan bantuan IMF itu semata-mata
untuk mencari jalan penyelesaian kepada kegawatan ekonomi negara semasa
itu dan bukannya untuk menjual kedaulatan negara kepada IMF dan pihak
luar. Kenyataan Najib ini hanyalah kenyataan politik yang sempit dan
beliau merasakan isu ini mudah untuk meyakinkan pengundi untuk percaya
kepada kenyataan beliau itu.
Cuba kita perhatikan dikeliling kita khususnya negara-negara Asia yang
hampir kesemuanya menghadapi masalah kegawatan pada masa itu. Korea
Selatan, Indonesia dan beberapa negara lain telah menerima bantuan IMF
untuk menyelesaikan masalah kegawatan ekonomi negara masing-masing. Cuba
kita lihat negara-negara itu sekarang ini.
Korea Selatan yang meminjam dan meminta bantuan IMF sekarang ini telah
jauh lebih maju dari negara kita dan telah pun menyelesaikan hutangnya
kepada IMF. Begitu juga Indonesia yang mana IMF merupakan badan yang
menyelamatkan ekonominya semasa kegawatan itu.
Kalau kita ambil contoh kedua-dua negara ini, Malaysia telah ketinggalan
dalam bidang ekonomi jauh dibelakang mereka. Tidak timbul isu menjual
maruah dan kedaulatan negara mereka, malah negera-negara itu lebih
berdaulat dari kedaulatan yang ada kepada negara kita. Kedudukan ekonomi
Indonesia dan lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan ekonomi negara
Korea Selatan, Malaysia jauh ketinggalan dibelakang, malahan kita hanya
setaraf dengan kedudukan negara Myanmar yang baru sahaja mengenali apa
itu ekonomi.
Malaysia yang bercakap besar tidak ada dimana-mana dikalangan
negara yang menunjukkan prestasi pembangunan pesat seperti yang berlaku
di Vietnam dan negara-negara serantau yang lain. Kita masih lagi
menyanyikan slogan-slogan yang selama ini membuktikan kesemuanya itu
merupakan slogan-slogan kosong yang tidak membawa apa-apa faedah kepada
negara.
Isu yang dibanggakan kerana menolak bantuan IMF itu adalah satu isu yang
bodoh sombong dan tidak membuktikan kebaikannya. Korea Selatan begitu
prakmatik dan telah keluar dari kemelut kewangannya dan sekarang sedang
meninggalkan kita jauh dibelakang dalam semua bidang kenegaraan. Jika
kita tidak payah menerima bantuan IMF itu, ia bukannya satu kesalahan
tetapi tidak boleh menyalahkan orang lain jika bantuan dari perbadanan
kewangan antarabangsa itu dijadikan satu “alternative” untuk
penyelesaian kemelut kewangan Asia pada masa itu.
Najib bolehlah menggunakan isu negara tidak memerlukan bantuan IMF itu
sebagai satu cara untuk meyakinkan rakyat untuk menyokong pentadbiran
beliau, tetapi Najib tidak sedar yang isu-isu lain yang begitu besar
yang kita hadapi masih tidak mendapat perhatian dari pentadbirannya
sehingga ke saat ini.
Yang orang ramai tahu sekarang, hanya satu perkara, perubahan tidak
boleh tidak mesti dilakukan. Negara mesti di selamatkan dari dikuasai
oleh pimpinan pada hari ini…itu sahaja.