Admin Ada tulis pasai perkembangan KUIN yang berjaya direalisasikan oleh Kerajaan PR, admin bukan nak puji Ostaz Azizan ini memang amanah setiap pemimpin yang dipilih bukan bagi alasan-alasan bodoh yang merugikan rakyat.
Tapi kalau hangpa baca SINI nilai sendiri alasan kurang CERDIK Seorang pemimpin Utama Umno Kedah dikatakan bakal MB, memang hancurklah negeri Kedah kalau depa menang kali nie.
Ini disahkan sendiri oleh Blogger pro Umno , iaitu Mummy Rokiah... kali ni dia tibai Datuk Mat Bashah pulak dalam isu KUIN yang dianaktirikan oleh kerajaan BN Pusat.
Aku rasa blogger pro UMNO sorang ni buat kerja secara bebas, tak terikat makan upah macam blogger dari team tertentu. Jadi pandangannya adalah bebas. Selamat membaca...
KUIN- KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGHUKUM RAKYAT KEDAH
Oleh: Mummy Rokiah

MR berkesempatan hadir di Majlis Konvoksyen Khas Kolej Universiti Insaniah yang disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Januari 2013 yang lepas.
Kampus barunya tersergam indah di Kuala Ketil sebuah bandar kecil dan terpencil di negeri Kedah. Lokasinya terletak di dalam kawasan Parlimen Baling.














