Tuesday, February 19, 2013

CALON MB BN KEDAH!!! Muhkriz pun belum tentu disenangi pemimpin UMNO Kedah!


Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Kedah berhati-hati dalam menyokong Mukhriz Mahathir sebagai calon menteri besar jika parti tersebut memenangi negeri jelapang padi itu dengan mengatakan pengalaman di peringkat pusat atau faktor keturunan bukanlah jaminan kepada kejayaan.
Beberapa ADUN yang dihubungi The Malaysian Insider mengatakan Mukriz tidak mempunyai kelebihan kerana beliau anak kepada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, atau sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, sambil menegaskan mentadbir negeri di utara tersebut berbeza dengan pentadbiran di peringkat pusat.

Read more ...

PRU 13!!! Zambry gugur?


PAS Perak mendakwa mereka mendapat maklumat dalaman bahawa Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir akan digugurkan dalam pilihan raya umum ke 13 ini.
Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS negeri, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pengguguran Zambry bukan lagi rahsia dan cerita dongeng, malah ianya ‘hangat’ diperkatakan oleh banyak pihak.
Naib Ketua Pemuda PAS Pusat itu juga mendakwa, majlis perasmian serentak Umno cawangan seluruh  Perak pada 8 Mei 2010 oleh Datuk Seri DAhmad Zahid Hamidi apabila beliau meninggalkan majlis selepas merasmikan tanpa menunggu ucapan Dr Zambry.

Read more ...

Monday, February 18, 2013

PAS GANTI UMNO!!! Dato' Mohamad Nazli bin Abd Majid sertai PAS

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/Dato%27%20Nazli.jpg
KUALA NERUS - Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Dato' Mohamad Nazli bin Abd Majid yang pernah berkhidmat selama 30 tahun di bawah Kementerian Pertanian secara rasminya memilih PAS sebagai wadah perjuangan politiknya.

Berasal yang berasal dari negeri Perak darul Ridzwan dan menetap di Paka, Dungun, Terengganu dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) di Kampung Banggol Pradong dekat sini, Sabtu petang 16 Februari.

Read more ...

Sunday, February 17, 2013

TU DIA!!! Terbongkar sudah penyokong tegar UMNO, pengikut Skinhead jadi pelakon ahli PAS

 
Bukan nak aibkan tetapi perlu dedahkan siapa sebenarnya melaon yang menyamar sebagai ahli PAS konon membuat demo bantah mengenai isu Kalimah Allah sampai mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Sampai keluar TV3 lagi demo melaon ini beb!!!

Read more ...

Saturday, February 16, 2013

FATHUL BARI HILANG AKHLAK!!! Sanggup berlakon bohong untuk burukkan PAS



'Ustaz Redza' ini sudah lama bersama puak-puak Ulama Muda UMNO


KRONOLOGI KISAH PALING TAK CERDIK - ARAHAN FATHUL BARI DI TAMAN EQUINE ?? 



•Jam 9.30pm, YB Satim mula bicara. Serangan pada Kerajaan Negeri bermula. Termasuklah auta2 yg disorak penyokong Umno lebih kurang 150 orang. Agak lucu bila dia menipu ahlinya yg berkitab Utusan mengatakan bila Umno jatuh, gereja terbesar di Asis Tenggara dibina di Selangor (padahal KL), Selangor kalah kes saman ibu tunggal (padahal kes belum bicara cuma bantahan ditolak) dan mcm2 lagi. Simpati pada penyokong Umno yg dibodohkan seburuk ini.

•9.45pm, giliran guest of honor, UFB berucap. Tak sampai 5 minit, seorang kanak2 sekolah rendah bagi note pada dia ada "ustad PAS" nak berdebat diatas pentas. UFB "nampak" (atau buat2) terkejut, tapi setuju.

Read more ...

Friday, February 15, 2013

TERBONGKAR!!! Senjata terakhir UMNO pecahkan PAS dari Pakatan Rakyat

GEROMBOLAN MAHU PECAHKAN PAS DARI PAKATAN

PROJEK PECAHKAN PAS DARI PAKATAN

gambar banner yang sedang dicetak 

dan sudah mulai digantung sejak semalam.



banner ini dicetak melebihi 10 ribu 

di beberapa buah kilang di ampang / pandan.


Read more ...

DEMO CAI UMNO MENYAMAR PAS!!! Tak ada gaya ahli PAS, dihadiri tak sampai sedozen orang


Lakonan hebat pencacai Umno Melaka terbongkar lagi. Kali ini pencacai Umno menyamar sebagai ahli PAS dan berdemo di masjid Selat adalah lawak yang hebat.

Sudahlah gaya pun takde macam ahli PAS, buat demo di masjid yang terpencil dari orang ramai. Di hadiri tak sampai sedozen penyokong. Lawak hebat dari pencacai Ali Rustam.

Read more ...

BUKAN BERLAKON MACAM UMNO!!! Kubu UMNO pecah lagi, 2 cawangan PAS ditubuh di Parit Sulong


Malam tadi 2 Cawangan baru PAS dapat ditubuhkan iaitu PAS Cawangan Kg Pt Gantung dan Bt 22 Jalan Muar. Hampir 50 orang menyertai PAS termasuk bekas2 pemimpin dan penyokong kuat Umno.

Meskipun UMNO cuba manipulasi isu Kalimah Allah dengan buat Solat Hajat selepas jumaat di seluruh Masjid di negeri Johor dan menakutkan orang melayu dengan DAP; ia tidak menghalang lebih ramai ahli Umno menyertai PAS.

Pt Gantung dan Bt 22 terletak dalam Parlimen Pt Sulong.

Read more ...

TERKINI!!! Bas rombongan ke program PM terhumban ke dalam parit


Simpang Pulai - “Saya sempat bergayut di palang berhampiran kerusi sebelum melihat penumpang lain terhumban dan terhimpit ke sebelah kiri bas,” ujar Urusetia Persatuan Orang Asli Kelantan, Jabbar Salleh, 53.

Jabbar adalah seorang daripada 36 Orang Asli yang menaiki bas persiaran dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar dekat sini.

Bas tersebut adalah salah satu daripada 25 bas yang membawa kira-kira 1,000 Orang Asli dari Kelantan bagi menghadiri Program Himpunan Perdana Warga Orang Asli Bersama Perdana Menteri dan Pelancaran Program Mengubah Destini Orang Asli di Padang A, petang semalam.

Read more ...

TU DIA!!! Himpunan rakyat Kedah pertahan Kerajaan PAS/PR, senyap UMNO.....

RAKYAT KEDAH BANGKIT MEMPERTAHANKAN KERAJAAN PAS/PR KEDAH PIMPINAN YAB DS AZIZAN RAZAK DARI DISERANG DENGAN FITNAH JAHAT UMNO!!!!!..

Puluhan ribu rakyat Kedah Darul Aman semalam telah turun beramai-ramai tanda memberikan sokongan padu dan jitu kepada Kerajaan PAS/PR Kedah pimpinan YAB DS Azizan Razak dengan berhimpun aman di Charok Genting Bunga, Empangan Pedu, Kuala Nerang, Kedah petang semalam selepas solat Jumaat.

Jalan ke lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah sesak dan trafik jem sehingga lebih dari 3Km panjangnya, sehingga ribuan rakyat terperangkap tidak dapat ke lokasi himpunan.

Rakyat mula berhimpun Di Dataran Putra Kuala Nerang., Kedah lebih kurang jam 3.00 petang dan berkonvoi ke lokasi dengan didahului konvoi anak-anak muda bermotosikal, sekitar 2 ribu buah motosikal ambil bahagian.

Read more ...

POLIS DAH JAWAB!!! Ternyata bakal Ketua Menteri Melayu BN terkantoi menipu


GEORGE TOWN– Pihak polis tidak menerima sebarang laporan ancaman ke atas bintang dari Korea Selatan Psy pada Isnin lalu, kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Mazlan Kesah.

Read more ...

Thursday, February 14, 2013

UPAHAN UMNO!!! Mai tengok kaki karaoke mengaku ahli PAS buat demo

Ahli “PAS Seremban” ini rupanya kaki karaoke.. alahai UMporNO carilah budak Pondok Pak Ya ka nak berlakon jadi ahli PAS pun..



Read more ...

ANWAR JATUH KENA PAPAH!!! Blogger UMNO pencacai Hamidah nak fitnah tapi bangang, akhirnya terkantoi...


Inilah rakaman video paling pendek dalam dunia! Durasi selama 30 saat sahaja! Ha! ha! Korang lihatlah sendiri ~
Kelakar betul bila baca blog penjilat Hamidah tu. Ada video tunjuk Anwar jatuh! Anwar jatuh sebaik pijak bumi Pengkalan Pegoh? Kah! Kah! Kah! Kah! Korang lihat gambar berikut yg aku ambil dari rakaman blogger Penjilat Hamidah pada saat ke 10.



Read more ...

Wednesday, February 13, 2013

RAMPAS PADANG ANWAR CERAMAH!!! Hamidah terkantoi, tergolek-golek atas padang bola

Aku tak tahu apa jadi kat padang bola di Kg Pengkalan Pegoh malam tadi.
Aku  hanya rasa simpati dengan Hamidah kerana dia gagal nak provok program ceramah Pakatan Rakyat setelah padang bola tersebut diserahkan sepenuhnya kepada Hamidah. 
Sewaktu nak balik tadi, aku terserempak dengan 10 bas yang kebanyakannya penumpang-penumpang wanita yg Hamidah angkut dari merata tempat ....

Read more ...

SERIK DITIPU BN!!! Rakyat Sarawak tekad mahu tukar kerajaan

Kedatangan Anwar disambut meriah oleh penduduk pekan Beluru, Bakong petang semalam. KUALA LUMPUR 14 FEB: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, rakyat Sarawak kini yang peka dan memahami keperitan mereka alami sejak lebih 50 tahun lalu tekad lakukan perubahan pada pilihan raya umum nanti.

“Banyak kesedaran terutama dari segi ekonomi, termasuk peluang pekerjaan, kos hidup dan gaji minimum begitu jauh beza dengan Semenanjung. Rakyat Sarawak serik ditipu dengan janji manis Umno,” katanya ketika dihubungi.

Read more ...