Tuesday, January 1, 2008

Pensyarah khalwat degil

Berita ini sambungan isu yang pernah di paparkan oleh laman ini sebelum ini. Kisah penangkapan seorang pensyarah sebuah universiti di Pulau Pinang berkelulusan Doktor Falsafah. Menurut maklumat dari ahli Umno di sini, beliau adalah AJK Umno bahagian Parit Buntar dan dikatakan juga namanya termasuk dalam senarai pilihan untuk calon Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang.
Jika isu 'tangkap basah' sebelum ini mencemarkan moral dan mencabar konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Paklah, isu kali ini lebih besar lagi. Beliau kelihatan melangkah setapak lagi seolah-olah mencabar Mahkamah Syariah. Mungkin beliau merasakan tiket sebagai AJK bahagian memberikan semacam imuniti dari kuasa Mahkamah Syariah, walaupun sebenarnya Mahkamah Syariah setaraf dengan mahkamah sivil

Apa-apa pun pada 18 Feb nanti Mahkamah Syariah Rendah Timur Laut, Pulau Pinang akan sekali lagi mendengar kes beliau. Apakah nanti akan terbukti memang terdapat semacam imuniti, kita sama-sama nantikan berita selanjutnya.

2 comments:

Anonymous said...

Bismillahhirrahmannirahim

Sebelum saya mula, saya nak tanya apa kah hukumnya memfitnah? Orang Pas kan lebih Islam dari orang islam yang lain???? Cakap-cakap dalam blog dan laman web PAS Parit Buntar tu bunyinya macam orang Islam ke ????? Kata orang "otaknya di ...... Indon" tu Islam ke ???? Malulah sikit, yang tulis tu perempuan PAS pulak tu. Muslimah konon??? Coba jika tak da korja, pi makhamah Syariah tanya betui2 pasai apa dia tak hadir mahkamah??? apa imuniti UMNO bagi??? tanya dulu, jangan silap haribulan semua kena saman nanti??? Jika benar kita orang Islam, kita patut muhasabah diri, bersyukur bukan kita ditempat dia, berdoa agar ianya tak terjadi kepada keluarga kita. Islam melarang kita mengaibkan orang!!! Ini tak tambah aib orang!!!! Wasalam.

Anonymous said...

lupa pulak.... tanya lah pada lawyar dia .... yang kami dengar lawyar dia orang kuat PAS ..... Uztaz Jailani...... dia pasti tau apa yang terjadi sampai tak pi mahkamah!!! tak kan lawyar PAS pun degil kot ?????????