Saturday, March 27, 2010

Anwar lancar Segar



TAIPING, 27 Mac : Ketua Umum PKR melancarkan Sukarelawan Gerakan Rakyat Perak atau Segar di Simpang, Taiping petang tadi.

Menurut Penasihat Segar, Azizan Ahmad pertubuhan yang baru diasaskan itu bertujuan memastikan program Gerakan Gelombang Rakyat (Gegar) yang bertemakan Gempita Perak Ke Putrajaya berjalan dengan lancar.

"Sedar bergerak sebagai badan sukarela yang menyediakan tenaga kerja bagi membantu melancarkan semua pogram yang bergerak di bawah Gempita Perak Ke Putrajaya. Anggota Sedar kebanyakannya terdiri daripada anggota Skuad Angkatan Muda KEADILAN dan anak-anak muda lepasan sekolah.

"Mereka akan membantu gerak kerja seperti memasang kain rentang, menampal poster, menyelenggara lalulintas, mengedar risalah dan sebagainya," kata Azizan.

Buat permulaan Segar mempunyai kira-kira 30 sukarelawan yang akan menjelajah ke seluruh negeri Perak pada setiap program Gempita dan jumlah petugas akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Azizan berkata Segar yang diketuai oleh Zafril Eusoff akan berada di bawal kawal selia Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak.RM









No comments: