Tuesday, March 23, 2010

Lagi demo desak Zulkifli Nordin letak jawatan


SERDANG , 23 Mac :
Sekitar 200 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS mengadakan demonstrasi di sini mendesak Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin segera meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya diadakan untuk mereka memilih wakil rakyat baru.

Demonstrasi itu diketuai Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan yang juga Penyelaras Parlimen Kulim Bandar Baharu dan Yang Dipertua PAS kawasan Kulim Bandar Baharu, Hassan Abdul Razak.

Hassan berkata, Zulkifli seharusnya insaf bahawa kemenangan yang diperolehi pada pilihan raya umum dua tahun lalu, bukan atas kekuatan dirinya sendiri tetapi kerana keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menerajui kerajaan dengan lebih baik.

”Jangan ingat beliau (Zulkifli) sendiri ada pengaruh. Pengaruhnya dulu kerana parti yang diwakili, sekarang beliau langsung tidak ada pengaruh. Atas sebab itu, kami mahu beliau letak jawatan segera,” katanya.

”Sekiranya beliau mahu menjadi sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) dan menjadi pengkhianat kepada PR, beliau harus kosongkan kerusinya,” katanya.

Gobalakrisnan pula berkata, Zulkifli harus akur dengan kehendak rakyat yang mahukan beliau meletak jawatan dengan segera.

Menurutny:a, sikap Zulkifli yang mengabaikan rakyat di kawasan menyebabkan mereka sudah bosan dan tidak sanggup lagi hendak menunggu sehingga penggal pilihan raya berakhir bagi membolehkan mereka memilih wakil rakyat baru.

”Sebab itu, mereka mahu YB Zulkifli meletak jawatan dengan segera,” katanya.

“Hanya PR mampu membantu dan menaikkan nasib rakyat. Saya beranggapan mereka yang lompat dari PR tidak menghormati rakyat. PKR sed:ang membuat pemutihan dan mereka yang lompat hanya memperjuangkan hak diri sendiri saja.

”Pemimpin yang masih bersama PR hari ini adalah pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat,” katanya.SH

No comments: