Saturday, May 22, 2010

Anggota Unit Amal dirai

DSC00678.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 23 Mei : Dewan Pemuda PAS Parit Buntar telah menganjurkan majlis makan malam bagi meraikan anggota Unit Amal Parit Buntar yang banyak membantu aktiviti anjuran PAS.

Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Khairulzami Muhamad berkata, majlis makan malam berkenaan diadakan di Parit Buntar Inn, Parit Buntar.

" Unit Amal banyak membantu kawalan lalulintas semasa program anjuran PAS dan PR terutama ceramah.

“ Selain itu, Unit Amal juga turut aktif melaksanakan aktiviti kebajikan masyarakat. Saya berharap Unit Amal Parit Buntar akan terus aktif berbakti kepada masyarakat" katanya

Sementara itu, Pengarah Unit Amal Perak Zamarul Aini Abdul Malek yang hadir sebagai tetamu khas mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada semua anggota Unit Amal Parit Buntar yang telah melaksanakan tugas dengan baik.


“ Anda semua adalah pejuang yang sebenar walaupun dengan halangan yang dihadapi namun sedar akan tugas tetap hadir bertugas mengikut arahan.


“ Saya berharap anggota Unit Amal dikurniakan Allah dengan hati yang tabah, cekal dan berani untuk menghadapi cabaran yang melanda. Kemanisan perjuangan bukan dapat dilihat dan diperkatakan sahaja tapi perlu dihadapi dan dilalui sendiri.” Katanya


Zamarul berharap Unit Amal Parit Buntar tidak hanya bergerak dalam lingkungan kawasan Parit Buntar tetapi memperkembangkannya di kawasan lain bersama Unit Amal Perak.


“ Kami di Jabatan Amal Negeri Perak berharap anda semua boleh bersama kami berkhidmat melaksanakan operasi bantuan bencana dan kemanusiaan di seluruh negeri Perak dan Malaysia.


“ Anda semua juga perlu menjalani latihan, kursus, peperiksaan dan tamrin bagi memperlengkapkan diri sebagai anggota Unit Amal yang terlatih” katanya


Tambahnya, Unit Amal Malaysia telah berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang di dalam pelbagai sudut yang ditugaskan kepada Unit tersebut sehingga diberikan nama jolokan oleh rakyat Malaysia sebagai ‘ Tentera Merah’


Turut hadir meraikan anggota Unit Amal dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa serta beberapa pimpinan PAS Parit Buntar.

Sekitar majlis makan malam Unit Amal

DSC00676.jpg picture by paspb

DSC00694.jpg picture by paspb

DSC006882.jpg picture by paspb



No comments: