IPOH, 30 Mei : Gotong royong untuk menghapuskan Aedes yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Perak telah memilih untuk Jalan Juara, Kg Manjoi sebagai lokasi aktiviti mereka pada hari ini.Kebanyakan penduduk di situ terdiri daripada warga tua yang rata-ratanya begitu gembira dengan kedatangan kami, apatah lagi dengan pertolongan yang kami berikan seperti membersihkan longkang, membuang tong-tong kosong dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes dikawasan rumah mereka.
Risalah mengenai penjagaan kebersihan dan fakta mengenai nyamuk Aedes juga diedarkan kepada mereka. Abate (racun pembiakan nyamuk) turut dibekalkan kepada penghuni-penghuni rumah disana.ajijoi
Botol-botol kosong perlu dibuang agar tiada air yang bertakungdi dalamnya dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes
tetap gembira dengan kunjungan kami hari ini




No comments:
Post a Comment