Sunday, May 9, 2010

Muslimat PAS adakan program dekati masyarakat


PARIT BUNTAR , 9 Mei : Dewan Muslimat PAS Parit Buntar meneruskan aktiviti mendekati masyarakat dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan penyertaan kaum hawa.


Ketua Penerangan Muslimat PAS Parit Buntar Norijan Omar berkata, program bersama wanita sempena Karnival Pakatan Rakyat ini menyajikan banyak aktiviti seperti demontrasi masakan, ceramah kesihatan, pertandingan masakan dan lipatan serta pertandingan mewarna dewasa.


“ Program dimulai dengan demontrasi masakan menggunakan alatan atau produk dari sebuah syarikat. Pelbagai menu menarik disediakan dalam waktu yang singkat.


“ Antara menu yang ditunjukkan adalah Nasi Briyani, Ayam Briyani, dan Kari Ayam. Selain itu, mereka turut menunjukkan cara-cara untuk membuat Roti Kaya (bun) dan Pizza Sayur” katanya ketika ditemui semasa program di Tanjung Piandang.


Norijan berkata, program diteruskan dengan ceramah tentang kesihatan bertajuk ‘peranan makanan tambahan untuk kesihatan’.


“ Pelbagai jenis makanan tambahan serta khasiatnya diperkenal dan diterangkan kepada para hadirin.


“ Sebahagian besarnya adalah untuk merawat penyakit-penyakit kronik yang kebiasaan dihidapi oleh masyarakat kita seperti gout, kencing manis dan darah tinggi” katanya


Menurutnya, program diteruskan dengan pertandingan-pertandingan yang sememangnya disukai kaum wanita iaitu pertandingan masakan dan lipatan tuala.


“ Semua peserta yang terlibat mempertaruhkan bakat dan kemahiran mereka dalam penyediaan "kerabu", iaitu sejenis makanan berkhasiat, awet muda dan juga dikenali sebagai makanan tradisional orang melayu.


“ Para peserta dan penonton yang melihat begitu teruja kerana masing-masing menunjukkan persaingan sengit dan menarik” katanya


Tambahnya, pertandingan yang menarik perhatian ialah pertandingan mewarna khas untuk kaum-kaum ibu. Biasanya, pertandingan ini hanya untuk kanak-kanak.


“ Pertandingan lipatan tuala juga tidak kurang hebatnya, semua peserta berusaha memberikan persembahan terbaik bagi memenangi hati juri-juri.


“ Kami juga menyediakan cabutan nombor bertuah dan penyampaian hadiah-hadiah misteri, antaranya perserta terawal mendaftar, peserta termuda, peserta paling veteran, peserta paling ceria dan peserta paling comel” katanya


Beliau berkata, memandangkan sambutan dari kaum wanita amat memberangsangkan. Dewan Muslimat PAS Parit Buntar akan terus mengadakan program yang sama di lokasi yang lain.


Warna-warni acara wanita :






























No comments: