Wednesday, May 5, 2010

Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS


PARIT BUNTAR, 5 Mei : Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS Bagan Serai telah mengadakan perjumpaan bersama masyarakat India di Taman Seri Kurau bagi membincangkan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS di taman berkenaan .

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad berkata, sambutan dari masyarakat India di taman ini terhadap majlis ini amat menggalakkan.

“ Saya mengucapkan tahniah kepada Ketua Penaja Dewan Himpunan Taman Seri Kurau S Ramesh kerana berjaya mengumpul orang-orang India di taman ini.

“ Sambutan orang India terhadap majlis ini membuktikan bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat di Bagan Serai masih tidak susut walaupun calon Pakatan tewas di Hulu Selangor”

Hamdan memberitahu, pengundi di Taman Seri Kurau semasa pilihanraya umum tahun 2008 mengundi di Dun Kuala Kurau tetapi lokaliti ini dipindahkan ke DUN Alor Pongsu tahun lepas.

“ Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar membantu untuk menubuhkan Dewan Himpunan di sini kerana dulu taman ini berada dalam kawasan pilihanraya parlimen Parit Buntar.

“ Saya ucap terima kasih kepada Ravinthran Ajk Dewan Himpunan Penyokong PAS Bagan Serai yang turut membantu menjayakan majlis ini” katanya

Menurut Hamdan, Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar turut memberi sumbangan kepada 15 penduduk taman yang miskin dalam majlis ini.






YB Mujahid menyampaikan ucapan kepada hadirin.


Mr Ravi turut diberi kesempatan menyampaikan ucapan

No comments: