Thursday, July 8, 2010

Putus segera hubungan dengan Israel














IPOH, 8 Julai :
Berikutan serangan Rejim Israel terhadap konvoi misi kemanusiaan ke Gaza, Institut Pemikir Muda Malaysia ( IPMM ) sekali lagi mendesak kerajaan Malaysia segera memutuskan hubungan dengan rejim ‘pengganas’ Israel.

Pengerusinya, Mohd Hafez Sabri dalam kenyataannya menyatakan pendirian menggesa kerajaan Malaysia untuk agresif, proaktif & mengambil langkah berani untuk menangani isu serangan Israel ke atas rakyat Malaysia di perairan Gaza.

“Kami anak muda mendesak kerajaan Malaysia tidak hanya sekadar stereotaip dengan berpendirian ‘mengutuk sekeras-kerasnya’ dan ‘kami mahu kerajaan segera bertindak dalam hal ini” tegasnya.

Beliau juga menyatakan bahawa anak muda menggesa agar kerajaan Malaysia segera memutuskan hubungan dengan Israel.

“Sewajarnya Kerajaan Malaysia segera membatalkan kontrak di antara Malaysia dan International Advisory Council (APCO) yang merupakan konsultan yang mempunyai kaitan jelas dengan Israel.” ujarnya.

Beliau dalam kenyataannya menyebut bahawa hubungan Malaysia-Israel ini menunjukkan bahawa Malaysia dalam diam ‘mengangguk’ sahaja melihat siri kekejaman yang dilakukan oleh Israel.

“Hubungan ini berpotensi menjejaskan aspek keselamatan negara dan juga menjejaskan nama baik negara. Israel dengan tindakannya tempoh hari secara langsung menguatkan lagi tanggapan buruk masyarakat dunia terhadap mereka.”

“Adakah Kerajaan Malaysia menanti untuk diserang baru mereka akan memutuskan hubungan dengan rejim pengganas tersebut?” soalnya.

No comments: